[3] diskusi ke-10

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-10

    1/3

    OBJEKTIF

    Memahami kepentingan ukhuwwah Islamiyyah dan amaran Allah agar umat Islam tidak

    bercerai-berai.

    Mengaplikasikan pesanan agar manusia bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar

    taqwa.

    Mengetahui kisah yang berlaku di sebalik penurunan ayat ini.

    1.0 MUQADDIMAH

    Iman adalah dasar utama ukhuwwah Islamiyyah dan ukhuwwah Islamiyyah adalah bahagian

    daripada prinsip Iman kerana seringkali kita mendapati pesan-pesan Nabi tentang aplikasi

    nilai ukhuwwah disamping kesempurnaan iman seseorang. Ukhuwwah Islamiyyah sangat

    erat dengan keimanan. Iman merupakan sentuhan hati dan gerakan jiwa kerana jiwa dan

    hati yang tidak diperhatikan atau jarang diperiksa atau tidak dibersihkan akan menjadi

    dahan subur bagi munculnya virus-virus jiwa yang membahayakan kalangsungan ukhuwwah,

    seperti takabur, hasad, dendam, kemunafikan dan sebagainya.

    Rasulullah S.A.W meninggalkan pesan-pesan berharga buat umatnya dalam sebuah hadith

    yang bermaksud :

    Perumpamaan orang yang soleh dengan orang yang tidak soleh ibarat pembawa

    minyak wangi dan peniup bara, Pembawa minyak wangi boleh memberikan minyak

    itu kepadamu, atau kamu membeli darinya atau kamu memperolehi harum wangi itu.

    Peniup bara api boleh membakar bajumu atau kamu memperoleh bau tak sedap.

    (HR Muslim no: 4762)

    Suasana dan lingkungan yang tidak baik merupakan salah satu faktor utama keretakan

    hubungan persaudaraan orang-orang yang beriman. Setiap umat Islam diwajibkan untuksaling membantu satu sama lain dalam hal kebaikan. Mereka harus saling mengingatkan

    apabila ada sesama muslim yang hendak berbuat di luar batasan agama. Kedua hal ini

    merupakan sebuah kondisi yang sangat objektif untuk dilakukan. Dimana dalam hal kebaikan

    maka umat Islam harus saling membantu, namun dalam hal keburukan wajib untuk

    mengingatkan.

    DISKUSI 10 :

    SIMPULAN TALI ALLAH

    (SURAH ALI-IMRAN : 101-103)

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-10

    2/3

    2.0 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN

    Maksudnya : Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah

    dibacakan kepada kamu, dan rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?

    barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, Maka sesungguhnya ia

    telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Hai orang-orang yang beriman!

    Bertakwalah kepada Allahdengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah

    sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah

    kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan

    ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-

    musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat

    Allah, orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu

    Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-

    Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

    3.0 PENGENALAN SURAH ALI IMRAN

    Surah Ali-Imran adalah surah yang ke-3 dalam al-Quran

    Mengandungi 200 ayat dan surah Madaniyyah (Madinah)

    Fokus perbincangan adalah dalam ayat 101 hingga 103 Surah Ali Imran

    4.0 INTIPATI AYAT 101 HINGGA 103 SURAH ALI IMRAN

    Bertakwa dan berpegang teguh dengan agama Allah sebenar-benarnya.

    Mengelakkan daripada bercerai-berai sesama muslim.

    Nikmat yang Allah berikan kepada manusia adalah nikmat hidup bersaudara antara satu

    sama lain.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-10

    3/3

    5.0

    SEBAB DITURUNKAN

    Dikeluarkan oleh al-Faryabi dan Ibnu Abi Hatim daripada Ibnu Abbas telah berkata : Suku

    Aus dan Kharaj pada masa jahiliah terdapat persengketaan. Sementara mereka sedang

    duduk-duduk, teringatlah mereka akan peristiwa yang mereka alami, hingga mereka pun jadi

    marah lalu sebagian bangkit mengejar lainnya dengan senjata. Maka turunlah ayat, 'Kenapa

    kamu menjadi kafir...,' serta dua ayat berikutnya iaitu dalam Surah Ali-Imran ayat 101

    hingga 103.

    6.0 NILAI DAN PENGAJARAN

    1. Berpegang teguh dengan al-Quran dan agama Allah serta taat padanya.

    2. Hendaklah bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taqwa.

    3. Janganlah bercerai-berai dan bermusuhan antara satu sama lain.

    4.

    Allah mewajibkan kepada hambanya untuk berpegang kepada al-Quran dan SunnahNabi S.A.W serta menjadi tempat rujukan sekiranya terjadi pertikaian.

    RUJUKAN

    1. Tafsir Munir Fil Aqidah, Syariat Dan Manhaj, oleh al-Ustaz Doktor Wahbah az-Zuhaili ,Jilid 2,

    Juz 2, M/s 346.

    2.

    Asbabun Nuzul, Imam Jalaludin as-Suyuti, Cetakan pertama.