[2]diskusi ketiga

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KETIGA

    1/5

    OBJEKTIF

    i. Memahami sejarah perjanjian Aqabah dan intipati yang terkandung di dalamnya.

    ii. Menyeru manusia ke arah pengabdian kepada Allah dan menghapuskan unsur-unsur

    yang mensyirikkanNya.

    iii. Menegakkan syariat Islam selari dengan pengamalannya.

    iv. Mempelajari strategi dakwah Rasulullah S.A.W.

    1.0 MUQADDIMAH

    Apabila kita menyelusuri kisah Perjanjian Aqabah ini, maka dapat di simpulkan bahawa

    Islam mereka bukan sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah, bahkan keIslaman

    mereka ini adalah dengan satu pegangan dan keyakinan yang teguh, mendalam serta

    menyeluruh. Di samping mengucap dua kalimah syahadah, mereka susuli pula dengan

    perjanjian yang dipatri bersama Rasulullah agar segala tingkah-laku dalam kehidupan

    seharian mereka bertepatan dengan kehendak Islam. Firman Allah S.W.T :

    Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu Sesungguhnya mereka

    berjanji setia kepada Allah. tangan Allah di atas tangan mereka, Maka Barangsiapa

    yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya

    sendiri dan Barangsiapa menepati janjinya kepada Allah Maka Allah akan

    memberinya pahala yang besar. (Surah al-Fath : 10)

    Di antara prinsip-prinsip utama dalam piagam perjanjian mereka ialah : Kepercayaan

    kepada Tuhan yang Esa tanpa menyekutuiNya, tidak mencuri dan tidak akan berzina,

    tidak membunuh anak mereka sendiri, tidak melakukan kejahatan dan tidak melanggar

    perintah Rasulullah dengan tujuan hendak melakukan kejahatan.

    Inilah keistimewaan masyarakat Islam di mana diutusnya Rasulullah untuk

    menegakkannya. Bukanlah tugas Rasulullah sekadar mengajar manusia mengucap dua

    kalimah syahadah kemudian meninggalkan mereka sedangkan mereka tetap juga

    dengan kerja-kerja yang sesat dan perbuatan yang tidak baik lagi mungkar.

    Mempercayai keEsaan Tuhan dan kerasulan Muhammad S.A.W merupakan kunci danlangkah pertama kearah pembentukan masyarakat Islam, melaksanakan sistem dan

    prinsip-prinsip Islam yang syumul dan beriman dengan kekuasaan Tuhan dalam semua

    aspek kehidupan.

    DISKUSI 3 :

    AGREEMENT OF AQABA

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KETIGA

    2/5

    2. 0 LATAR BELAKANG PERISTIWA

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad

    di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun

    lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Baqarah : 218)

    Perjanjian Aqabah merupakan susulan selepas enam orang penduduk Yathrib memeluk

    Islam pada musim haji tahun ke-11 Kenabian. Mereka berjanji kepada baginda untuk

    menyampaikan risalah Islam di kalangan kaum mereka apabila pulang semula ke

    Yathrib. Hasilnya, pada musim haji berikutnya, iaitu musim haji tahun ke-12 Kenabian,

    bersamaan Julai tahun 621 Masihi, datanglah seramai 12 orang lelaki termasuk limaorang yang menemui Baginda sebelum ini. Lima orang daripada tujuh muka baru yang

    menemui Baginda itu terdiri daripada suku atau Kabilah Al-Khazraj, manakala dua lagi,

    suku Aus. Mereka bertemu dengan Baginda 'di Bukit Aqabah', bagi memateri satu

    perjanjian yang dikenali sebagai 'Perjanjian Aqabah'. Antara lain seperti yang

    diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Ubadah bin Al-Samit, iaitu salah seorang

    daripada suku Al-Khazraj yang menerima perjanjian Aqabah itu, bahawa Rasulullah

    S.A.W bersabda:

    "Marilah, berbai'ahlah kepada Ku, bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allahdengan sesuatu apa pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak

    kamu, tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan belakang, dan tidak

    mendurhakai ku dalam kebajikan. "

    "Barangsiapa yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu dihukum semasa di dunia,

    maka itu adalah sebagai penebusan (kaffarah). "

    "Namun jika sesiapa yang terlanggar perjanjian itu dengan melakukan perkara

    yang sama-sama kita berjanji untuk tidak melakukannya, tetapi ditutupkan oleh

    Allah daripada pengetahuan manusia, maka urusannya terserah kepada Allah. Jika

    Dia mahu, maka Dia akan menyiksakannya dan jika Dia mahu, Dia akan

    mengampunkannya. "

    Ubadah pun berkata, "Lalu aku pun membaiahnya. "

    Dalam riwayat lain disebutkan, "Lalu kami pun membai'ahnya atas perkara-perkara

    yang disebutkan oleh Rasulullah itu. "

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KETIGA

    3/5

    2.1 DUTA ISLAM KE MADINAH

    Setelah selesai pematrian baiah dan janji setia serta berakhirnya musim haji,

    Rasulullah S.A.W bertindak mengutus bersama-sama dengan mereka yang

    berbaiah seorang utusan ke bumi Yathrib dalam rangka mengajar kaum

    Muslimin berkenaan syariat-syariat Islam serta mendalami perkara yang

    berkaitan dengan agama (Al-Tafaqquh fi ad-Deen), dan supaya mereka bertugasmenyebarkan Islam dalam kalangan masyarakat yang masih syirik. Rasulullah

    memilih tokoh duta ke sana dari kalangan orang muda yang paling awal

    memeluk Islam, iaitu Musab bin Umair r.a .

    2.2 KEJAYAAN YANG CEMERLANG

    Semasa di Madinah, Musab bin Umair menumpang bersama Asad bin Zurarah,

    malah kedua-dua mereka giat menyebar Islam di kalangan penduduk Yathrib

    dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Musab dikenali sebagai al-Muqri(pembaca).Di antara kisah-kisah gemilang dalam usaha dakwah mereka

    ceritanya pada suatu hari, Asadbin Zurarah telah keluar bersama Musab bin

    Umair ke perkampungan Bani Abd al-Asyhal dan Bani Zafar, mereka berdua

    memasuki perkarangan tempat tinggal Bani Zafar, dan mereka duduk dekat

    perigi yang dikenali sebagai perigi Maraq, di mana mereka telah dikelilingi oleh

    beberapa orang disana. Pada masa itu Sad bin Muaz dan Usaiyid bin Hadhir,

    merupakan dua tokoh pemuka Bani Abd al-Asyhal. Sad telah minta kepada

    Usaiyid dengan katanya : Cuba kamu pergi tengok dua orang pemuda itu yang

    telah cuba mempengaruhi orang-orang bawahan kita, tengkingkan dan halaukan

    mereka supaya tidak memasuki perkampungan kita, Asad bin Zurarah itu anak

    saudaraku, kalau tidak biar aku sendiri yang uruskan.

    Usaiyid pun mengambil tombaknya dan menuju ke arah Musab dan Asad,

    sebaik sahaja Asad melihatnya, Asad pun memberitahu kepada Musab

    katanya: Usaiyid itu adalah ketua qabilahnya, dia itu datang kemari, ku harap

    engkau dapat menjelaskan kebenaran Allah kepadanya. Kata Musab : Insya

    Allah, sekiranya beliau duduk sahaja di sini, akan ku cuba berbual dengannya.

    Usaiyid pun tiba ke hadapan mereka dengan memaki-hamun dan katanya lagi:

    Apa yang membawa kamu datang kemari? Kamu cuba memperbodohkan

    golongan yang lemah di antara kami? Beredarlah kamu dari sini, sekiranya kamu

    masih sayang lagi kepada diri kamu.

    Kata Musab : Boleh atau tidak tuan duduk dahulu dan cuba dengar dari kami

    sepatah kata, sekiranya tuan senang dengan kata-kataku bolehlah tuan

    mendengarnya. Jika tidak, tuan boleh perintah aku untuk berhenti. Kata

    Usaiyid: Itu adalah yang terbaik dan saksama. Dengan itu, beliau memacak

    tombaknya ke tanah. Maka Musab pun menyampaikan kepadanya mengenai

    Islam di samping membaca al-Quran, seterusnya Musab menceritakan : Demi

    Allah, kami sudah melihat cahaya penerimaan beliau dengan ajaran Islam,

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KETIGA

    4/5

    sebelum beliau menyatakan isi kandungan hatinya dengan katanya : Betapa

    indahnya Islam itu dan alangkah cantik ayat-ayat tadi? Apa yang biasa kamu

    lakukan bila kamu hendak memeluk Islam?

    Kata Musab dan Asad kepadanya : Pertama sekali kamu harus bersuci,

    membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah, kemudian kamu

    bersembahyang dua rakaat. Dengan itu, Usaiyid terus bangun dan bersuci,membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan

    sembahyang dua rakaat, seterusnya beliau menegaskan : Sebenarnya di

    belakang aku ini ada seorang lelaki. Sekiranya dia mengikuti kamu berdua, pasti

    tidak seorang pun akan tertinggal tanpa mengikuti kamu dan aku akan

    tunjukkan di mana beliau berada sekarang ini. Dengan segera beliau

    mengangkat temboknya dan menuju ke hadapan Sad bin Muaz yang sedang

    berada bersama kaumnya di kelab mereka.

    Kata Sad : Demi Allah, aku bersumpah itu dia Usaiyid. Dia datang dengan airmuka lain, lain dari semasa beliau pergi. Bila Usaiyid berdiri di hadapan kelab

    tersebut, terus Sadberkata: Apa yang telah kau lakukan?

    Kata Usaiyid : Aku telah pun bercakap dengan kedua orang muda itu dan aku

    dapati kedua-dua mereka itu tidak merbahaya, juga telah ku larang mereka, dan

    mereka berdua telah memberi jawapan, dengan kata mereka : kami menurut

    sahaja apa yang kamu senang dengannya.

    Sebelum tiba musim haji berikutnya iaitu tahun ketiga belas keRasulan, Musab

    telah membawa satu jemaah ke Makkah. Dengan berita yang mengembirakan

    iaitu berita kejayaan, beliau menceritakan kepada Rasulullah satu persatu

    mengenai qabilah yang menetap di Yathrib dan segala kebaikan yang sedang

    menanti.

    2.3 KESAN BAIAH AQABAH

    Dakwah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.

    Mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa iaitu suku Ausdan Khazraj.

    Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum,

    budaya dan agama.

    Membina Masjid an-Nabawi sebagai tempat beribadat, belajar dan

    berbincang.

    Wujud pengiraan mengikut tahun Hijrah dalam takwim Islam.

    Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawarah.

    Hijrah membuktikan sikap tolong-menolong dalam sebuah negara perlu

    diamalkan.

    Hijrah membuktikan wanita juga memainkan peranan penting dalamkemajuan sesebuah negara.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KETIGA

    5/5

    3. 0 NILAI DAN PENGAJARAN

    Jika dilihat kepada baiah yang diambil oleh Rasulullah dari golongan Ansar (melalui

    Baiah Aqabah pertama), ada dua bentuk baiah yang mesti dilazimi oleh setiap muslim

    iaitu :

    1. Baiah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam.

    2.

    Baiah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islamhingga ke titisan darah yang terakhir.

    Menurut riwayat Ubadah bin Shamit, salah seorang sahabat yang menyertai

    Baiatul Aqabah pertama pada tahun ke 12 nubuwwah; dalam baiah tersebut

    Rasulullah S.A.W. mengambil baiah dari Ansar dalam perkara berikut;

    1. Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.

    2. Tidak mencuri, berzina dan membunuh anak.

    3. Tidak mengadakan dakwaan palsu di tengah-tengah masyarakat.

    4. Tidak mengengkari Rasullullah di dalam perkara makruf.

    Jelas bahawa baiah tersebut hanya menyentuh aspek pengamalan dengan ajaran Islam,

    tanpa melibatkan perjuangan atau peperangan.

    Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas.

    Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke

    jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada

    cahaya yang terang-benderang dengan izinNya, dan menunjuk mereka ke jalan yang

    lurus. (Al-Maaidah : 15-16)

    Apapun pesanan Rasulullah S.A.W masih terngiang-ngiang dalam relung jiwa. "Aamantu

    biLlah. . . . summa istaqim!""Berimanlah kamu kepada Allah, kemudian istiqomahlah".

    (istiqomah membawa erti yang sangat besar di dalam Islam. Istiqomah tidak hanya

    bermakna 'berterusan', (berterusan adalah 'ad-dawam') sedangkan istiqomah

    bermakna 'berterusan dan dalam keadaan bersemangat'.

    RUJUKAN

    1.

    Buku Fiqh al-Sirah (jilid 1), Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti, (terjemahan oleh : Ustaz Mohad.

    Darus Sanawi Ali (Akademi Islam Universiti Malaya), Cetakan Ogos 2004. Diterbit oleh Dewan Pustaka

    Fajar (DPF)