242466249-cover-guru-cabaran-semasa.docx

37
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH KERJA KURSUS PROJEK GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 NAMA PELAJAR : NUR ADILLA BT MUHAMMAD NO IC :910313-03-5072 NAMA PELAJAR : MOHAMAD FALIE BIN MOHD AIN NO! IC :910222-03-5"13 NAMA PELAJAR : ABDUL FATTAH BIN MAT NANG NO IC :910127-11-52"7 KUMP! KULIAH : PISMP MATEMATIK SEM # $PEND! RENDAH% KURSUS : GURU DAN CABARAN SEMASA KOD SUBJEK : EDU 3093 NAMA PENS&ARAH : EN AIAN B BAKAR TARIKH HANTAR : 7 SEPTEMBER 201"

Upload: panji-hitam

Post on 06-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA KEDAH

KERJA KURSUS PROJEKGURU DAN CABARAN SEMASAEDU 3093

NAMA PELAJAR: NUR ADILLA BT MUHAMMADNO IC: 910313-03-5072NAMA PELAJAR: MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAINNO. IC: 910222-03-5413NAMA PELAJAR: ABDUL FATTAH BIN MAT NANGNO IC: 910127-11-5247KUMP. KULIAH: PISMP MATEMATIK SEM 8 (PEND. RENDAH)KURSUS: GURU DAN CABARAN SEMASAKOD SUBJEK: EDU 3093 NAMA PENSYARAH: EN AZIZAN B BAKARTARIKH HANTAR: 7 SEPTEMBER 2014ISI KANDUNGAN Biodata Penghargaan Tugasan 2 Ahli Pertama Tugasan 1 Tugasan 3 Ahli kedua Tugasan 1 Tugasan 3 Ahli Ketiga Tugasan 1 Tugasan 3 Rujukan Lampiran

BIODATA

NAMA: NUR ADILLA BT MUHAMMADKELAS: 8 PISMP (MATEMATIK-PENDIDIKAN RENDAH)ALAMAT : 1173-A,JALAN DATOLUNDANG,15200 KOTA BHARU, KELANTANTARIKH LAHIR: 13 MAC 1991NO.KAD PENGENALAN: 910313-03-5072AMBILAN: JANUARI 2011NO TELEFON: 014-5171973

BIODATA

NAMA: MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAINKELAS: 8 PISMP (MATEMATIK-PENDIDIKAN RENDAH)ALAMAT : KAMPUNG BAGAN ATAS, 16600 PULAI CHONDONG, MACHANG, KELANTANTARIKH LAHIR: 22 FEBRUARI 1991NO.KAD PENGENALAN: 910222-03-5413AMBILAN: JANUARI 2011NO TELEFON: 0134701447

BIODATA

NAMA: ABDUL FATTAH BIN MAT NANGKELAS: 8 PISMP (MATEMATIK-PENDIDIKAN RENDAH)ALAMAT : A-1511,KG PADANG NENAS,MENGABANG TELIPOT,21030 K.TERENGGANU,TERENGGANU.TARIKH LAHIR: 27 JANUARI 1991NO.KAD PENGENALAN: 910127-11-5247AMBILAN: JANUARI 2011NO TELEFON: 013-9647921

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Encik Azizan Bin Bakar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi motivasi kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini.Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan dan perkongsian ilmu sepanjang menyiapkan tugasan ini.Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Sekian, terima kasih.

TUGASAN 2(PERBENTANGAN KUMPULAN)

NUR ADILLA BT MUHAMMAD910313-03-5072

TUGASAN 1TUGASAN 3

TUGASAN 1ARTIKEL: STRES GURU MEMBIMBANGKAN AKIBAT BANYAK PERUBAHAN DAN BEBANAN TUGAS YANG KETERLALUAN NUTPBerdasarkan artikel yang dibaca dalam Utusan Online yang bertajuk Stres guru membimbangkan- Akibat banyak perubahan dan bebanan tugas yang keterlaluan- NUTP, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mendakwa bahawa guru-guru di Malaysia mempunyai tahap stress yang tinggi dan membimbangkan akibat bebanan tugas yang semakin meningkat kini.Kenyataan itu disokong lagi dengan kenyataan presidennya, Ismail Nihat yang mengatakan bahawa guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudya beban yang keterlaluan ke atas mereka.Hal ini berlaku berikutan perubahan yang terjadi dalam pemegangan jawatan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau di peringkat kementerian itu sendiri dalam memberikan idea dan tugasan baharu kepada guru-guru untuk dipikul di bawah pimpinan mereka.Di samping itu, bebanan ini semakin bertambah kerana bilangan antara guru dengan murid yang tidak seimbang di mana jumlah murid adalah lebih ramai berbanding guru.Presiden NUTP juga menyenaraikan beberapa faktorfaktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru iaitu harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, masalah disiplin pelajar, serta pelajar-pelajar lebih cerdik berbanding guru ekoran akses pendidikan yang semakin canggih dan meluas. Sehubungan dengan itu, pihak mereka juga akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjalankan satu kajian khas mengenai tahap sebenar stres dalam kalangan guru dan set soalan telah disediakan untuk menjayakan kajian tersebut. Kajian ini sangat penting kerana dapat membantu kerajaan untuk meneliti dan mencari langkah-langkah penyelesaian yang sesuai bagi menangani stres dalam kalangan guru.Berdasarkan isu di atas, saya mendapati bahawa hampir kesemua guru di Malaysia mengalami tahap stres yang sangat tinggi dalam bidang tugas mereka di sekolah.Berdasarkan isu yang dipilih, melalui tajuknya sahaja saya sudah mendapat gambaran bahawa kerjaya atau profesion keguruan ini sebenarnya bukanlah satu profesion yang mudah, tetapi sangat mencabar kerana banyak cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru setiap hari.Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia banyak memberikan tekanan kepada guru-guru kerana mereka terpaksa belajar dan mengkaji sistem pendidikan baharu yang diperkenalkan oleh pihak atasan mereka. Noor Hamizah Abu Bakar dalam Siti Jamilah (2012), menyatakan hasil kajian mendapati guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara, dan jururawat. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri.Selain itu, stres kerja yang tinggi dalam kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubungkait dengan faktor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan burn out yang menghalang mereka dari melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Kajian oleh Cooper dan Kelly (1993) di United Kingdom menyatakan terdapat empat punca stres dalam kalangan guru iaitu beban kerja, perhubungan antara guru, staf dan pengurus, pengurusan sumber, serta memenuhi kehendak Jabatan Pelajaran.Kajian oleh Carr (1994) di Australia Selatan pula menunjukkan terdapat tiga punca stres iaitu kekurangan sokongan dan tolak ansur dari Jabatan Pelajaran, memenuhi bebanan kerja yang semakin bertambah, dan harapan tinggi daripada pengurus sekolah.Isu tekanan emosi dalam kalangan guru ini banyak memberikan implikasi kepada saya sebagai seorang bakal guru.Antara implikasinya adalah saya mula sedar bahawa kerjaya sebagai guru ini bukannya mudah tetapi sangat mencabar mental dan fizikal kerana guru terpaksa menghadapi pelbagai pihak dalam kerjaya mereka terutamanya pihak atasan dan ibu bapa yang terlalu mengharapkan pencapaian akademik yang tinggi bagi anak-anak mereka. Sekiranya saya tidak mempunyai mental dan fizikal yang kuat, maka saya akan tenggelam dan hanyut dalam tekanan yang akan dihadapi nanti. Oleh yang demikian, saya perlulah mempersiapkan diri saya agar mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat supaya dapat menangkis segala cabaran yang mendatang serta dapat menghadapinya dengan tenang.Selain itu, implikasi isu ini ke atas diri saya ialah saya dapat mengetahui punca-punca berlakunya stres dalam diri guru.Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa dan pihak sekolah, masalah disiplin murid, dan bebanan tugas. Dengan mengetahui punca-punca stres ini, saya akan cuba memperlengkapkan diri saya dengan cara mencari langkah-langkah bagi mengurangkan stres tersebut. Maka, saya akan cuba mengambil langkah bijak dengan mencari penyelesaian masalah tekanan emosi dengan membuat rujukan melalui buku-buku ilmiah, laman sesawang serta bertanya dengan guru atau mereka yang berpengalaman dalam bidang keguruan ini agar dapat membantu saya mengurangkan tekanan yang dihadapi.Implikasi lain pula ialah saya juga dapat mengetahui isu-isu berkaitan dengan masalah salah laku dalam kalangan guru. Hal ini penting kerana berdasarkan paparan masalah salah laku guru yang dipaparkan di akhbar dan berita, saya dapat menjadikan contoh tersebut sebagai satu batasan atau pengajaran agar tidak melakukan perkara tersebut apabila bergelar guru nanti. Hal ini kerana masalah yang berkaitan dengan guru ini cepat tersebar di media massa dan menjadi perbualan umum. Maka, dengan mengambil tahu isu-isu berkaitan salah laku dalam kalangan guru, saya dapat menjadikannya sempadan buat diri saya.Sehubungan dengan itu, saya yakin bahawa pihak pentadbiran sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu guru yang menghadapi masalah tekanan emosi. Cadangan saya ialah pihak pentadbiran sekolah perlulah mengagihkan tugas secara adil dan sama rata antara guru-guru di sekolah. Walaupun seseorang guru itu dilihat sangat berkaliber dan komited, mereka tidak seharusnya diberikan banyak jawatan dan peranan di sekolah sehinggakan menimbulkan stres dalam diri mereka.Pihak pentadbiran sekolah perlulah bertimbang rasa supaya guru-guru lain juga diberikan tanggungjawab supaya pentadbiran lebih adil, sistematik dan cekap.Selain itu, pihak pentadbiran sekolah juga bolehlah mengadakan satu mesyuarat guru sebulan sekali bagi mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh guru. Berdasarkan hasil perbincangan mesyuarat, pihak pentadbiran sekolah bolehlah berbincang bersama-sama dengan guru lain cara mengatasi masalah tersebut. Setiap cadangan perlulah diambil kira dan kepimpinan demokratik adalah yang jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.Bagi guru yang mengalami masalah tekanan emosi yang kronik, pihak pentadbiran sekolah perlulah membantunya dengan cara merujuk kes ini kepada kaunselor sekolah. Sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan, guru tersebut bolehlah dirujukkan kepada pakar kaunseling ataupun pakar psikologi agar masalah yang dihadapi itu dapat diselesaikan dengan segera.Kesimpulannya, isu-isu yang berkaitan dengan masalah tekanan emosi guru perlu diambil berat kerana ianya berkait rapat dengan keberkesanan pelaksanaan tugas serta kecekapan kerja di sekolah. Tanpa mengambil langkah penyelesaian yang betul dan berkesan, maka ianya akan mempengaruhi mental guru tersebut dan menjurus kepada masalah salah laku dalam kalangan guru. Oleh itu, setiap bakal guru perlulah peka dengan masalah dan isu tekanan emosi dalam kalangan guru agar dapat mempersiapkan diri secara fizikal dan mental sebelum melangkah masuk ke dalam dunia keguruan ini.

TUGASAN 3TAJUK PILIHAN: Bincangkan implikasi ke atas sesebuah organisasi sekiranya Peraturan-peraturan Pegawai Awam( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (PindaanBerdasarkan tajuk pembentangan keempat iaitu implikasi ke atas sesebuah organisasi sekiranya Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) tidak dipatuhi oleh penjawat-penjawat awam, saya telah mendapat banyak ilmu baharu melalui pembentangan daripada rakan-rakan kumpulan ini.Antara implikasi tajuk ini ke atas diri saya ialah ia dapat memberi pendedahan kepada saya betapa pentingnya peraturan-peraturan tersebut. Hal ini kerana, setiap kehidupan memerlukan peraturan supaya mereka dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Oleh itu, dalam skop yang lebih kecil iaitu penjawat awam, peratutan yang berkenaan dengan kelakuan dan tatatertib sangat penting untuk menjaga nama baik sesuatu organisasi tersebut. Selain itu, kami telah didedahkan dengan peraturan-peraturan pegawai awam yang melibatkan kelakuan dan tatatertib 1993 serta pindaan pada 2002 dan akta pendidikan 1996. Sebagai seorang penjawat awam, guru perlu mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib. Daripada pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah pun menyedar bahawa pematuhan dan penghayatan tatakelakuan akan mewujudkaan perkhidmatan keguruan menjadi Bersih, Cekap dan Amanah dan tidak akan berlaku penyelewengan. Topik ini sangat menarik kerana ia diberi penjelasan tentang tindakan-tindakan yang boleh dikenakan sekiranya seseorang guru melanggar peraturan tatakelakuan atau tatatertib sepertimana yang diperuntukkan. Semua guru di negara ini perlu mematuhi Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindahan 2002).Oleh itu, saya berpendapat pematuhan dan penghayatan tatakelakuan serta peraturan-peraturan pegawai awam akan mewujudkan perkhidmatan keguruan yang bersih dan amanah serta tidak berlaku penyelewengan. Mengenai topik Akta Pendidikan pula,akta ini merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di mana perkara-perkara di dalamnya berhubung kait dengan Pendidikan Negara. Akta ini juga menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum.Oleh itu, dalam melahirkan rakyat yang bersepadu dan berjaya mencapai matlamat 1Malaysia, saya perlu menghayatinya dengan mendalam.Oleh itu, apabila sesuatu peraturan tidak diikuti ataupun diingkari, maka ia akan menyumbang masalah kepada pelbagai pihak. Oleh itu, berdasarkan pembentangan rakan saya, peraturan yang sering dilanggar oleh guru terutamanya ialah ponteng pada waktu bekerja. Hal ini boleh dianggap serius kerana ia boleh menyebabkan murid mengalami masalah ketinggalan tajuk yang mereka pelajari mengiku sukatan pelajaran. Selain itu juga, pihak sekolah terpaksa mencari guru ganti supaya dapat mengisi kekosongan kelas tersebut. Oleh sebab itu ia telah mengundang masalah kepada guru lain untuk memasuki kelas guru yang tidak hadir tersebut. Hal ini telah membuktikan bahawa jika seseorang penjawat awam melanggar pertaturan tersebut, ia akan mengundang masalah kepada seluruh organisasi tersebut. Disebabkan itu, apa yang saya dapati ialah sebagai penjawat awam kita perlu sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan supaya setiap tanggungjawab ataupun amanah yang perlu kita buat dapat dilaksanakan dengan baik tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh membebankan diri kita sendiri. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya bertanggungjawab ke atas semua tugas yang dipertanggungjawabkan sama ada di dalam ataupun di luar kelas. Saya juga dapat mengenali beberapa peraturan yang amat berguna bagi sewaktu menjadi guru biasa pada tahun hadapan.Guru tidak boleh menggunakan peralatan atau barang-barang sekolah untuk hal-hal peribadi. Guru juga dilarang sama sekali melakukan gangguan seksual sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. Guru dilarang melakukan kerja-kerja luar kecuali mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah. Guru juga perlu mematuhi peraturan berpakaian. Ia amat berfaedah dan berguna untuk menjadi seorang guru yang profesional. Saya akan mematuhi semua peraturan bagi menjamin profesion keguruan. Kesimpulannya ialah, sebagai seorang warga pendidik yang merupakan salah seorang penjawat awam, saya perlu sentiasa mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan terutamannya Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) supaya saya dapat bekerja dengan lebih efisin dan dapat meningkatkan diri saya ke arah yang lebih tinggi. Justeru itu, saya perlu sentiasa melaksanakan tanggungjawab saya dengan lebih baik supaya setiap titik peluh saya berbaloi dengan ganjaran yang saya terima pada setiap bulan.

MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAIN910222-03-5413

TUGASAN 1TUGASAN3

TUGASAN 1Tajuk Artikel: Masalah, beban 350,000 guru diberi perhatian.

Rujukan Artikel: http://ilham-murabbi.blogspot.com/

Ulasan Artikel:Mengambil petikan artikel daripada Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan guru juga sering dibebankan dengan kerja pengkeranian dan aktiviti kokurikulum yang telah menjejaskan tumpuan mereka di dalam kelas.Petikan ini menunjukan bahawa tugas guru semakin bertambah dan bukan hanya mengajar di dalam kelas semata-mata sebaliknya turut dibebani dengan tugasan luar.Peningkatan beban tugas ini menyebabkan sesetengah guru tertekan dan tidak berupaya menangani beban yang diberikan.Imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangka menjadikan masyarakat mula menilai dan mempertikaikan profesionalisme guru di Malaysia.Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir pula dengan tragedi dan guru dipersalahkan.Masyarakat boleh menyalahkan guru, namun perlu adil membuat penelitian terperinci sebelum menjatuhkan andaian.Kes sebegini berlaku disebabkan guru yang berdepan dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.Sikap masyarakat yang lepas tangan dan seakan memaksa untuk memenuhi kehendak mereka menjadikan guru seakan ditindas.Masyarakat pula sentiasa memberikan hukuman dan komen negatif sedangkan kebenaran masih belum terbukti.Cabaran terbesar guru hari ini berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat sedangkan masyarakat bersikap lepas tangan.Malangnya dalam memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru yang semakin sukar ditambah tekanan memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya.Sebaliknya, masyarakat perlu bersama menggembleng usaha dan memberi ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri tanggungjawab mereka. Dengan cara ini ia akan membantu guru lebih berdaya saing dan mengurangkan tekanan guru. Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari. Dulu guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu.Tekanan berlebihan di samping tidak mendapat sokongan persekitaran menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan.Tekanan ini mereka zahirkan kepada golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya golongan pelajar menjadi pilihan.Tetapi ramai tidak prihatin terhadap masalah ini dan mebebankan segala tanggungjawab pada guru.Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini tidak makan saman menyebabkan guru terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi keadaan meskipun salah.Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi orang sebarangan kerana hanya mereka yang mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat.iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas pokok iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan (sivic mission).Jika dikaitkan guru dengan kebudayaan, maka tugas pertama mereka adalah berkaitan dengan logik dan nilai estetika, tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika.Tugas-tugas profesional dari seorang guru iaitu meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak.Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya.Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri.Usaha membantu kearah ini seharusnya diberikan penekanan terhadap pengertian bahawa manusia hidup dalam satu unit organik yang diintegrasikan untuk menjadi produk yang baik dan berguna untuk orang lain. Hal ini menunjukan tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Guru seharusnya melalui pendidikan ini dengan tenang dan mampu membantu pelajar untuk mengembangkan daya berfikir atau intelektual mereka sehingga mampu untuk menjadi kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi memperbaikikehidupnya sendiri dan kehidupan masyarakat sekelilingnya.Sebagai bakal pendidik, saya perlu bersedia dari segenap aspek meliputi persediaan fizikal, mental dan emosi untuk terjun ke dalam profesion pendidikan yang penuh cabaran ini. Persediaan dari segi mental wajar dititikberatkan kerana alam pekerjaan yang sebenar pasti akan menguji tahap kesabaran dan keupayaan mental untuk menangani beban tugas yang akan diterima. Saya juga perlu memahami dan menyedari kehendak yang diimpikan dalam sistem pendidikan negara supaya dapat mencorak dan membuat perancangan yang terperinci untuk mencapai apa yang dihajati. Sebagai bakal guru juga, saya perlu pandai menyesuaikan diri dan membina perhubungan yang positif dengan masyarakat kerana masyarakat dan guru merupakan tunjang kepada perkembangan pendidikan dan saling memerlukan.Dalam menangani tekanan beban tugas yang berlebihan ini, pihak sekolah juga mempunyai peranan yang tertentu dalam mencorakkan budaya kerja guru.Sebagai contoh, tugasan yang diberikan kepada guru mestilah selari dengan keupayaan dan kepakaran guru supaya hasil kerja dapat dioptimunkan dan guru seronok melaksanakan kerja yang diberikan dan mereka tidak bekerja dalam keadaan yang tertekan.Pihak pentadbir sekolah juga perlu bijak dalam membahagikan tugas-tugas di sekolah supaya pembahagian tugas antara guru dapat dilakukan secara adil dan saksama tanpa memihak kepada sesiapa dan tidak bersifat pilih kasih. Pihak pentadbir juga perlu menetapkan matlamat yang jelas terhadap apa yang ingin dicapai dan perlulah selari dengan keupayaan kakitangan mereka. Jika ada guru yang bermasalah di sekolah, pihak sekolah perlulah menangani dengan baik.Sebagai contoh, guru yang bermasalah perlulah diberi sesi kaunseling oleh mereka yang pakar dan berkemahiran supaya tekanan yang dialami oleh mereka boleh dikurangkan. Bagi meredakan tekanan yang dialami oleh guru juga, pihak sekolah mungkin boleh merancang atau mengadakan sesi riadah atau lawatan hujung minggu sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan bagi memberi peluang untuk para guru membebaskan diri daripada beban tugas di sekolah di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru sekolah tersebut. Kesimpulannya,tekanan mental tidak akan memudaratkan seseorang sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks. Analogi mudah bagi tekanan mental ialah pengambilan vitamin.Pada prinsipnya, tekanan mental sama seperti pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan meningkatkan sistem immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang berlebihan pula akan mendatangkan kesan sebaliknya. Begitu jugalah dengan tekanan mental kerana tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan mental yang terlampau akan membebankan dirinya. Ini kerana masa depan negara terletak di tangan warga pendidik.

TUGASAN 3REFLEKSI INDIVIDU : MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAINTAJUK PILIHAN: Bincangkan implikasi ke atas sesebuah organisasi sekiranya Peraturan-peraturan Pegawai Awam( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) tidak dipatuhi oleh penjawat-penjawat awam.Berdasarkan pembentangan yang dilakukan oleh rakan sekelas untuk tajuk ini, banyak ilmu dan perkara baru yang telah saya pelajari.Tajuk ini sememangnya bersesuaian bagi kami sebagai persediaan kepada kami dalam menempuhi cabaran berkhidmat dalam bidang pendidikan dan apabila kami bergelar pegawai awam kelak. Berikut merupakan sedikit perkongsian dan ringkasan terhadap apa yang telah saya perolehi melalui pembentangan tersebut.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peraturan bermaksud segalaapa yang telah ditentukan atau ditetapkan dan harus dituruti atau dipatuhi oleh sesiapa yang berkenaan. Penjawat awam pula boleh ditakrifkan sebagai satu gelaran yang diberikan kepada mereka yang bekerja dan makan gaji dalam sektor kerajaan dan dalam tugasan ini ia merangkumi penjawat awam di Malaysia. Mereka ini telah diamanahkan dengan senarai tugas yang ditetapkan mengikut sasaran kerja dan waktu yang telah digariskan. Ringkasnya, Peraturan-peraturan Pegawai Awam merujuk kepada arahan ataupun panduan yang dikenakan kepada pegawai awam yang wajib diikuti dan menjadi satu kesalahan sekiranya mereka gagal mengikut apa yang ditetapkan di dalam peraturan tersebut.Penjawat awam merangkumi satu populasi yang luas dan sudah tentu kita akan terbayang pelbagai jenis tugas yang tentunya berbeza antara satu jawatan dengan jawatan yang lain. Semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin tinggi pula imbuhan atau gaji yang bakal diperolehi.Ini sememangnya bersesuaian dengan beban tugas serta beratnya amanah yang dipikul.Semakin tinggi sesuatu jawatan, semakin berat amanah yang harus dipikul.Sebagai contoh buruh yang kita lihat begitu perit dan sengsara dalam mencari sesuap nasi hanya mendapat gaji yang kecil berbanding seorang Pengarah Urusan atau Pegawai Tinggi.Namun harus diingat, beban tugas golongan tertingggi ini sebenarnya lebih berat walaupun secara mata kasarnya mereka seakan bersahaja.Dalam menjalankan tugas seharian, penjawat awam dibekalkan dengan kuasa mengikut bidang tugas masing-masing.Sebagai contoh guru mempunyai kuasa di sekolah terhadap murid-muridnya manakala doktor pula berkuasa di hospital terhadap para pesakit.Namun begitu, kuasa tersebut perlu dikawal bagi mengelak berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi mahupun kepentingan tertentu.Ini merangkumi tingkah laku dan tindakan penjawat awam tersebut. Disebabkan itu mereka perlu menjaga nama baik perkhidmatan awam dengan tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan.Salah satu peraturan yang cukup sinonim dalam kalangan penjawat awam adalah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 yangtelah dibuat pindaannya pada 2002. Peraturan ini merangkumi jenis-jenis kesalahan dan jenis tindakan yang akan dikenakan terhadap pesalah tersebut. Peraturan sebegini diwujudkan bagi memastikan para penjawat awam dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap, beramanah dan bertanggungjawab yang akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan prestasi organisasi mereka. Setiap penjawat awam perlu meletakkan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi.Contoh yang sering diperkatakan adalah Pegawai JPJ meminta bayaran dan meluluskan lesen memandu tanpa menduduki ujian. Perbuatan sebegini bukan sahaja tidak bermaruah, malah mencemarkan nama dan imej organisasi tersebut. Peraturan ini juga akan bertindak menjaga imej perkhidmatan awam.Sekiranya seseorang penjawat awam itu gagal dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan, secara individunya mereka akan menerima kesan atau impikasi negatif terhadap mereka. Antara contoh hukuman secara individu yang sering dikenakan ialah amaran lisan, surat amaran, dibuang kerja dan denda. Selain itu, pesalah juga mungkin akan diturunkan pangkat, dilucut hak emolumen serta dikenakan penangguhan pergerakan gajiSelain kesan terhadap individu itu sendiri, kegagalan penjawat awam mematuhi peraturan-peraturan yang telah dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) akan memberi implikasi terhadap organisasi mereka. Pertamanya, timbul persepsi negatif kepada organisasi tersebut. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan situasi ini. Akibat daripada kegagalan seoarang guru, seluruh sektor pendidikan dipersalahkan. Peraturan diwujudkan adalah untuk memastikan sesuatu organisasi sentiasa dapat diurus dan ditadbir dengan berkesan. Kedua, kegagalan mematuhi peraturan ini akan mengakibatkan kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan organisasi akan terdedah kepada umum. Setiap organisasi sudah tentu memiliki perancangan, pelan tindakan dan rahsia-rahsia yang sulit yang perlu disimpan dengan baik. Selain itu rancangan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh pentadbir organisasi juga kadangkala wajar dirahsiakan supaya tidak disabotaj oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Ketiga, wujudnya peraturan ini ialah untuk mengelakkan penjawat awam meletakkan kepentingan individu melebihi kepentingan organisasi. Pada hari ini banyak cabaran yang perlu ditempuh oleh penjawat awam termasuk kos sara hidup yang semakin tinggi terutamanya di kawasan-kawasan bandaraya. Kos sara hidup yang tinggi membuatkan sesetengah penjawat awam mengambil jalan mudah dengan meletakkan kepentingan individu melebihi kepentingan organisasi supaya mereka bebas daripada beban yang ditanggung. Hasilnya berlakulah gejala kronisma, korupsi dan perniagaan ketika waktu kerja yang sudah pasti menguntungkan golongan terbabit. Kesannya akan mengakibatkan kualiti produk yang dihasilkan rendah. Contoh yang dapat dilihat dikebanyakkan sekolah adalah guru berniaga ketika waktu persekolahan.Lebih teruk guru tersebut leka menguruskan perniagaannya sehingga tidak membuat rancangan pengajaran harian dan terlepas untuk mengajar di kelas. Hasilnya, murid-murid akan ketinggalan dan perkara yang harus diketahui oleh murid tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Di peringkat sekolah, pihak sekolah terutama para guru akan terbeban sekiranya ada antara guru yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan dikenakan tindakan sehingga tidak dapat melaksanakan tugasan yang diamahkan.Rata-rata guru di sekolah telah memikul beban tugas yang banyak termasuklah jadual waktu mengajar yang banyak, penyediaan bahan mengajar dan kerja-kerja pengkeranian. Jika ada guru yang tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan, guru lain terpaksa mengganti kekosongan tersebut. Hal ini tidak bagus untuk murid kerana murid tidak dapat mempelajari apa yang sepatutnya kerana guru sebenar telah diganti. Kesan terburuk bagi gejala ini, murid tidak mencapai tahap yang sepatutnya.Kesimpulannya, peraturan dicipta bukan untuk dilanggar sebaliknya adalah untuk dituruti. Kegagalan mematuhi peraturan akan meninggalkan banyak kesan negatif sama ada untuk pesalah itu sendiri mahupun kepada organisasi tertentu. Peraturan ditetapkan supaya kita sentiasa berada di landasan yang betul dalam apa jua bidang yang diceburi dalam meningkatkan mutu kerja dan prestasi organisasi yang kita duduki.

ABDUL FATTAH BIN MAT NANG910127-11-5247

TUGASAN 1TUGASAN3

TUGASAN 1ARTIKEL : PELAJAR DITAMPAR GURU MUNGKIN PEKAK

Dasar Kementerian Pelajaran tentu sekali menolak sebarang bentuk deraan tanpa mengira siapa.Dasar ini juga menjelaskan tiada seorang pun warga pendidik yang boleh melakukan sesuka hati mereka di sekolah.Pihak Kementerian juga sudah mempunyai garis panduan berhubung tindakan disiplin.Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru.Jika tidak ditangani dengan baik, mudah saja guru cenderung untuk bertindak di luar emosinya.Namun begitu bidang perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.Berdasarkan petikan yang dipilih saya percaya guru berkenaan berkemungkinan mempunyai masalah dalam diri di rumah sehinggakan terbawa-bawa ke sekolah. Dari sudut guru berkenaan langkah yang diambil adalah salah kerana akta telah menetapkan guru atau dengan lebih jelas profesion membantu ini tidak boleh sama sekali mendera atau mencederaka murid , namun begitu sebab utama berlaku perkara tersebut berkemungkinan adalah bermula dari murid berkenaan sendiri. Jika dilihat kepada peratus gejala sosial yang kian menular pada zaman kini , kebanyakan masalah adalah baermula dalam kalangan murid. Maka tidak hairanlah jika punca utama guru tersebut bertindak demikian adalah kerana kesilapan murid berkenaan yang melakukan permasalah.Disini jelas menunjukkan ketidak koheren antara guru dan murd berkenaan timbul.Tekanan yang dihadapi oleh pihak guru disebabkan oleh pelbagai faktor.Antara faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan yang berlaku dalam dunia yang pesat berubah.Ini kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat.Jika dilihat dari aspek implikasi, implikasi kepada guru berkenaan cukup besar, yang mana guru merupakan penjawat awam yang berada di sekolah dan berada dalam linkungan masyarakat setempat maka secara tidak langsung ianya amat mempengaruhi guru berkenaan. Guru berkenaan ternyata menerima implikasi yang cukup besar kerana terpaksa menanggung malu dengan perlakuannnya selain dipandang rendah oleh masyarakat setempat dan rakan sekerja. Dari skop sekolah pula, sekolah berkenaan akan berkemungkinan dilabel sebagai sekolah bermasalah di peringkat PPD. Bagi pendapat saya masalah yang peling besar akan timbul adalah buah mulut masyarakat setempat, yang mana sifat menuduh tanpa usul periksa sering diamal oleh masyarakat setempat di era globalisasi ini. Maka guru berkenaan berkemungkinan akan dipulau oleh masyarakat .Jadi sebagai seorang guru saya merasakan adalah wajar untuk saya menjaga imej saya sebagai seorang guru. Jika saya menghadapi masalah di luar sekolah seloknya menjadi etika untuk saya menjaga dan tidak terbawa-bawa masalah berkenaan ke sekolah. Hal ini kerana sifat tidak sabar dan cepat memberontak akan membawa kepada masalah tersebut. Untuk menangani masalah ini saya rasa adalah perlu setiap guru menghadiri kursus-kursus untuk menjaga tekanan emosi bagi menjaga nama baik profesion keguruan ini.Maka dalam menangani masalah yang timbul ini pihak sekolah memainkan perana penting dalam memastikan guru berkenaan boleh dibantu .Antaranya dengan melalui Kursus-kursus tekanan emosi, kursus-kursus sebegini perlu dilaksanakan untuk membantu guru-guru yang menghadapi masalah.Selain itu pihak sekolah juga perlu membuat pakatan bersama PIBG sekolah untuk membantu guru-guru sebegini menyelsaikan masalah yang dihadapi.Pihak sekolah juga perlu mengagih setiap tugas denga baik di sekolah supaya tiada bebanan kerja yang boleh membawa kepada tekanan emosi.Maka pembahgian tigas yang sistematik dan adil adalah wajar. Sebagai kesimpulan,setiap salah laku dan tekanan boleh diatasi dengan berfikir dan berbincang terlebih dahulu.

TUGASAN 3REFLEKSI INDIVIDU : ABDUL FATTAH BIN MAT NANGTAJUK PILIHAN: Bincangkan implikasi ke atas sesebuah organisasi sekiranya Peraturan-peraturan Pegawai Awam( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) tidak dipatuhi oleh penjawat-penjawat awam.

Sektor awam masa kini banyak memberi impak kepada orang awam dan negara.Pelbagai impakpositif dapat dilihat melalui kemajuan pembangunan dan ekonomi negara.Sebagai contoh, kemajuan pembangunan dan ekonomi yang dapat dinikmati pada hari ini adalah disebabkan keberkesanan sektor awam di mana usaha kakitangan awam dan jabatan-jabatan kerajaan melaksanakan tugas dengan baik untuk mencapai prestasi yang membanggakan.Sokongan daripada pihak pemerintah juga merupakan faktor kejayaan yang dicapai oleh Malaysia kini.Namun, kita tidak dapat lari daripada persepsi-persepsi negatif yang dilontarkan terhadap sektor awam. Ini berikutan berlakunya penyakit-penyakit duniawi seperti rasuah, pecah amanah, kes jenayahtermasuh jenayah kolar putih yang dilakukan oleh sebilangan penjawat awam. Selain daripada itu, berlaku juga kes-kes pencabulan yang dilakukan oleh kakitangan awam kepada kakitangan awam yang lain dan juga orang awam. Kes-kes seperti inilah yang menyumbang kepada gejala sosial yang semakin hari semakin merebak ke seluruh pelosok negara.

Dalam menjaga kriteria dan kredibiliti penjawat awam satu peraturan yang dikenali sebagai Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) telah digubal secara tidak langsung sedikit sebanyak membantu organisasi untuk melahirkan penjawat-penjawat awam yang memenuhi kriteria yang bertepatan. Namun terdapat komen-komennegatif terhadap kakitangan yang tidak memberikan khidmat yang sepatutnya kepada pelanggan.Masalah ini berlaku hampir setiap hari di mana kakitangan awam yang berurusan dengan orang awam tidak menunjukkan sopan-santun dan budi bahasa yang elok kepada pelanggan.Dari segi salahlaku tatatertib penjawat awam juga merupakan punca prestasi perkhidmatan awam boleh merosot.Contoh salahlaku disiplin yang berlaku di tempat kerja adalah cuai semasa menjalankan tugas, melanggar peraturan dan prosedur kerja dan tidak hadir bertugas. Jika berlaku kes salahlaku disiplin seperti ini, bukan sahajaperkhidmatan awam akan dipersalah malah kakitangan awam tersebut juga akan dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung kerja atau dibuang kerja. Maka perlulah adanya satu panduan tentang nilai-nilai yang perlu ada pada setiap kakitangan awam, dan juga etika sebagai rujukan kakitangan untuk menjalankan tugas dengan lancar dan efisien.

Dari segi implikasi, jika seorang penjawat awam tidak dapat mematuhi peraturan yang telah dibina maka akan sedikit sebanyak memburukkan persepsi orang awam terhadap tugas penjawat awam berkenaan dan secara langsung akan mencacatkan pandangan positif organisasi berkenaa.Hal ini kerana etika dalam perkhidmatan awam adalah penting dalam menyokong nilai-nilai yang telahdiperkenal. Menurut Mok S.S. (2010), etika boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap pelanggannya atau masyarakat. Dalam perkhidmatan awam, satu etika yang dinamakan Etika Perkhidmatan awam telahdiwujudkan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Etika ini bertujuan untuk memastikan pembangunan yang dirancang untuk rakyat dapat memberi faedah kepada rakyat seterusnya kepada negara.Sekiranya pelaksanaan rancangan pembangunan tidak berjalan dengan lancar kerana adanya anggota perkhidmatan awam yang tidak berdedikasi, maka sia-sia sahaja pihak kerajaan memberikan sejumlah peruntukan untuk pembangunan negara.

Atas hal yang demikian, etika ini digubal untuk memenuhi permintaan rakyat yang menginginkan perkhidmatan awam yang bersistematik, cekap dan cemerlang.Di samping itu, dengan adanya etika ini, negara boleh terhindar daripada ancaman-ancaman luar yang boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatannegara. Apabila ancaman-ancaman luar, terutamanya dari kawasan serantau, boleh dihindari maka akan lahirlah satu bangsa yang lebih berdaya tahan dalam mengharungi cabaran globalisasi, sosial ekonomi dan politik seperti yang terkandung dalam konsep 1Malaysia.

Selain itu, terdapat juga peraturan-peraturan lain seperti etiket sosial dan etika pakaian ke tempat kerja.Dengan adanya etika-etika ini, penjawat awam akan lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugas di samping berkeyakinan untuk berhadapan dengan pelanggan.Sebagai contoh, etika pakaian ke tempat kerja memberikan garis panduan kepada penjawat awam tentang tatacara pemakaian pakaian yang sesuai.Implikasi kepada sektor awam sekiranya penjawat awam bebas memakai apa-apa jenis pakaian tanpa adanya panduan, maka akan muncullah berbagai-bagai fesyen pakaian, masalah kekemasan dan masalah pakaian yang menjolok mata. Dengan adanya etika pakaian, kakitangan awam akan muncul dengan pakaian yang selesa, sesuai dan kemas. Apabila berurusan dengan pelanggan, pelanggan akanberasa yakin dengan kakitangan tersebut dan perkhidmatan yang baik dapat diberi dan diurus dengan lancar.

Berbeza pula dengan perturan yang menetapkan supaya semua penjawat awam menjaga etika dan adab pula memberi panduan tentang adab-adab seperti adab di meja makan dan adab berjalan. Seorang kakitangan awam hendaklah memberi imej yang positif terhadap dirinya terlebih dahulu dalam memberikan persepsi yang positif terhadap masyarakat. Imej ini juga akan mempengaruhi persepsi positif masyarakat terhadap kerajaan. Jika kakitangan awam dilihat mempunyai imej yang elegan dan bersopan-santun, kepercayaan dan keyakinan rakyat untuk berurusan dengan kakitangan awam dan kerajaan akan meningkat. Perselisihan faham dalam kalangan masyarakat terhadap kerajaan juga akan berkurang. Sebaliknya, jika kepercayaan dan keyakinan masyarakat tidak dapat diperoleh, maka akan timbullah rasa tidak puas hati dan huruhara dalam negara yang tentunya akan menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.Dengan pengenalan etika dalam perkhidmatan awam, anggota-anggota perkhidmatan dapat meningkatkan prestasi kerja dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.

Apabila prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan, khidmat kepada orang awam dapat diberikan dengan cemerlang dan maklum balas daripada orang awam juga akan menjadi positif. Serentak dengan itu, kepercayaan orang awam kepada kerajaan juga akan bertambah baik. Disebabkan itu, adalah sangat penting bagi setiap kakitangan awam untuk mematuhi etika supaya hubungan antara setiap anggota masyarakat akan menjadi lebih kukuh dan bersatu padu untuk mencapai perpaduan Negara berdasarkan Rukun Negara. Tambahan lagi, kemakmuran negara yang berbilang kaum dapat ditingkatkan seterusnya dapat melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan konsep 1Malaysia.

Pentingnya nilai dan etika dalam kehidupan seharian dapat dilihat melalui akibat buruk yang berlaku di sekeliling.Contoh yang paling mudah adalah suasana di tempat kerja yang boleh mempengaruhi prestasi seisi warga kerja sekaligus prestasi organisasi. Jika keseluruhan warga kerja mengamalkan nilai-nilai seperti amanah, bersih, jujur dan bertanggungjawab, dan etika kerja seperti adil dan saksama, nescaya tidak akan timbul isu pecah amanah, rasuah dan berat sebelah. Sekaligus, warga kerja dan organisasi dapat mencapai segala matlamat, program atau projek yang dirancang. Sebaliknya, jika nilai dan etika kerja ini tidak dipatuhi, maka akan timbul pelbagai masalah dalamorganisasi tersebut yang mana boleh mengakibatkan kejatuhan prestasi organisasi. Akan timbul isu seperti tidak percaya antara staf dengan pelanggan, staf dengan staf dan staf dengan pihak pentadbir organisasi. Apabila timbulnya suatu masalah, masalah ini akanmengakibatkan timbulnya masalah yang lain, dan apabila terlalu banyak masalah yang timbul, maka akan jatuhlah organisasi tersebut daripada tempat berdirinya.

Oleh itu, etika sangat penting dalam perkhidmatan awam.Pelbagai etika yang telah kerajaanperkenalkan bukanlah semata-mata gimik untuk menarik sokongan rakyat tetapi sebagai satu panduan dalam usaha untuk memperbaik dan mempertingkat kemajuan negara dari pelbagai segi terutamanya pembangunan dan ekonomi.Selain itu, tamadun manusia juga dapat dikekalkan, imej organisasi dan negara dapat dijaga dan prestasi dapat ditingkatkan.Sehubungan dengan itu, masyarakat khususnya kakitangan di sektor awam haruslah menanam dan memahami dengan mendalam setiap etika yang telah diperkenal. Untuk mencapai status negara maju dan merealisasikan Wawasan 2020 bukanlah hanya bergantung kepada pentadbiran negara semata-mata tetapi setiap golongan masyarakat tanpa mengira kaum, jantina, darjat dan status pendidikan perlu menyemai dan melaksanakan nilai dan etika demi kebaikan dan masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

RUJUKAN Utusan Online.(2005). Stres guru membimbangkan Akibat banyak perubahan dan bebanan tugas yang keterlaluan NUTP. Retrieved September 27, 2014 from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#Siti Jamilah. (2012). Stres di kalangan guru faktor dan cara menangani. Retrieved September 30, 2014 from http://jamilahmil.blogspot.com/2012/09/stres-di-kalangan-guru-faktor-dan-cara.htmlTiada nama. (2010). Guru: Stres Kerja. Retrieved September 30, 2014 from http://logik-guru.blogspot.com/2010/01/stres-kerja.html

LAMPIRAN