240232697-esei-edu-3108

18
ESEI EDU 3108 – ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2012 TAJUK ESEI: ISU KETIDAKPATUHAN GURU TERHADAP KOD ETIKA KEGURUAN DAN SURAT PEKELILING IKTHISAS PENGENALAN Dalam era globalisasi ini, isu pendidikan adalah isu yang penting dan sering diperdebatkan tidak kira sama ada dari segi pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu – isu lain yang sering dijadikan topik hangat mengikut peredaran semasa. Umumnya isu pendidikan yang wujud tersebut adalah sering dikaitkan dengan profesion perguruan Di Malaysia, profession perguruan adalah merupakan profession yang popular dan sering dijadikan sebagai kerjaya rebutan. Sehingga sekarang ini orang ramai masih merebut peluang untuk menjadi guru kerana permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad. Selain itu penekanan terhadap peningkatan kualiti pendidikan ke taraf global pada era ini juga telah menjadi perhatian semua pihak. Oleh itu menurut Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010), untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru yang professional dan berkualiti haruslah mampu memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran (p&p), sahsiah, kemahiran, kepakaran mahupun pengurusan. Guru yang professional dan berkualiti sudah pasti akan dapat memberi pendidikan bertaraf dunia seiring dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Akauntabiliti utama guru yang bersifat profesional yang tinggi adalah bertindak sebagai penyebar ilmu. Sehubungan itu, guru juga sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan- perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan 1

Upload: donny-tuah

Post on 19-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2012

TAJUK ESEI: ISU KETIDAKPATUHAN GURU TERHADAP KOD ETIKA KEGURUAN DAN SURAT PEKELILING IKTHISASPENGENALANDalam era globalisasi ini, isu pendidikan adalah isu yang penting dan sering diperdebatkan tidak kira sama ada dari segi pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu isu lain yang sering dijadikan topik hangat mengikut peredaran semasa. Umumnya isu pendidikan yang wujud tersebut adalah sering dikaitkan dengan profesion perguruan Di Malaysia, profession perguruan adalah merupakan profession yang popular dan sering dijadikan sebagai kerjaya rebutan. Sehingga sekarang ini orang ramai masih merebut peluang untuk menjadi guru kerana permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad.Selain itu penekanan terhadap peningkatan kualiti pendidikan ke taraf global pada era ini juga telah menjadi perhatian semua pihak. Oleh itu menurut Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010), untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru yang professional dan berkualiti haruslah mampu memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran (p&p), sahsiah, kemahiran, kepakaran mahupun pengurusan. Guru yang professional dan berkualiti sudah pasti akan dapat memberi pendidikan bertaraf dunia seiring dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Akauntabiliti utama guru yang bersifat profesional yang tinggi adalah bertindak sebagai penyebar ilmu.Sehubungan itu, guru juga sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.ETIKADalam usaha memastikan kualiti yang dikehendaki tersebut tercapai serta selari dengan hasrat pembentukan sebuah negara yang maju menjelang Wawasan 2020, seseorang guru tersebut hendaklah memainkan peranannya dengan sebaiknya. Malah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) kita pula telah mengariskan sebuah matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem pendidikan di negara kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri. Oleh yang demikian, bagi memastikan jati diri terus utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah masyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini.Umumnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menggariskan beberapa prinsip dalam Etika Kerja KPM seperti niat yang betul, perlakuan yang baik, pengerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Selaras dengan Etika Kerja KPM, beberapa nilai juga telah diketengahkan termasuklah tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang. Sehubungan itu, Profession perguruan juga telah menggariskan empat kod etika tatasusila yang utama seperti berikut:i. Tanggugjawab terhadap pelajar/muridii. Tanggungjawab terhadap ibu bapa murid - muridiii. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negaraiv. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profession perguruanKeempat empat kod etika tersebut bukan sahaja sekadar sebagai sebuah garis panduan kepada para guru guru untuk menjalankan peranan mereka sebagai pendidik dengan sebaik baiknya. Malah ia juga bertujuan dalam memartabatkan profesion perguruan ini di peringkat yang lebih baik. Tanpa adanya kod etika sebegini, sudah pasti nilai kepercayaan masyarakat serta nilai integriti terhadap profesion perguruan ini sukar diperolehi.SURAT PEKELILINGDalam usaha untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman, penyataan perubahan yang harus dilakukan dalam sistem pendidikan juga telah digariskan dengan jelas dalam Surat Pekeliling. Pengumuman sesuatu perubahan tersebut dalam Surat Pekeliling Ikthisas adalah bertujuan menangani sesuatu isu yang wujud serta memurnikan lagi sistem pendidikan yang sedia ada. Oleh itu sebagai seorang guru dan penjawat awam, garis panduan yang telah dinyatakan dalam pekeliling tersebut hendaklah difahami dengan jelas serta diikuti dengan baik tanpa adanya sebarang penyelewengan.Antara surat pekeliling yang telah diketengahkan oleh KPM dan diketengahkan oleh saya adalah seperti berikut:i. Surat Pekeliling Bil. 1 / 1983 yang bertarikh pada 25 Febuari 1983 iaitu Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah. Surat pekeliling ini telah menggariskan beberapa langkah-langkah yang positif bagi menjaya kempen anti merokok. Tindakan tersebut hendaklah diberi perhatian oleh Pengetua/ Guru Besar, PK HEM dan Guru Disiplin. Rasional pemilihan surat pekeliling ini adalah disebabkan isu ketidakpatuhan mengenainya kian dipandang ringan dan semakin kurang diambil serius. ii. Surat Pekeliling Bil. 5 /1997 yang bertarikh pada 22 Mei 1997 iaitu Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok. Umumnya pekeliling tersebut telah menggariskan dua perkara yang utama iaitu:1. Bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.2. Semua guru ,kakitangan dan ibubapa yang berurusan dengan sekolah dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah , samada di bilik darjah , di kawasan terbuka atau tempat-tempat berselindung. Oleh itu, adalah menjadi peranan dan tindakan Pengetua, Guru Besar, PK HEM, Guru Disiplin dalam memastikan pekeliling tersebut sentiasa dipatuhi. Manakala rasional pemilihan surat pekeliling kedua ini adalah kesinambungan daripada pemilihan surat pekeliling yang pertama. Iaitu isu rokok yang sentiasa menjadi perhatian dan isu yang diketengah oleh KPM. Namun begitu, isu ini tetap juga masih berlaku di kawasan sekolah. iii. Surat Pekeliling Bil.8/2001 yang bertarikh 19 Julai 2001 iaitu Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah Surat Pekeliling ini telah menggariskan sembilan perkara seperti berikut:1. JPN,PPB/D, Pengetua/Guru Besar mestilah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memantapkan disiplin di sekolah-sekolah2. Pengurusan hal ehwal murid hendaklah dimantapkan dan dipertingkapkan.3. Sistam rekod / profail hendaklah diperkenalkan dan bergerak mengikut pergerakan murid.4. Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah dimantapkan .5. Pengurusan kaunseling hendaklah dimantapkan lagi.6. Sekolah penyayang.7. Pendidikan keselamatan dan perlindungan diri.8. Pemuafakatan ibu bapa , sekolah dan masyarakat9. Sekolah selamat.Rasional pemilihan surat pekeliling ketiga ini pula adalah bertujuan untuk mengupas tindakan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan selama saya menjalankan praktikum di beberapa sekolah sebelum ini. iv. Surat Siaran KPPM Bil. 4/2012 yang bertarikh 08 Februari 2012 iaitu Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang. Tujuan pekeliling tersebut adalah bertujuan agar guru membudayakan sikap sayang di sekolah serta memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya. Pekeliling tersebut juga telah menetapkan tiga aktiviti utama dalam pelaksanaan guru penyayang tersebut seperti berikut:1. Mengalu alukan kehadiran murid2. Memberi penghargaan kepada murid murid3. Pelaksanaan program Mentor Mentee Rasional pemilihan pekeliling ini adalah selari dengan pemilihan surat pekeliling yang ketiga. Cuma dari segi perbezaannya adalah surat pekeliling keempat ini lebih terperinci dari segi fokusnya dalam membentuk amalan guru penyayang. Jadi dapatlah kita simpulkan bahawa pemilihan keempat empat surat pekeliling tersebut adalah sebenarnya berdasarkan isu ketidakpatuhan yang jelas diperhatikan dan telah berlaku semasa menjalani program internship mahupun praktikum di sekolah sebelum ini. Isu tersebut juga adalah merupakan isu yang seharusnya dipandang serius oleh semua pihak sama ada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.Dari segi konteks mewujudkan kod etika keguruan dan pengeluaran surat pekeliling pula adalah bertujuan untuk meningkatkan serta memantapkan lagi akauntabiliti dan integriti profesion perguruan ini dalam dunia pendidikan semasa secara holistik. Oleh itu, amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan dalam kedua dua perkara tersebut hendaklah dilaksanakan dengan sebaik baiknya oleh semua warga pendidik.AKAUNTABILITIAkauntabiliti bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain lain yang mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Perkhidmatan Awam juga mentafsirkan akauntabiliti sebagai satu sifat yang jujur iaitu apabila diberi amanah mestilah bertanggungjawab kepada pegawai atasan yang terdekat (immediate superior) dan lebih utama kepada dirinya sendiri. Manakala mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan tugas dan akautabiliti dihuraikan sebagai tanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tun Ahmad Sarji, konsep tugas dan akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Tugas dan akauntabiliti ini juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang diambil. (Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon, 2010). Dari perspektif guru dalam pendidikan pula, akauntabiliti yang harus dipegang adalah selari dengan etika keguruan tersebut sendiri. Hal ini adalah merangkumi akauntabiliti guru terhadap muridnya, akauntabiliti terhadap ibu bapa, akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara serta akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Sehubungan itu, perubahan akauntabiliti seseorang guru tersebut juga hendaklah sentiasa berpandukan perubahan pekeliling mengenai peredaran pendidikan semasa. Ringkasnya guru juga harus berusaha dengan sepenuhnya untuk menunaikan akauntabiliti mereka dengan rajin dan bersungguh sungguh serta mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat dituntut supaya peningkatan kecemerlangan dalam semua aspek dapat dicapai. Oleh demikian, menurut Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010) antara ciri ciri yang dapat menggambarkan sikap berakauntabiliti adalah bersungguh sungguh melaksanakan tugas, melaksanakan kerja dengan sempurna, rasa bersalah jika tugas yang dipikul tidak dapat disempurnakan mengikut tahap piawai dan tempoh yang telah ditetapkan serta menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Rumusannya, tugasan dan akauntabiliti keguruan adalah bermakna akauntabiliti yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Tugas dan akauntabiliti ini juga membawa maksud akauntabiliti guru terhadap profesionalisme keguruan tersebut sendiri.

INTEGRITIMenyedari betapa pentingnya integriti dalam masyarakat, kerajaan telah melancarkan Program Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Pelan tersebut adalah selari dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang harus wujud secara keseluruhan dan pada individu dan organisasi. Seperti akauntabilti, integriti ini juga berkait erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari hari (Pelan Integriti Nasional, 2010).Oleh demikian dalam konteks integriti seseorang guru tersebut pula, adalah melibatkan pengulangan dan penghayatan dirinya untuk menjadikan kod etika keguruan tersebut menjadi sebuah kebiasaan dan akhirnya menjadi sebuah budaya. Selain itu, guru yang berintegriti juga adalah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut garis panduan etika keguruan ditetapkan. Seseorang guru tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila wujudnya konflik pula, ia mestilah diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian, seseorang guru hendaklah perlu telus dan tulus dalam memikul tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya serta menjalankan tanggungjawab tersebut berpandukan empat kod etika keguruan yang utama.

ISU KETIDAKPATUHAN KOD ETIKA KEGURUAN DAN SURAT PEKELILINGWalau bagaimanapun, memang tidak dinafikan bahawa akan wujudnya pelanggaran ataupun ketidakpatuhan terhadap kod etika dan surat pekeliling yang telah digariskan oleh segelintir pendidik. Hal ini adalah merupakan suatu realiti yang sering berlaku di mana mana tempat mahupun sekolah. Antaranya ketidakpatuhan ataupun pelanggaran surat yang pernah diperhatikan di sekolah adalah mengenai isu merokok. Meskipun isu merokok ini telah diketengahkan dalam Surat Pekeliling Bil. 1 / 1983 yang bertarikh pada 25 Febuari 1983 dan Surat Pekeliling Bil. 5 /1997 yang bertarikh pada 22 Mei 1997, namun ia masih juga tetap berlaku sehingga hari ini dan sukar untuk ditangani. Apa yang lebih menyedihkan adalah guru yang berperanan sebagai pendidik tersebut sendiri telah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelanggaran garis surat pekeliling yang telah ditetapkan. Hal ini selalunya melibatkan guru lelaki yang merokok bersama sama di kawasan belakang blok, sama ada di belakang blok bilik darjah mahupun di belakang blok bilik guru ataupun mana mana kawasan yang dirasakan mereka sesuai dan selesa. Dalam erti kata lainnya, kawasan tersebut adalah merupakan hot spot bagi guru yang merokok. Namun harus juga kita sedari bahawa kawasan tersebut masih berada di dalam kawasan sekolah. Ia sekaligus menunjukkan pelanggaran surat Pekeliling Bil. 5 /1997 bertarikh pada 22 Mei 1999 yang menyatakan bahawa Bangunan dan kawasan sekolah sebagai dilabelkan sebagai kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 serta semua guru ,kakitangan dan ibubapa yang berurusan dengan sekolah dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah, samada di bilik darjah, di kawasan terbuka atau tempat-tempat berselindung. Malahan tindakan tersebut juga jelas sekali bertentangan dengan Surat Pekeliling Bil. 1 / 1983 yang bertarikh pada 25 Febuari 1983 yang telah menggariskan beberapa langkah-langkah yang positif bagi menjaya kempen anti merokok. Hal ini menunjukkan bagaimana sesebuah institutsi pendidikan tersebut dapat menjalankan kempen anti merokok dengan berkesan jika pendidiknya sendiri tidak menunjukkan langkah langkah yang positif tersebut.Selain daripada dua surat pekeliling tersebut, ketidakpatuhan lain yang dapat diperhatikan adalah melibatkan beberapa perkara dalam Surat Pekeliling Bil.8/2001 yang bertarikh 19 Julai 2001 dan Surat Siaran KPPM Bil. 4/2012 yang bertarikh 08 Februari 2012. Kedua dua surat pekeliling tersebut banyak berkisar mengenai pemantapan suasana dan budaya sekolah yang lebih baik termasuklah dari segi aspek keselamatan dan budaya penyayang di sekolah. Namun begitu, pelaksanaan yang telah dilakukan adalah tidak menyeluruh serta mengalami beberapa modifikasi dari segi pelaksanaan. Hal ini menjelaskan ketidakpatuhan yang berlaku adalah secara tidak langsung. Contohnya dari segi aspek keselamatan, apa yang telah berlaku berdasarkan pemerhatian semasa praktikum dilaksanakan beberapa peranan guru telah diamanahkan secara terus kepada pengawas sekolah terutamanya dari segi pemantauan kedatangan murid pada waktu pagi. Perkara ini sebenarnya tidak menyalahi kod etika keguruan jika ia dilaksanakan dengan menggunakan tindakan yang lebih betul iaitu bertujuan memberi bimbingan dan pendedahan bukannya atas dasar pemberian tugas bagi tujuan meringankan beban sendiri.Begitu juga dari segi konteks pembentukan budaya sekolah penyayang, pemberian peranan guru yang seharusnya bertugas kepada pengawas sekolah semata mata secara langsung juga telah mempamerkan usaha tersebut tidak dijalankan dengan menyeluruh. Hal ini kerana program sebegini akan sukar tercapai jika pendidik tersebut sendiri tidak melibatkan diri mereka secara langsung. Dalam erti kata lainnya, guru tersebut sendiri tidak menunjukkan budaya penyayang yang jelas di kalangan anak didiknya.

KESAN KETIDAKPATUHAN TERHADAP AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI GURUMelihat beberapa aspek ketidakpatuhan yang telah dilakukan dalam keempat empat surat pekeliling tersebut tadi, ia juga sekaligus telah memberi kesan dari segi akauntabiliti dan integriti seseorang guru tersebut di kaca mata anak didik dan masyarakat sekeliling sendiri. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan kod etika keguruan yang keempat iaitu tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.Malah aspek kemerosotan integritinya pula adalah dari segi kurang penguatkuasaan, di mana pihak yang sepatutnya seperti pihak pentadbir seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan tegas dalam mengambil sesuatu tindakan. Lantas, ia juga sekaligus menunjukkan kepimpinan yang wujud di sesebuah tempat atau sekolah tersebut dan sikap negatif dalam kalangan ahli anggotanya.Kesinambungannya ia akan memberi impak negatif dari segi perkembangan diri seseorang individu dalam komuniti sekolah tersebut sendiri. Hal ini adalah melibatkan semua pihak di sesebuah komuniti tersebut sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ia adalah selari dengan Teori Sosio Budaya yang diutarakan oleh L. Vygotsky yang menyatakan bahawa kanak kanak utamanya membina ilmu dan menguasai kemahiran interaksi sosial dan aktiviti sosiobudayanya (Mok Soon Sang, 2009). Begitu juga dengan diri seseorang ahli dalam komuniti tersebut, mereka akan saling mempelajari sesuatu pengetahuan dan kemahiran dari pertukaran idea sesama individu. Oleh itu, budaya yang wujud di sesebuah sekolah adalah sangat penting dalam mencorakkan diri dan sikap seseorang tersebut di masa akan datang nanti.Selain itu, dari segi kesan jangka panjangnya pula pemupukan nilai yang positif dalam kalangan anak didik adalah sukar untuk dicapai sepenuhnya memandangkan para pendidik sendiri tidak mengamalkan tindakan yang betul secara telus. Impaknya pembentukan insan yang digariskan dalam Wawasan 2020 juga adalah sukar untuk dicapai. Jadi ia sebenarnya akan mewujudkan sebuah masyarakat yang kurang seimbang sekaligus mewujudkan rasa bimbang dalam diri kita mengenai generasi yang dibentuk di masa akan datang nanti.

LANGKAH MENANGANI DAN CIRI KEPIMPINAN SEORANG GURUOleh demikian untuk mengelakkan perkara tersebut menjadi semakin kronik , ketegasan dalam peringkat pucuk pimpinan haruslah wujud. Tiada kompromi dalam sesetengah perkara seperti perkara yang melibatkan kesihatan dan pembentukan sahsiah anak didik sendiri.Dalam erti kata lainnya, sesetengah perkara tersebut hendaklah didisiplin dengan baik serta dilihat dari perspektif yang serius dan tegas. Contohnya dalam tingkahlaku ketidakpatuhan dalam isu merokok tadi, guru besar seharusnya bersikap tegas dan memberi nasihat sepatutnya kepada guru guru lelaki yang terlibat secara langsung. Malah adalah sepatutnya dirinya juga tidak melibatkan diri dalam perkara tersebut. Begitu juga dengan perkara perkara lain yang berlaku di sekolah.Selain itu, pemantapan dari segi aspek komunikasi yang berkesan dalam komuniti sekolah tersebut juga hendaklah sentiasa dititikberatkan. Hubungan yang baik antara semua pihak akan mudah terbentuk jika seseorang guru mahupun pemimpin tersebut dapat berkomunikasi baik dengan orang di sekelilingnya. Sehubungan itu, komunikasi yang berkesan ini juga sangat membantu untuk mencapai kesepakatan dalam sesuatu perbincangan yang dilakukan. Dengan adanya kemahiran komunikasi ini juga, peneguran secara berhemah dapat dilakukan secara efektif dan sesuatu masalah tersebut dapat ditangani dengan mudah.Dari pespektif pentingnya menjalankan budaya guru penyayang di sekolah pula kerana ia akan banyak membantu dalam perkembangan diri seseorang murid tersebut secara positif. Dalam kajian ROHANI ARBAA, HAZRI JAMIL & NORDIN ABD RAZAK (2010) juga telah menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif antara guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Para guru harus menyedari peranan mereka dalam mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran mereka tanpa mengira latar belakang pelajar itu. Guru juga harus memperbaiki hubungan mereka dengan para pelajar di dalam bilik darjah dengan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap para pelajar mereka. Setiap guru pasti mempunyai cara tersendiri dalam menaikkan semangat pelajar untuk belajar dan terus memperbaiki pencapaian mereka. Bagi meningkatkan kebolehan guru dalam mendekati pelajar dan memenuhi keperluan pembelajaran mereka yang sentiasa berubah, guru harus melibatkan diri dalam komuniti pembelajaran profesional dan mengamalkan pemikiran reflektif. Dengan cara ini guru akan terus dibekalkan dengan maklumat terkini dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri mereka demi kecemerlangan para pelajarnya.Melalui hasil dapatan kajian tersebut, kita sebenarnya dapat merumuskan bahawa pentingnya hubungan yang baik di antara guru dengan pelajarnya. Lantas pembentukan budaya penyayang di sekolah sebenarnya adalah merupakan suatu tindakan yang bijak dan haruslah dilaksanakan dengan sebaik baiknya.

Jadi di sini kita juga dapat melihat sedikit sebanyak ciri ciri kepimpinan yang harus wujud dalam diri seseorang guru tersebut. Antaranya adalah merangkumi aspek perancangan dan pengurusan yang teliti, pengarahan yang berhemah dan jelas, pengelolaan yang baik dan pengawalan yang efektif. Malah keempat empat aspek tersebut juga masih berkisar dengan proses perkomunikasian yang baik bagi menjamin kerjasama yang padu oleh semua pihak. Kepimpinan melalui teladan juga adalah merupakan aspek yang mampu memberi impak yang besar dalam sesuatu organisasi tersebut.

Menurut Rahimah (2001) dalam Abdul Rahman bin Abdul Hamid (2010) menyatakan bahawa semua yang terlibat dalam profesion pendidikan perlu menjadi pemimpin untuk organisasi masa depan atau leader of the future; kerana apabila seseorang itu berkecimpung dalam alam pendidikan, tidak kira apa peranan rasminya, beliau terlibat dalam pendidikan generasi masa hadapan. Guru sebagai seorang yang dapat mempengaruhi perkembangan murid muridnya sesungguhnya adalah pemimpin bersesuian dengan definisi kepimpinan. Guru seharusnya menjalankan amanahnya dengan segala kemahiran moral, intelektual dan sosial murni yang ada padanya.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang pendidik serta pemimpin yang baik kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menunjukkan teladan yang positif dan betul. Penguasaan kemahiran komunikasi yang berkesan juga adalah merupakan ciri ciri yang sangat diperlukan dalam diri kita sebagai pendidik ini.

RUMUSAN

Hasil daripada kupasan yang telah dilakukan ini, dapatlah kita rumuskan bahawa profesion guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Ia juga adalah merupakan suatu profesion yang banyak membantu dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Oleh demikian, golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dengan menjalankan tugas berdasarkan kod etika perkhidmatan dan melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta akauntabiliti.

REFLEKSI

Melalui pelaksanaan tugasan penulisan kritikal ini, saya menyedari bahawa betapa pentingnya diri seseorang pendidik tersebut untuk menjalankan tanggungjawab dan peranannya dengan sebaik baiknya. Memang tidak dinafikan juga bahawa seorang pendidik tersebut memainkan peranan yang kritikal dalam pembentukan generasi hadapan. Oleh itu segala tindakan yang hendak diambil oleh seseorang pendidik tersebut adalah sangat penting dalam membantu mencorakkan masyarakat di sekelilingnya. Sebagai pendidik, kita haruslah juga sentiasa mematuhi kod etika keguruan dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh KPM. Hal ini kerana ia akan membantu meningkatkan lagi akauntabiliti dan integriti diri kita sendiri sebagai pendidik. Saya yakin bahawa jika kita semua menjalankan peranan dan tanggungjawab kita masing masing dengan sebaiknya serta penuh amanah, pendidikan di negara kita juga akan terus memacu ke peringkat global yang lebih tinggi. Selain itu, pembentukan modal insan seperti yang telah dihasratkan dalam Wawasan 2020 juga akan dapat dicapai dengan mudah. Akhir kata, marilah kita bersama sama mencurahkan usaha dalam memartabatkan profesion perguruan serta pendidikan di negara kita ini.

Bibliografi

BukuAbdul Rahman bin Abdul Majid. (2010), Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional dari Perspektif Pendidikan, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.Institut Integriti Malaysia. (2010), Pelan Integriti Nasional Kerajaan Malaysia Cetakan Keenam, Institut Integriti Malaysia (IIM), Persiaran Duta Kuala Lumpur. Mok Soon Sang. (2009), Perkembangan Kanak Kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon. (2010), Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Penerbitan Multi Media Sdn. Bhd., Puchong, Selangor Darul Ehsan.

InternetEtika dan Profesion Keguruan dimuat turun dari http://ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_EDU3001.pdf pada 01 Ogos 2012.Surat Pekeliling Ikhtisas dimuat turun dari http://eikhtisas.ppdhl.net/ pada 20 Julai 2012.Pemupukan Nilai dan Etika dalam Program Pendidikan Guru dimuat turun dari http://otak2sped.blogspot.com/2009/02/pemupukan-nilai-dan-etika-dalam-program.html?zx=630f30edc112313a pada 06 Ogos 2012.

Jurnal PendidikanROHANI ARBAA, HAZRI JAMIL & NORDIN ABD RAZAK, (2010). Hubungan Guru Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(2). M/s: 61-69 dimuat turun dari http://www.ukm.my/jurfpend/Jilid%2035%281%29,%202010/Bab%205.1.pdf pada 06 Ogos 2012.

1