238005710 ulangkaji kebudayaan melayu

5
SOALAN ULANG KAJI KEBUDAYAAN MELAYU OBJEKTIF 1. Secara amnya, apakah takrifan budaya? 2. Masyarakat Cina mengamalkan budaya yang hampir semuanya sama dgn masyarakat Melayu, ini menunjukkan bahawa proses yg berikut berlaku ialah : Diskusi Asimilasi Akomodasi Akulturasi 3. Pilih pernyataan yang berikut tentang masyarakat : Mengamalkan budaya tradisi Mewariskan unsur-unsur tradisi Mempunyai bahagian kelas atau status Kelompok manusia yg bekerjasama 4. Melayu dan bukan Melayu dalam perlembagaan Malaysia ditentukan oleh ciri-ciri yg berikut kecuali : Agama Bahasa Budaya Keturunan. 5. Kerajaan awal dalam tamadun Melayu mengamalkan sistem pemerintahan dalam ciri berikut iaitu : Sistem beraja dalam bentuk islam Rakyat berkuasa melantik kuasa masing-masing Raja berperanan dalam sumber ekonomi Raja menguasai ekonomi, golongan agama menguasai undang- undang. 6. Pilih kenyataan yang betul mengenai Main Puteri (kesenian lama mengubati pesakit) : Tidak terdapat unsur Islam Pergerakannya meniru unsur alam Mengisi lapang Serunai mengiring muziknya. 7. Kenyataan yg tepat mengenai seni muzik : Permainan Dabus tiada kaitan dgn unsur Islam Dondang sayang berkaitan komunikasi lisan

Upload: masnishabiru

Post on 25-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

Page 1: 238005710 Ulangkaji Kebudayaan Melayu

SOALAN ULANG KAJI KEBUDAYAAN MELAYU

OBJEKTIF

1. Secara amnya, apakah takrifan budaya?2. Masyarakat Cina mengamalkan budaya yang hampir semuanya sama dgn

masyarakat Melayu, ini menunjukkan bahawa proses yg berikut berlaku ialah :

Diskusi Asimilasi Akomodasi Akulturasi

3. Pilih pernyataan yang berikut tentang masyarakat : Mengamalkan budaya tradisi Mewariskan unsur-unsur tradisi Mempunyai bahagian kelas atau status Kelompok manusia yg bekerjasama

4. Melayu dan bukan Melayu dalam perlembagaan Malaysia ditentukan oleh ciri-ciri yg berikut kecuali :

Agama Bahasa Budaya Keturunan.

5. Kerajaan awal dalam tamadun Melayu mengamalkan sistem pemerintahan dalam ciri berikut iaitu :

Sistem beraja dalam bentuk islam Rakyat berkuasa melantik kuasa masing-masing Raja berperanan dalam sumber ekonomi Raja menguasai ekonomi, golongan agama menguasai undang-

undang.6. Pilih kenyataan yang betul mengenai Main Puteri (kesenian lama mengubati

pesakit) : Tidak terdapat unsur Islam Pergerakannya meniru unsur alam Mengisi lapang Serunai mengiring muziknya.

7. Kenyataan yg tepat mengenai seni muzik : Permainan Dabus tiada kaitan dgn unsur Islam Dondang sayang berkaitan komunikasi lisan Nobat Hadart merupakan zaman Hindu.

8. Terdapat falsafah dalam perbuatan merisik sebelum meminang anak dara, pilih jawapan yg paling sesuai dalam merisik tersebut :

Kualiti pasangan adalah penting Jalinan silaturahaim sangat perlu Adat resam adalah utama

Page 2: 238005710 Ulangkaji Kebudayaan Melayu

SOALAN ULANG KAJI KEBUDAYAAN MELAYU

Asal usul adalah tunjang perkahwinan.9. Permainan tradisional yg manakah antara berikut, yg kemenangannya

ditentukan melalui kepanjangan masa : Dam Wau Sepak raga Gasing.

10.Upacara mandi Safar diamalkan oleh orang Melayu pada suatu ketika dahulu bertujuan untuk :

Menolak mala petaka Menghapus dosa Mendapat keberkatan Menghimpun masyaarakat.

11.Perkara yg paling kerap dilakukan orang Melayu tentang pengurusan harta ialah :

Harta pusaka diurus org dilantik Emas Tanah warisan Bahagian harta Faraid untuk harta warisan.

12.Selepas kedatangan Islam, motif ukiran telah berubah. Apakah motif ukiran selepas kedatangan Islam :

Garisan Kabah Ukiran Geometri.

13.Pantun merupakan puisi tradisonal yg hanya terdapat dalam Alam Melayu. Struktur luaran dan dalamnya amat unik :

Pantun memperlihatkan sgt akrab flora dan fauna Amat mementingkan kesedapan bunyi Mementingkan keseimbang dan keselarasan Sentuhan rasa akal yg tinggi.

14.Hikayat Hang Tuah tergolong dalam epik kebangsaan, yang manakah antara berikut antara prinsip hidup Hang Tuah :

Keberanian menjaga maruah bangsa dan negara Kepantasan membuat keputusan Kepentingan menjaga negara Ketaatsetiaan tidak berbelah bagi.

STRUKTUR

Soalan 1

Page 3: 238005710 Ulangkaji Kebudayaan Melayu

SOALAN ULANG KAJI KEBUDAYAAN MELAYU

a) Dalam proses pengubatan orang Melayu lama, terdapat elemen-elemen material dan bukan material, jelaskan 3 elemen material dalam kehidupan org Melayu.

Buah-buahan Alat Muzik Binatang

b) Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup dalam satu bangsa. Dalam kehidupan yang sedemikian, berlaku proses akomodasi. Jelas proses akomodasi yang berlaku dalam negara ini.

Soalan 2

a) Dalam sistem masyarakat Melayu lama, terdapat undang-undang atau peraturan yang digambarkan dalam pepatah yang berbunyi “tali pengikat dari tembaga, keris menyala dan undang, pedang pemancung dan raja”. Jelaskan perkara yg tersebut dalam sistem pemerintahan pada waktu itu.

b) Dengan berdasarkan maklumat yang diberi dalam bahagian Amanah Raya, terdapat berbilion ringgit yang tidak dapat diperturunkan kepada waris. Jelaskan dua (2) cara yang sepatutnya dilakukan orang Melayu untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Wasiat Perjanjian

Soalan 3

a) Masyarakat Melayu kini masih mengamalkan pantang larang yang diwarisi sejak turun-temurun, jelaskan mana-mana pantang larang dalam masyarakat Melayu yang masih diamalkan melalui warisan dan contoh-contoh, serta buat penilaian dari aspek kaca mata Islam.

b) Dalam masyarakat Melayu, permainan tradisional berfungsi sebagai alat hiburan dan komunikasi serta aktiviti sosial. Nyatakan dua contoh permainan tradisional yang masih diamalkan masyarakat Melayu serta nilai dan ilmu yang terdapat dalam permainan tersebut.

Dam (nilai berfikir dan berhati-hati untuk mengatur strategi bagi mengalahkan pihak lawan.

Galah panjang (nilai kecergasan dan bijak mengatur strategi untuk menang)

Soalan 4

a) Pantun merupakan karangan berangkap yang mencerminkan masyarakat penciptanya, karya dan nilai-nilai estetika yang terdapat dalamnya. Cipta pantung 4 kerat anda sendiri yang mengambarkan nilai unggul dan berikan ulasan.

b) Nyatakan dua (2) cara untuk mengangkat pantun ke persada antarabangsa.

Page 4: 238005710 Ulangkaji Kebudayaan Melayu

SOALAN ULANG KAJI KEBUDAYAAN MELAYU

ESEI

Soalan 1

1. Seni ialah hasil usaha manusia yang mengandungi unsur keindahan dan kehalusan yang tinggi. Masyarakat Melayu mempunyai daya kreativitinya yang tersendiri. Bincangkan seni sebagai daya kreativiti masyarakat Melayu berserta contoh.

Soalan 2

2. Kesan daripada ledakan teknologi maklumat, terdapat generasi muda yang mempunyai kecelaruan budaya ekoran daripada kemasukan budaya luar. Cadangan satu program untuk membendung budaya luar untuk sekolah rendah.

Program Matlamat/ objektif Implikasi Penyelesaian Masalah Aktiviti Kesimpulan.

Soalan 3

3. Banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk merealisasikan budaya kebangsaan. Walau bagaimanapun, usaha tersebut mempunyai pelbagai masalah. Jelaskan kenapa wujud masalah dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan tersebut dan cadangkan beberapa penyelesaian masalah untuk mengatasi masalah itu.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Prinsip Kebudayaan Kebangsaan Masalah-masalah/ Punca Cadangan mengatasi masalah