gambaran kebudayaan melayu dalam institusi politik.docx

33
Pendahuluan Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya dirantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumiMalaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayarKesultanan Melayu Melaka lagi kira- kira 500 tahun\ yang lalu. Ketika ini boleh dikatakanbahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannyakerana dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Mela yu Melaka!emenanjung "anah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjala nkan kegiatanperdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar negara terutaman ya dari #rab Parsi$ndia %hina dan lain-lain lagi. Konsep dan &e'nisi (udaya Pengertian budaya se)ara umum di*ahami sebagai keseluruhan )ara hidup anggota- anggotamasyarakat yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu seperti peralatan teknologipemikiran nilai world-+iew dan sebagainya. $tu juga boleh diteliti dari segi budaya materialdan budaya bukan material. !etiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itudengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. (udaya itu menyatakan se)arasimbolik bagi sesuatu masyarakat itu iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itudapat di*ahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu.(udaya juga dapat membe,akan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.(udaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara.&i Malaysia budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan namununsur-unsur budaya kaum lain seperti %ina dan $ndia turut diambil kira. !e)ara amnyaterdapat beberapa pendapat atau de'nisi mengenai budaya yang berbe,a- be,a mengikutpengkaji. #kan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasiyang sama atau serupa maknanya.Kata budaya itu berasal daripada )antuman bahasa !anskrit dan bahasa Melayuiaitu (udhi !anskrit/ ke)ergasan 'kiran dan akal. $ni bermaksud budaya itu adalahke)ergasan akal 'kiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran merekadalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya men)ari jalan penyelesaiankepada permasalahan tersebut

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 07-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PendahuluanMasyarakatMelayu merupakan salah sebuahmasyarakatyang terbesarbilangannyadirantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya dibumiMalaysia.Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayarKesultananMelayuMelakalagikira-kira500tahun\yanglalu.Ketikainibolehdikatakanbahawa masyarakat Melayuadalah antaramasyarakatyang tinggi ketamadunannyakeranadenganwujudnyaempayarpemerintahanKesultananMelayuMelaka,SemenanjungTanahMelayuterutamanyadinegeriMelakatelahmenjalankankegiatanperdagangandenganpedagang-pedagangdariluarnegaraterutamanyadariArab,Parsi,India,Chinadanlain-lain lagi.Konsep dan Definisi BudayaPengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggotamasyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi,pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya materialdan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itudengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secarasimbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itudapat difahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu.Budaya juga dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara.Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namununsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Secara amnyaterdapatbeberapapendapatataudefinisimengenaibudayayangberbeza-bezamengikutpengkaji. Akan tetapimaksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasiyang sama atauserupa maknanya.Kata budayaitu berasaldaripada cantumanbahasaSanskritdanbahasaMelayuiaitu;Budhi(Sanskrit): kecergasanfikirandanakal.Inibermaksudbudayaituadalahkecergasan akalfikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran merekadalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaiankepada permasalahan tersebut

Gambaran Kebudayaan Melayu dalam Institusi Politik, Ekonomi, Sosial, Bahasa sertaKesusasteraan1.0PolitikMasyarakatMelayuPolitik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupunperkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik jugaboleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politikmembentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentukkumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) danberkembang menjadi kerajaan.Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku,kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatukelompok. Pada dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang bolehmenggambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik. Menurut AhmadNizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan,persepsi, kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkunganpolitik masyarakatnya. Perkembangan budaya politik dalam konteks masyarakat majmuk diMalaysia yang menunjukkan betapa masyarakat telah berubah dari sifat feudal kepada erapenyesuaian kepada demokrasi moden dan kemudiannya melahirkan budaya neo-feudaldan menuju kearah yang lebih sivi

Sistem DemokrasiSebelumkedatangankolonial,bentukpolitikdiTanahMelayuadalahbersifattradisionalisme dan bercirikan feudal. Orang Melayu beranggapan bahawa Sultanmerupakan pemimpin mereka yang unggul.Mereka percaya bahawaSultan berusaha untukmenegakkan keadilan dengan bersandarkan kedudukan baginda yang dianggap sebagaiwakil Allah yang diharapkan untuk menjaga kebajikan, kehormatan dan keselamatanrakyatnyaNamun, kedatangan kolonial telah mengubah sistem politik Melayu kini pula kepadademokrasi dantelah mewujudkanbeberapa ideologipolitik yangmula menghakissistemberaja di Tanah Melayu. Dengan munculnya beberapa ideologi ini maka satu anjakan barudalam sistem dan budaya politik Melayu mula berkembang. Ideologi-ideologi ini meresapijiwaorangMelayuketikaitulebih-lebihlagiketikausaha-usahauntukmendapatkankemerdekaan daripada British. Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya politik Melayu,sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti yang diamalkansejak zaman Melayu tradisional. Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu padazaman kolonial ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai satubentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris diTanah Melayu sehingga tertubuhnya UMNOpada11 Mei1946 yangtelah membawa evolusibaru dalam budaya politik Melayu.Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politikMelayu.Ini keranaUMNOyangmenjaditulang belakang dalam membawa kemerdekaanTanah Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila TanahMelayu mencapai kemerdekaandaripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan TanahMelayu 1957diwujudkan. Dalamperlembagaan tersebut, MajlisRaja-Raja diwujudkan dancaramelantik KetuaNegara yangdikenali sebagaiYang Di-Pertuan Agongyang dipilihsetiap 5 tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa budayapolitik Melayu masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep RajaBerpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan diposisi tinggi dalam masyarakatMelayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan danfungsinya yang tercatatdalamperlembagaan sebagaisalah satuusaha untukmempertahankan budayapolitik Melayu.9Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politikMelayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbirankerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau YangDipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat danDewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentukmusyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang perludilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi:Sistem demokrasiberparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaanyang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusiyang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adatistiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yangberterusan.

Sistem Sara Hidup Berasaskan PertanianSistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbezadaripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannyabekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinyadapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomiMelayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil pertanian.Melayu pada zaman dahuluberekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan ladang untuk kegunaan dankeperluan diri sendiri

SosialMasyarakatMelayuSosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspekpersahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakatsecara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspekyang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian,undang-undang, adat resam dan bahasa.3. 1 Nilai-nilai murniMasyarakatMelayu umumnya mempunyai banyaknilai yangmenjadikanbangsaMelayuinipenuhdengan tatasusiladanterkenaldengansopan santunnya.Nilaimerupakan salahsatuaspekyangsentiasaditekankanolehahlimasyarakat.Melaluinilai,kita akanbelajaruntukmencontohisesuatuamalanyangbaikdanpositif.MenurutKamusDewanEdisiKe-4mukasurat:1081,nilaiadalahtaksiranharga,harga sesuatu yangdibandingkan dengan hargayang lain,kadar nisbah, sifatketinggiandandarjat, kualiti, mutudantaraf.Inibermakna,nilai adalahukurankepadasesuatuseperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan,kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif11yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilaiyang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka.Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalamkenyataan yang berbunyi:Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujanemas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.MenurutMohdYusofHasandalambukunyaDuniaMelayu(30:1991), nilaiialahasas pertimbanganbagi seseorang atausesuatukelompokmanusiauntukmenentukansamaadasesuatuperkaraataubendaitubaik,benar,bermanfaat,indahdandiinginidancubadiperolehdandibina,atausebaliknya,buruk,palsu,berbahaya,dibencidanberusaha untukdijauhi dandihapuskan. Nilaidapatdibahagikan kepada empatiaitunilai estetik, nilaimoral, nilaidoktrin dan nilaibudaya.Nilai : Berbudi.NilaipertamayangdapatdilihatdalammasyarakatMelayuialahberbudi.MasyarakatMelayu dibiasakan dengan amalanberbudi.Semangat berbudi inisememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling bergantunganantara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu terutamanya telahdibiasakan dengan nilai-nilai budi.Nilai:KasihSayang.Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupukmasyarakat yang penyayang dan saling mengasihiantara satu sama lain tidak kirasahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupukkasih sayang.Dalamkontekskebudayaanmelayu,kasih sayang dapatdisifatkansebagainilaibudayayangamatdititkberatkan agardapatmembentukmasyarakatyangharmoni melaluinilai kasih sayangini.Nilai : Patuh kepada perintah agama.NilaiyangseterusnyayangterdapatdalammasyarakatMelayuialahnilaikepatuhan kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsuragamaiaituIslam dan adat.Kedua-duaaspekinimenjadiasas yang utama dalamproses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yangmenjadi asasdalamprosessosialisasi tersebuthendaklah berteraskankepadasyarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalahberpaksikankonsep tauhid dan syariah yang telah mewarnaibudaya Melayu sejakdari abad ke-13 lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)3.3 Undang-udang, Adatdan KepercayaanNilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-undang,adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan dalam warisan masyarakat Melayu.Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara. Yangmelanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda.Adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakatsehinggamenjadi hukumyang harusdipatuhi. Adat merupakan kebiasaan carahidup yangdiamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakattersebut. Adat memainkan peranan penting di dalam hidup masyarakat tidak kiraapa bangsasekalipun. Dalam masyarakat dan budaya Melayu adat tersebut bermula dari dalam perutibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian.Dalam masyarakat Melayu dahulu, adat sebagai hukum dan undang-undang dalamnegaradanmasyarakat umum.Misalnya,hukuman yangdikenakan terhadappelbagaikesalahandalammasyarakatataupunundang-undangadatdalammasyarakat adatperpatih serta pelbagai hukumkanunlama darizaman Melaka hinggaabad ke-20.Adatdenganertisusunanmasyarakatdansegalalembagakemasyarakatannya,seperti sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikantanah dan pembahagian harta. Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan dalampelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Ada masyarakat yang biasa mengamalkansistem kekeluargaan matrilokal dan adayang neolokal.Demikianjuga, adamasyarakatyang membahagikan harta serta pemilikan secara faraid dan ada yang secara sama rata.Institusi dan organisasi kemasyarakatan sebagai prinsip penyusunan masyarakatmerupakan makna terunggul dalam konsep adat di seluruh Alam Melayu.Bagi pelbagai masyarakat di seluruh Alam Melayu seperti Iban, Dusun, Dayak,Batak, Toraja, adat masih membawa makna yang amat luas dan serba merangkumi, iaituadat sebagai suatu kebudayaan. Dalam konsep ini, adat adalah keseluruhan corak hidupatau kebudayaan manusia di alam nyata dan juga menghubungkan manusia dengan alam15kosmik yangsimbolis dansejagat.Adat menjadiciri kehidupan, bukansahaja manusiadalam lingkungan alam tabiinya, bahkan dalam kalangan semua makhluk seperti haiwandan tumbuh-tumbuhan. Malah, ciri adat terdapat dalam pergerakan alam tabii itu sendiri,seperti kejadian semula jadi, ribut dan petir, serta segala-galanya dalam kosmos adalahkerana mengikut adat alam.Maka, hukumalam adalah jugaadat.Namun, apabila agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab, telah berlaku perubahan dalamadat budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu. Agama ini telah membawa kepadabermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduanmasyarakat Melayu hingga kini

18Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahankepada bentuk bertulis. Sungguhpun, masyarakat telahmengamalkan sistemtulisan, namuntradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipuntelah menjadi bahan tertulis. Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masihmengekalkan ciri-ciri kelisanannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kitaboleh membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuanmedia cetak.Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk:a.Sasteralisanberbentukcerita(kisahataunaratif)b.Sasteralisanberbentukbukancerita( bukankisahataubukannaratif)a)Sasteralisanberbentukcerita(naratif)Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Iaterdiri daripada cerita-cerita sepertiberikut;CeritaLipurLara(panglipurlara)CeritaJenakaCeritaBinatangCeritaAsalusulCeritaHantuCeritaTeladanCerita-ceritamitosdanlegenda.b)Sasteralisan berbentuk bukancerita (Bukan Kisah atau BukanNaratif)Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya;PantunGurindamSelokaTeka-tekidanNyanyianRakyatJampi,ManteradanSerapahPepatahdanPerbilanganAdat19Peribahasa,BidalanAgamaIslamyangsampaikeAlamMelayupadaabadpertamaHijrahjugatelahmemberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan bahasa, kesusasteraan,dan kebudayaan Melayu. Salah satu daripadanya ialah pengenalan huruf-huruf Arab kepadapenganut-penganut agama Islam di rantau ini dengan tujuan menjadikannya abjad baru didalam penulisan berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, sistem tulisan yang teratur di dalambahasa Melayu wujud setelah kedatangan Islam. Dengan wujudnya sistem tulisanbermulalah tradisi tulisan di Alam Melayu. Ia bermula dengan penulisan yang berbentukbukan kreatif, iaitu penulisan kitab-kitab bercorak agama yang membicarakan mengenaifikah, tafsir Al-Quran, tauhid dan sebagainya. Setelah itu diikuti dengan penulisan kreatif.Bidang ini bermula dengan munculnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad,Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nabi Musa, dan hikayat-hikayat lain seumpamanya. HikayatNabi-nabi itu berdasarkan kepada kisah-kisah tentang diri mereka yang terdapat didalam Al-Quran.Oleh itu, kesusasteraanMelayudapatberkembang pesat kerana adanyakecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakan sasterasebagai alat penyebarannya.KesimpulanKebudayaan Melayu merujuk kepada keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan olehmasyarakat Melayu. Dalamnya terkandung unsur sosial, ekonomi, politik, kepercayaan danorganisasi serta meliputu hal-hal tentang bahasa, agama, kesusasteraan yang menjadi milikbersama masyarakat Melayu. Justeru, budaya Melayu dalam konteks Malaysia kinimerupakan sebahagian besar inti pati budaya Malaysia itu sendiri.20Bibliografi1)A.AzizDeraman.(2000).Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu EdisiBaharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.2) Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. KualaLumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.3)Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti PutraMalaysia. Serdang.4)Kamus Dewan.(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.5)SitiHajarAbdulAziz.(2011).Bahasa Melayu II Edisi Kedua.Shah Alam. Oxford FajarSdn.Bhd.6) Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu(Malaysia-Indonesia).ccm.um.edu.my(02/02/2010.0 Pengenalan

Kajian tentang adat dan tradisi masyarakat Iban di Sarawak adalah merangkumi keseluruhan budaya dan masyarakat Iban di Sarawak yang diamalkan pada masa dahulu dan juga beberapa adat dan tradisi yang masih diamalkan sehingga sekarang. Pelbagai adat dan tradisi yang lama tidak terungkai oleh masyarakat pada zaman ini yang hidup penuh dengan kemajuan dan pengaruh-pengaruh luar yang menenggelamkan pengaruh tempatan.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila generasi baharu pada masa kini lebih gemar berhibur dengan menonton televisyen, mengakses internet dan sebagainya. Generasi baharu pada masa kini juga tidak pernah tahu menahu tentang budaya mereka sendiri. Berdasarkan kajian saya ini, saya mendapati begitu banyak adat dan tradisi masyarakat Iban iaitu dari seorang insan itu dalam kandungan ibu sehinggalah kepaada adat mengurus kematian.

Begitu juga dengan pegangan dan anutan masyarakat Iban, iaitu dari amalan animisme sehinggalah masyarakat percaya bahawa ada Tuhan di dunia ini. Walaubagaimanapun, amalan animisme ini masih teguh dalam kalangan masyarakat Iban terutama mereka yang berada di kawasan pedalaman dan juga hulu sungai. Mereka masih percaya kepada perbomohan, serta kuasa-kuasa ghaib yang membantu mereka dalam kehidupan mereka. Dalam pada itu juga, setiap tahun mereka akan meraikan tuhan atau Petara mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kekuatan animisme sebenarnya masih ada lagi dalam kalangan masyarakat Iban.

1.1 Ruang Lingkup

Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Sarawak sahaja. Ia adalah memfokuskan tentang budaya dan adat tradisi masyarakat Iban di Sarawak. Suku kaum Iban ialah penduduk terbesar peribumi Sarawak yang dikenali juga sebagai Bumi Kenyalang. Pada zaman pemerintahan Rajah Brooke, Sarawak juga disebut sebagai Bumi Pemotong Kepala. Negeri Sarawak mempunyai 23 etnik utama dan berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi kecil-kecil yang kesemuanya menganut pelbagai pelbagai agama, kepercayaan dan mempunyai adat resam serta budaya masing-masing, menuturkan bahasa dan juga dialek yang berbeza mengikut daerah-daerah kediaman mereka di kawasan luar bandar dan pendalaman .

1.2 Batasan

Dalam kajian saya ini, saya membahagikannya kepada beberapa bahagian seperti yang ada di bawah ini:a). Aspek cara hidup(Ekonomi, sosial dan politik;sistem pentadbiran rumah panjang)b) Cara Berpakaianc). Kraftangan atau kemahirand). Adat Resame) Tarian dan nyanyian

1.3 Kaedah Penulisan

Penulisan hasil kerja ini adalah dibantu oleh beberapa sumber. Rujukan utama saya dalam penulisan ini ialah melalui buku. Di samping itu juga, saya melihat sendiri kepada budaya masyarakat saya sendiri. Kehidupan saya sebagai bangsa Iban sedikit sebanyak membantu saya untuk mengkaji adat tradisi masyarakat bangsa saya sendiri. Beberapa rujukan juga saya perolehi daripada sumber internet, seperti kertas kerja dan kajian individu tertentu tentang budaya dan tradisi masyarakat Iban di Sarawak.

2.0 Definisi dan Konsep.

Masyarakat Iban merupakan masyarakat peribumi terbanyak di Sarawak. Masyarakat Iban juga dikenali sebagai dayak laut atau Sea Dayak yang mendiami semua kawasan di Sarawak. Masyarakat Iban juga turut dianggap sebagai masyarakat Pemotong kepala berikutan pada zaman dahulu Iban terkenal dengan amalan ngayau atau memotong kepala.(Chemaline Usop,2006:1).

Masyarakat Iban juga dikenali sebagai masyarakat yang selalu berpindah randah atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari makanan dan kehidupan baru.

Iban also mean wanderer . For centuries they have moved through the hills of Borneo, farming dry rice, gathering,hunting and fishing, expanding in territority as well as numbers. During the century they moved into the delta plains of the Rejang and other river valleys, where they now grow wet rice, rubber, pepper and work for wages.( Vinson H. Sutlive ,2001: 2)

3.0 Aspek Cara Hidup Masyarakat Iban

Adat dan tradisi masyarakat Iban di Sarawak, yang pertama kali saya kaji ialah dari aspek cara hidup mereka. Cara hidup masyarakat Iban adalah dapat dilihat dari segi kehidupan masyarakat Iban yang teguh dengan kemasyarakatannya iaitu hidup dalam satu rumah panjang. Struktur organisasi dalam rumah panjang itu diterajui oleh Tuai Rumah kemudian beberapa orang yang akan membantu beliau dalam mengendalikan hal-hal pentadbiran dalam rumahnya. Tuai Rumah akan berperanan dalam undang-undang rumah panjang dan juga mengendalikan adat-adat dalam rumah panjang tersebut.

3.1 Aspek Ekonomi.

Sementara dari segi ekonomi pula, masyarakat Iban di Sarawak masih teguh dengan tradisi masyarakat mereka yang bergantung kepada aktiviti pertanian secara sara diri. Tradisi ini masih kekal sehingga ke zaman ini. Tanaman padi ini akan diusahakan setiap setahun sekali iaitu selepas penghujung bulan Jun atau bulan 1 bagi masyarakat Iban, yang menganggap bulan Jun sebagai bulan permulaan dalam takwim mereka. Padi akan selesai dituai pada bulan Februari. Pada 1 haribulan Jun, sambutan Hari Gawai Dayak akan diadakan sebagai meraikan semangat padi yang telah memberikan rezeki kepada mereka. Padi yang diusahakan pula ialah padi bukit, dan secara keseluruhan aktiviti adalah masih menggunakan peralatan tradisional, seperti kapak,parang, dan peralatan tradisional yang lain. Oleh itu, masyarakat Iban gemar menjalankan aktiviti dengan bergotong-royong kerana percaya bahawa aktiviti itu akan lebih cepat dan mudah.

Selain daripada mengusahakan tanaman padi, masyarakat Iban di Sarawak juga turut menanam lada. Lada ditanam sebagai sumber pendapatan bagi menyara hidup keluarga dan anak-anak mereka. Biasanya lada ditanam juga dengan menggunakan kaedah tradisional. Walaupun harga lada di pasaran tidak tetap, tetapi masyarakat Iban tidak ada pilihan lain memandangkan struktur muka bumi di Sarawak lebih banyak yang bertanah tinggi. Selain daripada menanam lada yang pada asalnya dibawa oleh orang asing yang datang ke Sarawak iaitu sekitar abad ke- 18 lagi, masyarakat Iban di Sarawak juga masih teguh mengusahakan tanaman getah dan juga tanaman sampingan yang lain. Di samping itu juga, masyarakat Iban di Sarawak juga turut menyara hidup mereka dengan aktiviti berburu dan menangkap ikan. Mereka akan memburu binatang-binatang yang boleh dimakan seperti rusa, kijang, pelanduk dan banyak lagi.

3.2 Aspek Sosial

Dari aspek sosial pula, masyarakat Iban terkenal dengan amalan dalam sesebuah rumah panjang. Pada zaman sekarang, amalan hidup dalam komuniti rumah panjang masih lagi ada. Di rumah panjang saya sendiri ada lima puluh empat buah rumah yang sama besar dan juga sama struktur binaannya. Masyarakat Iban dalam rumah panjang begitu mementingkan semangat kerjasama. Dalam apa juga kerja, masyarakat Iban lebih memilih untuk bergotong royong daripada melakukan kerja itu secara sendiri. Amalan bergotong-royong atau beduruk ini kerap diamalkan apabila musim menanam dan juga menuai padi.

Di samping itu juga dalam pergaulan seharian, amalan masyarakat Iban antara lelaki dan perempuan adalah tidak disekat ataupun dibenarkan mengikut adat ngayap. Ngayap ini merupakan satu amalan masyarakat Iban pada zaman dahulu,yang dilakukan oleh si teruna untuk memikat si dara serta berkenalan dan meluahkan perasaan masing-masing. Walaupun amalan ngayap ini dibenarkan namun ia haruslah dilakukan dengan adab dan juga sopan santun yang berlandaskan adat dan juga pegangan hidup masyarakat kaum Iban itu sendiri.

Mengikut adat,si teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturut-turut. Jika kunjungan berterusan, ibu-bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya sama ada si teruna serius di dalam usahanya untuk memikat si gadis. Sekiranya antara mereka serius,mereka akan dikahwinkan. Pada masa kini, tradisi dan amalan ngayap ini tidak lagi diamalkan. Teruna dan dara hanya berjumpa dalam majlis keramaian, perjumpaan semasa perayaan, dan sebagainya yang tidak berlebih-lebihan dsan bersopan santun. Oleh itu,sekiranya terdapat perlanggaran adab dan campurtangan kaum lain ,maka tindakan undang-undang akan diambil seperti yang termaktub dalam seksyen 132 Adat Iban,1993.

Dari aspek menyambut keramaian pula, masyarakat Iban adalah amat menitikberatkan kepuasan dan juga hubungan persaudaraan juga silaturrahim antara mereka. Mereka juga seperti kaum lain yang memberi makan setiap tetamu yang datang ke rumah mereka. Tetamu yang datang juga mungkin dihantar pulang sekiranya perlu. Di samping itu juga, tetamu yang hendak pulang juga akan dibekalkan dengan buah tangan dan juga cenderamata yang menunjukkan tuan rumah senang menerima kehadiran mereka.

3.3 Aspek Politik(Pentadbiran dalam Rumah Panjang)

Dalam aspek politik pula, cara hidup masyarakat Iban amatlah mementingkan ketaatan kepada Tuai rumah atau ketua kampung dalam sesuatu organisasi dalam sesebuah rumah panjang. Dalam hal ini, ketua rumah dalam sesebuah rumah panjang akan melantik beberapa orang ahli jawatankuasa di bawahnya. Peranan ketua rumah panjang bukan sahaja dalam birokrasi mahupun pentadbiran sahaja,bahkan ketua rumah panjang juga berperanan dalam mengendalikan urusan adat dan juga undang-undang rumah panjang tersebut.

Ahli jawatankuasa yang membantu ketua rumah akan bertungkus lumus terutamanya dalam urusan rumah panjang,misalnya bendahari,setiausaha, komiti,dan sebagainya. Namun pada masa sekarang,masyarakat Iban hidup dalam rumah panjang yang agak mewah seiring dengan arus pemodenan. Bukan lagi sepert dahulu yang hanya beratapkan rumbia,berdinding buluh dan sebagainya. Bahkan kira-kira 60% daripada rumah orang Iban adalah rumah batu dan moden struktur binaannya.

Oleh itu, pada zaman sekarang struktur pentadbiran pun telah berubah. Bahkan seorang ketua dalam rumah panjang itu juga seharusnya seorang yang pernah menerima pendidikan bukanlah mereka yang buta huruf seperti sebelumnya. Hal ini kerana, ketua berperanan dan berurusan dengan kerajaan untuk meminta sebarang kemudahan daripada kerajaan dan diberikan kepada rumah panjang di bawahnya. Oleh itu perlunya sikap kepimpinan ada dalam apa jua keadaan sekalipun.

4.0 Cara Berpakaian

Masyarakat Iban terkenal dengan cara berpakaian atau disebut juga ngepan Iban. Cara berpakaian masyarakat Iban adalah sangat unik dan masih lagi diamalkan pada masa sekarang terutamanya pada musim keramaian,majlis-majlis tertentu, dan juga pada musim perayaan iaitu Hari Gawai. Namun,pada hari-hari biasa,masyarakat Iban menggunakan pakaian seperti mana yang dipakai oleh masyarakat lain. Pada zaman dahulu, pakaian lelaki dan wanita dalam masyarakat Iban adalah jauh berbeza. Namun demikian ia lebih banyak diperbuat daripada kain tenunan yang memaparkan corak tenunan yang sangat cantik. Sementara untuk perhiasan pula, masyarakat Iban menggunakan perhiasan yang pelbagai,seperti marik empang,sugu tinggi, rawai dan sebagainya. Perhiasan ini diperbuat daripada bahan logam seperti timah dan juga perak dengan buatan yang sungguh cantik.

4.1 Pakaian Lelaki

Lelaki masyarakat Iban terkenal dengan lanjang atau topi yang dihiasi dengan bulu burung iaitu burung merak atau ruai. Lelaki juga relevan dengan pantang atau tatu yang diukir pada badan mereka. Amalan bertatu ini masih lagi diamalkan sehingga pada zaman sekarang dan ia menggambarkan seni masyarakat Iban yang sangat unik dan menarik. Ukiran-ukiran yang sering diukir pada badan mereka ialah seperti ukiran bungai terong, binatang-binatang buas,dan sebagainya. Di samping itu juga,amalan menindik telinga juga sebati dengan masyarakat Iban. Tidak kira lelaki dan perempuan. Namun demikian, pada zaman sekarang,amalan itu tidak lagi diamalkan, melainkan perempuan sahaja yang menindik telinga untuk dilekatkan subang sebagai perhiasan.

Pada zaman dahulu, lelaki juga memakai kain sirat. Kain sirat merupakan sehelai kain yang berukuran 50m X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi denga sulaman atau tenunan yang indah. Manik dan kulit siput juga kadang-kadang dijadikan sebagai hiasan itu. Pemakaian sirat adalah dengan melilitnya di pinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan untuk mempamerkan bahagian yang berhias.Lelaki juga sinonim dengan kain dandong atau kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Panjang dandong adalah tidak tetap kerana kain dandong ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong ini diperbuat daripada tenunan secara ikat. Kain dandong tidak lagi digunakan pada zaman sekarang,melainkan digunakan untuk perhiasan sahaja.

Pakaian lelaki yang dijadikan sebagai baju pula dikenali sebagai baju burung. Baju burung adalah merupakan sejenis kain tenunan yang mempunyai corak yang bermotifkan burung dan coraknya sangat cantik. Cara pemakaian baju burung adalah dipakai seperti baju biasa hanya ia tidak bertutup dan mendedahkan dada. Baju burung juga dipakai tanpa lengan kelihatan ringkas namu menarik. Baju burung masih lagi dipakai sehingga zaman sekarang tetapi pemakaiannya hanyalah pada hari-hari tertentu sahaja seperti musim perayaan, majlis dan keramaian dan juga menyambut tetamu atau pengabang.

4.2 Pakaian Wanita

Sementara untuk pakaian wanita pula, pakaian tradisional wanita Iban adalah sangat unik dan hampir keseluruhannya merupakan kain tenunan yang mempunyai corak-corak yang menarik. Pakaian wanita Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke bahagian kaki. Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi, yang merupakan hiasan yang diperbuat daripada logam timah dan kelihatan cantik apabila wanita Iban menggunakannya. Bahagian bahu pula akan dihiasi dengan marik empang,yang diperbuat daripada manik-manik yang disusun mengikut corak. Bahagian pinggang pula akan dililit dengan ngepan yang diperbuat daripada timah dan kelihatannya seperti syiling yang disusun berjuntai-juntai. Kaki juga mempunyai perhiasan yang cantik dan setiap gelang kaki akan diletakkan gerunung yang mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya.

Begitulah halnya dengan pakaian wanita. Pakaian dijadikan baju adalah dinamakan selayah(bedong) yang merupakan sejenis kain tenunan yang sangat panjang dan dilit di bahagian dada. sementara kain sarung yang dipakai separas lutut. Kain sarung ini ditenun dengan corak jalur yang berwarna-warni. Malah ada diantaranya juga dihiasi dengan corak bermotif tradisionla dan disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.

4.3 Pua Kumbu

Pua kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti perubatan,gawai dan seumpamanya. Pua kumbu biasanya diperbuat daripada benang yang ditenun dengan pelbagai motif atau corak yang sangat unik dan menarik. Apabila menggunakannya,ia perlulah direntangkan. Pua kumbu digunakan juga dalam majlis perkahwinan dan dijadikan sebagai mas kahwin.

Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah sengkuap untuk mendapat restu daripada saudara tua. Seringkali juga pua digunakan sebagai pelamin dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian. Namun pada masa sekarang, penggunaan pua kumbu ini adalah sebagai hiasan dan merupakan hasil tangan yang sangat unik bagi masyarakat Iban.

5.0 Kraftangan dan Kemahiran

Masyarakat Iban juga masyarakat yang kaya dengan pengetahuan dalam menghasilkan kraftangan atau disebut juga pengelandik jari . Oleh itu, pelbagai kraftangan yang dihasilkan dengan hasil seni dan corak serta motif yang tertentu yang berlambangkan identiti masyarakat Iban sendiri. Antara kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Iban di Sarawak ialah tikar,raga, pasu dan sebagainya yang sangat cantik buatannya.

Dalam sesebuah rumah panjang,amatlah menjengkelkan jika seseorang perempuan terutama sekali tidak pandai menghasilkan kraftangan,sekurang-kurangnya menganyam sehelai tikar mengkuang atau rotan. Sebelum seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan bakal suaminya, beliau terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan kemahiran yang menghasilkan kraftangan seperti anyaman, tenunan dan sebagainya. Hal ini kerana, kraftangan yang dihasilkan akan dapat menambat hati keluarga mentua. Kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Iban adalah pelbagai dan mempunyai pelbagai kegunaan.

Antara kraftangan yang dihasilkan ialah seperti tikai lampit atau sejenis tikar yang ditusuk dengan menggunakan tali tansi dan dibuat daripada rotan yang telah diraut nipis. Tikai kerupuk dan tikai senggang pula ialah tikar yang diperbuat daripada mengkuang dan juga senggang dan kebiasaanya digunakan untuk menjemur padi selepas habis musim menuai. Tikar- tikar itu akan dianyam dengan corak dan motif yang pelbagai seperti corak bunga, manusia,burung dan sebagainya. Melainkan tikar senggang yang dianyam biasa sahaja memandangkan kegunaannya hanyalah sebagai tempat menjemur padi sahaja.

Kraftangan lain pula ialah seperti pasu dan juga tempayan(benda) yang diperbuat daripada tanah liat dan diuli menjadi tembikar yang menghasilkan pelbagai bentuk hasil ukiran yang agak kreatif serta menampilkan corak yang pelbagai. Tempayan ini akan digunakan untuk menyimpan beras, perkasam dan makanan yang diawet. Terdapat juga tempayan yang dijadikan untuk menyimpan nasi tapai atau tuak,iaitu minuman untuk masyarakat Iban pada musim perayaan. Pada zaman sekarang, kraftangan masyarakat Iban masih lagi mendapat sambutan dan terkenal kerana hasil kraftangannya yang asli dan unik. Antara kraftangan yang begitu terkenal ialah Tikai Lampit dan kain Tenun.

6.0 Adat Resam dalam Masyarakat Iban

Masyarakat Iban adalah masyarakat yang mempunyai adat resam yang pelbagai dan ianya masih lagi diamalkan sehingga ke zaman sekarang. Adat resam ini adalah adat dan pantang larang yang meliputi keseluruhan cara hidup masyarakat Iban. Contohnya ialah adat mengurus kandungan dan kelahiran, adat perkahwinan, dan adat sewaktu menguruskan kematian.

6.1 Adat Sewaktu Mengandung

Adat sewaktu mengandungkan anak ialah adat yang mengikat wanita Iban dan juga suaminya dengan pantang larang. Banyak pantang larang yang patut dipatuhi oleh wanita Iban dan suaminya. Antaranya ialah tidak boleh menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja, tidak boleh menyiang daging, membunuh binatang dan juga tidak boleh menanam pokok pisang. Semua pantang larang ini mesti diamalkan untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan lahir dan juga menghalang kuasa-kuasa ghaib yang tidak diingini daripada mengganggu bayi tersebut.

6.2 Adat Selepas Kelahiran

Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu.

Pantang larang sewaktu menyambut kelahiran bayi pula wajib dipatuhi oleh ibu kepada bayi tersebut. Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak dan makanan akan dicampurkan dengan halia supaya dapat memanaskan badan. Selepas bersalin, wanita kaum Iban akan menjalani satu amalan iaitu berdiang , di mana si ibu perlu dekat dengan unggun api. Kayu yang dijadikan unggun api pula ialah kayu malam, langsat, dan sebagainya yang boleh menyembuhkan penyakit ibu yang baru lepas bersalin. Si ibu perlu berdiang selama empat puluh hari untuk mengembalikan tenaga itu seperti biasa.

Seterusnya, ialah adat menanggalkan pusat bayi. Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi itu akan dibawa ke tanju atau ke anjung untuk melihat matahari dan diberi air garam. Selepas itu disusuli dengan pemberian nama kepada bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir itu, diberikan nama sempena nama nenek moyang mereka. Tujuannya adalah agar anak yang baru lahir itu mewarisi jasa dan sumbangan datuk dan neneknya yang telah tiada.

Selepas itu pula disusuli oleh adat mandi sungai. Adat ini dijalankan pada usia bayi berumur satu bulan dan untuk membiasakan bayi dengan sungai. Bayi itu akan dipakaikan dengan kain pua belantan dan diiringi dengan doa dan mantera meminta supaya bayi itu menjadi seorang yang sempurna. Sebaik sahaja mantera dibaca,dua orang lelaki akan menetak air dan ayam disembelih. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan. Selepas itu bayi dimandikan dan gendang akan dipalu untuk selepas itu jamuan ringan akan diadakan.

6.3 Adat Perkahwinan

Adat perkahwinan dalam masyarakat Iban adalah sangat unik jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban adalah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan akan didenda sama ada dihukum mengikut adat perkahwinan yang telah ditetapkan . Terdapat beberapa peringkat perkahwinan dalam masyarakat Iban. Peringkatnya adalah seperti di bawah ini.

Merisik

Adat merisik ini adalah adat yang mesti dan wajib dalam masyarakat Iban. Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan. Syarat perkahwinan ditentukan kemudian oleh kedua-dua pihak.

Bertunang

Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu dijalankan. Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari itu, lelaki dan perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang sah. Selepas ikatan pertunangan itu diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli keluarganya sahaja.

Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan pertunangan yang baru diikat itu. Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan kemudian ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari kemudian,wakil dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran tetangga tentang pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda mereka sudah ada yang memiliki.

Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu akan dikenakan denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi, sekiranya pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di antara pihak lelaki dan perempuan masih berjalan dengan baik.

Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang

Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. Pihak lelaki akan menyediakanbarang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan seperti kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan mungkin juga barang kemas. Keluarga perempuan juga turut membuat persiapan termasuklah memburu binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, kedua belah pihak juga turut menetapkan perbelanjaan dan juga pemberian yang sesuai untuk pasangan masing-masing.

Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan disediakan tempat duduk. Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu tembakan sebagai tanda tetamu sudah tiba. Penduduk di rumah panjang pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki. Rombongan pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara pengantin rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Semasa perkahwinan itu hendak bermula, mereka akan mengadakan perbincangan di ruai dan air tuak dihidangkan sekali lagi sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan,pengantin perempuan akan meminta berian. Tetapi nilainya adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh masyarakat di situ sendiri. Pihak pengantin perempuan pula akan meminta bayaran pemecah tanggaiaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain.

Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk bersanding di sebelah malam sahaja. Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu, pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta untuk memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka akan hilang bagi setiap individu. Sementara menunggu majlis persandingan yang akan berlangsung pada sebelah malamnya, akan diadakan sedikit perbincangan antara keluarga sebelah pengantin lelaki dan perempuan. Perbincangan ini adalah tentang tempoh yang sesuai bagi pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki sebelum dibenarkan melawat keluarganya.

6.4 Adat Mengurus Kematian

Masyarakat Iban menguruskan kematian mengikut adat-adat tertentu. Semasa kematian, sanak-saudara(kaban belayan) akan datang menghadirinya. Mayat si mati akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-tengah rumah panjang(ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. Semua barang-barang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan. Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati selain keluarga si mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke dunya sebayan.

Kemudian pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kira-kira pukul empat pagi. Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya. Mayat juga dibuatkan rumah. Kemudian, apabila selepas kematian, upacara berkabung atau ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat bising, memakai barang kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa. Tidak lama kemudian,upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak lagi mengganggu mereka yang masih hidup.setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara berkabung pun tamat. Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk meraikan si mati akan dijalankan( Bernedict Sandin ,1994: 119)

7.0 Tarian dan Nyanyian(Leka Main)

Aspek terakhir yang dikaji pula ialah tarian dan juga nyanyian masyarakat Iban. Masyarakat Iban mempunyai tarian yang agak menarik dan unik. Antara tarian Iban yang popular ialah tarian ngajat. Tarian ini terbahagi kepada beberapa jenis tetapi dilakukan pada masa dan waktu yang sama iaitu pada musim perayaan Gawai, di mana masyarakat Iban akan berpesta dengan pelbagai tarian bagi menyambut semangat padi, apabila selesai sahaja musim menuai. Antara jenis tarian yang diamalkan ialah tarian ngajat lesong, ngajat bebunoh, ngajat pua kumbu, ngajat indu dan banyak lagi. Semasa tarian ini ditarikan, gendang akan dibunyikan dan penari akan menarikan tarian mengikut paluan gendang.

Sementara nyanyian atau leka main pula begitu unik dan mempunyai pelbagai fungsi. Antara leka main yang masih relevan lagi pada zaman sekarang ialah pantun, ramban, renong,ganu, pengap, sampi,timang,bebiau, naku antu pala,geliga dan banyak lagi. rasa kerinduan, menyindir dengan cara yang halus,menyampaikan rintihan dan keluhan, hiburan kanak-kanak dan juga sebagai pembakar semangat atau motivasi.

Sekiranya diteliti, dan dikaji dengan lebih mendalam leka main atau sastera tradisional masyarakat Iban ini,ia nampak lebih menarik jika dibandingkan dengan sastera atau bidang puisi masyarakat bumiputera yang lain. Jenis puisinya yang sangat banyak menampakkan lagi keunikan yang terdapat pada puisi tersebut. Melalui leka main atau puisi ini, dapatlah diketahui corak pemikiran, pandangan hidup, kejadian yang berlaku, susunan masyarakat dan kepercayaan masyarakat Iban.

Tambahan pula ia disampaikan secara lisan dan diwarisi secara turun temurun oleh masyarakat Iban pada masa kini walaupun tidak semua orang yang tahu menyanyikan atau melagukannya. Keistimewaanya yang seterusnya pula ialah apabila ia disampaikan daripada masyarakat primitif yang animisme atau pagan. Leka Main atau puisi ini tersebar secara lisan dan ia bersifat kolektif dan fungsional. Bentuknya masih terikat oleh konvensi tertentu dan keterikatan ini telah memberikan perbezaan kepadanya daripada genre puisi tradisional etnik yang lain di Sarawak. Masyarakat Iban seharusnya bangga kerana kepandaian mereka bermain dengan kata-kata yang berbait dan sangat indah apabila didengar.

8.0 Penutup

Secara keseluruhannya, masyarakat Iban di Sarawak adalah masyarakat yang mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara hidup mereka adalah amat menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat Iban jika dilihat dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah berbeza dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Hal ini digambarkan dengan memetik pendapat Vinson H. Sutlive dalam bukunya yang berjudulThe Iban Of Sarawakyang berbunyi begini:The Ibans have built thier world out of natural, social and metasocial order to which they have perceived themselves as belonging. Plants, animals, hills,sun moon, stars , ancestral spirits and other groups have been brought together in the ethnoscience and mythology by which the Iban have developed and manipulated the symbols which have helped them understand thier world the rationalize thier behaviour.

Walaubagaimanapun, pada masa kini, adat dan tradisi masyarakat Iban banyak juga yang telah ditinggalkan. Antaranya adat-adat yang menjurus kepada animisme, kepercayaan karut, dan adat-adat yang difikirkan tidak logik untuk diamalkan pada masa sekarang. Hal ini memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah maju dan pemikiran masyarakat pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan pula, sudah ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat Iban yang membawa budaya dan cara hidup masyarakat bandar dan menerapkannya dalam kalangan masyarakat Iban .

Bibliografi

A. BukuBernedict Sandin(1994). Raja Durong. Sarawak: Borneo Literature Bureau.

Derek Freeman (1996). Report Of The Iban. Kuala Lumpur: Penerbitan UniversitiMalaya.

Vinson H. Sultive(1996). The Iban Of Sarawak. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

B Sumber internetHttp://www.malaysia.pnm.my

Http://www.sarawakupdate.com.my

C. Artikel dalam internet tetapi bukan daripada journal elektronikChemaline Usop( 2006) Leka Main Puisi Rakyat Iban:Satu Analisis. Diperolehi pada 1Ogos ,2009 daripada www.eprints.usm.my

SUMBER CERITA ORANG IBAN

MASYARAKAT PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK MEMPUNYAI BANYAKCERITA-CERITA RAKYAT YANG MENCERMINKAN NILAI-NILAI BUDAYA MEREKA. BAHASKAN SEJAUHMANAKAH CERITA-CERITA ITU DAPAT DIGUNAKAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH BUDAYA MASYARAKAT TERSEBUT. GUNAKAN CONTOH CERITA-CERITA RAKYAT SALAH SATU DARI SABAH ATAUPUN SARAWAK . JELASKAN JUGA MASALAH MASALAH PENGGUNAAN SUMBER INI SEBAGAI SUMBER SEJARAH.PengenalanMasyarakat peribumi Sarawak khususnya masyarakat Iban mempunyai banyak cerita-cerita yang mencerminkan nilai-nilai budaya mereka. Masyarakat ini amat kaya dengan cerita-cerita rakyat sehingga mampu menarik ramai pengkaji untuk mengkaji sejarah budaya masyarakat Iban. Walaupun cerita rakyat selalu juga disebut sebagai cerita dongeng, namun tidaklah sama kalau kita menganggapnya sebagai dongeng semata-mata, sebaliknya kita harus memandang cerita itu dari kaca mata golongan yang melahirkan cerita itu. Ini disebabkan kesusasteraan rakyat adalah cetusan daya sasteramanusia yang spontan dan pancaran fikiran yang spontan juga, selain itu bagi mereka seni sastera adalah sesuatu yang harmoni dengan kehidupan mereka. Sastera rakyat merupakan cerminan kehidupan masyarakat Iban iaitu tentang kepercayaan adat dan pandangan hidup mereka.George Leferve menggunakan istilah sejarah dari bawah bagi merujuk penulisan mengenai orang yang tiada nama, tiada kepentingan dalam politik dan kumpulan yang tiada nama. Kenyataan beliau sebenarnya merujuk kepada masyarakat Iban kerana mereka bukanlah suku bangsa yang melahirkan cerita-cerita untuk kepentingan tertentu, malahan cerita-cerita rakyat mereka boleh dijadikan sebagi sumber sejarah yang utama yakni mengenai kehidupan mereka. Masyarakat ini pada asasnya merupakan penduduk di kawasan pedalaman yang berpindah-randah, tetapi tinggal berdekatan dengan sungai yang merupakan nadi pengangkutan dan sumber perikanan yang penting. Masyarakat Iban tidak meninggalkan sumber sejarah konvesional seperti sumber bertulis,bagaimanapun mereka telah menzahirkan pemikiran dalam bentuk cerita-cerita rakyat.Oleh itu, sejarah budaya mereka dapat dikaji menerusi cerita-cerita rakyat. Malahan, cerita rakyat juga boleh dijadikan bahan untuk mengkaji budaya dan masyarakatnya.Cerita rakyat Iban Cerita rakyat Iban boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu cerita berhubung dengan penjelmaan binatang kepada manusia, hubungan manusia dengan orang mati, hubungan manusia dengan roh mahupun hantu, dan cerita-cerita lain termasuklah cerita asal-usul. Kesemua cerita ini boleh dihubungkan dengan sistem kepercayaan mahupun agama masyarakat Iban. Setiap cerita menerangkan tentang adatistiadat,kegiatan ekonomi, kepercayaan, pemikiran dan world view mereka.Perkara pertama yang harus dikaji tentang masyarakat ini adalah tentang kehidupan mereka. Mereka merupakan masyarakat yang tinggal di rumah panjang seperti yang dijelaskan dalam cerita Meludai iaitu rumah yang diketuai oleh Meludai itu mempunyai lima puluh pintu ataupun lima puluh keluarga yang tinggal di rumah itu.Cerita ini menjadi bukti terpenting tentang kehidupan masyarakat ini yang tinggal di rumah panjang, khususnya tentang bilangan isi rumah. Rumah panjang boleh disamakan dengan konsep kampung kerana mempunyai bilangan isi rumah yang ramai. Malahan kehidupan mereka amat bergantung kepada sumber alam semulajadi yakni hutan. Perkara ini di sebut dalam cerita Meludai yakni apabila Meludai bercadang hendak pergi berburu supaya ada daging untuk dijadikan sebagai bekalan semasa mereka sedang menuai padi nanti. Perkara ini mengambarkan bahawa hutan merupakan suatu sumber terpenting bagi masyarakat ini khususnya sumber protein. Hutan merupakan nadi kepada kehidupan masyarakat ini kerana hutan membekalkan sumber makanan kepada masyarakat ini. Selain itu, dalam masyarakat ini terdapat organisasi sosial, ketua masyarakat ini adalah tuai rumah. Tuai rumah bertanggungjawab terhadap pentadbiran undang-undang, sosial dan adat sesebuah rumah panjang. Tuai rumah ini bertanggungjawab keatas pelawat, ini dibuktikan dalam cerita Meludai apabila Meludai berkeras juga hendak berhuma kerana beliau bertanggungjawab untuk melayan tetamu khususnya yang berkaitan dengan makanan. Tuai rumah orang yang paling penting dalam rumah panjang yakni berkuasa dalam rumah panjang. Misalannya, dalam cerita ini, Meludai bersama dengan anak-anak buahnya telah pergi mengayau12 untuk membalas dendam atas kematian isteri dan anak-anaknya.Ini menunjukkan bahawa tuai rumah merupakan individu yang terpenting dalam hieraki sosial masyarakat Iban dan tanggungjawabnya adalah untuk menjaga keselamatan kaumnya. Tuai rumah boleh disamakan dengan jawatan penghulu dalam masyarakat Melayu tradisional kerana fungsi mereka hampir sama terutama sekali dalam konteks pentadbiran yakni menjaga kebajikan anak buah.Masyarakat Iban amat mempercayai alamat-alamat mahupun petanda-petanda tertentu daripada binatang. Menurut Benedict Sandin, orang Iban sangat yakin dengan tilikan yang dikatakan sebagai tanda daripada tuhan mereka.Peranan ini didokong oleh tuai burung yang akan melakukan upacara beburung. Misalnya dalam cerita Meludai, peranan seorang tua yang bernama Aki Angum Gua dalam mentafsir alamat-alamat daripada binatang amat penting kerana tafsirannya bakal menentukan masa depan Meludai.Masyarakat Iban amat mempercayai setiap tafsiran alamat yang dibuat oleh tuai burung kerana tafsiran itu bakal mempengaruhi kehidupan mereka pada masa hadapan. Jikalau mereka ingkar dengan tafsiran tersebut, mereka akan menerima nasib seperti Meludai apabila meninggalkan keluarganya di rumah telah menyebabkan kematian isteri dan dua orang anaknya. Kepercayaan mereka terhadap alamat atau petanda daripada burung dan binatang tertentu amat penting khususnya semasa membuka ladang atau berhuma. Ini disebabkan kehidupan mereka dikelilingi oleh binatang buas mahupun musuh, oleh sebab ingin mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, mereka perlu patuh kepada tafsiran tuai burung.Kehidupan masyarakat ini amat bergantung kepada pertanian khususnya penanaman padi huma. Padi huma merupakan sumber penghidupan bagi mereka, perkara ini dibuktikan melalui cerita Bandan Berpindah ke Sebayan. Bandan terpaksa pergi madi apabila mereka tidak mendapat padi yang cukup untuk dimakan selama setahun. Selain itu, kepentingan padi huma turut dipaparkan dalam cerita Puteri Rusa iaitu padi huma yang ditanam telah dimakan oleh rusa. Apabila padi huma dimakan oleh rusa, maka hasil untuk tahun itu berkurangan, seterusnya menyebabkan mereka kekurangan padi pada tahun itu. Penanaman padi huma merupakan nadi penggerak kepada kehidupan masyarakat ini, penanaman padi huma sebenarnya mempunyai kaitan dengan kehidupan mereka yang sering berpindah-randah. Ini disebabkan oleh penanaman padi huma dilakukan secara berulang kali di tempat yang sama telah menyebabkan kesuburan tanah tersebut merosot sehingga memaksa masyarakat ini berpindah mencari kawasan baru yang lebih subur. Perkara ini menjelaskan tentang sebab utama masyarakat ini mengamalkan pertanian pindah. Seterusnya adalah tentang sistem kepercayaan masyarakat Iban. Mereka mengamalkan amalan animisme dan setiap kepercayaan mereka dipengaruhi oleh alam semulajadi. Mereka mendiami kawasan hutan rimba yang keadaan keselamatannya tidak menentu, memang wajarlah jika terdapat kepercayaan yang boleh memberikan suasana harmonis dengan alam dan roh. Keadaan persekitaran seperti inilah yang telah membentuk kepercayaan masyarakat Iban, kebanyakan dewa mereka dikaitkan dengan kehidupan seharian terutama sekali kegiatan harian mereka. Misalnya, kepercayaan mereka kepada Pulang Gana. Mereka akan melakukan upacara pemujaan yangditujukan kepada roh kesuburan, jika upacara ini tidak dilakukan maka padi tidak akan menjadi dan masyarakat ini akan kebuluran.Hari Gawai merupakan upacara adat bagi tujuan ini. Ini menjelaskan tentang kepentingan upacara ini khususnya dalam meneruskan survival masyarakat ini, pemujaan ini dilakukan demi kepentingan lahiriah yakni memperolehi makanan. Kepercayaan ini bukanlah suatu bentuk keagamaan kerana bagi masyarakat Iban tidak terdapat bentuk pemujaan yang berkonsepkan rohaniah. Ini disebabkan kesemua pemujaan berbentuk lahiriah seperti pemujaan Pulang Gana semasa hari Gawai. Mereka mempercayai tentang Aki Lang Menaul Nyakai atau Singgalang Burung iaitu dewa yang paling berkuasa yang merupakan dewa perang dan asas kepada semua adat. Sebanyak tujuh jenis burung ( menantu kepada Singgalang Burung) selalu hadir dalam semua upacara budaya dan ritual pengubatan yang dijalankan oleh orang Iban. Burung ini melambangkan penghormatan masyarakat Iban terhadap alam semulajadi.Oleh sebab itu, mereka selalu mengaitkan burung dengan petanda ataupun alamat. Tuai burung yakni Aki Angum Gua dalam cerita Meludai menilik berdasarkan alamat yang dijelaskan oleh Meludai. Burung atau binatang lain boleh memberi petanda baik atau buruk kepada orang Iban. Mereka mempercayai tafsiran tuai burung kerana beranggapankehidupan mereka dipenuhi dengan kekaburan khususnya yang berkaitan dengan masa hadapan. Oleh itu, tafsiran ini amat penting dalam menentukan masa hadapan seseorang khususnya berkaitan dengan pertanian mahupun kehidupan mereka. Jika tafsiran itu berkaitan dengan sesuatu bencana, maka mereka akan lebih berhati-hati supaya tidak menjadi seperti Meludai yang mengingkari pesanan Aki Angum Gua.Selain itu, corak kehidupan masyarakat ini yang sering berpindah-randah sebenarnya berkaitan dengan satu lagi kepercayaan iaitu legaran burung. Semua perlakuan burung ini seperti bunyi, cara legaran penerbangan, dan pergerakan-pergerakan lain yang dianggap membawa petanda yang mesti dihormati kerana tindakan orang di rumah panjang ditentukan oleh tanda-tanda ini.Dalam cerita Uging telah disebutkan tentang perbuatan orang Iban meninggalkan rumah panjang kerana burung telah memasuki rumah mereka.28 Perbuatan mereka meninggalkan rumah panjang telah membuktikan bahawa burung merupakan alamat yang amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat ini kerana mereka tidak mahu ditimpa bencana. Selain itu, kepercayaan kepada burung sebenarnya merupakan antara beberapa sebab masyarakat ini asyik berpindah-randah. Legaran burung akan ditafsir oleh tuai burung, jika legaran tersebut memberi tanda mereka perlu berpindah, maka mereka perlu berpindah. Perkara inilah yang menyebabkan berlakunya konsep pindah dalam masyarakat ini. Manakala, dalam cerita Ngumbang dan Berenai terdapat kepercayaan tentang Menoa Sebayan.29 Mereka mempercayai bahawa manusia yang berada di Sebayan akan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan di dunia, misalannya dalam cerita ini terdapat peristiwa lelaki sedang bertikam dan jatuh dari pokok kerana mereka mati disebabkan melakukan perkara tersebut.30 Ini menjadi bukti bahawa masyarakat ini mempercayai kehidupan selepas mati. Selain itu, mereka beranggapan kehidupan selepas mati menyerupai kehidupan di dunia. Walaupun begitu, mereka mempercayai kehidupan di Sebayan mempunyai beberapa perbezaan dengan kehidupan di dunia misalnya tidur pada waktu siang. Cerita ini merupakan pemikiran kreatif masyarakat Iban tentang konsep kehidupan selepas mati dan mencerminkan kepercayan tentang adanya kehidupan selepas mati. Selain itu, mereka mempercayai manusia yang hidup hanya dapat melihat atau bertemu dengan semangat dan roh hanya melalui mimpi. Orang Iban percaya bahawa sebelum semua upacara berhubung dengan kematian disempurnakan, semangat orangmati sentiasa berkeliaran dan kembali rumah tempat tinggalnya dahulu, sebelum kematian (bagi yang sakit kuat) semangatnya dapat dipanggil pulang dan dimasukkan kembali kedalam tubuhnya. Kepercayaan mereka kepada semangat dan alam kematian merupakan suatu interpretasi kepada kematian kerana kewujudan cerita seperti Ngumbang dan Berenai adalah untuk mengurangkan perasaan takut masyarakat Iban kepada kematian. Mereka turut mempercayai bahawa manusia itu boleh hidup kembali seperti dalam cerita Ngumbang dan Berenai yakni Berenai yang telah mati dapat dihidupkan semula dengan upacara belian.Kehidupan selepas kematian merupakan suatu perkara yang sangat penting bagi masyarakat ini kerana kewujudan cerita ini memberi gambaran kepada anggota masyarakat tentang corak kehidupan di Sebayan. Masyarakat Iban merupakan masyarakat yang kaya dengan adat. Antara adat yang boleh dikaji daripada cerita rakyat ini adalah seperti adat mengayau, adat mengayap, dan adat ngetas ulit. Adat mengayau merupakan simbol kepahlawan bagi seseorang lelaki Iban. Sasaran ngayau adalah musuh mereka. Setiap kepala yang berjaya dipenggal akan menambahkan semangat dalam diri seseorang, semakin banyak kepalayang dipenggal semakin kuat orang tersebut. Adanya roh ini akan membawa tuah bukan sahaja kepada orang tersebut malah kepada keluarga dan kelompoknya. Adat ini telah dinyatakan dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu, mengikut ceritanya Tedung bersama kawannya iaitu Kumpang merupakan orang yang berani dan bercadang hendak mengayau ke negeri Kantu. Selain itu dalam cerita Meludai terdapat juga aktiviti mengayau. Aktiviti mengayau bukanlah suatu bentuk keganasan seperti yang diutarakan oleh keluarga Brooke, adapt ini merupakan manefetasi kepada sifat kepahlawan masyarakat Iban. Masyarakat Iban melakukan adat mengayau adalah bersandarkan kepada penghormatan yang bakal diterima kerana orang yang paling gagah adalah orang yang paling banyak memenggal kepala musuh. Kepala musuh menurut mastarakat ini merupakan semangat, jika seseorang memenggal banyak kepala maka dia mempunyai banyak semangat dalam dirinya. Selain itu, masyarakat ini mempercayai masyarakat binatang hidup seperti manusia Iban juga. Binatang itu boleh bertukar rupa menjadi manusia jika mereka berhubung dengan manusia dan dengan mudah dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan manusia. Contoh ini boleh dilihat dalam cerita Puteri Rusa yakni seekor rusa boleh menjelma menjadi seorang puteri yang jelita.Selain itu, dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Puteri Bongsu yang menyatakan kenyalang telah menjelma menjadi seorang perempuan yang cantik.Bagi mereka, jika berkahwin dengan binatangbukanlah suatu keganjilan.Kepercayaan ini bersangkutan dengan kehidupan mereka yang tinggal di kawasan hutan belantera, jadi tidak mustahil jika cerita-cerita ini adalah usaha untuk mengharmonikan hubungan antara masyarakat Iban dengan alam semulajadi. Binatang seperti burung kenyalang, rusa, ikan belida, dan babi dianggap sebagai suci dan mempunyai kesaktian yakni menjelma menjadi perempuan yang cantik. Selain itu, cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat larangan membunuh atau memakan burung kenyalang.Perkara ini menjadi suatu tradisi hingga ke hari ini iaitu masyarakat Iban tidak akan memakan binatang tertentu misalnya burung kenyalang. Masyarakat Iban amat mementingkan zuriat khususnya anak lelaki. Terdapat beberapa cerita yang memaparkan tentang wira Iban berkahwin dengan binatang dan memperoleh anak lelaki. Misalnya, dalam cerita Medang Gila Mengail iaitu Medang dikurniakan seorang anak lelaki setealah mengahwini Bongsu Ikan Belida. Selain itu, dalam cerita Meludai dikisahkan tentang anak Meludai yang melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Sampar yang gagah sehingga tidak pernah tewas semasa pergi mengayau. Cerita ini telah membuktikan pemikiran masyarakat Iban amat mementingkan anak lelaki yang digambarkan sebagi pahlawan yang gagah. Oleh sebab itu, kebanyakan cerita ini terutama sekali apabila wira Iban berkahwin dengan binatang akan melahirkan anak lelaki kerana anak lelaki merupakan pewaris kepada adat ngayau. Oleh sebab itu, anak lelaki merupakan lambang kepahlawanan masyarakat Iban. Terdapat beberapa cerita yang memaparkan tentang alat perhiasan perempuan. Cerita ini menjadi sumber rujukan untuk mengetahui alat yang digunakan oleh kaum hawa. Misalnya, dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat cerita tentang rawai yakni alat perhiasan untuk wanita, biasanya diperbuat daripada perak atau rotan dan dipakai di bahagian dada hingga ke pinggang. Manakala, dalam cerita Ngumbang dan Berenai diceritakan tentang lampit iaitu tali pinggang yang diperbuat daripada perak dan digunakan oleh kaum wanita. Budaya masyarakat Iban dapat dikaji hanya melalui cerita rakyat khususnya berkaitan dengan perhiasan wanita. Perhiasan yang dihasilkan membuktikan masyarakat ini mempunyai tahap kesenian yang boleh dibanggakan kerana mampu menghasilkan perhiasan untuk wanita terutama sekali daripada perak.

MASALAH PENGUNAAN SUMBER INI SEBAGAI SUMBER SEJARAHMasyarakat Iban pada masa ini merupakan masyarakat yang belum mencapai tamadun yang tinggi atau masih buta huruf, sememangnya sasteranya dalam bentuk lisan. Sumber lisan merupakan sumber utama bagi sejarah dari bawah. Hal ini berbeza dengan sejarah konvesional yang bersumberkan dokumen. Sumber yang digunakan sering kali menjadi perbahasan kerana sumber lisan kemungkinannya mempunyai beberapa versi sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengkaji. Misalnya, cerita tentang binatang pergi menuba ikan mempunyai tiga versi yang berbeza yakni masyarakat Bidayuh mempunyai dua versi dan masyarakat Iban mempunyai satu versi. Keadaan seperti ini akan menimbulkan pentafsiran yang berbeza disebabkan terdapat berbagai-bagai versi mengenai sesebuah sastera rakyat. Masalah kedua iaitu sumber naratif rakyat. Kebanyakan sumber sastera rakyat adalah berbentuk sumber naratif, untuk mentafsirkan nilai-nilai budaya dalam perspektif sejarah, seorang sejarawan budaya perlu bantuan daripada disiplin ilmu yang lain.Sebenarnya, sumber naratif rakyat sukar untuk dibuktikan kebenarannya terutama faktafakta yang terkandung dalam cerita rakyat. Fakta yang ditafsirkan adalah berdasarkan sumber lisan, ini menyukarkan sejarawan budaya untuk menapis fakta yang sebenarnya. Ia tidak sama dengan pandangan Leopold Von Ranke bahawa sejarah itu harus dikaji seperti yang sebenarnya yang berlaku.Fakta-fakta sejarah sepatutnya adalah jelas dan diketahui sumbernya, selain itu sumber sejarah perlu menggunakan sumber bertulis. Perkara inilah yang telah membingungkan para sejarawan budaya kerana sastera rakyat adalah berbentuk naratif yang diceritakan secara lisan. Antara keraguan yang timbul adalah tokok tambah dalam sesebuah cerita yang ditambah oleh pencerita, penambahan ini telah menyebabkan cerita itu mempunyai pelbagai versi, seterusnya menimbulkankeraguan kepada sejarawan budaya untuk memilih cerita yang paling tepat. Masalah ketiga iaitu pemikiran rakyat dalam budaya mereka. Persoalan yang kerap menghantui para sejarawan adalah tentang pemikiran rakyat yang hidup dalam tahap tertentu dapat dinilai, sedangkan ia tidak mempunyai criteria ukuran tertentu.Pemikiran adalah bersifat subjektif. Kebenaran dalam sejarah subjektif sifatnya.Tafsiran sejarawan budaya kebiasaanya bersifat subjektif kerana sumber sastera rakyat adalah dalam bentuk cerita yang mengandungi pemkiran masyarakat. Tafsiran terhadap pemikiran merupakan suatu usaha yang sukar kerana memerlukan sejarawan untuk menguasai budaya masyarakat itu. Sejarawan perlu memahami budaya sesebuah masyarakat sebelum mengkaji pemikiran mereka.

KESIMPULANMasyarakat Iban merupakan kelompok masyarakat yang mengabadikan pemikiran mereka dalam bentuk cerita rakyat. Walaupun, nilai-nilai budaya merekaberfungsi sebagai pedoman hidup, konsep dan sifatnya adalah sangat umum, memiliki ruang lingkup yang sangat luas, dan biasanya sukar untuk diterangkan secara rasional dan nyata.Ini membawa maksud pemikiran masyarakat Iban merupakan sejarah budaya masyarakat tersebut yakni segala yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat ini mencerminkan pegangan dan kepercayaan mereka. Sejarah budaya merupakan pandangan hidup sekelompok orang. Sejarah masyarakat Iban juga merupakan sejarah budaya dan pemikiran. Bagi seorang Pengkaji yang paling penting adalah legenda dan memerate menjadi petunjuk yang zahir tentang aspek-aspek budaya yang penting seperti kepercayaan, pengetahuan, world view, dan nilai-nilai budaya. Jikalau cerita rakyat tidak wujud, maka tiadalah sumber sejarah yang boleh dirujuk khususnya dalam aspek masyarakat Iban. Cerita rakyat mereka merupakan sumber inspirasi yang ditujukan kepada masyarakat itu sendiri. Sejarah bawahan sangat penting khususnya dalam menerangkan kisah-kisah masyarakat yang dipinggirkan oleh sejarah konvesional seperti masyarakat Iban.

BIBLIOGRAFIBadriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari PelbagaiPerspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm xxvi.

John W.Berry, 1999, Psikologi Lintas-Budaya: Riset dan Aplikasi ( Edi Suhardono,Terjemah), Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Koentrjaraningrat, 1996, Pengantar Antropologi 1, Jakarta: PT Rineka Cipta.

Mohd. Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 213.

Mohd. Taib Osman, 1988, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman (peny.), 1991, Pengkajian Satera Rakyat Bercorak Cerita, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaini Ozea, 1988 ,Analisis Isi Cerita-Cerita Rakyat di Sarawak, dalam Hamzah Hamdani(peny), Wajah Sastera Sarawak, (hlm 15-29), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

PADA zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar biasa . Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat luas . Sesiapa sahaja yang memperolehi buah itu dipercayai akan menjadi amat bertuah .

Maka tersebutlah kisah seorang pemuda bernama Lenggai . Dia berasal dari Kalimantan Barat . Walaupun Lenggai seorang pengembara yang gagah berani , namun dia selalu ditimpa malang .

Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencari buah ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayar menyeberangi lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap tidak berputus asa . Walaupun telah beberapa lama belayar , namun pokok yang berbuah ajaib itu belum juga kelihatan . Akhirnya , pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan belayar , tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air yang sangat kuat . Kapalnya berpusing-pusing dengan ligat sekali .Lenggai sedaya upaya cuba hendak menyelamatkan kapalnya daripada bencana itu . Lenggai hampir-hampir lemas . Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak sebatang pokok yang sangat tinggi . Matanya terpaku ke arah pokok itu . Pokok itu seolah-olah muncul dari pusat pusaran air itu . Dia pasti itulah pokok ajaib yang dicari-carinya selama ini .Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air itu . Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air dan berenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat sampai , dia pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran air itu dan dia berehat di situ seketika . Setelah bertenaga semula , Lenggai memandang sekelilingnya dan dia ternampak seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yang tertinggi di pokok itu . Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengan genggaman seorang manusia ." Jika aku dapat memegang kaki burung itu , tentu aku dapat kembali semula ke daratan , " bisik hati Lenggai .Dia pun mula memanjat pokok itu dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta dari tempat burung itu hinggap . Dengan secepat kilat dia menyambar pergelangan kaki burung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya . Burung besar itu sama sekali tidak menyedari akan apa yang berlaku kepada dirinya . Setelah beberapa lama kemudian burung itu pun terbang membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya . Burung itu terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan , sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya lagi . Akhirnya burung itu ternampak beberapa ekor lembu . Burung itu melayang turun dan secepat kilat menyambar seekor lembu .Pada ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke tanah dengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di sekelilingnya . Dia sangat hairan melihat kawasan di situ . Lenggai belum pernah melihat tempat yang sebegitu cantik , pokok-pokok menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang berseri . Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang ditumbuhi bermacam jenis bunga yang berwarna-warni . Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa sebuah rumah yang indah . Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan dilihatnya seorang perawan sedang menyediakan makanan ."Oh!"Gadis itu sangat terperanjat meliha t Lenggai berada di dalam rumahnya ."Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan kamu . Saya tidak tahu di mana saya sekarang . Saya memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam ini , " terang Lenggai .Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan Lenggai sedikit makanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan itu menceritakan bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu . Enam orang kakaknya telah keluar bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannya menceritakan apa yang telah dialaminya . Lewat petang itu keenam orang kakak perawan itu pun pulang . Mereka semuanya sangat senang hati menerima kedatangan Lenggai dan melayaninya dengan baik .Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama perawan tujuh beradik itu. Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal di rumah menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawan bongsu jatuh cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akan perasaannya itu kepada kakak-kakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawan bongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga bersetuju dengan cadangan itu."Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," jelas kakak yang sulung."Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa sebenarnya kami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini dinamakan Bintang Banyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adik bongsu kami ini kerana dia sangat kami sayangi."Maka seminggu kemudiannya, majlis perkahwinan Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramai orang kampung di rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikan majlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang Banyak mendapat seorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya bekerja di sawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya tidak membuka penutup tajau yang terletak di sudut rumah itu."Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama sekali tidak akan membuka penutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak."Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau bagaimanapun, oleh kerana selalu diingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu yang ganjil dalam tajau itu. Perasaan ingin tahunya datang dengan mendadak.Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di rumah. Lenggai merenung tajau itu beberapa kali. Perasaan ingin tahunya memuncak dan Lenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia membuka penutup tajau itu. Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat beribu-ribu orang manusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka kelihatan jauh sekali di bawah. Lenggai menyedari kini dia berada di suatu tempat yang tinggi, seolah-olah di sebuah negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi dan semuanya sedang bekerja dengan tekun.Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang kakaknya pulang dari sawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasa waktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja. Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Dia segera bertanya kepada Lenggai:"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal beberapa kali akhirnya Lenggai mengaku membuka tajau itu dan menceritakan apa yang telah dilihatnya."Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku," Lenggai menjelaskan."Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajau itu? Abang telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu Bintang Banyak berkata dalam tangisan."Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersama kami."Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil menimang anaknya."Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan berpisah. Sekarang sudah tibalah masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu Bintang Banyak.Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang kakaknya menyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi melalui mulut tajau itu. Mereka semua bertangis-tangisan. Sebelum berpisah, kakak Bungsu Bintang Banyak yang tertua menjelaskan selanjutnya:"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang Tujuh. Kami memberi petunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan sebelum terbit fajar. Apabila kamu ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam, maka hasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua yang kamu tanam tidak akan memberi hasil. Semasa berada di sini, kami telah melihat kami tidak pernah tinggal di rumah hanya Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di rumah.Bungsu Bintang Banyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu dan menceritakan pula kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasa menjadi petunjuk kepada petani di bumi.Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan semua pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang kampung. Dia menceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaib sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hari itu, kononnya, padi akan mula ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip di langit.