kebudayaan melayu: konsep dan perkembangan sosialisasi

38
KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP & PERKEMBANGAN SOSIALISASI Disediakan oleh: Nordiana Mat Yaacob Otago 1

Upload: deeyana88

Post on 19-Jun-2015

2.722 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU

TRANSCRIPT

Page 1: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

KEBUDAYAAN MELAYU:KONSEP &

PERKEMBANGAN SOSIALISASI

Disediakan oleh:Nordiana Mat Yaacob

Otago 1

Page 2: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

KONSEP SOSIALISASI• Definisi• Proses sosialisasi• Sosialisasi budaya• Agen-agen sosialisasi

Page 3: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

DEFINISI

• Sosialisasi bermaksud proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dsb) yang dapat diterima dalam masyarakat.

Kamus Dewan Edisi keempat

Page 4: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Menurut Hassan Mustafa, Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan bertindak, di mana kesemuanya merupakan hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan partisipasi sosial yang efektif. Sosialisasi merupakan proses yang berterusan dalam hidup kita.

Page 5: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Sosialisasi ialah proses pengalaman sosial berpanjangan di mana individu mengembangkan potensi masing-masing and belajar corak kebudayaan mereka.

(Macionis J.J, 2000)

Page 6: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

PROSES SOSIALISASI

• Proses jangka panjang

– Antropologi : proses pembudayaan

– Psikologi : proses pembentukan nilai

– Sosiologi : proses mempelajari dan

memperolehi norma-norma sosial

 

Page 7: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

SOSIALISASI BUDAYA

• Anak dilahirkan dalam dunia sosial. Mereka merupakan anggota baru di dunia tersebut.

• Dari kacamata masyarakat, fungsi sosialisasi adalah untuk mengalihkan pelbagai informasi yang ada dalam masyarakat tersebut kepada anggota-anggota barunya agar mereka dapat segera dapat terlibat di dalamnya.

Page 8: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Budaya atau kebudayaan adalah sesuatu yang dicipta oleh unit-unit sosial di mana setiap anggota unit sosial tersebut memberikan makna yang sama dari segi nilai, norma, pengetahuan, bahasa, pola interaksi, dan juga hal-hal yang berkaitan dengan fizik, seperti bangunan, kereta, baju dan buku.

Page 9: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

UNSUR BUDAYA• Nilai adalah prinsip-prinsip etika yang

dipegang kuat oleh individu atau kelompok sehingga mempengaruhi seseorang dalam perlakuannya.

• Nilai berkaitan dengan gagasan tentang baik dan buruk, yang dikehendaki dan yang tak dikehendaki.

• Nilai membentuk norma, iaitu aturan-aturan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota suatu unit sosial.

Page 10: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Norma sendiri ada berbagai peringkat, iaitu:

• Adat istiadat (folkways) adalah sesuatu yang diaplikasi dalam rutin seharian dan interaksi kasual seperti cara makan dan cara berpakaian. Anggota yang tidak melaksanakannya hanya akan dianggap tidak mematuhi etika.

• Sebagai contoh, tidak memakai tali leher bagi lelaki semasa urusan rasmi akan dianggap tidak mematuhi etika sosial.

Page 11: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• “mores” adalah aturan tidak bertulis yang membezakan yang betul dan salah. Anggota yang tidak mematuhi mores akan dipandang buruk/negatif dalam masyarakat. Sebagai contoh, hanya memakai tali leher semsa urusan rasmi.

• hukum (laws) – aturannya tertulis dan perlanggarnya boleh dipenjarakan.

Page 12: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Selain nilai dan norma, satu lagi unsur budaya adalah peranan.

• Peranan adalah harapan atau tuntutan kepada seseorang untuk menampilkan perilaku tertentu kerana orang tersebut menduduki status sosial tertentu.

Page 13: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

AGEN-AGEN SOSIALISASI

• Terbahagi kepada dua;• Institusi – Institusi adalah satu

bentuk unit sosial yang memfokuskan pada pemenuhan satu bentuk keutuhan masyarakat. Misalnya sekolah, keluarga, agama dan media massa : majalah, televisi, radio.

• Individu – kakak, adik, ayah, ibu, teman, guru, kelompok hobi, dsb

Page 14: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

1. Institusi Kekeluargaan• Keluarga merupakan institusi yang terpenting

dalam kehidupan seorang kanak-kanak.• Adalah tanggujawab ibu-bapa and ahli

keluarga yang lain untuk menyediakan keperluan seorang kanak-kanak.

• Kajian telah menunjukkan bahawa kana-kanak perlu diberi sepenuh perhatian di peringkat awal; “sentuhan fizikal, rangsangan perkataan dan lain-lain berupaya memupuk perkembangan intelektual kanak-kanak (Belsky, Lerner & Spanier,1984)

Page 15: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Institusi kekeluargaan meletakkan kanak-kanak di dalam masyarakat dalam bentuk kaum, agama dan status.

• Elemen ini adalah sebahagian daripada konsepkendiri (self concept) kanak-kanak tersebut.

• Sesetengah elemen tersebut seperti kedudukan sosial mungkin berubah tetapi kedudukan sosial semasa lahir tetap memberi kesan kepada seseorang.

Page 16: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

2. Sekolah• Sekolah meluaskan dunia sosial kanak-

kanak dengan melibatkan orang yang berlainan latar belakang.

• Sekolah juga mengajar kanak-kanak banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran.

• Secara tidak formal, sekolah turut menyampaikan perkara lain (hidden curriculum) kepada kanak-kanak. Aktiviti sukanmengajar kanak-kanak nilai pencapaian dan kejayaan.

Page 17: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

3. Rakan sebaya• Kanak-kanak menjumpai rakan sebaya

apabila mereka mendaftarkan diri di sekolah.

• Rakan sebaya memberi peluang kepada kanak-kanak terlepas daripada pemantauan orang dewasa.

• Kanak-kanak mendapat pengalaman yang berguna dalam hubungan sosial dan mengukuhkan identiti diri masing-masing.

Page 18: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

4. Media massa• Perkataan ‘media’ berasal daripada

perkataan Latin yang bermaksud ‘tgh’ yang mencadangkan fungsi media untuk menghubungkan orang ramai.

• Pengaruh media massa semakin berleluasa dengan adanya teknologi komunikasi (akhbar, radio, televisyen, dsb) yang membolehkan maklumat disampaikan dalam skala yang besar.

Page 19: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Media massa memberikan impak yang besar dalam perlakuan dan pandangan seseorang.

• Bertahun sebelum kanak-kanak belajar membaca, mereka menghabiskan masa dengan menonton televisyen.

• Semakin mereka membesar, mereka menghabiskan masa banyak di hadapan televisyen dan di sekolah.

Page 20: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

Kebaikan Media Massa

• Sumber maklumat, informasi, dan hiburan

• Menambah pengetahuan dan kefahaman

tentang pelbagai budaya

• Menyampaikan nilai-nilai dan norma masyarakat

• Mengandungi kempen-kempen yang berguna

kepada masyarakat

– Contohnnya: “Keselamatan Jalan Raya”, Tak Nak

merokok”, “Cintai Sungai Kita”

Page 21: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

Keburukan Media Massa

• Menjadi ikutan dan mempunyai pengaruh

terhadap sikap sesorang, terutama kanak-

kanak

• Menyiarkan keganasan – terdapat dalam iklan,

drama, filem, dll.

Page 22: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

5. Institusi keagamaan

• Agama mempengaruhi pegangan dan

tindakan individu

• Sentiasa menerapkan nilai-nilai murni

• Menjadi asas panduan kepada individu

• Memberi kesan kepada rohani

Page 23: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Dari segi sosiologi, fungsi agama adalah: a) nyata (manifest) - mendefinisikan kehidupan spiritual dan memberikan maksud kepada istilah divine; danb) tidak nyata (latent) - menyediakan forum untuk upacara keagamaan dan tempat pertemuan untuk aggotanya.

Page 24: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Apabila agama dilihat sebagai institusi, maka fungsinya adalah:

• a) memberikan sokongan sosial - dilihat secara mikro iaitu sokongan dalam masa cemas, ketidakpastian dan kesedihan yang dialami oleh seseorang.

• b) integrasi dan kawalan sosial - Karl Marx berpendapat bahawa agama meneruskan dan mengesahkan keadaan struktur sosial yang sedia ada. Seperti Marx, ahli konflik berpendapat bahwa agama menguatkan lagi bentuk dominasi dan ketidakserataan dalam masyarakat.

Page 25: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Menurut pandangan Marxist, agama berfungsi sebagai agent of de-politicization dengan mewujudkan perasaan false consciousness dikalangan anggota masyarakat yang kurang bernasib baik dan mengurangkan kemungkinan tindakan politik secara kolektif yang dapat mengakhiri penindasan sistem kapitalis dan memajukan masyarakat. Pendeknya agama menghalang pembangunan dan perubahan dengan mendorong golongan kurang bernasib untuk fokus kepada aspek kerohanian dan bukan kepada kemiskinan dan penindasan.

Page 26: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• c) menggalakkan perubahan sosial - Max Weber kurang setuju dengan pendapat Karl Marx. Beliau mengkaji penduduk di Eropah yang menceburi perniagaan dan mendapati bahawa kebanyakan anggota yang berjaya dari kelompok Protestant yang menekankan etika kerja yang berdisiplin, mementingkan kehidupan duniawi dan pegangan hidup yang rasional.

Page 27: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Weber berpendapat sistem kapitalis dapat berterusan selama-lamanya. Namun perkembangan dalam kepercayaan keagamaan dapat membuka ruang kepada anggota masyrakat untuk menyuarakan ketidakpuasan secara lebih terbuka.

Page 28: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Kedudukan Budaya dalam masyarakat Melayu:

Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971

• Kepentingan Budaya dalam

Masyarakat Melayu

• Peranan Budaya dalam Masyarakat

• Pengaruh Budaya dalam Masyarakat

Page 29: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

KEDUDUDKAN BUDAYA DLM MSYKT MELAYU :DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Latar belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar.

Page 30: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan pembentukannya secara beransur-ansur daripada pelbagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Page 31: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

- Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini.- “Rantau” membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi.- Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.

Page 32: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

- Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan.- Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman.

Page 33: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

3. Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

• Dasar ini telah menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

Page 34: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

KEPENTINGAN BUDAYA

• Mencirikan sesebuah masyarakat

• Meneruskan kesinambungan negara pada

masa hadapan

• Mempertahankan identiti Melayu

Page 35: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

PERANAN BUDAYA

• Sebagai jelmaan nilai – asas penting dalam konteks

masyarakat

• Membina konsep Budaya Kebangsaan (Budaya

Malaysia)

• Memperkukuhkan integriti dalam masyarakat

majmuk di Malaysia

• Memantapkan generasi belia untuk menggerakkan

perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan

negara

Page 36: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

PENGARUH BUDAYA

• Budaya memberi impak kepada masyarakat –

pemakaian, komunikasi, hiburan; ekonomi

• Budaya masa kini – budaya destruktif

• Golongan yang paling mudah terpengaruh –

remaja dan belia

Page 37: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

RUJUKAN

• Macionis, J.J. (2000). Sociology 7th ed. Upper Saddle River: Prentice Hall.

• Kamus Dewan. (ed. ke 4). (2005). Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

• Muhammad Khairi. Dasar Pembangunan Negara: Dasar Kebudayaan Kebangsaan. http://muhammadkhairi. Dasar Pembangunan Negara: Dasar Kebudayaan Kebangsaan. blogspot.com/2005/11/.html

Page 38: KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP DAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI

• Wan Abdul Kadir. Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu. http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/persidangan/Kertas%20Kerja/Prof%20wan%20Abd%20Kadir.doc

• Khairul Arifin Moh Munir. (2008). Peranan Belia dalam Memperkasa Budaya. http://komentar-massa.blogspot.com/2008/06/peranan-belia-dalam-memperkasa-budaya.html