elemen kebudayaan melayu di sekolah
DESCRIPTION
bTRANSCRIPT
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
1.0 PENGENALAN
Apa itu budaya? Pelbagai tafsiran telah diberi tentang budaya.
Individu pertama memberi definisi budaya ialah Edward Bernard Tylor
(1871). Menurut E.B Tylor, yang dipetik daripada Khairuddin Mohamad etc
al., budaya atau peradaban adalah suatu kesatuan yang kompleks,
mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-
undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota
masyarakat. Dari segi konsepnya, budaya bererti suatu gelagat,
kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh setiap
individu dalam satu-satu kumpulan.
Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang
berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-
dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini
menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang
menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini
mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.
Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya
inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum
itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan
itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan,
1
Bagaimanakah elemen kebudayaan Melayu dapat diterapkan di sekolah?
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
masakan dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada
pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka
telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka
selama ini.
Sekolah bukan sahaja tempat menuntut ilmu malah turut berperanan
sebagai medan agen pembentuk budaya khususnya budaya Melayu yang
begitu unik dan pengamalnya mendominasi budaya di Malaysia. Terdapat
beberapa elemen dalam budaya Melayu dapat diserapkan di sekolah-
sekolah di Malaysia. Antaranya ialah:
i. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Umum mengetahui bahawa bahasa merupakan medium komunikasi
manusia yang sangat penting dalam masyarakat. Bahasa yang dituturkan
secara tidak langsung akan mencerminkan citra budaya, cara berfikir, tindak
tanduk dan jati diri penutur sesuatu bangsa. Justeru, bahasa dan budaya
sesuatu bangsa tidak akan dapat dipisahkan kerana peranannya dalam
masyarakat saling melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah termasuk
institut pengajian tinggi awam dan swasta. Bahasa Melayu merupakan
salah satu cabang dalam budaya Melayu. Bahasa Melayu begitu sinonim
sebagai wahana perpaduan kaum. Peranan bahasa Melayu bukan setakat
menjadi alat komunikasi semata-mata, bahkan bahasa juga berperanan
2
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
membentuk jati diri dan memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat
majmuk di sekolah.
Selain itu, bahasa Melayu juga menjadi bahasa akademik yang lengkap
dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu
dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam subjek Matematik, Sains,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kemahiran Hidup, dan sebagainya.
Ada pepatah Melayu yang berbunyi “Maju Bahasa Majulah Bangsa” dan “
Bahasa Jiwa Bangsa”. Kebenaran dan kebijaksanaan kata-kata ini memang
tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini disedari melalui usaha-usaha untuk
mendaulatkan bahasa Melayu menerusi penerapan falsafah dan Dasar
Bahasa Kebangsaan. Konsep “Satu Bahasa Satu Bangsa” akan
membolehkan usaha-usaha yang berterusan bagi mendaulatkan bahasa
Melayu sebagai penyatuan rakyat yang berbilang kaum dan sebagai
bahasa yang mencerminkan masyarakat yang berdaulat dan berjaya.
ii. Makanan
Makanan yang kita makan bergantung kepada kebudayaan, tidak kurang
pentingnya peranan yang dimainkan oleh makanan dalam menyatakan
identiti sesuatu masyarakat. Budaya makanan orang Melayu mempunyai
banyak ciri-ciri yang istimewa dan unik. Pelbagai nasi, lauk-pauk, kuih-muih,
ulam-ulaman dimakan oleh masyarakat Malaysia amnya khususnya orang-
orang Melayu.
3
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
Elemen makanan yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu ini telah
diserap di sekolah-sekolah di Malaysia. Umum mengetahui bahawa
kebanyakan pengusaha kantin sekolah-sekolah di Malaysia terdiri daripada
orang-orang Melayu. Maka, tidak hairanlah makanan yang disediakan di
kantin sekolah bercirikan budaya Melayu seperti nasi lemak, asam pedas,
sambal belacan, ulam-ulaman, kuih keria, seri muka, kuih ketayap, dan
sebagainya. Uniknya, kaum lain juga begitu menggemari makanan Melayu.
Misalnya di sekolah saya yang ramai murid berbangsa Siam begitu
menggemari nasi lemak dan kuih-muih tradisional masyarakat Melayu.
iii. Pakaian
Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan
salah satu pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan,
perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara
kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun baju
kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa ini namun
4
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa
bangsa Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang
dipelihara. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan A. Aziz, iaitu:
...“Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun
Melayu dengan tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan
kewajaran budaya itu diterima dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti
pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal daripada India-Pakistan
kini menjadi unsur nasional kita.” ... (Halaman 84)
Pemakaian baju kurung begitu sinonim di sekolah-sekolah pada masa kini.
Murid berbangsa Melayu semestinya memakai baju kurung dan bertutup
kepala. Murid dari bangsa lain juga memilih baju kurung sebagai uniform
sekolah mereka. Ini kerana baju kurung bukan sahaja selesa dipakai, malah
begitu sopan sekali. Manakala baju Melayu juga telah diterima pakai di
sekolah. Contohnya staf dan guru akan memakai baju Melayu pada hari
Jumaat hari persekolahan. Begitu juga murid-murid lelaki dari Kelas Agama
Fardhu Ain (KAFA) akan memakai baju Melayu sebagai uniform mereka.
5
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
iv. Bersalam
Orang Melayu terkenal dengan masyarakat yang mementingkan adab,
sopan-santun dan budi-pekerti yang mulia. Antara adab yang sentiasa
dipraktikkan dalam masyarakat ialah bersalam atau berjabat tangan di
antara satu sama lain apabila bertemu. Perbuatan ini merupakan sesuatu
yang amat baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim dan persaudaraan
di dalam masyarakat.
Semasa saya di sekolah, budaya bersalaman menjadi suatu
kebiasaan bagi kami. Setiap pagi kami sesama staf akan bersalaman dan
begitu juga ketika tamat waktu persekolahan. Budaya bersalam begitu
inonim dengan murid sekolah. Hal ini dapat saya perhatikan di kalangan
murid-murid akan bersalam dengan guru semasa datang ke sekolah dan
sebelum pulang ke rumah. Budaya bersalam antara satu sama lain
merupakan satu medium perapat ukhwah yang patut terus diamalkan di
dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja merupakan budaya semata-mata
6
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
malah dapat menonjolkan identiti budaya Melayu yang bersopan santun
dalam memulakan sesuatu hubungan.
v. Menanggalkan kasut
Budaya Melayu sangat mementingkan kebersihan. Sudah menjadi
kebiasaan bagi masyarakat Melayu yang hendak masuk ke dalam rumah
hendaklah menanggalkan kasut di muka pintu terlebih dahulu sebelum
masuk ke dalam rumah. Hal ini dikhuatiri kasut yang dipakai di luar rumah
akan terpalit dengan kekotoran dan najis yang akan mengotorkan rumah.
Rumah merupakan salah satu tempat beribadat bagi masyarakat Melayu
selain masjid. Jika rumah kotor maka kawasan untuk beribadat juga tidak
bersih dan suci.
Budaya menjaga kebersihan itu telah diserap di sekolah-sekolah.
Kebanyakan sekolah mempunyai bilik-bilik khas seperti bilik muzik, makmal
komputer, pra sekolah, surau, perpustakaan dan sebagainya. Bilik-bilik
7
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
dijaga bagi mengekalkan kebersihan dan persekitarannya. Justeru murid-
murid diberi arahan agar menanggalkan kasut jika masuk ke bilik-bilik ini.
vi. Adab semasa makan
Budaya Melayu amat sebati dengan ajaran Islam kerana majoriti
masyarakat Melayu beragama Islam. Islam menitik beratkan supaya
mengamalkan adab- adab tertentu ketika makan seperti makan dalam
keadaan duduk dan menggunakan tangan kanan, makan dengan dimulai
dan diakhiri dengan doa.
Budaya makan dengan tangan telah diserap di sekolah-sekolah pada
masa kini. Jika tidak tahu makan dengan tangan bukanlah Melayu
namamya. Tetapi kita rasa berbangga kerana murid yang berlainan bangsa,
agama dan budaya juga tahu makan menggunkan tangan. Contohnya
murid di sekolah saya yang berbangsa Siam begitu tertib dan sopan ketika
makan nasi menggunakan tangan pada wakt rehat. Hal ini membuktikan
bahawa cara makan orang-orang Melayu telah diserap dalam budaya
masyarakat lain secara tidak langsung.
8
BUDAYA MELAYU DI SEKOLAH 2014
Kesimpulan
Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu
khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita
terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya
sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya
sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang
lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas
menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah
mencapai kemodenan hidup.
9