[2] diskusi kelapan

4
 OBJEKTIF  Memahami dan mengamalkan isi kandungan hadith ini dalam kehidupan seharian.  Menambah pengetahuan tentang kaedah-kaedah untuk mencapai sifat warak dalam Islam.  Mengetahui kepentingan menja ga hati dari kemaksiatan dan kerosak an. 1. 0 MUQADDIMAH Dewasa ini kita menyaksikan lambakan pelbagai makanan dan produk dari luar Negara yang diragui status ‘halal’nya, di tengah kota mahupun di ceruk kampung, produk-produk syubhah ini semakin diterima ramai dan diguna pakai oleh umat Islam tanpa ragu-ragu. Umat Islam mutakhir ini juga semakin hilang rasa kesedaran dalam memastikan setiap makanan atau produk yang digunakan itu datang dari sumber yang halal dan selamat. Perkara inilah yang menimbulkan kerisauan dan kebimbangan kita kerana kita mengetahui betapa pentingnya menjauhi perkara- perkara yang bersifat syubhat. Melalui usaha ini, mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu umat Islam untuk memahami klasifikasi halal, haram dan syubhah yang telah digariskan oleh Baginda S.A.W. 2. 0 HADITH DAN TERJEMAHAN ا د ن   ا ض ر ا   ل ق: ر ص ا و  ل   ی: ن ل ا   ن و ا ا         و ت  ی س ا ى   ات   ا د     ا ی د ض و و ع ق وت   ا ع ق و ا ا ا ا   ل ا ك ش ی ن ع   ی ی. و ك   ى ح ن و ح ا ر . ن و  د ا ة غ ذ ص ص د ا ذ و ت د د د ا   و  ا.   ا و ررخ ا و  DISKUSI 8 : ANTARA HALAL DAN HARAM 

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: [2] DISKUSI KELAPAN

8/10/2019 [2] DISKUSI KELAPAN

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-kelapan 1/4

 

OBJEKTIF

  Memahami dan mengamalkan isi kandungan hadith ini dalam kehidupan seharian.

  Menambah pengetahuan tentang kaedah-kaedah untuk mencapai sifat warak dalam

Islam.

  Mengetahui kepentingan menjaga hati dari kemaksiatan dan kerosakan.

1. 0 MUQADDIMAH

Dewasa ini kita menyaksikan lambakan pelbagai makanan dan produk dari luar

Negara yang diragui status ‘halal’nya, di tengah kota mahupun di ceruk kampung,

produk-produk syubhah ini semakin diterima ramai dan diguna pakai oleh umat

Islam tanpa ragu-ragu. Umat Islam mutakhir ini juga semakin hilang rasa kesedaran

dalam memastikan setiap makanan atau produk yang digunakan itu datang dari

sumber yang halal dan selamat. Perkara inilah yang menimbulkan kerisauan dan

kebimbangan kita kerana kita mengetahui betapa pentingnya menjauhi perkara-

perkara yang bersifat syubhat. Melalui usaha ini, mudah-mudahan sedikit sebanyak

membantu umat Islam untuk memahami klasifikasi halal, haram dan syubhah yang

telah digariskan oleh Baginda S.A.W.

2. 0 HADITH DAN TERJEMAHAN

ادنّ اضرا  لق:رصاو

:ی ل الن

 ن او ا

     و

ت  ی اس

ى

 ات

 اد

 

 

ا

ضدی

و

وعقوت

 اعقوا اا

ا

 ی

عنیشكال  یی.و

ك حى 

ن .راحو

ن و

د  اةغ ذ ص دص ا ذ دددتو ا   و

 ا. اوررخاو

 

DISKUSI 8 :

ANTARA HALAL DAN HARAM 

Page 2: [2] DISKUSI KELAPAN

8/10/2019 [2] DISKUSI KELAPAN

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-kelapan 2/4

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyir r. a. beliau berkata : Aku telah

mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas, dan sesungguhnya perkara

yang haram itu terang dan jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-

 perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah

membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh

dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama

seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi

dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada

sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang

diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang

apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklahseluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

3. 0 PENGENALAN HADITH

Perawi Hadith ini ialah Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir, yang merupakan seorang

Ansar dari suku Khazraj. Ibunya seorang sahabat dan juga saudara kepada Abdullah

bin Rawahah. Ayahnya Basyir pernah meminta Rasulullah mengajarnya berselawat

(sebagaimana selawat dalam solat).

4. 0 INTIPATI HADITH

a.  Halal dan Haram

  Pengertian Halal di sisi Imam Syafie ialah apa-apa yang tidak disebut oleh

syarak tentang haramnya. Manakala di sisi Imam Abu Hanifah pula ialah,

apa-apa yang disebut oleh syarak tentang halalnya.

  Perkara halal dan haram yang sudah jelas termaktub dalam al-Quran dan

Sunnah tidak boleh dipertikaikan lagi.

  Halal dan haram itu merangkumi aspek makan, minum, pakaian,

pekerjaan, muamalah dan segala aspek kehidupan. Ada perkara haram

yang meliputi zatnya sahaja dan ada yang meliputi zat yang selainnya.

Dan ada juga yang zatnya halal tapi haram kerana selainnya.

Page 3: [2] DISKUSI KELAPAN

8/10/2019 [2] DISKUSI KELAPAN

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-kelapan 3/4

b.  Perkara Syubhah

  Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak

 jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh

faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil dan nas yang

 jelas.  Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah

wara’.

  Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi S.A.W bersama dengan isterinya

Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, dua orang lelaki yang berlalu di situ

ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama

isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk.

  Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, bermaksud ia

terjerumus dalam perkara haramyang membawa kepada dua

pengertian:

Seseorang yang melakukan perkara haram, tetapi menyangka ia

adalah halal.

Seseorang yang melakukan perkara yang dekat dengan perkara

haram.

Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan

tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram

kerana ia boleh membawa kepada zina.

Contoh yang diberikan dalam hadith ialah penggembala yang

menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang dan

kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara

terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan

sebagaimana dalam hadith, sesiapa yang melakukan syubhah

maka ia melakukan yang haram.

c.  Kawasan Larangan

  Ketahuilah bagi Allah juga ada kawasan larangannya, iaitu segala perkara

haram atau maksiat yang membawa kepada haram yang lebih besar.

 

Contohnya, kisah Bani Israel yang suka membunuh para Nabi. Asalnya,

mereka hanya menderhakai ajaran nabi-nabi mereka sahaja, akhirnya

mereka melampaui batas sehingga membawa kepada kufur dan

membunuh para Nabi.

Page 4: [2] DISKUSI KELAPAN

8/10/2019 [2] DISKUSI KELAPAN

http://slidepdf.com/reader/full/2-diskusi-kelapan 4/4

d.  Hati

  Hati adalah raja kepada anggota tubuh badan. Sekiranya baik hatinya,

maka baiklah seluruh anggotanya. Sekiranya rosak, maka rosaklah seluruh

anggotanya yang lain.

 

Nabi S.A.W bersabda : “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalahlurus hatinya. ”  

e.  Kaedah Fiqh

  Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadith ini iaitu

“Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram”.

5. 0 NILAI DAN PENGAJARAN

1. 

Seseorang Mukmin haruslah berusaha untuk mengenali dan mempelajari perkara

halal dan haram serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian demi

menjaga kemuliaan dan kesucian agamanya.

2.  Perkara yang masih dalam kesamaran, iaitu belum jelas halal haramnya adalah

perkara syubhat dan mesti dijauhi demi menjaga maruah diri dan agama.

3.  Sempadan murka dan redha Allah S.W.T ialah perkara haram. Sesiapa yang

melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah

melewati sempadan kemurkaan Allah.

4.  Hati adalah raja segala anggota yang mesti dijaga dan dipastikan

kesejahteraannya, kerana andainya hati mengalami kerosakan dan kemusnahan,

maka akan rosak dan musnahlah keseluruhan anggota badan yang lain.

RUJUKAN

1.   Al-wafi fi Syarah Arabain an-Nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik, 1428H-

2008, Cetakan Pertama

2.  Pdf Hadith 40 Imam Nawawi

3.   Jami’ Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami’ Kalam, Ibnu Rejab al -

Hanbali, Darul Fajar li Turath, Qaherah, 1431H-2006

4.  Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan Fajar,

Shah Alam