keadaan masyarakat bumiputera sarawak pada abad kelapan

11
KEADAAN MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK PADA ABAD KELAPAN BELAS DAN AWAL ABAD KESEMBILAN BELAS: SATU TINJAUAN SEJARAH oleh Sabihah bt. Osman Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia Untuk mengetahui sejarah Sarawak pada kurun XVIII dan awal Kurun XIX, perlu dirujuk ter- lebih dahulu kepada sejarah Berunai. Catitan-catitan awal ber- kaitan dengan negeri Berunai telah ditemui dalam tulisan orang-orang Cina dari abad kesembilan lagi. Tetapi keterangan yang jelas mengenai negeri itu hanya di- perolehi pada awal abad keenam belas apabila expedisi Magellan mengelilingi dunia singgah di bandar Berunai pada tahun 1521. 1 Salah seorang anggota dalam pen- jelajahan itu ialah Antonio Pigafetta, ketua Kronikel (Juru- tulis) dalam Pelayaran Magellan. Pigafetta telah membuat catitan dan rekod-rekod yang menunjuk- kan Berunai sebagai sebuah empayar yang kuat, kaya dan makmur. Pada masa itu Berunai telah menguasai satu kawasan yang luas tanpa had sempadan tertentu iaitu Selatan dari Sarawak hinggalah ke satu kawasan jauh ke utara sampai ke Manila, ibukota Filipina sekarang. 2 Selepas tarikh itu, kira- kira pertengahan abad XVI hingga abad XIX Berunai mengalami zaman keruntuhan. Kelemahan kesultanan Berunai telah menye- babkan ia tidak dapat menguasai jajahan takluknya. Segala arahan dan perintah Sultan tidak lagi di- patuhi. Keadaan yang lemah ini telah membuka peluang kepada wilayah-wilayah jajahan Berunai untuk menuntut kebebasan. Sedikit demi sedikit Berunai kehilangan kuasa politik di samping kerun- tuhan ekonomi akibat kedatangan orang-orang Barat Portugis dan Sepanyol dan dasar monopoli Belanda. Keadaan bertambah buruk apabila kepincangan ekonomi per- dagangan cuba diganjarkan dengan kutipan cukai yang berlebihan dari rakyat. Tindakan ini telah meme- letuskan beberapa pemberontakan kecil. Salah sebuah jajahan Berunai yang menggunakan kesempatan seperti ini ialah Sarawak. Sarawak terletak di baratlaut Pulau Borneo dan pada masa itu telah didiami oleh bumiputera yang terdiri dari- pada orang-orang Melayu dan Dayak dan sebilangan kecil orang- orang Cina. Kebanyakan orang- orang Melayu tinggal di tepi-tepi pantai dan di lembah sungai di Sarawak seperti Sungai Sarawak, Santubung, Lembah Sungai Saribas dan Skrang. Sementara itu orang- 1. W.H. Treacher, "British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo," JSBRAS,, no. 20, 1889, Singa- pore, ms. 26. 2. H.R. Hughes Hailet, "A Sketch of the History of Brunei,"JMBRAS,VoL 18, No. 2, Aug. 1940, Singapore, ms. 27. Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: vancong

Post on 31-Dec-2016

256 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

KEADAAN MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAKPADA ABAD KELAPAN BELAS DAN AWAL ABADKESEMBILAN BELAS: SATU TINJAUAN SEJARAH

oleh

Sabihah bt. OsmanJabatan Sejarah,

Universiti KebangsaanMalaysia

Untuk mengetahui sejarahSarawak pada kurun XVIII danawal Kurun XIX, perlu dirujuk ter-lebih dahulu kepada sejarahBerunai. Catitan-catitan awal ber-kaitan dengan negeri Berunai telahditemui dalam tulisan orang-orangCina dari abad kesembilan lagi.Tetapi keterangan yang jelasmengenai negeri itu hanya di-perolehi pada awal abad keenambelas apabila expedisi Magellanmengelilingi dunia singgah dibandar Berunai pada tahun 1521.1

Salah seorang anggota dalam pen-jelajahan i tu ialah AntonioPigafetta, ketua Kronikel (Juru-tulis) dalam Pelayaran Magellan.Pigafetta telah membuat catitandan rekod-rekod yang menunjuk-kan Berunai sebagai sebuahempayar yang kuat, kaya danmakmur. Pada masa itu Berunaitelah menguasai satu kawasan yangluas tanpa had sempadan tertentuiaitu Selatan dari Sarawak hinggalahke satu kawasan jauh ke utarasampai ke Manila, ibukota Filipinasekarang.2 Selepas tarikh itu, kira-kira pertengahan abad XVI hinggaabad XIX Berunai mengalamizaman keruntuhan. Kelemahankesultanan Berunai telah menye-babkan ia tidak dapat menguasaijajahan takluknya. Segala arahandan perintah Sultan tidak lagi di-patuhi. Keadaan yang lemah initelah membuka peluang kepada

wilayah-wilayah jajahan Berunaiuntuk menuntut kebebasan. Sedikitdemi sedikit Berunai kehilangankuasa politik di samping kerun-tuhan ekonomi akibat kedatanganorang-orang Barat Portugis danSepanyol dan dasar monopoliBelanda. Keadaan bertambah burukapabila kepincangan ekonomi per-dagangan cuba diganjarkan dengankutipan cukai yang berlebihan darirakyat. Tindakan ini telah meme-letuskan beberapa pemberontakankecil.

Salah sebuah jajahan Berunaiyang menggunakan kesempatanseperti ini ialah Sarawak. Sarawakterletak di baratlaut Pulau Borneodan pada masa itu telah didiamioleh bumiputera yang terdiri dari-pada orang-orang Melayu danDayak dan sebilangan kecil orang-orang Cina. Kebanyakan orang-orang Melayu tinggal di tepi-tepipantai dan di lembah sungai diSarawak seperti Sungai Sarawak,Santubung, Lembah Sungai Saribasdan Skrang. Sementara itu orang-

1. W.H. Treacher, "British Borneo: Sketchesof Brunei, Sarawak, Labuan and NorthBorneo," JSBRAS,, no. 20, 1889, Singa-pore, ms. 26.

2. H.R. Hughes Hailet, "A Sketch of theHistory of Brunei,"JMBRAS,VoL 18, No.2, Aug. 1940, Singapore, ms. 27.

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

orang Dayak pula mendiami daerah-daerah pendalaman dan juga dilembah-lembah sungai Sarawak,Skrang, Saribas dan BatangLupar. Kebanyakan orang-orangCina pula tinggal di Bahagian Per-tama sekarang, terutama di Bau.Mereka menjalankan aktiviti per-lombongan dan perdagangan secarakecil-kecilan.

Walaupun Sarawak merupakansalah sebuah wilayah kesultananBerunai sebelum dijajah oleh RajaPutih Brooke pada tahun 1841, 4

tetapi seperti mana wilayah-wilayahBerunai yang lain Sarawak adalahsebuah negeri yang bersungai-sungaidan punyai kuasa otonomi sendiri.Tiap-tiap sungai atau daerah di(bawah), kuasa seorang pembesarBerunai. Perhubungan Sarawakdengan Berunai dari segi politikadalah lemah, berbeza di antarasebatang sungai dan lainnya.Demikian juga dengan darjahkekuatan pengaruh BerunaiSebenarnya ke atas penduduk-penduduk Sarawak. Apa yangpenting bagi kuasa Berunai ialahmengawal sungai-sungai dan pen-duduk-penduduk yang menghuni disitu.6 Sebagaimana penempatanmasyarakat Melayu tradisi, pen-duduk-penduduk Sarawak tinggal disepanjang sungai atau anak-anaksungai. Sungai merupakan tumpuanutama kepada kekuasaan politikdan pusat perdagangan. Sungaimemainkan peranan penting sebagaiurat nadi perhubungan pentadbirandan perdagangan. Tiap-tiap sungaidianggap sebagai daerah dan tiap-t iap daerah ditadbirkan olehseorang wakil Kerajaan Berunai.Pentadbir-pentadbir ini adalah ter-diri daripada pengeran-pengerandan Sherif-sherif.6 Dengan itu kitadapati daerah-daerah Muka, Oya

dan Kucing ditadbirkan olehpengeran-pengeran Sementaradaerah Batang Lupar, Skrang danSaribas diperintah oleh Sherif-sherifyang dianggap berketurunan Arab.Di bawah pengeran dan Sherif ter-dapat ketua-ketua tempatan yangdilantik oleh sultan untuk men-jalankan segala arahan di tempat-tempat mereka seperti memungutcukai. Sungguhpun ketua-ketuatempatan Melayu itu mengakuikedaulatan kesultanan Berunai,tetapi ketua-ketua ini bebas men-jalankan kuasa mereka dan arahan-arahan jarang yang dipatuhi. Hanyasebahagian kecil daripada jumlahtukai yang sampai ke tanganKerajaan Berunai. Selain daripadaorang-orang Melayu, ketua-ketuat empa tan d i lan t ik juga darikalangan masyarakat Dayak. Ketua-ketua ini biasanya disebut menteridarat. Tugasnya ialah mengutipcukai dan menyampaikan arahanperintah ketua-ketua di atasnya.Ketua-ketua ini kadang-kadangdigelar Temenggung atau OrangKaya. Jawatan ini adalah khususmengenai hal-hal tempatan dantidak berkisar atau berkaitan diSekitar Empayar KesultananBerunai.7

3. C. Irwin, Nineteenth Century Borneo,Donald Moore Press Ltd, Singapore,1967, ms. 73

4. H. Low, "Selesilah" (Book, of the Descent)of the Rajas of Brunei, JSBRAS, no. 5,1880, ms. 2

5. D. Brown, "Socio-Political History ofBrunei, A Bomeon Malay Sultanate,"Ph.D. Thesis, Cornell University, Sept1969, ms. 164-170.

6. Ibid, ms. 164.

7. D. Brown, Ibid, ms. 16.,

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

Di daerah-daerah yang ramaididuduki oleh orang-orang Dayak,pembesar-pembesar Berunaiketurunan Arab lebih berpengaruhdaripada pembesar-pembesarMelayu. Mereka-mereka ini sepertiSherif Usman dan Sherif Mullahyang memerintah Saribas danSkrang telah dapat mempengaruhipenduduk-penduduk di daerah itumenjadi pengikut mereka dalamaktiviti perlanunan.8 Sifat orang-orang Dayak yang suka melakukanperburuan kepala dan mengganas dipantai-pantai adalah secucukdengan peranan ketua-ketua Arabdan pengeran-pengeran Berunaidalam mengetuai aktiviti-aktivitiperlanunan. Aktiviti-aktiviti per-lanunan dan perdagangan hambaabdi berleluasa di Sekitar perairanBorneo pada abad Kelapan Belasdan Kesembilan Belas. Keadaandemikian berlaku akibat keda-tangan orang-orang Barat yangmeruntuhkan sistem politik danperdagangan kesultanan Berunai.Sebelum kedatangan orang-orangBarat, pembesar-pembesar Melayudan Arab Berunai telah memainkanperanan penting dalam aktiviti per-dagangan dan politik. Kehilangankuasa dalam kedua-dua lapangan itutelah menyebabkan pembesar-pembesar itu aktif dalam aktivitiperlanunan dan perdagangan hambaabdi. Ini diikuti pula denganbeberapa pertempuran antarasungai atau daerah. Kemuncak dari-pada pertempuran-pertempuranyang berlaku di Sarawak ialahmeletusnya satu pemberontakanpada tahun 1836 dalam mana datu-datu Melayu dan Pengeran Usopseorang buangan istana Berunaitelah bangkit menentang PengeranMahkota wakil Sultan Berunai diSarawak. Oleh sebab Pengeran

Mahkota gagal menghapuskanpemberontakan, maka SultanBerunai, Omar Ali Saifuddin ketikaitu telah menghantar Raja MudaHashim selaku Bendahara Berunaiuntuk menamatkan kekacauano

Dalam keadaan huruhara inilahseorang Inggeris, James Brookeyang akhirnya menjadi Raja Putihpertama di Sarawak telah sampai diSarawak pada tahun 1839.9

Masya raka t bumiputeraSarawak pada masa tibanya JamesBrooke dan sebelumnya dapat di-bahagikan kepada dua golongan ter-besar. Pertama golongan bumi-putera yang berugama Islam dansebahagian besar daripada merekadikatakan orang-orang Melayu, dansedikit-sedikit orang Malanau.Kedua ialah golongan bumiputerayang menganut faham animismadan dianggap 'pagan'. PerkataanDayak digunakan dalam tulisan iniadalah semata-mata untuk memu-dahkan perbincangan. Sebenarnyapada masa itu orang-orang Sarawaktidak mengenali diri mereka dengannama Dayak atau lain-lain namaseperti Melayu, Dayak Laut (atauIban), Dayak Darat (Bedayuh)Kenyah, Kayan dan lainnya. Per-kataan-perkataan ini hanya timbulpada zaman Rejim Brooke hinggasekarang. Sebelum itu bumiputeraSarawak mengenali diri merekamengikuti nama sungai atau tempat

8. R. Pringle, Rajahs and Rebels: The Ibansof Sarawak Under Brooke Rule, 1841 -1941, Macmillan, London, 1970, ms. 60.

9. J. Kathirithamby-Wells, "Sarawak andSabah: Their Origins" dalam Zainal Abidinb. Abdul Wahid, (ed) Glimpsei ofMalaysian History, Dewan Bahasa danPustaka, Kuala Lumpur, 1970, ms.117-118.

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

mereka tinggal. Misalnya merekaakan mengatakan kami Skrang,kami Undap, kami Menoa (kamidari kawasan ini) iaitu kawasananak sungai atau sebuah rumahpanjang.10

Golongan pertama dalammasyarakat lama Sarawak terdiridaripada empat klas dan menganutugama Islam. Pertama ialah klaspembesar-pembesar Berunai iaitupengeran-pengeran dan Sherif-sherif.Mereka ini menjadi wakil kesul-tanan Berunai di tiap-tiap daerah diSarawak. Mereka mentadbir danmengawasi penduduk-penduduk disepanjang sungai. Mereka mengam-bil peranan penting dalam politikluar dan dalam daerah masing-masing. Perebutan mencapai ke-kuasaan politik dan perdaganganmenyebabkan mereka terlibatdalam aktiviti perlanunan dan per-dagangan hamba abdi. Dari segi per-hubungan dengan penduduk-penduduk tempatan, mereka ber-jaya mempengaruhi dan menanam-kan semangat kesetiaan di kalanganpenduduk-penduduk terutamanyadi daerah-daerah Saribas, Skrangdan Batang Lupar. Orang-orang iniselalunya menjadi pengikut merekadalam aktiviti perompakan danpeperangan antara daerah. Dalamhal ini hubungan antara pembesar-pembesar Berunai dengan pen-duduk-penduduk Dayak danMelayu bukanlah sebagai penindasdan yang tertindas tetapi sebagaihubungan sesama (mutual). Masing-masing pihak mendapat keun-tungan. Orang-orang Melayu denganfaedah dari segi kekuasaan politikdan perdagangan manakala orang-orang Dayak dengan faedah dankepuasan mendapatkan kepalamanusia dan dapat menjelajah sertamengganas. Klas pertama ini

merupakan klas yang paling di-anggap bahaya dan dicurigai olehpemerintah Brooke kerana merekaini dianggap sebagai saingan danmusuh ketat dalam mencabarkedudukan Brooke di Sarawak padatahun 1840an hingga 1850an. "

Klas kedua terdiri daripadaketua-ketua tempatan Melayu ataudisebut juga datu-datu. Merekadilantik menjadi orang kedua dalamsusunan pentadbiran di Sarawak.Mereka ini terdiri daripada pen-duduk-penduduk tempatan. Klas inisangat berpengaruh dalam politiktempatan dan merupakan keluargabangsawan di Sarawak. Di sampingmengambil bahagian dalam politikdaerah, datu-datu ini bergiat jugadalam lapangan perniagaan dan ter-kadang-kadang menjadi orangtengah dalam perniagaan di antaraorang-orang di pendalaman danorang-orang yang tinggal dibahagian pantai.12

Klas ketiga ialah rakyat biasayang menjalankan aktiviti-aktivitipertanian dan perikanan. Kadang-kadang ada juga yang menjadipengikut pembesar-pembesarBerunai dalam perdagangan danperlanunan. Klas ini merupakangolongan terbesar dan biasanyamengusahakan aktiviti-aktivitiekonomi secukup hidup.

Klas yang akhir ialah klashamba abdi. Mereka ini adalahpesuruh atau kadang-kadang men-jadi pengikut pembesar-pembesar.Kebanyakan hamba-hamba adalahdipunyai oleh pembesar-pembesardan saudagar-saudagar. Klas inibertambah besar dan ramai keranawujudnya perdagangan hamba abdi

10. R. Pringle, op.cit., ms. 17 - 21, 90 - 91.

11. R. Pringle, op. cit, ms. 60.

12. Ibid.

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

pada abad Kelapan Belas danKe Sembilan Belas. Sistem per-hambaan berleluasa disebabkantekanan ke atas sistem sosial,politik dan ekonomi Berunai akibatkedatangan orang-orang Barat. Padapertengahan abad Keenam Belashingga ke kurun Masihi KesembilanBelas ramai pembesar-pembesar dankaum bangsawan Berunai yangkehilangan kuasa dan kedudukanpolitik serta ekonomi. Ini menye-babkan ramai hamba-hamba yangdilepaskan kepada saudagar-saudagar untuk diperdagangkan.Perdagangan hamba abdi ini meru-pakan satu daripada ciri-ciri pentingdi Sekitar perairan Borneo padakurun Keenam Belas hingga kurunKesembilan Belas. Perdagangan inisemakin menjadi-jadi apabila iadiselaraskan dengan aktiviti-aktivitiperlanunan. Hamba abdi dapatdibahagikan kepada tiga kumpulan.Pertama hamba-hamba yang di-kategoraiskan sebagai hamba anakemas. Mereka ini ialah orang-orangyang menjadi pesuruh pembesar-pembesar, dipelihara dan dilindungioleh pembesar-pembesar untukkepentingan mereka dalamlapangan politik dan perniagaan.Kedua, hamba yang diperolehi darihasil jual-beli diperdagangkan olehsaudagar-saudagar. Ketiga ialahhamba-hamba yang wujud akibatseseorang rakyat biasa tidak dapatmembayar hutang. Mereka ituhanya akan dibebaskan apabilahutang-hutang telah dapat dilangsai-kan.

Golongan kedua dalammasyarakat lama Sarawak ialahgolongan bumiputera yang disebutDayak. Pada keseluruhannyagolongan ini tinggal berselerakan dibeberapa daerah pendalaman dan dilembah-lembah sungai di Sarawak.

Mereka mempunyai kebudayaanyang hampir-hampir sama. Merekamendiami rumah-rumah panjangdan tidak berugama tertentu, danbiasanya dikenal sebagai orang'pagan'. Sebaliknya merekamenganut faham animisma. Kehi-dupan mereka diselubungi olehkepercayaan kepada semangat, roh,hantu dan mimpi. Hidup merekadikongkongi oleh adat istiadat yangberkaitan dengan aktiviti-aktivitiekonomi dan sosial mereka. Darisegi penempatan masyarakat bumi-putera, golongan ini tinggal dalamrumah-rumah panjang. Dalam tiap-tiap rumah panjang pula terdapatbeberapa bilik. Dalam tiap-tiap bilikitu didiami oleh satu keluarga, olehsebab itu dapat dikatakan bahawarumah panjang itu sebagai satu unitperkampungan.13

Dari segi sosial, masyarakatDayak tidak mempunyai klaskecuali mereka-mereka yang tinggaldi bahagian-bahagian pendalamansungai Baram dan Rajang yangsekarang dikenali dengan namaKayan, Kenyah dan Kelabit.Kepada orang-orang Dayak semuamanusia mempunyai taraf yangsama.14 Tetapi dalam masa hidup-nya seorang boleh mencapaidarjat yang tinggi menerusikebolehan dan usaha sendiri.Dengan itu didapati pemimpin-pemimpin dilantik berdasarkanketurunan. Walaupun dalammasyarakat Dayak tidak terdapatgolongan bangsawan, tetapi ketua

13. James Brooke Journal Entry of 1.9.1839.dalam Henry Kepple, The Expedition toBorneo of H.M.S. Dido, London, 1846,ms. 51 - 52.

14. J.D. Freeman, Report on the Iban ofSarawak, Kucing, 1955, VoL 1, ms. 54.

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

atau disebut tuai-tuai rumah,manang-manang iaitu dukun-dukundan orang-orang tua dipandangtinggi dan lebih dihormati. Tentangklas hamba abdi tidak begitu jelas,namun tidak dapat dinafikan padasetengah-setengah tempat ketua-ketua atau pemimpin-pemimpin adayang menyimpan hamba. Satu lagiciri penting dalam sistem sosialmasyarakat Dayak ialah mengenaikegiatan perburuan kepala. Per-buruan kepala merupakan satutradisi kemegahan yang mempunyaitiga fungsi. Pertama, bagi mem-bunuh atau mengakhiri masa ber-kabung satu kepala manusia di-perlukan. Kedua, sebagai satubangsa yang mementingkankebendaan dan darjat, maka aktivitipotong kepala itu dianggap perludalam menentukan nilai-nilaikepahlawanan dan kemegahanseseorang pemuda. Ketiga, kepalamanusia begitu penting sebagai maskahwin yang harus dihantar olehseorang lelaki yang hendak ber-kahwin. Lamaran si pemuda ituhanya akan diterima oleh si gadisjika si pemuda itu dapat menyem-bahkan satu kepala manusia. Dansebagai membalasnya si gadis akanmenghadiahkan sehelai kaintenunan hasil buatannya yangpaling bermutu kepada pemudatadi. Kejayaan menyembahkankedua-dua matabenda tadi merupa-kan tanda persetujuan bagi kedua-dua belah pihak.16

Dalam masyarakat Dayak,tidak terdapat institusi politik yangteguh melebihi peringkat keluargaatau perkampungan. Tuai rumahmerupakan ketua yang bertang-gungjawab terhadap anak buah danmenjaga keamanan. Pemilihanketua atau tuai rumah adalah ber-dasarkan kepada kebolehan .,,

seseorang dari segi adat istiadat, ahlidalam susur galur keturunan dancekap menjaga ketenteraman danmengawal anak buahnya. Selaindaripada tuai rumah, jawatandukun atau bomoh yang dipanggilmanang dianggap penting dalammasyarakat Dayak. Di luar per-kampungan mereka, orang-orangDayak menyedari hakikat kekuasa-an atau pentadbiran kesultananBerunai. Mereka membayar cukaitahunan sebanyak sepasu padidaripada tiap-tiap keluarga kepadapemerintah. Kadang- kadang di-dapati pembesar-pembesar danketua-ketua tempatan menyalah-gunakan kuasa mereka mengutipcukai berlebihan untuk kepentinganpembesar-pembesar itu sendiri.16

Penindasan serupa ini selalu dilaku-kan ke atas orang-orang Dayak yangmendiami daerah-daerah pen-dalaman sungai Sarawak iaituBahagian Pertama Sarawaksekarang. Orang-orang di bahagianini agak lemah dan pasif. Mungkinkeadaan faktor-faktor alam kelilingmereka yang subur dengan hasilgalian dan tanaman tidak memerlu-kan mereka bersikap ganas. Sebalik-nya sifat yang lemah dan kedu-dukan daerah mereka yang suburmendorongkan orang-orang luarmenggunakan kesempatan me-nindas dan menjadikan merekahamba abdi untuk diperdagangkan.

Sebelum Sarawak dijajah olehRejim Brooke, masyarakat bumi-putera Sarawak iaitu orang-orangMelayu telah mempunyai sistempelajaran tradisional. Pelajarandidapati menerusi klas-klas ugamayang dikelolakan oleh Tuk-tukImam guru-guru Quran dan lebai-

15. R. Pringle, op. cit., ms. 22 - 25.

16. Ibid, ms. 64.

8

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

lebai di kampung. Biasanya klas-klas ini dibuka di surau-surau ataudi rumah-rumah ketua kampung.Matapelajaran yang diajar adalahbercorak keugamaan. Murid-muriddiajar mengaji Quran dengan aturantajuid yang betul.17 Walaupun ter-jemahan Quran ke Bahasa Melayu,mengikut hasil penyelidikan,tidak pernah diajar, tetapi isikandungan kitab suci itu menuruthukum-hukum tauhid, fikah, Islamdan akhlak diturunkan kepadamurid-murid. Mereka diajar mem-baca dan menulis dengan tulisanjawi. Dengan demikian dapatlahdikatakan bahawa sebelum keda-tangan orang-orang Eropah masya-rakat .bumiputera Melayu Sarawaktelah mempunyai satu sistempelajaran yang sesuai denganzamannya. Oleh sebab itu tidakhairanlah jika James Brooke sendirimengakui Gabenor SarawakPengeran Mahkota dan pembesar-pembesar Berunai lainnya adalahorang-orang yang tergolong dalamkumpulan yang berpelajaran danberpengetahuan luas.

Bagi masyarakat Dayak pula,pelajaran secara formal tidak wujudlangsung. Kepada mereka pelajaranmerupakan satu proses sosialisasi.Anak-anak mereka belajar menerusipengalaman semasa menolongkedua orang tua mereka bekerja dihuma-huma, hutan-hutan dansungai-sungai. Pelajaran selanjutnyaditurunkan melalui cerita-ceritalisan.

Mengenai sistem perundanganpula kedua-dua golongan bumi-putera Sarawak telah mempunyaisistem perundangan tersendiri.Orang-orang Melayu mendasarkanundang-undang mereka atas hukumIslam. Biasanya hukum Islamdicampur-adukkan dengan hukum

adat. Bagi orang-orang Dayak,mereka menggunakan hukum adatdan tradisi masyarakat merekasendiri.19

Sungguhpun terdapat duagolongan masyarakat bumiputejaSarawak sebelum pemerintahanRejim Brooke, tetapi kehidupankedua-dua golongan itu adalahsaling berhubungan antara satudengan lain. Ini merupakan satudaripada ciri-ciri corak masyarakatlama bumiputera Sarawak. Merekahidup bercampur-baur, berdasarkankesetiaan politik mengikut pola-pola penempatan Ilmu Alam.Kesetiaan politik tidak disandarkanatas landasan kebudayaan atausuku-suku bangsa seperti yangwujud sekarang.20 Kedua-duagolongan masyarakat ini tinggal ber-sama, bergantung satu sama laindemi kepentingan bersama. Biasa-nya peperangan atau perselisihanyang berlaku bukanlah antara suku-suku kaum tetapi ialah antaradaerah atau sungai. Misalnya orang-orang Melayu dan Dayak dariBanting berganding bahu meme-rangi musuh mereka yang terdiridaripada orang-orang Melayu danDayak dari Saribas. Dan tidak adabukti-bukti yang menunjukkanseorang pahlawan Dayak itu meng-anggap kepala yang didapati dari-pada seorang Islam itu lebih di-hargai daripada kepala orang-orangSarawak yang tidak berugamaIslam. Dengan demikian dapatlahdisangkal kenyataan orang-orangBarat yang mendakwa bahawa

17. H. Low, Sarawak: Its Inhabitants andProduction, London, 1968, ms. 138 -139.

18. James Brooke Journal Entry 19 Sept1839, dalam Keppel, op.cit, ms. 80.

19. W. Treacher, "British Borneo Seketches,"JSBRAS, No. 20, 1889, ms. 39.

20. R. Pringle, op.cit, ms. 62.

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

orang-orang Melayulah yang ber-tanggungjawab melatih dan men-dorong orang-orang Dayak diSaribas, Skrang dan Batang Luparmenjadi perompak-perompak yangganas, serta menyebabkan aktivitiperburuan kepala berleluasa.21

Sebenarnya aktiviti perlanunandijalankan berdasarkan tujuan-tujuan tertentu bersesuaian dengankehendak-kehendak dari kedua-duapihak. Golongan pembesar Melayudan Arab mengambil tindakandemikian kerana desakan hak-hakpolitik dan ekonomi mereka yangterancam akibat kedatangan orang-orang Barat. Sementara orang-orangDayak terutama yang tinggal didaerah Saribas dan Skrang pulamengambil bahagian menjadipengikut-pengikut untuk mendapat-kan kepala manusia dan kepuasandari segi sifat mereka yang sukamengembara dan berperang. Sifatyang demikian timbul mungkinkerana kedudukan ilmu alamtempat mereka tinggal. LembahSungai Saribas, Skrang dan BatangLupar lebih terbuka kepada per-hubungan dengan lain-lain tempatjika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Sarawak. Inimemudahkan pengaruh luar sampaidan meresap ke kawasan mereka.Tambahan lagi, kedudukan daerahitu tidak sesubur daerah-daerah lainseperti di Bahagian Pertama danKetiga sekarang. Lembah SungaiSkrang dan Saribas terletak diBahagian Kedua. Faktor inilah yangmungkin menyebabkan orang-orangnya lebih agresif, ganas dansenang menerima pengaruh luar olehkerana keadaan terdedahnya itu.

Dalam masyarakat tradisionalSarawak, pembesar-pembesarMelayu dan Arab memegang pucukpimpinan dalam politik Wilayah

masing-masing. Pertalian politik diantara kedua-dua golongan inidapat dilihat dengan adanya gelaranOrang Kaya Temenggung Tandak,Orang Kaya Beting Padeh danOrang Kaya Antau yang telah di-berikan oleh Imam Maulana kepadaketua-ketua Dayak Skrang danSaribas kerana jasa mereka dapatmengusir pencabulan sempadanoleh orang-orang Dayak di pen-dalaman. Bumiputera Sarawakmenyedari dan mengakui hakikatkekuasaan pembesar-pembesarBerunai dan ketua-ketua tempatanbaik dari segi politik mahupun per-dagangan. Sementara itu kekuasaanpembesar adalah bergantung kepadakecekapan-kecekapan merekamengumpul hasil pendapatanmenerusi perdagangan. Jika hasilpendapatan bertambah makakekuasaan akan bertambah kuatdan pengikut akan bertambahramai.22 Kepada bumiputeraSarawak pembesar tadi bukansahaja dihormati sebagai pentadbirdan pemimpin, tetapi mereka itudisanjung sebagai nakhodapedagang dan ketua perang. Pem-besar-pembesar pula menghargaikhidmat bakti dan kesetiaan orangDayak dan Melayu sebagai pengikutmereka. Dan inilah corak ataubentuk struktur masyarakat lamaSarawak yang sangat dicemburuioleh James Brooke semasa beliaumula-mula mengambilalih pentad-biran Sarawak dari tangan wakilKerajaan Berunai pada tahun 1841.

Walaupun dari segi per-dagangan, penguasaan terletakdalam tangan bangsawan ataupembesar-pembesar Berunai tetapibumiputera Sarawak, iaitu orang-

21. H. Law, op.cit., ms. 188 - 190.22. D. Brown, op.cit., nU. 141.

10

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

orang Melayu dan Dayak, telahturut serta menjadi pengikutnya.Penguasaan dagangan oleh pem-besar-pembesar tadi adalah merupa-kan sebahagian daripada pengua-saan pentadbiran wilayah-wilayahmereka. Penyertaan dan penguasaanpembesar-pembesar dijalankandalam dua bentuk. Pertama pem-besar-pembesar menyertai per-dagangan sebagai pedagang secaralangsung. Dalam bentuk ini pem-besar-pembesar akan mewakilipegawai-pegawai bawahnya men-jalankan perdagangan di wilayah-wilayah yang ditadbirkannya.Dalam bentuk kedua pembesar-pembesar menyertai perdagangansecara tidak langsung iaitumengenakan cukai perdagangan diwilayah-wilayahnya. Dalam bentukpertama seorang biasa bebas men-jadi ejen menjalankan perniagaanbebas apabila ia sanggup membayarcukai dagang. Perdagangan bebas inikebanyakannya berupa perdaga-ngan tempatan atau dalam negeri.Dalam bahagian ini perdagangandilakukan di daerah-daerah pen-dalaman dan sungai-sungai. Olehsebab pedagang-pedagang Melayutempatan tidak begitu muhibbahsikapnya maka ditemui di siniorang-orang Dayak yang dilantikmenjadi menteri darat oleh SultanBerunai bagi mengawasi per-dagangan di daerah itu. Tetapidalam perdagangan luar orang-orangtempa tan jarang mendapattempat.23 Di daerah-daerah pen-dalaman dan sungai-sungai didapatiaktiviti-aktiviti perdagangan dijalan-kan oleh bumiputera Sarawakdengan menggunakan sistem tukarbarang, misalnya orang-orang Melayudengan dagangan ikan masin dangaram. Sementara orang-orangDayak dengan beras dari hasil-hasil

hutan. Pertukaran barangan initelah melibatkan hubungandagangan secara langsung antarakedua golongan bumiputeraSarawak. Dalam bahagian daganganluar atau antarabangsa pedagang-pedagang menggunakan wangringgit Sepanyol.

Demikian serba sedikitgambaran tentang ciri-ciri keadaanmasyarakat tradisional bumiputeraSarawak. Pada keseluruhannyadapat dikatakan bahawa sebelumSarawak diperintah oleh Raja-rajaPutih Brooke 1841 hingga 1941,masyarakatnya telah wujud sebagaisatu masyarakat yang mempunyaisistem politik, pentadbiran, sosialdan perdagangan yang teratur.Tetapi sistem dan susunan masyara-kat yang begitu rupa sedikit demisedikit telah lenyap oleh tekanandasar dan sistem pemerintahanRejim Brooke. Demi menjaminketeguhan kewibaannya diSarawak, pemerintah-pemerintahBrooke telah menggunakan ber-bagai cara dan ikhtiar untukmengubah dan melemahkanstruktur masyarakat tradisionalbumiputera.

Pertama, James Brooke, selakuRaja Putih Pertama, berpendapatuntuk menguasai orang-orangDayak di Skrang, Saribas danBatang Lupar; rejimnya mestilahmenguasai orang-orang Melayudahulu. 24 Oleh sebab itu jalan yangpaling berkesan ialah memisahkankedudukan penempatan tradisionalbumiputera Sarawak.25 Langkahitu dilakukan oleh James Brooketerutamanya selepas Pertempuran

2S. D. Brown, op.cit., mt.1624. R. Pringle, op.cit., ms. 90-91, 303.25. Ibid, ms. 285.

11

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

Beting Marau pada tahun 1849. 26

James telah menghimpunkan orang-orang Melayu di satu daerah ber-asingan di kuala sungai atau pantaidari daerah Paku dan cabang-cabangsungai Saribas lainnya. Orang-orangDayak dibiarkan tinggal di bahagianpendalaman dan di lembah-lembahsungai. Cara yang seperti ini diterus-kannya di tempat-tempat lain dimana-mana terdapat corak penem-patan tradisional.

Kedua, dengan adanya pemi-sahan dari segi penempatan mengi-kut suku-suku kaum yang diciptaoleh orang-orang Barat ini, makalama-kelamaan bumiputera Sarawaktidak lagi mengenali diri merekadengan nama sungai tetapi mengi-kut nama suku-suku kaum sepertiIban, Melanau, Melayu, DayakDarat atau Bedayuh, Kayan,Kenyah dan lain-lain sebagaimanayang disebut sekarang. Denganwujudnya masyarakat bersuku-sukukaum ini memudahkan RejimBrooke menjalankan pemerintahanbahagi dan perintah. Di sampingmelemahkan susunan masyarakatlama Rejim Brooke berjaya meng-alihkan ketaatsetiaan orang Dayakdari pembesar-pembesar Berunaikepada Raja-raja Putih Brooke.Kejayaan ini dapat menghapuskanpersaingan ketat dalam perebutankuasa di antara pembesar-pembesarBerunai (yang memang mewarisidan berhak ke atas negeri Sarawak)dengan Brooke sendiri. Perebutanini telah mengakibatkan meletusnyaperjuangan menuntut hak olehorang-orang Melayu atau dikatakan'Malay Plot' oleh Robert Pringlepada tahun-tahun 1859 - I860.37

Ketiga, ketua-ketua Melayutempatan dikhususkan menjadigolongan politik terpenting dalam

pemerintahan Brooke. Dalam halini pemerintahan Brooke tidakpernah lupa bahawa Sarawak di-perolehi mereka dari tanganpembesar-pembesar MelayuBerunai. Oleh itu untuk memupukkesetiaan dan mendapatkansokongan dari datu-datu tempatanMelayu, Rejim Brooke telah menge-kalkan golongan ketua-ketuaMelayu menjawat jawatan lamadalam sistem pentadbiran Berunaiseperti Datu Patinggi, Datu Bandar,Datu Imam dan Datu Temeng-gung. Dengan berbuat demikianJames Brooke dapat mempertahan-kan kedudukannya dari diancamoleh warisan kesultanan Berunai.

Keempat, di samping pengaruhidea libral dan zaman mekantilismakurun Kesembilan Belas sertatujuan-tujuan pengukuhan kedu-dukan mereka di Sarawak, RejimBrooke telah memutuskan pertalianpolitik dan perdagangan yang di-mainkan oleh pembesar-pembesarMelayu. Sebagai gantinya Pemerin-tah Brooke, seperti penjajahInggeris di Tanah Melayu, telahmembawa unsur-unsur baru dalam

28. Dalam pertempuran Batang Marau orang-• orang Dayak di Batang Lupar dan orang-

orang Melayu bekerjasama menentangkempen 'perlanunan' yang dijalankan olehJames Brooke dengan bantuan AngkatanLaut Inggeris di Saribas dan Krian. Orang-orang Dayak diketuai oleh Linggir danorang-orang Melayu oleh Abang Apong.Melibatkan keadaan pertempuran inilahmenyebabkan James Brooke mengambiltindakan untuk melemahkan orang-orang

. . Melayu dan menguasai orang Dayak makakedua-dua golongan itu mesti dipisahkan.Orang-orang Melayu dikumpulkan di kualasungai Lihat Pringle, Rajahs and Rebels,ms. 58, 81 - 3 dan 90 - 95.

27. Untuk meninjau peristiwa ini denganmendalam sila lihat K. Pringle, op. c it ,ms. 97 - 134.

12

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak Pada Abad Kelapan

bidang ekonomi Sarawak. Unsur-unsur itu ialah kemasukan buruh-buruh Cina secara besar-besaranpada akhir kurun Kesembilan Belasdan awal abad Kedua Puluh.Kemasukan unsur-unsur baru initelah mewujudkan corak barudalam struktur., masyarakat lama

Sarawak. Akhir sekali dapatlahdikatakan bahawa dasar RejimBrooke bukan sahaja dapat merun-tuhkan struktur masyarakat lamaSarawak; malah pemerintah dapatmemisahkan golongan bumiputerayang berugama Islam dengan yangbukan berugama Islam.

Masjid di Kucing Sarawak.[Sarawak Muzium]

ASTANA 1 di Kucing Sarawak di akhir kurun ke 19.

[Sarawak Muzium]13

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia