2 definisi dan konsep pendidikan jasmani suaian

5
2.0 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Pendidikan Jasmani Suaian (PJS) ialah aktiviti yang diubahsuai untuk golongan istimewa tetapi ianya sama kesan seperti yang dialami oleh golongan biasa. Pendidikan Jamsani Suaian adalah merupakan kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Aktiviti yang dijalankan tidak seperti yang dirancang bagi manusia normal tetapi aktiviti bagi golongan ini dirancang berlainan mengikut keupayaan mereka namun hasil yang dikehendaki adalah tetap sama. Aktivit yang dijalankan meliputi ansur maju yang dapat membantu mereka mencapai hasil lakuan yang sebenar seperti manusia normal. Kaedah- kaedah ini meliputi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani. Bagi membantu murid yang berkeperluan khas di sekolah dalam mencapai matlamat kurikulum PJS, kaedah pengajaran yang digunakan adalah sama tetapi strategi yang berbeza. Kurikulum pendidikan jasmani suaian adalah sebahagian daripada kurikulum biasa yang dimodifikasi (ubahsuai) bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Kurikulum ini diubahsuai bagi membantu murid berkeperluan khas dapat melakukan aktiviti seperti murid normal tetapi dengan kaedah yang mengikut keupayaan mereka. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas yang mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. PJS merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi. Kurikulum ini bukan sahaja dibentuk untuk membantu mereka menjalani kehidupan seperti manusia normal malah ini juga adalah sebagai terapi kepada mereka dalam membantu pemulihan fizikal mahupun mental mereka. 3.0 MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Pendidikan Jasmani Suaian mempunyai persamaan matlamat dan tujuan dengan Pendidikan Jasmani yang diperkenalkan di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi

Upload: sitifatimah92

Post on 01-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hjhbj

TRANSCRIPT

2.0 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN JASMANI SUAIANPendidikan Jasmani Suaian (PJS) ialah aktiviti yang diubahsuai untuk golongan istimewa tetapi ianya sama kesan seperti yang dialami oleh golongan biasa. Pendidikan Jamsani Suaian adalah merupakan kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Aktiviti yang dijalankan tidak seperti yang dirancang bagi manusia normal tetapi aktiviti bagi golongan ini dirancang berlainan mengikut keupayaan mereka namun hasil yang dikehendaki adalah tetap sama. Aktivit yang dijalankan meliputi ansur maju yang dapat membantu mereka mencapai hasil lakuan yang sebenar seperti manusia normal. Kaedah-kaedah ini meliputi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani. Bagi membantu murid yang berkeperluan khas di sekolah dalam mencapai matlamat kurikulum PJS, kaedah pengajaran yang digunakan adalah sama tetapi strategi yang berbeza.Kurikulum pendidikan jasmani suaian adalah sebahagian daripada kurikulum biasa yang dimodifikasi (ubahsuai) bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Kurikulum ini diubahsuai bagi membantu murid berkeperluan khas dapat melakukan aktiviti seperti murid normal tetapi dengan kaedah yang mengikut keupayaan mereka. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas yang mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. PJS merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi. Kurikulum ini bukan sahaja dibentuk untuk membantu mereka menjalani kehidupan seperti manusia normal malah ini juga adalah sebagai terapi kepada mereka dalam membantu pemulihan fizikal mahupun mental mereka.

3.0 MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI SUAIANPendidikan Jasmani Suaian mempunyai persamaan matlamat dan tujuan dengan Pendidikan Jasmani yangdiperkenalkan didalam kelasbiasa.Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal danamalan kecergasan. Pendidikan Jasmani juga membentuk individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Begitulah juga matlamat yang digariskan dalam kurikulum PJS. Walaupon murid berkeperluan khas, ini tetap dijadikan matlamat selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang memberikan peluang kepada setiap individu untuk memperkembangkan potensi dirinya.4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI SUAIANObjektif Pendidikan Jasmani Suaian juga adalah samaseperti objektifPendidikan Jasmanidi kelas biasa tetapi perlu diubahsuai cara perlaksanaannya agar sesuai dengan keperluan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Cara perlaksanaan perlu menggunakan kaedah yang selaras dengan keupayaan mereka.Objektif Pendidikan Jasmani ialah membentuk pembangunan fizikal dan organisasi. Melalui Pendidikan Jasmani seseorang individu dapat membentuk imej individu yang sihat dan mewujudkan masyarakat yang cergas. Selain itu, membantu perkembangan ( otot yang boleh dibina ). Dengan melakukan aktiviti fizikal, tubuh akan dapat membina otot dan melahirnya keyakinan kedalam diri individu itu sendiri. Tubuh badan yang sihat dan menarik dan melahirkan satu suasana masyarakat yang sihat dan budaya sukan yang aktif. Disamping itu, melalui Pendidikan Jasmani juga dapat membantu pembangunan kognitif, sosial, emosi dan afektif. Badan yang sihat akan membantu melahirkan otak yang cergas, ini memberi kesan yang baik kepada sebuah masyarakatdan negara. Selain itu, dapat membantu menangani masalah emosi dengan melakukan aktiviti fizikal serta membentuk satu masyarakat yang aktif dan bersatu padu. Ciri-ciri objektif pengajaran Pendidikan Jasmani suaian : Khusus iaitu pelajar dapat memberi tumpuan sebanyak 75% ketika pembelajaran. Tingkah laku yangdiperhatikan. Contohnya murid-murid kurang upaya ini dapat berbaris menunggu giliranmasing-masing. Pencapaian utama yang diinginkan. Contohnya murid-murid kurang upaya ini dapat mengimbangkan badan dengan baik menggunakan sebelah kaki. Kriteria pencapaian yang jelas. Contohnya murid-murid kurang upaya ini dapat menyepak bola dengan tepat kepada rakan. Syarat-syarat yang sesuai. Contohnya dalam permainan bola sepak, syarat diubahsuai iaitu membuat syarat baru menjaring gol tanpa penjaga gol. Objektif haruslah berorientasikan pelajar di mana aktiviti-aktiviti yang dilakukan mestilah sesuai dengan keupayaan murid

5.0 JENIS MASALAH MURID BERKEPERLUAN KHASSINDROM DOWN Mulut yangsentiasa terbukadan tidaktertutup rapat Lidah yangtebal, kasardan pendek,serta cenderung terjelir. Matasentiasaberairdanmerah. Mata sepet iaitubahagianluarnya naikke atasdan terdapat lipatanpadakedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata Bentukmukayangkecil. Bahagiankepalaleper. Tangan yanglebar danpendekserta garisan tapak tangansatu melintang. Majoritiberambutlurusdanlembut. Badanyangagakbongkok. Sukabermanja,bermaindangembira. Dapat bergaul dengan baik. IQ diantara 30hingga80. Kecacatan dapatdikesansebaik selepaslahir.

AUTISME Perlakuanyangbongkak Ketawadengantiba-tiba Perkataanyangdiulangberkali-kalidangagap Tidakmengenalibahaya. Tidakmerasaikesakitan Menangisdanmarahtanpasebab. Permainanyangluarbiasa. Tidakmahudidakap. Tidakdapatmenyesuaikandiridengankanak-kanaklain. Berkelakuansepertiorangpekak. Tiadaperhubunganmatabilabercakap.l Memutarbarang. Tidakdapatmengawalkeseimbanganfizikal. Tingkahlakuaktifketerlaluan. Tidak mahuterimapelajaranbiasa. Mengigit kuku, hisap jaridan mencederakandiri Takutdancemburuberlebihan.CACAT AKAL (RINGAN)i. Adiot Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkinmencederakan diri sendiri.ii. Imbersil Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.iii. Moron Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa. Lambat berjalan dan lambat bercakap.iv. Lembab Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasisekolah biasa