1m1s_kump larry - copy
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
1/24
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
KERJA KURSUS PENDEK
JABATAN : JABATAN KAJIAN SOSIAL
MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN BERFIKIR
KUMPULAN : PPISMP-AMBILAN JUN 2010
SEMESTER : 2
TARIKH MULA : 10 MAC 2011
TARIKH HANTAR : 1 APRIL 2011
NAMA PENSYARAH : DR.CHUA LEE CHUAN
AHLI KUMPULAN
NAMA NO. K.P NO. MATRIK
VENNELLA PRETTY(R)ANDREW
920912-12-6338 201006130
CHRISTINE LAHONGKULE
920417-13-5974 201006176
AZIANNA JOWINIS 920711-12-5320 201006175
PAMELLA BEE HENRY 910324-12-5700 201006022
HILARRY JAINOL 921228-12-6395 201060660
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
2/24
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.
1.0 PENGENALAN 2
1.1 1 MURID 1 SUKAN 2
1.2 SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN DIRI 2 3
2. 2.0 ESEI/TUGASAN 4 16
3. 4.0 RUMUSAN 17
4. 5.0 REFLEKSI 18 19
5. 6.0 JADUAL PERLAKSANAAN TUGAS 206. 7.0 BORANG KOLABORASI 21
7. 8.0 BIBLIOGRAFI 22
8. 9.0 LAMPIRAN 23
1.0 PENGENALAN
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
3/24
3
1.1 1 Murid 1 Sukan
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan
Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama
kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa
yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras
dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini,
bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat,
cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta
pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik
minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan
dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan
keperluan akademik.
1.2 Sukan untuk kecemerlangan diri
Kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di
Malaysia. Kerajaan telah menyediakan prasarana sukan untuk kemudahan rakyat menceburkan
diri dalam sukan dan dana bagi pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa demi
pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal
dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia dan
Sukan, 1988).
Ramai ibubapa yang membantah dasar satu murid satu sukan yang akan diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran mulai tahun depan kerana menganggap dasar yang diperkenalkan
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
4/24
4
itu tidak mempunyai manfaat yang besar serta menganggu kemajuan pendidikan dan
pembentukkan sahsyiah murid.
Disamping itu, ibubapa yang ditemui dalam tinjauan pendapat Pahangkini.net, disekitar Bandar
Temerloh, sebentar tadi kesal kerana teralu banyak dasar yang diperkenalkan kementerian
selama ini gagal mengatasi masalah moral tetapi itu tidak diberikan penekanan secara serius.
Menurut mereka sukan bukanlah jawapan yang tepat untuk melahirkan masyarakat
pelajar yang bijak dan bermoral. Berdasarkan penjelasan yang diberikan kementerian terhadap
isu yang berbangkit kami ragui kejayaannya. Malahan, kami berkeyakinan mutu pendidikan di
sekolah akan menurun dan pembentukkan sahsyiah murid akan bertambah hancur.
Kementerian Pelajaran semalam memutuskan perlaksanaan beberapa langkah bagi
memperkukuhkan pembangunan sukan disekolah mulai tahun hadapan termasuk memberi lima
daripada 10 peratus markah yang diperuntukan untuk kokurikulum.
Menurut bekas guru sukan Zubir Omar, dasar yang ingin diperkenalkan itu adalah sangat kabur
tujuan dan matlamatnya kerana ia melibatkan semua pelajar melalui pendekatan 1 murid 1
sukan adalah tidak munasabah.
2.0 TUGASAN ESEI
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
5/24
5
Dalam jangka masa panjang, dasar 1 murid 1 sukan ini bermatlamat untuk
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam
kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah
agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing
tinggi. Dalam aspek cort 1 iaitu AGO yang juga bermaksud matlamat, tujuan, objektif
menerangkan tentang matlamat yang ingin dicapai dalam dasar 1 murid 1 sukan ini.
Kementerian Pelajaran sebagai organisasi yang terlibat secara langsung dalam
pembangunan modal insan negara sentiasa komited dalam melakukan usaha berterusan bagi
memupuk minat dan kecenderungan murid dalam bidang sukan. Justeru, usaha bagi
menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan
dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya untuk memastikan matlamat dapat
dicapai iaitu penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai
sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi
utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan
dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat di kalangan murid-murid dan sekali gus
membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka. Usaha
sebegini tentunya memerlukan kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dengan bidang pendidikan.
Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakat
aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan menggerak dan
membudayakan sukan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah.
Hasil dari proses pembelajaran yang berkesan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman melalui
proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan
menerapkan nilai-nilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002).
Tujuan dasar 1 murid 1 sukan ini diadakan ialah untuk menjana pemikiran anak-anak murid di
sekolah tentang pentingnya sukan untuk mengseimbangkan dan melahirkan insane yang
cemerlang. Seperti yang kita tahu, aktiviti sukan ini dapat member impak yang baik terhadap
setiap murid dari segi kesihatan. Oleh itu, dasar ini amat sesuai ditubuhkan untuk mengajar
anak murid tentang kepentingan dan kebaikkan sukan dan selaras sengan sukatan subjek
Pendidikan Jasmani, iaitu murid memperoleh pengetahuan yang banyak dan lebih lanjut lagi
tentang asas-asas sukan. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang
sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang
memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada
satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M 1S dapat
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
6/24
6
memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara
lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan
modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan secara lebih giat di
semua sekolah seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya
berupaya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan sukan secara sistematik, cekap
dan berkesan.
Selain itu, murid turut mampu mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan
berasaskan lokomotor dan bukan lokormotor serta pengetahuan tentang kesihatan.
Dalam pada itu, murid turut dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri selaras dengan perkembangan diri di peringkat sekolah rendah.
Kandungan dasar 1 murid 1 sukan ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan
keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi slogan ini ialah pembelajaran melalui
aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan
mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif
setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang
untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang
sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. Ini ialah
keseluruhan objektif yang ingin dicapai dalam dasar 1 murid 1 sukan dan guru-guru, ibu bapa
dan masyarakat perlu menitikberatkan hal ini dengan lebih lanjut lagi agar program ini berkesan
dengan jayanya.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
7/24
7
Selain itu, alat berfikir yang boleh menjayakan dasat 1 murid 1 sukan ini ialah C&S
(CONSEQUENCE AND SEQUEL) .Bukan mudah untuk menukarkan sesuatu yang telah lama
dilaksanakan. Tentu sukar untuk melaksanakan sesuatu yang baru di dalam negara yang
semakin membangun ditelan masa. Perlaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan banyak memberikan
impak kepada semua pihak. Proses untuk melaksanakan dasar mengambil masa dan juga
memerlukan kesepakatan semua pihak. Dasar perlaksanaan ini mengambil kira pelbagai aspekyang harus dilaksanakan. Jika difikirkan melalui alat pemikiran CoRT C&S, dasar ini
mempunyai pelbagai halangan dan juga memberikan kesan kepada semua pihak.
Pertama-tama sekali, halangan terbesar dalam melaksanakan dasar 1 Murid 1 Sukan
ialah dari kerajaan sendiri. Dalam melaksanakan dasar ini, kerajaan perlu mengeluarkan bujet
MATLAMA
T
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yangmenyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan
Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah
Membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdayasaing dan mempunyai jati diri yang kukuh
TUJUAN
Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkanfaedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepadamurid yang kurang atau tidak aktif
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadarpenyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenissukan di sekolah
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat danberpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi
OBJEKTIF
Meningkatkan kecergasan jasmani
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
Memupuk perpaduan di antara kaum
Membentuk budaya sukan di kalangan murid
Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
8/24
8
untuk memperbaiki dan menaiktarafkan tahap kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar dan
juga luar bandar. Perlu ditegaskan bahawa bukan semua sekolah mempunyai kemudahan
sukan yang baik sekiranya ingin melaksanakan dasar ini. Bagi memastikan bahawa dasar ini
berjaya, kerajaan juga perlu menaiktarafkan tahap kemudahan sukan di sekolah-sekolah yang
memerlukan. Belum ditambah lagi dengan sekolah-sekolah di luar bandar yang langsung tidak
mempunyai kemudahan sukan. Untuk menghadapi halangan ini, kerajaan harus membina
kemudahan di sekolah-sekolah tersebut. Tanpa disedari, dalam melaksanakan dasar ini,
penggunaan wang amat diperlukan dan seterusnya kerajaan perlu mengeluarkan bujet.
Seterusnya, untuk menjayakan dasar baru ini, sokongan masyarakat pelbagai taraf
amatlah diperlukan. Adalah sia-sia dasar ini dilaksanakan sekiranya tidak mendapatkan
sokongan daripada lapisan masyarakat terutamanya golongan pendidik, murid dan seterusnya
para ibubapa.Di samping itu, dasar ini dapat melahirkan para guru pendidik yang
berkejurulatihan tinggi melalui kursus-kursus yang bakal dianjurkan oleh pihak kementrian
pelajaran. Ini akan melahirkan barisan jurulatih yang berpengalaman dan juga berkomitmen
dalam menjalankan bidang tugas masing-masing dalam usaha menjayakan dasar 1 Murid 1
Sukan. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal
murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan agar memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah
dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan di sekolah memberi peluang kepada semua murid yang berbakat
dan berpotensi untuk digilap.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
9/24
9
Consequences
Kerajaan
perlu
megeluarka
n bujet.
Penaiktarafan
sekolah
Penyediaan
kemudahan
sukan
Sokongan
danbantahan
masyarakat
Penggubakan
dasar 1M1S
Perlaksanaan1M1S
Murid
Murid yang seinbang dari segi JERIS
Seimbang dalam kokurikulum dan
kurikulum
Memperkembangkan bakat sukan
murid
Memotivasikan murid
Guru
Melahirkan guru yang berkejurulatihan
tinggi
Memberikan pengalaman kepada guru
Menerapkan komitmen dalam diri setiapguru yang terlibat
Sekolah
Menjana kemudahan yang belum
ada
Melahirkan sekolah yang seimbang
Memajukan kuakiti sukan negara
melalui penerapan awal dari
sekolah
Masyarakat
Menjana masyarakat yangseimbang pada generasi
yang akan datang
Masyarakat yang sihat
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
10/24
10
Dasar 1M1S turut membawa kebaikan dan keburukan kepada para pelajar. Sukan
adalah satu aktiviti yang membawa banyak faedah dalam diri seseorang. Oleh itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu dasar dalam reformasi pendidikan iaitu dasar 1
Murid 1 Sukan merupakan satu dasar yang menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan.
Dalam aspek PMI (PLUS, MINUS, INTERESTING) ini lebih menjurus kepada penyertaan,
penglibatan dan pengetahuan mengenai sukan tanpa mementingkan prestasi mereka. Melalui
dasar ini, setiap murid diwajibkan memilih satu sukan. Dasar yang telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran ini telah membawakan banyak kebaikan kepada murid-murid. Melalui
dasar ini, kita dapat melahirkan murid yang aktif dalam sukan. Murid yang aktif bersukan
mampu membawa kebaikan dan kecemerlangan kepada negara kita.
Selain itu, perasaan atau sikap kesukanan dapat dipupuk sejak kecil lagi. Semangat
bersukan ini harus dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.
Hal ini kerana, sukan mampu menjana kecemerlangan pelajar. Dasar ini juga membawa
kebaikan ke arah melahirkan murid dan semua golongan masyarakat yang mengamalkan gaya
hidup sihat. Selain itu, disiplin diri yang tinggi dalam seseorang murid itu dapat diterapkan. Nilai
murni ini dapat diterapkan melalui aktiviti yang diadakan dalam sukan yang diceburi oleh setiap
murid tersebut. Apabila murid tersebut mempunyai disiplin diri yang tinggi, mereka mampu
mematuhi semua peraturan dan tidak melakukan aktiviti yang negatif.
Perpaduan antara kaum juga dapat diwujudkan melalui dasar 1 Murid 1 Sukan ini.
Misalnya, setiap sukan hendaklah mempunyai murid-murid yang berasal dari berbilang kaum
dan agama. Hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam golongan anak muda masa kini.
Dasar ini turut dijadikan sebagai platfom melahirkan murid yang merangkumi semua aspek dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semua aspek ini amat penting dan perlu ada
dalam diri setiap murid. Kebaikan dasar ini juga ialah meningkatkan penglibatan murid di luar
bilik darjah sekali gus membin keyakinan diri murid. Dasar ini turut diperkenalkan juga bagi
mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah.
Disebalik kebaikan dasar ini, terdapat juga keburukan dasar 1 Murid 1 Sukan. Keburukan
dasar ini ialah, murid tidak dapat membahagikan masa dengan teratur. Misalnya, murid-murid
tahap satu belum pandai membahagikan jadual waktu mereka dengan baik lagi. Keadaan ini
dapat menjejaskan pelajaran mereka kelak. Melalui dasar ini juga, murid akan mengabaikan
pelajaran mereka. Keadaan ini disebabkan terlalu leka bersukan sehingga pelajaran diabaikan.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
11/24
11
Ini akan membawa kesan yang tidak baik kepada keputusan akademik murid- murid. Murid
akan berasa stress kerana terlalu banyak kerja perlu disiapkan dalam satu masa yang sama.
Masa lapang yang mereka miliki telah digunakan untuk aktiviti sukan di sekolah.
Walaupun pada waktu malam, murid dapat meluangkan masa dengan keluarga tetapi itu belum
mencukupi. Misalnya, mereka berasa letih dan perlu menyiapkan tugasan sekolah. Mereka
tidak sempat meluangkan masa kerana mereka terpaksa tidur awal akibat keletihan. Melalui
dasar ini juga, murid terpaksa membelanjakan kos yang tinggi untuk keperluan sukan masing-
masing. Ini akan memberi beban kepada ibu bapa murid yanga kurang berkemampuan.
Contohnya, jika keperluan mereka tidak dapat ditunaikan oleh ibu bapa murid akan berasa
sedih dan marah terhadap ibu bapa. Hal ini akan menimbulkan masalah dalam keluarga
mereka. Keadaan ini memberi kesan yang tidak baik kepada murid walaupun mereka aktif
dalam sukan. Kecemerlangan akademik mereka tidak selaras dengan kecemerlangan
kokurikulum yang dikecapi.
Dasar ini juga akan mengganggu kemajuan pendidikan dan sahsiah murid. Sikap ingin
bersaing dalam akademik akan berkurangan dalam kalangan murid-murid kerana terlalu fokus
terhadap dasar 1 Murid 1 Sukan. Budaya bersaing secara sihat dalam bidang akademik turut
dilupakan. Keburukan dasar ini juga ialah murid berasa terpaksa untuk memilih sukan mereka
kerana setiap murid mempunyai minat yang berbeza. Hal ini tidak akan dapat menanam minat
dalam diri murid kerana mereka tidak ikhlas melakukan aktiviti tersebut. Mereka hanya
melakukannya sekadar untuk menghadirkan diri sahaja kerana mereka tidak ingin rekod
kehadiran mereka akan menjejaskan prestasi akademik mereka.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
12/24
12
TAJUK KEBAIKAN KEBURUKAN
1 Murid 1
Sukan
1. Mewujudkan murid yang aktif
dalam sukan
1. Murid tidak dapat membahagikan
masa
2. Menanam sikap kesukanan 2. Murid mengabaikan pelajaran
3. Melahirkan masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat
3. Membahayakan keselamatan diri
murid tahap satu
4. Memupuk disiplin diri yang tinggi 4. Stress akibat kerja yang banyak
5. Menanam semangat setiakawan
dalam diri
5. Masa dengan keluarga
berkurangan
6. Mewujudkan perpaduan antara
murid
6. Membelanjakan kos kewangan
yang tinggi
7. Melahirkan murid yang
mempunyai aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek, sosial
7. Ketinggalan dalam pelajaran jika
terlalu banyak mewakili sekolah
8. Mengembalikan kemeriahan
sukan di sekolah
8. Mengganggu kemajuan pendidikan
dan sahsiah murid
9. Melahirkan dan mengetengahkan
atlit yang berpotensi tinggi di
peringkt sekolah
9. Sikap bersaing dalam bidang
akademik akan berkurangan
10. Meningkatkan penglibatan muriddi luar bilik darjah sekali gus
membina keyakinan murid
10. Murid tidak mempunyai perasaanyang ikhlas dan berasa dipaksa
sahaja
Ramai di antara kita yang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa sukan
merupakan salah satu aspek terpenting yang dapat menentukan kecemerlangan seseorang
murid. Dalam hal ini, jawapannya mungkin dapat kita temui melalui Dasar Satu Murid Satu
Sukan yang telah diperkenalkan pada tahun 2010 dan mula dilaksanakan pada tahun 2011.
Dasar Satu Murid Satu Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Amat jelas sekali pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan amat menitikberatkan sukan
sebagai batu loncatan ke arah kecemerlangan murid.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
13/24
13
Walaubagaimanapun setiap dasar yang yang dilaksanakan itu pasti ada kesukarannya
dan kekangannya. Dalam pelaksanaan dasar ini, terdapat beberapa kekangan yang telah
dikenal pasti. Kekangan tersebut termasuklah kekurangan kemudahan sukan di sekolah seperti
padang sekolah yang tidak cukup luas untuk melaksanakan beberapa jenis aktiviti sukan,
ketiadaan gelanggang permainan untuk permainan tertentu seperti permainan badminton dan
permainan sepak takraw dan juga kemudahan peralatan yang tidak lengkap. Ketiadaan
peruntukan untuk membina kemudahan-kemudahan tersebut turut dilihat sebagai salah satu
kekangan yang terbesar dalam pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan.
Seterusnya ialah kekurangan jurulatih-jurulatih yang bertauliah yang dapat membimbing
murid untuk melakukan sesuatu aktiviti sukan dengan cara yang betul. Selain itu, tanggapan ibu
bapa juga terhadap aktivti sukan turut mempengaruhi pelaksanaan dasar ini. Terdapat ibu bapa
yang tidak membenarkan anak mereka bergiat dalam aktiviti sukan kerana menganggap
kecemerlangan anak mereka hanya terletak kepada keputusan akademik semata-mata. Ada
juga sesetengah murid yang terlalu mementingkan akademik sehingga mengabaikan sukan.
Setiap pegawai dan mereka yang terlibat menguruskan wang peruntukan tersebut harus
menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan bukannya menggunakan wang
tersebut untuk tujuan yang lain.
Jika peruntukan telah cukup maka barulah lebih banyak kemudahan sukan boleh
disediakan di sekolah-sekolah dan cukup untuk menampung kos bagi menyediakan prasarana
sukan di semua sekolah. Secara tidak langsung masalah kekurangan kemudahan sukan dapat
diatasi. Seterusnya adalah masalah kekurangan jurulatih yang yang dapat melatih murid-murid
dalam bidang sukan yang mereka ceburi.
Seterusnya adalah mengubah tanggapan ibu bapa murid tentang sukan dengan
mengadakan ceramah berkaitan pentingnya sukan dalam kecemerlangan murid. Yang terakhir
sekali adalah mengatasi masalah murid yang tidak menunjukkan minat dalam sukan dan lebih
mengutamakan akademik berbanding sukan. Peranan ibu bapa dan guru adalah amat penting
untuk menarik minat dan menggalakkan lagi murid bergiat dalam sukan.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
14/24
14
Kekangan
Peruntukan tidak
mencuku i
Kekurangan
Kekurangan
prasarana
Tanggapan ibu
Sikap murid lebih
mementingkan
akademik daripada
sukan
4.
3.
2.
1.
Inisiatif kerajaan
Pegawai kerajaan harus amanah
melaksanakan kewajipan
Bina lebih banyak kemudahan sukan
Memastikan setiap sekolah mempunyai
kemudahan sukan
Kursus kejurulatihan kepada guru-guru
di sekolah
Tawaran gaji yang lumayan
Ceramah berkaitan kepentingan sukan
Peranan ibu bapa dan guru Hadiah yang lumayan
Cara mengatasi
Sukan Untuk Kecemerlangan Murid
(Dasar Satu Murid Satu Sukan)
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
15/24
15
Setelah dikaji tentang dasar 1M1S, terdapat banyak pandangan yang menyokong dan
membantah dasar ini. Berikut merupakan pendapat-pendapat yang telah dikumpul.
Murid- Merasakan suatu perkara baharu bagi mereka. Terdapat segelintir murid yang aktif dan
tidak kurang juga terdapat murid yang tidak pernah mengikuti sebarang aktiviti sukan di
sekolah. Hal ini secara tidak langsung, membuatkan mereka malas mahu mengikuti aktiviti
sukan tersebut kerana hanya ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang akademik.
Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah murid yang akan berasa dasar 1M1S ini akan lebih
menyeronokkan mereka kerana akan dapat mengikuti pelbagai jenis aktiviti sukan yang mereka
sukai.
Ibu bapa Terdapat segelintir ibu bapa berpandangan bahawa dasar 1M1S ini tidakmempunyai kepentingan kepada murid-murid sekolah. Hal ini demikian kerana, sekiranya dasar
ini dijalankan, maka anak-anak mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap
pelajaran kerana anak-anak mereka akan berasa penat selepas melakukan aktiviti sukan
tersebut disekolah dan secara tidak langsung akan menyebabkan gred akademik anak-anak
mereka akan menurun. Namun, terdapat juga sebilangan ibu bapa yang menyokong dasar
1M1S ini kerana ia merupakan suatu dasar yang dapat mengisi masa lapang anak-anak
mereka dengan pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Rentetan dari itu,
ianya akan dapat mengelakkan murid-murid daripada mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
tidak berfaedah yang secara tidak langsung akan dapat mengelakkan masalah sosial dalam
kalangan murid-murid. Sehubungan dengan itu, persepsi negatif dalam kalangan ibu bapa yang
hanya menekankan aspek akademik anak semata-mata perlu ditapis agar dasar ini akan dapat
berjalan dengan lancar. Hal ini juga dapat dilihat melalui kenyataan timbalan perdana menteri
Malaysia iaitu Datuk Muhyiddin Yassin yang berharap agar dasar 1M1S akan mendapat
sokongan penuh dari para ibu bapa menerusi keratan akhbar Utusan Online yang bertarikh
24.02.2011.
GuruBerpendapat bahawa dasar 1M1S ini merupakan suatu batu loncatan kepada murid-
murid yang mempunyai potensi atau bakat dalam bidang sukan untuk menunjukkan bakat
mereka masing-masing dalam sesuatu bidang sukan tersebut. Malahan, potensi yang sedia ada
dalam kalangan murid tersebut akan dapat digilap dengan adanya bantuan guru-guru terlatih
untuk menjadikan seseorang murid tersebut untuk menjadi seorang atlet atau pemain yang
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
16/24
16
profesional dan seterusnya akan dapat melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini
sekali gus akan dapat mengharumkan nama negara dengan pencapaian dan kejayaan yang
diperolehi oleh atlet atau pemain tersebut. Bahkan, ini dapat dibuktikan melalui laman blog guru
yang boleh didapati di http://www.CIKGU HUMAIRI 1M1S.mht.
Masyarakat Umum Berpendapat bahawa dasar 1M1S adalah langkah yang terbaik
yang seharusnya diberi perhatian yang lebih khusus supaya semua murid tidak kira di peringkat
sekolah rendah atau sekolah menengah dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang
dijalankan oleh pihak sekolah. Dasar ini akan dapat membuka peluang kepada murid-murid
sekolah untuk bergiat aktif dalam jenis sukan yang menjadi pilihan masing-masing. Bahkan,
masalah sosial yang kini dikatakan semakin meruncing juga sedkit sebanyak mungkin akan
dapat dikurangkan melalui dasar 1M1S yang memerlukan ramai penglibatan dari kalangan
murid-murid.
Kementerian Pelajaran Malaysia- Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin
penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk
keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara
landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing
dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah
negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu
menyediakan peluang penyertaan dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan
muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara di masa hadapan. Justeru, usaha bagi
menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan
dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan
setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan dalam kalangan
seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan
bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya
persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu
persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
17/24
17
RUMUSAN
PANDANGAN ORANG
TENTANG DASAR 1
MURID 1 SUKAN
IBU BAPA
1. Tidak mempunyai
kepentingan dalam
pelajaran
2. Murid-murid tidak
dapat menumpukan
dalam akademik
MASYARAKAT
UMUM
1. Langkah yang
terbaik untuk murid
disekolah untuk
mendapat
pengalaman
2. Memberi peluang
kepada murid-murid
untuk mencungkil
bakat dalam sukan
KEMENTERIAN
PELAJARAN
MALAYSIA
1. Dapat memupuk
perpaduan antara
semua murid yang
berbilang bangsa
2. Membangunkan
modal insan yangcergas, aktif,
berdaya saing dan
jati diri yang tinggi
GURU
1. Suatu batu loncatan
kepada murid-murid
yang mempunyai
potensi atau bakat
dalam bidang sukan
2. dapat mengharumkan
nama negara denganpencapaian dan
kejayaan yang
diperolehi oleh murid
MURID
1. Merasakan suatu
perkara baharu bagi
mereka
2. Malas mahu mengikuti
aktiviti sukan tersebut
kerana hanya ingin
menumpukan sepenuh
perhatian dalam bidangakademik
3. Segelintir yang berasa
seronok kerana ia
merupakan aktiviti luar
selain dalam kelas
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
18/24
18
4.0 RUMUSAN
Secara keseluruhnya, dalam menilai Dasar 1M1S, kita perlu mempertimbangkan semua aspek
yang berkaitan. Dasar 1M1S telah digubal dan dilaksanakan di negara kita pada masa kini.
Sejauh mana keberkesanan dasar ini, tertakluk pada cara masyarakat untuk mentafsir dan
menerima dasar ini. Oleh yang demikian, alat pemikiran CORT 1 telah didedahkan kepada kita.
Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan secara lebih giat di semua
sekolah seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya berupaya
merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan sukan secara sistematik, cekap dan
berkesan.
Dasar 1M1S perlu dikaji dan dipertimbangkan dari aspek-aspek penting seperti dalam
grafik di bawah.
Aspect
AGO (AimGoal
Objective)
C&S(Consequences andSequal)
PMI (First
ImportantPriority)
FIP (First
ImportantPriority)
OPV(Other'sPeopleView)
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
19/24
19
5.0 REFLEKSI
Salam sejahtera salam perpaduan dan salam satu Malaysia kami ucapkan. Pertama sekali
kami ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah yang mengajar kami subjek
kemahiran berfikir iaitu Dr. Chua Lee Chuan atas bimbingan dan dan sokongan motivasi beliausepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan
sekumpulan yang lain yang begitu tekun menyempurnakan kerja ini dan kepada mereka yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih juga diucapkan.
Pelaksanaan tugasan kerja kursus ini banyak memberi pengalaman dan ilmu baru
kepada ahli kumpulan kami amnya. Pengalaman ini kebanyakannya ke arah yang lebih positif.
Kami berjaya mengaplikasikan semangat bekerjasama dengan ahli kumpulan lain. Saya
semakin sedar betapa pentingnya semangat kerjasama berpasukan dalam menyempurnakan
kerja kumpulan. Dengan bekerjasama kerja yang susah menjadi lebih senang, kerja yang
banyak dirasakan menjadi lebih sedikit dan kerja yang berat menjadi lebih ringan.
Selain itu juga, kami sekumpulan telah berjaya memperoleh banyak info dan ilmu yang
baru terutamanya yang berkaitan dengan tajuk tugasan pada kali ini iaitu berkenaan Dasar Satu
Murid Satu Sukan yang baru-baru diperkenalkan oleh kerajaan Negara. Sebelum ini kami tidak
pernah pun mendengar tentang dasar ini sehinggalah taklimat tentang tajuk soalan tugasan
diberi kepada kami.
Apa yang paling penting sekali ialah kami sekumpulan telah berjaya menggunakan alat-
alat kemahiran berfikir yang telah diajar dalam kuliah untuk digunakan dalam proses menjana
idea. Dengan mengaplikasikannya dalam pelaksanaan tugasan ini, kami dapat mengingati
semua yang telah diajar dengan lebih senang dan mudah untuk mengulangkaji apa yang telah
diajar mengenai tugasan ini. Mengingatinya sahaja tidak cukup,malah kami lebih memahami
bagaimana sebenarnya alat-alat kemahiran berfikir ini digunakan semasa dalam proses
menjana idea-idea.
Walaupun dengan pelbagai cabaran dan masalah kekangan masa, kami berjaya
membahagi-bahagikan masa untuk membuat tugasan ini. Dengan tugasan lain yang banyak
dan menunggu unutk disempurnakan, ianya amat membebankan tetapi dalam masa yang sama
ianya mengajar kami untuk bersabar, berfikir secara rasional, mengambil keputusan yang bijak
dan mengambil tindakan yang wajar. Di samping itu, kami berlima dapat belajar mengurus
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
20/24
20
masa dengan bijak dan menepati masa. Tugasan ini perlu dibentangkan dan dihantar mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya pelaksanaan tugasan ini berjalan dengan lancar dengan adanya
semangat kerjasama yang tinggi daripada semua ahli kumpulan. Terima kasih kepada mereka
semua. Harapan kami agar hasil kerja kursus yang wujud melalui gabungan pemikiran kami ini
dapat memberi faedah kepada orang lain yang mungkin akan menggunakan hasil kerja ini
sebagai bahan rujukan mereka. Sekian, terima kasih daun keladi.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
21/24
21
6.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS
JADUAL PELAKSANAAN TUGAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR
(BF2311D)
BIL PERKARA TARIKH NAMA T/TANGAN
1. Menerima soalan KKBI. 10 MAC 2011
2. Pemilihan ahli kumpulan. 10 MAC 2011
3. Sesi penerangan bersama pensyarah
pembimbing kali pertama.
10 MAC 2011
4. Pembahagian tugas kepada setiap ahli
kumpulan.
10 MAC 2011
5. Menyerahkan maklumat kepada ketua
kumpulan.
21 MAC 2011
6. Sesi penerangan bersama pensyarah
pembimbing kali kedua.
24 MAC 2011
7. Mengedit semula esei KKBI. 24 MAC 2011
8. Menyerahkan semula maklumat kepada
ketua kumpulan.
29 MAC 2011
9. Perbincangan tentang susunan KKBI. 29 MAC 2011
10. Menyusun KKBI. 30 MAC 2011
11. Mengedit KKBI. 31 MAC 2011
12.
Sesi penerangan terakhir bersama
pensyarah pembimbing buat kali
terakhir.
31 MAC 2011
13. Menambah baik KKBI. 31 MAC 2011
14. Mencetak KKBI. 31 MAC 2011
15. Menghantar KKBI 1 APRIL 2011
Catatan : Kerja berjalan dengan lancar.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
22/24
22
7.0 BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
NAMA NO. MATRIKVennella Pretty Andrew 201006130Christine Lahong Kule 201006176
Azianna Jowinis 201006175Pamela Bee Henry 201006022Hilary Jainol 201060660
KUMPULAN: PPISMP PRASEKOLAH SEMESTER: 2
MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN BERFIKIR (BF2311D)
PENSYARAH PEMBIMBING: DR. CHUA
TARIKH PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
KOMEN T/TANGAN ATAU
NAMA
10 MAC 2011 Tugasan diberi oleh
Pensyarah
Berbincang tugasan
bersama cikgu
10 MAC 2011 Pemilihan ahli
kumpulan.
Pemilihan melalui
cabutan undi
10 MAC 2011 Pembahagian
tugasan KKBI
Tugasan
dibahagikan secara
sama rata
21 MAC 2011
Menyusun,memproses, dan
menaipkan
maklumat
Menyusunmaklumat yang
telah dapat dan
menaipnya ke
dalam bentuk word
24 MAC 2011 Sesi perbincangan
bersama pensyarah
pembimbing
-
31 MAC 2011
Memurnikan dan
menjilidkan hasil
tugasan
Menyemak hasil
tugasan sebelum
dijilid
31 MAC 2011 Mencetak tugasan -
1 APRIL 2011
Hantar tugasan Hantar kepada
cikgu melalui ketua
kumpulan
Catatan : Semua yang terlibat memberikan kerjasama yang baik.
-
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
23/24
23
1. SUMBER INTERNET
Strata3. (N.D). Cort For Schools. Dicapai pada 17 Mac 2011 di http://
www.edwarddebonofoundation.com/cort1.htm
De Bono. (N.D). Cort Thinking Program. Dicapai pada 23 Mac 2011 di
http://www.debonoforschools.com/asp/cart_home.asp
Cort Thinking.Com. (N.D). Cort 1:Breadth. Dicapai pada 27 Mac 2011 di
hhtp://www.cortthinking.com/cort/1
2. SUMBER BUKU
Bar-On, R.(1997) Bar-On Emotional Quoltient Inventory : Users Manual.Toronto : Multi-Health Systems.
Dann. J. (2001). Understanding Emotional Intelligence In A week. London:
Hodder and Sloughton
9.0 LAMPIRAN
http://www.edwarddebonofoundation.com/cort1.htmhttp://www.debonoforschools.com/asp/cart_home.asphttp://www.debonoforschools.com/asp/cart_home.asphttp://www.edwarddebonofoundation.com/cort1.htm -
7/31/2019 1m1S_kump Larry - Copy
24/24
24