bangsawan presentation - copy

Upload: kamal-nahar

Post on 15-Jul-2015

157 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TEATER BANGSAWAN

Nor Akmal Nahar Norfazlin Abd Ghafar Nurul Idayu Mohamad Daip Shafiqah Hashim Umi Hamira Abd Aziz Siti Nurain Binti Padil

SEJARAH BANGSAWANBermula daripada 1870 yang dibawa oleh kumpulan teater India Parsi. Kemudian dianggap oleh orang Melayu sebagai salah satu seni kebudayaan Melayu. Menjadi popular di akhir abad ke-19. Antara kumpulan yang popular adalah Mamak Pushi dan Mamak Mansur

Pada awal kemunculannya masih mempunyai ciri-ciri teater tradisi yang telah disesuaikan dengan keperluankeperluan baru dalam masyarakat yang sedang membangun. Bangsawan di bandar baru membawa banyak perubahan dan penubuhan kumpulan Bangsawan bertujuan untuk mencari peminat dan keuntungan.

PERSEMBAHAN BANGSAWANBangsawan merupakan sebuah corak drama tradisional yang mempunyai beberapa sifat yang unik. Persembahan bangsawan keseluruhannya tidak menggunakan skrip kecuali terdapat satu senario atau ringkasan ceritanya. Kejayaan sesebuah kumpulan bangsawan banyak bergantung kepada Seri Panggung atau pelakon wanita utamanya dan orang muda atau pelakon-pelakon lelaki utamanya.

watak komedi atau acara lawak jenaka diselitkan bersama dalam lakonan drama bangsawan bagi mengurangkan ketegangan jalan cerita di samping mengubah perhatian penonton kepada kisah-kisah lucu.

KANDUNGAN CERITA BANGSAWAN

Pemilihan cerita-cerita Bangsawan terbahagi kepada lima jenis berdasarkan kandungan cerita dan nama wataknya iaitu:

Cerita dari sejarah tempatan Cerita kejadian zaman Cerita Islam atau Timur Tengah Epik Hindu Cerita Cina Cerita Indonesia dan Thailand

Cerita Dari Sejarah Tempatan Cerita-cerita yang berkaitan dengan kisahkisah bersejarah di Tanah Melayu adalah menjadi kegemaran para repertoire bangsawan Melayu. Keseluruhannya, temanya secara umum adalah berdasarkan kisah-kisah kebesaran rajaraja, riwayat hidup raja-raja dan juga kisah-kisah tokoh-tokoh pahlawan Melayu.

Cerita Kejadian Zaman Kebanyakan cerita yang tergolong ke dalam bahagian ini selain daripada kisahkisah yang berlaku di dalam negeri termasuk juga cerita-cerita yang berlaku dalam negeri termasuk juga cerita-cerita yang diambil dari kebudayaan asing.

Cerita Hindu Cerita-cerita yang berasal dari India ataupun yang mempunyai pengaruh kehinduan, hanya mendapat sambutan dalam repertoire terutama di antara tahun 1900-1920an.

Cerita Islam cerita-cerita kegemaran Bangsawan seperti juga bentuk drama tradisional yang lain-lain adalah cerita-cerita yang dibawa oleh kedatangan Islam. Di Tanah Melayu, seperti juga di negeri-negeri lain di Asia Tenggara, Islam datang melalui Parsi dan India.

Cerita Cina Cerita-cerita Cina tidaklah begitu popular sungguhpun ada juga yang telah dilakonkan. Mendapat sambutan dari golongan masyarakat bandar yang sebahagian besarnya terdiri dari orangorang Cina seperti di sekitar Kuala Lumpur dan Ipoh. Cerita dari Indonesia dan Thailand terdapat juga cerita yang diambil dari negeri jiran seperti Indonesia dan Thailand.

PEMENTASAN BANGSAWANBangsawan telah memperkenalkan teknik pementasan yang rumit dan teratur sekali. yang mula-mula menggunakan teknik pementasan seperti drama-drama di Inggeris dan negeri-negeri di Barat. tidak banyak menggunakan set atau peralatan pentas, kecuali adegan dalam istana. Bagi tiap-tiap pementasan Bangsawan, lampu-lampu terpaksa digunakan untuk menerangi penonton dan juga menimbulkan efek siang atau malam di atas pentas.

Sebelum penggunaan kuasa elektrik meluas di Tanah Melayu pada zaman permulaan kegiatan Bangsawan, lampu-lampu minyak tanah kerosene telah digunakan. Dalam persembahan drama Bangsawan Melayu terdapat tiga jenis pentas yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Bangsawan. -Kumpulan-kumpulan kecil menggunakan pentas dengan kelengkapan pentas yang asas dan perlu. -Kumpulan-kumpulan besar yang menggunakan pentas-pentas besar yang cukup lengkap dengan peralatan-peralatan daripada papan dan atap rumbia. -Pentas dalam bentuk kemas panjang yang berdinding kanvas. Bentuk ini hanya digunakan oleh kumpulan-kumpulan yang besar dan mashyur sahaja.

ELEMEN DALAM BANGSAWANPelakon Peralatan muzik Nyanyian dan Lagu Pakaian Tasmat Extra turn

Pelakon-pelakon Bangsawan adalah sejumlah besar daripada golongan anak-anak Bangsawan. Dari jumlah 60 orang anakanak Bangsawan, 40 daripada mereka terdiri daripada pelakon-pelakon. Kebijaksanaan pelakon berimprovisasi dengan dialog-dialog sendiri merupakan tarikan utama penonton untuk menonton pementasan Pelakon mestilah yang kacak dan cantik Bangsawan dianggap lengkap apabila terdapat unsur lucu dan melodrama selain daripada unsur-unsur kebenaran sebagai pokok cerita yang bernada serius

Pelakon Utama Pelakon Wira Pelakon Wirawati Ahli Lawak Raja Jin (Jin Afrit) Raja Pelakon Tambahan Menteri Hulubalang Dayang-dayang

PERALATAN MUZIKBunyi-bunyian sebagai latar belakang suasana dalam lakonan ataupun untuk mengiringi tarian-tarian dan nyanyian. diperlu untuk selingan-selingan tarian dan nyanyian yang banyak di dalam pementasan bangsawan.

NYAYIAN DAN LAGUpara pelakon utama akan menyanyi jika cerita yang dilakonkan ada hubungannya dengan lagu yang dinyanyikan. Bagi mempamerkan perasaan-perasaan sedih, gembira, marah takut dan sebagainya

TARIANPenari-penari terdiri daripada lelaki dan perempuan yang terlatih dalam berbagaibagai jenis tarian Timur dan Barat bagi persembahan dalam babak-babak extra, iaitu bahagian di antara dua babak Juga dikenali sebagai extra turn untuk memudahkan pertukaran alat-alat pentas mengikut latar babak-babak tertentu dan supaya penonton-penonton tidak tertunggu-tunggu.

PAKAIAN BANGSAWAN

mementingkan aspek pemandangan atau spectacle dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton. Semua pelakon-pelakon Bangsawan akan mengenakan pakaian yang cantik.

TASMATMerupakan elemen yang penting di dalam persembahan Bangsawan. merupakan satu bahagian di dalam persembahan bangsawan di mana peristiwa ajaib atau spektakular dipentaskan. selalunya diletakkan di akhir persembahan dan sentiasa dinantikan oleh penonton. Pelbagai unsur tasmat yang diselitkan antaranya bunga api, adegan terbang dan sebagainya.

EXTRA TURNselingan antara babak untuk menghiburkan penonton sementara set ditukarkan. acara yang dikemukakan adalah tarian serrta nyanyian secara langsung oleh penari, nyanyian sahaja atau lawak jenaka. extra turn tidak semestinya ada kena mengena dengan cerita bangsawan. boleh mempersembahkan nyanyian ataupun tarian moden.