bab 3 - copy

Upload: akim8725

Post on 10-Jul-2015

2.413 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BAB 3

SISTEM PENGHAWA DINGIN

3.1 Pengenalan

Sistem penghawa dingin didefinisikan sebagai suatu bentuk pendinginan, pengudaraan yang dibentuk bagi sesebuah unit peralatan seperti penyaman udara. Alatan tersebut direka bertujuan untuk menstabilkan suhu udara dan kelembapan bagi sesuatu tempat dan persekitaran. Di Hospital Teluk Intan, sistem penghawa dingin menggunakan pusat loji utama pemyejukan air dimana ia menghubungkan air yang telah diproses menjadi sejuk (chilled water) kepada Air Handling Unit (A.H.U) dan Fan Coil Unit (F.C.U). Selain itu terdapat juga penyaman udara jenis Split Unit luar yang digunakan disini.

53

3.2

Penghawa Dingin Split Unit

Umumnya, penghawa dingin jenis ini amat popular di mana-mana samada di rumah atau di tempat kerja. Antara jenis penghawa dingin yang digunakan di Hospital Teluk Intan ialah :-

3.2.1

Jenis Wall Mount Jenis ini biasanya pasang pada bilik yang mempunyai saiz yang kecil seperti bilik rumah dan bilik pejabat.

Rajah 3.2.1 : Wall Mount

54

3.2.2

Jenis Ceiling Exposed

Umumnya, penghawa dingin jenis ini biasanya dipasang pada tempat yang luas dan memanjang.

Rajah 3.2.2 : Ceiling Exposed

55

3.3

Penggunaan Tolok Pancarongga

Rajah 3.3 : Tolok Pancarongga

Tolok pancarongga merupakan sebuah alatan yang digunakan untuk melakukan kerjakerja dalam skop penyamanan udara. Alatan ini terdiri daripada tolok tekanan tinggi dan tolok tekanan rendah. Ia amat penting dalam kerja-kerja pemasagan dan menservis penyaman udara. Antara fungsi tolok pancarongga antaranya ialah membaca tekanan tinggi dan tekanan rendah pada sistem penyamanan udara, membaca suhu sepadan, mevakum sistem penyamanan udara, mengecas bahan pendingin serta menguji kebocoran.

56

3.4

Peralatan Dan Fungsi Alatan Penghawa Dingin Berpusat

Sistem penghawa dingin di Hospital Teluk Intan menggunakan peralatan seperti berikut: Chiller Condenser Water Pump Chilled Water Pump Cooling Tower

1. Chiller Chiller merupakan bahagian utama bagi sesebuah sistem penghawa dingin dimana ia berfungsi untuk menyejukkan air dan membekalkan kepada Air Handling Unit dan Fan Coil Unit.

2. Condenser Water Pump Bahagian ini berfungsi untuk mengepam air yang keluar daripada kondenser.

3. Chiller Water Pump Bahagian ini berfungsi untuk membekalkan dan mengepam air kepada Air Handling Unit (A.H.U) dan Fan Coil Unit (F.C.U)

57

4. Cooling Tower Bahagian ini berfungsi untuk membebaskan dan menyingkirkan haba daripada Chiller dan menyejukkan air yang keluar dari condenser menggunakan kipas dan penapis.

Rajah 3.4 : Cooling Tower

3.5

Huraian Sistem Beroperasi

58

Di Hospital Teluk Intan, tiga buah chiller telah ditempatkan di bilik jentera kawalan. Chiller tersebut menjalankan kerja menyejukkan air dan membekalkan air yang telah disejukkan kepada 37 unit Air Handling Units (A.H.U) dan 63 unit Fan Coil Units (F.C.U). Chiller tersebut mempunyai kapasiti 800 kw setiap satu unit dan suhu sehingga mencapai 7C untuk air keluar (water flow) dan 12C untuk air kembali (water retrieved) dari sistem. Ia beroperasi menggunakan dua buah chiller dan sebuah lagi dalam keadaan standby. Setiap unit chiller adalah berpasangan bersama Peralatan-peralatan tersebut ditempatkan di dalam Bilik peralatan yang digabungkan termasuk cooling tower, chilled water pump dan condensing water pump. Jentera (Bangunan Nombor 16) di Hospital Teluk Intan.

Unit pertama

chiller akan mula beroperasi secara manual apabila telah

diaturkan oleh sistem dan apabila chiller tersebut tidak mampu mengendalikan dengan beban/kuasa elektrik daripada bekalan penjana (Generator), chiller kedua akan mula beroperasi secara automatik dan beban penyejukan akan berkongsi antara dua chiller tersebut. Proses ini akan mencapai suhu return chiller water apabila ia melebihi 12C.

Oleh yang demikian, Fan Coil Units terletak di dalam bangunan wad untuk penghawa dingin wad kelas pertama dan dipisahkan oleh ruang kecil yang mana memerlukan penghawa dingin untuk tujuan keselesaan pengguna. Air Handling Units terletak di dalam bilik jentera bagi keadaan udara di kawasan/zon yang lebih besar. Semua udara kembali disalurkan kepada A.H.U dan dihantar kepada kawasan berkeadaan udara melalui peringkat penapis udara untuk mencapai suhu yang diperlukan bagi kebersihan udara yang dihantar. 3.5.1 Exhaust Fan

59

Alatan ini digunakan bertujuan untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan seperti wap bilik tandas dan bilik yang tertutup yang mempunyai udara yang mampat.

Rajah 3.5.1 : Exhaust Fan

3.6 Proses Penyelenggaraan

Setiap alatan dan jentera penghawa dingin perlu diselenggara pada masa yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti dan fungsi sesuatu alatan tersebut untuk terus diguna pakai oleh pengguna.

3.6.1 Penyelenggaraan Terhadap Air Handling Unit (A.H.U)

60

Untuk melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan terhadap A.H.U, sesebuah Air Handling Unit dan peralatan gabungan seperti exahaust fan dan duct heater perlu ditutup dan dimatikan jika ada. Bekalan kuasa perlu diputuskan sebelum melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan bertujuan langkah keselamatan. Antara pemeriksaan berjadual dan penyelenggaraan (PPM) yang dilakukan pada A.H.U ialah:

A.i.

Memeriksa ketegangan tali sawat. Pintu penyeliaan dan dibuka dan dialihkan. Belt Driver diperiksa supaya berkeadaan baik. Jika tali sawat didapati kendur lebih daripada 25mm, ubah sedikit nat ketegangan supaya ia menjadi tegang.iv.

ii. iii.

Jika tali sawat didapati telah koyak, tukar tali sawat yang baru. Setelah selesai, pasang semula pintu penyeliaan.

v.

B.

Memeriksa kebocoran (Pemeriksaan Bulanan) i. ii. iii. Untuk memeriksa kebocoran, bahagian water coils, seals dan pipe line diperiksa agar tidak berlaku leaking Jika terdapat kebocoran, baikpulih ianya bergantung pada penggunaan dan keadaan. Pastikan kebocoran yang berlaku dibaikpulih dengan segara agar tidak berpanjangan.

C.

Melakukan pelinciran bearing pada kipas A.H.U

61

i.ii. iii. iv.

Pintu penyeliaan bagi A.H.U di alihkan dan diletakkan di atas papan lapis. Suis motor dimatikan sebelum memeriksa keadaan tali sawat. Tali sawat di longgarkan. Kedua-dua bearing kipas dilincirkan dengan Mobilplex Ep No. 1. Kemudian, tali sawat tersebut diketatkan semula. Motor dihidupkan untuk melihat keadaan tali sawat tersebut.

v.vi.

Rajah 3.6.1 : Sebuah unit AHU

3.6.2 Penyelenggaraan Terhadap Fan Coil Unit (F.CU)

62

Sebelum melakukan pemeriksaaan berjadual dan penyelenggaraan (PPM) terhadap F.C.U, bekalan kuasa perlu diputuskan untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. Antara penyelenggaraan yang dilakukan ialah

A.

Membersihkan Filter (penapis) i. ii.iii.

Air diffuser dibuka dan dialihkan dengan berhati-hati. Filter dikeluarkan daripada dengan berhati-hati. Filter tersebut di bersihkan dengan cara menyembur pancutan air supaya kekotoran dapat luntur. Jangan perah atau gosok filter tersebut. Kemudian, ia dikeringkan untuk seberapa seketika Setelah dikeringkan, filter dipasang semula pada teras dengan berhatihati. Akhir sekali, air diffuser dipasang kembali.

iv. v. vi.

B.

Membersihkan Condensate Drain Line i. ii. iii. iv.v.

Keadaan pada drain pain diperiksa. Lebihan air pada drain pain dibuang. Sambungan pada hos clamp diputuskan. Wayar keras atau apa jua objek berbentuk bulat memanjang kecil digunakan untuk menolak penghalang keluar supaya tidak tersumbat lagi. Setelah selasai, ia diperiksa semula.

63

Rajah 3.6.2 : Fan Coil Unit

3.6.3 Penyenlenggaraan Terhadap Cooling Tower

Suis untuk cooling tower dan juga chiller perlulah dimatikan sebelum melakukan penyelenggaraan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku. Langkah kerja diulang untuk cooling tower yang lain bagi melakukan penyelenggaraan terhadapnya.

A.

Melakukan PPM pada Cooling Tower

i.ii. iii.

Suis untuk cooling tower ditutup terlebih dahulu. Pintu cooling tower dibuka. Water jack disambungkan dan dihidupkan. Bahagian dalaman cooling tower dibersihkan. Lumut-lumut yang melekat pada Bahagian coil permukaan cooling tower dibersihkan sehingga tertanggal. dibersihkan dengan menggunakan tembakan air water jack.

iv. v.

Bahagian kipas turut dibersihkan dengan water jack. Langkah kerja diulang sehingga selesai.

64

3.6.4 Penyelenggaraan Terhadap Penyaman Udara Split Unit

Untuk penghawa dingin jenis split unit, proses penyelenggaraan dilakukan sebulan sekali berdasarkan checklist PPM yang dikeluarkan. diperiksa supaya berkeadaan baik dan berfungsi. Keadaan penyaman udara

A.

Melakukan PPM terhadap penyaman udara split unit

i. ii. iii. iv. v. vi.

Suis untuk penyaman udara dihidupkan untuk memastikan ia berfungsi dan berkeadaan baik. Cover body dibuka dan filter dikeluarkan. Filter dibersihkan dengan menggunakan air dan dikeringkan. Sementara menanti filter dikeringkan, body pemyaman udara dibersihkan. Bahagian outdoor diperiksa. Arus pada pemampat diperiksa supaya bera pada bacaan dalam lingkungan 6A. Filter dipasang semula.

B.

Mengecas bahan pendingin (Top Up Gas) untuk penyaman udara jenis split unit berpandukan tekanan i. ii. Tekanan pada pemampat diuji terlebih dahulu menggunakan tolok pancarongga. Kesan kebocoran jika ianya berlaku.

65

iii. iv. v. vi. vii.

Jalankan sistem tersebut Sambungkan hos rawatan ke tangki servis bahan pendingin. Hos tolok pancarongga bahagian low pressure dan high pressure disambungkan pada pemampat. Buka injap pada bahan pendingin. Lakukan pelegaan di hos rawatan iaitu dengan membuangkan sedikit bahan pendigin dari hos tersebut bertujuan untuk mengembangkan keluar kelembapan di dalamnya.

viii.

Buka sedikit tolok pancarongga dengan perlahan-lahan. Biarkan wap bahan pendigin masuk kedalam sistem dengan kadar yang melebihi tekanan atmosfera.

ix. x.

Masukkan sedikit demi sedikit wap bahan pendingin dengan membuka injap di tolok pancarongga bahagian low pressure. Sekiranya tekanan saluran sedutan telah sampai ke takat tekanan yang dikehendaki, tutp injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendigin.

xi. xii. xiii.

Setelah selesai, tanggalkan hos pada saluran tekanan low pressure dan high pressure pada pemampat. Saluran diperiksan supaya bahan pendigin tidak keluar atau bocor. Operasikan penghawa dingin seperti sediakala untuk memmastikan ia sejuk.

66

Rajah 3.7 : Mengecas bahan pendigin

3.7

Komen dan Cadangan

67

Sistem penghawa dingin merupakan suatu sistem yang penting di Hospital Teluk Intan. Hal ini demikian kerana para pelanggan mahukan keselesaan dan ketenangan samada bagi pelawat, pekerja mahupun pesakit yang berada di dalam wad. Sistem ini telah beroperasi melebihi 20 tahun. Tidak hairanlah bahawa sistem ini sering mengalami masalah terutamanya pada penyaman udara tersebut. Untuk bagunan yang lama, setiap air handling unit (A.H.U) perlu ditukarkan kepada yang baru. Hal ini demikian kerana alatan tersebut sering mengalami masalah kepada penyaman udara lalu menyebabkan penyaman udara tersebut tidak sejuk atau sebagainya. Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan perlulah giat dijalankan agar masalah seperti kerosakan tidak berlaku. Pihak kontraktor juga perlulah kerap melakukan tinjauan dan penyelenggaraan terhadap jentera-jentera berat seperti chiller, cooling tower dan sebagainya agar masalah yang tidak di dingini dapat dielakkan. Disamping itu, penyaman udara jenis split unit yang didapati uzur dan rosak perlulah ditukar baru agar menjamin keselesaan penggunaan. Oleh yang demikian, kepuasan pelanggan dan keberkesanan sistem yang dijalankan dapat dicapai sekiranya cadagan ini dilaksanakan.

3.8

Kesimpulan Tuntasnya, sistem penghawa dingin merupakan suatu sistem yang bayak

memberi sumbangan kepada keselesaan manusia dimana ia sering digunakan dimanamana samada di rumah mahupun di tempat kerja. Oleh itu, setiap unit penyaman udara perlulah sentiasa diselenggara agar kepuasan dan keselesaan pengguna dapat dicapai.

68