192976814 seni dalam pendidikan

10
Aplikasi seni dalam pendidikan 3.0 PENULISAN AKADEMIK Aplikasi seni dalam pendidikan ialah berdasarkan penerapan aktiviti seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak kira apa sekalipun subjek yang diajar, seseorang guru boleh mengajar muridnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang tersendiri. Seni boleh diaplikasi seni dalam pengajaran kerana perkara ini dapat digunakan bagi menarik minat para murid-murid mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat murid- murid untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada sesi pengajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kreativiti murid-murid. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi penekanan lebih dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logik–matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis. Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudkan bagi membolehkan murid berkembang secara seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada guru-guru yang kurang pengalaman dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran 5

Upload: teokimmoi

Post on 20-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Aplikasi seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Aplikasi seni dalam pendidikan 3.0 PENULISAN AKADEMIKAplikasi seni dalam pendidikan ialah berdasarkan penerapan aktiviti seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak kira apa sekalipun subjek yang diajar, seseorang guru boleh mengajar muridnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang tersendiri. Seni boleh diaplikasi seni dalam pengajaran kerana perkara ini dapat digunakan bagi menarik minat para murid-murid mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat murid-murid untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada sesi pengajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kreativiti murid-murid. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi penekanan lebih dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudkan bagi membolehkan murid berkembang secara seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada guru-guru yang kurang pengalaman dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata murid-muridan yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen-elemen yang senantiasa wujud di sekeliling murid-murid. Kewujudan unsur-unsur ini membolehkan murid-muridt memmurid-muridi sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna, hidup akan menjadi satu perkara yang membosankan. Warna juga digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, tujuh warna yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Misalnya, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat didefinisikan sebagai sesuatu melodi atau rentak yang berlaku secara berulang. Irama muzik yang menarik akan mendorong individu untuk meminati muzik tersebut. Dalam kehidupan seharian, kita sering mendengar pelbagai irama. Sebagai contoh, bunnyi enjin kereta, bunyi angina bertiup, bunyi guruh, bunyi riuh rendah manusia dan sebagainya. Terdapat banyak lagi irama yang wujud di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berbual, berjalan, bermain bola dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid boleh menghasilkan irama yang pelbagai. Sekiranya murid-murid diberi pendedahan mengenai perkara ini, mereka akan lebih menghargai seni dalam pendidikan. Dalam pendidikan seni, irama dapat digambarkan sebagai susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Melalui aktiviti harian murid-murid seperti permainan, nyanyian, tarian lukisan dan lainlain, mereka akan dapat memmurid-muridi beberapa aspek mengenai irama. Irama mampu meransang minda murid-murid untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu perkara yang sedang dilakukan. Aktiviti yang tidak mempunyai unsur-unsur irama akan menyebabkan murid-murid merasa bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat murid-murid untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Murid-murid akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas murid-murid tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.Selain itu, Ruang juga merupakan elemen dalam mata murid-muridan Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Guru harus mempunyai pengetahuan dalam seni ruang. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga murid-murid melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam mengaplikasikan unsur seni yang bersesuaian akan membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif. Selain itu, guru perlu memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Murid-muridan Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan murid-muridan dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.Murid-murid di sekolah rendah akan dapat belajar belajar dengan lebih efektif dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, murid-murid tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan melalui suasan pembelajaran yang aktif. Pembelajaran secara aktif yang melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, murid-murid boleh meluahkan idea atau perasaan mereka serta emosi secara bebas dan kreatif.Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah haruslah melibatkan semua mata murid-muridan. Semua guru haruslah membuat sedikit pembelajaran tambahan mengenai aktiviti seni yang boleh digunakan dalam pengajaran mereka. Guru juga harus memastikan aktiviti seni yang digunakan mempunyai kaitan dengan topik yang diajarkan. Guru harus sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan kelebihan masing-masing. Guru juga harus menggabungkan tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar dan efektif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, menerapkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan lebih tertarik dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menggabungjalinkan mata murid-muridan tertentu dengan unsur warna (seni visual), irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran mata murid-muridan matematik dimana guru akan mengajar tajuk kepada murid-murid, guru harus unsur seni yang sesuai. Guru boleh meminta murid-murid melukis bentuk-bentuk seperti segi empat, segi tiga dan bulatan. Murid-murid kemudian boleh diminta untuk membahagikan bentuk-bentuk yang dilukis kepada beberapa bahagian yang sama dan mewarnakan bahagian dan menyebut pecahan yang berkaitan. Bimbingan daripada guru kepada murid-murid yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Murid-murid harus diberi kebebasan untuk menggunakan warna dan memilih bentuk-bentuk yang disukai. Murid-murid juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antara kesan-kesan positif semasa penerapan Seni Dalam Pendidikan ialah:1. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih SeronokPengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan penerapan pelbagai unsur seni merupakan satu inovasi dalam pendidikan. Berbeza dengan kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat, penerapan unsur seni dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, suasana pembelajaran akan menjadi lebih kondusif dan lebih mudah bagi murid untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

2. Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, suasana pembelajaran yang kondusif akan wujud. Perkara ini akan membantu mewujudkan proses pembelajaran dua hala antara guru dan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjalan secara dua hala akan memberi input yang maksima kepadaa murid-murid. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, guru haruslah sentiasa memberikan peneguhan kepada murid-murid. Peneguhan yang boleh diberikan ialah seperti pujian dan motivasi ekstrinsik setiap kali murid-murid mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan guru dan murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan mengiktiraf bakat yang dimiliki.

3. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara mencuba sesuatu yang baru. Proses penerokaan memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan satu aktiviti pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan.4. Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang TinggiPerasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaanjuga boleh mendorong individu untuk melakukan perkara yang baik atau sebaliknya. Melalui aktiviti seperti melukis, guru boleh menilai bagaimana perasaan muridnya. Kebolehan guru untuk memahami perasaan murid-muridnya akan membolehkan guru merancang aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan penggunaan ruang akan mewujudkan suasana riang dalam diri murid. Perasaan riang akan memberikan murid kebebasan daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Ini juga boleh membantu membina keyakinan diri dalam kalangan murid. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah mempunyai unsur seni yang riang supaya membantu murid membina keyakinan diri.Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman murid-murid tentang tajuk-tajuk yang diajar.

5