asia selatan grp -done edit

42
1.0 PENGENALAN Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang tokoh ulung yang melakar sejarah di bumi India. Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang mujadid atau reformer pendidikan, sosial, politik dan agama. Banyak yang telah diperkatakan tentang jasa dan perjuangan beliau terhadap tanah air mereka India. Sayyid Ahmad Khan dalam perjuangan mengubah minda masyarakat India Muslim, melalui tulisan, lisan dan aktiviti sosialnya telah menggesa masyarakat tersebut supaya mengambil yang terbaik daripada sistem pendidikan Barat. Untuk merealisasikan perjuangan beliau, Sayyid Ahmad Khan telah mengambil pendekatan bekerjasama dan menyokong pemerintahan British di India. Sayyid Ahmad Khan adalah tokoh yang telah mempengaruhi seluruh lapisan masyarakat dan mendominasi arena politik India pada tahun 1858 hingga 1898. Beliau merupakan jurubicara aspirasi baru masyarakat Islam yang runtuh akibat pemberontakan. Atas kesedaran daya usaha beliau membela nasib masyarakat India Muslim, beliau dianggap sebagai pengasas fahaman pemisahan ( founder of Muslim separatism). Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab mencetuskan idea “Two Nation Theory” yang memisahkan India dan Pakistan. Idea ini

Upload: nurulafizah-harun

Post on 29-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

selatan

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang tokoh ulung yang melakar sejarah di bumi

India. Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang mujadid atau reformer pendidikan, sosial,

politik dan agama. Banyak yang telah diperkatakan tentang jasa dan perjuangan beliau

terhadap tanah air mereka India. Sayyid Ahmad Khan dalam perjuangan mengubah minda

masyarakat India Muslim, melalui tulisan, lisan dan aktiviti sosialnya telah menggesa

masyarakat tersebut supaya mengambil yang terbaik daripada sistem pendidikan Barat. Untuk

merealisasikan perjuangan beliau, Sayyid Ahmad Khan telah mengambil pendekatan

bekerjasama dan menyokong pemerintahan British di India. Sayyid Ahmad Khan adalah

tokoh yang telah mempengaruhi seluruh lapisan masyarakat dan mendominasi arena politik

India pada tahun 1858 hingga 1898. Beliau merupakan jurubicara aspirasi baru masyarakat

Islam yang runtuh akibat pemberontakan. Atas kesedaran daya usaha beliau membela nasib

masyarakat India Muslim, beliau dianggap sebagai pengasas fahaman pemisahan ( founder of

Muslim separatism). Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab mencetuskan idea

“Two Nation Theory” yang memisahkan India dan Pakistan. Idea ini dikatakan berkembang

menjadi pemikiran komunal yang diperjuangkan oleh beliau.

Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang pejuang India dalam abad yang ke- 19 yang

terkenal dalam bidang pendidikan khususnya pendidikan Islam. Pada waktu itu, keadaan

pendidikan umat Islam di India adalah sangat mundur dan jauh ketinggalan. Hal ini terjadi

disebabkan oleh penjajahan yang dilakukan oleh pihak Inggeris dan juga penguasaan yang

dilakukan oleh penganut Hindu di India. Melalui idea- idea Sayyid Ahmad Khan yang bijak

dan bernas, beliau mampu mengubah keadaan pendidikan umat Islam di India supaya

menjadi lebih baik. Melalui universiti yang didirikan oleh beliau, ianya mampu melahirkan

pejuang-pejuang Islam yang memiliki daya intelektual yang tinggi dan berfikiran jauh

sehingga mereka tidak ketinggalan dalam perkembangan zaman serta mampu bersaing

dengan negara- negara Barat. Pemikiran-pemikiran Sayyid Ahmad Khan ini tidak hanya

berpusat di India sahaja bahkan ianya turut tersebar luas ke dunia luar juga. Nama beliau dan

pemikiran-pemikiran beliau masih diingati dan digunakan oleh pakar pendidikan. Apa yang

telah dilakukan oleh beliau menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang intelektual

Muslim sejati. Esei ini antara lain cuba untuk menyusuri latar belakang Sayyid Ahmad Khan,

pembaharuan dan pemikiran beliau serta reaksi terhadap pembaharuan yang dibawa oleh

Sayyid Ahmad Khan. Persoalan terhadap tajuk ini akan terjawab apabila kita mengikuti

perkembangan yang berlaku kepada tokoh pencetus aliran Aligarh ini.

1.1 Latar Belakang Sayyid Ahmad Khan

Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang tokoh Islam yang memperjuangkan

kepentingan agama Islam dan masyarakat Muslim di India. Beliau dilahirkan pada 17

Oktober 1817, di Delhi India.1 Kehidupan Sayyid Ahmad Khan boleh dibahagikan kepada

empat peringkat iaitu peringkat pertama, kedua, ketiga dan keempat. 20 tahun pertama (1817-

1837) merupakan fasa yang tidak begitu penting dalam hidup beliau kerana hanya

menggambarkan zaman remaja, pendidikan awal dan persekitaran beliau yang telah berjaya

mencorak idea beliau sendiri iaitu kesan pemerintahan empayar Mughal.2 Fasa kedua

hidupnya iaitu bermula dari (1837-1857) memperlihatkan permulaan kerjaya beliau dengan

Kerajaan British dan beliau telah melibatkan diri dalam penulisan beberapa buah buku serta

menjadi penyelamat ahli-ahli keluarga British ketika Pemberontakan Dahagi. Fasa ketiga

kehidupannya bermula pada tahun (1857-1877), pada tahap ini beliau bertugas sebagai

pegawai kehakiman dan beliau menunjukkan minat terhadap bidang pendidikan dengan

melahirkan masyarakat yang berpendidikan di mana-mana sahaja beliau ditugaskan. Pada

ketika ini, beliau juga telah pergi ke London untuk memperoleh pengetahuan tentang sistem

1 Md. Affandi Awang, (2006). ‘Latar Belakang Syed Ahmad dan Gandhi’ dalam Komunalisme: kesannya keatas peradaban India. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 25.2 Rafiq Zakaria, (1970). Rise of Muslims in Indian Politics. India: Somaiya Publications. Hlmn 41

pendidikan British agar sistem yang sama itu dapat dilaksanakan di India. Fasa keempat

dalam hidupnya iaitu bermula dari (1877-1898) merupakan era yang menampakkan aktiviti

politik, pendidikan dan keagamaan Sayyid Ahmad Khan dalam pengalaman beliau

membimbing masyarakat India ke arah pembinaan negara bangsa. Idea serta pemikiran yang

dibawa oleh beliau merupakan satu cetusan kepada kebangkitan pemodenan dalam Islam.

Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di rumah datuk sebelah ibunya, Khwajah Farid al-din

Ahmad Khan (1747-1828), yang merupakan seorang bangsawan yang mempunyai kedudukan

tinggi dalam kerajaan Mughal.3 Datuknya pula pernah dilantik menjadi perdana menteri di

istana Mughal dan menjadi duta Iran serta Burma bagi pihak kerajaan India Timur Inggeris di

Calcutta.4 Selain itu, Khwajah Farid al-din telah dilantik menjadi pesuruhjaya kolej iaitu

sebuah madrasah di Calcutta yang didirikan oleh Warren Hasting. Datuk kepada Sayyid

Ahmad Khan juga merupakan ahli matematik dan astronomi yang terkemuka di kalangan

orang India Muslim pada ketika itu.

Manakala bapanya iaitu Sayyid Muhammad Muttaqi merupakan seorang penggiat

agama dengan ahli sufi yang mempunyai kaitan dengan Nabi Muhammad S.A.W iaitu

melalui cucu baginda SAW, Fatimah Az-Zahra dan Ali bin Abi Talib.5 Nenek moyang

mereka ini yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab, yang telah melarikan diri ke Iran

kerana tidak tahan dengan tekanan Kerajaan Bani Umaiyah (661- 750).6 Dari Iran mereka

berpindah ke Afghanistan dan akhirnya keluarga beliau tiba di India semasa pemerintahan

Shah Jahan (1628-1666).7 Bermula daripada detik itu, keluarga ini telah mendapat tempat di

istana kerajaan Mughal. Sayyid Muhammad Muttaqi mempunyai pengaruh yang besar dan

sangat dihormati oleh Maharaja Akhbar Syah II, iaitu Raja Mughal.

3 Ibid., Hlm. 26.4 Mujeeb Ashraf, (1982). Muslim Attitudes towards British Rules and Western Culture in India. Delhi : I darah-I Adabiyat-Delhi. Hlm. 233.5 S.M Burke dan Salim Al-Din Quraishi, (1995). The British Raj in India an Historical Review. Karachi: Oxford University Press. Hlm. 76.6 Md. Affandi Awang, (2006). Op. cit. Hlm. 26.7 Ibid,. Hlm. 26.

Sayyid Ahmad Khan telah mendapat pendidikan awal dalam bidang agama secara

tradisional.8 Selain itu, beliau juga turut mempelajari bahasa Parsi, bahasa Arab, ilmu

matematik, dan juga sejarah.9 Beliau juga gemar membaca buku-buku dalam pelbagai

disiplin. Hal ini menjadikan beliau seorang yang berfikiran jauh dan mudah menerima ilmu

pengetahuan moden. Kesenangan dan kemewahan yang dilalui keluarganya sejak kecil

berakhir apabila ayahnya meninggal dunia pada tahun 1838.10 Kebetulan pada ketika itu

ibunya telah mendapat sedikit ganjaran dari istana telah menyebabkan Sayyid Ahmad Khan

memutuskan untuk berkerja dengan SHTI ketika beliau berumur 18 tahun. Walaupun

keluarganya tidak bersetuju kerana pekerjaan tersebut tidak setaraf dengan kedudukan

mereka, beliau terpaksa bekerja disebabkan tiada pilihan. Beliau telah bekerja sebagai kerani.

Pada tahun 1839, beliau telah dilantik menjadi Deputy Reader (Naib Munshi) kepada

pesuruhjaya tinggi wilayah Agra, iaitu Robert Hamilton.11 Kemudian, beliau telah dilantik

sebagai Munsif (sub-judge/ Small Cause Judge) di Mainpuri dan ditukarkan ke Fatehpur Sikri

pada tahun 1842 hingga tahun 1846.12 Pada tahun 1848, beliau telah ditukarkan ke Delhi

untuk mengambil alih tempat abangnya yang meninggal dunia bagi menjaga ibunya.

Sepanjang tempoh lapan tahun iaitu tahun 1846 hingga tahun 1854, New Delhi merupakan

satu tempoh yang sangat bererti bagi beliau kerana beliau telah tamat pendidikannya. Pada

tahun 1885 beliau dilantik sebagai Sadr Amin (Hakim), di Bijnore (Uttar Pradesh).13

Tiga tahun kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Hakim di

Moradabad. Beliau telah bersara pada tahun 1877. Selepas itu beliau telah menubuhkan

instituisi pendidikan yang dikenali sebagai Muslim Universities of Aligarh. Beliau

menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1899 ketika berumur 81 tahun. Atas

8 Ibid., Hlm. 27.9 Shan Muhammad, (1969). Sir Syed Ahmad Khan A political Biography. Meerut India : Meenakshi Prakashan. Hlm. 43.10 Md. Affandi Awang, (2006). Op. cit. Hlm. 28.11 Ibid., Hlm. 29.12 Ibid., Hlm. 29.13 Ibid., Hlm. 29.

sumbangan beliau kepada masyarakat, beliau telah dipilih sebagai salah seorang anggota

Imperial Legislative Council (1878), Pesuruhjaya Pendidikan (1887), Pesuruhjaya

Perkhidmatan Awam (1888) dan mendapat anugerah Knight Comander of Star of India

(K.C.S.I) yang membawa gelaran Sir. Idea pembaharuan yang diutarakan oleh Sayyid Ahmad

Khan telah banyak membantu meningkatkan kefahaman dalam kalangan India Muslim untuk

melakukan pembaharuan.

Semasa pemberontakan Sepoi (1857-1858), beliau menyebelahi pihak British,

menyelamatkan nyawa orang- orang Inggeris, dan memberi perlindungan kepada mereka

walaupun nyawa beliau terancam. Beliau telah dipuji oleh pihak British dan diberikan

ganjaran berbentuk sebuah ladang yang sangat berharga tetapi beliau enggan menerimanya.14

Setelah pemberontakan kembali tenang, beliau telah menganalisis sebab-sebab berlakunya

pemberontakan orang India dan menyediakan sebuah risalah bertajuk ’Asbab-e-Bhagavat-e-

Hind’ dalam bahasa Urdu,15 (Punca Pemberontakan Orang- orang India), diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris sebagai The Causes of The Indian Revolt pada tahun 1873. Beliau

kemudiannya telah menghantar sebanyak 500 naskah buku tersebut kepada kerajaan British

di England. Syed telah bertegas dengan berkata, ”Saya menganggap tugas saya terhadap

negara, rakyat, dan kerajaan untuk membawa perkara ini kepada pengetahuan umum. Tetapi

jika saya mengalami kesan buruk daripada sebab yang memberi faedah kepada kedua-dua

empayar dan rakyatnya, saya akan menanggungnya”.16

Pada tahun 1869, beliau telah melawat ke London dan mula bergiat aktif dalam

pelbagai aktiviti sosial, kesusasteraan dan politik. Beliau telah dijemput untuk menghadiri

makan malam oleh para Lord dan Duke dan berpeluang untuk bertemu dengan ramai

14 Shan Muhammad, (1969). Sir Sayyid Ahmad Khan, A Political Biography. Meerut India: Meenakshi Prakashan. Hlm, 43.15 “ Sayyid Sir Syed Ahmad Khan (1817-1898/1232-1316)”, http://www.cis.ca.org/voices/k/syydkhn-mn.htm, 1 Jun 2001.16 J.M.S. Baljon, Jr., D.D., (1964). The Reforms and Religious Ideas of Sir Sayyid Sir, Syed Ahmad Khan.Lahore : Sh. Muhammad Ashraf. Hlm, 15-16.

penggiat seni serta pekerja biasa. Atas sumbangan dan jasanya terhadap kerajaan British

terutamanya dalam membantu dan melindungi masyarakat British semasa pemberontakan

Sepoi, beliau telah dianugerahkan ”Companion of The Star of India”, (C.S.I) di London.17

Sebelum pulang ke India, beliau telah melawat dua buah universiti terkenal Britain iaitu

Oxford dan Cambridge serta beberapa buah kolej swasta termasuklah Eaton dan Harrow. Ini

untuk dijadikan model bagi penubuhan Muhammadan Anglo- Oriental College di India.18

Apabila beliau meninggal dunia pada 27 Mac 1898, beliau ditangisi oleh ribuan

manusia. Beliau telah memberikan sumbangan yang sangat bererti kepada masyarakat Islam

sewaktu mereka tiada pemimpin untuk memimpin selepas kejatuhan empayar Mughal di

benua kecil India. Beliau digambarkan sebagai pendidik, pemidato, pemimpin politik,

pemimpin masyarakat, mujadid, pemikir agama, jurnalis19, pengarang, pakar undang- undang

(jurist),20 dan salah seorang tokoh ternama dalam sejarah India moden.

Who dares call you dead? Verily!

You are the most alive of all the living

For, are not your virtues immortal and

Your achievements eternal?21

2.0 SUMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH SAYYID AHMAD KHAN DALAM

USAHA MEMODENKAN MASYARAKAT MUSLIM

2.1 Beliau Telah Bertindak Sebagai Orang Tengah Antara Perhubungan India Muslim

Dengan Pihak Inggeris

17 Pingat dan tauliah diraja yang disampaikan oleh Duke of Argyll yang juga setiausaha Negara untuk India. Lihat George Farquhar Irving Graham, (1974). The Life and Work of Sir Syed Ahmed Khan.Karachi, London: Oxford University Press. Hlm, 100.18George Farquhar Irving Graham, (1974). Op. Cit. Hlm, 272. 19 “Sir Syed Ahmad Khan”, http://www.schinan.com/SirSyed.htm, 15 Julai 2002.20 “Sir Syed Ahmad Khan”, http://www.brain.net.pk/-wisetech/50/bio/syed.htm, 11 April 2002.21 Shan Muhammad, (1969.) Op. Cit. Hlm, 260.

Nama Sayyid Ahmad Khan mula terkenal di kalangan pemerintah Inggeris di seluruh

India kesan daripada kebijaksanaan beliau yang terserlah sebagai hakim di Bijnor. Sayid

Ahmad Khan berjaya memujuk pegawai British dan ahli keluarganya bahawa mereka akan

selamat dan dilindungi olehnya.22 Beliau memiliki kelebihan dalam memujuk di mana beliau

akhirnya berjaya memujuk ketua pemberontak iaitu Nawab Mahmod Khan untuk berbincang

di meja rundingan yang membolehkan orang Eropah meninggalkan Bijnore dalam keadaan

selamat. Walaupun selepas itu muncul golongan zamindar yang telah menyerang golongan

Nawab Mahmod Khan yang akhirnya meyebabkan keadaan huru-hara, namun orang British

tetap dapat diselamatkan.

Sayyid Ahmad Khan dapat menyakinkan pihak British di India bahawa semasa

Pemberontakan Dahagi pada tahun 1857, ianya bukan disebabkan oleh pertelingkahan

masyarakat Islam dan Hindu dengan agama orang Inggeris iaitu masyarakat Kristian. Beliau

mendakwa bahawa orang-orang Islam masih lagi patuh kepada kerajaan British di India.

Dalam bukunya The Cause of The India Revolt telah menyatakan sebab utama yang

membawa kepada pemberontakan besar pada tahun 1857 itu adalah kerana tidak ada

penglibatan orang India dalam badan peringkat tertinggi seperti legislatif.23 Beliau juga turut

mengkritik pihak pemerintah yang membelanjakan wang yang begitu banyak untuk

memperkembangkan agama Kristian di India. Menurut buku beliau yang kemudiannya

diterjemahkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1873, sesungguhnya pemberontakan 1857

yang berlaku itu adalah disebabkan kelemahan mereka sendiri.24

2.2 Melakukan Pelbagai Pembaharuan Dalam Aspek Pendidikan Dan Sosial

Masyarakat

22Md. Affandi Awang, (2006). Op. cit. , Hlm. 29.23 Birendra Prasad, (1979). Indian Nationalism and Asia. Delhi : B.R. Publishing Corporation. Hlm. 13.24 Md. Affandi Awang, (2006). Op. cit. Hlm. 30.

Sayyid berpendapat bahawa orang Hindu adalah lebih maju setengah abad daripada

orang Islam dalam pendidikan Barat. Oleh itu, Sayyid Ahmad Khan banyak melakukan

pembaharuan dalam bidang pendidikan di India. Idea- idea yang dikemukakan oleh beliau

bermatlamat untuk memajukan pendidikan dalam kalangan masyarakat. Pada pendapat

beliau, masyarakat Islam di India mundur kerana ketiadaan kemajuan dalam teknologi moden

dan aspek keilmuan yang tinggi. Beliau menggalakkan kemajuan pendidikan masyarakat

muslim selaras dengan perkembangan zaman. Selain itu, beliau berpendapat bahawa melalui

sikap suka mengkaji sejarah, ia dapat meningkatkan tahap kemajuan dalam kalangan

masyarakat muslim. Mereka mampu mengkritik kerajaan, tetapi tindakan sedemikian tidak

mampu dilakukan oleh pihak beliau, kerana ia akan membahayakan program pendidikan

muslim yang menerima bantuan kewangan daripada kerajaan British. Seterusnya, seperti kata

Jawaharlal Nehru lagi :

”Syed’s decision to concentrate on Western education for Muslims was

undoubtedly a right one, without that they could not have played any effective part

in the building up of Indian Nationalism..”25

Pemberontakan Dahagi 1857 yang berlaku, telah banyak mengubah pemikiran

Sayyid Ahmad Khan bukan sahaja dari segi aktiviti sosialnya tetapi juga dari segi pemikiran

keagamaannya. Beliau yakin bahawa perikatan agama yang akrab antara Kristian dan Islam

adalah perlu bukan sekadar untuk menghilangkan kesangsian British terhadap Muslim di

India tetapi juga demi kemajuan umat Islam.26 Beliau mula untuk menyingkirkan segala

cabaran atau amalan dan tradisi Muslim yang menghalang ke arah hubungan baik antara

kedua-dua penganut agama tersebut. Setelah berjaya mendamaikan umat Islam dengan

pemerintah Inggeris, Sayyid Ahmad Khan mula mengetengahkan idea- ideanya dalam rangka

25 Ibid,. Hlm. 226.26 Vidhya Dhar Mahajan (1975). The Nationalist Movement in India. Sterling Publishers: Delhi. Hlmn 236.

memajukan umat Islam di India. Menurut beliau, kemunduran masyarakat Islam adalah

kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan teknologi moden seperti orang Eropah. Menurut

beliau lagi, al-Quran sangat menggalakkan umat Islam menggunakan akal dalam bidang yang

sangat luas, meskipun mengjangkaui batasan. Gabungan kemampuan akal, kebebasan

manusia yang berkehendak dan melakukan sesuatu yang baik menyebabkan kemajuan ilmu

pengetahuan dan tekonologi di Barat.27

Beliau mahu umat Islam berkembang maju seiring dengan kemajuan ilmu

pengetahuan dan teknologi moden. Dengan menganalisis sejarah masa lalu, beliau

menyimpulkan bahawa sifat tersebut jugalah menjadikan umat Islam mencapai kemuncak

kemajuan pada masa lalu. Sayyid Ahmad Khan menumpukan seluruh tenaga dalam bidang

pendidikan hingga akhir hayatnya kerana baginya, “... ubatlah akarnya pasti pohonnya akan

subur.”

Langkah awal yang dilakukan olehnya ialah dengan menubuhkan sekolah Inggeris di

Mudarabad (1861) dan Ghazipur (1863). Kedua-dua sekolah ini didirikan atas sokongan

orang ramai, orang- orang ternama, orang Hindu dan orang Muslim. Sekolah ini dikatakan

mendapat lebih tarikan daripada sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian.

Untuk menyebarluaskan ilmu Barat, beliau telah menubuhkan The Translation Society (1864)

di Ghazipur yang kemudiannya di kenali sebagai The Scientific Society untuk

menterjemahkan pengetahuan moden dalam bahasa Urdu termasuklah menghasilkan jurnal

dwibahasa (Urdu dan Inggeris), Mohammedan Social Reformer dan Aligarh Institute Gazette.

Antara buku yang diterjemahkan dalam bahasa Urdu ialah History of India karya Elphinstone

dan Political Economy karya Mills.

Pada tahun 1878, sekolah yang dinamakan Muhammadan Anglo-Oriental College

(MAOC) telah didirikan. Kemudiannya, ia dinamakan pula sebagai Muslim University of

Aligarh. Kegigihan untuk mendirikan pusat pengajian tinggi untuk orang Muslim ini

27 Aziz Ahmad, (1969). An Intellectual History of Islam in India. Chicago : Edinburgh University Press. Hlm, 13.

seharusnya dijadikan contoh kepada tokoh-tokoh reformasi kerana beliau telah

melakukan pelbagai usaha dan tenaga yang ada padanya. 28 Sayyid Ahamd Khan amat

bernasib baik kerana mendapat bantuan pegawai Eropah untuk mengendalikan “ University

Cambridge of India” itu. Antara sarjana yang turut mengendalikan dan mewarnai

kegemilangan universiti Aligarh ialah Theodore Beck, Thomas Arnold dan Sir Walter

Raleigh. Kurikulumnya adalah mengikut kurikulum Eropah dan pengajiannya dibahagikan

kepada dua iaitu pengajian Barat (moden) dan pengajian Timur yang diajar dalam bahasa

Urdu. Selain daripada pelajar-pelajar Muslim, universiti ini turut menerima pelajar Eropah,

Hindu dan Parsi. Setelah Universiti Aligarh sudah berdiri megah, Sayyid Ahmad

Khan mencari idea untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Islam di

India. Beliau sedar bahawa universiti ini tidak cukup untuk menampung lebih

dari 70 juta orang ketika itu. Tahun 1886, beliau telah membentuk Mohammaden

Educational Conference yang mengadakan persidangan dalam kalangan

cendiakawan Islam untuk membincangkan isu pendidikan masyarakat Islam di

India. Persidangan ini menjadi alat kebangkitan intelektual dan penyebaran ilmu

pengetahuan secara lebih luas. Ada dalam kalangan golongan intelek

menggunakan pertemuan tersebut untuk membangkitkan semangat pembaharuan

sosial, kemajuan ekonomi dan intelektual masyarakat Islam di India.

Selain itu, Syed Ahmad Khan telah memberi pandangan terhadap pegangan atau

kepercayaan umat Islam di India untuk membuktikan bahawa tiada sebarang halangan atau

batasan yang ditentukan di dalam al-Quran yang melarang mereka untuk mendapat

pendidikan Inggeris dan menerima pemikiran rasional dan ilmu logik sains dari Barat. Beliau

28 Beliau melakukan pelbagai cara dari mengutip derma, majlis membaca puisi, melukis gambarnya yang dilukis kepada orang ternama dan menganjurkan loteri untuk membiayai universiti itu.

telah menyeru Muslim di India untuk mengikut perkembangan atau pembangunan yang

disarankan oleh Raja Ram Mohan pada setengah abad yang lalu.

Syed Ahmad Khan yakin bahawa pendidikan, pemikiran dan budaya Barat merupakan asas

kepada kemajuan Muslim India, maka beliau telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan

bagi mencapai tujuan tersebut. Beliau telah mengasaskan Muhammadan Anglo-Oriental

College (MAOC) atau Madrasah Uloom di Aligarh pada tahun 1877.29 Bermula pada tahun

1870 lagi Syed Ahmad Khan percaya bahawa pendidikan tinggi merupakan langkah pertama

ke arah pembangunan nasional dan pembentukan sebuah bangsa yang maju adalah mustahil

sehingga sesuatu bangsa berjaya menghasilkan masyarakat yang berpendidikan tinggi .

Beliau menyatakan bahawa “Illliteracy is the mother of poverty”.30 Gerakan Aligarh ini telah

menjadi titik penting dalam sejarah politik Muslim di India kerana telah lahir gerakan untuk

mewujudkan sebuah negara Muslim yang bebas dan penentangan terhadap idea penyatuan

bangsa India.31

2.3 Bergiat Aktif Dalam Bidang Penulisan Dan Karya

Bidang penulisan sememangnya menjadi satu peluang kepada Sayyid Ahmad Khan

untuk menyampaikan pelbagai idea beliau. Beliau dikatakan menghasilkan lebih dari 30 buah

karya agama, enam buah karya berkaitan dengan Sejarah dan lebih 10 buah buku penulisan

umum. Beliau menghabiskan masanya untuk menulis buku berkaitan dengan riwayat hidup

Nabi Muhammad s.a.w dengan kesalahan fakta kehidupan junjungan besar yang ditulis oleh

pengkarya barat. Antara karya yang ditulis oleh beliau yang berjudul Essays on the Life of

Muhammad. Pihak Barat sentiasa mempunyai propaganda untuk memutarbelitkan fakta

29 R.C. Majumdar, (1962). History of The Freedom Movement in India. Calcutta: Firma K.L. Mukhopadhyay. Hlmn 478.30 Rafiq Zakaria, (1970). Rise of Muslims in Indian Politics. India: Somaiya Publication Press LTD. Hlmn 6131 Abul Hassan Ali Nadwi, (1976), Muslims in India, Islamis Researches and Publications, India. m/s (98)

tentang agama Islam. Sikap prejudis ini mendorong beliau untuk mematahkan hujah barat

melalui penulisan. Isu yang disentuh adalah berkaitan dengan poligami dan perhambaan

dalam Islam.32

Pada masa yang sama, beliau turut menulis dan menerbitkan risalah mengenai The

Loyal Mohammedans of India pada tahun 1860. Tujuan beliau menulis risalah ini ialah untuk

merekodkan secara rasmi individu Muslim yang berjuang bermati-matian mempertahankan

pentadbiran British semasa pemberontakan. Hal ini juga sebagai menjawab kritikan dan

tohmahan terhadap masyarakat Islam yang dibuat oleh pihak tertentu yang tidak berasas.33

Melalui penerbitan karya penulisan ini, ia telah memberikan impak yang baru kepada

pemikiran masyarakat India dan Muslim untuk lebih maju dalam kehidupan sosial.

Pada tahun sebelumnya iaitu pada 1866, beliau menerbitkan bahan yang berjudul The

Aligarh Institute Gazette.34 Ia diterbitkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Urdu.

Karya tersebut berupaya menjana idea kepada masyarakat Muslim untuk meningkatkan

pemahaman mereka tentang kepentingan untuk berjuang meningkatkan kualiti diri. Melalui

karya ini, ia dimuatkan dengan artikel tentang masalah sosial, ilmu pengetahuan, politik dan

sebagainya lagi. Beliau merupakan orang yang pertama di India yang menyedarkan tentang

betapa perlunya untuk menterjemahkan agama Islam sebagai satu cara hidup yang bersifat

liberal, moden dan progresif. Pengenalan kepada cara pemikiran beliau telah membuka

sedikit sebanyak pemikiran masyarakat Muslim. Perjuangan yang dilakukan oleh Sayyid

Ahmad Khan bertujuan untuk membuktikan kepada dunia bahawa agama Islam adalah satu

32 Mahdi Shuid. Sayyid Ahmad Khan (1817-1899) Nasionalis India atau Nasionalis India Muslim. Diperoleh pada 21.11.2013.https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&ved=0CD8QFjAD&url=http%3A%2F%2Fbtpnkl.edu.my%2Fcerdiknet%2Fbahan%2Fsejarah%2Fdownload%2Fd.doc&ei=kN6MUt2LDMm3rgf7kYCIAQ&usg=AFQjCNH17AL3eNtxEFQnlnFs4FPFNGyk5Q&bvm=bv.56643336,d.bmk

33 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalism kesannya ke atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm . 31.34 Md. Afandi Awang. (2006). Komunalism kesannya ke atas Peradaban India. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm.33.

agama yang membawa kebenaran kepada semua. Beliau berhasrat untuk meningkatkan

pengetahuan masyarakat dan meningkatkan imej masyarakat Muslim di India.

Melalui bidang penulisan, beliau telah menganjurkan perhubungan yang baik antara

masyarakat Muslim dan orang Inggeris. Beliau menerangkan dalam buku yang berjudul

Ahkam Ta’am Ahl Kitab yang diterbitkan pada tahun 1868. Ia menerangkan bahawa

masyarakat Muslim boleh menjamu bersama dengan orang Eropah. Tujuannya adalah untuk

mendamaikan kedua belah pihak. Kesannya, sikap prejudis kedua-dua belah pihak ini

semakin berkurangan dan masyarakat Muslim mula berminat untuk belajar daripada orang

Barat. Beliau pernah menerbitkan The Mohamedan Commentary on the Holy Bible. Karya ini

telah menimbulkan kontroversi kerana beliau telah digelar sebagai seorang yang kafir. Berita

ini menjadi satu khabar angin yang cukup hebat di India. Ada sesetengah pihak yang

menganggap bahawa beliau akan menukarkan agamanya kepada agama Kristian.

Para penulis Barat menganggap beliau sebagai seorang yang pemikirannya liberal,

progresif dan mampu menyedarkan masyarakat. Keadaan ini berlangsung walaupun setelah

kematian beliau. Ia menunjukkan bahawa, apa yang disampaikan oleh Sayyid Ahmad Khan

dalam karya yang dihasilkan menjadi inspirasi kepada golongan yang terpengaruh dengan

wadah beliau. Sehinggakan seorang sarjana pernah menyatakan bahawa beliau adalah orang

pertama yang memberikan kesedaran tentang tanggapan baharu terhadap Islam yang liberal,

moden dan progresif. Selanjutnya, ia memberikan kesan kepada pengetahuan agama Islam

dan aspek intelektual dalam pemikiran Sayyid Ahmad Khan.

2.4 Sumbangan Dalam Bidang Politik Dan Pertubuhan

Pemikir politik Syed Ahmad Khan sering disalah anggap dalam politik India moden.

Hal ini kerana, penganalisis dari negara kelahirannya menganggap beliau seorang pemisah,

manakala penulis dari negara Pakistan menganggap beliau sebagai bapa kepada teori dua

negara dan seterusnya menganggap beliau sebagai orang pertama yang mencetuskan idea

Pakistan. Menurut Shan Muhammad, Syed Ahmad Khan bukan seorang yang mengamalkan

ideologi pemisah atau yang mencadangkan teori dua negara berasingan bagi orang Hindu dan

Islam. Beliau merupakan penggerak yang utama masyarakat Islam di India apabila empayar

Mughal dijatuhkan oleh penjajah British dan umat Islam menerima tindak balas yang parah

akibat dikatakan bersekongkol dalam pemberontakan Sepoi yang menyebabkan penganut

agama Islam di ancam oleh penjajah British selepas peristiwa tersebut. Walaupun beliau

berpandangan sekular, tetapi semangat nasionalis dapat dilihat apabila beliau menganggap

India sebagai tanah airnya dan tidak pernah menganjurkan gerakan pemisah. Beliau turut

bersikap toleransi dengan penganut agama Hindu apabila beliau menganggap masyarakat

Hindu dan Islam sebagai dua mata daripada satu induk India. Pernah dalam ucapannya,

Sayyid Ahmad Khan membandingkan India diumpamakan dengan sepasang mata pengantin

perempuan. Jika satu mata rosak kecantikan pengantin hilang sama sekali. Di peringkat awal,

ia pernah menegaskan bahawa Hindustan merupakan negara bagi orang Hindu dan dalam

kategori Hindu termasuklah orang India Muslim dan India Kristian.

Syed Ahmad Khan telah mempopularkan teori dua bangsa. Mengikut pandangannya,

mana-mana agama tidak memperkecilkan kepentingan perpaduan manusia. Beliau juga

berpegang kuat kepada ideal pelbagai budaya dan menganggap India sebagai tanah air kepada

kedua-dua masyarakat Hindu dan Muslim. Sayyid Ahmad Khan mengajar masyarakat

Muslim di India dengan mengatakan bahawa Kerajaan British merupakan pelindung

kepentingan mereka daripada penindasan dan ancaman Kongres Kebangsaan India yang

majoritinya penganut agama Hindu.35

35 Francis Robinson, (2007). Separatism Among Indian Muslims:The Politics of The United Province’s Muslims 1860-1923. New York: Cambridge University Press. Hlmn 4.

Sumbangan Sayyid Ahmad Khan dalam bidang politik dan pertubuhan di India adalah amat

meluas. Sumbangan beliau dalam aspek ini dapat dilihat apabila beliau menubuhkan British

India Association yang dikatakan mendahului India National Congress di Alirgarh pada tahun

1866. British India Association ditubuhkan bagi berperanan untuk menyalurkan dan

menyampaikan pelbagai masalah dan isu yang dihadapi oleh penganut agama Islam dengan

pemerintah. Beliau turut menentang kemasukan orang Islam dalam parti Indian National

Congres (INC).36 Hal ini kerana, gerakan itu dimulai terlalu awal dan masyarakat Islam pada

ketika itu masih mundur dalam pendidikan dan mentah dalam arena politik. Beliau

menegaskan beliau bersetuju memerdekakan India tetapi tidak bersetuju dengan cara INC.

Menurutnya INC kurang memberi perhatian terhadap golongan minoriti iaitu kepentingan

penganut agama Islam serta lain-lain agama yang terdapat di India. Apabila sistem demokrasi

diperkenalkan, golongan Muslim akan menjadi minoriti kerana majoriti penduduk India

adalah dari kalangan penganut agama Hindu iaitu nisbah penganut agama Islam dengan

Hindu adalah 1 :4 orang. Hal ini kerana INC bersetuju mencontohi House of Lord dan House

of Commons seperti di England. Jika orang Hindu melebihi orang Islam, maka parlimen akan

dikuasai oleh orang Hindu. Penubuhan INC ini lebih menonjolkan golongan Brahmin dan

mengutamakan kepentingan bangsa India yang beragama Hindu. Selain itu parti INC yang

didirikan pada tahun 1885 itu tidak mempunyai dasar. Gerakan yang dijalankan amat

berbahaya bukan hanya kepada umat Islam tetapi semua masyarakat India. 37 Hal ini

menyebabkan beliau digelar sebagai nasionalis pada peringkat awal sahaja oleh penulis-

penulis seperti Asoka Mehta, Achyut Patwardan dan Rajendra Prasad. Tindakan beliau

merupakan satu pertentangan kepada cara politik dalam kongres ini.

36 Harun Nasution,(1982). Pembaharuan Dalam Islam, Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta: Bulan Bintang. Hlm 1937 Harun Nasution,(1982). Pembaharuan Dalam Islam, Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta: Bulan Bintang. Hlm 20

Selain itu, Syed Ahmad Khan turut menentang pertubuhan politik yang ditubuhkan

oleh Hakim Ameer Ali yang berasal dari wilayah Calcuta. Hakim Ameer Ali ini menubuhkan

parti politik iaitu National Muhammadan Association pada tahun 1877. Tujuan penubuhan

parti politik ini adalah menentang penjajah British di India. Sebagai usaha membantah

penubuhan parti politik ini, Syed Ahmad Khan telah mengutus surat kepada sahabatnya yang

bernama Moulvi Niaz Muhammad Khan. Dalam utusan surat tersebut, beliau memberitahu

bahawa belum tiba masanya bagi orang Islam untuk menganjurkan pertubuhan politik bagi

menentang pihak British. Hal ini kerana, pada waktu itu masyarakat Islam berada pada tahap

yang lemah dalam semua bidang dan tidak memberi apa-apa faedah kepada masyarakat

Islam. Menurutnya lagi dengan hanya ada pendidikan sahaja masyarakat Islam dapat

menguasai pelbagai aspek.38

Seterusnya, jasa Syed Ahmad Khan turut merangkumi masyarakat sama ada penganut

Islam ataupun Hindu kerana beliau telah mengetuai satu pertubuhan yang digelar The

Scientific Society. Pertubuhan ini diwakili oleh semua kaum dan agama terutama dari

kalangan penganut agama Islam dan Hindu. Menurut beliau, masyarakat Muslim tidak dapat

membentuk kerjasama pemerintahan dengan masyarakat Hindu. Namun, dengan

pembentukan pertubuhan ini, pelbagai masalah dan isu berbangkit dapat diselesaikan dengan

cara rundingan. Antara isu yang dilaksanakan dalam pertubuhan ini adalah masyarakat Islam

cuba mempertahankan hak mereka dengan mendesak penggunaan bahasa Hindi digunakan

dalam mahkamah menggantikan bahasa Urdu. Selain itu, pengetahuan dari Negara Barat

dapat disebarkan kepada masyarakat dengan penggunaan bahasa India. Melalui penubuhan

organisasi ini, ia turut berperanan dalam menterjemahkan buku-buku pelajaran ke dalam

bahasa Inggeris seperti mata pelajaran ekonomi, sejarah, geografi dan pertanian,

38 Abdul Rahman Haji Abdullah, (1997). Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Gema Insani Press. Hlm 118.

Karya Syed Ahmad Khan yang bertajuk Causes of the India Revolit yang diterbitkan

pada tahun 1858, beliau telah menulis beberapa dasar yang digariskan dan telah disampaikan

melalui kandungan buku ini. Beliau telah memutuskan bahawa masyarakat Muslim

sepatutnya membatasi segala aktiviti mereka dalam bidang bukan yang bersifat politik.

Kandungan buku ini juga beliau telah menganalisis sebab-sebab pemberontakan orang India.

Beliau turut menghantar 500 naskah buku tersebut kepada kerajaan British di England.39

Beliau menghantar buku tersebut ke England kerana tugas beliau sebagai rakyat India

menyampaikan keadaan sebenar apa yang berlaku di India kepada dunia luar terutamanya di

England. Dalam karya The Loyal Mohammadan of India, beliau menafikan tuduhan yang

dicipta oleh masyarakat Hindu dan Anglo-India yang hanya masyarakat Muslim sahaja yang

bertanggungjawab dalam revolusi yang berlangsung. Beliau menyatakan bahawa revolusi

yang berlaku pada tahun 1857 telah dimulakan terlebih dahulu oleh masyarakat Hindu. Kesan

terhadap revolusi ini telah menyebabkan berlaku kesengsaraan dan prejudis yang diterima

oleh masyarakat Muslim di India. Oleh itu, Syed Ahmad Khan, cuba menyelesaikan masalah

prejudis yang diterima oleh masyarakat Muslim dan menafikan segala tuduhan terhadap

masyarakat Muslim di India.

2.5 Kritikan Terhadap Pembaharuan Sayyid Ahmad Khan

Terdapat beberapa kritikan dan tentangan oleh masyarakat Islam terutamanya terhadap

pembaharuan yang telah dijalankan oleh Sayyid Ahmad Khan. Hal ini demikian kerana,

pembaharuan yang telah dilakukan oleh Sayyid Ahmad Khan ini dilihat sebagai sekular dan

hal ini telah menyebabkan masyarakat di India yang menganut agama Islam terutamanya

39 M. Rajantheran, Md. Afandi, (2004). Nasionalis atau Komunalis :Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi Dalam Sejarah Moden India. Kuala Lumpur: Penerbitan Jati. Hlm 91

tidak dapat menerima perubahan yang cuba dilaksanakan ini. Melalui program pendidikan,

Sayyid Ahmad Khan cuba mengubah tahap intelektual masyarakat Islam dengan

menubuhkan beberapa institusi. Persatuan saintifik telah diasaskan oleh beliau pada tahun

1864 yang telah mula menyerap ilmu sains Barat ke dalam pemikiran penduduk Islam di

India. Fungsi persatuan saintifik ini adalah sebagai penterjemah kepada bahan-bahan sains

fizikal ke dalam bahasa Urdu dan menerbitkan jurnal-jurnal dwibahasa. Pada tahun 1864

pula, beliau telah menubuhkan Sekolah Moden di Ghazipur dan pada tahun 1868

menubuhkan Persatuan Pendidikan di beberapa daerah di utara India.40

Melalui sokongan yang diberikan oleh pihak British, Sayyid Ahmad Khan pada tahun

1878 telah menubuhkan Muhammadan Anglo Oriental College (MAOC) di Aligarh,

berpandukan pada model Universiti Oxford dan juga Universiti Cambridge. Kolej ini

kemudiannya di naik taraf sebagai Universiti Aligarh pada tahun 1920. Sesuai dengan

semangat modenisasi yang dianutinya, sistem pendidikan di kolej ini juga bercorak secular

dan liberal.41

Sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Sayyid Ahmad Khan ini telah

dikritik kerana mempunyai dua kelemahan yang ketara iaitu bersifat sekular dan dualism.

Walaupun agama masih diajar sebagai salah satu daripada mata pelajaran, tetapi ia terpisah

daripada ilmu-ilmu lain yang didasarkan kepada semangat materialism. Peraturan kolej yang

meletakkan bahawa pengetua mestilah seorang yang berbangsa British dan sekurang-

kurangnya dengan dua orang guru daripada bangsa yang sama, telah membangkitkan

kemarahan dan penentangan daripada para ulama. Keduanya, walaupun Sayyid Ahmad Khan

berpendapat bahawa kemajuan barat terletak pada sains dan teknologi tetapi yang diajar di

40 Aziz Ahmad, 1970. Islamic Modernism in India and Pakistan 1857-1964. India: Oxford University Press. Hlm. 31-3341 Ibid. Hlm.37.

Aligarh hanyalah subjek bahasa dan sastera yang telah melahirkan para sasterawan dan

bukanlah ahli sains dan teknologi yang begitu diperlukan oleh masyarakat Islam di India.42

Selain itu, dalam aspek pendidikan, beliau tidak memberikan perhatian terhadap pendidikn

dalam kalangan wanita kerana merasakan bahawa pendidikan harus terlebih dahulu diberikan

kepada gologan lelaki. Penekanan pendidikan dalam kalangan wanita adalah seperti falsafah

yang dikemukakan oleh ahli falsafah Timur iaitu persoalan sama ada “egg or the hen first

created” bagi Sayyid Ahmad Khan. Beliau berpendapat bahawa ahli falsafah dari Timur

telah melakukan kesilapan dengan memikirkan bahawa wanita harus diberikan pendidikan

sebelum golongan lelaki. Beliau menyatakan bahawa apabila golongan lelaki generasi kini

dibekalkan dengan pendidikan yang mencukupi maka mereka akan merasakan kepentingan

untuk mendidik kaum wanita mereka.43 Oleh itu, Sayyid Ahmad Khan merasakan bahawa

pendidikan dalam kalangan lelaki merupakan satu keperluan manakala pendidikan bagi kaum

wanita dianggap bergantung kepada pandangan masyarakat beliau sendiri.

Serangan terbuka terhadap Sayyid Ahmad Khan sebenarnya telah bermula semenjak

1860 lagi, apabila beliau menghadiri majlis yang dianjurkan orang-orang Inggeris dan

menjemput datang ke rumahnya. Keadaan menjadi serius apabila beliau menulis The

Mohammedan Commentary on The Holy Bible dan terjemahan buku History of India karya

Elphinstone yang diterjemahkan dalam bahasa Urdu. Dalam buku itu beliau mendakwa

bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah nabi palsu. Sejak itu beliau dianggap unbeliever.44

Tambahan pula apabila dia berkunjung ke England, khabar-khabar angin bertiup kencang

bahawa dia akan balik ke India dengan menganut agama Kristian.

42 Abdul Rahman Haji Abdullah, (1987). Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 117.43 Shan Muhammad (1969). Sir Syed Ahmad Khan A Political Biography. Meenakshi Prakashan Begum Bridge: India. Hlmn 212.44 Christian W. Troll, (1979). Sayyid Ahmad Khan: A Reinterpretation of Muslim Theology. Karachi: Oxford University Press. Hlm 21.

Sayyid Ahmad Khan yang terlalu mengagungkan ilmu pengetahuan barat mula telah

menolak konsep yang terkandung dalam Al-Quran antaranya, konsep mukjizat khususnya

yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. beliau juga telah

menolak hukum Islam yang dianggap tidak sesuai lagi dilaksanakan pada zaman moden

seperti hokum hudud. Menurutnya hukuman seperti ini hanya sesuai kepada masyarakat

primitif yang belum mengenali atau kekurangan penjara.45 Disamping itu, menurut beliau,

doa bertujuan untuk merasakan kehadiran tuhan dan baginya berdoa itu tidak pernah

dimakbulkan oleh tuhan, hanyalah semata-mata untuk ketenteraman jiwa. Pendapat ini adalah

amat sesuai dengan fahaman liberal yang dianutinya.

Walaupun kehadiran beliau disanjungi di kalangan intelektual Islam India namun,

reaksi sebaliknya pula wujud di kalangan para ulama Islam yang menentang sekeras-kerasnya

faham liberal ini.46 Percubaan Sayyid Ahmad Khan untuk mengubah pandangan daripada

sudut agama juga dapat dilihat melalui cubaan beliau untuk mentafsir al-Quran berasaskan

semangat modenisma Barat iaitu yang dipetik daripada nilai-nilai rasionalisme, materialisme,

saintisma, relativisma, evolusionisma dan lain-lain. Contohnya berdasarkan naturalism,

beliau menyatakan tidak ada pertentangan antara ‘the word of God’ dengan ‘the work of

God’ iaitu di antara ayat-ayat al-Quran dengan hukum-hukum alam. Jikalau wujud

pertentangan perlulah diadakan penyesuaian antara kedua-duanya.47

Lantaran kuatnya pandangan Sayyid Ahmad Khan pada hukum dan akibat , beliau

telah dianggap kafir oleh sesetengah ulama Islam. Menurut pandangan daripada para ulama,

percaya kepada fahaman naturalisma dan materialisma boleh membawa kepada keyakinan

kepada tidak wujudnya tuhan. Kelahiran diri masyarakat Islam moden di benua India

45 Abdul Rahman Haji Abdullah, (1987). Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah Dan Aliran. Hlm. 116-117.46 Harun Nasution, (1975). Pembaharuan Dalam Islam: Sejarah Pemikiran Dan Gerakan. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang. Hlm. 175-17647 Abdul Rahman Haji Abdullah, (1987). Pemikiran Islam Masa Kini. Hlm. 116.

dikatakan bermula dengan teori tafsir al-Quran yang ditulis oleh beliau pada tahun 1880-

1895.48

Golongan Deoband yang berfahaman tradisional seperti Maulwi Muhammad Ali dan

Maulwi Imdad Ali menganggap Sayyid Ahmad Khan akan menghancurkan umat Islam

kerana beliau sudah menyokong pengaruh imperialis yang cuba ditanam di setiap negara

yang dijajah mereka. Mereka mencari ulama di India malah pergi ke Makkah dan Madinah

untuk membawa utusan ulama luar yang mengatakan Sayyid Ahmad adalah “The Khalifah of

Devil”. Antara yang paling keras menentang idea Sayyid Ahmad ialah Maulana Muhammad

Qassim Nanotavi yang mengemukakan 15 pegangan Sayyid Ahmad yang menyimpang dari

Islam.

Jamaludin al-Afghani turut menyerang pembaharuan yang dilakukan Sayyid Ahmad.

Pada tahun 1869 sewaktu berkunjung ke India beliau telah menulis “Jawapan Bagi Kaum

Materialis” dan sebuah jurnal berbahasa Perancis iaitu al-urwa al- wurthka yang ditujukan

khas buat Sayyid Ahmad Khan yang percaya kepada kebebasan akal dan percaya kepada

kebebasan manusia untuk bertindak. Kedua- dua hasil karya Sayyid Jamaludin ini telah

mengkritik Sayyid Ahmad Khan yang menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat

Islam terhadap dogma-dogma agama, melemahkan semangat penduduk Islam, menanamkan

semangat kesetiaan kepada British, dan mengajak penduduk menolak agama serta

menyingkirkan nilai-nilai keislaman itu daripada mereka sedikit demi sedikit. Sayyid

Jamaludin juga menentang kepercayaan Sayyid Ahmad Khan yang bekerjasama dengan

British yang menurutnya mengancam warisan Islam di India.49

48 Ibid. Hlm. 116-117.49 Mohammad Asghar Khan, (1985). Islam, Politics and The State: The Pakistan Experience. London: Zed Book Ltd. Hlm. 37.

Ahmad Zamzam turut mengulas bahawa Sayyid Ahmad Khan antara orang yang

terperangkap dalam jebak kebudayaan Barat.50 Sarjana seperti Aziz Ahmad dan Fazlul

Rahman telah meletakkan pencapaian Sayyid Ahmad sebagai pemikir Islam moden. Begum

Rukuuddin Hassan dalam tesis PhDnya yang berjudul “The Educational Movement of Sir

Sayyid Ahmad Khan 1858-1898” mengaitkan usaha Sayyid Ahmad Khan untuk

meningkatkan martabat masyarakat Muslim kelas atasan.

Kesimpulan

Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang tokoh agung yang perlu dikenang dalam

masyarakat. Malah sikap peribadi beliau yang mulia dan berfikiran positif menyebabkan

beliau dikagumi oleh semua orang. Beliau merupakan seorang yang berhemah tinggi

walaupun berhadapan dengan kekecewaan dan halangan yang besar beliau, perjuangannya

50 Ahmad Fahmi Zamzam, (1992). Sejarah Perkembangan Islam di India. Pokok Sena: Khazanah Banjariah Maahad Tarbiyah Islamiah. Hlm. 155

untuk terus berjuang dengan semangat dan keyakinan diri yang sentiasa segar.51 Walaupun

beliau tidak bersekolah tinggi secara formal, namun mempunyai kebolehannya yang luar

biasa dan pengetahuannya dalam urusan politik memberi keyakinan atas kekurangan beliau

dalam akademik.

Kesederhanaan, ketelusan, kejelasan, tujuan bersemangat merupakan sikap beliau

yang telus dan semua kualiti ini digunakan untuk tujuan yang baik. Menurut, Thedore beliau

menyatakan bahawa Sayyid Ahmad Khan tidak pernah berjumpa dengan seseorang yang

sungguh agung seperti Sayyid. Beliau juga merupakan seorang yang setia kerana setelah

kematian isterinya, Parsa Begum pada tahun 1861, di Moradabab. Isterinya telah

meninggalkan 2 orang anak.52 Walaupun kematian isteri tetapi beliau tidak berkahwin lagi

kerana beliau lebih menumpukan kepada kebajikan terhadap anak-anaknya dan perjuangan

terhadap bangsanya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah, (1997). Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran.

Kuala Lumpur: Gema Insani Press.

51 C.F Amdrews and G. Mookerjee(1969) ‘ The Rise And Growth Of Congress in India dalam Shan Muhammad . hlm 225.52 Md. Affandi Awang, (2006). ‘Latar Belakang Syed Ahmad dan Gandhi’ dalam Komunalisme: kesannya ke atas peradaban India hlm.36.

Ahmad Fahmi Zamzam, (1992). Sejarah Perkembangan Islam di India. Pokok Sena:

Khazanah Banjariah Maahad Tarbiyah Islamiah.

Aziz Ahmad, (1970). Islamic Modernism in India and Pakistan 1857-1964. India: Oxford

University Press.

Aziz Ahmad,(1969). An Intellectual History of Islam in India. Chicago : Edinburgh

University Press.

Birendra Prasad, (1979). Indian Nationalism and Asia. Delhi : B.R. Publishing Corporation.

Christian W. Troll, (1979). Sayyid Ahmad Khan: A Reinterpretation of Muslim Theology.

Karachi: Oxford University Press.

C.F Amdrews and G. Mookerjee(1969) ‘ The Rise And Growth Of Congress in India

dalam Shan Muhammad

Francis Robinson, (2007). Separatism Among Indian Muslims: The Politics of The United

Province’s Muslims 1860-1923. New York: Cambridge University Press.

George Farquhar Irving Graham, (1974). The Life and Work of Sir Syed Ahmed

Khan.Karachi, London: Oxford University Press

Harun Nasution, (1982). Pembaharuan Dalam Islam, Sejarah Pemikiran dan Gerakan.

Jakarta: Bulan Bintang.

J.M.S. Baljon, Jr., D.D., (1964). The Reforms and Religious Ideas of Sir Sayyid Sir, Syed

Ahmad Khan.Lahore : Sh. Muhammad Ashraf.

M. Rajantheran, Md. Afandi, (2004). Nasionalis atau Komunalis :Sir Syed Ahmad Khan dan

Mahatma Gandhi Dalam Sejarah Moden India. Kuala Lumpur: Penerbitan Jati.

Mahdi Shuid. Sayyid Ahmad Khan (1817-1899) Nasionalis India atau Nasionalis India

Muslim. Diperoleh pada 21.11.2013 .https://www.google.com/url?

sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&ved=0CD8QFjAD&url=http

%3A%2F%2Fbtpnkl.edu.my%2Fcerdiknet%2Fbahan%2Fsejarah%2Fdownload

%2Fd.doc&ei=kN6MUt2LDMm3rgf7kYCIAQ&usg=AFQjCNH17AL3eNtxEFQnln

Fs4FPFNGyk5Q&bvm=bv.56643336,d.bmk

Md. Afandi Awang. (2006). Komunalism kesannya ke atas Peradaban India. Kuala Lumpur :

Penerbit Universiti Malaya.

Md. Affandi Awang, (2006). ‘Latar Belakang Syed Ahmad dan Gandhi’ dalam

Komunalisme: kesannya ke atas peradaban India

Mohammad Asghar Khan, (1985). Islam, Politics and The State: The Pakistan Experience.

London: Zed Book Ltd.

Md. Affandi Awang,(2006).‘Latar Belakang Syed Ahmad dan Gandhi’ dalam Komunalisme:

kesannya keatas peradaban India. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Mujeeb Ashraf,(1982).Muslim Attitudes towards British Rules and Western Culture in India.

Delhi : I darah-I Adabiyat-Delhi.

Rafiq Zakaria, (1970), Rise of Muslims in Indian Politics, Somaiya Publication Press

LTD.India

R.C. Majumdar (1962). History of The Freedom Movement in India. Firma K.L.

Mukhopadhyay: Calcutta

Shan Muhammad, (1969). Sir Syed Ahmad Khan A political Biography. Meerut India:

Meenakshi Prakashan.

S.M Burke dan Salim Al-Din Quraishi, (1995). The British Raj in India an Historical Review.

Karachi: Oxford University Press.

“ Sayyid Sir Syed Ahmad Khan (1817-1898/1232-1316)”,

http://www.cis.ca.org/voices/k/syydkhn-mn.htm, 1 Jun 2001.

.

“Sir Syed Ahmad Khan”, http://www.schinan.com/SirSyed.htm, 15 Julai 2002.

“Sir Syed Ahmad Khan”, http://www.brain.net.pk/-wisetech/50/bio/syed.htm, 11 April 2002.

Vidhya Dhar Mahajan (1975). The Nationalist Movement in India. Sterling Publishers: Delhi.