1. rpa - pemakanan - pn mahanom-done

4
Rancangan Perlaksanaan Aktiviti Pemakanan Seimbang dan Perancangan Menu NamaPendidik : Noor Lizai Mat Ripin Minggu : 2 Hari/ Tarikh : 12 April 2014 Masa : 10.30 pagi Umur anak PERMATA : 3 tahun Bil. Anak Permata : 3 orang Pengetahuan sedia ada: Kanak-kanak tahu menamakan bahan-bahan yang disediakan Tema : Pemakanan Tajuk : Wow sedapnya Round-round Potato Crunch Objektif : 1) Kanak-kanakboleh mengenal ubi keledek dan “corn flake” 2) Kanak-kanak boleh mengupas, melenyek, membuat bentuk bulat membentuk doh, menggolek 3) Kanak-kanak boleh merasai keseronokan ketika aktiviti membentukkan doh menjadi bulat dan berkerjasama di dalam kumpulan 4) Kanak-kanak boleh merasai makanan tersebut seperti masin, manis, cruncy (deria rasa) Bidang pelajaran : 1. Pemakanan 2. Perkembangan fizikal 3. Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian 4. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran Bahan-bahan : Ubi keledek yang siap dimasak, plastik, alas lapik,corn flake, pinggang plastik,

Upload: asmad

Post on 14-Apr-2016

5.778 views

Category:

Documents


186 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: 1. RPA - Pemakanan - Pn Mahanom-DONE

Rancangan Perlaksanaan AktivitiPemakanan Seimbang dan Perancangan Menu

NamaPendidik : Noor Lizai Mat RipinMinggu : 2Hari/ Tarikh : 12 April 2014Masa : 10.30 pagiUmur anak PERMATA : 3 tahunBil. Anak Permata : 3 orang

Pengetahuan sedia ada: Kanak-kanak tahu menamakan bahan-bahan yang disediakan

Tema : Pemakanan

Tajuk : Wow sedapnya Round-round Potato Crunch

Objektif : 1) Kanak-kanakboleh mengenal ubi keledek dan “corn flake”2) Kanak-kanak boleh mengupas, melenyek, membuat bentuk

bulat membentuk doh, menggolek 3) Kanak-kanak boleh merasai keseronokan ketika aktiviti

membentukkan doh menjadi bulat dan berkerjasama di dalam kumpulan

4) Kanak-kanak boleh merasai makanan tersebut seperti masin, manis, cruncy (deria rasa)

Bidang pelajaran :1. Pemakanan 2. Perkembangan fizikal3. Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian4. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran

Bahan-bahan : Ubi keledek yang siap dimasak, plastik, alas lapik,corn flake, pinggang plastik, garpu plastik, apron, kayu uli doh. Jumlah bahan mengikut kesesuaian.

Tempat/Ruang : Bilik aktiviti taska

Langkah-langkahMengendalikan aktiviti :

1) Kanak-kanak ditunjukkan cara membasuh tangan dengan betul sebelum memulakan aktiviti dan pendidik menerangkan kepentingan membasuh tangan

2) Kanak-kanak dibawa ke ruang aktiviti.

Page 2: 1. RPA - Pemakanan - Pn Mahanom-DONE

3) Alas dilapik dan bahan –bahan telah disediakan4) Kanak-kanak digalakkan duduk secara bulatan5) Pendidik memperkenalkan nama bahan dan menyebut bersama

kanak-kanak6) Ubi dimasukkan ke dalam plastik dan pendidik mengajar cara

untuk melenyekkan ubi tersebut dengan menggunakan pengguli doh.

7) Pendidik menunjukkan cara mengambil ubi yang siap dilenyek dan diletakkan di atas tapak tangan. Dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan, ubi dibentuk menjadi bulatan yang kecil.

8) Pendidik akan memerhatikan cara kanak-kanak membentuk doh. Jika didapati kanak-kanak silap, pendidik akan menunjukkan bagaimana menggunakan kedua-dua belah tapak tangan untuk menjadikan doh bulat.

9) Pendidik menunjukkan cara menghancurkan corn flake dengan cara meramas dengan tangan.

10) Bulatan ubi tadi dimasukkan ke dalam corn flake yang hancur dan mengolek-golekkannya.

11) Hasil tadi dimasukkan ke dalam pinggang.12) Memberi pujian apabila kanak-kanak berjaya melakukan aktivtii

tersebut.13) Kanak-kanak diajar membaca doa makan dan cara

menggunakan garpu yang betul untuk mengambil “round-round potato crunch” yang telah siap.

14) Pendidik akan bertanyakan bagaimana rasa makanan tersebut.

Langkah-langkahKeselamatan :

1) Bahan yang digunakan adalah daripada plastik seperti pinggan dan garpu, kecuali pengguli doh daripada kayu.

2) Pendidik menyediakan keperluan yang mencukupi untuk mengelakkan kanak-kanak berebut peralatan.

3) Segala aktiviti dipantau oleh pendidik.

Kebersihan :1) Alas lapik digunakan untuk memastikan tempat aktiviti tidak

kotor dan senang dicuci.2) Apron digunakan untuk mengelakkan baju kanak-kanak kotor.3) Mencuci tangan sehingga bersih sebelum memulakan dan

selepas selesai aktiviti.

Langkah kesihatan :1) Memastikan semua peralatan yang digunakan bersih dan sesuai

untuk kanak-kanak2) Sentiasa memakai apron

Page 3: 1. RPA - Pemakanan - Pn Mahanom-DONE