tajuk 5 sains

12
Tajuk 5: Terangkan langkah-langkah yang diambil sebelum anda menandatangani pesanan hantaran delivery order kepada pembekal seperti semak spesifikasi ( apa yang dibeli dan apa yang diterima) , tarikh luput, adakah peralatan berfungsi dengan baik dll. ALBERT CHIN PHILIP HUNG WONG MEE MEE

Upload: meimei

Post on 18-Nov-2015

252 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Tajuk 5: Terangkan langkah-langkah yang diambil sebelum anda menandatangani pesanan hantaran delivery order kepada pembekal seperti semak spesifikasi ( apa yang dibeli dan apa yang diterima) , tarikh luput, adakah peralatan berfungsi dengan baik dll.ALBERT CHINPHILIP HUNGWONG MEE MEE

Langkah-langkah membuat pesanan barangan

Ketua Panitia Sains perlu mengenal pasti peralatan dan bahan sains yang terdapat di dalam bilik sains. Jika stok habis, Ketua Panitia Sains perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bekalan peralatan dengan menggunakan Nota Minta. Ketua Panitia Sains perlu menyenaraikan barang-barang serta kuantitinya yang diperlukan dalam Nota Minta.

Nota Minta

Ketua Panitia Sains akan menyerahkan Nota Minta tersebut kepada Guru Besar untuk ditandatangani dan diluluskan permohonan tersebut. Selepas diluluskan, pejabat sekolah akan membuat pesanan bekalan dengan mengisikan Borang Pesanan Sekolah. Dalam Borang Pesanan Sekolah, kerani pejabat sekolah perlu menyenaraikan barang-barang yang diperlukan serta kuantitinya.

Pihak sekolah juga akan mengisi tarikh luput pembekalan barang-barang dalam Borang Pesanan Sekolah supaya pihak pembekal dapat menghantar barang-barang sebelum tarikh yang ditetapkan. Borang Pesanan Sekolah perlu ditandatangani oleh Guru Besar terlebih dahulu.

Borang Pesanan Sekolah

Borang pesanan akan dihantarkan kepada pihak pembekal. Selepas itu, pembekal perlu menghantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.

Invois

Pembayaran alatan dan bahan sains adalah menggunakan peruntukan PCG. Urusan pembayaran ini dilakukan dengan menggunakan akaun sekolah melalui sistem online. Selepas membuat pembayaran, pembekal barulah menghantar bekalan yang telah dipesankan oleh pihak sekolah.

Selepas menerima bekalan, Ketua Panitia Sains akan membuat perakuan tentang penerimaan barang-barang. Akhir sekali, Ketua Panitia Sains akan merekodkan stok secara terus ke dalam Kad Petak KEW.PS-4.

Kad Petak KEW.PS-4