y.t loke wpa

Upload: yt-loke

Post on 15-Jul-2015

1.921 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

LAPORAN HAZARD DALAM BENGKEL KIMPALAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR IPOH, PERAK

OLEH NO.INDEX: NS7780 NO. KAD PENGENALAN:

PERPERIKSAAN PENGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (6/2011) KERTAS IV BAHAGIAN 1: TUGASAN TEMPAT KERJA 18 Oktober 2011 30 November 2011

1.0 ABSTRAK

Kertas kerja ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan siri 6/2011. Laporan ini disediakan dalam tempoh yang telah diberikan iaitu selama 6 minggu mulai 18 Oktober 2011 sehingga 30 November 2011. Objektif laporan ini dibuat ialah untuk mengenalpasti hazard-hazard dan resiko terhadap kerja-kerja yang dilakukan di dalam bengkel kimpalan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Bengkel kimpalan merupakan salah satu tempat yang disediakan oleh pihak politeknik bagi melakukan kerja-kerja teknikal kimpalan dan juga mendalami pemahaman terhadap proses kerja kimpalan yang perbagai jenis. Melalui pemerhatian yang dijalankan, hazard-hazard yang berkaitan dengan permesinan, pengendalian manual dan kesihatan telah dapat dikesan dan ditentukan keutamaannya mengikuti jadual penaksiran risiko. Laporan ini akan merangkumi pengenalan, objektif, kaedah pengenalpastian hazard, hasil dan perbincangan serta saranan bagi mengawal hazard kritikal yang terdapat di bengkel kimpalan politeknik.

1.0 ABSTRACT

This working assignment is to meet the requirements of Occupational Safety and Health Officer Examination Series 6/2011. This report has been prepared in the period of six weeks given from 18th October 2011 until 30th November 2011. The objective of this workplace assignment is to indentify hazards and risks in the welding workshop, Department of Mechanical Engineering at Polytechnic Ungku Omar, Ipoh, Perak. Welding Workshop is a place provided to perform technical welding work and give more understanding of variety of welding process and types. Through observations that carry out, hazard and risk have been detected by using risk assessment. This report includes introduction, objectives, methodology, result and discussion and also suggestion for the control of critical hazards in welding workshop polytechnic.

2.0 PENGENALAN

Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik tersebut di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato Profesor Ungku Omar Ahmad seperti yang ditunjukan dalam Gambar 2.1 demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.

Gambar 2.1: Allahyarham Dato Profesor Ungku Omar Ahmad

Pada mulanya Politeknik ini menumpang di bangunan Pusat Latihan Harian (DTC) Ipoh yang kemudiannya menjadi Maktab Perguruan Kinta. Untuk kumpulan 300 orang pelajar yang pertama, kuliah diadakan mulai 2 Jun 1969. Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri dari 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah ke kampus barunya dan ianya dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada waktu itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein ditunjukan di Gambar 2.2.

Gambar 2.2: Semasa Perasmian Politeknik Oleh Tun Abdul Razak b Hussein

Politeknik Ungku Omar didirikan dengan tujuan untuk memberi latihan kepada lulusan sekolah menengah dengan kelayakan SPM atau SPMV untuk menjadi juruteknik mahir dalam bidang juruteknik mahir dalam bidang kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di sektor awam dan sektor swasta.

Pada peringkat awal, Politeknik ini cuma mempunyai empat Jabatan Akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan yang menawarkan pelbagai kursus di peringkat diploma dan sijil. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dan jabatan ini cuma menawarkan kursus tunggal pada peringkat Diploma. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Program Teknologi Maklumat, buat pertama kalinya ditawarkan oleh Politeknik Ungku Omar pada Januari 1999 di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada Julai 1999 pelaksanaan Program Teknologi Maklumat telah diletakkan di bawah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Pada Januari 2007, Program Teknologi Maklumat telah diwujudkan di Politeknik Ungku Omar dan telah diletakkan di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Sejak permulaan hingga hujung 2007, Politeknik Ungku Omar telah melahirkan sejumlah 50,822 orang graduan. Kini terdapat bekas pelajar Politeknik Ungku Omar berkhidmat di pelbagai bidang aktiviti ekonomi negara dan mereka itu telah menyumbangkan kemahiran serta tenaga dalam proses pembinaan negara. Kejayaan ini adalah berkat usaha bersama semua pihak termasuk pensyarah dan kakitangan lain yang kini berjumlah 681 orang.

Pada 1 September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan kampusnya kepada Politeknik Ungku Omar. Kini kampus bekas maktab dinamakan Kampus B dan digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Unit Kokurikulum dan Unit Pepreriksaan. Perkembangan dalam saiz kampus Politeknik Ungku Omar adalah perlu untuk menampung pertambahan pesat dalam bilangan pelajar. Pada suatu hari nanti bilangan pelajar Politeknik Ungku Omar dijangka akan menjejak 10,000 orang.

2.1 LOKASI POLITEKNIK UNGKU OMAR

Lokasi Politeknik Ungku Omar terletak di dalam bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Ia berada di Jalan Raja Musa Muhadi iaitu depan Masjid Sultan Azlan Shah. Rajah 2.1 dibawah menujukan kedudukan Politeknik Ungku Omar.

Rajah 2.1: Peta Lokasi Politeknik Ungku Omar

2.2 LOKASI BENGKEL KIMPALAN

Tempat yang telah dipilih untuk membuat tugasan tempat kerja ialah Bengkel Kimpalan, Jabatan Kejuruteraan Mekenikal. Bengkel kimpalan berada dalam kampus Politeknik Ungku Omar. Ia merupakan satu tempat untuk pelajar mekenikal membuat kerja-kerja kimpalan harian. Rajah 2.2 menujukan kedudukan bengkel kimpalan Jabatan Kejuruteraan Mekenikal.

Lokasi Bengkel Kimpalan , JKM

Rajah 2.2. Kedudukan Bengkel Kimpalan

2.3 PELAN BENGKEL KIMPALAN

Bengkel kimpalan dibahagi kepada 4 zon mengikuti jenis kimpalan yang sedia ada. Zon 1: Kawasan Kimpalan Gas Zon 2: Kawasan Kimpalan Arka Zon 3: Kawasan Permotongan Gas Zon 4: Kawasan Kimpalan MIG (Metal Inert Gas Welding)

ZON 2 ZON 4 Pejabat

ZON 1

ZON 3 Tempat Menyimpan Gas

Rajah 2.3: Pelan Bengkel Kimpalan

2.4 CARTA ORGANISASI

Rajah 2.4. Carta Oganisasi Politeknik Ungku Omar

2.5 HAZARD- HAZARD YANG BERKAITAN

1. Hazard fizikal Ia adalah sejenis hazard dimana daya yang dikeluarkannya boleh mengakibatkan kecederaan secara terus dan cepat. Antara contoh hazard fizikal ialah tekanan haba, getaran, bunyi bising, susunan alatan yang teruk dan sebagainya. Ia akan mengakibatkan kecederaan secara langsung dan hanya kadangkala membawa kepada kesan jangka masa panjang jika terdedah pada masa yang lama.

2. Hazard permesinan Hazard ini selalunya hanya akan terjadi oleh kerana bahagian-bahagian mesin yang tidak baik dan juga kesan dari penggunaan mesin itu sendiri. Selain itu, ia juga boleh berpunca dari ketiadaan kelengkapan perlindungan untuk mengasingkan bahagian mesin yang berbahaya dari pengendali mesin tersebut.

3. Hazard elektrikal Kebanyakan hazard ini tertumpu pada arus elektrik yang berlebihan, wayar yang sudah rosak dan sebagainya. Kesan dari terkena hazard elektrik boleh mengakibatkan kekejangan, kecederaan pada kulit dan kadangkala kematian.

4. Hazard ergonomik Terjadinya hazard ergonomik adalah kerana postur badan semasa melakukan kerja. Ia bergantung kepada tahap jangka masa dimana keadaan badan berada didalam sesuatu postur tersebut. Antara contoh hazard ergonomik ialah duduk dan berdiri untuk jangka masa yang lama diterima dalam . Kesan ergonomik boleh membawa kepada sakit-sakit badan dan kelesuan serta sebagainya.

5. Hazard bahan kimia Terdapat banyak bahan kimia yang digunakan di pelbagai industri sekarang. Antaranya adalah batang kimpalan dimana penggunaannya berleluasa bagi kerja kimpalan. Ia selalunya membawa kepada penyakit dimana kesannya berpanjangan dan merbahaya kepada tubuh badan.

6. Hazard psikologikal Psikologikal hazard berlaku kerana tekanan yang diterima semasa proses menjalankan kerja. Ia boleh dilihat dari segi pemikiran seseorang contohnya seperti pekerja yang baru dimarahi oleh ketuanya. Keadaan tertekan dirinya boleh membawa kepada hilang fokus terhadap melaksanakan kerja lantas tidak menghiraukan keselamatan dirinya dan orang lain. Ia juga boleh berlaku akibat dari tekanan peribadi yang dialami oleh pekerja itu sendiri.

3.0 OBJEKTIF

Objektif utama laporan ini disediakan adalah untuk:

1. Mengenalpasti kesemua hazard yang terdapat di dalam bengkel. 2. Untuk membuat penilaian risiko bagi hazard. 3. Merancangkan kemalangan. 4. Untuk memastikan bengkel memenuhi undang undang, peraturan serta piawai yang telah dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 dan juga akta kilang dan jentera 1967. 5. Untuk mengawal hazard yang terdapat dalam bengkel. 6. Utuk menyediakan satu keadaan yang selamat bagi pelajar semasa mengunakan bengkel. langkah-langkah kawalan untuk mengelakkan berlaku

4.0 KAEDAH

Dalam kertas kerja ini, terdapat tiga kaedah telah digunakan bagi mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Kaedah kaedah seperti disenaraikan di bawah:

1. Pemerhatian keadaan di tempat kerja i. Cara penggunaan mesin-mesin kimpalan. ii. Mematuhi amalan kerja yang baik. iii. Penggunaan peralatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang disediakan. iv. Kebersihan dan tatacara amalan keselamatan di bengkel.

2. Merujuk pada maklumat hazard yang berkaitan dengan kerja kimpalan. i. ii. Mendapatkan maklumat berkaitan kerja kimpalan dan risikonya. Merujuk kesan-kesan berbahaya dalam kerja perkayuan dan menjalankan perbandingan terhadap bengkel melalui pemerhatian yang telah dibuat.

3. Menemuduga pelajar yang menjalankan kerja kimpalan di bengkel. i. ii. iii. iv. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bahaya di tempat kerja. Pemahaman tentang amalan kerja yang baik. Alahan dari aktiviti pekimpalan.

4.1 KAEDAH PENAKSIRAN RISIKO

Penaksiran risiko adalah tentang tahap hazard-hazard yang telah dikenalpasti melalui dari kebarangkalian dan keterukannya. Ia juga akan mengambil kira tahap pendedahan, kekerapan dan kesannya samada untuk jangka masa pendek atau panjang.

4.2 PUNCA-PUNCA HAZARD

Terdapat dua punca utama hazard iaitu:

1. Keadaan di tempat kerja: a. Ruang yang tidah mudah dan selesa untuk bergerak. b. Tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja. c. Lantai yang tidak rata dan licin. d. Tiada tempat penyimpan bahan dan peralatan yang sempurna e. Pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna.

2. Perlakuan pelajar: a. Tiedak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan menjejaskan kesihatan. b. Tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan dengan selamat. c. Tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan merbahaya dengan selamat den menjejaskan kesihatan. d. Tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul. e. Tidak berbincang dengan penyarah.

4.3 JENIS-JENIS HAZARD

7. Hazard fizikal Ia adalah sejenis hazard dimana daya yang dikeluarkannya boleh mengakibatkan kecederaan secara terus dan cepat. Antara contoh hazard fizikal ialah tekanan haba, getaran, bunyi bising, susunan alatan yang teruk dan sebagainya. Ia akan mengakibatkan kecederaan secara langsung dan hanya kadangkala membawa

kepada kesan jangka masa panjang jika terdedah pada masa yang lama.

8. Hazard permesinan Hazard ini selalunya hanya akan terjadi oleh kerana bahagian-bahagian mesin yang tidak baik dan juga kesan dari penggunaan mesin itu sendiri. Selain itu, ia juga boleh berpunca dari ketiadaan kelengkapan perlindungan untuk mengasingkan bahagian mesin yang berbahaya dari pengendali mesin tersebut.

9. Hazard elektrikal Kebanyakan hazard ini tertumpu pada arus elektrik yang berlebihan, wayar yang sudah rosak dan sebagainya. Kesan dari terkena hazard elektrik boleh mengakibatkan kekejangan, kecederaan pada kulit dan kadangkala kematian.

10. Hazard ergonomik Terjadinya hazard ergonomik adalah kerana postur badan semasa melakukan kerja. Ia bergantung kepada tahap jangka masa dimana keadaan badan berada didalam sesuatu postur tersebut. Antara contoh hazard ergonomik ialah duduk dan berdiri untuk jangka masa yang lama diterima dalam . Kesan ergonomik boleh membawa kepada sakit-sakit badan dan kelesuan serta sebagainya.

11. Hazard bahan kimia Terdapat banyak bahan kimia yang digunakan di pelbagai industri sekarang. Antaranya adalah batang kimpalan dimana penggunaannya berleluasa bagi kerja kimpalan. Ia selalunya membawa kepada penyakit dimana kesannya berpanjangan dan merbahaya kepada tubuh badan.

12. Hazard psikologikal Psikologikal hazard berlaku kerana tekanan yang diterima semasa proses menjalankan kerja. Ia boleh dilihat dari segi pemikiran seseorang contohnya seperti pekerja yang baru dimarahi oleh ketuanya. Keadaan tertekan dirinya boleh membawa kepada hilang fokus terhadap melaksanakan kerja lantas tidak menghiraukan keselamatan dirinya dan orang lain. Ia juga boleh berlaku akibat dari tekanan peribadi yang dialami oleh pekerja itu sendiri.

Jadual 4.1 akan menunjukkan kaitan antara kemungkinan hazard untuk berlaku dan keterukannya dalam menghasilkan hazard.

Jadual 4.1. Penaksiran Risiko Kemungkinan 4 Sangat tinggi 3 Tinggi 2 Sederhana 1 Rendah

Keterukan 4 Kematian 16 12 8 4

3 Cedera parah 2 Cedera ringan 1 Luka kecil

12

9

6

3

8

6

4

2

4

3

2

1

Kemungkinan dinilai seperti berikut:

4 : Sangat Tinggi (boleh terjadi pada setiap hari). 3 : Tinggi (boleh terjadi pada setiap minggu) 2: Sederhana (boleh terjadi pada setiap bulan) 1 : Rendah (boleh terjadi pada setiap 6 bulan atau setahun)

Keterukan dinilai seperti berikut:

4 : Kematian/kecatatan kekal 3 : Kecederaan parah/kehilangan upaya untuk sementara 2 : Kecederaan ringan (membolehkan pengambilan cuti) 1 : Luka kecil (dirawat dengan pertolongan awal sahaja)

Tahap risiko = kemungkinan X keterukan i. ii. iii. Risiko rendah : 1 hingga 5 Risiko sederhana : 6 hingga 8 Risiko tinggi : 9 hingga16

5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

Antara hazard-hazard yang telah dikenalpasti ialah:

1.

Keadaan lantai yang tidak rata dan berlubang.

Keadaan lantai yang tidak rata dan berlubang merupakan satu hazard yang boleh menyebabkan jatuh dan menyebabkan kecederaan. Gambar 5.1 dibawah menunjukan batang besi yang timbul di atas laluan pejalan kaki dalam bengkel kimpalan. Gambar 5.2 menujukan kepala paip besi yang timbul di atas lantai dan juga ketinggianya. Gambar 5.3 menujukan keadaan tanah yang berlubang turut menjadi punca kemalangan berlaku. Selain itu, Gambar 5.4 adalah penutup kapel elektrik yang tidak sempurna juga merupakan hazard. Mengikut temuduga pelajar yang membuat kerja kimpalan dalam bengkel, lantai yang berlubang dan tidak rata sering menjadi punca nyaris jatuh.

Gambar 5.1: Batang besi yang menjadi hazard

Gambar 5.2: Kepala paip besi yang timbul atas laluan

Gambar 5.3: Keadaan lantai yang berlubang dalam bengkel

Gambar 5.4: Penutup kapel elektrik yang tidak sempurna

2.

Persekitaran yang berhabuk

Habuk adalah antara partikel yang mudah tersebar. Agen penyebarannya mungkin angin, manusia dan sebagainya. Habuk biasanya meninggalkan kesan seandainya manusia menyedutnya melalui pernafasan. Kesan utama kepada kesihatan maunsia adalah system pernafasan. Selain itu, ia juga akan

menjejaskan mata dan penglihatan manusia. Gambar 5.5 menujukan permukaan mesin kimpalan yang penuh dengan habuk dan Gambar 5.6 menujukan tangan yang dipenuhi habuk apabila menyentuh permukaan tersebut.

Gambar 5.5: Permukaan mesin yang penuh dengan habuk

Gambar 5.6: Tangan yang dipenuhi habuk apabila menyentuh

3.

Mesin diletak di tempat yang tidak sesuai

Dalam bengkel kimpalan, terdapat juga sebuah mesin potong besi diletakan di atas lantai. Ia merupakan satu hazard yang boleh menyebabkan kematian. Pelajar terpaksa melutut semasa menggunakan mesin permotongan tersebut.

Gambar 5.7: Mesin permotongan yang diletakan di atas lantai

4.

Ergonomik

Ergonomik adalah kerana postur badan semasa melakukan kerja. Mengikut pelajar yang menggunakan bengkel kimpalan, mereka akan berasa sakit-sakit badan dan berasa lesu apabila membuat kerja kimpalan dalam satu jangka masa

yang panjang. Selepas sisatan dan dijalankan, didapati kerusi dan meja dalam bengkel kimpalan adalah tetap iaitu tidak boleh mengubah mengikut kesesuaian individu. Gambar 5.8 merupakan kerusi dan meja dalam makmal kimpalan yang menyebabkan hazard ergonomik.

Gambar 5.8: Kerusi dan meja dalam bengkel kimpalan

5.

Sistem perudaraan yang tidak lengkap Di dalam bengkel kimpalan, didapati sitem perudaraan bilik kimpalan tidak sempurna. Karbon monoksida (CO) ialah sejenis gas yang tidak berbau dan berwarna yang terhasil dari pembakaran dalam proses kimpalan. Gambar 5.9 dibawah menujukan salah satu bilik kimpalan dalam bengkel. Apabila aktiviti kimpalan dijalankan, pelajar tersebut dikehendaki menutup plastik yang berfungsi sebagai penghalang bunga api yang dihasilkan semasa kimpalan tidak terkeluar. Jadi, wasap gas karbon monosida yang dihasilkan akan mengalir di dalam bilik tersebut dan sesetengah akan disedut oleh pelajar yang membuat kerja kimpalan dalam bilik tersebut. Penyedutan wasap gas karbon monoksida bukan sahaja menghalang oksigen dari digunakan dengan baik oleh badan, malah ia menyebabkan kerosakan pada sistem saraf pusat. Karbon monoksida ialah salah satu dari bahan beracun yang terdapat dalam persekitaran dan boleh memberikan kesan buruk ke atas fisiologi tubuh manusia. Ia menjejaskan pelbagai sistem badan yang penting seperti sistem buah pinggang, saraf, pernafasan, jantung dan pembiakan. Jadual 5.1 di bawah

menggariskan gejala-gejala yang dialami oleh mangsa keracunan karbon monosida.

Jadual 5.1: Kesan-kesan Karbon Monosida (CO) Tidak menunjukkan sebarang gejala atau mungkin hanya mengalami sakit kepala Rasa pening, loya, dan pitam Gangguan penglihatan Kekeliruan dan pitam Sawan dan koma Sistem kardiopulmonari (jantung-paru-paru) tidak berfungsi dan kematian

10%

20% 30% 40% 50% 60%

Gambar 5.9: Bilik Kimpalan

6.

Cawan minuman yang terdedah

Air adalah disediakan di dalam bengel kimpalan bagi pelajar minum. Tujuan utama air ialah untuk menghilangkan dahaga kerana kerja kimpalan adalah panas. Namun disebabkan tiada sebarang penutup cawan dan cawan tersebut mungkin telah dicemar oleh bahan-bahan atau gas kimia yang dihasilkan semasa kerja kimpalan. Selain itu, pelajar terpaksa kongsi gelas kerana bilangan yang terhad. Tindakan ini menyebabkan pelajar akan dijangkit

penyakit apabila pelajar kongsi minum satu cawan.

Gambar 5.10: Cawan minuman yang terdedah

5.1 HASIL KADAR PENENTUAN RISIKO

Jadual 5.2 dibawah menunjukkan hasil kadar penentuan risiko bagi pengutamaan hazard yang paling kritikal dalam bengkel kimpalan.

Jadual 5.2: Jadual Penentuan Kadar Risiko Langkah Hazard Kemungkinan Keterukan kawalan (sedia ada) Keadaan lantai yang berlubang dan tidak rata Persekitaran yang berhabuk Mesin diletak di tempat yang tidak sesuai Ergonomik 2 2 Tiada

Risiko hazard

4

4

2

Tiada

8

2

4

Tiada

8

4

2

Tiada

8

Perudaraan yang tidak lengkap

4

4

Guna Kipas

16

Cawan minuman yang terdedah

3

4

Tiada

12

6.0 SARANAN

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514) Sekyen 15Adalah menjadi kewajibpan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjaanya. Untuk mengawal hazard dan kemalangan yang berlaku di dalam bengkel kimpalan, terdapat beberapa cadangan yang harus dilaksanakan:

1. Menurut Akta Kilang dan Jentera 1967 (Keselamatan, Kesihatan, dan Kebajikan) Peraturan 7(2) Materials or goods or other articles are necessarily stacked between any machines or workbenches, clear airless or gangways to such machines or workbenches shall be provided and maintained and such aisles or gangways shall be clearly marked on the floor and no materials or goods or other articles shall be stacked on such aisles or gangways. Oleh itu, lantai yang berlubang dan tidak rata hendaklah dibaiki dengan segera sebelum berlakunya apa-apa kemalangan.

2. Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514) Sekyen 15 2(e) - Adalah menjadi kewajibpan tiap-tiap majikan untuk pengadaan dan penyenggaraan persekitaran bagi pekerja-pekerjanya yang selamat, tanpa resiko kepada kesihatan dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja. Oleh itu, pihak berkuasa bengkel haruslah mengupah agensi pembesihan untuk membersihkan bengkel supaya habuk, kekotoran dan juga pencemaran dapat dikurangkan.

3. Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514) Sekyen 15 2(b) - Adalah menjadi kewajibpan tiap-tiap majikan untuk pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penangan, penyimpanan dan penyimpanan dan pengankutan loji dan bahan. Jadi, pihak berkuasa bengkel kimpalan hentaklah meletakan mesin permotong di tempat yang selamat dan sesuai.

4. Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514) Sekyen 15 2(e) - Adalah menjadi kewajibpan tiap-tiap majikan untuk pengadaan dan penyenggaraan persekitaran bagi pekerja-pekerjanya yang selamat, tanpa resiko kepada kesihatan dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja. Oleh itu, cara penyelesaian adalah untuk menukarkan semua kerusi yang sedia ada kepada kerusi yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian individu untuk mengkurangkan kesan ergonomik. Kerusi dan meja yang dicadangkan seperti ditunjukan dalam Gambar 6.0.

Gambar 6.0: Kerusi dan meja yang dicadang guna

5. Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514) Sekyen 15 2(a) - Adalah menjadi Kewajibpan tiap-tiap majikan untuk pengadaan dan penyengaraan loji dan sistem kerja yang setakat yang praktik selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. Dan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 (Keselamatan, Kesihatan, dan Kebajikan) Peraturan 25(1) Where the means of natural ventilation is not adequate further means of natural of mechanical ventilation or both shall be provided. Jadi, sistem peudaraan tempatan (Local exhaust ventilation system) harus disediakan untuk setiap bilik kimpalan. Sisa-sisa gas yang dihasilkan semasa kerja kimpalan harus dihisap keluar. Gambar 6.1 merupakan cadangan untuk mengurangkan kesan karbon monosida.

\ Gambar 6.1: Sistem peudaraan tempatan

6. Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514) Sekyen 15 2(e) - Adalah menjadi kewajibpan tiap-tiap majikan untuk pengadaan dan penyenggaraan persekitaran bagi pekerja-pekerjanya yang selamat, tanpa resiko kepada kesihatan dan memdai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja. Dan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 (Keselamatan, Kesihatan, dan Kebajikan) Peraturan 27 juga menyatakan Where any poisonous or otherwise injurious substance is used in any room or part of a factory so as to give rise to any fume or dust, no person shall partake of food or drink in that room or part of the factory dan Peraturan 34 (d) The use of common drinking cups shall be prohibited.. Untuk menyelesaikan cawan minuman yang terdedah, pihak bengkel hendaklah menyediakan satu mesin air minuman bagi pelajar untuk minium. Dengan menggunakan cawan buang segera, ia menjadi lebih selamat kerana pelajar tidak perlu mengkongsikan cawan. Gambar 6.2 menujukan contoh mesin minuman yang patut disediakan.

Gambar 6.2: Contoh mesin air minuman

Lain-lain tindakan yang dicadangan:

1. Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514) Sekyen 15 2(b) - Adalah menjadi kewajiban tiap-tiap majikan pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja. Pelajar hendaklah diberi arahan terhadap amalan tatacara keselamatan kerja yang baik dan penerangan terhadap keselamatan sebelum memulakan penggunaan mesin dan menjalankan kerja. Selain itu, para pelajar diberitahu tentang tatacara keselamatan kerja yang baik pada hari pertama memasuki bengkel. Keselamatan dalam menjalankan kerja kimpalan juga hendak diterangkan juga kepada para pelajar. Pelajar juga hendaklah menerangkan juga kegunaan dan fungsi-fungsi peralatan perlindungan peribadi (PPE).

2. Borang kaji selidik diberi kepada pelajar tentang keadaan bengkel dan pemahaman terhadap prosedur kerja selamat. Disebabkan pelajar yang sentiasa menggunakan bengkel kimpalan, jadi persekitaran tempat kerja di bengkel samada dalam keadaan sihat dan selamat. Kefahaman tentang kepentingan prosedur kerja selamat dan penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) juga dikenalpasti dalam borang kaji selidik. Komen daripada pelajar terhadap penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di bengkel kimpalan dapat diketahui.

Borang kaji selidik menrupakan cara yang baik untuk mendapatkan maklumbalas tentang masalah-masalah lain yang berada di bengkel.

6.1 PENALTI YANG DIKENA BAGI KESALAHAN

Sesiapa atau pihak yang melanggar peruntukan akta seksyen 15 adalah melakukan kesalahan dan apabila disabit, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Sesiapa atau pihak yang melanggar Peraturan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Keselamatan, Kesihatan, dan Kebajikan) adalah melakukan kesalahan dan apabila disabit, boleh didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit.

7.0 RUNJUKAN Buku: Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan dan Peraturan-peraturan Edisi 2011 (Undang- Undang Malaysia) Diterbit dan Dicetak Oleh MDC Publishers Sdn. Bhd. 2011 ISBN 978-976-70-1353-7 Assessment of the Health Risks Arising From The Use of Hazardous Chemicals In the Workplace 2nd Edition By Department of Occupational Safety and Health Officer, Ministry of Human Resources Malaysia 2000 ISBN 983-7014-09-3 Factories and Machinery Act with Regulations 2011 Edition (Laws of Malaysia) Published and Printed by MDC Publishers Sdn. 2011 Bhd. ISBN 978-976-701372-6 Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) By Department of Occupational Safety and Health, Ministry of Human Resources 2008 ISBN 978-983-2014-62-1 Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Published By National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) 2005 Module 1 and Module 2 (ISBN 983-99082-7-8), Module 3 (ISBN 983-99082-8-4) and Module 4 (ISBN 983-42714-0-9)