studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/bab_9.doc  · web viewrajah 9.2: sambungan...

37
BAB 9 FASA PENILAIAN 9.0 Pengenalan Dalam bab ini, penulis membincangkan fasa terakhir dalam Model ADDIE bagi pembangunan produk mulitmedia. Perbincangan adalah berkaitan dengan penyediaan soalan, cara pengambilan data, analisis data dan perbincangan dapatan analisis. Dapatan perbincangan akan memberikan input yang berguna untuk proses penambahbaikan perisian kursus dan pengembangan potensinya khususnya dalam bidang bahasa Arab. 9.1 Fasa 5: Penilaian Aplikasi Seperti lazimnya, penilaian bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna. Berdasarkan Model ADDIE, penulis hanya menggunakan penilaian sumatif, iaitu melalui metod tinjauan pendapat responden untuk mengumpulkan data yang diperlukan.

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

BAB 9

FASA PENILAIAN

9.0 Pengenalan

Dalam bab ini, penulis membincangkan fasa terakhir dalam Model ADDIE bagi

pembangunan produk mulitmedia. Perbincangan adalah berkaitan dengan penyediaan soalan,

cara pengambilan data, analisis data dan perbincangan dapatan analisis. Dapatan perbincangan

akan memberikan input yang berguna untuk proses penambahbaikan perisian kursus dan

pengembangan potensinya khususnya dalam bidang bahasa Arab.

9.1 Fasa 5: Penilaian Aplikasi

Seperti lazimnya, penilaian bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada

pengguna. Berdasarkan Model ADDIE, penulis hanya menggunakan penilaian sumatif, iaitu

melalui metod tinjauan pendapat responden untuk mengumpulkan data yang diperlukan.

Tinjauan pendapat responden diambil melalui borang soal selidik yang dihasilkan dalam bentuk

penilaian dalam talian. Set soal selidik tersebut akan dikonfugirasikan dengan perisian pangkalan

data.

Penulis menyediakan dua bahagian soalan, iaitu bahagian persembahan perisian kursus

dan bahagian persembahan kandungan. Penilaian kandungan akan menilai sama ada perisian

kursus yang dibina mampu menepati matlamat dan kemahiran yang dijangkakan, manakala

Page 2: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

penilaian perisian kursus akan menilai aspek-aspek reka bentuk perisian kursus dari pelbagai

sudut seperti reka bentuk paparan halaman, warna, interaktiviti dan sebagainya.

9.1.1 Penyediaan Soal Selidik

Penyediaan soal selidik adalah untuk membuat penilaian kepada produk yang dihasilkan.

Kajian rintis terhadap kesahan dan kebolehgunaan soalan telah dijalankan oleh penulis kepada

kelompok responden dalam fasa implementasi. Hasil maklum balas kajian menunjukkan soalan

yang disediakan adalah relevan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden sebenar

berkaitan dengan objektif kelima kajian ini.

Soal selidik ini mengandungi 20 soalan, 10 soalan untuk bahagian pertama yang

berkaitan dengan persembahan perisian kursus dan 10 soalan lagi untuk bahagian kedua yang

berkaitan dengan kandungan kursus. Berikut merupakan soalan-soalan yang disediakan untuk

bahagian pertama:

i. Reka bentuk skrin menarik

ii. Teks jelas dan boleh dibaca

iii. Grafik menarik dan berkesan

iv. Warna yang digunakan berkesan

v. Audio yang digunakan berkesan

vi. Interaktiviti (seperti roll over, klik bebutang) mudah dan memadai

vii. Pautan ke setiap topik dan laman yang dikehendaki mudah

viii. Ikon dan panduan jelas dan mudah difahami

ix. Panduan aplikasi jelas dan mudah difahami

Page 3: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

x. Keseluruhan persembahan aplikasi memuaskan anda

Berikut pula merupakan soalan-soalan untuk bahagian kedua:

i. Rangka kandungan jelas  

ii. Objektif pembelajaran jelas  

iii. Kandungan yang disampaikan menepati sukatan pelajaran

iv. Kandungan disusun dengan teratur dan jelas

v. Penerangan kandungan mencukupi

vi. Contoh kandungan mencukupi  

vii. Bahan tambahan/sokongan disediakan (latihan, ujian dan aktiviti)

viii. Keseluruhan kandungan membantu anda lebih memahami pelajaran dalam kelas

ix. Keseluruhan kandungan memudahkan anda mengulang kaji pelajaran

x. Keseluruhan kandungan aplikasi memuaskan anda

Penyediaan soal selidik dalam talian dijalankan semasa fasa pembangunan. Soal selidik

tersebut bukan dalam format Microsoff Word atau format PDF (Adobe Acrobat Professional),

tetapi telah dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan dalam perisian Dreamweaver. Seperti

borang penilaian biasa, soal selidik tersebut telah ditempatkan dalam Sistem My-Arab yang

menjadi satu menu khas seperti dalam Rajah 9.1 di bawah.

Page 4: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Rajah 9.1: Paparan atas borang soal selidik dalam talian

Rajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian

Page 5: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik, biodata responden yang telah dimasukkan

ke dalam Sistem My-Arab, manakala Rajah 9.2 pula memaparkan 20 soalan yang perlu dijawab

oleh responden. Responden hanya perlu mengklik pilihan masing-masing kemudian

menghantarkannya. Pilihan yang telah dihantar akan disimpan dalam bentuk numerik. Data

numerik yang telah disetkan adalah dalam skala berikut:

1 = Sangat Tidak Setuju

2 = Tidak Setuju

3 = Kurang setuju

4 = Setuju

5 = Sangat Setuju

Sistem akan memberi amaran sekiranya ada soalan yang belum dijawab. Oleh itu, responden

perlu menjawab keseluruhan soalan dahulu agar proses penghantaran berjalan dengan lancar.

xi. Prosedur Pengumpulan Data

Kelebihan menjalankan soal selidik secara dalam talian ini ialah data mudah

dikumpulkan dan respon yang diberikan adalah penuh (mesti jawab penuh dahulu, kemudian

barulah boleh dihantar). Kelemahannya ialah sekiranya akses kepada sistem tersebut terputus dan

penghantaran tidak masuk terus ke pangkalan data. Oleh itu, penulis telah memastikan sistem

penghantaran data ke pangkalan data dalam perisian MySQL berjalan dengan sukses.

Bagi kajian ini, penulis telah menjalankan penilaian perisian ini terhadap 90 responden

sepertimana berikut:

i. Pemilihan responden

Page 6: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Responden dipilih daripada pelajar yang telah mengambil bahasa Arab dalam

peperiksaan SPM tahun 2006. Justifikasi pemilihan responden adalah berdasarkan perkara-

perkara berikut:

Kesukaran mencari responden yang menjadi calon mata pelajaran BAK tahun 2007

dalam sesebuah sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Tinjauan penulis

melalui telefon ke Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran

Malaysia dan Pejabat Pendidikan Negeri Selangor gagal mendapatkan maklumat yang

dikehendaki. Maklumat yang diperolehi menunjukkan calon-calon BAK ramai yang

mengambil secara persendirian dan bertaburan di merata sekolah.

Responden yang dipilih merupakan pelajar yang datang daripada pelusuk negara adalah

sesuai yang bertindak mewakili setiap negeri di Malaysia (sila lihat demografi

responden). Mereka dipilih dan dikumpulkan dalam program persediaan untuk

melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian di Timur

Tengah sebagai pelajar di Pusat Pelajar Antarabangsa (International Student Centre),

Universiti Teknologi MARA.

Kandungan yang dinilai merupakan subjek nahu bahasa Arab yang agak sukar difahami

dalam jangka waktu yang singkat. Pemilihan responden yang berpengalaman mengambil

subjek bahasa Arab SPM pada tahun 2006 memudahkan penilaian dalam jangka waktu

singkat yang dijalankan di dalam makmal komputer.

Taburan responden mengikut negeri secara ringkasnya dapat dilihat dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Demografi responden pelajar bahasa Arab (N = 90)Demografi Bilangan (%)

Jantina LelakiPerempuan

44 (48.9)46 (51.5)

Page 7: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Umur 18 tahun 90 (100)

Sekolah mengikut Negeri

JohorKedahKelantanKuala LumpurMelakaNegeri SembilanPahangPerak SelangorTerengganu

6 (6.7)8 (8.9)14 (15.6)8 (8.9)4 (4.4)2 (2.2)6 (6.7)10 (11.1)18 (20)14 (15.6)

ii. Masa dan tempat pengendalian

Pengendalian penilaian dijalankan di makmal komputer, Pusat Pelajar Antarabangsa

(International Student Centre), Universiti Teknologi MARA. Penilaian mengambil masa selama

2 jam.

iii. Kaedah pengendalian

Panduan diberikan kepada respon yang berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

Konsep pembangunan aplikasi

Responden dijelaskan mengenai pembangunan sistem pengurusan pembelajaran secara

dalam talian dan kandungan subjek nahu dalam BAK.

Panduan pendaftaran

Responden ditunjukkan mengenai cara pendaftaran sebagai ahli dilakukan seperti yang

dapat dilihat dalam Rajah 6.35 dalam kajian ini.

Panduan penggunaan

Page 8: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Panduan untuk menggunakan aplikasi Mursyidi juga diberikan sebagai permulaan kepada

pengguna mengenali menu-menu yang terdapat dalam sistem aplikasi tersebut seperti

yang dapat dilihat dalam Rajah 6.36 dalam kajian ini.

iv. Pengurusan data

Sebelum membuat analisis, data perlu diurus terlebih dahulu agar analisis yang dibuat

lebih mudah dan teratur. Proses pengurusan data dapat dilihat melalui langkah-langkah berikut:

Mengambil data numerik yang terkumpul dalam perisian MySQL melalui perisian

phpMyAdmin.

Data tersebut perlu dieksport ke Microsoft Excel terlebih dahulu.

Daripada Microsoft Excel, pilih dan salin (select and copy) data yang dikehendaki.

Masukkan data (paste) ke dalam perisian SPSS 12.0.1. Platform dalam SPSS perlu

disiapkan dahulu mengikut soalan-soalan yang telah disiapkan.

Melalui perisian SPSS tersebut, data yang dianalisis akan menghasilkan keputusan yang

diperlukan untuk perbincangan.

9.1.2 Analisis Data

Keputusan analisis data hanya berkaitan dengan frekuensi respon terhadap soalan-soalan

yang diberikan. Penulis membincangkan semua soalan yang dianalisis berpandukan bentuk

jadual dan carta bar kerana kedua-duanya lebih mudah untuk difahami.

Bahagian A: Persembahan Perisian

Page 9: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

1. Reka bentuk skrin menarik

Berdasarkan Jadual 9.2 dan Rajah 9.3, majoriti responden bersetuju reka bentuk skrin

adalah menarik, iaitu sebanyak 43.3%, diikuti dengan pendapat yang sangat setuju sebanyak

34.4%, dan pendapat yang kurang setuju sebanyak 17.8%. Hanya 4.4% merupakan pendapat

yang tidak setuju dengan soalan.

Jadual 9.2: Penilaian reka bentuk skrin adalah menarik

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Tidak Setuju 4 4.4 4.4 4.4 Kurang Setuju 16 17.8 17.8 22.2 Setuju 39 43.3 43.3 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0 Total 90 100.0 100.0  

4.4

17.8

43.3

34.4

0

10

20

30

40

50

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.3: Penilaian reka bentuk skrin adalah menarik

2. Teks jelas dan boleh dibaca

Page 10: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Teks yang dimaksudkan ialah teks roman dan teks Arab dalam perisian. Jadual 9.3 dan

Rajah 9.4 menunjukkan responden sangat setuju bahawa teks adalah jelas dan boleh dibaca

dengan peratusan tertinggi sebanyak 45.6%, diikuti dengan yang setuju sebanyak 42.2%. Bagi

responden yang kurang setuju mencatat sebanyak 7.8%, dan responden yang menyatakan tidak

setuju sebanyak 4.4%.

Jadual 9.3: Penilaian teks adalah jelas dan boleh dibaca

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Tidak Setuju 4 4.4 4.4 4.4 Kurang Setuju 7 7.8 7.8 12.2 Setuju 38 42.2 42.2 54.4 Sangat Setuju 41 45.6 45.6 100.0 Total 90 100.0 100.0  

4.47.8

42.245.6

0

10

20

30

40

50

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.4: Penilaian teks adalah jelas dan boleh dibaca

3. Grafik menarik dan berkesan

Page 11: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Grafik melibatkan paparan selain teks seperti ikon, bebutang dan simbol. Berdasarkan

jadual 9.4 dan Rajah 9.5 di bawah, majoriti responden bersetuju grafik adalah menarik, iaitu

sebanyak 41.1%, diikuti dengan pendapat yang sangat setuju sebanyak 32.2%, dan pendapat

yang kurang setuju sebanyak 22.2%. Hanya 4.4% merupakan pendapat yang sangat tidak setuju

grafik dalam perisian adalah menarik dan berkesan

Jadual 9.4: Penilaian grafik adalah menarik dan berkesan

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Sangat Tidak

Setuju 4 4.4 4.4 4.4

Kurang Setuju 20 22.2 22.2 26.7 Setuju 37 41.1 41.1 67.8 Sangat Setuju 29 32.2 32.2 100.0 Total 90 100.0 100.0  

4.4

22.2

41.1

32.2

0

10

20

30

40

50

Sangat TidakSetuju

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.5: Penilaian grafik adalah menarik dan berkesan

4. Warna yang digunakan berkesan

Warna berperanan dalam pembangunan multimedia untuk menarik minat pengguna.

Jadual 9.5 dan Rajah 9.6 menunjukkan responden bersetuju bahawa warna yang digunakan

adalah berkesan dengan peratusan tertinggi sebanyak 38.9%, diikuti dengan yang sangat setuju

Page 12: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

sebanyak 32.2%, dan masing-masing yang kurang setuju mencatat sebanyak 20%, dan responden

yang tidak setuju sebanyak 8.9%.

Jadual 9.5: Penilaian warna yang digunakan adalah berkesan

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Tidak Setuju 8 8.9 8.9 8.9 Kurang Setuju 18 20.0 20.0 28.9 Setuju 35 38.9 38.9 67.8 Sangat Setuju 29 32.2 32.2 100.0 Total 90 100.0 100.0  

8.9

20.0

38.9

32.2

0

10

20

30

40

50

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.6: Penilaian warna yang digunakan adalah berkesan

5. Audio yang digunakan berkesan

Audio yang digunakan merangkumi kesan bunyi, muzik dan rakaman suara. Majoriti

responden sangat bersetuju bahawa audio yang digunakan adalah berkesan, iaitu sebanyak 43.3%

seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.6 dan Rajah 9.7. Peratusan pendapat yang setuju ialah

sebanyak 37.8%, dan pendapat yang kurang setuju sebanyak 14.4%. Hanya 4.4% merupakan

pendapat yang tidak setuju dengan soalan tersebut.

Page 13: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Jadual 9.6: Penilaian audio yang digunakan adalah berkesan

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Tidak Setuju 4 4.4 4.4 4.4 Kurang Setuju 13 14.4 14.4 18.9 Setuju 34 37.8 37.8 56.7 Sangat Setuju 39 43.3 43.3 100.0 Total 90 100.0 100.0  

4.4

14.4

37.8

43.3

0

10

20

30

40

50

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.7: Penilaian audio yang digunakan adalah berkesan

6. Interaktiviti (seperti roll over, klik bebutang) mudah dan memadai

Perisian menyediakan elemen interaktiviti seperti mouse roll over dan mouse release.

Majoriti responden bersetuju bahawa elemen tersebut adalah mudah dan memadai untuk

digunakan, iaitu sebanyak 50.0% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.7 dan Rajah 9.8.

Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 43.3%, dan pendapat yang kurang setuju

sebanyak 6.7%.

Jadual 9.7: Penilaian interaktiviti adalah mudah dan memadai

Frequency PercentValid

PercentCumulative

Percent

Page 14: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Valid Kurang Setuju 6 6.7 6.7 6.7 Setuju 45 50.0 50.0 56.7 Sangat Setuju 39 43.3 43.3 100.0 Total 90 100.0 100.0  

6.7

50.0

43.3

0

10

20

30

40

50

60

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.8: Penilaian interaktiviti adalah mudah dan memadai

7. Pautan ke setiap topik dan laman yang dikehendaki adalah mudah

Pautan merupakan salah satu teknik dalam hiperteks dan hipermedia. Majoriti responden

bersetuju bahawa pautan ke setiap topik dan laman yang dikehendaki adalah mudah, iaitu

sebanyak 55.6% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.8 dan Rajah 9.9. Peratusan pendapat

yang sangat setuju ialah sebanyak 38.9%, dan pendapat yang kurang setuju hanya sebanyak

5.6%.

Jadual 9.8: Penilaian pautan ke setiap topik yang dikehendaki adalah mudah

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 5 5.6 5.6 5.6 Setuju 50 55.6 55.6 61.1

Page 15: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Sangat Setuju 35 38.9 38.9 100.0 Total 90 100.0 100.0  

5.6

55.6

38.9

0

10

20

30

40

50

60

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.9: Penilaian pautan ke setiap topik yang dikehendaki adalah mudah

8. Ikon dan simbol jelas dan mudah difahami

Ikon, bebutang dan simbol merupakan antara elemen yang digunakan untuk memandu

arah dalam perisian. Majoriti responden bersetuju bahawa elemen tersebut adalah jelas dan

mudah difahami, iaitu sebanyak 60% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.9 dan Rajah 9.10.

Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 34.4%, dan pendapat yang kurang setuju

hanya sebanyak 5.6%.

Jadual 9.9: Penilaian ikon dan simbol adalah jelas dan mudah difahami

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 5 5.6 5.6 5.6 Setuju 54 60.0 60.0 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0

Page 16: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Total 90 100.0 100.0  

5.6

60.0

34.4

0

10

20

30

40

50

60

70

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.10: Penilaian ikon dan simbol adalah jelas dan mudah difahami

9. Panduan aplikasi jelas dan mudah difahami

Panduan aplikasi disediakan kepada pengguna dalam bentuk ringkas dan mudah.

Berdasarkan Jadual 9.10 dan Rajah 9.11, responden bersetuju bahawa warna yang digunakan

adalah berkesan dengan peratusan tertinggi sebanyak 53.3%, diikuti dengan yang sangat setuju

sebanyak 34.4%, dan responden yang kurang setuju mencatat sebanyak 12.2%.

Jadual 9.10: Penilaian panduan aplikasi jelas dan mudah difahami

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 11 12.2 12.2 12.2 Setuju 48 53.3 53.3 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 17: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

12.2

53.3

34.4

0

10

20

30

40

50

60

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.11: Penilaian panduan aplikasi jelas dan mudah difahami

10. Keseluruhan persembahan aplikasi memuaskan anda

Soalan ini menyimpulkan penilaian secara keseluruhan mengenai persembahan aplikasi.

Berdasarkan Jadual 9.11 dan Rajah 9.12, responden bersetuju bahawa secara keseluruhannya

persembahan aplikasi memuaskan mereka dengan peratusan tertinggi sebanyak 50%, diikuti

dengan yang sangat setuju sebanyak 34.4%, dan responden yang kurang setuju mencatat

sebanyak 15.6%.

Jadual 9.11: Penilaian keseluruhan persembahan aplikasi adalah memuaskan

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 14 15.6 15.6 15.6 Setuju 45 50.0 50.0 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 18: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

15.6

50.0

34.4

0

10

20

30

40

50

60

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.12: Penilaian keseluruhan persembahan aplikasi adalah memuaskan

Bahagian B: Kandungan Perisian

1. Rangka kandungan jelas

Pembahagian kandungan perisian kursus Mursyidi kepada 10 topik dan setiap topik

kepada empat skop merupakan rangka yang jelas. Oleh itu, berdasarkan Jadual 9.12 dan Rajah

9.13, responden bersetuju bahawa rangka kandungan adalah jelas dengan peratusan tertinggi

sebanyak 48.9%, diikuti dengan yang sangat setuju sebanyak 36.7%, dan responden yang kurang

setuju mencatat sebanyak 14.4%.

Jadual 9.12: Penilaian rangka kandungan adalah jelas

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 13 14.4 14.4 14.4 Setuju 44 48.9 48.9 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 19: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

14.4

48.9

36.7

0

10

20

30

40

50

60

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.13: Penilaian rangka kandungan adalah jelas

2. Objektif pembelajaran jelas

Dalam menu utama perisian terdapat objektif pembelajaran yang boleh dicapai pengguna

di akhir pembelajaran. Berdasarkan Jadual 9.13 dan Rajah 9.14, responden bersetuju bahawa

objektif pembelajaran adalah jelas dengan peratusan tertinggi sebanyak 53.3%, diikuti dengan

yang sangat setuju sebanyak 36.7%, dan responden yang kurang setuju mencatat sebanyak 10%.

Jadual 9.13: Penilaian objektif pembelajaran adalah jelas

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 9 10.0 10.0 10.0 Setuju 48 53.3 53.3 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 20: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

10.0

53.3

36.7

0

10

20

30

40

50

60

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.14: Penilaian objektif pembelajaran adalah jelas

3. Kandungan nahu yang disampaikan menepati sukatan pelajaran

Kandungan subjek ialah nahu dalam BAK mengikut sukatan KBSM yang sedia maklum

telah dipelajari oleh responden. Majoriti mereka bersetuju bahawa kandungan perisian yang

disampaikan menepati sukatan pelajaran, iaitu sebanyak 60% seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 9.14 dan Rajah 9.15. Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 36.7%. Hanya

3.3% merupakan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut.

Jadual 9.14: Penilaian kandungan nahu menepati sukatan pelajaran

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 3 3.3 3.3 3.3 Setuju 54 60.0 60.0 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 21: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

3.3

60.0

36.7

0

10

20

30

40

50

60

70

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.15: Penilaian kandungan nahu menepati sukatan pelajaran

4. Kandungan disusun dengan teratur dan jelas

Majoriti responden bersetuju bahawa kandungan subjek nahu dalam perisian disusun

dengan teratur dan jelas, iaitu sebanyak 60% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.15 dan

Rajah 9.16. Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 32.2%, dan sebanyak 7.8%

merupakan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut.

Jadual 9.15: Penilaian kandungan disusun dengan teratur dan jelas

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 7 7.8 7.8 7.8 Setuju 54 60.0 60.0 67.8 Sangat Setuju 29 32.2 32.2 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 22: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

7.8

60.0

32.2

0

10

20

30

40

50

60

70

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.16: Penilaian kandungan disusun dengan teratur dan jelas

5. Penerangan kandungan mencukupi

Penerangan yang dimaksudkan ialah penerangan melalui terjemahan dan audio. Majoriti

responden bersetuju bahawa penerangan kepada kandungan subjek nahu dalam perisian

mencukupi untuk memahami subjek, iaitu sebanyak 46.7% seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 9.16 dan Rajah 9.17. Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 32.2%, dan

sebanyak 18.9% merupakan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut. Terdapat 2.2%

responden yang tidak setuju dengan soalan ini.

Jadual 9.16: Penilaian penerangan kandungan mencukupi

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Tidak Setuju 2 2.2 2.2 2.2 Kurang Setuju 17 18.9 18.9 21.1 Setuju 42 46.7 46.7 67.8 Sangat Setuju 29 32.2 32.2 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 23: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

2.2

18.9

46.7

32.2

0

10

20

30

40

50

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.17: Penilaian penerangan kandungan mencukupi

6. Contoh kandungan mencukupi

Majoriti responden bersetuju bahawa contoh kepada kandungan subjek nahu dalam

perisian mencukupi untuk memahami subjek, iaitu sebanyak 44.4% seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 9.17 dan Rajah 9.18. Peratusan pendapat yang sangat setuju dan kurang setuju

adalah sama, iaitu sebanyak 27.8%.

Jadual 9.17: Penilaian contoh kandungan mencukupi

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 25 27.8 27.8 27.8 Setuju 40 44.4 44.4 72.2 Sangat Setuju 25 27.8 27.8 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 24: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

27.8

44.4

27.8

0

10

20

30

40

50

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.18: Penilaian contoh kandungan mencukupi

7. Bahan tambahan/sokongan disediakan (latihan, ujian dan aktiviti)

Selain daripada subjek utama, perisian turut menyediakan latihan, ujian dan aktiviti.

Majoriti responden bersetuju bahawa terdapat bahan sokongan atau tambahan dalam perisian,

iaitu sebanyak 56.7% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.18 dan Rajah 9.19. Peratusan

pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 36.7%, dan sebanyak 6.7% merupakan pendapat

yang kurang setuju dengan soalan tersebut.

Jadual 9.18: Penilaian terhadap bahan tambahan/sokongan

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 6 6.7 6.7 6.7 Setuju 51 56.7 56.7 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 25: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

6.7

56.7

36.7

0

10

20

30

40

50

60

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.19: Penilaian terhadap bahan tambahan/sokongan

8. Keseluruhan kandungan membantu anda lebih memahami pelajaran dalam kelas

Soalan umum ini menilai penggunaan perisian sebagai faktor pembantu memahami

pelajaran dalam kelas, dan berdasarkan Jadual 9.19 dan Rajah 9.20, majoriti responden yang

bersetuju dengan soalan tersebut ialah sebanyak 57.8%. Peratusan pendapat yang sangat setuju

ialah sebanyak 36.7%, dan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut ialah sebanyak

5.6%.

Jadual 9.19: Keseluruhan kandungan dapat membantu pelajaran dalam kelas

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 5 5.6 5.6 5.6 Setuju 52 57.8 57.8 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 26: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

5.6

57.8

36.7

0

10

20

30

40

50

60

70

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.20: Keseluruhan kandungan dapat membantu pembelajaran dalam kelas

9. Keseluruhan kandungan memudahkan anda mengulang kaji pelajaran

Begitu juga dengan soalan ini, adakah penggunaan perisian memudahkan pengguna

untuk mengulang kaji subjek tersebut? Majoriti responden bersetuju bahawa terdapat bahan

sokongan atau tambahan dalam perisian, iaitu sebanyak 51.1% seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 9.20 dan Rajah 9.21. Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 38.9%, dan

sebanyak 10% merupakan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut.

Jadual 9.20: Keseluruhan kandungan dapat memudahkan mengulang kaji pelajaran

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 9 10.0 10.0 10.0 Setuju 46 51.1 51.1 61.1 Sangat Setuju 35 38.9 38.9 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 27: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

10.0

51.1

38.9

0

10

20

30

40

50

60

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.21: Keseluruhan kandungan dapat memudahkan mengulang kaji pelajaran

10. Keseluruhan kandungan aplikasi memuaskan anda

Soalan ini menilai kandungan aplikasi Mursyidi keseluruhannya dengan tahap kepuasan

pengguna. Hasilnya, majoriti responden bersetuju bahawa aplikasi tersebut adalah memuaskan,

iaitu sebanyak 60% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.21 dan Rajah 9.22 di bawah.

Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 34.4%, dan sebanyak 5.6% merupakan

pendapat yang kurang setuju bahawa kandungan aplikasi tersebut memberikan kepuasan.

Jadual 9.21: Penilaian keseluruhan kandungan aplikasi adalah memuaskan

Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentValid Kurang Setuju 5 5.6 5.6 5.6 Setuju 54 60.0 60.0 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0 Total 90 100.0 100.0  

Page 28: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

5.6

60.0

34.4

0

10

20

30

40

50

60

70

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Peratus

Rajah 9.22: Penilaian keseluruhan kandungan aplikasi adalah memuaskan

9.2 Perbincangan Dapatan Analisis

Penulis akan membincangkan dapatan analisis yang telah dihasilkan daripada

pengumpulan data soal selidik. Perbincangan dilakukan berdasarkan kepada objektif penilaian

dijalankan, iaitu mendapatkan respon pengguna mengenai perisian Mursyidi dari sudut

persembahan perisian dan kandungannya. Selepas perbincangan dapatan analisis, penulis

membuat rumusan yang menyentuh hubung kait penilaian ini dijalankan dengan objektif

keseluruhan kajian ini.

7.2.1 Penilaian Persembahan Perisian

Penilaian persembahan tersebut adalah berkaitan dengan penggunaan elemen multimedia

dan interaktiviti dalam perisian. Respon pengguna diperlukan untuk menilai sejauh mana

Page 29: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

keberkesanan elemen-elemen tersebut kepada mereka. Adakah ia memberi kepuasan atau

sebaliknya? Perkara ini amat penting dalam pembangunan sebuah aplikasi multimedia untuk

memenuhi keperluan pengguna akhir. Dapatan analisis mendapati perkara-perkara berikut:

1. Penggunaan elemen multimedia menarik dan berkesan

Berdasarkan analisis soalan 1 hingga 5, penggunaan elemen multimedia dalam perisian

menarik dan berkesan merangkumi reka bentuk skrin, teks, grafik, warna dan audio (sila lihat

rajah berkaitan dalam analisis data). Selain daripada video, semua elemen multimedia digunakan

dalam perisian Mursyidi termasuk animasi walaupun hanya sedikit yang digunakan.

Secara purata, respon yang ditunjukkan pengguna mengenai elemen multimedia bahawa

ia adalah menarik dan berkesan dapat dilihat seperti dalam Rajah 9.23. Peratusan tertinggi

menunjukkan responden bersetuju sebanyak 40.7%, diikuti dengan mereka yang sangat bersetuju

sebanyak 37.6% dan pendapat yang kurang setuju ialah sebanyak 16.6%. Bagi pendapat yang

menyatakan tidak bersetuju pula mencatat peratusan rendah, iaitu sebanyak 4.4%, dan hanya

0.9% yang menyatakan sangat tidak setuju dengan perkara ini.

0.9% 4.4%16.4%

40.7%

37.6%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Page 30: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Rajah 9.23: Purata penilaian elemen multimedia adalah menarik dan berkesan

2. Penggunaan elemen interaktiviti mudah dan memadai

Penilaian mengenai penggunaan elemen interaktiviti adalah berdasarkan analisis soalan 6

dan soalan 7. Interaktiviti melibatkan respon pengguna dengan elemen mouse roll over, mouse

release, keybord events yang menghasilkan aktiviti pautan ke halaman lain, muncul paparan

grafik, audio atau kesan bunyi bermula dan sebagainya.

Secara purata, respon yang ditunjukkan pengguna mengenai elemen interaktiviti bahawa

ia adalah mudah dan memadai dapat dilihat seperti dalam Rajah 9.24. Peratusan tertinggi

menunjukkan responden bersetuju sebanyak 52.8%, diikuti dengan mereka yang sangat bersetuju

sebanyak 41.1% dan pendapat yang kurang setuju ialah sebanyak 6.1%. Tiada responden yang

menyatakan tidak setuju atau sangat tidak setuju mengenai kedua-dua soalan ini.

0.0%

0.0%

6.1%

52.8%

41.1%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 9.24: Purata penilaian elemen interaktiviti adalah menarik dan berkesan

Page 31: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

Selain daripada dua skop di atas, soal selidik turut menilai penggunaan ikon dan simbol

yang dapat ditunjukkan keputusannya dalam Rajah 9.8. Begitu juga penilaian terhadap panduan

perisian yang dibina dapat dilihat dalam Rajah 9.9. Kedua-dua komponen tersebut berkaitan

dengan kemudahan perisian yang boleh digunakan pengguna dan analisis menunjukkan

persetujuan pengguna bahawa kemudahan tersebut adalah jelas dan mudah difahami.

Soalan terakhir dibina untuk melihat persepsi responden secara keseluruhan mengenai

persembahan perisian. Tinjauan mengenainya penting untuk melihat penerimaan terhadap

produk yang telah dibangunkan. Berdasarkan Rajah 9.10, dapatan soal selidik menunjukkan

majoriti responden berpuas hati dengan persembahan perisian. Oleh yang demikian, penulis

merumuskan keseluruhan persembahan perisian yang melibatkan elemen multimedia dan

interaktiviti berada dalam tahap memuaskan sesuai dengan pembangunan perisian tersebut yang

berada pada tahap sederhana.

7.2.2 Penilaian Kandungan Perisian

Terdapat dua perkara yang dapat dibincangkan dalam penilaian kandungan perisian ini.

Perkara pertama berkaitan dengan soalan 1 hingga soalan 7, iaitu menilai kandungan subjek nahu

dalam BAK yang dipersembahkan dalam perisian. Perkara kedua pula berkaitan dengan soalan 8

hingga soalan 10, iaitu menilai implikasi aplikasi multimedia terhadap proses pembelajaran

nahu.

1. Kandungan nahu dalam perisian adalah jelas dan mencukupi

Kandungan nahu yang dinilai meliputi rangka atau struktur kandungan, objektif, susun

atur, penerangan, contoh-contoh dan bahan-bahan sokongan/tambahan. Dapatan analisis

berkaitan boleh dilihat dalam Rajah 9.11 hingga Rajah 9.17. Majoriti respondan menyatakan

Page 32: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

persetujuan bahawa kandungan nahu dalam perisian adalah jelas dan mencukupi sebagai satu

produk multimedia bagi subjek nahu.

2. Keseluruhan kandungan aplikasi membantu proses pembelajaran

Penilaian terhadap keseluruhan kandungan merangkumi implikasinya terhadap proses

pembelajaran yang bertindak sebagai faktor pembantu kepada pembelajaran dalam kelas dan

sebagai satu kemudahan untuk mengulang kaji subjek tersebut. Dapatan analisis berkaitan boleh

dilihat dalam Rajah 9.18 hingga Rajah 9.19. Majoriti respondan menyatakan persetujuan bahawa

keseluruhan kandungan aplikasi membantu proses pembelajaran.

Berdasarkan Rajah 9.20 pula, dapatan soal selidik menunjukkan majoriti responden

berpuas hati dengan keseluruhan kandungan aplikasi. Oleh itu, rumusan yang boleh dibuat oleh

penulis ialah keseluruhan kandungan nahu dalam BAK ini berada dalam tahap memuaskan dan

menepati sasaran dalam proses pembangunan produk multimedia, iaitu memenuhi keperluan

pengguna.

9.3 Penutup

Fasa kelima ini merupakan fasa penilaian produk multimedia yang dihasilkan.

Berdasarkan perbincangan dapatan analisis, produk yang dihasilkan berada pada tahap

memuaskan dan memenuhi kehendak pengguna sasaran. Namun begitu, pada pandangan penulis

dapatan analisis tersebut hanya sebagai kayu pengukur kepada hasil yang sedia ada tetapi tidak

bermakna aplikasi tersebut sebagai satu hasil yang terbaik. Sudah tentu pendapat yang

Page 33: studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/10/BAB_9.doc  · Web viewRajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian. Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik,

menyatakan tidak setuju dengan soal selidik yang diajukan menjadi tanda kepada

ketidakpuashatian dengan aplikasi yang dibangunkan.

Oleh itu, penambahbaikan berterusan perlu dijalankan dan diterbitkan semula agar

menjadi satu produk yang lebih berkualiti dan memenuhi keperluan semua pengguna. Dalam bab

berikutnya, penulis menyediakan kesimpulan atau rumusan secara menyeluruh bagi kajian yang

berkaitan dengan bidang bahasa Arab dan bidang teknologi maklumat.