icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-juh…  · web...

26
SOKONGAN SOSIO-FIZIKAL DAN PENYERTAAN SOSIAL TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP KOMUNITI BANDAR 1 Juhari Ahmad 2 Abdul Razaq Ahmad 3 Jalaluddin Abdul Malek 1&2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 3 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sokongan sosio- fizikal dan penyertaan sosial terhadap kesejahteraan hidup komuniti bandar. Kajian ini mengandungi empat konstruk utama iaitu (1) sokongan fizikal adalah merangkumi aspek kawasan penempatan, kemudahan awam, keselamatan, keceriaan dan kebersihan dan kawasan rekreasi, (2) sokongan sosial meliputi aspek institusi keluarga, rakan sebaya, komuniti setempat dan komuniti sekolah dan (3) penyertaan sosial berkaitan aktiviti kependidikan, kerohanian, kesukanan dan rekreasi, politik dan sivik serta kelestarian alam sekitar dan (4) kesejahteraan hidup komuniti bandar merujuk kepada kesejahteraan insan (diri, keluarga), kesejahteraan persekitaran (sosial, keselamatan, keselesaan) dan kesejahteraan Pendidikan (formal, non-formal). Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian adalah berbentuk rawak mudah berstrata yang melibatkan 2100 responden yang melibatkan etnik Melayu, Cina dan India dari enam kawasan perbandaran di negeri Selangor. Kajian rintis akan dilaksanakan dengan merujuk tiga orang pakar dalam membuat pengesahan face validity bagi setiap item dalam kesemua konstruk dalam kajian ini dan seterusnya akan membuat kajian rintis menggunakan analisis Cronbach Alpha melibatkan 100 orang sampel bagi menentukan kebolehpercayaan item. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan MANOVA dua hala dan Regrasi Berganda bagi menjawab setiap persoalan dan hipotesis dalam kajian ini. Kata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup

Upload: others

Post on 08-Sep-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

SOKONGAN SOSIO-FIZIKAL DAN PENYERTAAN SOSIAL TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP KOMUNITI BANDAR

1Juhari Ahmad2Abdul Razaq Ahmad

3Jalaluddin Abdul Malek

1&2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia3Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sokongan sosio-fizikal dan penyertaan sosial terhadap kesejahteraan hidup komuniti bandar. Kajian ini mengandungi empat konstruk utama iaitu (1) sokongan fizikal adalah merangkumi aspek kawasan penempatan, kemudahan awam, keselamatan, keceriaan dan kebersihan dan kawasan rekreasi, (2) sokongan sosial meliputi aspek institusi keluarga, rakan sebaya, komuniti setempat dan komuniti sekolah dan (3) penyertaan sosial berkaitan aktiviti kependidikan, kerohanian, kesukanan dan rekreasi, politik dan sivik serta kelestarian alam sekitar dan (4) kesejahteraan hidup komuniti bandar merujuk kepada kesejahteraan insan (diri, keluarga), kesejahteraan persekitaran (sosial, keselamatan, keselesaan) dan kesejahteraan Pendidikan (formal, non-formal). Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian adalah berbentuk rawak mudah berstrata yang melibatkan 2100 responden yang melibatkan etnik Melayu, Cina dan India dari enam kawasan perbandaran di negeri Selangor. Kajian rintis akan dilaksanakan dengan merujuk tiga orang pakar dalam membuat pengesahan face validity bagi setiap item dalam kesemua konstruk dalam kajian ini dan seterusnya akan membuat kajian rintis menggunakan analisis Cronbach Alpha melibatkan 100 orang sampel bagi menentukan kebolehpercayaan item. Analisis data menggunakan perisian SPSS 23.0. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan MANOVA dua hala dan Regrasi Berganda bagi menjawab setiap persoalan dan hipotesis dalam kajian ini.

Kata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup

PENGENALAN

Secara keseluruhannya, masyarakat pelbagai etnik di Malaysia boleh dilihat dalam empat

dimensi iaitu politik, ekonomi, sosial dan budaya (Maurice, 1960). Mereka juga tinggal sebelah

menyebelah di dalam satu unit politik yang sama tetapi dalam beberapa hal mereka terpisah

(Mohd Anuar et al., 2011). Misalnya, pembahagian masyarakat dibahagikan berasaskan kepada

sektor ekonomi di mana terdapat pembahagian jenis pekerjaan yang berasaskan etnik

(Furnivall, 1956). Hal ini telah lama berlaku dalam kalangan masyarakat kita sejak dari zaman

penjajahan komunis lagi dan masih terjadi sehingga sekarang. Masyarakat Cina lebih

melibatkan diri dalam bidang perniagaan, manakala masyarakat melayu lebih kepada jawatan

Page 2: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

dalam kerajaan serta dalam bidang pertanian. Di samping itu, masyarakat India pula lebih

kepada perladangan serta perindustrian (Ahamad et al., 2011).

Perkembangan pesat dalam sesebuah kawasan akan membuka peluang yang luas

kepada individu yang datang dari pelbagai latarbelakang sosioekonomi untuk menceburkan diri

dalam sektor ekonomi. Sebagai contoh revolusi di England telah melahirkan pertemuan antara

penduduk yang tinggal di selatan dan utara iaitu antara orang Irish dengan Inggeris. Selain itu,

hasil perkembangan pesat industri kapas di India telah menemukan orang India dari pelbagai

kasta dan agama dalam satu kawasan kerja yang sama. Manakala perkembangan perindustrian

di negara kita Malaysia juga telah membuka peluang kepada pelbagai jenis etnik, agama dan

bangsa untuk bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Lantaran itu, penglibatan masyarakat

Melayu dalam industri telah membuka peluang untuk bergaul dan etnik lain dengan lebih kerap

berbanding keadaan sebelumnya. Sungguhpun begitu, jika peluang ini digunakan atau

dimanfaatkan sepenuhnya barulah ia dapat mengubah pola hubungan etnik di negara ini atau

setidak-tidaknya di kalangan mereka yang terlibat dalam industri. Jika tidak, peluang akan

hanya tinggal peluang seperti yang dikatakan oleh Williams (1964: 161) “… opportunity

clearly is not interaction”.

Secara tidak langsung masyarakat pelbagai etnik di Malaysia telah memberi impak ke

atas struktur masyarakat dan cara kehidupan penduduk dengan wujudnya pembandaran,

pemodenan dan perindustrian. Proses pembandaran khususnya telah mencetuskan berlaku

penghijrahan penduduk secara besar-besaran terutamanya dari desa ke bandar, dan dari bandar

kecil ke bandar besar. Kajian daripada Rabushka (1973) yang melihat perbezaan perwatakan

etnik dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur dan Georgetown menunjukkan Orang Melayu

majoritinya tinggal di kawasan luar bandar hanya sebahagian kecil sahaja mendiami kawasan

bandar. Dalam kajian tingkahlaku sosial di kawasan bandar-bandar utama, didapati orang Cina

dapat meluangkan masa yang banyak dalam aktiviti membeli belah, bersiar-siar mahupun

jamuan. Fenomena ini berbeza dengan masyarakat Melayu yang tidak begitu ghairah

menghabiskan masa di kawasan pusat membeli belah mahupun makan di restoran mewah.

Kajian ethnosentrik menunjukkan etnik Cina di kawasan bandar lebih bersikap etnosentrik

berbanding masyarakat Melayu (Fee, 2004).

Page 3: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

Terdapat beberapa kesan daripada proses pembandaran ini iaitu perubahan ke atas stratifikasi

sosial dengan kemunculan kelas-kelas baru dalam masyarakat yang tinggal di bandar.

Seterusnya, muncul cara hidup baru yang dikenali sebagai gaya hidup bandar. Gaya hidup

bandar terjadinya disebabkan oleh perubahan ciri-ciri masyarakat daripada ‘masyarakat

majmuk’ di mana penduduk berlainan kaum tinggal secara berasingan dan terpisah tanpa

interaksi (Abdul Rahman, 2011). Melihat dari perspektif yang lebih luas, kesejahteraan sosial

dan kualiti hidup sebenarnya merupakan konsep yang sukar dijelaskan. Walau bagaimanapun,

kebanyakan pengkaji-pengkaji terdahulu berpendapat bahawa kesejahteraan sama ada dilihat

dari lensa objektif mahupun subjektif, memberi harapan yang sangat bermakna kepada

peningkatan kualiti kehidupan penghuni bandar (Smith & Clay 2010; Zaimah et al., 2015).

Dinamika dalam pelbagai aspek di bandar berlaku dengan lebih pantas sehingga persoalan

kesejahteraan sering menjadi isu di pelbagai peringkat kehidupan. Umpamanya, perubahan dari

sudut teknologi komunikasi telah merubah banyak bentuk aktiviti ekonomi dan pembangunan

bandar yang mempunyai hubung kait dengan kesejahteraan komuniti.Perubahan tersebut turut

memberi kesan kepada interaksi sosial dan penyertaan sosial dalam komuniti bandar.

Pembangunan bandar yang sistematik dapat membantu dalam meningkatkan tahap

kesejahteraan hidup bandar di sesebuah negara sekiranya perancangan dilakukan mengikut

keperluan komuniti setempat (Katiman Rostam et al 2011).

Dengan pelbagai masalah jenayah yang semakin sukar dibendung, isu-isu pencemaran

alam sekitar, banjir kilat, kenaikan harga hartanah, pencerobohan penggunaan tanah serta

kesesakan lalu lintas, maka aspek keselamatan, ketenteraman dan kemasyarakatan dalam

kehidupan bandar kini telah mengalami dekadensi berbanding sebelumnya (Samruhaizad

Samian @ Samion et al., 2014). Ringkasnya, semakin tinggi tahap pembandaran, kehidupan

komuniti dianggap semakin terancam dan tidak selamat (Zurinah Tahir & Khadijah Hussin,

2012; Sepideh Sedaghatnia et al., 2013). Maka, sebarang usaha penambahbaikan terutamanya

dari aspek penyelidikan perlu dilakukan dari semasa ke semasa supaya kesejahteraaan hidup

individu terus boleh dipertingkatkan seiring dengan pembangunan yang berlangsung.

Page 4: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

LATARBELAKANG KAJIAN

Menurut The Legathum Prosperity Index (2016) kesejahteraan penduduk di sesebuah negara

dapat dinilai daripada beberapa aspek iaitu dari aspek pendidikan, persekitaran semulajadi,

kesihatan, modal sosial, persekitaran perniagaan dan kualiti ekonomi. Negara Malaysia telah

tersenarai dalam tangga ke-38 dari 139 buah negara yang terlibat dalam penyelidikan tersebut.

5 negara yang dicatatkan mempunyai kesejahteraan yang tinggi adalah negara maju iaitu New

Zealand, Norway, Finland, Switzerland dan Kanada. Di Asia Tenggara, Malaysia dicatatkan

sebagai negara yang kedua sejahtera selepas Singapura (tempat pertama Asia Tenggara).

Walaubagaimanapun, kajian-kajian terhadap kesejahteraan di negara-negara maju

menunjukkan beberapa isu yang perlu diberi perhatian serius. Umpamanya, kajian oleh Robert

Putnam (1995) mendapati bahawa kebanyakan rakyat di Amerika Syarikat tidak berminat

untuk menyertai pelbagai bentuk kegiatan sosial yang akhirnya mewujudkan masyarakat

individualistik. Ekoran daripada isu tersebut, satu kajian yang lebih empirikal perlu dilakukan

untuk meneliti kesejahteraan hidup komuniti bandar sebagai hasil daripada sokongan

persekitaran serta komitmen ahli komuniti bandar dalam pelbagai aktiviti sosial. Kesejahteraan

komuniti banyak bergantung kepada persekitaran pembangunan. Justeru, pembangunan bandar

yang dirancang perlulah mengikut ciri-ciri pembangunan perbandaran yang efisien dan

mampan, pembangunan ekonomi bandar yang kukuh, dinamik dan berdaya saing, sistem

pengangkutan bandar yang bersepadu dan efisien, penyediaan perkhidmatan bandar,

infrastruktur, utiliti yang berkualiti dan sebagainya.(Dasar Perbandaran Negara, 2006).

Secara umumnya, di Negeri Selangor, terdapat enam Majlis Perbandaran, dua Majlis

Bandaraya dan satu Bandar Diraja. Terdapat beberapa matlamat yang telah digariskan

sepanjang penubuhan Majlis Perbandaran, dimana kesemuanya adalah untuk membangunkan

masyarakat dan meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti. Di antara matlamat tersebut

adalah dengan memberi dan meningkatkan perkhidmatan bandaran, menyedia dan

menyelenggara kemudahan infrastruktur, menyusun dan mengawasi pembangunan melalui

kawasan pembangunan yang teratur serta terancang, menggiatkan penyertaan sosial dan

dorongan sosial komuniti seperti penyediaan kemudahan taman dan rekreasi, mewujudkan

suasana kecantikan kawasan selaras dengan objektif untuk menjadikan kawasan Majlis Sebagai

"Kawasan Taman Dalam Bandar“, mengeratkan perpaduan di antara rakyat serta memainkan

Page 5: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

peranan dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menarik aspek perindustrian, merancang

perumahan kos rendah dan program-program menggiatkan pelancongan, meningkatkan aspek

ekuiti serta akses pendidikan yang dapat meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti di bandar.

Ringkasnya, kajian ini diadakan adalah bagi mengenalpasti hubungan dan sumbangan

di antara pembolehubah bersandar sokongan sosio-fizikal dan penyertaan sosial terhadap

pembolehubah tidak bersandar kesejahteraan hidup komuniti di bandar. Walaubagaimanapun,

dalam kajian ini, fokus hanya diberikan dalam konteks Majlis Perbandaran yang terdapat di

negeri Selangor sahaja.

ISU DAN PERMASALAHAN

Proses pembandaran di Malaysia telah berlaku sejak tiga dekad yang lalu. Malaysia pada awal

kurun ke-19 masih lagi dipenuhi hutan hujan khatulistiwa yang kaya dengan kepelbagaian

biologi dan bahan mineral. Pada tahun tersebut juga kawasan ini mempunyai kampung-

kampung terutamanya di tempat-tempat menghala ke muara lembangan sungai-sungai utama.

Walau bagaimanapun, perubahan berlaku secara perlahan dan terus meluas dalam empat dekad

kebelakangan berpunca dari pelbagai faktor. Antaranya disebabkan oleh meningkatnya jumlah

penduduk dalam lapisan-lapisan sosio-ekonomi menyebabkan penggemblengan pelbagai jenis

modal bagi menggerakkan satu gabungan kegiatan agar tuntutan keperluan asas serta kemajuan

penduduk dibangunkan. Tambahnya, ini memberi kesan kepada kawasan tempat tinggal dan

kawasan lingkungan kegiatan-kegiatan habitat yang mula berubah dari keadaan lebih asli

menuju ke suatu landskap binaan di mana komponen asas ekologi tabii mula terurai dan

diubahsuai (Abdul Samad, 2010).

Walaubagaimanapun, tidak semua proses pembandaran memberi impak positif kepada

komuniti, terdapat juga impak negatif kepada penduduk setempat. Contohnya, hasil daripada

terlalu banyak ruang dan peluang pekerjaan di bandar seperti sektor perindustrian dan

perkhidmatan telah menarik ramai golongan migran datang berhijrah ke bandar. Hal ini

menyebabkan penduduk di sesuatu bandar terlalu padat dan ramai mengakibatkan tempat itu

sesak dengan kenderaan dan pembangunan sekitarnya (Shaharudin Idrus, 2004). Sebagai

Page 6: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

contoh Bandaraya Kuala Lumpur yang kini sedang mengalami proses pembandaran yang pesat

dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta

rangkaian pengangkutan yang semakin pesat dari hari ke hari. Selain itu, proses pembandaran

yang tidak terkawal serta keadaan sistem pembandaran yang tidak tersusun pada pringkat awal

telah mengakibatkan pelbagai masalah telah berlaku serta kesesakan lalu lintas. Pembangunan

yang pesat bermakna keluasan kawasan bandar menjadi bertambah dan kualiti hidup penduduk

menurun (Wan Rozali, 2007).

Tetapi masih tidak dapat dielakkan cabaran terbesar tinggal di bandar besar adalah

kenaikan kos sara hidup yang menjadi bebanan serta menghantui penduduk terutamanya

golongan bawahan. Walau bagaimanapun, masalah sosio-ekonomi seperti ini tidak dapat

dielakkan kerana kos sara hidup yang makin meningkat saban hari. Kebanyakkan isu seperti ini

melibatkan isu penyediaan kemudahan asas dan juga isu penghijrahan penduduk yang sangat

ekstrem. Rata-rata penduduk bandar yang kurang berkemampuan menetap di kawasan yang

kurang selesa dan mendapat kemudahan yang kurang mencukupi. Mereka akan tercicir

daripada arus pembangunan dan kemudahan yang disediakan di bandar tersebut. Isu ini akan

mendatangkan pelbagai masalah negatif kepada perkembangan pembandaran seperti

kekotoran, penyakit berjangkit dan kebakaran (Wan Rozali, 2007).

Hasil laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2003, 2008) jumlah kejadian

jenayah tahun tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara. Hal ini adalah kerana proses

pembangunan yang terlalu drastik menyebabkan ada segilintir masyarakat yang tersepit

sehingga menyebabkan mereka terdesak dan memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan

melakukan jenayah untuk meneruskan kehidupan. Mereka terpaksa merompak dan mencuri

demi menampung hidup ditambah pula dengan masalah pengangguran yang tinggi. Selain itu,

mingrasi penduduk daripada pelbagai tempat juga telah membawa pelbagai budaya negatif

daripada tempat mereka seperti keganasan dan sebagainya (Haryati, 2010). Hal ini akan

menjejaskan kualiti hidup masyarakat di kawasan bandar. Isu keselamatan mereka menjadi

persoalan dan boleh mengganggu kehidupan harian masyarakat bandar. Pembangunnan dalam

pelbagai sektor terutamanya ekonomi, kemudahan infrastruktur, sosial dan budaya adalah bagi

Page 7: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

meningkatkan kualiti hidup masyarakat di bandar (Hasnah et al., 2009). Walaubagaimanapun

dalam mendepani proses pembangunan, aspek fizikal, ekonomi dan sosial juga turut

menghambat kesejahteraan hidup individu. Seiring dengan aspirasi negara untuk mencapai

status negara maju, kajian empirikal perlu diadakan dari semasa ke semasa supaya

penambahbaikan boleh dilakukan agar kelestarian kehidupan manusia terus dapat dicapai.

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Kajian lepas daripada Hasnah Ali et al. (2009) menunjukkan bahawa kepuasan kawasan

perumahan merupakan petunjuk penting perumahan kualiti kejiranan yang memberi kesan

kepada kualiti individu hidup. Kajian beliau bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri sosial, ekonomi

dan fizikal kawasan bandar yang menyumbang kepada kepuasan keseluruhan dengan kejiranan

yang seterusnya memberi kesan positif perasaan keseluruhan terhadap kehidupan. Data untuk

kajian ini dikumpul melalui temubual peribadi isi rumah yang dipilih secara rawak

menggunakan prosedur persampelan sistematik dari isi rumah yang tinggal di kawasan

perumahan berpendapatan sederhana di Pulau Pinang, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan

penduduk secara umumnya berpuas hati dengan kualiti hidup keseluruhan. Walau

bagaimanapun, tahap kepuasan adalah rendah bagi pengangkutan awam, politik aktiviti dan

masing-masing kos sara hidup dari aspek fizikal, sosial dan ekonomi.

Mohd Yusof Hussain et al. (2011) telah menjalankan kajian melibatkan penduduk di

Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah iaitu kampung yang wujud

dalam bandar sebagai responden. Objektif kajian ini untuk mengkaji persepsi penduduk

terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka dalam aspek hubungan kekeluargaan dan kejiranan

dan seterusnya menganalisis faktor penentu tahap kesejahteraan hidup penduduk sebagai

penghuni di “urban village” ini. Seramai 132 orang ketua isi rumah telah ditemuselidik dan

jumlah ini mewakili 30% jumlah ketua isi rumah yang terdapat di Kampung Berjaya dan

Kampung Mempelam. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan sahaja

masih belum cukup untuk menjamin kesejahteraan, manakala hubungan kejiranan yang baik

telah dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup penduduk. Namun, gabungan kedua-dua

hubungan ini lebih memberi jaminan kesejahteraan hidup masyarakat “urban village”.

Page 8: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

Kajian daripada Hasnah et al. (2009) menunjukkan kualiti hidup sangat penting bagi

mencerminkan corak taraf hidup, gaya hidup yang bersih, peluang untuk menimba ilmu

pengetahuan, kemudahan perumahan dan perubatan yang lebih baik, alam sekitar yang bersih

dan kemudahan rekreasi yang mencukupi serta membawa kepada pembangunan lestari negara

yang berterusan. Kualiti hidup yang baik juga sangat berkait rapat dengan aspek ketersampaian

(acessibility). Pelbagai kemudahan perkhidmatan asas diperlukan oleh penduduk, khususunya

golongan isi rumah termiskin bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan pada tahap

keselesaan yang minimum. Justeru kajian ini dijalankan bagi menilai ketersampaian penduduk

di kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur kepada kemudahan awam yang terdapat ditempat

mereka. Data diperoleh daripada soal selidik terhadap 1800 responden. Hasil kajian mendapati

indeks ketersampaian kepada kemudahan asas masih belum begitu memuaskan. Jarak kawasan

yang jauh misalnya pusat kesihatan menyukarkan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan

dengan kadar segera.

Kajian yang dijalankan oleh (Hoe & Wahab, 2014) bertujuan mengenal pasti perkaitan

antara tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan dengan penyertaan komuniti Iban dalam

program pembangunan diri di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

Kajian yang berbentuk kuantitatif ini telah dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Kajian

menunjukkan bahawa penyertaan komuniti setempat dalam sesuatu program adalah elemen

penting yang dapat menyumbang kepada kejayaan program yang dilaksanakan. Walau

bagaimanapun, tinjauan ke atas beberapa kajian membuktikan bahawa kesediaan komuniti

setempat untuk melibatkan diri dalam program yang diadakan sering kali dibatasi oleh pelbagai

faktor. Faktor sosio-ekonomi seperti tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan bulanan

adalah antara elemen yang boleh mempengaruhi keterlibatan komuniti dalam program

pembangunan yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi.

Dilshad et al., (2010) telah menjalankan kajian ke atas 200 sampel bagi mengenal pasti

tahap penyertaan orang ramai dalam program pembangunan komuniti dan impaknya ke atas

taraf hidup mereka di Tehsil Dera Ghazi Khan, Pakistan. Hasil kajian telah mendapati bahawa

faktor sosioekonomi seperti pekerjaan, pendapatan dan tahap pendidikan mempunyai kaitan

Page 9: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

secara langsung dengan tahap penyertaan orang ramai dalam program pembangunan komuniti.

Dapatan kajian ini mempunyai persamaan Augustine dan Paul (2012) dalam kajian yang telah

dijalankan bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan golongan petani

dalam organisasi sosial di Obubra Local Government Area (LGA). Hasil kajian mendapati

bahawa petani dengan tahap pendidikan dan pendapatan yang lebih tinggi lebih cenderung

dalam melibatkan diri dalam organisasi sosial berbanding dengan mereka yang mempunyai

tahap pendidikan serta pendapatan yang rendah.

Kajian daripada Abdul Rahman et al. (2016) telah mengkaji penglibatan sosial,

pembudayaan nilai melalui pembelajaran tidak formal dan amalan nilai murni dalam kalangan

penduduk di bandar raya pintar Putrajaya, Malaysia. Seramai 414 orang penduduk bandar raya

pintar Putrajaya telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan

dengan menggunakan soal selidik berdasarkan Teori Pembelajaran Tidak Formal Orang

Dewasa dan adaptasi soal selidik yang berkaitan dengan nilai komuniti bandar. Bagi

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dilakukan. Kajian

rintis ini melibatkan 30 orang penduduk bandar raya pintar Putrajaya dan hasil nilai alfa

Cronbach menunjukkan setiap item yang digunakan bagi mengukur konstruk yang dikaji

mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis data telah dilakukan dengan

menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

penglibatan sosial dalam kalangan penduduk bandar raya pintar Putrajaya berada pada tahap

rendah serta pembudayaan nilai melalui pembelajaran tidak formal dan amalan nilai murni

berada pada tahap sederhana. Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan bagi penglibatan sosial penduduk bandar raya pintar Putrajaya berdasarkan jantina.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap sokongan sosial (social support), sokongan

fizikal (physical support), penyertaan sosial, dan kesejahteraan hidup komuniti bandar di

Negeri Selangor. Sokongan sosial meliputi aspek institusi keluarga, rakan sebaya, komuniti

setempat dan komuniti sekolah. Sementara sokongan fizikal meliputi aspek kawasan

penempatan, kemudahan awam, keselamatan, keceriaan dan kebersihan dan kawasan rekreasi.

Penyertaan sosial pula merujuk kepada aktiviti kependidikan, kerohanian, kesukanan dan

Page 10: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

rekreasi, sivik serta kelestarian alam sekitar. Bagi kesejahteraan hidup komuniti bandar pula

merangkumi kesejahteraan insan (diri dan keluarga), kesejahteraan persekitaran (sosial,

keselamatan dan keselesaan) dan kesejahteraan pendidikan (formal dan non formal). Kajian ini

juga bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan aspek-aspek tersebut

berdasarkan jantina, umur, etnik dan status sosio-ekonomi. Selain dari tu, kajian ini juga

bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan pemboleh ubah dorongan sokongan sosial (social

support) dan sokongan fizikal (physical support) terhadap penyertaan sosial dan kesejahteraan

hidup komuniti bandar.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka kajian ini berdasarkan gabungan beberapa teori dan model diantaranya ialah Teori

Sistem Ekologi Bronfenbrenner (2005), Teori Modal Sosial Putnam (2001) dan Teori Kualiti

Hidup oleh Ventegodt (2003). Kajian ini mengandungi 4 konstruk yang utama iaitu sokongan

sosial, sokongan fizikal, penyertaan sosial dan kesejahteraan hidup komuniti bandar. Konstruk

sokongan sosial adalah merujuk kepada Teori Bronfenbrenner dalam lapisan mikrosistem.

Rajah 1.0 Kerangka Konseptual Kajian

Page 11: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

Dalam kajian ini sokongan sosial merujuk kepada aspek institusi keluarga, rakan sebaya,

komuniti setempat dan komuniti sekolah yang mendorong kepada penyertaan sosial dan

kesejahteraan hidup dalam komuniti bandar. Bagi konstruk sokongan fizikal yang merujuk

kepada lapisan eksosistem dalam kajian ini merujuk kepada aspek kawasan penempatan,

kemudahan awam, keselamatan, keceriaan dan kebersihan serta kawasan rekreasi. Manakala,

bagi konstruk penyertaan sosial yang berasaskan kepada Teori Putnam pula merujuk kepada

aktiviti yang merujuk keterlibatan komuniti bandar dalam aktiviti yang berkaitan kependidikan,

kerohanian, kesukanan dan rekreasi, sivik, kelestarian dan alam sekitar. Seterusnya, konstruk

kesejahteraan hidup komuniti bandar adalah berasaskan kepada Teori Ventegolt, merujuk

kepada aspek kesejahteraan insan, kesejahteraan persekitaran dan kesejahteraan pendidikan.

Selain daripada itu, kajian ini turut mengenalpasti tahap dan perbezaan setiap konstruk yang

dikaji berdasarkan demografi iaitu jantina, etnik dan status sosio-ekonomi. Seterusnya,

sumbangan kajain turut dikaji sejauh mana konstruk sokongan sosio-fizikal terhadap

penyertaan aktiviti komuniti bandar dan turut dikaji sejauh mana ketiga-tiga pembolehubah

iaitu sokongan sosial, sokongan fizikal dan penyertaan aktiviti sosial terhadap kesejahteraan

komuniti hidup bandar di kawasan Majlis Perbandaran di Selangor.

KEPENTINGAN KAJIAN

Terdapat beberapa kepentingan di dalam kajian ini. Kepentingan yang pertama ialah mencari

dan merumuskan resolusi tentang kesedaran kebangsaan melalui pola interaksi sosial dalam

bentuk akomodasi dan asimilasi dalam kalangan rakyat pelbagai etnik di Malaysia sekaligus

menekankan peri pentingnya semangat kebersamaan dan peningkatan sifat kenegaraan melalui

kecintaan terhadap negara dan bangsa dengan mengukuhkan semangat perpaduan dan

membentuk jati diri bangsa sebagai bangsa Malaysia tanpa meleburkan identiti setiap etnik

sebaliknya mencari titik persamaan dan menyerap nilai-nilai positif antara etnik menerusi

integrasi antara wilayah, etnik dan kebudayaan. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat

menambahbaik kajian-kajian empirikal dan ilmiah sebelum ini berkaitan dengan kesejahteraan

bandar dengan mengambil kira faktor-faktor yang mendorong kepada penyertaan sosial dalam

kalangan komuniti bandar. Akhir sekali, kajian ini dapat menyediakan bukti-bukti empirikal

faktor-faktor sosial apakah yang paling dominan dalam membantu meningkatkan

Page 12: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

kesejahteraan hidup komuniti di bandar seterusnya dapat menyediakan data dan input berguna

dapat pembuatan polisi dan dasar-dasar pembangunan.

METODOLOGI

Rekabentuk kajian ini adalah sepenuhnya menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif

berbentuk kaedah tinjauan menggunakan soal selidik. (Creswell, 2012; Mohd Majid Konting,

2004). Soal selidik ini menggunakan skala Likert 5 mata kerana ianya boleh memberi pilihan

yang lebih berbagai kepada responden serta seterusnya dapat menggambarkan range of

response yang lebih berterusan dalam mendapatkan maklumat daripada responden (Colman,

Norris & Preston, 1997).

Populasi dalam kajian ini akan melibatkan responden dari pelbagai etnik yang berusia

lingkungan 25 hingga 40 tahun di Negeri Selangor. Pemilihan kategori ini adalah berdasarkan

populasi di negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kajian ini hanya memilih etnik

melayu, Cina dan India. Manakala, dari segi umur pula, golongan ini adalah rata-ratanya

mempunyai pekerjaan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Majlis

Perbandaran di Selangor. Sampel yang dicadangkan dalam kajian ini adalah seramai 2100

orang yang melibatkan seramai 175 Melayu, 105 Cina dan 70 India yang dibahagikan

mengikut 6 Majlis Perbandaran yang dipilih. Saiz sampel ini melebihi saiz sampel yang telah

ditetapkan oleh Krejcie & Morgan (1970), di mana penyelidik telah menetapkan bilangan saiz

sampel bagi setiap kawasan adalah seramai 350 responden.

Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berstrata dengan mengambil kira Majlis

Perbandaran sekitar negeri Selangor serta jantina dan etnik responden selari dengan pandangan

yang dikemukakan oleh (Cohen et al., 2007; Jorgensen, 1989). Enam Majlis Perbandaran telah

dipilih secara rawak dalam kajian ini iaitu Majlis Perbandaran Klang, Kajang, Subang Jaya,

Selayang, Sepang dan Ampang Jaya.

Sementara itu, instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima

bahagian iaitu Bahagian A berkaitan dengan profil demografi responden, Bahagian B adalah

berkaitan dengan sokongan fizikal (kawasan penempatan, kemudahan awam, keselamatan,

keceriaan dan kebersihan serta kawasan rekreasi). Item dalam Bahagian C diadapatasi dan

Page 13: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

dibina daripada Teori Sistem Ekologi Bronfrenbrenner, (2005) yang berkaitan dengan aspek

sokongan sosial (institusi keluarga, rakan sebaya, komuniti setempat dan komuniti sekolah)

Bahagian D pula berkaitan dengan penyertaan sosial (aktiviti kependidikan, kerohanian,

kesukanan dan rekreasi, sivik serta aktiviti kelestarian alam sekitar. Akhir sekali ialah Bahagian

E yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup komuniti bandar. Antara aspek utama dalam

bahagian ini ialah kesejahteraan insan, kesejahteraan persekitaran dan kesejahteraan

pendidikan.

Kajian rintis

Sebelum kajian rintis dilakukan, pengkaji akan merujuk kepada 3 orang pakar bidang bagi

membuat kesahan dalaman (face validity) bagi memastikan bahawa item soal selidik adalah

sesuai dan seterusnya setiap pandangan dan komen daripada pakar tersebut. Seterusnya, item

yang diberi komen akan diperbaiki bagi memantapkan item dalam sola selidik bagi setiap

konstruk. Kajian rintis akan dilaksanakan yang melibatkan 100 orang sampel dari Lembah

Klang yang terdiri daripada pelbagai etnik menggunakan analisis Cronbach Alpha. Item yang

rendah daripada 0.6 akan digugurkan dan diganti dengan item baru atau digugurkan terus

sekiranya item dalam konstruk atau sub konstruk tersebut mencukupi untuk mengukur bagi

mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Tatacara analisis data dalam kajian ini menggunakan

analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi iaitu analisis ANOVA, MANOVA

sehala, MANOVA dua hala dan regrasi.

KESIMPULAN

Kesejahteraan hidup masyarakat harus dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi menjamin

keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat yang berbilang kaum di Malaysia tidak kira sama

ada masyarakat bandar mahupun luar bandar. Pencapaian ekonomi dan kepesatan

pembangunan dapat membantu kemajuan sesebuah negara. Pembangunan dalam pelbagai

bidang terutamanya dalam bidang ekonomi, kemudahan infrastuktur, sosial dan budaya adalah

bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Kajian ini juga jelas menunjukkan permasalahan

yang berlaku dalam masyarakat mengenai kesejahteraan hidup di bandar yang bakal dijadikan

panduan dalam kajian ini. Kajian empirikal terhadap kesejahteraan bandar dengan mengambil

kira faktor-faktor yang mendorong kepada penyertaan sosial dalam kalangan komuniti bandar

Page 14: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

amat perlu dilakukan kerana kurangnya kajian ilmiah terhadap aspek-aspek tersebut. Kesemua

aspek telah dibuktikan ada pertalian tetapi kajian spesifik amat terhad di Malaysia. Negara

maju seperti Jepun, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah lama memberi

fokus kepada aspek sebegini.

RUJUKAN

Abdul Aziz Rahman, Abdul Razaq Ahmad, Jalaluddin Abdul Malek & Mohd Mahzan Awang. (2016). Penglibatan Sosial Dan Pembudayaan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Tidak Formal Dalam Kalangan Penduduk Bandar Putrajaya. Kajian Malaysia, 34 (2): 75–100

Abdul Rahman Embong. (2011). Perbandaran dan kehidupan bandar di Semenanjung Malaysia. Akademika 81 (2) 2011: 23-39.

Abdul Samad Hadi. (2010). Urbanisasi di Malaysia: Mengaitkan Kepelbagaian Proses ke Bentuk Perbandaran. Malaysian Journal of Environmental Management 11(2) (2010): 21-31.

Ahamad b. Rahim, Azwani b. Ismail, Abdul Razaq Ahmad,Zahara bt Aziz dan Sharifah Nor Puteh. (2011). Kurikulum Sejarah ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di Malaysia. Jurnal Pendidikan dan Latihan, 1 (3) : 1-18 ISSN 1985-9597. Penerbitan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Burgess, Robert G. (ed.) (1989). The Ethics of Educational Research. Falmer Press.Bunge, M.(1976). Indicators. Judging the Quality of Life. In Farlow, J. K and Shea, W. R.

(eds), Values and Quality of Life. New York: Science History Publications.Bronfenbrenner, U. (2005). Making Human Beings Human : Bioecological Perspectives on

Human Development. Thousand Oaks, CA : Sage Publications.Cresswell, J. W. ( 2012). Educational Research. Boston: Pearson Education.Colman, A.M, Norris, C.E dan Preston, C.C. (1997). Comparing Rating Scales of Different

Lengths: Equivalence of Scores from 5-Point and 7-Point Scales. Psychological Report, 80, 355-362.

Cohen, B. J. and Orbuch, T. L. (1990). Introduction to Sociology College Book Series. McGraw-Hill's college review books: McGraw-Hill. ISBN 0070115974, 9780070115972

Dilshad, T., Yasin, G., & Fani, M. I. (2010). Impacts of Socio- economic Factors on Participatory Community Development: A Case of Tehsil Dera Ghazi Khan. European Journal of Social Sciences, 18(2): 203-209.

Haryati Shafiii. (2010). Tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat di bandar. Tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat di bandar. Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat. ISBN 9789675457203

Hasnah Ali, Arifin Zainal, Asmawati Desa, Mustaffa Omar, Fatimah Omar & Mohd Fuad Mat Jali. (2009). Kualiti Hidup Dan Ketersampaian Kepada Kemudahan Asas Di Kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer). Prosiding Perkem IV, 1: 370-381. ISSN: 2231-962x

Hoe, K. C. dan Wahab, H. A. (2014). Hubungan Antara Angkubah Sosioekonomi Dan Penyertaan Komuniti Iban Dalam Program Pembangunan Diri. Journal of Business and Social Development, 2 (1): 114-122

Page 15: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

Lee Yok Fee, (2004). Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia. Laporan Penyelidikan/Research Report, Sari 22 (2004) 167 - 181 167

Jabatan Perangkaan Malaysia (2015) Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2010). Bank Data Negeri/Daerah Malaysia 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.

John Sydenhem Furnivall. (1956). Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India. New York: New York University Press, 304.

Jorgensen, D.L. (1989). Participant Observation: A Methodology for Human Studies, Sage,Newbury Park.

Maurice Freedman. (1960). “The Growth of a Plural Society in Malaya,” dalam Pacific Affairs. v. 3, h. 159.

Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin. (2011). ‘Uruf Majmuk: Konsep Dan Amalannya dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia. Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 45-64.

Shaharudin Idrus, Lim Choun Sian & Abdul Samad Had. (2004). Kemudahterancaman (Vulnerability) Penduduk Terhadap Perubahan Guna Tanah di Selangor. Malaysian Journal of Environmental Management, 5: 79 - 98 Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak, dan Abd. Hair Awang.

(2011). Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space, 7 (3): 36 – 44

Mohd Majid Konting.(2004). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Putnam, Robert D. (2001). "Social capital. Measurement and consequences." Canadian Journal of Policy Research 2:41-51.

Rabushka, A. (1973). Race and Politics in Urban Malaya. California : Stanford University, Hoover Institution Press.

Samruhaizad Samian @ Samion, Jamaluddin Md Jahi & Azahan Awang. 2014. IsuPerbandaran dan Kualiti Hidup Penduduk Pinggir Bandar. International Journal of theMalay and Civilisation (IMAN). 2(1) : 63-75.

Sepideh Sedaghatnia, Hasanuddin Lamit, Amir Ghahramanpouri & Sapura Bt Mohamad. 2013.An Evaluation of Residents Quality of Life through Neighborhood Satisfaction in Malaysia.Environmental Management and Sustainable Development 2(1): 114-125.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Ventegodt, A.J. (2003). Quality of Life Theory I. The IQOL Theory: An Integrative Theory of The Global Quality of Life Concept. Research Article. The Scientific World Journal 1030 1040. ISSN 1537 744X; doi 10.1100/tsw.2003.82.

Wan Rozali Wan Hussin. 2007. Kualiti Hidup Sosial dan Proses Pembandaran di Malaysia. Pulau

Pinang: Universiti Sains Malaysia.Zaimah, R., Suhana Saad, Azima, A. M., Mohd Yusof Hussain, Mohd Samsudin, Mustaffa

Page 16: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN

Omar & Ishak Yussof. 2015. Kesejahteraan subjektif: Kajian kes nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 11(2): 87-94.

Zaimah, R., Suhana Saad, Azima, A. M., Mohd Yusof Hussain, Mohd Samsudin, Mustaffa Omar & Ishak Yussof. 2015. Kesejahteraan subjektif: Kajian kes nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 11(2): 87-94.

Zurinah Tahir & Khadijah Hussin. 2012. Security Aspects of Gated Community Housing and the Concept of Safe Townships. Chinese Business Review 11(2): 242–250

Page 17: icerd2017.conference.upi.eduicerd2017.conference.upi.edu/.../sites/22/2017/12/25.-Juh…  · Web viewKata Kunci: Sokongan sosio-fizikal, komuniti bandar, kesejahteraan hidup. PENGENALAN