waj penilaian kendiri

5
Penilaian Kendiri Nama: Jagathis A/L Ravi Chandran Saya telah mengikuti kursus WAJ 3131 iaitu Kokurikulum - Persatuan dalam semester ini. Tugasan projek semester ini ialah menguruskan sebuah Kelab atau Persatuan serta merancang aktiviti- aktiviti persatuan. Tujuan tugasan ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar guru dalam menguruskan persatuan, merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam persatuan dan menjalankan ataupun mengelola aktiviti tersebut. Saya telah mendapat banyak pengalaman melalui kursus ini. Kami telah menjalankan beberapa projek sepanjang kursus ini untuk mempelajari bahawa cara menguruskan sesuatu persatuan dijalankan. Pertamanya kami telah menamakan persatuan kami sebagai Persatuan Sains. Hal ini demikian kerana subjek major kami adalah sains, maka apabila kami belajar cara menguruskan persatuan sains akan memudahkan proses kami apabila kami menjadi guru Sains pada masa depan. Persatuan kami iaitu Persatuan Sains telah menjalankan tiga projek iaitu ‘running man’, kraftangan menggunakan bahan kitar semula dan ‘Eksplore Race’. Saya telah memberi sumbangan yang sangat luas dalam menjayakan semua projek yang kami rancang. Projek kumpulan kami ialah ‘Eksplore Race’ yang merupakan projek major persatuan kami. Ia dijalankan di Taman Belia Penang. Saya telah dipilih sebagai AJK Fotografi. Saya telah mengambil gambar-gambar yang penting semasa projek ini dijalankan dan gambar-gambar tersebut turut digunakan dalam dokumentasi dan penghasilan montage. Walaupun saya ditugaskan sebagai AJK Fotografi saya juga turut terlibat dalam aktiviti stesen. Saya telah menjalankan aktiviti menghasilkan gadget menggunakan surat khabar. Apa yang saya belajar di sini ialah walaupun kita diberi satu tugasan kita haruslah menolong ahli yang lain jika kita menyempurnakan

Upload: jega-sky

Post on 11-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ygyhu

TRANSCRIPT

Page 1: Waj Penilaian Kendiri

Penilaian Kendiri

Nama: Jagathis A/L Ravi Chandran

Saya telah mengikuti kursus WAJ 3131 iaitu Kokurikulum - Persatuan dalam semester

ini. Tugasan projek semester ini ialah menguruskan sebuah Kelab atau Persatuan serta

merancang aktiviti-aktiviti persatuan. Tujuan tugasan ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar

guru dalam menguruskan persatuan, merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam persatuan

dan menjalankan ataupun mengelola aktiviti tersebut. Saya telah mendapat banyak

pengalaman melalui kursus ini. Kami telah menjalankan beberapa projek sepanjang kursus ini

untuk mempelajari bahawa cara menguruskan sesuatu persatuan dijalankan. Pertamanya kami

telah menamakan persatuan kami sebagai Persatuan Sains. Hal ini demikian kerana subjek

major kami adalah sains, maka apabila kami belajar cara menguruskan persatuan sains akan

memudahkan proses kami apabila kami menjadi guru Sains pada masa depan.

Persatuan kami iaitu Persatuan Sains telah menjalankan tiga projek iaitu ‘running man’,

kraftangan menggunakan bahan kitar semula dan ‘Eksplore Race’. Saya telah memberi

sumbangan yang sangat luas dalam menjayakan semua projek yang kami rancang. Projek

kumpulan kami ialah ‘Eksplore Race’ yang merupakan projek major persatuan kami. Ia

dijalankan di Taman Belia Penang. Saya telah dipilih sebagai AJK Fotografi. Saya telah

mengambil gambar-gambar yang penting semasa projek ini dijalankan dan gambar-gambar

tersebut turut digunakan dalam dokumentasi dan penghasilan montage. Walaupun saya

ditugaskan sebagai AJK Fotografi saya juga turut terlibat dalam aktiviti stesen. Saya telah

menjalankan aktiviti menghasilkan gadget menggunakan surat khabar. Apa yang saya belajar di

sini ialah walaupun kita diberi satu tugasan kita haruslah menolong ahli yang lain jika kita

menyempurnakan tugasan kita. Inilah dipanggil sebagai kerjasama. Hal ini akan mewujudkan

persefahaman yang erat antara ahli persatuan.

Pengalaman sepanjang kursus ini telah meningkatkan kefahaman diri saya tentang

menguruskan sebuah persatuan. Untuk menubuhkan sebuah persatuan yang sah ataupun

rasmi kita harus mempunyai nama persatuan, logo, moto dan lagu persatuan. Hal ini supaya

kita dapat membina sesuatu persatuan dengan lebih teratur. Seterusnya, setiap persatuan

harus mempunyai ahli persatuan dan ahli-ahli persatuan inilah yang akan menentukan Ahli

Jawatan Kuasa persatuan dengan cara demokrasi. mengelolakan sesuatu projek. Perkara-

perkara seperti ini merupakan asas kepada penubuhan persatuan tetapi semasa saya

mengikuti kursus ini, baru saya menimba ilmu pengetahuan tentang perkara ini. Kami juga telah

Page 2: Waj Penilaian Kendiri

melalui semua proses yang saya nyatakan tadi untuk menubuhkan persatuan kami iaitu

Persatuan Sains.

Selain itu, saya juga mempelajari cara mengelola sesuatu projek. Di sinilah saya belajar

tentang pembinaan kertas kerja projek dan aspek-aspek yang perlu ada pada sesuatu kertas

kerja yang lengkap serta cara mendapat kelulusan daripada pihak atasan. Selain itu, sebelum

saya dan ahli kumpulan saya menjalankan projek major di Taman Belia kami telah mengadakan

lawatan pra-projek. Hal ini supaya memastikan bahawa kawasan tersebut sesuai untuk aktiviti

yang dirancang, bekalan air yang mencukupi dan selamat kepada peserta-peserta yang akan

melibatkan diri dalam projek tersebut. Perkara-perkara seperti ini haruslah diambil kira untuk

menjamin keselamatan kepada pihak peserta dan pada masa yang sama kita juga dapat

memastikan bahawa projek yang dirancang mencapai objektifnya. Pengetahuan ini akan

berguna apabila saya ingin melakukan sesuatu projek di luar sekolah setelah saya menjadi

seorang guru.

Antara nilai-nilai penting yang saya perolehi daripada pengalaman tersebut ialah nilai

saling membantu dan bekerjasama. Usaha yang baik dan membina yang telah dilakukan

bersama ahli persatuan adalah untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan pada

awal semester ini. Kami memang bekerjasama antara satu sama lain untuk menjalankan setiap

aktiviti yang kami rancangkan. Contohnya, apabila kumpulan A membuat aktiviti Running Man,

kami telah menyertai aktiviti tersebut dengan penuh semangat dan aktif walaupun cuaca pada

hari tersebut sangat panas. Jika kami memberi alasan tentang keadaan cuaca, maka aktiviti

tersebut mungkin tidak dapat dijalankan. Nilai inilah dapat diterapkan dalam diri kami apabila

menjalankan aktiviti kumpulan.

Selain itu, nilai seterusnya ialah saya dapat menyayangi dan menghargai alam sekitar.

Aktiviti-aktiviti yan kami jalankan berfokuskan kepada alam sekitar. Aktiviti pertama berfokuskan

kepada tanaman herba, aktiviti kedua pula tentang penggunaan bahan kitar semula dan aktiviti

ketiga pula kami jalankan di Youth Park, merupakan taman memulihara tumbuh-tumbuhan.

Aktiviti-aktiviti ini dirancang adalah untuk memberi kesedaran kepada diri kita tentang

kepentingan alam sekitar Dengan ini, saya mempunyai kesedaran tentang perlunya memelihara

dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Di samping itu, saya juga dapat menerapkan sikap keterbukaan dalam diri saya

sepanjang kursus ini. Saya dapat bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan

Page 3: Waj Penilaian Kendiri

dan kritikan daripada rakan-rakan saya. Apabila pengerusi meminta kami untuk memberi

cadangan tentang aktiviti-aktiviti persatuan, saya telah pun memberi pandangan saya dengan

sopan dan menerima kritikan daripada akli-ahli persatuan dengan hati yang terbuka. Perkara ini

melatih saya untuk tidak menjadi terlalu sensitif apabila rakan kita mengkritik pandangan kita.

Seharusnya, kita menerima pandangan mereka dan menyediakan pendapat yang lebih baik

bagi menunjukkan kematangan.

Tambahan pula, saya dapat melahirkan sifat bertanggungjawab melalui kursus ini. Saya

telah mempunyai kesanggupan diri untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan

saya dengan sempurna. Sebagai seorang ahli persatuan ini, saya melaksanakan tugas saya

sebagai AJK Fotografi dengan baik. Saya telah mengambil gambar-gambar yang penting

semasa ahli persatuan saya menjalankan aktiviti. Gambar-gambar ini diperlukan untuk

kegunaan dokumentasi dan sebagainya. Saya berasa bangga kerana saya dapat menyumbang

sesuatu untuk persatuan ini dengan melaksanakan tugas saya dengan baik.

Aspek lain yang saya ingin berkongsi ialah kami seharusnya perlu membuat baju T

untuk persatuan ini. Malangnya, kami tidak dapat laksanakannya kerana kesuntukan masa

untuk praktikum. Maka, kami menggunakan baju Olahraga yang seragam supaya dapat

memberi identiti yang sama. Perkara ini haruslah diperbaiki ataupun dirancang dengan lebih

baik supaya semua ahli dapat mempunyai baju T persatuan. Hal ini kerana ia akan menjadi

pencetus semangat antara ahli persatuan.

Selain itu, aspek lain yang saya ingin berkongsi ialah saya mencadangkan bahawa kami

harus membuat aktiviti di luar daripada negeri Pulau Pinang. Kami boleh membuat lawatan di

Pusat Sains Negara, tempat berasaskan bidang Sains di negara kita. Hal ini supaya pelajar

guru akan mendapat gambaran ataupun satu pengalaman tentang lawatan melalui persatuan.

Dengan ini, saya dapat mempelajari cara melaksanakan ataupun merancang sesuatu lawatan

jarak jauh. Kamii telah melaksanakan aktiviti di IPG dan di Taman Belia Penang, iaitu lawatan

jarak dekat. Banyak perkara yang kita perlu mengambil kira jika kita ingin mengadakan aktiviti di

tempat yang jauh. Contohnya penginapan, makanan, kos pengangkutan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, kami telah melaksanakan sesuatu yang terbaik dengan sempurna.

Konklusinya, saya dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi

melalui penilaian kendiri ini. Saya berharap bahawa pengalaman dan pengetahuan ini dapat

saya praktikkan apabila saya menjadi seorang guru pada masa depan. Perkara-perkara yang

Page 4: Waj Penilaian Kendiri

belajar ini akan menjadikan saya sebagai seorang guru yang berprofesional tinggi. Sekian

terima kasih.