waj 3106 modul 1

16
Modul Hubungan Etnik WAJ 3106 MODUL 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU OLEH ZAKARIA BIN SAAD KUNCI Terdapat berbagai lambang di bahagian kiri bahan-bahan pengajaran. Lambang ini menunjukkan makna tertentu seperti yang dinyatakan di bawah. Pengenalan Modul 1 akan membincangkan secara terancang 3 topik yang perlu dipelajari oleh pelajar dalam tempoh 1 jam interaksi bersemuka dan 3 jam dengan membaca modul dan melaksanakan aktiviti yang dicadangkan dalam Modul ini. Melalui modul ini para pelajar akan didedahkan kepada beberapa persoalan umum yang perlu para pelajar fahami. 1 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012 Perbincangan Fikirkan Rehat Sebentar Bacaan Wajib Latihan Nota Ringkas

Upload: sir-attha-mohd-hatta

Post on 13-Feb-2015

46 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Modul Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

MODUL 1

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIKMASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

OLEH ZAKARIA BIN SAAD

KUNCITerdapat berbagai lambang di bahagian kiri bahan-bahan pengajaran. Lambang ini menunjukkan makna tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Pengenalan

Modul 1 akan membincangkan secara terancang 3 topik yang perlu dipelajari oleh

pelajar dalam tempoh 1 jam interaksi bersemuka dan 3 jam dengan membaca modul dan

melaksanakan aktiviti yang dicadangkan dalam Modul ini. Melalui modul ini para pelajar akan

didedahkan kepada beberapa persoalan umum yang perlu para pelajar fahami. Antaranya

hubungan etnik di Malaysia secara umum, Konsep-konsep asas hubungan etnik dan Pluraliti

dan masyarakat pluralistik di Malaysia. Isu-isu utama dalam topik-topik ini akan dibincangkan

dalam bentuk nota ringkas, rujukan teks, perbincangan kumpulan dan latihan. Dalam hal ini,

setiap pelajar perlu mempunyai disiplin kendiri dan integriti yang mantap semasa melaksanakan

setiap arahan dalam modul ini. Selamat mencuba, semoga anda berjaya menghabiskan modul

1 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

Perbincangan Kumpulan

Fikirkan

Rehat Sebentar

Bacaan Wajib

Latihan

Nota Ringkas

Page 2: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

ini dengan sempurna. Secara umumnya setelah selesai mempelajari bab ini, para pelajar

seharusnya dapat:

Mendefinisikan konsep-konsep masyarakat, etnik, etnisiti, etnosentrisme, ras,

rasisme, prejudis, stereotaip, diskriminasi, budaya, perpaduan, integrasi, asimilasi dan

amalgamasi.

Menerangkan konsep pluralisme, pluraliti dan pluralistik dan menghuraikan

perkembangan pembentukan masyarakat pluralistik selepas era penjajahan.

.

Masyarakat : kumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan

cara tertentu (Kamus Dewan, 2005).

Etnik : sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam,

termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi.

Etnisiti : rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu melalui kewujudan satu

kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dengan

satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme: menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama

daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil

ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Ras : sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif

berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata,

warna rambut dan sebagainya.

Rasisme : pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial

atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan

perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ditunjukkan

secara terbuka.

2 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

CUBA FIKIR DAN FAHAMI KONSEP-KONSEP BERIKUT

Page 3: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

Prejudis : pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat

dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.

Stereotaip : kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik

dan biasanya ia digambarkan secara berlebih-lebihan tentang sesuatu

perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik.

Diskriminasi : pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau

sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang

mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

Budaya : tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah, 1963)

atau kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya

(Kamus Dewan, 2005).

Perpaduan : satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya

setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama

serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi : proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan

yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit

politik (Ahmad Kambar, 1987).

Asimilasi : proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya

sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang

sama.

Amalgamasi : proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk

jenis budaya dan ras baru.

Pluralisme : Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza

dalam masyarakat.

Pluraliti : Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa

secara semulajadi – masyarakat Melaka.

Pluralistik : Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa

secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan –

era penjajah British.

3 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

Page 4: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

Segregasi: merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan

kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam

beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem

persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada

didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.

Akomodasi: merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta

menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan

budaya hidup masing-masing.

Akulturasi: Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada

budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg

berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg

berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-

dua budaya tersebut.

PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU

Alam Melayu Sebelum Kedatangan Eropah: realiti kepelbagaian alam Melayu sebagai

satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama

dunia yang menampakkan ciri-ciri kepluralitian semula jadi yang terjadi tanpa paksaan

oleh mana-mana pihak atau kuasa. ciri pluralisme alam Melayu yang fleksibel telah

dirombak, diubah suai dan sebahagiannya telah terhapus dengan kedatangan imperial

4 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

CUBA TERANGKAN APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KONSEP-KONSEP BERIKUT

BACA NOTA RINGKAS DI BAWAH DENGAN TELITI

Page 5: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

Eropah. Pola masyarakat pelbagai bangsa terbentuk melalui proses semula jadi apabila

mereka datang berdagang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan,

malah kadang kala mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Alam Melayu.

Keputusan hidup yang terhasil daripada persetujuan tanpa paksaan menjamin

ketenangan fikiran dan perasaan mereka. Hasilnya mereka berjaya mewujudkan

interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan dan terdapatnya unsur-unsur

akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman tersebut.

Alam Melayu Selepas Kedatangan Eropah: kedatangan imperial Eropah telah

merubah ciri pluralisme semula jadi apabila penjajah memperkenalkan sistem kerajaan

mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Pembentukan pola

masyarakat pluralistik selepas era penjajahan amat berbeza berbanding zaman

sebelumnya. Pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu adalah untuk

memenuhi keperluan ekonomi-politik British, maka asimilasi budaya dan cara hidup

antara kumpulan etnik tidak berlaku. Mereka menjalankan kehidupan dalam kelompok

masyarakat masing-masing. kehidupan yang harmonis antara kaum tetap berlaku dan

terus wujud dalam bentuk akomodasi sosial. Akomodasi sosial telah membenarkan

setiap kaum menjalani kehidupan berasaskan sistem sosial masing-masing secara

harmonis.

Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mewujudkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Bincangkan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memelihara keharmonian hubungan etnik selepas tahun 1957.

5 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

SECARA BERKUMPULAN 4-5 ORANG BINCANGKAN

Page 6: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

1. Setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Antara berikut manakah istilah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas.

A AsimilasiB SegregasiC AkulturasiD Akomodasi /

2. ‘Indianisation’ adalah istilah bagi melambangkan perluasan pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara.

Tokoh manakah boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas.

A I-TsingB Ibn KhaldunC George Coedes /D Syed Muhammad Naquib Al-Attas

3. Masyarakat plural Malaysia berwajah baru selepas penubuhan Malaysia pada tahun

A 1953B 1957C 1963 /D 1967

4.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A evolusi / B revolusi C industrialisasi

6 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

LATIHAN REFLEKSI MINDA

Ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.

Page 7: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

D evolusionisme

4. Gejala-gejala berikut perlu dielakkan jika ingin membina perpaduan di dalam masyarakat majmuk KECUALI

A extrimism B chauvanism C modernism / D fanaticism

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Komuniti Etnik Utama di Malaysia:

Melayu

Cina

India

Pembentukan Masyarakat Pluralistik:

• Kedatangan orang China dan India ke Tanah Melayu untuk memenuhi peluang-peluang

pekerjaan seperti perlombongan, perladangan dan perniagaan yang disediakan oleh

pihak penjajah British.

• Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak, kekalutan ekonomi dunia serta galakan

daripada British menjadi faktor penggerak kedatangan orang-orang China dan India ke

Tanah Melayu.

• Berlaku interaksi yang baik di antara orang-orang China dan India yang datang dengan

orang-orang Melayu, telah berlaku akomodasi cara hidup yang harmoni.

7 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

REHAT SEBENTAR SEMAK JAWAPAN DENGAN RAKAN ANDA

BACA DAN FAHAMI NOTA DI BAWAH

Page 8: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

• Kolonialisme British memberi impak sangat besar terhadap masyarakat negeri di

Malaysia sama ada dalam bentuk material mahu pun non-material.

• Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat membawa dasar memisahkan orang Islam

daripada agama mereka

• Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 merupakan titik permulaan penguasaan British di

Tanah Melayu.

• Perkembangan ini dengan jelas memperlihatkan agama dipisahkan daripada urusan

politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

1. Budaya merupakan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd Taib Osman, 1988).

a. Senaraikan 4 ciri penting sesuatu budaya

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

iii. __________________________________________________________________

iv. __________________________________________________________________

b. Jelaskan dua peranan utama yang perlu untuk pembentukan sesuatu budaya

i. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

8 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

BUAT RUJUKAN DAN JAWAB SOALAN

Page 9: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2 Integrasi merupakan proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Kambar, 1987).

a. senaraikan 4 unsur integrasi

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

iii. __________________________________________________________________

iv. __________________________________________________________________

b. Jelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangkan konflik antara wilayah.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

9 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

Page 10: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

___________________________________________________________________

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka:

• Politik: Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya

umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan

India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan. Selepas era

1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam

pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya, cth

penubuhan Barisan Nasional 1974.

• Perlembagaan:Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah

dirunding,pembentukan parti-parti politik etnik dan “coalition” sebagai model

permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan

Alternatif. Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum

di negara ini.

• Pendidikan: Matlamat utama dasar pendidikan menurut laporan Razak 1956 dan

Rahman Talib 1960 ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di

bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa

pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983).

• Ekonomi: Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada

semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Ketidakseimbangan kedudukan

ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus

konflik (cth peristiwa 13 Mei 1969).

10 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

NOTA RINGKAS

Page 11: WAJ 3106 Modul 1

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

Ahmad Tarmizi Talib et al. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti.

Mohamad Rashid Abu Bakar (2012). Nota Kuliah.

Shamsul Amri Baharuddin (2007) Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti

(UPENA).Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

SELAMAT BELAJAR SEMOGA BERJAYA

11 Zakaria bin Saad IPGKSAH 2012

BAHAN BACAAN WAJIB