wacana penulisan

6

Upload: jie-tong

Post on 22-Jul-2016

73 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

maklumat wacana penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: wacana penulisan
Page 2: wacana penulisan
Page 3: wacana penulisan

Profesionalisme KeguruanProfesionalisme, mengikut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 1233, bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang professional. 

Keguruan pula bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru, atau tugas dan tangungjawab (kerjaya) sebagai guru, Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 492. Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Guru dalam profesion keguruan ini perlulah menjadi seorang tokoh yang serba tahu dan sentiasa peka khususnya dalam setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia. Ini ialah kerana guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar-pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif. 

Justeru itu, kerajaan hari ini telah mengorak langkah melakukan transformasi pendidikan dengan meletakkan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan agar setiap pelajar mampu memiliki enam ciri utama untuk berupaya bersaing  pada peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 Maka satu piawaian adalah perlu supaya profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit dalam menentukan keberhasilan pelajar-pelajar. Piawaian tersebut ialah Standard Guru Malaysia (SGM).

Page 4: wacana penulisan

Peta Minda Profesionalisme Keguruan

Itu antara aspek yang menjadi cabaran bagi Kementerian Pendidikan dalam memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai perancangan yang sedang serta akan dilakukan kerajaan menerusi pelan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, pelan itu memberi tumpuan kepada beberapa anjakan utama termasuk transformasi profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan selain memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di semua sekolah.

Dalam hal ini jelas beliau, segala dasar yang sudah termaktub membabitkan perkara itu tidak pun diubah, hanya penambahbaikan dilakukan untuk memantapkan profesion terbabit.

“Mungkin terdapat kekeliruan mengenai PPPM dan itulah yang sentiasa dijelaskan kerajaan kepada orang ramai khususnya mereka yang terbabit secara langsung dalam transformasi ini seperti guru, ibu bapa dan murid melalui siri jelajah yang dilakukan.

“Kementerian menerima ribuan syor daripada pelbagai pihak baik jabatan berkaitan, badan bukan kerajaan, malah individu mengenai penambahbaikan yang telah

Page 5: wacana penulisan

dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam PPPM.

“Semua cadangan ini diperhalusi untuk dimasukkan ke dalam pelan namun ia tidak menjejaskan apa saja subjek membabitkan dasar sebaliknya tumpuan dikhususkan kepada strategi dan operasi yang berupaya merealisasikan usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau berkata, cabaran turut dihadapi di peringkat pendidik yakni guru namun semua mereka diperjelaskan mengenai perubahan yang dilakukan dalam operasi dan strategi berkenaan tidak menyentuh soal dasar pendidikan Malaysia.

Melalui pecahan tiga gelombang, gelombang satu mulai tahun ini hingga 2015 akan melaksanakan perubahan sistem dengan memberi sokongan kepada guru selain tumpuan terhadap kemahiran utama iaitu numerasi, literasi dan berbahasa.

Menurut Dr Khair, guru sebagai barisan hadapan untuk menjayakan PPPM akan dipertingkatkan kemahiran dan profesionalisme mereka menerusi beberapa program utama antaranya Program Transformasi Daerah dengan menyediakan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

“Kementerian juga mengambil langkah untuk mengurangkan beban tugas guru dengan menjalankan program rintis penempatan pembantu tadbir bertujuan membantu guru bagi kerja pentadbiran di Melaka dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Inisiatif ini pada akhirnya akan membolehkan guru memberi perhatian sepenuhnya kepada pencapaian murid dalam aspirasi yang ditetapkan di bawah pelan,” katanya.

Sebanyak 7,039 syor diterima kerajaan menerusi hampir 200 memorandum yang diperoleh hasil penganjuran dialog nasional termasuk 16 dewan terbuka, 20 persidangan meja bulat dan lima forum murid membabitkan lebih 11,000 peserta di seluruh negara.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad Rosyahaida Abdullah

Page 6: wacana penulisan