edisi 2/2013

20
http:// water.selangor.gov.my KANDUNGAN:- EDISI 2 (JAN-MAC) / 2013 muka surat 7 muka surat 13 Y.Bhg. Tuan Pengarah Pengairan dan Saliran Selangor diiringi Ikatan reben yang diikat bersama banner majlis, digantung menggunakan overhead crane sebagai acara perasmian di majlis tersebut. Kunci- kunci Kereta Proton Saga FLX telah disampaikan kepada Jurutera- jurutera Daerah dan Pegawai Penjaga Daerah Hulu Selangor. Dua buah Nissan Navara yang dilengkapi dengan segala kemudahan untuk menghadapi situasi banjir, diserahkan kepada BPME sebagai kereta khas Skuad Banjir JPS Selangor . JPS Selangor telah menyertai pameran sempena Program "Outreach" pada 29 Januari 2013 sehingga 30 Januari 2013 bertempat di The Gardens Hotel, MidValley Selangor. Program anjuran Institut Geologi Malaysia (IGM) ini telah dirasmikan oleh Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Daerah Takluknya;Sultan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibini Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. 3 6 9 12 14 16 -Kursus pengenalan JPS Selangor bagi Juruteknik (J17) - Kursus Induksi bagi pekerja awam (R1) Kontrak -Seminar Keterampilan diri serta asas solekan - Bengkel RKT 2013 JPS Selangor -Kejohanan Pertandingan Bowling diantara Bahagian JPS Selangor - Tahniah kepada BPSAH JPS Selangor -Sekilas Pandang -Perasmian Bilik mesyuarat BPME - Majlis penyerahan kenderaan Jabatan JPS Daerah dan Skuad Khas -Majlis meraikan kemenangan Bola tampar bagi kakitan- gan BPME -Pertukaran/ penempatan baru Penolong Jurutera

Upload: lamkien

Post on 19-Jan-2017

255 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

KANDUNGAN:-

EDISI 2 (JAN-MAC) / 2013

muka surat 7

muka surat 13

Y.Bhg. Tuan Pengarah Pengairan dan Saliran Selangor diiringi Ikatan reben yang diikat bersama banner majlis, digantung menggunakan overhead crane sebagai acara perasmian di majlis tersebut. Kunci-kunci Kereta Proton Saga FLX telah disampaikan kepada Jurutera-jurutera Daerah dan Pegawai Penjaga Daerah Hulu Selangor. Dua buah Nissan Navara yang dilengkapi dengan segala kemudahan

untuk menghadapi situasi banjir, diserahkan kepada BPME sebagai kereta khas Skuad Banjir JPS Selangor .

JPS Selangor telah menyertai pameran sempena Program "Outreach" pada 29 Januari 2013 sehingga 30 Januari 2013

bertempat di The Gardens Hotel, MidValley Selangor. Program anjuran Institut Geologi Malaysia (IGM) ini telah dirasmikan oleh

Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Daerah Takluknya;Sultan Duli Yang Maha Mulia Sultan

Sharafuddin Idris Shah Ibini Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

3

6

9

12

14

16-Kursus pengenalan JPS Selangor bagi Juruteknik (J17)

- Kursus Induksi bagi pekerja awam (R1) Kontrak

-Seminar Keterampilan diri serta asas solekan

- Bengkel RKT 2013 JPS Selangor

-Kejohanan Pertandingan Bowling diantara Bahagian JPS Selangor

- Tahniah kepada BPSAH JPS Selangor

-Sekilas Pandang -Perasmian Bilik mesyuarat BPME

- Majlis penyerahan kenderaan Jabatan JPS Daerah dan Skuad Khas

-Majlis meraikan kemenangan Bola tampar bagi kakitan-gan BPME

-Pertukaran/penempatan baru Penolong Jurutera

Page 2: Edisi 2/2013

Penaung: Ir. Ab. Qahar Bin Osman Pengerusi : Marenawati Bt Abd Malek Penasihat : Rajaselvam A/L Govindaraju Ketua Editor: Mohd Khoir Bin Shafie Sidang editor : Nurnajihan Bt Nasoha , Norazlin Bt Abdul Wahab, Raja Mohd Noor Aizal Bin Raja Ismail. Penyumbang Idea (Bahagian /Daerah) : BKP(Irwan Shah Bin Hashim & Nurul Azhar Bin Husin), BPA(Azrin Bin Alias & Nor Azlina Bt Mamat ), BUBK(Khairul Nizam Bin Tohid & Mohd Fairuz Bin Zakaria) BKORP(Sriyanty Bt Samsuri & Nor Hafizah Bt Suhadis). BSMA (Siti Sulina Bt Md. Sulaiman & Ong Hon Lim ) BPSAH ( Mohd Jefri Bin Zamri) BPME.(Zarinah Bt Abdul Majid) BPSP (Norzihan Bt Mohd Yusop). BSgP(Siti Saimah Bt Abd Rahman & Muhammad Sahril Bin Tijan ) JPS Hulu Langat(Aizakazalie Bin Osman) JPS Hulu Selangor.(Rosli Bin Badros & Adzuan Bin Anuar) JPS Klang.(Abdul Wahid Bin Bakri & Ely Elyani Bt Selamat) , JPS Kuala Langat ( Hj Amat Yahaya Bin Hj. Ibrahim & Izzad Bin Nizam), JPS Kuala Selangor (Muhammad Samdin Bin Yusop) JPS Petaling(Ishak Bin Othman), JPS Sabak Bernam.(Mohd Yusrizal Bin Amiruddin & Herman Bin Tawil) JPS Sepang (Md Sadiq Bin Kasmani). Jurufoto : Shariful Izwan Bin Sharifudin Mohd Isham Bin Ishak

Page 3: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

pretasi kerja dan pandangan orang luar terhadap individu di samping menilai peribadi diri, keyakinan dan sikap dalam membina personaliti unggul dan imej yang positif. Selain itu, kursus ini juga dapat mem-bantu teknik komunikasi bu-kan lisan, protokol dan etika dalam membina jaringan dan perhu-bungan yang berterusan dengan pelanggan disamping memahami kuasa pandangan pertama serta mendedahkan para peserta dengan asas solekan yang bersesuaian un-tuk ke pejabat. Seramai 45 orang peserta mengikuti kur-sus pada kali ini.

Bahagian Koporat Jabatan Pen-gairan dan Saliran Negeri Selan-gor telah mengadakan Seminar Imej dan Keterampilan Diri pada 20 sehingga 21 Mac (Rabu- Khamis) 2013 dan Asas Solekan pada 22 Mac 2013 (Jumaat) bertempat di Bilik Latihan BPME, Seksyen 17, Shah Alam. Pihak penganjur telah menjemput En Mohd Hafiz bin Nik Mustapha selaku penceramah untuk Semi-nar Imej dan Keterampilan Diri manakala penceramah jemputan untuk Kursus Asas Solekan adalah Puan Fauziah Binti Ha-rudin. Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kur-sus bagaimana keperibadian dan imej dapat mempengaruhi

Bengkel Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Tahun 2013 pada kali ini telah diadakan di Hotel De Palma Inn, Kuala Selangor selama 2 hari bermula dari 20 Februari sehingga 21 Februari 2013 (Rabu-Khamis). Peserta terdiri daripada semua Pengurusan Atasan, Jurutera-Jurutera Daerah, Ketua-Ketua Bahagian dan Penolong-Penolong Jurutera. Tujuan bengkel ini diadakan adalah un-tuk membincangkan Rancangan Kerja Tahunan JPS Negeri Selangor mengikut standard ketetapan dari Pelan Strategik JPS Malaysia. Bengkel ini dirasmikan oleh Ir. Azman Bin Yahya, Timbalan Pengarah Pembangunan.

Page 4: Edisi 2/2013

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dijemput untuk menyertai pameran Ma-jlis Karnival Jom Sedar berte-makan Satu Karnival Pelbagai Informasi. Karnival Jom Sedar anjuran Koperasi Usahawan Inovasi Selangor Berhad telah diadakan pada 24 Januari 2013 sehingga 27 Januari 2013 bertempat di Plaza AIM Point Bandar Sungai Emas Te-lok Datok Banting, Selangor. Karnival yang diadakan selama 4 hari ini juga turut meraikan badan Amal dan Kebajikan di

Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan Taklimat Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Selangor pada 21 Mac 2013 (Khamis) bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Taklimat yang bermula pada jam 09.00 pagi ini telah disampaikan oleh Encik Mu-hammad Zammidi Bin Mohd Asri, Ketua Penolong Seti-ausaha (KPSU) dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pend-edahan serta memberi kesedaran, kefahaman dan kepentin-gan peraturan-peraturan untuk penjawat awam.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mengambil peluang untuk membuka kaun-ter Aduan JPS Careline dan Pameran Produk Inovasi disamping mengadakan pam-eran sejarah JPS dan JPS Negeri Selangor serta memberi kesedaran punca air Selangor kepada orang awam. Majlis Perasmian Jom Sedar telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Pegawai Daerah, Majlis Daerah Kuala Langat iaitu Tuan Rosli

Pada 25 Feb 2013 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah melakukan ujian stress di kalangan warga kerja JPS Selangor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengenalpasti tahap stress dan punca-punca stress dikalangan warga kerja JPS Selangor.

Page 5: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

Bahagian kewangan telah men-gadakan satu kursus asas kewan-gan dengan jayanya pada 26hb Februari 2013 sehingga 28hb Feb-ruari 2013 (Selasa-Khamis) bertempat di Bahagian Perkhidmatan Mekanikal (BPME), Seksyen 17, Shah Alam. Penceramah jemputan adalah dari pihak Bendahari Negeri Selangor iaitu Puan Zakian Binti Suffian (Penolong Akauntan Tertinggi -W36) untuk topik modul gaji dan Puan Siti Hanim Binti Ada-man (Penolong Akauntan-W27) un-tuk topik modul PTJ kewangan. Pi-hak penganjur turut menjemput En. Nadzrul Bin Raja Omar (Penolong Juruaudit-W27) dari Bahagian Pen-gauditan,Jabatan Audit Negara Shah Alam. Seramai 29 Kakitangan Ibu Pejabat dan Daerah telah menghadiri kursus ini. Antara objek-tif kursus ini adalah untuk menam-bahkan pengetahuan peserta serta pihak Jabatan

berkenaan kriteria semakan yang digunapakai oleh Jabatan Audit Negara dalam melaksanakan pengauditan Indeks Akaunt-abiliti khususnya kawalan perbelanjaan dan tatacara pen-yediaan dokumen untuk pengauditan. Selain itu, kursus ini da-pat membantu peserta menambah pengetahuan, kefahaman, kemahiran dalam bidang pengurusan kewangan disamping memberi pendedahan serta mewujudkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang berkesan berdasarkan Indeks Akauntabilti dan membincangkan isu-isu dan masalah kewan-

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengadakan Tak-limat Pengurusan Rekod Dan Fail Tahun 2013 JPS Negeri Selangor pada 25 Februari 2013 (Isnin) jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Gera-kan, Dewan Annex Tingkat 2, SUK Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberikan pendedahan serta member kesedaran, Kefahaman dan kepentingan pelupusan fail dan rekod Jabatan mengikut garis pan-duan yang teleh ditetapkan.Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin Zakaria, pegawai dari Jabatan Arkib Negara.Peserta taklimat adalah terdiri daripada kakitangan Bahagian dan JPS Daerah. Taklimat berakhir pada jam 01.00 tengahari.

Page 6: Edisi 2/2013

Bahagian Pembangunan Modul Insan JPS negeri Selangor telah mengadakan Kursus Pengenalan Jabatan untuk Juruteknik Gred J17 yang baru mela-porkan diri di JPS Negeri Selangor pada 1 Mac 2013 yang lalu. Kursus ini telah diadakan pada 06 sehingga 08 Mac 2013 (Rabu-Jumaat) bertempat di Bilik Latihan, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Selangor, Seksyen 17, Shah Alam. Penceramah-penceramah yang dijem-put adalah daripada setiap bahagian JPS Negeri Selangor. Objektif umum ceramah yang diberikan adalah sebagai pengenalan dan peranan setiap ba-hagian di JPS Selangor kepada pegawai-pegawai baru.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor te-lah mengadakan Kursus Induksi Khusus Bagi Pekerja Awam R1( Kontrak) pada 13 Februari 2013(Rabu) sehingga 14 Februari 2013(Khamis). Kursus Induksi Khusus yang diadakan selama 2 hari itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi); Puan Merenawati Binti Abd Malek beserta ucapan alu-aluan.Kursus yang bermula jam 09.00 pagi berakhir jam 05.00 petang turut disertakan dengan Taklimat Pengenalan daripada BKP,BPA,BPME dan BPSgP yang disampaikan oleh ketua-ketua bahagian masing-masing pada hari pertama kursus. Peserta kursus diberi pendedahan dan pendekatan berke-naan kunci air dimana diadakan lawatan kunci air No.38 di Jalan Tepi Sungai Klang dan lawatan di ste-sen pam dan kolum takungan Banjir di Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam pada hari kedua kur-sus.Seramai 32 orang peserta kursus daripada daerah dan bahagian JPS Negeri Selangor.yang terli-bat dalam kursus induksi Khusus ini.

“TRY NOT TO BECOME A MAN OF SUCCESS, BUT RATHER TRY TO BECOME A MAN OF VALUE”

-Albert Einsten

Page 7: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

Bahagian Sungai dan Pengurusan Banjir JPS Negeri Selangor telah mengadakan Program "Team Building" untuk Program Ino-vasi pada 04 sehingga 06 Mac 2013(Isnin-Rabu) bertempat di D' Muara Marine Park Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selan-gor. Objektif program ini diadakan adalah untuk membincang program-program ino-vasi yang akan dijalankan bagi tahun 2013 ini dan juga mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan. Pelbagai program diadakan diantaranya Taklimat "Team Build-ing" untuk peserta program inovasi yang disampaikan oleh En. Herman Bin Tawil dari Jurutera Daerah JPS Sabak Bernam serta En Shaari Bin Harun Penolong Pengarah Bahagian Sungai & Pengairan Banjir JPS Shah Alam.

JPS Negeri Selangor telah menyertai pameran sempena Porgram "Outreach" pada 29 Januari 2013 sehingga 30 Januari 2013 bertempat di The Gardens Hotel, MidVal-ley Selangor. Program anjuran Institut Geologi Malaysia (IGM) ini telah dirasmikan oleh Sultan Dan Yang Diper-tuan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Daerah Tak-luknya;Sultan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafud-din Idris Shah Ibini Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah membuka gerai pameran untuk Produk Inovasi serta membuka kaunter Aduan JPS Careline bermula Jam 8.30 pagi sehingga 05.30 petang.

Page 8: Edisi 2/2013

Bahagian Sungai dan Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengikuti satu program murni iaitu "Sustainable Waterfall Adoption Program 2013/2014 (Anak Angkat Air Terjun ) bertempat di Sungai Liam, Ulu Yam Selangor. Program anjuran Per-tubuhan Pencinta Air Terjun Selangor (PPATS) & Alstoom Foundation diadakan pada 23 Januari 2013 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi sehingga 05.00 petang. Program tersebut mendapat sokongan dan kerjasama daripada NRE(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) , Majlis Daerah Hulu Selangor, Tour-ism Selangor Sdn Bhd serta Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Program anak angkat ini melibatkan pelajar sekolah daripada Sekolah Menengah Hulu Se-langor, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Hulu Se-langor dan Komuniti Hulu Selangor. BSgP JPS Negeri Selangor telah dijemput untuk menjadi fasilitator bagi

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah julung kalinya mengadakan Karnival Bola Tam-par Piala Ab. Qahar Osman, Pengarah JPS Negeri Selangor bagi Tahun 2013. Perlawanan kali ini telah diadakan diantara Bahagian dan JPS Daerah bertempat Dewan MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selan-gor pada 23 Februari 2013(Sabtu).Perlawanan bola tampar ini bermula pada jam 08.00 pagi dan acara penutup jam 06.00 petang dirasmikan oleh Tuan PPSN Selangor selaku YDP MAKSAK JPS Se-langor dengan diakhiri penyampaian piala serta hadiah kepada pemenang. Johan pada pertandingan kali ini dimenangi oleh JPS Daerah Sabak Bernam dan Naib Johan pula dari JPS Daerah Kuala Selan-gor. Karnival perlawanan bola tampar seperti ini dapat mempertingkatkan kecergasan disamping me-wujudkan hubungan erat diantara kakitangan JPS Negeri Selangor.

Page 9: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

Pada 04 Januari 2013, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selan-gor telah menganjurkan Pertandingan Bowling Antara Bahagian JPS Negeri Selangor di Plaza Alam Sentral, Shah Alam Selangor. Sebanyak 16 pasukan dan 14 orang menyertai pertandingan bowl-ing secara individu dan berkumpulan. Johan dengan jatuhan pin 432 telah dimenangi oleh M Yus-reen Supardi daripada Bahagian Saliran dan Mesra Alam (BSMA) dan Johan Pertandingan di-menangi oleh Kumpulan BSMA A sebanyak 1033 jatuhan pin. Naib johan dimenangi oleh kumpu-lan BICT A dengan jumlah markah 872 jatuhan pin dan diikuti kumpulan Bahagian Ukur Bahan(BUB) sebanyak 764 jatuhan pinmemenangi tempat ketiga.Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Dengan sambutan yang menggalakkan ini, kejohanan ini dirancang untuk terus diadakan. Tahniah kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan urusetia pertandingan.

Tahniah kepada Bhgn Sumber Air Dan Hidrologi JPS Negeri Selangor diatas pen-ganugerahan Prestasi Data Hidrologi Terbaik dan Anugerah Pegawai Hidrologi Terbaik 2011/2012 yang telah diadakan di Prinzpark Hotel, Kuala Ibai, Terengganu pada 18-19 Feb 2013 yang lepas. Pemilihan anugerah ini dibuat 2 tahun sekali. Pada tahun ini JPS Negeri Selangor telah mendapat pengikti-rafan anugerah ini untuk kali kedua berturut-turut.

Page 10: Edisi 2/2013

Bahagion Pengurusan Maklumat (BICT) telah mengadakan Bengkel Fotografi dan Videografi jabatan pada 9 April 2013 bertempat di Bilik Latihan BPME, JPS dan sekitar Shah Alam un-tuk kegiatan penggambaran luar. Kursus ini melibatkan kakitangan BICT dan jurukamera daerah untuk pemantapan penggunaan ap-likasi kamera dan video kamera yang baru diperolehi baru-baru ini. Kursus ini mengajar tentang teknikal dan fungsi maksimum peng-gunaan video kamera supaya kamera video jabatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ini bagi memudahkan semua kakitangan mera-kam gambar dan kejadian atau program ja-batan dengan menggunakan teknik yang betul dan tepat supaya gambar lebih menarik untuk disimpan dan dikemaskini.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada dua orang staf JPS kerana telah mena-matkan zaman bujangnya. Puan Nor’atika Bt Mohamed Kamarul Amran dengan pasangannya Encik Mohd Zulkhalif Bin Harmain, didoakan sentiasa berbahagia hingga ke hujung nyawa. Majlis resepsi ini telah diadakan di rumah Nor’atika yang berada di Kuala Selangor, Selangor.

Page 11: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

Page 12: Edisi 2/2013
Page 13: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

Pada 04 Februari 2013 (Isnin) telah diadakan Majlis Penyerahan Kenderaan Jabatan dan Penyerahan Mesin Rumput Sandang serta Perasmian Bilik Latihan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal Jab.Pengairan dan Saliran Negeri Selangor yang telah dinaiktaraf. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jab. Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Ir. Hj. Ab. Qahar Bin Osman AMK.PPT. Sebanyak 5 buah kenderaan jabatan SAGA FLX setiap satu diserahkan kepada Ibu Pejabat,Jurutera Daerah JPS Gombak,Jurutera Daerah JPS Sabak Bernam, Jurutera Daerah JPS Hulu Selangor dan Jurutera Daerah JPS Hulu Langat. Kenderaan NISSAN Navara sebanyak 2 buah turut diserahkan kepada BPME untuk digunakan sebagai kenderaan Skuad Khas Banjir BPME. Penyerahan Mesin rumput diserahkan

Bahagian Ukur Bahan & Kontrak (BUBK) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengadakan satu beng-kel iaitu Bengkel Kemaskini SMATRAK pada 16 Januari 2013 bertempat di bilik Mesyuarat Cempaka JPS Negeri Selangor. Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk mem-beri pendedahan dari segi pemahaman kepada pegawai yang dilantik di setiap daerah bagi proses kemaskini SMA-TRAK disamping memastikan data-data projek yang dike-maskini adalah tepat.

“ Sesungguhnya malam dan siang telah bekerja untuk kamu. Maka hendaklah kamu bekerja pada kedua-duanya “

-Umar Abdul Aziz -

Page 14: Edisi 2/2013

Mesyuarat pagi yang dihadiri oleh semua Ketua-ketua bahagian dan Jurutera-jurutera Daerah, dipengerusikan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Selangor, Ir. Ab. Qahar bin Osman berlang-sung pada 4 Februari 2013 yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat BPME yang sudah dinaiktaraf. Se-belum mesyuarat bermula, perasmian bilik me-syuarat disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pen-gairan dan Saliran Selangor dan turut disaksikan

Selepas perasmian bilik mesyuarat BPME, Y.Bhg. Tuan Pengarah Pengairan dan Saliran Selangor diiringi oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan Timbalan Pen-garah (Operasi) seterusnya menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Baru kepada JPS Daerah. Ika-tan reben yang diikat bersama banner majlis, digan-tung menggunakan overhead crane sebagai acara perasmian di majlis tersebut. Kunci-kunci Kereta Pro-ton Saga FLX telah disampaikan kepada Jurutera-jurutera Daerah Gombak, Jurutera Daerah Hulu Langat, Jurutera Daerah Sabak Bernam dan Pegawai Penjaga Daerah Hulu Selangor. Dua buah Nissan Navara yang dilengkapi dengan segala kemudahan untuk mengha-dapi situasi banjir, diserahkan kepada BPME sebagai kereta khas Skuad Banjir JPS Selangor . Selain itu, setiap daerah juga dibekalkan mesin rumput sandang untuk kemudahan pembersihan kawasan-kawasan di

Page 15: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

Pertandingan ini diadakan pada 23 Mac 2013, Sabtu bertempat

di Kolam Memancing D’Kali, Kampung Kuantan, Batang Kali

Hulu Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Ir Azman Bin

Yahya dengan balingan joran pada jam 9.30 pagi selepas uca-

pan perasmian pembukaan. Program ini telah dirasmikan oleh

Ir Azman Bin Yahya dengan balingan joran pada jam 9.30 pagi

selepas ucapan perasmian pembukaan. Pertandingan ini agak

sengit kerana ramai peserta berjaya menaikkan pelbagai jenis

ikan seperti ikan Rohu, Patin, Tongsan, Pacu dan Baung yang

kebanyakannya melebihi daripada 1.5 kilo seekor. Terdapat

juga peserta yang berputih mata kerana joran terputus tali se-

masa bertarung dengan ikan.

Majlis tersebut telah diadakan pada hari Jumaat 8 Febuari

2013 jam 8.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat JPS

Kuala Langat. Majlis dihadiri oleh semua staf JPS Kuala

Langat yang beragama Islam.

Page 16: Edisi 2/2013

Majlis keraian yang diadakan pada 7 Mac 2013 bertempat di dalam beng-kel penyelenggaraan kenderaan di tapak gelanggang badminton itu, di-hadiri oleh semua kakitangan BPME, bukan sekadar untuk meraikan ke-menangan tersebut tetapi turut diselitkan dengan acara penyampaian hadiah kepada En. Hasanuddin bin Mohd Ibrahim, Penolong Pengarah (M&E) yang telah mendapat cahaya mata kedua pada 3 Januari 2013 dan Puan Norbaiti binti Mohamed Ismail yang selamat melangsungkan perkah-winannya pada 26 Januari 2013 yang lalu.

Majlis yang diadakan pada waktu petang itu, berjalan lancar dan meriah dengan juadah barbeku yang dibakar semasa majlis ber-langsung oleh kakitangan BPME sendiri. Makanan dan hadiah yang dibeli menggunakan duit tabung yang dikumpul oleh kakitangan pada setiap bulan dan kutipan tambahan dibuat untuk menam-bah bilangan hadiah yang kurang. Makanan juga dibawa secara ‘potluck’ oleh kakitangan yang ikhlas menambah menu sedia ada dan minuman air tebu dari pokok tebu yang ditanam disekitar kawa-san BPME menjadi juadah utama

Puan Ely Elyani Bt Selamat ke JPS Daerah Klang pada 16.1.2013.

En. Azni Bin Kamarudin dari JPS Petaling Ke JPS Kuala Langat pada 29.1.2013.

Pada 1 FEB 2013 Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Langat telah menerima kemasukkan pekerja baru PRA seramai 4 orang:- Muhammad Fairul Radzi b. Turmuji, Mohd Izzadh b. Mohammed Izam ,

Azzil Ezril b. Madzain dan Shaufiq b. Samingen.

Page 17: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

16 Mac 2013. Me-syuarat pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi per-lantikkan Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuala Langat dan Sepang bagi sesi tahun 2013 – 2015.

Pada 16 Mac 2013 JPS Daerah Kuala Langat dan Sepang menganjurkan Hari Keluarga Tahun 2013 di Paya Indah Wetlands. Semua kakitangan Jabatan telah hadir bagi menjayakan aktiviti yang telah dis-ediakan. Antara aktiviti yang dianjurkan seperti su-kaneka bagi anak kakitangan. Acara seperti meniup belon, mewarna, boling padang dan acara berjalan kingkong.

Page 18: Edisi 2/2013

JPS Daerah Sabak Bernam telah mengadakan program ibadah korban. Bertarikh 29 hb Okto-ber 2012 bersamaan (13 Zulhijjah 1433 H) di dewan JPS Jalan Sungai Limau. Majlis berjalan dengan lancer atas kerjasama semua.

JPS Daerah Sabak Bernam telah mengadakan beng-kel penyediaan sasaran kerja tahunan 2013 di Seri

Malaysia Genting Highlands, bertarikh 26-28 Disember 2012.

“ The way to get started is to quit talking and begin doing “

-Walt Disney Company

Page 19: Edisi 2/2013

http:// water.selangor.gov.my

Pada 19 hb. Feb 2013 di Dewan Utama JPS Kuala Selan-gor, JPS K. Selangor telah mengadakan Konvesyen MBJ Pekerja Gred R1-R4. Objektif konvesyen ini diadakan adalah untuk enganjurkan mini kovensyen bagi kumpulan bagi persedian Kovensyen Peringkat Negeri yang dijangka akan di adakan bulan April 2013. Pelopor kepada program Bual Bicara untuk satu lagi landasan perbincangan Men-genalpasti isu dan permasaalahan secara total. Men-yediakan ruang kepada pekerja berjumpa dengan pihak pengurusan dan begitu juga sebaliknya untuk pihak pen-gurusan menyalurkan maklumat dan arahan secara terus.

Lawatan telah diadakan pada 29 dan 30 hb. Mac 2013 di JPS Daerah Manjung, Perak. Peserta adalah sera-mai 40 orang( 22 orang kakitangan dan 18 orang ahli keluarga). Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim JPS Daerah Man-jung dengan JPS Daerah Kuala Selangor sambil men-gadakan perlawanan sukan persahabatan. Taklimat diberikan oleh Jurutera Daerah Manjung Ir. Tn. Hj rosli . Dalam taklimat beliau, menyatakan bahawa JPS Man-jung terlibat dalam pembangunan kawasan pelancon-gan terutamanya yang melibatkan pembinaan struktur di atas sungai dan pantai. Di pihak JPS Daerah Kuala Selangor pula, kunjungan ini diketuai oleh Jurutera Pengairan En. Zuraidy bin Jalal ke jps Daerah Man-jung. Pada sebelah petang, 3 acara sukan persaha-batan diadakan seperti Sukan ping pong, dart dan bola tampar. Sebelah malamnya pula, peserta bermalam di Teluk Batik secara perkhemahan. Lawatan sambil bela-jar, bersukan dan rekreasi ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

Page 20: Edisi 2/2013

Satu majlis mengenang jasa pegawai-pegawai JPS

Petaling yang bertukar pejabat telah diadakan pada

5 April 2013 bertempat di Kuarters Rumah Pam TTDI

Jaya Jalan Sastera U2/1, Shah Alam, Selangor.

Pegawai yang diraikan ialah Encik Ahmad Azizi Bin

Ariffin yang bertukar ke JPS Daerah Sepang dan men-

yandang jawatan sebagai Jurutera Daerah dan En. Azni

Bin Kamaruddin yang bertukar ke JPS Daerah Kuala

Langat sebagai Penolong Jurutera. Majlis ini juga diseri-

kan dengan kehadiran Timbalan Pengarah

(Pembangunan)1, JPS Selangor, Encik Ir. Azman Bin

Yahya PJK, M.I.E.M, P.Eng. Bagi mengenang jasa

pegawai-pegawai tersebut, pihak JPS Petaling berbesar

hati memberikan cenderahati sebagai tanda kenangan.

Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar aktiviti

tersebut.