2 cerpen edisi guru

66
Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5 1. CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG Karya S. Othman Kelantan SINOPSIS Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat. TEMA Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian. PERSOALAN 1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup. 2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh. 3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan. 4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa. 5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup. 6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas PLOT Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu; (i) Permulaan Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal. 3 NOTA RUJUKAN

Upload: olundus13

Post on 24-Jan-2016

106 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Komsas

TRANSCRIPT

Page 1: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

1. CERPEN PAHLAWAN BUNTUNGKarya S. Othman Kelantan

SINOPSIS

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

TEMA

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

PERSOALAN

1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas

PLOT

Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;

(i) Permulaan

Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.

(ii) Perkembangan

Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.

(iii) Konflik

Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.

3

NOTA RUJUKAN

Page 2: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

(iv) Klimaks

Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.

(v) Peleraian

Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.

TEKNIK PLOT

1. Pemerian

Ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…

2. Dialog

“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”

“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.

3. Suspens

Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…

4. Imbas kembali

…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

LATAR

Latar Masa

30 tahun lalu (situasi perang) Tahun 1941 – 1973 Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan Semasa zaman penjajahan Jepun

Latar Tempat

Kampung Pulau Pak Amat

4

Page 3: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Kampung Tok Lukup Sungai Gali Kampung Dal Jalan Bayam

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Pak Hussain

Berusia 60 tahun Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom) Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni) Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai

penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat. Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur

besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.

Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

Watak Sampingan

1. Khalid (aku)

Anak Pak Hasan Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang

sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampung

2. Fatimah

Ibu Khalid Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila

Jepun menyerang kampung mereka.

NILAI

1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun

2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.

3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.

5

Page 4: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.

2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.

4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

2. CERPEN PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG Karya Mohammed Latif Mohammed

SINOPSIS

Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.

TEMA

Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)

PERSOALAN

1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.

2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.

3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.

4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.

PLOT

6

Page 5: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.

(ii) Perkembangan

Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.

(iii) Konflik

Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan.

(iv) Peleraian

Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.

TEKNIK PLOT

1. Pemerian

Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik…

2. Monolog

“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.

3. Dialog

“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.

“Siew Lan.” Jawabnya lambat.

4. Imbas kembali

..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

1. Mak Timah

Perempuan tua

Selalu sakit-sakit

Ibu angkat Pungut

7

Page 6: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.

Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.

Watak Sampingan

2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong

Berusia 24 tahun.

Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.

Anak angkat Mak Timah.

Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).

3. Bibik

Nenek Pungut.

Berbangsa Cina peranakan.

Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.

LATAR

Latar Masa

1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan

2. 24 tahun selepas Pungut dewasa

Latar Tempat

1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah

2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah.

2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan.

3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya

GAYA BAHASA

8

Page 7: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

1. Kata ganda Contoh: digeleng-gelengkan

2. Bahasa pasar Contoh: sueh, loktang

3. Sinkope Contoh: nak, kau

4. Personifikasi Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung

NILAI

1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.

2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.

3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.

4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik.

5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.

PENGAJARAN

1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.

2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.

3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.

4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.

5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

3. CERPEN IDOLA Karya Zaen Kasturi

SINOPSIS

Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung

9

Page 8: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

TEMA

Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.

PERSOALAN

1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .

2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero.

3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.

4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

PLOT

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.

(ii) Perkembangan

Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.

(iii) Konflik

Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.

(iv) Klimaks

10

Page 9: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.

(v) Peleraian

Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Teknik Plot

1. Pemerian

Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu…

2. Monolog

“aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak.

3. Dialog

“Err… tidak,”

“Bercakap benarlah saudara.”

Err… ya…ya…”

4 Suspens

Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Si Penjaga Panggung Bekerja sebagai penjaga panggung.

Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.

Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.

Watak Sampingan

1. Si Hero

Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri.

Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)

11

Page 10: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.

2. Isteri Penjaga Panggung

Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.

Mempunyai 10 orang anak.

LATAR

Latar Masa

1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.

2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.

Latar Tempat

1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.

2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.

2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.

3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan.

4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero.

GAYA BAHASA

1. Kata ganda

Contoh: putera-puteri

2. Metafora

Contoh: kawah lupa diri

3. Simpulan Bahasa

Contoh: merendah diri

4. Hiperbola

Contoh: suaranya bak halilintar

12

Page 11: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

5. Personifikasi

Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku

6. Falsafah

Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak

NILAI

1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya.

2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.

3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.

3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.

4. CERPEN PENANGGUNGANKarya Wijaya Mala

SINOPSIS

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

TEMA

Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..

PERSOALAN

13

Page 12: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..

3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .

4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

PLOT

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.

(ii) Perkembangan

Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.

(iii) Konflik

Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.

(iv) Klimaks

Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.

(v) Peleraian

Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..

TEKNIK PLOT

1. Imbas kembali

Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …

14

Page 13: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

2. Suspens

“Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Kapten Mamat

Bekerja sebagai kapten kapal. Seorang pesara. Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang

menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.. Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah

bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.

Watak Sampingan

1. Masnah Janda Baharum. Mempunyai dua orang anak. Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat

menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia. Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan

suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

2. Isteri Kapten Mamat Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah. Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati

penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

3. Bahar Anak Baharum Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap

LATAR

Latar Masa

1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya.

Latar Tempat1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

Latar Masyarakat

15

Page 14: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.

2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.

3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...

4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.

GAYA BAHASA

1. Kata ganda . Contoh: :tulang-tulang.

2. Simpulan bahasaContoh : tulang belakang, mengikat perut.

3. Penggulangan kata Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.

4. Personifikasi Contoh : badannya dihembus angin.

5. Simile Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

NILAI

1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.

2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.

3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.

2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

5. CERPEN HUTAN RIMBAKarya Sasjira

16

Page 15: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

SINOPSIS

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.

TEMA

Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang..

PERSOALAN

1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.

2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah,

3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing..

4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.

PLOT

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.

(ii) Perkembangan

Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.

17

Page 16: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

(iii) Konflik

Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.

(iv) Klimaks

Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.

(v) Peleraian

Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Pak Tua

Pemandu jentolak jenama Caterpillar. Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan

pendidikan anak-anaknya. Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya

dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.

Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

Kesal atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

Watak Sampingan

1. Mak Tua Isteri Pak Tua. Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara.. Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya. Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua

mereka..

18

Page 17: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

2. Ajam Anak sulung Pak Tua Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota.. Pakar dalam dunia perniagaan. Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.. Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan

3. Bakar Anak kedua Pak Tua. Berkelulusan Sarjana Pertanian. Pengurus ladang estet kelapa sawit.

4. Melati Anak ketiga Pak Tua. Pensyarah IPT.

5. Budi Anak bongsu Pak Tua. Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

LATAR

Latar Masa

1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.

Latar Tempat

1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan3. Sungai Kinabatangan, Sabah

Latar Masyarakat

1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya.

2. Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak Tua

yang semuanya berpendidikan tinggi..4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak

Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.

TEKNIK PLOT

1. Pemerian Contoh : Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri…

2. Dialog Contoh:

“Bapa telah melestarikan harta warisan alam.” Bakar mencelah kagum.

19

Page 18: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…

3. Imbas Kembali Contoh:Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori…

4. Suspens Contoh:

“Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…

GAYA BAHASA

1. Kata ganda Contohnya pohon-pohon2. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau3. Hiperbola Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak hasil

busana hutan…4. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana5. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah…6. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran…

NILAI

1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing..

2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.

4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya..

2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.

3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.

4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

6. CERPEN TANGGAR AMANAT Karya Amaruszati Noor Rahim

SINOPSIS

20

Page 19: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

TEMA

Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

PERSOALAN

1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat..

2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat..

3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.

4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

PLOT

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) PermulaanPlot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa mengandung. Dia terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah gagal memujuknya agar meninggalkan tempat itu setelah ada ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda bencana.

(ii) PerkembanganSetelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim dan berkomunikasi dengan janinnya sendiri.

(iii) KonflikKonflik timbul apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu

(iv) KlimaksHawa mula sedar bahawa keselamatan janinnya lebih penting berbanding kepentingan mempertahankan perusahaan di Yellowstone.

(v) PeleraianHawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-kali.

TEKNIK PLOT

21

Page 20: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

1. Pemerian Contohnya :

..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket di tarik ke kepala yang pening semenjak subuh tadi. Dunia bagai diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak, tetapi dia…

2. Suspens Contohnya ;

Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. Di mana? Dalam lahar Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan hangat kawalan api Yellowstone. Tidak mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava. Kalimah Lailahaillallah terdengar…

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama1. Hawa

Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya,

Adam. Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya. Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia. Isteri kepada Adam

Watak sampingan

1. Adam Suami Hawa Seorang yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia. Mempunyai sifat patriotik yang tinggi . Ingin kembali dan menetap ke Malaysia..

2. Janin Generasi ke-8 Ahmad Abdullah. Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya.Berani memberi pandangan

terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia. Ikhlas memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya. Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah

darah ayahnya, Adam.

LATAR

Latar Masa

1. Lapan tahun menunggu zuriat.2. Generasi kelapan Ahmad Abdullah.

Latar tempat

1. Yellowstone.2. Devils Tower.3. Canyon Village.

22

Page 21: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, iaitu Hawa yang menyayangi janinnya.

2. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga, Contohnya Hawa yang berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya.

3. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan, Contohnya Perusahaan Taman Nasional Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan.

4. Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan, Contohnya janin yang mendengar degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan.

GAYA BAHASA

1. Kata gandaContohnya : tiba-tiba.

2. Metafora Contohnya :perut bumi.

3. Hiperbola Contohnya : kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.

4. Simile Contohnya : lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.

5. Personifikasi Contohnya ; kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.

6. Kata pinjaman Contohnya : Bahasa Arab (Kun Fayakun).

NILAI

1. Nilai kasih sayang, Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.

2. Nilai kesabararan. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.

3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.

2. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.

3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

23

Page 22: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

PRAKTIS TOPIKAL

1. PAHLAWAN BUNTUNGKarya S. Othman Kelantan

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KEHADIRAN Pak Husain menjadi jambatan kepada ingatanku untuk menyeberang bagi menemui detik-detik peristiwa yang berlaku lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu.

Kakinya yang buntung, terkulai dalam kain sarungnya yang kelihatan singkat. Kaki kayunya sudah usang. Kepala kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya. Kalau tidaklah kerana parut yang memanjang di atas dahinya, yang separuh ditutup oleh semutar kain batik Kelantan, aku akan kehilangan wajahnya. Kehilangan itu akan membuatkan aku tidak melihat peristiwa sejarah tanah air. Kebisingan dan kehiruk-pikukan yang berbaur daripada ramainya orang yang menghadiri temasya kota (menyambut ulang tahun kemerdekaan), seolah-olah tidak masuk dalam telingaku. Tidak.

Wajah Pak Husain memanjat kepalaku. Menerkam dan menggigitku. Berlari-lari dalam ingatanku. Dia pahlawan yang tidak pernah difikirkannya bahawa dia telah menyelamatkan kami. Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya melewati orang ramai, dalam kumpulan yang lebih merupakan sampah sarap yang disongsang oleh pasang penuh, aku tepuk belakangnya. Pak Husain berhenti mendadak. Menikam wajahku dengan pandangan yang berkaca-kaca. Aku menaburkan senyumanku. Kuduga ingatannya. Ingatkah ia?

(i) Gambarkan keadaan kaki kayu Pak Husain ketika ditemui oleh ‘aku’.[2 markah]

- Kaki kayunya sudah usang- Kepala kakinya sudah berjabu-jabu

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk menghargai jasa pejuang negara.[3 markah]

- menyambut Hari Pahlawan- menghulurkan derma sempena Hari Pahlawan- mendoakan kesejahteraan mereka- menziarahi pusara

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Husain yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Perwatakan daripada petikanSeorang pahlawan yang berjasa tanpa mengharapkan balasanContoh, Pak Husain pernah menyelamatkan ‘kami’ 30 tahun yang lalu

Perwatakan daripada keseluruhan cerpen- Seorang yang bersifat sederhana

Contoh, Pak Husain berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)

- Seorang pemimpin yang berkaliber.

24

Page 23: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Contoh, Pak Husain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat.

- Seorang yang beraniContoh, Pak Husain dengan berani telah memberitahu pihak Jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri.

PRAKTIS 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Husain mencengkam tanganku. Cengkamannya kuat seperti tidak mahu dilepaskannya. Matanya menajam menembusi wajahku. Terasa berdetak-detak dalam hatiku. Tidak ada yang kudengar di sekitarnya, kecuali detak hati Pak Husain yang merenungku. Pada wajahnya terlukis gambaran keriangan yang beriak-riak pada bibirnya yang kelihatan separuh tertutup oleh misainya yang seperti kapas. Janggutnya jarang-jarang, juga seperti kapas. Pakaiannya sederhana, membayangkan keperibadian desa yang suci murni.

Kugeser ia ke tepi. Kami berlabuh dalam sebuah warung. Kami minum-minum.“Ayahmu masih sihat?” tanyanya. Memang Pak Husain sangat sayang akan ayahku.“Meninggal,” jawabku perlahan. “Ayah meninggal kira-kira setahun yang lalu.”“Meninggal?” sepatah pertanyaan engkarnya. Mulutnya kumat-kamit. “Dia membaca ayat suci

tentunya,” fikirku.“Ayah selalu menyebut nama Pak Sin,” kataku. “Tapi kerana keuzurannya, kami tidak dapat

membawanya untuk menemui Pak Sin.”Pak Sin merenung orang ramai. Dalam riak matanya dapat kubayangkan wajah ayahku terdiri di

dalamnya. Dia melihatku kembali. Kemudian, dia menghirup kopi.

(i) Apakah reaksi Pak Husain setelah mengetahui ayah ‘aku’ telah meninggal dunia?[2 markah]

- mengajukan sepatah pertanyaan engkar- mulutnya kumat-kamit / membaca ayat suci

(ii) Pada pendapat anda, apakah adab ketika bertutur dengan orang yang lebih tua daripada kita?[3 markah]

- bertutur dengan sopan - tidak meninggikan suara- menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan- mengawal gerak badan dengan baik

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Nilai daripada petikanNilai kesederhanaanContoh, Pak Husain berpakaian sederhana.

Nilai daripada keseluruhan petikan

Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun

Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.

25

Page 24: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.

Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

PRAKTIS 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sesungguhnya kami telah berpisah dalam tahun-tahun pendudukan BMA. Keluargaku pindah ke kota. Ketika bunga-bunga politik memercup tumbuh dalam tahun-tahun empat puluhan, kami telah melupai satu sama lain. Ketika permulaan perpindahan kami, ayahku sering ke desa peninggalannya, tetapi apabila api politik membakar seluruh tanah air, ayahku larut di dalamnya. Sejak itu perpisahan tidak rasmi itu saling melupai.

Kira-kira lebih tiga puluh tahun yang lalu, Pak Husain masih sepertiku. Usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya. Aku sering mengekorinya untuk memancing dan menyandak. Kampung kami damai. Deburan ombak Laut China Selatan saban detik menyiulkan lagu nelayan yang penuh duka nestapa. Kerana kedudukannya agak terpencil oleh sungai dan laut yang mengelilinginya, kampung itu disebut Kampung Pulau Pak Amat.

(i) Mengapakah kampung itu disebut sebagai Kampung Pulau Pak Amat?[2 markah]

- kedudukannya agak terpencil- dikelilingi oleh sungai dan laut

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan tinggal di kawasan luar bandar?[3 markah]

- suasana yang tenang- udara segar / kurang pencemaran udara- pemandangan menarik- kos sara hidup rendah

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Persoalan daripada petikanPersoalan kesan peperangan kepada rakyat sesebuah negaraContoh, Keluarga ‘aku’ dan Pak Husain terpisah akibat pendudukan BMA.

Persoalan daripada keseluruhan cerpenPersoalan keberanian menentang musuh.Contoh, Pak Husain berani berhadapan dengan tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampungnya.

Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.Contoh, penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling bekerjasama dalam usaha menyelamatkan diri daripada tentera Jepun

Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emasContoh, Khalid menghormati Pak Husain yang banyak berjasa kepada keluarganya.

26

Page 25: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

PRAKTIS 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Inilah Pulau Pak Amat yang gamat!Ketika kusedar oleh hentakan dan siulan bunyi yang bergemetuk, aku seperti diselimuti oleh

gebar kebingungan yang menakjubkan. Memang gendang-gendang telingaku dapat menangkap bunyi siulan yang ajaib itu. Siulan peluru dan bunyi gegaran. Dari celah-celah dinding pelupuh rumah kami, dapat kulihat, pancaran api yang menjilat. Geraarrr! Suatu ledakan yang boleh memutuskan anak telingaku. Ledakan itu disambung terus-menerus oleh rentetan bedilan yang membertih.

Aku menajamkan pendengaranku. Barangkali suatu latihan seperti yang kulihat pada minggu akhir-akhir ini. Kampung kami dipanjati kegembiraan dalam dua tiga minggu akhir-akhir ini. Saban petang kami berlari-lari ke pantai untuk melihat askar-askar Punjabi yang meniarap di sepanjang pantai. Benteng yang tersergam hitam penuh kengerian, kemas di muka Kuala Pak Amat. Dia merupakan hantu bisu penuh misteri. Apakah gegaran daripada ledakan dan jilatan api yang memancar di malam kelam ini, juga latihan?

(i) Apakah yang didengari oleh ‘aku’ ketika tersedar pada malam itu?[2 markah]

- siulan peluru - bunyi gegaran

(ii) Sekiranya anda ialah ‘aku’, apakah yang akan anda lakukan apabila berhadapan dengan situasi yang getir itu?

[3 markah]- berkumpul bersama keluarga- mencari tempat persembunyian yang selamat- berdoa

(iii) Huraikan satu latar masa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masa yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Latar masa daripada petikanWaktu petang – ‘aku’ dan orang kampung saban petang berlari-lari ke pantai untuk melihat askar-askar Punjabi yang meniarap di sepanjang pantai.

Waktu malam – ledakan dan jilatan api yang memancar pada malam kelam di Kampung Pulau Pak Amat.

Latar masa daripada keseluruhan cerpen

Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan – Khalid bertemu semula dengan Pak Husain setelah lebih 30 tahun terpisah.

Semasa zaman penjajahan Jepun – Kampung Pulau Pak Amat telah diserang oleh tentera Jepun

PRAKTIS 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Pindah!”

27

Page 26: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Sepatah ucapan itu tersembur daripada mulutnya. Dia jugalah dinihari tadi yang melaungkan nama ayahku. Pak Husain!

Ayahku masih termangu-mangu juga.“Pindah sekarang juga, waktu belum cerah!” Pak Husain membongkok ke arah ayahku. “Semua

orang kampung sudah berada di sana,” tambah Pak Husain sambil mengarah ke sebelah hulu, di pengkalan.

Seperti tidak mempunyai kekuatan apa-apa, kami mengekor di belakang Pak Husain. Dia tidak bersenjata apa-apa. Berkain pelikat, berbaju gelap, tidak berkasut. Pak Husain meninggalkan kami di suatu selekoh batas dan pokok-pokok pandan yang lebat. Barangkali mengatur orang lain pula. Barangkali. Ketika kami tiba di pangkalan, perahu sudah berasak-asak dengan orang. Ketika kami melangkah naik perahu, sebuah ledakan betul-betul jatuh di hadapan kami. Kudengar suara pekikan berhampiran. Ya Tuhan! Rumah Mak Esah terbakar. Berkecai. Korban pertama Kampung Pak Amat. Mak Esah dua beranak telah hilang bersama-sama rumahnya.

(i) Gambarkan keadaan Pak Husain ketika dia berusaha menyelamatkan penduduk kampung.[2 markah]

- dia tidak bersenjata- berkain pelikat- berbaju gelap- tidak berkasut

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah sesebuah negara dapat mengelakkan peperangan?[3 markah]

- mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain- mengadakan perundingan untuk menyelesaikan sesuatu masalah- mengambil sikap berkecuali / neutral dalam sesetengah isu antarabangsa- mendapatkan khidmat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai orang tengah

(iii) Jelaskan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Pengajaran daripada petikanKita hendaklah mendengar nasihat/arahan daripada ketua.Contoh, penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengikut arahan Pak Husain untuk berpindah.

Pengajaran daripada keseluruhan cerpen

Kita hendaklah berani menentang musuh.Contoh, Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun

Kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.Contoh, Pak Husain menipu tentera Jepun bagi menyelamatkan penduduk kampungnya.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.Contoh, Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.

2. PUNGUT ALIAS ZAHARAH ALIAS YAP SIEW HONGKarya Mohamed Latiff Mohamed

PRAKTIS 1

28

Page 27: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DIA tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdengung-dengung. Kepalanya digeleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk ke bilik. Sebentar kemudian keluar semula melakukan perbuatan yang sama. Tubuh kecilnya macam lidi. Tingginya kira-kira 0.6 meter. Kelakuannya tidak ubah macam wayang patung yang didalangkan. Sesiapa yang melihatnya pasti merasakan bermacam-macam kesan. Kesan pertama, terperanjat. Kesan kedua, timbul rasa belas kerana melihat makhluk Tuhan yang cacat begini. Kesan ketiga, pasti kita akan merasakan bagaimana besarnya kekuasaan Tuhan menciptakan hambanya. Dia keluar berputar-putar, berpusing-pusing, menggoyang-goyangkan kepala, mengeluarkan bunyi macam nyamuk, kemudian meluru masuk ke biliknya, duduk di bangku yang telah disediakan oleh Mak Timah untuknya, mengeluarkan bunyi macam biasa, bermain-main dengan jari-jarinya sendiri, bangun keluar bilik semula, masuk dan begitulah kelakuannya saban waktu jika dia tidak tidur.

(i) Berikan kesan yang akan dirasai oleh sesiapa yang melihat ‘dia’.[2 markah]

- terperanjat- timbul rasa belas- merasakan kebesaran kuasa Tuhan menciptakan hamba-Nya

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara untuk membantu kanak-kanak istimewa seperti Pungut?[3 markah]

- menghantar mereka ke sekolah pendidikan khas - mendapatkan bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat- menyediakan bantuan rawatan kesihatan- memberikan sokongan moral

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Nilai murni daripada petikanNilai simpati/belas kasihan – sesiapa sahaja yang melihat keadaan fizikal ‘dia’ pasti akan berasa belas kasihan.Nilai daripada keseluruhan cerpen

Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.

Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.

Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik.

Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.PRAKTIS 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

29

Page 28: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi dia nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut kata doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segala-galanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang yang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati.

(i) Mengapakah doktor berpendapat bahawa Pungut tidak dapat hidup lebih lama?[2 markah]

- seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil- jantungnya kecil- perutnya kecil- seluruh pernafasannya kecil

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Mak Timah sanggup memelihara Pungut yang mengalami kecacatan?

[3 markah]- ditawarkan wang oleh keluarga Pungut untuk membayar hutang- ingin mendapat pahala - amal kebajikan yang bakal dibuatnya- desakan daripada anaknya yang inginkan adik

(iii) Huraikan satu perwatakan Mak Timah daripada petikan cerpen di atas dan satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Perwatakan daripada petikanSeorang yang tabah/cekalContoh, Mak Timah tabah menghadapi kepayahan menjaga Pungut.Perwatakan daripada keseluruhan cerpen

Seorang ibu yang bertanggungjawab. Contoh, Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.

Seorang yang penyabar.Contoh, Mak Timah sabar menghadapi kerenah Pungut.

Seorang yang penyayang.Contoh, Mak Timah sanggup mengambil dan menyayangi Pungut seperti anaknya sendiri.

PRAKTIS 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

30

Page 29: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Pungut mengeluarkan suara yang Mak Timah kenal betul. Itu tandanya Pungut sedang lapar. Mak Timah merenung Pungut lama-lama. Semasa dia mengambil Pungut, dia tidak menyangka yang Pungut tidak akan besar-besar seperti sekarang ini. Mak Timah tidak menyangka yang Pungut akan bisu dan pekak. Mak Timah tidak tergambar atau terfikir yang Pungut akan secacat ini. Pendeknya Pungut cacat segala-galanya. Harapan Mak Timah, Pungut akan besar seperti manusia lain, seperti gadis-gadis lain. Sangkaan Mak Timah, Pungut akan membesar seperti gadis-gadis lain kerana Mak Timah pernah melihat anak orang yang lahirnya kecil, tidak cukup bulan dan sebagainya, tetapi boleh membesar seperti manusia biasa. Harapan Mak Timah supaya Pungut besar dan bekerja untuk membantunya, menjaganya apabila dia telah tua, hampa. Sebaliknya Mak Timah yang menjaga Pungut.

Pungut bangun, dia berjalan sambil mengeluarkan suara menandakan dia sedang lapar. Kepalanya digeleng-gelengkan, ke kiri dan ke kanan dengan amat pantas dan cepat.

(i) Apakah harapan Mak Timah terhadap Pungut?[2 markah]

- Pungut akan membesar seperti gadis-gadis lain- Pungut akan bekerja untuk membantunya- Pungut akan menjaganya apabila dia tua

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah terdapat segelintir anggota masyarakat sanggup meminggirkan kanak-kanak istimewa?

[3 markah]- malu dengan kecacatan tersebut- tidak sanggup menghadapi kesukaran menjaganya- mementingkan maruah diri- sibuk dengan kerjaya / tiada masa- kurang nilai kemanusiaan / keagamaan- tidak dapat menerima takdir Tuhan

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Pengajaran daripada petikanKita hendaklah tabah/sabar dalam menjaga kanak-kanak istimewaContoh, Mak Timah sabar menghadapi kerenah Pungut yang cacat.

Pengajaran daripada keseluruhan cerpenKita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.

Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.

Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.

PRAKTIS 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

31

Page 30: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Mak Timah mengambil secawan teh susu, dicecahnya roti dalam teh itu, kemudian disuapkan ke mulut Pungut. Pungut menelan roti itu sekali gus dengan pantas. Begitulah cara Pungut makan, sama seperti ular sawa makan, tidak tahu mengunyah, terus menelan benda yang diberikan sekali gus. Gigi-gigi Pungut rosak di sana sini. Tidak terjaga. Mak Timah terus menyuapkan makanan kepada Pungut. Dalam hati Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan, jika Tuhan mahu mengambil nyawanya, biarlah Tuhan mengambil dahulu nyawa Pungut. Dia tahu tidak ada sesiapa pun yang sanggup membela Pungut. Tidak ada sesiapa pun yang sanggup membersihkan najis dan kencing Pungut. Tidak ada sesiapa yang sanggup menjaga Pungut. Jadi, biarlah Pungut mati dahulu, kemudian dia, jadi masalah tidak timbul. Itulah doa Mak Timah kepada Tuhan saban waktu. Hendak diharapkan anaknya Munah dan Katijah, janganlah harap. Mereka sudah berkahwin, sudah mempunyai anak sendiri, bahkan mereka geli mendekati Pungut. Tetapi kadang-kadang Mak Timah tidak menyalahkan anak-anaknya, kerana ketika itu mereka masih kecil, belum tahu apa-apa. Hanya Mak Timah hairan Pungut tidak mati-mati. Nyawa Pungut amat liat. Nyawa Pungut amat panjang. Mak Timah terfikir Tuhan sengaja hendak menguji kesabarannya menjaga Pungut…

(i) Mengapakah Mak Timah sentiasa berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut terlebih dahulu?[2 markah]

- tidak ada sesiapa pun yang sanggup membela Pungut.

- tidak ada sesiapa pun yang sanggup membersihkan najis dan kencing Pungut.

- tidak ada sesiapa yang sanggup menjaga Pungut.

(ii) Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, apakah yang akan anda lakukan terhadap Pungut sekiranya Mak Timah meninggal dunia?

[3 markah]- melaporkan masalah Pungut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat- mendapatkan bantuan kewangan / menubuhkan tabung bantuan- menyuruh ibu bapa mengambilnya sebagai anak angkat

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Persoalan daripada petikanPersoalan kasih sayang seorang ibu kepada anak Contoh, Mak Timah menjaga Pungut dengan penuh kasih sayang walaupun orang lain tidak sanggup menjaganya.

Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Contoh, Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.

Persoalan daripada keseluruhan cerpenPersoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Contoh, Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.

Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Contoh, Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.

Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan.

32

Page 31: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Contoh, Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain.

PRAKTIS 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat. Buat susah-susah mak pelihara si Pungut, apa dapat? Kalau anak orang lain, dah besar dah boleh kerja, dah boleh bantu bayar duit air, duit api.” Pilu hati Mak Timah mendengar pendapat anak lelakinya tentang Pungut. Mak Timah hairan dengan sikap orang sekarang. Semuanya mengira duit, semuanya mahu untung, tidak mahu rugi. Pelihara anak mahu balasan. Orang sekarang, fikir Mak Timah, tidak seperti dahulu, memelihara anak ikhlas, menolong orang ikhlas, kerana Allah. Entah apa hendak jadi dengan orang sekarang ini? Setiap kali anak lelakinya mengeluarkan cadangan untuk menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat, Mak Timah akan menjawab, “Bila aku dah mati nanti, hantarlah dia ke mana kau suka, apabila aku dah tak ada nanti. Selagi aku hidup ini, biarlah aku pelihara, selagi aku masih terlarat. Dah dua puluh empat tahun pun aku pelihara dia, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia.

(i) Apakah pandangan Mak Timah terhadap sikap orang pada zaman sekarang?[2 markah]

- semuanya mengira duit

- semuanya mahu untung, tidak mahu rugi

- memelihara anak mahukan balasan

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan?[3 markah]

- suatu ibadah / tuntutan agama

- mendapat pahala

- mendapat kepuasan hati

- melakukan sesuatu pekerjaan dengan rela hati

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerita.

[4 markah]Latar masyarakat dalam petikanMasyarakat yang mementingkan diri sendiriContoh, anak lelaki Mak Timah mahu Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat kerana Pungut tidak bermanfaat kepada mereka.

Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen

Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) .

33

Page 32: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Contoh, keluarga Siew Lan yang berbangsa Cina dan keluarga Mak Timah pula berbangsa Melayu.

Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Contoh, Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan.

Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Contoh, Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya

3. CERPEN IDOLAKarya Zaen Kasturi

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Memang hebat persembahan tadi. Si hero memang benar-benar mengagumkan. Suaranya bak halilintar, mengegarkan seisi panggung meskipun sesekali suaranya itu terdengar sedikit terbata-bata dan seperti dihantui kegamangan,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri.

Sepanjang persembahan itu dia duduk berteleku di tepi pentas, memerhati setiap gerak-geri hero, dan sesekali dia merasakan ketika itu bahawa dialah sebenarnya hero.

“Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero,” bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanannya.

(i) Apakah yang dilakukan oleh si penjaga panggung sepanjang persembahan?[2 markah]

- dia duduk berteleku di tepi pentas- memerhati setiap gerak geri hero- merasakan ketika itu, dialah sebenarnya hero

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghargai bakat seseorang?[3 markah]

- memberikan hadiah/pujian - mengiktiraf bakatnya- menyokong/memberikan galakan- mengundangnya untuk berkongsi pengalaman

(iii) Huraikan satu pengajaran dalam petikan di atas dan satu yang lain daripada keseluruhan cerita.

Pengajaran daripada petikanKita mestilah menghayati karya seni yang dipersembahkan kepada kita.Contoh: Si penjaga panggung mengakui kehebatan persembahan yang disaksikannya sehingga dia berasakan bahawa dialah hero dalam persembahan itu.Pengajaran daripada keseluruhan cerpenKita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

34

Page 33: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.

PRAKTIS 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Sampai bila abang harus menjadi penjaga panggung?” tanya isterinya pada suatu pagi.Si penjaga panggung spontan menjawab sambil mengerut-ngerutkan kening, “Hingga si hero

mati.”Isterinya melongo sejenak.“Bagaimana kalau hero pujaan abang itu tidak mati-mati hingga panggung tempat abang bekerja

itu dirobohkan?”“Aku akan cari panggung lain,” tukasnya, tetap dengan gaya dan nada selamba.“Sudahlah bang. Pentas sandiwara tidak akan sama dengan pentas kehidupan yang

sebenarnya.”“Siapa kata?” jerkahnya.“Saya.”“Kamu?”“Ya.”“Ah, kamu hanya pandai mencipta tanggapan demi tanggapan, bukan kenyataan!”Si isteri terdiam sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

(i) Apakah reaksi si penjaga panggung apabila isterinya bertanya tentang pekerjaannya?[2 markah]

- menjawab dengan spontan- mengerut-ngerutkan kening

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga?[3 markah]

- berbincang dalam segala hal- berkasih sayang- mengambil berat antara satu sama lain- saling memahami- bersenda gurau- mendoakan pasangan

(iii) Huraikan satu latar masa dalam petikan dan satu latar masa lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]Latar masa daripada petikanWaktu pagi – Contoh, si penjaga panggung dan isterinya sedang berbual tentang pekerjaaannya.

Latar masa daripada keseluruhan cerpenWaktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.

PRAKTIS 3

35

Page 34: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu petang, si penjaga panggung datang ke panggung meskipun dia tidak bertugas pada waktu itu, hanya bertugas pada waktu malam. Kedatangannya itu semata-mata didorong oleh keinginannya untuk bersemuka dengan si hero (memang saban petang para pelakon menjalankan latihan kerana pada sebelah malamnya harus menjayakan sandiwara).

Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu.

“Memang hebat lakonan saudara.”“Biasa saja,” sambut si hero, merendah diri. “Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga

hebat dalam kehidupan yang sebenarnya.”Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero.“Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya

sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu,” sambung si hero.

(i) Apakah yang dilakukan oleh si penjaga panggung sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang?

[2 markah]- mendekati si hero- berjabat salam dengan si hero

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap sederhana dalam kehidupan seharian?[3 markah]

- dituntut oleh agama- mengelakkan perasaan riak/tinggi diri/sombong- orang lain akan menyenangi/menghormati- sikap sederhana dalam tindakan dan tutur kata dapat mengekalkan keharmonian

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai daripada keseluruhan cerita.

[4 markah]Nilai daripada petikanNilai kesederhanaan. Contoh, si hero bersikap rendah diri apabila dipuji oleh si penjaga panggung.

Nilai daripada keseluruhan cerpenNilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya.Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.

PRAKTIS 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

36

Page 35: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

“Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?”Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.“Sudahlah, saudara. Kembalilah kepada diri sendiri. Kehidupan di luar panggung lebih menuntut

perjuangan yang sesungguhnya. Lupakanlah kehidupan di dalam panggung ini. Kehidupan di sini hanya sementara. Saya… saya sendiri tidak akan selamanya memegang watak hero. Lambat-laun kehidupan saya di atas pentas ini akan berakhir jua. Sebenarnya saya lebih terkesima pada kehidupan di luar panggung, bukan di dalam panggung ini.”

Si penjaga panggung terus mengangguk-angguk.“Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara dapatkan daripada saya?”“Err… . Tidak ada apa-apa. Saya … saya cuma mengagumi saudara.”“Saudara ingin menjadi seperti saya yang selalu diberi kepercayaan memegang watak hero?”“Err… . Tidak.”“Bercakap benarlah, saudara.”“Err … ya … ya … .”“Cukuplah saudara mengagumi saya selama ini. Mulai saat ini saudara jadilah penonton yang

tahu tempat sebenarnya saudara berpijak.

(i) Berdasarkan petikan, apakah nasihat yang diberikan si hero kepada si penjaga panggung?[2 markah]

- menyuruh si penjaga panggung kembali kepada diri sendiri- melupakan kehidupan di dalam panggung

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mencapai cita-cita yang kita inginkan?[3 markah]

- belajar bersungguh-sungguh- menanam minat yang mendalam terhadap bidang yang ingin diceburi- memohon restu daripada ibu bapa/sokongan- menetapkan tempoh masa- memilih subjek yang berkaitan semasa di bangku sekolah- mencari idola/sumber inspirasi

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Persoalan daripada petikanPersoalan kejujuran memberikan pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.

Persoalan daripada keseluruhan cerpenPersoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero.Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

PRAKTIS 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

37

Page 36: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

“Memang … memang hidup ini ialah sandiwara,” gerutu si penjaga panggung, menggaru-garu dagunya yang tidak gatal.

Dengan gerak yang seakan-akan dipaksa-paksa, si penjaga panggung pun bangun, membelingaskan matanya ke sekeliling panggung lagi. Kedua-dua belah tangannya dikeraskannya.

“Hari ini pentas kosong dan tirai yang sudah berlabuh itu akan menjadi saksi letusan gunung berapi dalam diriku yang selama ini seperti dungu dan diam sahaja menerima segala macam cuaca di sekelilingnya. Gunung itu sudah lama memendam laharnya. Inilah ketikanya gunung itu akan memuntahkan kemualannya. Ya, memang ia sekarang sudah pandai menjadi kurang ajar. Saksikanlah letusan itu, wahai pentas dan tirai panggung!”

Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai sebuah kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu kerusi di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.

(i) Apakah tindakan si penjaga panggung untuk melepaskan kemarahannya?[2 markah]

- si penjaga panggung mencapai sebuah kerusi di sisinya- menjulang kerusi- melemparkan kerusi ke dinding

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan untuk menangani masalah stres?[3 markah]

- banyak berdoa/beribadat- meluahkan masalah kepada orang yang dipercayai/keluarga/kawan karib- beriadah/berkelah/bersiar-siar/melancong- berfikiran positif- berurut/refleksiologi- mendengar muzik

(iii) Huraikan satu perwatakan si penjaga panggung yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]Perwatakan daripada petikanSeorang yang panas baranContoh, sipenjaga panggung melepaskan geramnya dengan melemparkan kerusi panggung ke dinding.

Perwatakan daripada keseluruhanSeorang yang taasub dengan idolanya. Si penjaga panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa si hero bukan hanya mahu memegang watak hero.Seorang suami yang penyayang kepada keluarga. Contoh, si penjaga panggung sangat menyayangi keluarganya.Seorang pekerja yang bertanggungjawab. Contoh, si penjaga panggung menjalankan tugasnya sebagai penjaga panggung pada waktu malam.

4. CERPEN PENANGGUNGANKarya Wijaya Mala

PRAKTIS 1

38

Page 37: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mula-mula diingatnya kejadian kecelakaan berlaku di dalam kapalnya. Baharum, seorang kelasi, terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Dia tidak dapat ditolong lagi. Mati dengan serta-merta. Kepalanya terhempas pada besi petak.

Kapten Mamat terus mengenang yang malang, yang berlinang air mata, yang menanggung rindu dendam yang kehilangan dan berasa hampa. Itu anak-anak dan janda yang tinggal, menambah besar kumpulan mereka yang menderita. Penderitaan yang tidak pernah lepas daripada tiap-tiap manusia. Berkerut dahi Kapten Mamat mengenangkan Baharum yang terbunuh di dalam kapalnya.

Dia menggelisah, menanggung rasa yang menekan dan menikam hatinya. Kalau dikenangkannya nasib diri, terbayanglah hidup yang pahit dan getir, menyengkang mata, dan mengikat perut. Kadang-kadang mempertaruhkan nyawa menjalankan kewajipan sehari-hari. Malah, Kapten Mamat dan kumpulannya menjadi tulang belakang yang kuat menanggung beban kompeni, tetapi ada kalanya, kelasi menerima tuduhan menderhaka di dalam kapal. Ada kalanya dibuang kerja dalam masa 24 jam.

(i) Apakah nasib yang menimpa kelasi yang bersama-sama Kapten Mamat ketika di dalam kapal?[2 markah]

- hidup yang pahit dan getir- menyengkang mata- mengikat perut- mempertaruhkan nyawa- menerima tuduhan menderhaka - dibuang kerja dalam masa 24 jam

(ii) Sekiranya anda Kapten Mamat, apakah yang akan anda lakukan bagi membantu meringankan beban keluarga Baharum?

[3 markah]- memberikan sokongan moral/motivasi- menyumbang derma- membantu mendapatkan pekerjaan- mendapatkan bantuan biasiswa kepada anak-anak- memastikan keluarga Baharum mempunyai tempat tinggal yang selesa- sentiasa melawat - memastikan mereka mendapat perhatian daripada JKM- menguruskan wang pampasan daripada pihak insurans

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerita.

[4 markah]Latar masyarakat daripada petikanMasyarakat yang bekerja sebagai kelasi kapalContoh, Kapten Mamat dan Baharum bekerja sebagai kelasi kapal

Latar masyarakat daripada keseluruhan ceritaMasyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.

Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.

Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung.

39

Page 38: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.

PRAKTIS 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kapten Mamat bangun mengenakan baju. Ketika dia pergi ke dapur, tokohnya tidak menampakkan pangkatnya. Bahasanya tidak seperti bahasa yang dikenal orang kapalnya.

Sekali ini, hati batu Kapten Mamat menjadi lembut benar. Dia tahan melihat mayat Baharum mati berdarah. Tetapi, tidak sanggup melihat janda dan dua orang anaknya yang tinggal. Wajah dan tangisan mereka merupakan suatu gambaran dunia yang penuh laknat.

Siapakah tidak terharu melihat anak yang baru kehilangan bapa bertanya mana bapanya. Siapakah tidak kasihan melihat isteri yang baru kehilangan suaminya? Menyaksikan anak dan isteri yang menanggung duka dan nestapa, suatu penyeksaan bagi Kapten Mamat, tetapi jika sudah berdepan, dipaksanya menahan segala kemungkinan. Sifatnya yang lemah itu diatasinya dengan gagah.

“Hari ini terlampau panas,” kata Kapten Mamat membuka mulut.Isterinya segera menjawab.“Ya, panas salah, sejuk salah.”Masnah diam. Anak matanya pudar memberi suatu pengertian yang mengharukan. Percakapan

yang baru lalu didengarinya dengan muka sugul. Rambutnya kusut dan semuanya membayangkan masa depan yang sangat gelap.

(i) Mengapakah hati batu Kapten Mamat menjadi lembut benar?[2 markah]

- tidak sanggup melihat janda dan dua orang anaknya yang tinggal- terharu melihat anak yang baru kehilangan bapa bertanya mana bapanya- kasihan melihat isteri yang baru kehilangan suaminya

(ii) Pada pendapat anda, apakah nasihat yang boleh diberikan kepada Masnah untuk meneruskan kehidupannya?

[3 markah]

- menyuruh Masnah menerima kematian Baharum sebagai satu ketentuan Tuhan- mencadangkan Masnah berjumpa dengan kaunselor- menyuruh Masnah melihat ke hadapan / merancang masa depan- meneruskan kehidupan dengan penuh semangat demi anak-anak

(iii) Huraikan satu perwatakan Kapten Mamat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada keseluruhan cerita.

[4 markah]

Perwatakan daripada petikanSeorang yang bersimpati dengan nasib orang lainContoh, Kapten Mamat kasihan melihat Masnah yang baru kehilangan suaminya, Baharum.

Seorang yang keras hatiContoh, Kapten Mamat tahan melihat mayat Baharum yang mati berdarah.

Perwatakan daripada keseluruhan cerpen

Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya.

40

Page 39: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Contoh, Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.

Seorang yang bertanggungjawab.Contoh, Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tidak akan disia-siakan.

PRAKTIS 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Anak yang menangis tadi didukung oleh anak gadis Kapten Mamat. Tetapi anak Masnah yang pandai bercakap, bertanya ibunya, “Emak! Oh, emak! Abah ada di sini emak?”

“Engkau bertuah anakku,” sahut Masnah sambil membelai rambutnya. “Engkau tidak mengikut langkah abahmu. Engkau tidak akan menjadi orang kapal.”

“Saya hendak jadi apa emak?” Anak itu memegang baju kurung ibunya. “Jadi kapten, ya emak! Bawa kapal tinggi, setinggi pokok kelapa, bawa kapal besar, sebesar rumah panjang, ya emak!”

“Hiss, sayang, anakku!” Masnah memandang Kapten Mamat. “Dengar … dengarlah hafalnya ajaran abahnya. Ah, bapamu tidak puas-puasnya belayar! Dia mesti belayar terus.”

“Emak marah sebab apa?”Masnah tidak ketentuan hala mendengar soalan itu. Kapten Mamat menggeleng-geleng

melihatnya. “Anak itu memang bijak benar,” kata hatinya. Dia memandang isterinya mengesat matanya. Perkara ini satu beban besar yang mesti diatasinya.

“Naik ke anjung, Mas, naik,” Kapten Mamat mengajak. “Bawa budak tu. Naiklah.” Dia melangkah seperti akan menutup satu babak drama. Sementara itu, ditawarnya sebuah senyuman pahit kepada anak yang pandai bercakap itu, lalu katanya: “Ha, naik Bahar! Mari ke anjung, ada kapal. Engkau boleh jadi kapten ‘raja laut’ kapal besar.”

(i) Mengapakah Masnah mengatakan bahawa anaknya bertuah?[2 markah]

- Anaknya tidak mengikut langkah abahnya- Anaknya tidak akan menjadi orang kapal

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak mencapai cita-cita mereka?

[3 markah]- memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik- sentiasa memberikan sokongan dan dorongan- menyediakan tabung pendidikan - memastikan kesihatan anak-anak terjaga

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada keseluruhan cerita tersebut.

[4 markah]

Nilai daripada petikanNilai kasih sayangContoh, Masnah membelai rambut dan bercakap lemah lembut dengan anaknya.

Nilai daripada keseluruhanNilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.

41

Page 40: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

PRAKTIS 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Keadaan menjadi kalut. Anaknya yang kecil menangis, Bahar tercengang ibunya meratap. Dalam sedu sedan-sedan, Masnah menghamburkan perasaan hatinya, “Kalau dia tidak ke laut, umurnya masih panjang lagi. Kalau dia tidak memanjat ketika ke laut, umurnya masih panjang lagi. Kalau dia tidak memanjat ketika laut bergelora, dia tidak mati jatuh.” Dia tiba-tiba terkapar. Inilah kali keempat dia pitam.

“Saya dah kata,” lantang suara isteri Kapten Mamat. “Sekarang kita hendak buat apa?” Dia menerpa Masnah dan menolongnya meluruskan badannya yang bengkok.

“Tentu dia menghidap penyakit. Awak ingat apa sakitnya?”“Merepek. Baik panggil bomoh lekas. Selagi dia tidak pulih, selama itu kita dalam bahaya.”Melihat kelam-kabut itu, Bahar mendekati ibunya. Dia berteriak nama ibunya berkali-kali.“Tak payah bomoh,” kata Kapten Mamat. Kemudiandia memerintah seperti dalam kapalnya,

“Biarkan dia tertiarap, longgarkan ikatan kainnya dan gosok kaki tangannya.”

(i) Apakah luahan hati Masnah berdasarkan petikan di atas?[2 markah]

- kalau dia tidak ke laut, umurnya masih panjang- kalau dia tidak memanjat ketika ke laut, umurnya masih panjang- kalau dia tidak memanjat ketika laut bergelora, dia tidak mati jatuh

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Melayu masih mempercayai bomoh dalam mengubati sesuatu penyakit?

[3 markah]

- perubatan moden tidak dapat mengubati sesetengah penyakit- kos rawatan lebih murah - khidmat bomoh mudah diperoleh- amalan turun-temurun / diwarisi- ketiadaan pusat kesihatan di luar bandar

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.

Persoalan daripada petikanPersoalan kepercayaan masyarakat terhadap bomoh untuk mengubati penyakitContoh, isteri Kapten Mamat mencadangkan supaya mereka memanggil bomoh untuk merawat Masnah yang pengsan.

Persoalan daripada keseluruhan cerpenPersoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.

Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami.

42

Page 41: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Persolan keredaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

PRAKTIS 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Awak ini melompat ke sana pula. Pulihkan dia dulu. Lepas itu baru cakap yang lain.” Isterinya nampak cemas dan Bahar dipujuknya baik-baik dengan muka belas kasihan.

Mereka sibuk memberikan pertolongan cemas.“Jika dia sedar semula. Beri minum air panas ini,” kata Kapten Mamat.“Bila akan sedarnya. Baik kita jemput bomoh.”Kapten Mamat mengerutkan kening. Isterinya memandang retak mukanya berjalur-jalur seperti

kulit gajah.Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia bergerak dan

sedar semula. Kemudian dia bersungut tidak tentu hujung pangkal, hanya dapat difaham, “Sakit kepalanya,” katanya. Mukanya terlalu pucat, tetapi matanya liar. Sangka isteri Kapten Mamat, dia dirasuk polong. Dirasanya nadi Masnah berdenyut lebih cepat, nafas pendek-pendek, badannya sejuk berpeluh. Kapten Mamat menyuruh isterinya memberi air panas.

Lama-lama Masnah pulih seperti sediakala. Kapten Mamat berkata, “Engkau jangan susah, Masnah. Selagi aku masih hidup, engkau dan anak-anak engkau tidak akan disia-siakan. Engkau mesti banyak berehat.”

“Saya akan balik ke kampung, Abang Mat.” Dia memeluk anaknya Bahar kemanja-manjaan.“Bagus. Di sana engkau akan menempuh hidup baharu. Sekarang orang kampung sedang

membangun.”

(i) Nyatakan keadaan Masnah selepas sedar semula daripada pengsan?[2 markah]

- kepalanya sakit- mukanya pucat- matanya liar- nadinya berdenyut lebih cepat- nafasnya pendek-pendek- badannya sejuk berpeluh

(ii) Pada pandangan anda, apakah yang perlu anda lakukan sekiranya menghadapi sesuatu masalah kesihatan?

[3 markah]- sentiasa berjumpa dengan doktor / mendapatkan rawatan / ubat- mengawal pemakanan- mengambil masa rehat secukupnya- berkongsi masalah dengan keluarga / mendapatkan sokongan- melakukan aktiviti riadah / senaman ringan

(iii) Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]

Pengajaran daripada petikanKita mestilah tenang dalam menghadapi situasi yang mencemaskanContoh, Kapten Mamat begitu tenang ketika berhadapan dengan kejadian yang berlaku di rumahnya iaitu Masnah jatuh pengsan.

43

Page 42: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Pengajaran daripada keseluruhan cerpenKita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.

Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

5. CERPEN HUTAN RIMBAKarya Sasjira

PRAKTIS 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Saya ingat ketika dulu, kawan-kawan sibuk membuat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, bapa dengan mudah mengeluarkan wang dari bank untuk membayar yuran dan perbelanjaan saya masuk ke universiti. Saya begitu bangga dengan pekerjaan bapa sebagai pemandu traktor.” Dari salangan batu, muncul Budi, anaknya yang Bongsu. Dia seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Pak Tua tergamam. Hairan bercampur bingung. Dia seperti tidak percaya menyaksikan kehadiran anak-anaknya yang secara tiba-tiba d tengah rimba yang sudah tiada hutan rimbanya itu. Terbersit juga rasa bangga. Bagai mimpi menyaksikan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik. Ahli perniagaan, pengurus ladang, pensyarah, dan guru yang bertauliah. Pak Tua memanjat syukur. Syukur kerana dapat membesarkan dan kemudian menyekolahkan anak-anaknya sehingga mereka berhasil dalam usaha mencapai cita-cita masing-masing. Pak Tua bangga sekali keempat-empat orang anaknya itu dengan pakaian profesion masing-masing. Segagah pohon-pohon belian, salangan batu, dan seraya yang dahulu pernah ditumbangkan oleh Pak Tua dengan terjahan jentolaknya. Sememangnya pendapatan Pak Tua sebagai pemandu traktor yang mencecah ribuan ringgit dalam sebulan memang cukup untuk membiayai perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anak.

(i) Mengapakah Pak Tua memanjatkan kesyukurannya kepada Tuhan?[2 markah]

- dapat membesarkan anak-anak- dapat menyekolahkan anak-anak- anak-anak berhasil mencapai cita-cita

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor yang mendorong kejayaan dalam bidang yang kita ceburi? [3 markah]

- mempunyai daya kreativiti yang tinggi- selalu melakukan inovasi- mengikuti perkembangan semasa- sanggup melakukan pembaharuan/perubahan

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]Pengajaran daripada petikan

44

Page 43: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada mereka. Contoh, Pak Tua bersyukur kerana dapat membesarkan anak-anaknya sehingga mereka berjaya.

Pengajaran daripada keseluruhanKita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.

Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.

Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

PRAKTIS 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Kami tidak sedar bahawa perbuatan kami itu telah memusnahkan terumbu karang dan hidupan laut yang lainnya. Terumbu karang tempat kehidupan plankton yang merupakan makanan ikan. Terumbu karang yang memakan masa jutaan tahun untuk membesar, dengan sekali lempar saja telah ranap oleh letupan bom buatan sendiri.” Terasa dada Pak Tua juga bagai ikut meletup bersama terumbu karang itu. Rasa sesal itu amat menyesakkan dada. Hidung Pak Tua kembang kempis menyedut udara yang terasa amat payah untuk dihirup. Terketar-ketar jemarinya mengurut dada untuk mengurangkan kesesakan yang semakin menyeksa.

Setelah kehidupan di kampung semakin susah kerana tangkapan sudah agak berkurangan, Pak Tua pun membawa diri ke negeri ini. Pak Tua harap di sini nanti dia boleh mengubah kehidupannya. Ternyata nasibnya memang berubah. Pak Tua bukan hanya mampu mendapatkan rezeki yang berlimpah, tetapi juga mampu membina rumah tangga dan memakmurkan kehidupan keluarganya.

“Tapi kenapa semua kenangan ini harus terhasil daripada sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama-sama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam. Pemusnahan hutan rimba.

“Sudahlah tu, bapanya. Kalau bapanya terus-terusan menyesali pekerjaan bapanya dulu, bererti bapanya juga menyesali pertemuan kita.” Mak Tua yang sejak tadi sibuk dengan masakannya kini bersuara.

(i) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Pak Tua boleh mengubah kehidupannya setelah

berpindah?[2 markah]

- Mampu mendapatkan rezeki - Mampu membina rumah tangga- Memakmurkan kehidupan keluarga

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah pemusnahan hutan rimba semakin berleluasa di negara kita?[3 markah]

- pembalakan haram/tidak terkawal- pertanian pindah/pembukaan ladang- kebakaran hutan akibat kemarau- pembinaan kawasan perumahan atau perindustrian

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Tua yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]Perwatakan daripada petikan

45

Page 44: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Seorang yang gigih berusaha. Contoh, Pak Tua sanggup berpindah untuk mengubah nasib kehidupannya.

Perwatakan daripada keseluruhan- Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai

perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.

- Seorang yang berasa bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.

- Seorang yang bersyukur dengan kemajuan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

- Seorang yang insaf terhadap kesilapan yang pernah dilakukan. Pak Tua berasa kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

PRAKTIS 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mak Tua ialah gadis sungai yang Pak Tua kenali ketika Pak Tua menaiki kapal yang menyusuri Sungai Kinabatangan menuju ke hulu untuk membuka kem-kem kayu balak. 40 tahun yang lalu bandar Sandakan dan daerah Kinabatangan hanya dihubungkan dengan pengangkutan sungai. Lantas, gadis sungai yang sedang mandi-manda sambil membasuh pakaian di lanting bersama dengan kawan-kawannya itu akhirnya membenihkan cinta pertama dalam hati Pak Tua. Tepukan Pak Tua berbalas. Namun, perkahwinan mereka mendapat tentangan daripada keluarga Mak Tua. Alasannya kerana Pak Tua bukan orang peribumi. Pak Tua hanyalah seorang perantau dari negara jiran. Keluarga Mak Tua khuatir jika Mak Tua akan dibawa pulang ke negara asal Pak Tua, tetapi Pak Tua memberi jaminan yang dia akan menetap di Sabah. Berkat keluruhan budi Pak Tua dan sokongan daripada ayah Mak Tua sebagai wali, akhirnya Pak Tua berhasil memiliki Mak Tua. Mereka hidup bahagia. Apalagi setelah dikurniai empat orang anak.

Aroma lemak santan di tingkah wangi daun pandan berlegar lalu menusuk penciuman Pak Tua. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Pandangan pertamanya disambut oleh warna putih susu pada langit-langit ruangan tempat dia melabuhkan istirahatnya pada petang itu. Pak Tua mengedip-ngedipkan kelopak mata, mengucap istighfar lalu menarik nafas lega. Perlahan-lahan dia bangun.

(i) Mengapakah perkahwinan Pak Tua dan Mak Tua mendapat tentangan daripada keluarga Mak Tua pada peringkat awalnya?

[2 markah]- Pak Tua bukan orang peribumi- Pak Tua hanya seorang perantau dari negara jiran- Keluarga Mak Tua khuatir Mak Tua akan dibawa pulang ke negara asal Pak Tua.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sungai penting kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengannya?

[3 markah]- sumber air- sumber protien/ikan- pekerjaan/sumber pendapatan- pusat rekreasi

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]

46

Page 45: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Persoalan daripada petikanPersoalan keikhlasan dalam menjalinkan hubungan percintaanContoh, berkat keluhuran budi Pak Tua akhirnya dapat hidup bersama-sama Mak Tua walaupun pada peringkat awal hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga Mak Tua.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.

Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah.

Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing.

Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.

PRAKTIS 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Tua tersenyum puas menatap longgokan buah-buahan yang telah dikumpulkan sejak kelmarin. Buah-buahan tempatan seperti nangka, cempedak, nanas, pisang, kepayas, limau bali, dan jambu batu berserta jambu air amat mudah didapati di kebunnya, tetapi untuk buah-buahan hutan seperti buah tampoi, durian merah, mata kucing, dan maritam, agak sulit juga Pak Tua mendapatkannya. Dia terpaksa meredah hutan dan menjolok dengan galah panjang agar tidak merosakkan pohonnya. Segala kesusahan dan jerih payah, Pak Tua tidak hiraukan, asalkan dia dapat menyediakan aneka jenis buah-buahan untuk anak cucunya.

Sebuah bas mini dan dua buah kereta buatan dalam negara bergerak dengan perlahan-lahan memasuki kawasan kebun Pak Tua. Jalan tanah merah yang telah diturap dengan batu dan kerikil halus memudahkan perjalanan kenderaan itu lagi. Setelah kereta berhenti dan para penumpangnya turun, kemeriahan pun mewarnai kawasan dusun dan hutan itu.

“Jadi, inilah yang dibuat oleh bapa? Tanah yang diwariskan oleh atuk untuk emak dan bapa telah dibiarkan menjadi hutan simpan?” Ajam berkata sambil memandang kehijauan hutan belantara di hadapannya.

(i) Bagaimanakah cara Pak Tua mendapatkan buah-buahan hutan?[2 markah]

- dia meredah hutan- dia menjolok dengan galah panjang

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan mewartakan kawasan hutan sebagai hutan simpan di negara kita?

[3 markah]- produk pelancongan yang menarik- mengelakkan spesis flora dan fauna pupus- mengurangkan kesan rumah hijau- mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh/banjir

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]

47

Page 46: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

Latar masyarakat daripada petikanMasyarakat yang melestarikan (mengekalkan) hutan semula jadi agar kekal menghijauContoh, Pak Tua berjaya melestarikan tanah yang diwarisi daripada mentuanya sehingga menjadi hutan simpan.

Latar masyarakat daripada keseluruhanMasyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya.

Masyarakat yang beriman. Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.

Masyarakat yang mementingkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru. Contohnya, anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi.

Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.

PRAKTIS 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Malam itu, Pak Tua tidur di ruang utama dengan di kelilingi oleh cucu-cucunya sambil dia bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pepohonan merimbun dan kayu-kayan menjulang perkasa ditingkah aneka tumbuhan menjalar dan melata. Bunga-bunga anggerik liar yang cantik. Pelbagai hidupan liar bebas menikmati santapan dan buah-buahan dalam hutan itu. Sebatang sungai kecil dihiasi batu-batan mengalir jernih tempat hidupan hutan menghilangkan dahaga. Semua tampak indah dan harmoni.

Pak Tua terus mendongeng sambil membelai manja seorang cucu lelakinya yang paling kecil dan sudah pun terlelap di lengannya. Sesekali Pak Tua merujuk pada nyanyian cengkerik dan aneka bunyi-bunyian unggas malam yang menghuni hutan simpan itu. Pak Tua berasa tenang dan bahagia. Dalam usia tuanya ini, setelah bergelar ‘haji’, suasana itulah yang ingin dinikmatinya. Suasana hutan yang asli dengan irama malamnya yang misteri. Pak Tua yakin mimpi ngeri tentang kemusnahan sebuah hutan rimba itu sudah lama berlalu.

(i) Berikan suasana kehidupan di hutan rimba menurut cerita Pak Tua.[2 markah]

- pepohon merimbun- kayu-kayan menjulang perkasa ditingkah aneka tumbuhan menjalar dan melata- bunga-bunga anggerik liar yang cantik- hidupan liar bebas menikmati santapan dan buah-buahan dalam hutan- sebatang sungai kecil dihiasi batu-batan mengalir jernih

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan kemusnahan hutan rimba kepada manusia?[3 markah]

- perubahan suhu di suatu kawasan- kejadian tanah runtuh/banjir kerap berlaku- kemusnahan/kepupusan habitat flora dan fauna/ekosistem- punca pendapatan orang asli terjejas- kawasan tadahan air terjejas

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.

48

Page 47: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

[4 markah]Nilai daripada petikanNilai kasih sayang. Contoh, Pak tua bercerita sambil membelai manja seorang cucu lelakinya.

Nilai daripada keseluruhan cerpenNilai tanggungjawab. Contohnya, Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing.

Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.

Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.

6. CERPEN TANGGAR AMANATKarya Asmaruszati Noor Rahim

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Angin musim gugur mencuri masuk melalui leher jaket tebalnya. Roma tengkuknya meremang. Topi jaket ditarik ke kepala yang pening semenjak subuh tadi. Dunia bagai berayun. Berdiri bagai tidak jejak ke bumi. Loya mengganggu tekak, tetapi dia memaksa diri agar tidak dikalahkan perubahan biologi. Bahagian bawah abdomennya geli tiba-tiba. Dia tunduk mengusap perutnya yang mula membonjol. Seminggu ini, bonjolan itu mula pandai bergerak. Dia terkenang Adam. Ke mana Adam pergi setelah gagal memujuknya tadi?

“Keteguhan prinsip biar berpada, Hawa. Tempat ini akan runtuh dan hancur. Mengapa kita harus menunggu, menerima risiko terperuk jauh ke perut bumi?” Adam memberi pandangan mohon dimengerti.

“Abang takut mati?” dia menghadiahi pandangan menguji. “Setiap kita akan mati.”“Ya, tapi bukan menunggu begini.”“Lahir saya di sini, mati saya biarlah juga di sini.”“Belum tentu, sayang. Bayangkan taman nasional ini meletup, lahar panasnya terpelanting jauh

ke atmosfera, kemudian jatuh entah ke mana. Kita juga akan terpelanting, lebur, dan berkecai entah di mana.”

Dia terkebil-kebil memandang Adam, suami yang sabar memujuk lembut dengan kesabaran entah berapa lapis kedegilan seorang isteri.

“Kita tidak mungkin berkubur di Yellowstone. Barangkali terpelanting ke Boston, entah-entah ke Miami, mungkin juga ke lain. Kaki terpelanting ke timur, kepala tercampak ke barat.

(i) Apakah bayangan yang akan berlaku kepada Adam dan Hawa sekiranya taman nasional meletup?

[2 markah]- mereka akan terpelanting- mereka akan lebur- mereka akan berkecai entah di mana

49

Page 48: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan bencana alam kepada manusia?[3 markah]

- membahayakan/kehilangan nyawa- kehilangan orang tersayang/ahli keluarga terpisah- kerosakan/kerugian harta benda- sumber pendapatan terjejas/hilang kerja

(iii) Huraikan satu perwatakan Hawa berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]Perwatakan daripada petikanSeorang yang degilContoh, Adam gagal memujuk Hawa kerana kedegilan Hawa untuk meninggalkan Yellowstone.

Perwatakan daripada keseluruhan cerpenSeorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.

Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.

Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.Isteri kepada Adam

PRAKTIS 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang ke Malaysia? Tinggalkan usaha Ahmad Abdullah turun-temurun begitu saja? Tidak mungkin. Di bahunya tertanggar amanat warisan.

“Tidakkah kedengaran penakut?”Adam menggeleng. “Lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain bukanlah sikap

pengecut, Hawa.”“Mempertahankan usaha moyang zaman-berzaman juga memerlukan keberanian dan kekuatan

yang bukan sedikit.”Adam sekali lagi menggeleng. “Apa lagi yang dapat Hawa pertahankan sekiranya taman ini

benar-benar meletus, lebur, dan tenggelam. Di tangan Allah, tidak ada sesuatu pun yang mustahil. Di tangan Allah, tidak ada sesuatu pun yang mustahil. Kun fayakun. Jadi, kata-Nya, maka jadilah.”

Dia menarik nafas panjang. Jari-jarinya bermain dengan hujung selendang benang bulu. Dia resah.

“Lebih baik Hawa berhijrah, mulakan sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Hawa akan lebih memahami betapa sukarnya Ahmad Abdullah merebut ruang memulakan usaha untuk jalur keturunannya.”

Dia terus memilih untuk membisu sambil memintal bucu selendang. Fikirannya buntu. Adam jemu lalu memilih untuk pergi tanpa sepatah kata, tetapi degar pintu yang ditinggalkan menunjukkan kesabaran suami itu meledak. Adam tidak pernah begitu.

(i) Mengapakah Hawa keberatan untuk mengikut suaminya pulang ke Malaysia?[2 markah]

- tidak mahu meninggalkan usaha Ahmad Abdullah- di bahunya tertanggar amanat warisan

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Hawa untuk terus mempertahankan perniagaan Ahmad Abdulah di Yellowstone?

50

Page 49: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

[3 markah]- tidak wajar – alasan- membahayakan nyawanya dan anak yang dikandungnya- perniagaan Ahmad Abdullah akan musnah- Hawa tidak mendapat restu daripada suaminya/derhaka kepada suami

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]Persoalan daripada petikanPersoalan tanggungjawab mempertahankan warisan nenek moyangContoh, Hawa tidak mahu pulang ke Malaysia kerana dia memikul amanat warisan Ahmad Abdullah

Persoalan daripada keseluruhan cerpenPersoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.

Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.

Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.

Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

PRAKTIS 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. “Di mana? Dalam lahar Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan hangat kawah api Yellowstone. Tidak mungkin dia hidup dalam tumpahan gelegak lava.” Kalimah lailahaillallah terdengar dalam indah nada. “Siapakah yang beratib itu?” Dari satu lorong merah ke satu lorong merah, kecil dan besar, dia menyusur dengan percaya akan selamat dan aman dalam ratib kalimah.

“Ajaibnya alam ini!” Dia tertinjau-tinjau aneh melihat dua saluran, kiri dan kanan. Hujungnya berjejari amat halus, hampir dengan buli-buli sebesar buah badam yang dikupas. Dia berkitar-kitar, perlahan-lahan. Kemudian zup, zup, zup, semakin ligat sehingga tertepis jari halus di hujung saluran. Tiba-tiba, ah! Dia terasa jejari halus itu memautnya, menariknya masuk ke dalam saluran. Dia terkejut. Saluran itu berdenyut, dia tertolak ke depan sedikit demi sedikit. “Di manakah kini?” Tunggu dan lihat, dia mengambil keputusan begitu. Tiba-tiba, henjutan akhir menjerluskannya dari tiub itu. Glup! Glup! Dia terpinga-pinga. Dia terapung di dalam air jernih. Dia menguak gerak, berputar-putar. “Di mana pula kini?” dia kebingungan.

“Assalamualaikum, bonda!”Dia melingas, mencari-cari. Suara itu amat perlahan, mendesis telinganya. Dia berpaling. Tidak

ada sesiapa. Hanya seketul objek 12 sentimeter.

(i) Apakah yang terjadi kepada ‘dia’ apabila henjutan terakhir menjerluskannya dari tiub?[2 markah]

- dia terpinga-pinga- dia terapung di dalam air jernih- dia menguak gerak, berputar-putar

51

Page 50: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada anak-anak?[3 markah]

- anak-anak akan berasa diri mereka disayangi- anak-anak memerlukan sokongan dan nasihat sekiranya menghadapi masalah- anak-anak mudah terpengaruh dengan gejala sosial jika dibiarkan

(iii) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar tempat yang yang daripada keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]

Latar tempat daripada petikanDi dalam perut ibu. Contoh, Hawa berjumpa dan berinteraksi dengan bayinya yang baru 12 cm ukurannya.

Latar tempat daripada keseluruhan cerpenTaman Nasional Yellowstone – Pusat perniagaan warisan Ahmad Abdullah

Di pinggir jalan ke Gibbon Waterfall – tempat bermulanya perniagaan chalet Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah

PRAKTIS 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Assalamualaikum, bonda.”Dia menjawab antara dengar dan tidak. Takjub sebentar mendengar suara daripada ketulan 12

sentimeter yang terapung sepertinya. Dia menguak gerak, merapati objek melengkung itu. Ada tangan. Ada jari. Ada kaki. Urat-geramatnya jelas. Kepalanya berambut sedikit. Anak manusia?”

“Bonda.”“Bonda?” Dia digoncang tanya. Lapan tahun dia menunggu panggilan keramat itu dengan sabar

yang menekan resah naluri. Sekian hari, dia berharap dapat mengembangkan waris keturunan Ahmad Abdullah daripada rahimnya sendiri. Baru kali ini dia hamil dan berharap hampir lima bulan lagi, zuriatnya selamat menembusi pintu rahim ke alam dunia.

Dengan menolak kecelaruannya, dia menguak merapati janin itu. Bibirnya terkatup rapat. Inikah yang bersuara dengan bibir terkunci?

“Itulah istimewa pertalian kita. Bonda boleh mendengar suara hati dan suara akal anakanda. Sebaliknya juga.”

“O? Satu keistimewaan?”“Percayalah, ini zuriat bonda. Waris perkasihan bonda Hawa dan ayahanda Adam. Generasi

kelapan Ahmad Abdullah yang membawa bonda ke alam ini.”

(i) Apakah keistimewaan hubungan antara bonda dengan anakandanya?[2 markah]

- Bonda boleh mendengar suara hati anakandanya- Bonda boleh mendengar suara akal anakandanya

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menghormati kedua-dua ibu bapa kita?[3 markah]

- ibu bapa telah menjaga kita sejak kecil- tanpa ibu bapa kita tidak akan merasa kehidupan di dunia- ibu bapa telah banyak berkorban untuk kita

52

Page 51: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]Nilai daripada petikanNilai kesabaran. Contoh, Hawa bersabar selama lapan tahun untuk mengembangkan waris keturunan Ahmad Abdullah daripada rahimnya sendiri.

Nilai daripada keseluruhan cerpen:Nilai kasih sayang, Contohnya, Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.

Nilai ketabahan. Contohnya, Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.

PRAKTIS 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Lari dari Yellowstone belum pasti selamat.”“Kenapa, bonda? Kerana jangkaan geologis bahawa letupan itu akan menyebabkan suhu dunia

tidak tentu hala? Awan debu tebal menghalang pancaran matahari ke bumi? Hujan asid akan melanda dunia?”

Dia terperangah menerima soalan bertalu-talu.“Siapa tahu kita antara yang bakal selamat daripada bahana hujan asid? Benar kata ayahanda,

lari daripada satu takdir lain adalah satu usaha. Allah menggesa umatnya berikhtiar, bonda. Kalau Ahmad Abdullah masih hidup, barangkali dia akan memberitahu bonda.”

“Beritahu apa?”“Selamatkan keturunan Ahmad Abdullah.”Dia tertampar.‘Sebab zuriat bonda inilah harta warisan yang paling berharga. Anakanda telah berjuang untuk

membentuk diri manusia. Berilah anakanda peluang menjadi seorang insan.”Dia mengangguk. Jari kecil itu dielus. Lembutnya. Perlahan-lahan, terasa jari telunjuknya

digenggam erat anakanda. Kasihnya melimpah, rindunya membuak. Kaki kecil itu bergerak. Dia memerhati asyik ke celah kelangkang warisnya. Tiba-tiba air berkocak. Dia terdengar namanya dipanggil. Berkali-kali. Adam! Suara Adam, dia mengenalinya. Adam!

“Adam, saya akan jadi isteri yang setia taat! Anak kita seorang awang rupa-rupanya!” dia tidak sabar-sabar ingin memberitahu begitu.

(i) Mengapakah Hawa perlu menyelamatkan bayi yang dikandungnya?[2 markah]

- bayinya harta warisan yang paling berharga- bayinya telah berjuang untuk membentuk diri manusia- bayilah perlu diberi peluang menjadi seorang insan

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang isteri yang baik? [3 markah]

- menjaga maruah diri dan suaminya- menuruti kehendak suami- melayan suami dengan baik- rajin menguruskan rumah tangga- tidak meminta sesuatu di luar kemampuan suami- sentiasa mengerjakan suruhan agama

53

Page 52: 2 Cerpen Edisi Guru

Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 5

(iii) Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]Pengajaran daripada petikanSeorang isteri hendaklah taat setia kepada suaminyaContoh, Hawa akhirnya menyatakan bahawa dia akan menjadi isteri yang setia kepada Adam.

Pengajaran daripada keseluruhan cerpenKita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.

Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.

Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

54