edisi 7 - vol 2

10
20 Pelaburan Emas Oleh: Nurulhasni bt Shaari @ Mat Saman, UiTM (Johor) TIPS USAHAWAN Info Usahawan diterbitkan oleh MASMED, UiTM (Terengganu). Sumbangan rencana daripada pembaca adalah dialu-alukan. Sumbangan boleh dihantar ke email : [email protected] Segala sumbangan yang dihantar, dak akan dikembalikan. Emas.. Emas.. Emas.. Ia adalah lambang kemewahan, kekayaan dan kemasyhuran. Kaum hawa menjadikan emas sebagai barang perhiasan untuk menyerikan penampilan mereka kerana wanita dan barang kemas sememangnya berkait rapat. Emas adalah antara perhiasan yang dipakaikan kepada penghuni syurga di akhirat kelak seper yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah memakai sutera dan emas(HR: Ahmad dan Al-Hakim) Kini, emas bukan sahaja dijadikan alat perhiasan tetapi turut diniagakan dan dilaburkan di pasaran kerana nilainya yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ia telah menjadi satu fenomena baru kerana pulangan yang nggi dan terjamin menjadikan pelaburan emas semakin mendapat tempat di ha pelabur khususnya dan masyarakat amnya. Di dalam Al-Quran ayat ke 75 surah Al-Imran ada menyebut tentang kepenngan emas dalam kehidupan manusia yang bermaksud: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia dak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. Pelaburan emas hendaklah memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan undang-undang Islam dan bebas daripada unsur-unsur riba gharar, perjudian dan kezaliman. Urusniaga emas perlu mematuhi syarat tertentu seper yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Udabah bin al- Samit bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya:(Jual beli atau pertukaran) Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam dengan garam, hendaklah dengan kadar yang sama (mbangan atau sukatan), dan hendaklah beserta penyerahan bersama (oleh kedua -dua pihak). Sekiranya ia berlainan jenis, maka berjual belilah sebagaimana yang anda mahu jika dibuat secara penyerahan dari tangan ke tangan (oleh kedua-dua pihak)”. (HR Abu Ubadah bin al- Samit) Kesimpulannya, jual beli emas (Bayal-Sarf) adalah satu ben- tuk jual beli yang diikraf dan dibenarkan oleh syarak ber- dasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis. Ini kerana menjadi kewajipan ke atas Muslim untuk mencari dan mendapatkan rezeki yang halal dan diterima Allah. Keusahawanan: Opsyen Kerjaya Graduan Oleh: Huda Hamidon dan Nurhidayah Nasharudin, UiTM Kelantan Keusahawanan dilihat sebagai plaorm terbaik pilihan kerjaya bagi bakal graduan. Dewasa ini, graduan dilihat lebih cenderung bergantung kepada skim perkhidmatan awam dalam memilih laluan kerjaya berbanding terlibat dengan perniagaan. Opsyen keusahawanan dikatakan mampu memberi sumbangan besar kepada ekonomi, peluang kerjaya, penghasilan inovasi dan sebagainya. Menurut kajian Nabi & Holden (2008), pelajar universi sangat digalakkan menceburi bidang perusahaan kecil atau self/small business employment”. Berikutan tekanan ekonomi pada hari ini seper isu kenaikan harga minyak dan GST, para graduan perlu mengubah cara pemikiran serta pandangan dalam menentukan opsyen kerjaya setelah tamat belajar kelak. Manurut kajian Shapero & Sokol (1982), terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pemilihan opsyen keusahawanan sebagai kerjaya. Antaranya ialah faktor janna, latar belakang keluarga samada terlibat secara langsung atau dak dalam bidang perniagaan atau keusahawanan, bidang pengajian yang diambil di universi, keperluan maklumat atau pengetahuan yang mencukupi mengenai perniagaan serta jumlah pendapatan keluarga juga mendorong graduan untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Faktor terpenng dalam menentukan minat serta dorongan seseorang itu memilih bidang keusahawanan ialah sejauh mana pengetahuan serta maklumat yang ada pada diri individu itu. Minat graduan terhadap perniagaan dan keusahawanan dapat dipupuk melalui penyebaran maklumat daripada pelbagai sumber termasuklah: Ahli akademik: Ahli akademik perlu memainkan peranan yang penng dalam menggalakkan lebih ramai pelajar berminat menjadi usahawan dengan menyediakan lebih banyak kesedaran mengenai kebaikan bidang ini yang seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan daya saing secara global. Kurikulum: Untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan pelajar, pendidikan keusahawanan perlu ditekankan dalam kurikulum mengikut bidang pengajian atau niche”. Pendidikan keusahawanan perlu diwajibkan kepada semua pelajar. Dengan cara ini, adalah diharapkan lebih ramai usahawan akan dilahirkan Seminar dan program tambahan: Selain itu, universi boleh memperkenalkan seminar keusahawanan dan kursus movasi untuk pelajar yang berminat supaya mereka lebih terdedah kepada bidang ini. Perkongsian pengalaman ikon keusahawanan: Di samping itu, universi juga boleh memperkenalkan alumni yang telah berjaya sebagai usahawan untuk berkongsi pengalaman dan pada masa yang sama dapat memberi movasi kepada pelajar. Apa yang kita dapat lihat di sini, capaian maklumat berkenaan keusahawanan mampu memberi galakan posif kepada bakal graduan untuk berani memilih perniagaan dan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya mereka. UiTM sendiri telah banyak menganjurkan seminar, program dan akvi perkongsian kepada pelajar dalam menggalakkan pemilihan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya. Rujukan 1. Nabi, G. & Holden, R. (2008). Graduates entrepreneurship: Intenons, educaon and training. Educaon+Training, 50 (7), 545-551. 2. Shapero, A. & Sokol, L. (1982). The social dimensions of entrepreneurship in the encyclopedia of entrepreneurship, Kent, C., Sexton, D. and Vesper, K. (eds). Englewood Cliffs: Prence-Hall. ISSN:1823-6421 EDISI 7 VOLUME 2 2015

Upload: ngokiet

Post on 27-Dec-2016

267 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi 7 - Vol 2

20

Pelaburan Emas

Oleh: Nurulhasni bt Shaari @ Mat Saman, UiTM (Johor)

TIPS USAHAWAN

Info Usahawan diterbitkan oleh MASMED, UiTM (Terengganu). Sumbangan rencana daripada pembaca adalah dialu-alukan. Sumbangan boleh dihantar ke email : [email protected]

Segala sumbangan yang dihantar, tidak akan dikembalikan.

Emas.. Emas.. Emas.. Ia adalah lambang kemewahan, kekayaan dan kemasyhuran. Kaum hawa menjadikan emas sebagai barang perhiasan untuk menyerikan penampilan mereka kerana wanita dan barang kemas sememangnya berkait rapat. Emas adalah antara perhiasan yang dipakaikan kepada penghuni syurga di akhirat kelak seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah memakai sutera dan emas” (HR: Ahmad dan Al-Hakim)

Kini, emas bukan sahaja dijadikan alat perhiasan tetapi turut diniagakan dan dilaburkan di pasaran kerana nilainya yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ia telah menjadi satu fenomena baru kerana pulangan yang tinggi dan terjamin menjadikan pelaburan emas semakin mendapat tempat di hati pelabur khususnya dan masyarakat amnya. Di dalam Al-Quran ayat ke 75 surah Al-Imran ada menyebut tentang kepentingan emas dalam kehidupan manusia yang bermaksud:

“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”.

Pelaburan emas hendaklah memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan undang-undang Islam dan bebas daripada unsur-unsur riba gharar, perjudian dan kezaliman. Urusniaga emas perlu mematuhi syarat tertentu seperti yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Udabah bin al- Samit bahawa Nabi SAW bersabda:

“Maksudnya:(Jual beli atau pertukaran) Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, dan garam dengan garam, hendaklah dengan kadar yang sama (timbangan atau sukatan), dan hendaklah beserta penyerahan bersama (oleh kedua-dua pihak). Sekiranya ia berlainan jenis, maka berjual belilah sebagaimana yang anda mahu jika dibuat secara penyerahan dari tangan ke tangan (oleh kedua-dua pihak)”. (HR Abu Ubadah bin al- Samit)

Kesimpulannya, jual beli emas (Bay’ al-Sarf) adalah satu ben-tuk jual beli yang diiktiraf dan dibenarkan oleh syarak ber-dasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis. Ini kerana menjadi kewajipan ke atas Muslim untuk mencari dan mendapatkan rezeki yang halal dan diterima Allah.

Keusahawanan: Opsyen Kerjaya Graduan

Oleh: Huda Hamidon dan Nurhidayah Nasharudin, UiTM Kelantan

Keusahawanan dilihat sebagai platform terbaik pilihan kerjaya bagi bakal graduan. Dewasa ini, graduan dilihat lebih cenderung bergantung kepada skim perkhidmatan awam dalam memilih laluan kerjaya berbanding terlibat dengan perniagaan. Opsyen keusahawanan dikatakan mampu memberi sumbangan besar kepada ekonomi, peluang kerjaya, penghasilan inovasi dan sebagainya. Menurut kajian Nabi & Holden (2008), pelajar universiti sangat digalakkan menceburi bidang perusahaan kecil atau “self/small business employment”. Berikutan tekanan ekonomi pada hari ini seperti isu kenaikan harga minyak dan GST, para graduan perlu mengubah cara pemikiran serta pandangan dalam menentukan opsyen kerjaya setelah tamat belajar kelak. Manurut kajian Shapero & Sokol (1982), terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pemilihan opsyen keusahawanan sebagai kerjaya. Antaranya ialah faktor jantina, latar belakang keluarga samada terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang perniagaan atau keusahawanan, bidang pengajian yang diambil di universiti, keperluan maklumat atau pengetahuan yang mencukupi mengenai perniagaan serta jumlah pendapatan keluarga juga mendorong graduan untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Faktor terpenting dalam menentukan minat serta dorongan seseorang itu memilih bidang keusahawanan ialah sejauh mana pengetahuan serta maklumat yang ada pada diri individu itu. Minat graduan terhadap perniagaan dan keusahawanan dapat dipupuk melalui penyebaran maklumat daripada pelbagai sumber termasuklah:

Ahli akademik: Ahli akademik perlu memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan lebih ramai pelajar berminat menjadi usahawan dengan menyediakan lebih banyak kesedaran mengenai kebaikan bidang ini yang seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan daya saing secara global.

Kurikulum: Untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan pelajar, pendidikan keusahawanan perlu ditekankan dalam kurikulum mengikut bidang pengajian atau “niche”. Pendidikan keusahawanan perlu diwajibkan kepada semua pelajar. Dengan cara ini, adalah diharapkan lebih ramai usahawan akan dilahirkan

Seminar dan program tambahan: Selain itu, universiti boleh memperkenalkan seminar keusahawanan dan kursus motivasi untuk pelajar yang berminat supaya mereka lebih terdedah kepada bidang ini.

Perkongsian pengalaman ikon keusahawanan: Di samping itu, universiti juga boleh memperkenalkan alumni yang telah berjaya sebagai usahawan untuk berkongsi pengalaman dan pada masa yang sama dapat memberi motivasi kepada pelajar.

Apa yang kita dapat lihat di sini, capaian maklumat berkenaan keusahawanan mampu memberi galakan positif kepada bakal graduan untuk berani memilih perniagaan dan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya mereka. UiTM sendiri telah banyak menganjurkan seminar, program dan aktiviti perkongsian kepada pelajar dalam menggalakkan pemilihan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya.

Rujukan 1. Nabi, G. & Holden, R. (2008). Graduates entrepreneurship: Intentions, education and training. Education+Training, 50 (7), 545-551. 2. Shapero, A. & Sokol, L. (1982). The social dimensions of entrepreneurship in the encyclopedia of entrepreneurship, Kent, C., Sexton, D. and Vesper, K. (eds). Englewood Cliffs: Prentice-Hall.

ISSN:1823 -6421 EDISI 7 VOLUME 2 2015

Page 2: Edisi 7 - Vol 2

2

Cakna Transformasi CJP ke CBP: Tanggungjawab Peniaga dan Usahawan

Oleh:

Noranita Binti Abdamia, UiTM Kampus Pasir Gudang Usahawan dan peniaga mempunyai peranan dan matlamat yang berbeza. Namun begitu kedua-dua peranan ini adalah saling ber-gantung antara satu sama lain dan saling melengkapi. Bagi mendepani arus globalisasi dalam dunia perniagaan, usahawan ma-hupun peniaga kedua-duanya harus cakna pada perubahan dan transformasi dalam persekitaran ekonomi bagi memastikan ke-langsungan bidang yang diceburi. 1 April 2015, tarikh dimuktamadkan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2015 berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) di Malaysia. CBP atau lebih sinonim sebagai ‘Goods and Service Tax’ (GST) atau ‘Value Added Tax’ (GAT) di kebanyakan negara-negara lain adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai ditambah disetiap peringkat rantaian pengedaran pembekalan. CBP pada kadar 6% yang bakal dilaksanakan akan menghapuskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP) sebanyak 16% yang dikenakan secara berasingan selama ini. Sehingga kini 28 negara miskin seperti Cambodia, Bangladesh, Utopia telah melaksanakan CBP. 41 negara yang berpendapatan sederhana rendah seperti Indonesia, Seri Lanka, Filipina juga telah melaksanakan CBP. Begitu juga bagi negara berpendapatan sederhana tinggi seperti Brazil, Thailand, Panama dan 39 buah negara lain termasuk 42 buah negara berpendapatan tinggi seperti Australia, Jepun dan Singapura. Pada 1 April 2015 - Malaysia negara yang ke-40 bagi kategori negara berpendapatan sederhana tinggi juga akan mengikuti jejak CBP ini. Keseluruhannya sebanyak 160 negara daripada 193 buah negara dalam dunia telah melaksanakan CBP.

Jadual 1: Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara ASEAN

Transformasi CJP ke CBP perlu dilakukan bagi mengatasi segala kelemahan CJP sedia ada iaitu;

Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir akibat pengambilan untung berlebihan oleh pem-borong, peruncit dan peniaga.

Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali seper-timana praktik CJP

Bagi mengelak caj perkhidmatan yang tersembunyi dan tidak diisytiharkan oleh para peniaga di dalam resit dan bil-bil bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.

Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba mengelak dari melaksanakan tanggungjawab membayar cukai dengan tidak mengisytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.

Bagi mengelak perbuatan tidak beretika dan berintegriti dalam oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.

ISU SEMASA

Bil. Negara ASEAN Tahun Diperkenalkan Kadar GST Dikenakan

1 Indonesia 1984 10%

2 Filipina 1988 12%

3 Kemboja 1999 10%

4 Loas 2009 10%

5 Singapura 1994 7%

6 Thailand 1992 7%

7 Vietnam 1999 10%

8 Malaysia 2015 6%

9 Brunei - -

10 Myanmar (Dalam Kajian) (Dalam Kajian)

19

Memilih Perisian Perakaunan

Oleh: Mohamad Azmi Nias Ahmad, UiTM Pahang

Pelaksanaan sistem maklumat perakaunan berkomputer biasanya melibatkan kos yang tinggi. Keputusan yang dibuat perlulah mengambilkira jenis perniagaan, keperluan peniagaan, teknikal, kemahiran pekerja, dan bebanan kos. Kerana itu, terdapat sebaha-gian peniaga kecil dan sederhana memilih untuk tidak melaksanakannya. Kelebihan perisian perakaunan adalah seperti:

memudahkan aktiviti merekod transaksi,

menyediakan set akaun yang lengkap

membolehkan akaun ditutup setiap hari

membolehkan laporan dicetak untuk kegunaan membuat keputusan dan keselamatan maklumat perakaunan

Kelebihan ini menjadi faktor utama ianya digunakan oleh usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Setiap kelebihan ini telah membolehkan IKS mengurangkan kos pengurusan, meningkatkan peratusan penghantaran tepat waktu, meningkatkan produktivi-ti, melancarkan proses membuat keputusan, meningkatkan imej syarikat, jualan dan seterusnya keuntungan syarikat. Malangnya, akibat terlalu ghairah ingin menjadi ‘terlalu effisien’ dan mendapat keuntungan berganda, usahawan IKS telah tersalah langkah dan membuat kesilapan dalam memilih perisian perakaunan yang sesuai. Akibatnya, IKS terpaksa menanggung kos yang tinggi dan dalam kes tertentu terpaksa mengabaikan terus perisian tersebut disebabkan oleh kurang bersesuaian dengan perniag-aan mereka. Untuk mengelakkan perkara ini, berikut adalah panduan mudah bagi pemilihan perisian perakaunan:

Mudah untuk diguna – faktor ini penting bagi tujuan latihan dan mengurangkan kesilapan

Kemahiran pekerja – perlu ditanya adakah pekerja boleh mengendalikan perisian ini dan mengambilkira kos latihan yang perlu ditanggung

Pilih vendor yang popular – memudahkan pengambilan pekerja, penyelengaraan sistem dan sokongan vendor dari segi naik taraf perisian.

Keperluan perniagaan – perlu mengambilkira keperluan semasa dan akan datang

Bentuk output yang dihasilkan – aspek ini perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan keperluan membuat keputusan yang lebih tepat bedasarkan laporan yang dapat dihasilkan perisian

Keperluan pengkalan data dan lokasi – perlu diambil berat memandangkan ia melibatkan faktor keselamatan data dan kos seperti kos alatan, penyediaan lokasi dan penyelengaraan

Di Malaysia perisian seperti UBS Accounting, Mr Accounting dan MYOB amat popular dalam kalangan IKS. Selain daripada itu, terdapat juga perniagaan yang hanya menggunakan Microsoft Excel kerana perisian ini membolehkan mereka menyesuaikan keperluan-keperluan tertentu bagi penyediaan maklumat perakaunan mereka.

TIPS USAHAWAN

Page 3: Edisi 7 - Vol 2

18

Industri Lebah: Dilema Ketulenan Madu di Pasaran

Oleh: Dr. Wan Iryani Wan Ismail, UiTM Kampus Puncak Alam

Kebelakangan ini, minat masyarakat terhadap penghasilan, penjualan dan penggunaan madu lebah meningkat dengan begitu menggalakkan. Sering kali akhbar mendedahkan peluang keusahawan yang melibatkan penjualan madu lebah di Malaysia. Yang sedang popular sekarang ialah berkenaan dengan madu lebah kelulut dan ditambah dengan penggunaan lebah jenis itu yang tidak menyengat serta mudah dijaga berbanding dengan lebah biasa. Beberapa skim galakan yang diperkenalkan oleh badan kerajaan seperti Jabatan Pertanian Malaysia, MARDI dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW). Skim ini mem-beri kemudahan seperti penyediaan dana dan kursus terutamanya kepada golongan belia dan ini telah merancakkan lagi keusaha-wanan lebah di Malaysia. Perkembangan ini merupakan satu fenomena yang positif kerana Malaysia mempunyai banyak potensi yang belum diterokai untuk menjayakan industri berasaskan lebah. Antara kelebihan Malaysia ialah mempunyai pelbagai sumber bunga dan nektar yang se-nang diperolehi sepanjang tahun. Menyorot sejarah permulaan industri ini di Malaysia seawal 1980-an yang dirintis secara ter-susun oleh Jabatan Pertanian Malaysia, banyak perkara yang perlu diperhalusi untuk memastikan kejayaan, kelestarian dan ke-mandirian industri ini. Antaranya, masalah penyakit lebah yang menyerang lebah pada awal tahun 1990-an yang telah memperla-hankan industri ini hampir dua dekad. Walau bagaimanapun, isu yang paling kritikal yang tidak pernah diselesaikan dari awal kemunculan industri ini sehingga sekarang ialah penghasilan dan penjualan madu yang tidak asli di dalam pasaran Malaysia khu-susnya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh mantan Profesor Universiti Malaya, Profesor Dr. Kamaruddin Mohd Yusof, hampir 77% madu yang dijual di pasaran Malaysia pada tahun 2005 adalah madu yang tidak asli. Kajian ini diteruskan oleh kumpulan yang diketuai oleh penulis sendiri dan antara penemuan didapati lebih 80% madu lebah di pasaran sekarang ini adalah madu yang tidak asli. Madu yang tidak asli ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu madu campuran (madu asli yang dicampur dengan air gula) dan madu tiruan (iaitu menggunakan bahan kimia atau gula berfruktosa tinggi). Kedua-kedua jenis madu tidak asli ini boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan manusia seperti boleh menyebabkan masalah kegemukan, kencing manis dan kerosakan pada hati jika digunakan dalam masa yang panjang, di dalam kepekatan yang tinggi. Malangnya, ramai pengguna tidak menyedari akan isu ini. Hak mereka sebagai pengguna telah dicabuli. Keadaan bertambah serius apabila ramai tertipu dengan kaedah tradisional dalam mengenal pasti ketulenan madu seperti semut tidak menghurung madu asli (Gambar 1), madu asli tidak beku di dalam peti ais, madu berbentuk heksagon di dalam air dan sebagainya. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di makmal kami, kesahihan serta keberkesanan kaedah tersebut adalah diragui serta kurang tepat. Beberapa kaedah saintifik telah dibangunkan di makmal untuk menentukan ketulenan madu tersebut. Beberapa cadangan tindakan telah dimajukan kepada pihak yang berkenaan untuk mengatasi serta menyelesaikan masalah ini. Harapan kami, agar industri berasaskan lebah di Malaysia dapat berkembang dengan lebah baik pada masa hadapan untuk ke-baikan semua pihak yang terlibat terutamanya pengguna dan usahawan lebah.

Gambar 1: (a) Madu lebah hutan (b) Madu lebah ladang (c) Madu kelulut

Gambar 2: Semut menghurungi madu lebah asli (a) dan juga madu tidak asli (b)

TIPS USAHAWAN

3

Kelemahan dan kekurangan CJP ini adalah titik tolak transformasi kepada CBP. Golongan peniaga mahupun usahawan seharusnya cakna berkenaan apa, mengapa dan bagaimana mekanisma CBP bakal diimplementasi dalam persekitaran ekonomi Malaysia. Antara fakta-fakta mekanisme CBP yang tidak dapat disangkal ialah;

CBP menghapuskan elemen kos yang menjadi liabiliti pada peniaga dan pengguna selama ini dalam setiap transaksi yang dilakukan. Mekanisme CBP ini membolehkan golongan peniaga masih mampu mengekalkan keuntungan pada kadar sedia ada.

Peniaga harus membayar perbezaan kepada pihak kastam jika cukai output melebihi cukai input. Sebaliknya peniaga boleh menuntut dari pihak kastam jika cukai input melebihi cukai output. Maka dengan ini jelas bahawa golongan peniaga tidak akan menanggung kos yang tidak relevan mahupun kos yang tersembunyi atau bertindih sepanjang berlakunya transaksaksi dalam operasi perniagaan.

Peniaga dapat melengkapkan penyata CBP secara berjadual dan dapat membantu peniaga menyimpan rekod dengan ke-mas kini dan tepat. Kawal selia dan perekodan dokumen dalam perniagaan sangat penting bagi memastikan kawalan ke atas untung rugi dan kelangsungan sesebuah perniagaan.

Peniaga mempunyai ruang untuk menurunkan harga barang dan perkhidmatan sehingga ke paras maksimum iaitu 10% (CJP 16% - CBP 6%) bagi membantu pertumbuhan ekonomi denag lebih mapan dibawah kadar inflasi terkawal. Namun begitu peranan dan tanggungjawab peniaga terhadap negara dan masyarakat ini tidak dapat dilakukan jika peniaga hanya me-mentingkan keuntungan semata-mata.

Tiada sebarang kenaikan kos yang signifikan ditanggung oleh peniaga dalam melaksanakan sistem CBP ini kecuali kos pra perlaksanaan CBP iaitu menaiktaraf sistem perakaunan bagi memenuhi tuntutan CBP. Peniaga mahupun usahawan yang bijak sentiasa merebut peluang bagi mengurangkan kos.

Bagi peniaga yang berada dalam kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mereka akan mendapat bantuan kewangan bagi memperoleh atau menaiktaraf system kepada perisian patuh GST yang telah dilancarkan pada 1 Jun 2014.

Sebagai kesimpulan, CBP sebenarnya merupakan satu sistem percukaian yang lebih telus dan efisyen. Kejayaan perlaksanaan CBP di Malaysia sangat bergantung kepada sikap bertanggungjawab para peniaga di dalam urusniaga Rujukan 1. http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx 2. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/6017-isu-dan-perlaksanaan-cukai-

barangan-dan-perkhidmatan-gst-.html

ISU SEMASA

Page 4: Edisi 7 - Vol 2

4

Jaringan Usahasama Bijak Universiti, Industri Dan Komuniti Ditagih Dalam Memacu Ekonomi Negara

Oleh:

Fakrulnizam Jafri, UiTM Melaka

Terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa sebahagian besar pintu rezeki itu diperoleh daripada sumber perniagaan atau yang lebih popular dalam kalangan masyarakat menyatakan sembilan per sepuluh punca rezeki itu adalah dari perniagaan. Rasulullah S.A.W sendiri menjalankan perniagaan dalam menjalani kehidupan seharian baginda. Kini, aspek keusahawanan adalah penting dan menjadi tumpuan yang dititikberatkan oleh instititusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara ke arah melahirkan mahasiswa yang cemerlang akademik, berkemahiran insaniah yang jitu serta mempunyai jaringan masyarakat serta komuniti yang kuat. Terdapat juga universiti di negara ini yang menjadikan aspek keusahawanan sebagai misi dan visi utama mereka dalam menyahut hasrat kerajaan untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Jaringan industri (industrial linkages) antara pihak universiti serta pemain industri dilihat suatu usaha murni ke arah mewujudkan peluang kepada ahli akademik serta mahasiswa untuk turut sama bergiat secara pro-aktif dan konsisten ke arah mencapai matlamat negara tersebut. Misalnya dengan penubuhan Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni oleh Universiti Teknologi MARA dalam mencapai visi mewujudkan sebuah persekitaran yang produktif dari kolaborasi yang diwujudkan antara pihak universiti, industri dan juga masyarakat. Hasilnya, setiap entiti tersebut mendapat manfaat secara holistik dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya masyara-kat di negara ini. Antara IPTA lain yang turut memiliki bahagian jaringan industri ialah Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pejabat Hubungan Industri Masyarakat dan Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat. Bidang keusahawanan perlu dijadikan satu budaya popular oleh generasi muda khasnya dan masyarakat di Malaysia secara amnya. Jika dilihat dan diamati, Amerika Syarikat, mereka amat menitikberatkan keusahawanan berasaskan francais. Maka dengan itu tidak hairanlah kebanyakan francais terkenal yang bertapak hampir kebanyakan negara di dunia berasal dari negara yang terkenal dengan jolokan “Uncle Sam” itu. Universiti di negara ini perlu lebih aktif dalam menjalankan kolaborasi bersama industri untuk memastikan pertukaran ilmu serta kepakaran secara dua hala antara entiti yang terlibat lebih hebat dilaksanakan. Hal tersebut boleh mewujudkan persaingan yang sihat dan membantu perkembangan inovasi dan penemuan baharu oleh mahasiswa, penyelidik, pensyarah dan pemain industri ke arah kemajuan negara melalui K-Ekonomi. Pihak universiti, industri dan masyarakat akan memperoleh manfaat sewajarnya hasil dari persefahaman ketika menjalinkan kerjasama ke arah peningkatan sumber kewangan universiti, peningkatan permintaan barangan industri dan masyarakat amnya melalui penganjuran program berteraskan keusahawanan seperti pameran, festival dan karnival di dalam mahupun di luar negara. Inisiatif baik yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui “Showcase Satu Daerah Satu Industri” misalnya adalah satu usaha murni membantu para usahawan dan daerah yang terlibat untuk turut sama dalam menjalankan aktiviti keusahawanan serta menyuntik elemen keusahawanan berinovasi dalam produk barangan dalam usaha mempromosi produk hasil tempatan yang memiliki daya saing yang tinggi hingga ke peringkat global. Jaringan perniagaan yang bijak (smart business networking) merupakan salah satu elemen pelengkap dan tidak kurang pentingnya perlu diambil perhatian serius dalam membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mempromosi serta mengembangkan jaringan perniagaan mereka.

ISU SEMASA

17

Juruaudit: Sahabat yang Membantu atau Merumitkan Perniagaan

Oleh: Tuan Syed Iskandar Zulkarnain Sayd Idris dan Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam

Pernah sekali, semasa menghantar anak ke sekolah, mata ini mengekori langkah si kecil dengan bagasinya yang besar melalui pintu pagar sekolah. Kelihatan di pagar, dua orang pelajar senior berpakaian ungu sedang memeriksa setiap pelajar yang masuk. Hati ini berkata bahawa kedua pelajar senior itu adalah pengawas yang memeriksa sahsiah rupa diri pelajar dari hujung kasut hingga hujung rambut agar mematuhi peraturan sekolah. Ketepatan masa juga diambil kira agar tiada yang lewat sampai. Terkenang zaman persekolahan dahulu kerana antara orang yang paling tidak disenangi ialah pengawas sekolah kerana terasa rimas dengan kehadiran mereka dan sentiasa cemas bila di panggil seolah-olah ada melakukan kesalahan walaupun sebenarnya dipanggil untuk diberikan susu percuma bantuan daripada Kementerian Pelajaran ketika itu. Lucu sungguh rasanya. Bila fikiran sudah matang, barulah mengerti bahawa setiap teguran itu adalah untuk kebaikan dan mereka bukan mencari kesalahan. Pengawas hanya cuba untuk memastikan pelajar mematuhi peraturan. Peristiwa ini membawa fikiran ini mengingati persepsi umum tentang tugasan seorang Juruaudit. Seringkali Juruaudit menerima persepsi dari pihak pengurusan sebagai: Seseorang yang mencari kesalahan: Demi tidak mahu kesalahan ditemui yang hingga akhirnya mungin akan memberikan tanggapan buruk terhadap pengurusan oleh pemegang saham, maka kelibat juruaudit seringkali dianggap sesuatu yang menjengkelkan. Penyebab meningkatkannya kos perniagaan: Peraturan dan keperluan dalam Akta Syarikat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mewajibkan laporan kewangan syarikat disemak oleh auditor yang bertauliah akan menyebabkan setiap syarikat dikenakan bayaran professional walaupun mereka merasakan perniagaan mereka tidak di perlu audit. Juruaudit sebenarnya datang untuk memastikan bahawa segala tatacara kerja adalah mengikut peraturan dan proses sepatutnya demi untuk mengurangkan risiko perniagaan dan bukannya mencari kesalahan semata-mata. Manakala dari segi kos yang dibayar sebagai yuran audit sebenarnya adalah lebih jauh rendah dibandingkan kerugian yang bakal dihadapi seandainya kaedah laporan kewangan yang tidak benar dan adil dikeluarkan kepada pemegang saham. Terdapat dua (2) keadaan bagaimana kerja- kerja audit dilakukan: Auditor dengan senarai semakan: Juruaudit yang datang ke premis pelanggan mempunyai pengalaman dalam menjalankan prosedur audit maka mereka akan datang bersama satu senarai semakan yang akan diberi tumpuan bagi memastikan semua kepatuhan yang ditetapkan telah dipenuhi oleh syarikat yang diaudit. Seandainya semua senarai semakan tersebut tiada masalah, maka juruaudit boleh mengeluarkan pendapat bahawa laporan kewangan tersebut tidak layak untuk dikatakan mempunyai kesalahan. Salah terjemahan: Apabila selesai prosedur audit dijalankan, maka setiap aspek dan fungsi perniagaan yang didapati mempunyai kelainan dari segi pematuhan akan dimaklumkan untuk di perbaiki dan diberi tumpuan. Risikonya tentang perlaksanaan audit dengan senarai semakan ialah kemungkinan yang disemak hanya perkara tertentu sahaja yang jelas nampak, sedangkan masalah yang lebih besar sebenarnya gagal di kesan kerana kebanyakan perniagaan tiada belanjawan khas untuk diaudit secara menyeluruh bagi manghalang kerosakan sebelum ianya berlaku, maka keputusan senarai semakan boleh mengelirukan dari perkara sebenar. Apabila selesai audit, cadangan penambahbaikan akan di buat oleh pihak pelanggan. Cuma, pembetulan dan penambaikan akan tertumpu terus dan secara spesifik kepada perkara yang dibangkitkan sahaja padahal, permasalahan yang sebenar berakar umbi kepada fungsi dan aspek yang lain pula sukar di kesan dengan melihat laporan kewangan. Pembetulan dalam perkara ini perlu mengambil kira fungsi yang terkait secara tidak langsung agar laporan tersebut menjadi laporan yang boleh disandarkan oleh pengguna maklumat perakaunan. Melihat beberapa situasa yang dikongsikan di atas, adakah juruaudit dianggap sebagai seorang rakan atau kehadiran mereka hanya merumitkan dan akhirnya akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar kepada perniagaan? Kami tinggalkan persoalan ini kepada para pembaca.

TIP USAHAWAN

Page 5: Edisi 7 - Vol 2

16

Pentertak Kambing; Warisi Keusahawanan Sunnah Para Nabi Dan Rasul

Oleh: Mahasin binti Mearaj, Siti Noor Ain Binti Aziz dan Shahidatul Ashikin Binti Shahran, UiTM Johor

Penternakan kambing merupakan salah satu bidang yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara. Terdapat pelbagai kisah kejayaan usahawan ternakan kambing yang dipaparkan di dada-dada akhbar. Secara literalnya, kambing atau dalam bahasa arab ‘ghanam’ disebut sebanyak tiga kali dalam al Quran iaitu di dalam surah al-An’am ayat 146, surah al-Anbiya’ ayat 78 dan surah Toha ayat 18. Dalam hadis juga turut meriwayatkan perihal haiwan ini untuk tujuan ibadah termasuklah untuk dijadikan korban ataupun aqiqah bagi mereka yang memperolehi anak lelaki atau perempuan sehinggalah kepada gambaran kehidupan para nabi dan rasul yang mengembala kambing yang telah diadaptasikan ke dalam filem bertajuk “Ahmad Albab” lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramli. Di sini, Allah mendidik bukan hanya kepada Rasulullah SAW sahaja malah kepada nabi lain contohnya Nabi Daud dan Nabi Musa yang juga pengembala kambing. Sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud:

“Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; Aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan Aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu"(Toha:18)

Dalam usaha untuk menghidupkan sunnah Rasulullah, usahawan yang bijak dianjurkan agar memelihara kambing di samping diberi ganjaran pahala dan keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan. Bahkan manfaat yang diperolehi bukan sahaja susu malah kulit dan bulu binatang tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan produk yang lain. Cuba kita selami beberapa karakter hebat para nabi dan rasul yang dibina dan dididik melalui penternakan sebagaimana yang telah ditelusuri oleh Prof. Dr. Hamka dalam kehidupan Rasulullah SAW. Antara yang dimaksukan ialah melatih diri agar menjadi orang yang sabar (self-control) kerana penggembala dituntut menunggu dan menjaga serta mengawasi binatang tersebut, lemah lembut, penyayang, kekuatan tubuh, keberanian dan cekap menguruskan kerenah serta ragam binatang apatahlagi sekiranya menternak kambing. Ini juga dapat di lihat di dalam peperangan Fujjar di mana penternakan memberikan pengalaman yang menguji kekuatan, kepintaran, kepantasan dan kecekapan Rasulullah SAW. Memelihara dan menternak kambing menjanjikan hikmah yang bermanfaat antaranya membentuk disiplin diri dan mendidik agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat, dapat menguruskan masa dengan lebih efektif dan efisien, melahirkan usahawan yang dapat mengawal sumber yang ada serta mampu membina minda untuk berfikiran lebih jauh dan terbuka. Oleh itu, sekiranya kita manusia biasa yang ingin mewarisi sifat dan sunnah para nabi dan rasul perusahaan penternakan kambing adalah antara pilihan yang terbaik untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan.

ISLAM & KEUSAHAWANAN

5

Dari muka 4...

Ilmu serta kepakaran yang dimiliki oleh pihak universiti misalnya dapat membantu para pengusaha sebagai sebuah entiti dalam kumpulan masyarakat yang bergiat secara aktif dalam bidang keusahawanan ke arah memperkemas dan memantap factor jaringan perniagaan dalam sama-sama membantu mempertingkat imej dan peningkatan jualan mereka. Para usahawan muda dan usahawan matang di luar sana perlu menarik nafas lega kerana pada hari ini pihak IPT di negara ini berbesar hati membantu mereka dalam menangani permasalahan berkaitan perkembangan perusahaan mereka jika berpeluang untuk turut sama dalam perkongsian bijak melalui jaringan industri pihak universiti, industri dan masyarakat. Usaha murni tersebut turut disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memperkukuh jaringan industri di antara pemain industri dan universiti. Justeru, para mahasiswa dan tenaga akademik di IPT di negara ini perlu merebut peluang keemasan ini untuk menggiat dengan pro-aktif ke arah pemindahan ilmu serta kepakaran kepada masyarakat dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Mahasiswa pula perlu mempertingkatkan diri mereka dengan ilmu serta kemahiran insaniah (soft skills) yang cemerlang ke arah menyahut hasrat kerajaan tersebut. Projek pelajar berkaitan keusahawanan perlu dipergiat dan dimantapkan agar manfaatnya dapat dikongsi dengan masyarakat secara lebih meluas. Tanggungjawab sosial pelajar (Student Social Responsibility atau SSR) perlu diterapkan pada diri setiap mahasiswa ke arah mewujudkan mahasiswa yang cemerlang dan berdaya saing. Semangat mahasiswa sebagai pencetus kerjaya atau majikan perlu disemai agar ia menjadi suatu budaya yang diterima dalam proses pencarian pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian mereka kelak dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Para mahasiswa di negara ini disaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran komunikasi keusahawanan yang mantap dalam mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan usahawan muda yang berintegriti dan berinovasi ke arah perkembangan dan kemajuan negara. Pihak universiti dan masyarakat sekeliling perlu memberi sokongan dan dokongan yang sebaik mungkin kepada usahawan muda ini kerana mereka berupaya melakukan sesuatu perubahan yang unik setelah mendapat ilmu yang mereka pelajari semasa di universiti. Kemahiran komunikasi dalam bidang keusahawanan juga adalah antara penyumbang terpenting dalam membantu peningkatan penyampaian, hebahan serta publisiti sesuatu produk dan perkhidmatan pengusaha tempatan. Penghasilan video produk, perlabelan, kad perniagaan, pembungkusan, pamplet dan sebagainya merupakan elemen komunikasi visual dari media elektronik dan cetak turut sama dalam melebarkan imej serta daya saing usahawan. Ilmu keusahawanan perlu diselami dan difahami oleh setiap pengusaha dan pemikiran yang menumpu hanya kepada keuntungan semata-mata tidak seharusnya dipraktikkan oleh usahawan muda yang kreatif dan inovatif. Hal tersebut disebabkan dengan ilmu yang mereka ada pada diri mereka sebenarnyalah merupakan keuntungan yang amat besar dan berharga yang dikurniai oleh Allah S.W.T.

ISU SEMASA

Page 6: Edisi 7 - Vol 2

6

Usahawan Berasaskan Pengetahuan

Oleh: Siti Norziana binti Abdul Karim, UiTM Kampus Puncak Perdana

Sektor perniagaan merupakan antara sektor utama yang sentiasa meneraju Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020. Dalam usaha merancakkan aktiviti ekonomi di Malaysia, kerajaan telah menekankan pembangunan usahawan dalam Bajet 2014 yang lalu. Peruntukan kepada usahawan dan bakal usahawan telah disediakan khususnya untuk menarik minat golongan muda mence-buri bidang perniagaan selain bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Walau bagaimanapun, usahawan yang berjaya bukan hanya disokong oleh faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan pengusaha, namun, ia juga perlu berdasarkan kepada ilmu pengetahuan, informasi, komunikasi, teknologi (ICT) dan masa. Pengetahuan dan impak pengetahuan kepada usahawan da-lam era masyarakat yang berilmu pengetahuan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik yang seterusnya.

PENGENALAN Negara yang membangun memerlukan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Begitu juga dengan dengan usahawan yang ingin berjaya, mereka perlu memiliki ilmu pengetahuan serta informasi yang meluas berkaitan produk, pesaing, segmentasi dan sasaran pengguna serta maklumat lain yang berkaitan. Ilmu pengetahun ini bukan sekadar perkara yang dipelajari atau dialami, tetapi ia juga termasuk mengaplikasi ilmu pengetahuan tersebut secara berterusan. Ini penting bagi menghasilkan teori, produk atau pen-galaman dan kemahiran baru yang lebih pragmatik dan produktif sebagai sumber kepakaran, kreativiti dan nilai-nilai murni keman-usiaan sejagat. (Nasir, M., Ashirah, N. dan Azimah, N., 2006). Dalam menerokai zaman kepesatan teknologi maklumat ini, tidak dinafikan teknologi (ICT) merupakan alat komunikasi yang berke-san untuk memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Usahawan yang berpengetahuan akan menggunakan sepenuhnya informasi ini untuk merangka strategi bagi meningkatkan daya saing dan nilai tambah kepada usaha-wan itu sendiri. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi ini sudah semestinya cabaran akan dihadapi oleh usahawan kerana teknologi akan sentiasa berubah dan semakin canggih, persaingan akan menjadi lebih sengit dan masalah juga akan bertambah kompleks. Namun, usahawan berasaskan pengetahuan mampu bertindak dalam apa jua keadaan kerana mereka akan menjadikan ilmu pengetahuan dan teknologi sebagai modal asas bagi berhadapan dengan situasi yang dinamik pada masa hadapan.

PENGETAHUAN Pengetahuan telah dikenal pasti sebagai sumber atau aset kepada sesebuah organisasi. Pengetahuan adalah informasi berguna yang telah diproses dan mempunyai nilai kepada pengguna. Rangkaian pengetahuan bermula dengan data dan informasi atau maklumat. Ketiga-tiga elemen ini berkaitan antara satu sama lain. Merujuk kepada Waltz (2003) sebagaimana yang dipetik oleh Nooridayu, M.P. (2005), data adalah tafsiran individu atau penilaian yang merujuk kepada sumber-sumber data tersebut seperti komunikasi antara individu atau pesanan bertulis. Manakala, maklumat merupakan kesinambungan data yang diproses menjadi maksud. Pengetahuan biasanya berhubung kait dengan daya kognitif yang diaplikasikan daripada data dan maklumat. Rajah 1 menjelaskan tentang hubung kait data, maklumat dan pengetahuan.

Rajah 1: Hubung kait data, maklumat dan pengetahuan Sumber: Ingebrigtsen, N. (2007) diperoleh dari www.infogineering.net

Menurut Nonaka dan Takeuchi (1995), pengetahuan terbahagi kepada pengetahuan explicit dan tacit. Pengetahuan explicit meru-pakan pengetahuan yang telah didokumentasikan. Manakala, pengetahuan tacit hanya wujud dalam pemikiran manusia. Justeru, usahawan berasaskan pengetahuan perlu memiliki kedua-dua kategori pengetahuan ini. Ini kerana, usahawan yang ber-pengalaman (pengetahuan tacit) dan mempunyai pengetahuan yang tersurat (pengetahuan explicit) akan lebih rasional dalam membuat keputusan.

USAHAWAN & STRATEGI

15

Nilai Profesionalisma dan Etika Usahawan Di dalam Konteks Islam

Oleh: Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam dan Nor Hawani Wan Abdul Rahman, UiTM Pahang

Peranan usahawan adalah amat penting kerana mereka adalah pemangkin kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara. Antara lain, usahawan berperanan sebagai pencetus idea dan pembaharuan, melihat masalah yang wujud dan menjadikannya peluang perniagaan, melaksanakan rancangan strategik perniagaan dan bersedia menghadapi pelbagai risiko. Usahawan yang berpandangan jauh, dinamik dan fleksibel dapat membantu memacu lanskap ekonomi negara untuk lebih jauh ke hadapan. Lantaran peranannya yang besar, seseorang usahawan harus mempunyai nilai-nilai murni serta menerapkan budaya profesionalisma dan etika dalam diri mereka agar segala yang dilakukan adalah mengikut norma dan nilai yang positif, tidak melanggar undang-undang, nilai kemasyarakatan dan prinsip agama.

Profesionalisma menerangkan tentang kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu dengan selayaknya seorang profesional. Manakala etika adalah perwatakan atau keperibadian yang menggambarkan tingkahlaku. Realiti yang berlaku kini, tidak semua usahawan mengamalkan konsep profesionalisma dan amalan beretika dalam perniagaan. Terdapat banyak situasi di mana pengguna diberikan produk dan perkhidmatan berkualiti rendah, penipuan, tidak mengikut piawaian dan sebagainya. Natijahnya, pengguna menanggung kerugian akibat produk yang tidak setimpal dengan nilainya, bahkan usahawan tersebut mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan. Konsep etika dan profesionalisma juga diterapkan di dalam ajaran Islam. Di dalam perspektif Islam, keusahawanan dianggap sebagai fardu kifayah (Othman, 2012). Ajaran Islam memberi penekanan yang tinggi terhadap nilai etika dalam kehidupan manusia kerana sebagai individu muslim, segala apa yang dilakukan di dunia mempunyai hubungkait dengan kehidupan di akhirat. Usahawan Islam bebas mengusahakan perniagaan sama ada menyediakan barangan keperluan atau perkhidmatan selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah dan peraturan dalam Islam. Usahawan Muslim yang berpandukan ajaran Al-Quran dan sunnah dapat memupuk diri untuk mengamalkan budaya perniagaan yang beretika di samping meningkatkan kecekapan melalui amalan profesionalisma. Ajaran Islam melarang keras umatnya mengamalkan ketidakadilan dan amalan tidak beretika dalam bidang keusahawanan seperti rasuah, penipuan, pecah amanah dan mengamalkan riba. Ini dapat dilihat melalui penekanan di dalam ayat Al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”. (Surah An-Nisa’4:29)

Jelas sekali, keusahawanan bukan sahaja dilihat sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan dan mencari rezeki yang halal, malah lebih dari itu di mana ia juga sebagai satu bentuk ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan mengamalkan segala bentuk perintahNya dan menjauhkan perkara yang dilarang. Seorang usahawan itu juga perlu mempunyai sifat jujur, cekap, amanah, bersih, menepati janji, menjaga alam sekitar, berdisplin dan sebagainya dalam mendidik diri menjadi insan yang berakhlak tinggi. Rujukan: 1. Othman, N. H. (2012). Nilai dan Etika Perniagaan dalam Islam bagi Membentuk Usahawan Bertakwa, Prosiding: ‘International Conference on Islamic Leadership-2 (ICIL).

ISLAM & KEUSAHAWANAN

Page 7: Edisi 7 - Vol 2

14

Apakah Rasuah Dalam Perniagaan?

Oleh: Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam dan Nor Hawani Wan Abdul Rahman, UiTM Pahang

Rasuah bukanlah perkara yang baru malah tidak lagi kedengaran asing bagi kita kerana perkara ini kerap berlaku dan masih lagi sukar untuk dibanteras. Kes rasuah bukan sahaja berlaku di negara kita malahan di segenap benua di dunia ini dan menjadi “virus” yang boleh membahayakan kondisi ekonomi sesebuah negara dan menyebabkan berlakunya ketidakadilan. Perbuatan memberi dan menerima rasuah adalah satu jenayah dan merupakan satu kesalahan yang besar di kebanyakan negara di dunia. Rasuah adalah pemberian yang dibuat dengan niat untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah dan tidak mengikut prosedur yang sebenar demi kepentingan diri. Dengan erti kata lain, rasuah adalah jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu dalam masa yang singkat. Kadangkala istilah rasuah ini cuba diselindung dengan mengunakan istilah lain seperti duit kopi, hadiah, saguhati dan sebagainya bagi menampakkan seolah-olah ia bukanlah perbuatan yang bermaksud untuk merasuah. Pemberian rasuah juga tidak hanya dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga dalam pelbagai cara termasuklah pemberian rumah, kereta, jam tangan, dan pelbagai lagi kebendaan yang boleh dijadikan sebagai habuan atau imbuhan bagi mendapatkan sesuatu. Sememangnya, ganjaran oleh pemberi rasuah ini boleh menggoyahkan kredibiliti dan amalan profesionalisma seseorang usahawan kerana kebanyakan bentuk habuan yang ditawarkan adalah lumayan dan sukar untuk ditolak. Pelbagai impak negatif akibat daripada perbuatan rasuah yang boleh mendatangkan kerugian dan keburukan yang merangkumi aspek demokrasi, ekonomi dan kesejahteraan sesebuah negara. Sebagai gambaran, bayangkan situasi di mana kes-kes jenayah seperti penyeludupan dadah, minyak bersubsidi, senjata api dan imigran akan lebih berleluasa dengan adanya gejala rasuah. Impaknya sudah tentu kepada kesejahteraan dan keharmonian negara kerana akan berlakunya peningkatan kes jenayah dan membawa kerugian kepada rakyat. Contoh lain juga dapat dilihat apabila kontraktor yang tidak bertauliah membina penempatan yang tendernya diperolehi melalui rasuah. Akibatnya, bangunan tersebut mungkin dibina dengan tidak mengikut spesifikasi dan sudah tentu mendatangkan kesan buruk. Laporan Tinjau Selidik Penipuan, Sogokan dan Rasuah 2013 oleh KPMG Malaysia mendedahkan jumlah penipuan dalam komuniti perniagaan di Malaysia meningkat 98 peratus dalam tempoh tiga tahun yang mana 94 peratus daripada jumlah ini dianggap penipuan yang dikelaskan sebagai canggih. Laporan tersebut juga menyebut bahawa 90 peratus daripada pekerja swasta di Malaysia mengakui wujud penipuan dalam syarika. Mereka berpendapat sogokan dan rasuah adalah kos menjalankan perniagaan yang tidak dapat dielakkan di negara ini. Situasi ini adalah amat membimbangkan dan sangat berbahaya kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara dan boleh membawa kehancuran masa depan negara. Oleh itu, segenap lapisan masyarakat harus sedar tentang keburukan dan risiko yang dibawa gejala rasuah ini. Bagi peniaga dan usahawan, hindarilah daripada terlibat dalam perlakuan jenayah yang tidak bermoral ini kerana adalah sangat tidak berbaloi untuk mendapat nikmat dan kemewahan dalam jangka pendek dengan mengorbankan masa depan negara dan generasi akan datang untuk jangka masa panjang.

ISLAM & KEUSAHAWANAN

7

IMPAK USAHAWAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Usahawan dalam era masyarakat yang berilmu pengetahuan perlu menggunakan sebaiknya peluang untuk memperkayakan pengetahuan menerusi revolusi ilmu. Pengetahuan yang diperolehi sama ada tacit atau explicit akan memberi impak yang sangat mendalam kepada usahawan seiring dengan hasrat Kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020. Pengetahuan merupakan asas kepada usahawan untuk lebih kreatif dan inovatif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti. Usa-hawan yang berfikiran kreatif, inovatif dan kritis akan menilai segala kekurangan dan kelemahan yang dimiliki sebagai satu peluang untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam alaf milenium ini, pengetahuan akan membantu usahawan mewujudkan jaringan dengan menjadikan teknologi sebagai alat penghubung kepada jaringan-jaringan tersebut. Jaringan yang diwujudkan antara usahawan-usahawan lain akan membantu mem-bentuk pengetahuan yang baharu. Interaksi pengetahuan tersebut berlaku apabila pengetahuan tacit ditukarkan kepada explicit (proses externalization) ataupun sebaliknya (proses internalization), tacit kepada tacit (proses sosialisai) dan juga explicit kepada explicit (proses kombinasi). Rajah 2 menjelaskan berkaitan interaksi pengetahuan berdasarkan Model SECI Nonaka.

Rajah 2: Model SECI Nonaka Sumber: WordPress (2013) diperoleh dari www.irrationalrockets.com

Secara amnya, usahawan berasaskan pengetahuan mampu menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif dan memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai. Ia membantu mengembangkan kecemerlangan intelektual, meningkatkan ketrampilan sosial serta membangunkan jasmani. Kemampuan ini merupakan nilai tambah kepada usahawan tersebut untuk terus bersaing dan menda-hului pesaing pada masa depan.

KESIMPULAN Kesimpulannya, ilmu pengetahuan merupakan faktor penting yang akan menentukan usahawan tersebut mampu bersaing atau tidak dalam dunia perniagaan alaf baru ini. Menelusuri cabaran pada abad ke-21 ini, usahawan perlu berusaha meningkatkan keupayaan dengan memperkayakan pengetahuan dalam pelbagai bidang selain bidang perniagaan seperti perundangan, penguru-san maklumat, pengurusan pengetahuan dan sebagainya. Ini akan membantu usahawan lebih berdaya saing pada masa akan da-tang.

RUJUKAN 1. Ingebrigtsen, N. (2007). The Differences Between Data, Information and Knowledge. Diperoleh pada 26 Mei 2014 dari http://infogineering.net/data--information-knowledge.html 2. Nasir, M., Ashirah, N. dan Azimah, N. (2006) Sumbangan K-ekonomi dan K-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. 3. Nonaka, I. and Takeuchi, H. (1995) The Knowledge Creating Company: How Japanese Companies Create the Dynamic of Innovation. Oxford University Press: New York. 4. Nooridayu, M. P. (2005). Perpindahan Pengetahuan bagi Kontraktor Bahan Binaan Bangunan dalam Proses Penganggaran.

Diperoleh pada 26 Mei 2014 dari http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2005/1JSB/P-Part%201/nooridayumatripinaa000454d05ttt.pdf.

5. WordPress (2013). A Look at Social Content Management. Diperoleh pada 26 Mei 2014 dari http:// www.irrationalrockets.com/

USAHAWAN & STRATEGI

Page 8: Edisi 7 - Vol 2

8

K-Keusahawanan Dan Kepentingan Pengurusannya Kepada Usahawan

Oleh: Mohamad Fandi Bin Suied dan Dr. Shamila Binti Mohamed Shuhidan, UiTM Kampus Puncak Perdana

K-Keusahawanan adalah pembaharuan dalam bidang keusahawanan yang berteraskan pengetahuan dalam mengendalikan perusahaan. Pengetahuan asas dalam pengurusan yang dimiliki oleh usahawan pada peringkat awalnya adalah dalam menjalankan perusahaan dan juga semasa peringkat pembangunan. Pada mulanya, pengurusan perusahaan itu dijalankan sendiri oleh pengusaha. Krisis mula berlaku apabila perusahaan itu semakin berkembang tetapi usahawan itu tidak mampu untuk menguruskannya dengan efisien kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang diperlukan dalam memajukan perusahaan. (Gerber, 2001).

Kebiasaannya, pada peringkat permulaan, usahawan hanya menumpukan terhadap tenaga kerja mereka sahaja. Akan tetapi, lama kemudian barulah mereka mula menyedari akan kepentingan pengurusan pengetahuan. Apabila sampai di peringkat ini, usahawan yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang diperlukan tidak mampu maju ke peringkat yang seterusnya. Oleh itu, usahawan haruslah berpengetahuan dan mempunyai kemahiran asas serta berpengetahuan dalam fungsi-fungsi pengurusan seperti kemahiran merancang (planning), menganjur (organizing), memimpin (leading) dan mengawal (controlling). Pengusaha juga perlu mempunyai gambaran keseluruhan atau ‘holistik view’ tentang urusan kewangan, pemasaran, isu-isu berkaitan pelanggan, persaingan dan sebagainya demi mengelakkan sebarang kemungkinan risiko perniagaan yang tidak diingini berlaku (Gerber, 2001). Ciri-ciri pengusaha yang berpengetahuan mengikut Baldwin et al. (1997) adalah berkreativiti, mempunyai gerak hati yang kuat, berorientasikan maklumat, bertanggungjawab, berkeyakinan diri, berhati-hati, berdisiplin dan saksama dalam menjalankan tugas. Pengusaha yang mengamalkan pengurusan pengetahuan akan mampu menjadikan perusahaanya lebih sistematik. Ini kerana, pengurus yang berpengetahuan dapat menggunakan dan mempengaruhi sikap perkerjanya untuk lebih dinamik disebabkan keupayaan pengetahuan yang dimilikinya dan seterusnya mencapai matlamat perusahaan. Peranan pengusaha yang mempunyai pengetahuan termasuklah tanggungjawab berkenaan interpersonal, maklumat dan soal membuat keputusan (Baldwin et al., 1997). Konklusinya, bagi pengusaha yang mengamalkan pengurusan pengetahuan yang cekap dan sistematik, faedahnya dapat dilihat melalui pengurusan pekerjaan yang efektif dan efisien, penggunaan modal yang berkesan, kurangnya penggunaan maklumat yang tidak tepat, pengurusan maklumat organisasi lebih teratur dan mudah untuk diperoleh, wujudnya perkongsian maklumat antara pekerja, penyeragaman budaya dalam organisasi dan sebagainya. Dalam menyokong pengurusan pengetahuan sebagai satu strategi dalam keusahawanan, ramai penyelidik sudah mula mencipta model baru untuk dipraktiskan dalam perusahaan. Senario keusahawanan di Malaysia juga sudah mula berubah ke arah pengurusan pengetahuan era baru seperti k-ekonomi, e-kerajaan, e-dagang dan lain-lain. Rujukan: 1. Baldwin, J. et al. (1997). Failing concerns: business bankruptcy in Canada. Ottawa: Statistics Canada Cat. 2. Gerber, M. E. (2001). The e-myth revisited:why most small businesses don’t work and what to do about it. New York: Har-per Collins.

USAHAWAN & STRATEGI

13

Etika Kerja Menurut Perspektif Islam: Cabaran Usahawan Muslim

Oleh: Hassan bin Hj.Arshad, Universiti Malaysia Perlis dan Azura binti Mohd.Noor, UiTM Perlis.

“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 208)

Pengamalan Islam bukan sahaja terhad dalam soal ibadat khusus seperti solat atau puasa tetapi meliputi segala perkara baik da-lam soal hubungan dengan Allah, manusia, alam sekitar dan haiwan, urusan dunia dan akhirat, urusan fardiy (peribadi) atau jama’iy (masyarakat) dan termasuklah juga aspek kerja atau profesion selari dengan ayat di atas. Usahawan perlu mengaplikasikan tiga prinsip kerja menurut Islam, iaitu prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan semasa men-jalankan perniagaan. Prinsip yang pertama, iaitu Ubudiyyah bermaksud usahawan bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang memperoleh ganjaran pahala di akhirat. Prinsip kedua, iaitu Mas’uliyyah atau ‘akauntabiliti’ yang menuntut usahawan supaya sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan atau dibelanjakan kerana setiap perkara akan diaudit’ (dimuhasabah) bukan sekadar di dunia malah di hari pembalasan. Prinsip yang ketiga , iaitu Itqan menuntut usahawan supaya melaksanakan sesuatu pekerjaan/urusniaga dengan penuh komitmen dan iltizam sehingga tercapainya perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang. Usahawan yang berjaya dunia dan akhirat merupakan usahawan yang mengamalkan etika kerja Islam dalam kehidupan seharian. Memegang kuat atau mengamalkan etika kerja Islam ini membolehkan seseorang usahawan mencapai tujuh matlamat yang men-janjikan pelaburan yang menguntungkan di dunia dan di akhirat. Matlamat tersebut ialah; 1. Tuntutan untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri dan keluarga melalui perniagaan yang baik,

2. Tuntutan untuk mengeluarkan sedekah zakat bagi pendapatan yang dikurniakan oleh Allah,

3. Tuntutan untuk sentiasa bersyukur dengan segala pemberian atau kurniaan Allah,

4. Tuntutan memartabatkan profesion keusahawanan bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kualiti barangan

atau perkhidmatan yang disediakan,

5. Tuntutan hidup bersatu-padu, bekerjasama serta tolong-menolong sesama usahawan itu sendiri,

6. Tuntutan menjalankan pekerjaan untuk meningkatkan manfaat diri dan kesejahteraan masyarakat sejagat

7. Tuntutan memelihara sahsiah rupa diri dengan menerapkan nilai-nilai murni (qudwah hasanah) dalam diri seseorang usaha-

wan serta pekerjaan seharian.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun dan sebaik-baiknya.”

Secara keseluruhannya, usahawan yang mengamalkan etika kerja Islam ini akan beroleh kejayaan dalam semua aspek kehidupan. Perniagaan yang berlandaskan pegangan agama yang kuat dan jati diri yang tinggi mampu menyakinkan masyarakat sekeliling dan sekali gus mampu memakmurkan negara.

ISLAM & KEUSAHAWANAN

Page 9: Edisi 7 - Vol 2

12

Sedekah Dalam Perniagaan: Satu Tinjauan Umum

Oleh: Nor Hawani Wan Abdul Rahman, UiTM Pahang dan Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam

Sedekah dalam perniagaan? Apa kaitannya? Kenapa perlu bersedekah sedangkan tujuan perniagaan adalah untuk mengaut keuntungan semaksimum mungkin? Mungkin inilah antara persoalan yang sering bermain di fikiran setiap ahli perniagaan jika diminta untuk mengeluarkan sedekah. Atau mungkinkah mereka berfikir apa perlunya lagi sedekah jika mereka telahpun menunaikan zakat perniagaan.

Mengaut keuntungan adalah objektif utama sesebuah perniagaan. Keuntungan yang diperoleh dari masa ke semasa membolehkan sesebuah perniagaan itu dikembangkan, diperluas operasi dan berdaya maju dalam pasaran. Inilah yang dinamakan rezeki. Maka, fahamilah bahawa disetiap rezeki itu terdapat juga hak orang lain di dalamnya. Jadi konsep pemberian kembali hak kepada pemiliknya haruslah diamalkan seperti ungkapan yang biasa didengar ‘give it back to the society and society will give it back to you’.

‘Corporate Social Responsibility’ ataupun juga dikenali sebagai tanggungjawab sosial adalah contoh pemberian kembali hak oleh perniagaan kepada pemiliknya. Ia merangkumi apa-apa bentuk sumbangan dan pemberian samada secara tunai atau bukan tunai kepada golongan sasar samada pekerja, persekitaran, masyarakat ataupun pasaran. Ini termasuklah menganjurkan latihan teknikal, kempen kesedaran kitar semula, tawaran biasiswa kepada pelajar yang cemerlang, sumbangan kepada mangsa banjir dan lain-lain bentuk bencana alam, kajian utuk meningkatkan kualiti dan keselamatan barangan dan perkhidmatan serta lain-lain lagi. Ini juga bentuk sedekah walaupun menggunapakai terma yang berlainan kerana mempunyai dasar menghulurkan pertolongan. Pemberian sedekah oleh sesebuah perniagaan kepada penerimanya haruslah dihulurkan seikhlasnya dalam apa bentuk sekalipun tanpa mengharapkan balasan dari orang yang menerima. Sedekah yang dihulurkan dengan ikhlas menjanjikan pahala buat kita secara berterusan. Sedekah dari hasil yang diperolehi akan membuatkan kita merasa kesenangan dari aspek kewangan perniagaan walaupun secara fizikalnya mengurangkan wang perniagaan usahawan. Ini kerana barakah dari nilai sedekah tadi tidak akan membebankan pemberinya, malah melahirkan rasa kepuasan, kegembiraan dan ketenangan yang sukar diungkapkan jika sedekah tadi mampu meringankan beban penerimanya. Allah juga berjanji pada hambaNya untuk menggantikan kembali sedekah yang dihulurkan sebanyak sepuluh kali ganda dari nilai yang dibelanjakan dalam pelbagai bentuk. Ini berdasarkan kepada firman Allah yang membawa maksud:

“Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedangkan mereka sedikitpun tidak dianiaya” (Surah Al-An’am ayat 160).

Di sinilah lahirnya idea Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansur. Ambil kira contoh mudah ini untuk pemahaman. Andaikan kita mempunyai RM10, dan memberikan sebanyak RM1 kepada peminta sedekah. Baki yang kita ada berjumlah RM9. Dengan janji Allah tadi, nilai sedekah RM1 tadi akan digandakan sebanyak 10 kali iaitu berjumlah RM10. Maka, kita akan beroleh RM19 dimasa hadapan dalam bentuk rezeki yang lain. Jelaslah bahawa aktiviti perniagaan yang berpandukan syiar islam dapat membuka pintu rezeki yang luas serta mengumpul pahala yang berterusan jika kena pada syaratnya. Manfaat ini bukan sahaja boleh dikecapi oleh ahli perniagaan terbabit tetapi juga masyarakat umum. Maka benarlah agama islam menggalakkan umatnya agar berkecimpung dalam perniagaan untuk peroleh rezeki yang lebih luas, dan disebalik semua ini terselindung limpahan kelebihan amalan sedekah jika dihulurkan seikhlasnya.

ISLAM & KEUSAHAWANAN

9

Jom Jadi Usahawan Yang Berani

Oleh: Nor Fazlin Binti Uteh dan Zuliana Zoolkefli, UiTM Pasir Gudang

"Saya tidak berani". Itulah antara jawapan yang seringkali kita dengar apabila ditanya kepada seseorang mengapa tidak menceburi bidang perniagaan. Keberanian merupakan sikap atau ciri yang perlu ada pada seorang usahawan memandangkan bidang perniagaan melibatkan risiko seperti kerugian, penipuan, ketiadaan pelanggan, kerosakan barang dan sebagainya yang boleh menyebabkan usaha untuk meneruskn perniagaan terbantut. Berikut merupakan beberapa cara bagi meningkatkan keberanian dalam diri bakal usahawan; 1. Meningkatkan ilmu pengetahuan.

Usahawan boleh memilih untuk mengikuti kursus-kursus pendek dan seminar berkaitan perniagaan yang dianjurkan oleh agensi-agensi berkaitan seperti MARA, YPU dan lain-lain lagi bagi menambah ilmu. Usahawan juga boleh mendapatkan ilmu secara tidak formal iaitu bertanya kepada usahawan-usahawan yang telah berajaya. Terkini, pencarian maklumat melalui internet amat popular dan ia cara termudah dan murah dalam mendapatkan maklumat berkaitan perniagaan samada da-lam atau luar negara.

2. Mencari pengalaman

Usahawan digalakkan mendapatkan pengalaman dengan cara bekerja terlebih dahulu dalam bidang yang ingin diceburi supaya lebih memahami selok beloknya. Walau bagaimanapun, ketiadaan pengalaman berkaitan bukanlah satu kesalahan, tetapi adalah lebih baik jika bakal usahawan menimba seberapa banyak pengalaman terlebih dahulu sebelum menceburi bidang perniagaan bagi mengurangkan risiko kegagalan.

3. Mendapatkan sokongan

Sokongan daripada orang terdekat seperti ahli keluarga merupakan sumber keberanian yang penting supaya usahawan lebih berkeyakinan untuk bertindak setelah sesuatu yang dilakukan itu mendapat persetujuan keluarga. Sokongan moral ini merupakan satu bentuk lonjakan motivasi kepada usahawan yang seterusnya meningkatkan keyakinan dan keberanian.

4. Menambah kenalan dan rangkaian

Kenalan dan rangkaian perlu dalam sesebuah perniagaan. Dengan adanya kenalan dan rangkaian yang luas, risiko dapat dikurangkan. Ini adalah kerana semakin ramai orang yang kita kenali, semakin mudah perjalanan urusan perniagaan kita. Rangkaian sangat diperlukan lebih-lebih lagi jika kita berhadapan dengan masalah seperti kekurangan bahan mentah, mod-al dan sebagainya. Kenalan juga boleh bertindak sebagai agen pemasaran produk yang terbaik.

5. Berdoa dan tawakkal

Doa dan tawakkal adalah langkah akhir setelah kita berusaha, dengan meletakkan pengharapan kepada Allah S.W.T. Usaha-wan akan lebih redha dengan apa sahaja ketentuan yang berlaku dalam perniagaan kerana telah meletakkan segala ke-tentuan. Walaubagaimanapun, doa dan tawakkal sahaja tidak dapat mengubah keadaan andai langkah-langkah sebelum ini tidak diambilkira.

Seorang usahawan perlu meningkatkan keberanian dalam diri kerana keberanian membolehkan usahawan bergerak lebih jauh ke hadapan. Keberanian merupakan salah satu sikap wajib bagi seorang pahlawan dalam peperangan. Usahawan juga perlu menjadi seperti pahlawan kerana mereka perlu ‘berlawan’ di medan perniagaan dengan pesaing-pesaing yang hebat. Jika mereka tidak berani pastinya mereka akan tewas di medan perang. Jika pahlawan matinya syahid, namun usahawan jika gagal bersaing dengan lawan dalam perniagaan akan mengalami kerugian. Itulah risikonya jika tidak berani!

USAHAWAN & MOTIVASI

Page 10: Edisi 7 - Vol 2

10

Mitos Kegagalan Usahawan Melayu

Oleh: Azuraidah Taib, UiTM Terengganu

Berbicara tentang kegagalan orang Melayu berniaga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi selepas lebih 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan daya saing perniagaan Melayu masih tidak banyak berubah. Berulang kali juga tinjauan dan kajian mengenai sebab musabab kegagalan peniaga Melayu didedahkan. Seringkali juga kita dimomokkan dengan isu betapa susahnya peniaga Melayu untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, tiada bantuan atau insentif yang memadai daripada pihak kerajaan untuk peniaga bumiputera, malah peniaga Melayu digambarkan kurang bijak dari sudut promosi dan pemasaran serta pelbagai teori lagi. Akan tetapi sedarkah kita, kesemua teori berkenaan boleh dirangkumkan menjadi satu punca utama iaitu masalah SIKAP. Mungkin ramai yang akan membantah pernyataan ini, malah sekiranya diwar-warkan di laman sosial, tidak mustahil jutaan cacian dan makian akan diberi sebagai reaksi bantahan. Reaksi berkenaan dengan sendirinya telah menunjukkan jawapan yang jelas, iaitu sikap SUKAR MENERIMA PANDANGAN, terutamanya pandangan yang bersifat negatif. Ketidakbukaan ini menyebabkan peniaga tidak mengambil kira komen dan pandangan pembeli padahal dalam perniagaan pelanggan adalah raja yang perlu dilayan dengan layanan “first class”. Pelanggan yang tidak ditawan hatinya akan beralih ke kedai yang lain, dan akan menyebarkan berita negatif yang seterusnya, akan mempengaruhi pelanggan yang lain.

Selain itu, peniaga Melayu juga bersikap SAMBIL LEWA sebelum dan semasa menjalankan perniagaan. Persoalan seperti berapa ramai di antara peniaga Melayu ini yang membuat kajian pasaran (market survey) sebelum membuka premis perniagaan patut dibincang secara mendalam. Sebagai contoh, jika anda ingin membuka kedai runcit adakah anda mengambil kira jumlah penduduk, anggaran pendapatan isirumah, bilangan kedai runcit sedia ada serta kemampuan modal pusingan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan yang pertama? Tanpa kajian yang mendalam, bermakna daya saing dan ketahanan perniagaan anda adalah sangat berisiko kerana perniagaan runcit secara kecil-kecilan tidak menjamin pulangan yang tinggi. Masakan kedai runcit yang bermodal kecil mampu bersaing dengan pasaraya besar seperti Mydin, Giant atau Tesco dari segi harga dan perkhidmatan. Kadar margin yang rendah, modal pusingan yang tinggi serta sikap sambil lewa terhadap pengurusan tunai (cashflow) akan menyebabkan ramai yang menyertai peniagaan runcit gulung tikar.

Sikap sambil lewa dalam memahami asas perakaunan juga akan menyebabkan salah faham, jualan bukanlah keuntungan sebenar sesuatu perniagaan kerana begitu banyak perbelanjaan tersembunyi yang perlu diambil kira, termasuk ambilan barangan untuk keperluan peribadi yang sebenarnya mengurangkan jumlah modal perniagaan. Justeru itu, jualan yang banyak tidak menjamin untung yang tinggi sekiranya kos-kos lain seperti uitiliti (elektrik, air, telefon), sewa kedai , gaji pekerja dan lain-lain tidak dikira dengan tepat. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya peniaga turut mengamalkan sikap boros dalam berbelanja seperti membeli kereta mewah dan sebagainya. Sudah sampai masanya golongan peniaga Melayu berubah. Masalah sikap merupakan masalah dalaman yang yang perlu dirawat dengan segera. Usah jadikan sikap negatif ini menular seperti barah dan merosakkan perniagaan anda. Perniagaan yang kecil sepatutnya bermula dengan modal yang kecil dan mendapat pulangan yang setara. Pulangan inilah yang sepatutnya dikembangkan supaya perniagaan berdaya tahan di masa hadapan.

Falsafah Perniagaan Menurut Pandangan Islam

Oleh: Mazlan Osman, UiTM Terengganu

Berniaga bukanlah semata-mata untuk mencari keuntungan. Menurut ajaran Islam, tujuan utama perniagaan ialah untuk memper-luaskan aktiviti syariat atau bertujuan untuk beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati ALLAH dan mereka mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat. Mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu” (Surah An-Nur: 37).

Bersambung di muka surat 11...

USAHAWAN & MOTIVASI

11

Pengalaman Hidup: Mengapa Peniaga Bumiputra Kurang Menyerlah

Oleh: Tuan Syed Iskandar Zulkarnain bin Sayd Idris dan Mohamad Ridhuan bin Mat Dangi, UiTM Shah Alam

Pengalaman yang ingin kami kongsikan ini adalah yang dialami sendiri dan mungkin tidak sama dengan pengalaman individu lain. Cuma ianya mungkin dapat membantu kita sama – sama berfikir tentang realiti yang di hadapi oleh segelintir dari kita dan mungkin ada ruang untuk penambahbaikan. Pada pendapat kami, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh peniaga Bumiputra kerana ianya boleh menyebabkan perusahaan mereka kelihatan kurang menarik dan seterusnya kurang menyerlah. Antara perkara – perkara tersebut ialah:

Agak keberatan dalam tawar menawar Sering kali kami cuba tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik namun kebanyakkan peniaga Bumiputra yang ditemui tidak bersetuju dangan harga yang ditawarkan. Konsep biar untung sikit asal barang cepat dijual perlu diamalkan bagi mengelak wang tunai terperangkap dalam perniagaan.

Kurang budi bahasa Seringkali kita dijenamakan sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, namun ada segelintir peniaga yang seolah – olah gagal melihat kepentingan pelanggan kepada perniagaan. Ada ketikanya tutur kata yang agak kasar, wajah yang masam serta gerak geri yang mempamerkan ketidak ikhlasan dalam membuat tindakan. Konsep pelanggan adalah keutamaan perlu dihayati peniaga Bumiputra.

Lokasi perniagaan yang kurang menarik Terdapat premis perniagaan yang kurang strategik membuatkan perniagaan kurang mendapat sambutan. Perkara ini berlaku diakibatkan persiapan yang kurang kemas oleh peniaga atau perancangan baru oleh pihak berkuasa diluar kawalan peniaga. Antara contohnya ialah tiadanya tempat meletak kenderaan, terhimpit oleh perniagaan yang bermodal besar atau kemudahan asas yang tidak disediakan.

Kurang bersih Ada juga peniaga Bumiputra yang mengambil ringan aspek kebersihan. Kami seringkali menemui kedai makan yang menyajikan masakan yang enak, tetapi gagal mengekalkan tahap yang baik dalam aspek kebersihan. Tikus besar kadang kala boleh dilihat berlari – lari di lantai kedai, sudu, garfu dan cawan kadang – kadang kita dapati tidak di cuci bersih. Pakaian pekerja dan tukang masak juga adakalanya meragukan pelanggan.

Tiada duit kecil Kita pasti pernah menghadapi situasi di mana peniaga Bumiputra kurang bersedia dari segi menyediakan wang tukaran seandainya pelanggan ingin berurusniaga menggunakan wangbesar. Urusniaga tidak dapat dilakukan akibat kurang persediaan pihak peniaga dan akibatmya mereka kehilangan pelanggan kepada kedai pesaing yang lebih bersedia. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang ingin dikongsikan. Perkara yang dikongsikan ini bukanlah diambil dari buku teks tetapi ianya adalah realiti amalan perniagaan yang anda dan kami pernah hadapi. Berniaga bukan hanya tertumpu kepada aspek operasi semata – mata, tetapi ianya adalah hasil gabungan beberapa fungsi disiplin serta keputusan yang betul yang diambil oleh peniaga. Dari muka surat 10… Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu syariatnya terlalu luas dan begitu juga ibadahnya di mana kebaikan dan pahalanya terlalu banyak. Di antaranya ialah:

Kita akan mendapat ramai kawan dan kenalan. Sekiranya kawan kita adalah orang baik, dia boleh memberi syafaat di akhirat nanti. Kita boleh memberi khidmat kepada manusia samada scara langsung ataupun secara tidak langsung.

Di dalam perniagaan ada unsur kerjasama dan tolong menolong. Perkara ini sangat digalakkan dalam Islam.

Unsur tolak ansur dan berlapang dada juga ada dipraktikkan. Sifat ini merupakan salah satu sifat yang terpuji.

Kita akan dapat banyak pengalaman dan ilmu khususnya yang berkaitan dengan perniagaan seperti cara menarik pelanggan, cara meletakkan harga, dan sebagainya. Ilmu adalah sesuatu yang dimuliakan agama,

Perniagaan akan memudahlan masyarakat menguruskan keperluan hidup mereka, secara tidak langsung, kita telah membantu selesaikan masalah orang lain. Berpahala, bukan.

Perniagaan melatih kita untuk memiliki sifat sabar kerana kita akan berhadapan dengan bermacam ragam pelanggan.

Perniagaan membolehkan hasil barangan orang Islam dapat dipasarkan ke tengah masyarakat. Ini akan membantu orang Islam yang tidak berkemampuan untuk mengusahakan perniagaan sendiri.

Di dalam perniagaan, peluang pekerjaan dapat disediakan kepada manusia sebagai sumber pencarian hidup. Ini akan mengelakkan manusia daripada menganggur.

Kita berpeluang menunaikan zakat melalui perniagaan. Zakat yang dikeluarkan itu akan dapat membantu dan meringankan beban hidup golongan yang berhak menerima zakat. Keuntungan juga membantu kita untuk bersedekah dan berinfak.

USAHAWAN & MOTIVASI