wacana 

24
WACANA 1.0 Pengenalan Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciriciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara. Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana. Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran. 2.0 Definisi wacana Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan katakata, ekspresi ideaidea atau gagasangagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada

Upload: azzad-diah-ahmad-zabidi

Post on 07-Jul-2016

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Definition of 'Wacana'

TRANSCRIPT

Page 1: WACANA 

WACANA      1.0  Pengenalan      Wacana  ialah  unit  tertinggi  bahasa  yang  melampaui  ayat  dan  kajian  tentang  unit  tersebut.  Oleh  sebab  wacana  ialah  unit  bahasa  yang  tertinggi,  maka  wacana  dapat  direalisasikan  dalam  pelbagai  bentuk  sehingga  meliputi  peristiwa  bahasa.  Secara  umumnya  wacana  dapat  dikaitkan  dengan  tiga  kategori  besar  iaitu  melampaui  ayat,  penggunaan  bahasa  dan  juga  amalan  sosial  yang  meliputi  bukan  linguistik  dan  bukan  tentu  bahasa.    Terdapat  tujuh  ciri  dalam  wacana  iaitu  tautan,  runtutan,  tujuan,  penerimaan,  maklumat,  keadaan  dan  interteks.  Sebuah  wacana  yang  baik  akan  memenuhi  ciri-­‐ciri  wacana  yang  telah  dikemukakan.  Selain  itu,  wacana  pula  terbahagi  kepada  dua  jenis  iaitu  wacana  lisan  dan  wacana  tulisan.  Wacana  lisan  ialah  wacana  yang  dihasilkan  melalui  media  lisan  iaitu  melibatkan  hubungan  pembicara  dan  pendengar  manakala  wacana  tulisan  pula  ialah  wacana  yang  disampaikan  secara  bertulis  yang  mana  melibatkan  hubungan  antara  penulis  dengan  pembicara.    Setiap  wacana  mempunyai  penanda  yang  juga  dikenali  sebagai  penanda  wacana.  Antara  fungsi  penanda  wacana  ialah  sebagai  tambahan,  urutan,  penyataan  semula,  untuk  menunjukkan  sebab,  kesan  waktu  dan  tempat  serta  berfungsi  untuk  membuat  bandingan  serta  rumusan  sesuatu  wacana.    Penanda  wacana  amat  penting  kepada  sesuatu  wacana  kerana  tanpa  penanda  wacana  yang  tepat  akan  menyebabkan  seluruh  kandungan  wacana  berkenaan  tidak  mempunyai  kesatuan  dan  perpautan  yang  lengkap.  Secara  umumnya  penanda  wacana  dalam  bahasa  melayu  terdiri  daripada  penanda  leksikal,  penanda  rujukan,  penanda  penghubung,  penanda  penggantian  dan  penanda  elipsis  atau  pengguguran.    2.0  Definisi  wacana    Perkataan  Wacana  adalah  padanan  perkataan  discourse  dalam  bahasa  Inggeris.  Perkataan  discourse  dalam  Kamus  Webster,  1983  :  522  bererti  hubungan  fikiran  dengan  kata-­‐kata,  ekspresi  idea-­‐idea  atau  gagasan-­‐gagasan  atau  percakapan.  Hubungan  secara  umum,  terutama  sebagai  suatu  subjek  kajian  atau  pokok  bahasan,  risalah  tulisan,  disertasi  formal,  kuliah,  ceramah  serta  khutbah.    Perkataan  wacana  menurut  Kamus  Dewan  Edisi  Baru  1993  :  1484  bermaksud  ucapan,  pertuturan,  percakapan,  keseluruhan  tutur  yang  merupakan  suatu  kesatuan.    Semua  perkara  yang  melibatkan  bahasa  ialah  wacana.  Retorik  menjadi  komponen  yang  penting  bagi  wacana.  Wacana  adalah  sebagai  kesinambungan  cerita  dengan  bahasa  yang  mudah  dan  kesinambungan  ini  ditunjang  oleh  jalinan  maklumat.  Dalam  bidang  pendidikan  Bahasa  Melayu  pula  telah  diperkenalkan  beberapa  definisi  wacana.  Dari  segi  hierarki  tatabahasa  ,  wacana  terletak  pada  

Page 2: WACANA 

heirarki  yang  tertinggi  selepas  ayat,  seperti  yang  tergambar  dalam  rajah  berikut  :    Perkataan  -­‐-­‐>Frasa  -­‐-­‐>  Klausa-­‐-­‐>  Ayat  -­‐-­‐>  Wacana    Keseluruhan  terbitan  atau  hasil  karya  dalam  sesuatu  bahasa.  Berdasarkan  erti  perkataan  wacana  di  atas  dapat  disimpulkan  bahawa  perkataan  wacana  itu  sama  dengan  perkataan  ucapan  yang  utuh  untuk  wacana  lisan,  dan  karangan  yang  utuh  untuk  wacana  tulisan  dalam  pengajaran  bahasa  Melayu  sebelum  ini.  Wacana  ialah  satu  unit  bahasa  yang  lengkap  .  Ia  melebihi  tingkat  ayat.  Oleh  kerana  sifatnya  yang  lengkap  wacana  mempunyai  tubuh  teks  seperti  berikut:    a.  Pendahuluan  b.  Tubuh  -­‐  isi,  munasabah,  logik,  menarik,  berkesan,  usur-­‐unsur  paralinguistik  (tanda  bacaan,  cetakan  tebal,  miring,  garis  tebal)  c.  Penutup  d.  graf,  jadual,  peta  dan  statistik.    Wacana  boleh  ditulis  dalam  pelbagai  bentuk  penulisan,  iaitu  sama  ada  naratif  (pemerian),  deskriptif  (pengambaran),  eksposisi  (pendedahan)  atau  penghujahan.  Untuk  memperoleh  gambaran  yang  lebih  jelas,  definisi  wacana  telah  dihurai  serta  diterangkan  oleh  beberapa  tokoh  bahasa  di  bawah  ini,  antaranya  ialah  :    Asmah  Haji  Omar  (1982)3  menegaskan  bahawa  wacana  ialah  unit  bahasa  yang  melebihi  batas  ayat,  yang  di  dalamnya  memperlihatkan  hubungan-­‐hubungan  dan  perkembangan  fikiran  yang  berurutan  seperti  ayat,  sejumlah  ayat,  ceraian,  perenggan,  bab,  buku,  novel,  cerpen,  cerita,  dialog,  siri  buku  (cerita)  dan  sebagainya.  Menurut  beliau  lagi,  wacana  tidak  mempunyai  satu-­‐satu  jenis  ayat  yang  terdiri  dengan  utuhnya  tanpa  dipengaruhi  oleh  proses-­‐proses  kelahiran  ayat.  Ini  bermaksud  bahawa  ayat  yang  selalu  didapati  dalam  struktur  dan  sistem  secara  teratur.  Asmah  telah  membezakan  ayat  sistem  daripada  ayat  wacana.  Ayat  sistem  adalah  ayat  atau  tutur  yang  dikeluarkan  dan  diasingkan  dari  konteks  wacana,  sedangkan  ayat  wacana  yang  juga  disebut  ayat  teks  adalah  ayat  yang  betul-­‐betul  terdapat  dalam  wacana  teks  dan  wacana  lisan.    Menurut  Raminah  Haji  Sabran  (1984:218)  dalam  bukunya  yang  bertajuk  Kajian  Bahasa  untuk  Pelatih  Maktab  Perguruan,  mendefinisikan  wacana  adalah  unit  bahasa  yang  melebihi  batas  ayat,  kerana  itu  ia  boleh  terdiri  daripada  ayat,  sejumlah  ayat,  ceraian,  bab,  buku,  dialog,  siri  buku  dan  sebagainya  yang  di  dalamnya  memperlihatkan  hubungan-­‐hubungan  dan  perkembangan  fikiran  yang  berturutan.  Menurut  beliau  lagi,  wacana  merupakan  kesatuan  bahasa  yang  lengkap.    Menurut  Fokker  (1951)4  pula,  hubungan  kesinambungan  cerita  itu  dapat  menunjukkan  secara  nahuan,  iaitu  perujukan  (verwijzing),  kata-­‐kata  penghubung  (verbindingswoorden)  dan  pengguguran  (ellips).  Kesatuan  makna  dalam  wacana  seperti  yang  diterangkan  di  atas  akan  dilihat  dari  segi  makna  logik  dan  makna  tautan.  Makna  tautan  inilah  yang  merupakan  konsep  semantik  dan  merujuk  kepada  perkaitan  kebahasaan  yang  didapati  pada  suatu  ujaran  yang  membentuk  wacana.  

Page 3: WACANA 

 Stubbs,  Michael  menyatakan  bahawa  wacana  merupakan  kesatuan  bahasa  yang  lebih  besar  daripada  ayat  atau  klausa.  Dengan  kata  lain,  wacana  merupakan  unit-­‐unit  linguistik  yang  lebih  besar  daripada  ayat  atau  klausa,  seperti  pertukaran-­‐pertukaran  percakapan  atau  teks-­‐teks  tertulis.  Secara  ringkas,  yang  disebut  teks  bagi  wacana  adalah  ayat  bagi  ujaran.    Harimurti  Kridalaksana  (1984:204)1  menyatakan  bahawa  wacana  adalah  satuan  bahasa  terlengkap;  dalam  hierarki  tatabahasa  merupakan  satuan  tatabahasa  tertinggi  atau  terbesar.  Wacana  ini  direalisasikan  dalam  bentuk  karangan  yang  utuh  seperti  novel,  buku,  ensiklopedia,  dan  sebagainya,  paragraf,  ayat  atau  kata  yang  membawa  amanat  yang  lengkap.    Anton  M.Moeliono  (1995:407)2  mendefinisikan  wacana  adalah  rentetan  kalimat  yang  berkaitan  sehingga  terbentuklah  makna  yang  serasi  di  antara  kalimat  itu.    Henry  Guntur  Tarigan  menegaskan  bahawa  wacana  adalah  satuan  bahasa  yang  terlengkap  dan  tertinggi  atau  terbesar  di  atas  kalimat  atau  klausa  dengan  koherensi  dan  kohesi  tinggi  yang  berkesinambungan  yang  mempunyai  awal  dan  akhir  yang  nyata  disampaikan  secara  lisan  atau  tertulis.    Setelah  dilihat  beberapa  huraian  tentang  beberapa  definisi  mengenai  wacana  yang  diambil  daripada  berbagai-­‐bagai  sumber,  dapat  dilihat  bahawa  adanya  persamaan  dan  juga  perbezaan  pendapat  mengenai  dengan  definisi  wacana  yang  diperolehi  dari  ahli-­‐ahli  linguistik  ataupun  penulis.    Secara  tuntasnya,  wacana  letaknya  lebih  tinggi  daripada  ayat  pada  skala  tatatingkat  tatabahasa  dan  mempunyai  keteraturan  fikiran  logik  (coherence)  dan  juga  tautan  (cohesion)  dalam  strukturnya.  Wacana  dicirikan  oleh  kesinambungan  maklumat.  Makna  kesinambungan  di  sini  adalah  diertikan  sebagai  kesatuan  makna.  Terdapat  lapan  unsur-­‐unsur  penting  dalam  wacana  iaitu  satuan  bahasa,  terlengkap,  mengatasi  ayat  atau  klausa,  teratur  atau  tersusun  rapi,  berkesinambungan,  kohesi,  lisan  atau  tulisan  awal  dan  juga  akhir  yang  nyata.      3.0  Konsep  wacana    Wacana  berasal  daripada  perkataan  wacana  berasal  daripada  bahasa  Jawa  wocono.  Wocono  pula  daripada  woco  yang  bermaksud  baca.  Dalam  bahasa  Inggeris,  discourse  berasal  daripada  bahasa  Latin  discursus  yang  bermakna  ‘larian  ke  dan  dari’.  Menurut  Chafe,  wacana  digunakan  dengan  pelbagai  maksud  oleh  pelbagai  pengkaji.  Tetapi,  pada  umumnya  wacana  dilihat  sebagai  sesuatu  yang  melampaui  sempadan  ayat  yang  terpisah-­‐pisah.  Wacana  dan  teks  digunakan  saling  bertukar  ganti,  dan  kedua-­‐duanya  merujuk  kepada  unit  bahasa  yang  lebih  besar  daripada  ayat.  Wacana,  menurut  beliau  lagi,  merujuk  kepada  kajian  tentang  unit  tersebut,  cabang  linguistik  yang  setara  dengan  cabang  yang  lain  seperti  morfologi  atau  sintaksis.    Menurut  Trask,  wacana  dikatakan  sebagai  siri  ujaran  yang  bersambungan  oleh  

Page 4: WACANA 

seorang  penutur  atau  lebih.  Crystal  menyatakan  wacana  dalam  linguistik  merujuk  kepada  jujuhan  bahasa  (biasanya  lisan)  yang  lebih  besar  daripada  ayat.  Crystal  juga  mendefinisikan  wacana  sebagai  unit  perlakuan.  Unit  ini  mempunyai  status  prateori  dalam  linguistik,  iaitu  seberkas  ujaran  yang  terdiri  daripada  peristiwa  bahasa  seperti  perbualan,  khutbah  dan  temu  duga.  Cook  mendefinisikan  wacana  sebagai  bahasa  dalam  penggunaan  dan  untuk  perhubungan  (Sanat,  2002:35-­‐36).  Dijk  (1997:  1-­‐34)  menyatakan  konsep  wacana  kabur  kerana  tentang  fenomena  yang  rencam.  Namun,  wacana  menurut  beliau  suatu  bentuk  penggunaan  bahasa  yang  melibatkan  komunikasi  dan  interaksi.  Werth  (1999:  1)  pula  melihat  wacana  sebagai  suatu  peristiwa  bahasa  yang  sempurna  yang  mempunyai  awal  dan  akhir.    Selain  itu,  menurut  Johnstone,  B.  (2002:2-­‐4),  wacana  dilihat  sebagai  contoh  sebenar  komunikasi  melalui  bahasa.  Wacana  juga  dalam  bentuk  jamak  merujuk  kepada  pola  kepercayaan  dan  tindakan  lazim  di  samping  pola  bahasa.  Wacana  demikian  merujuk  kepada  idea  dan  cara  bertutur  sehingga  dapat  mempengaruhi  dan  dipengaruhi.  Menurut  Schiffrin  et.  al  (2003:1),  wacana  mempunyai  makna  yang  berbeza  kepada  pakar  yang  berbeza  bidang.  Kepada  ahli  bahasa,  wacana  biasanya  didefinisikan  sebagai  apa  sahaja  yang  melampaui  ayat.  Malah,  definisi  wacana  itu  dapat  dirangkumkan  kepada  tiga  kategori  besar,  iaitu  yang  melampaui  ayat,  penggunaan  bahasa,  dan  amalan  sosial  yang  meliputi  bukan  linguistik  dan  bukan  tentu  bahasa.  Mereka  melihat  wacana  dan  analisis  wacana  sebagai  sama.    Dapat  disimpulkan  di  sini  bahawa  wacana  sebagai  unit  tertinggi  bahasa  yang  melampaui  ayat  dan  kajian  tentang  unit  tersebut.  Sebagai  unit  bahasa  yang  tertinggi,  wacana  dapat  direalisasikan  dalam  pelbagai  bentuk  sehingga  meliputi  peristiwa  bahasa.  Sebagai  kajian,  wacana  memfokuskan  pada  unit  tertinggi  bahasa  itu  sehingga  meliputi  amalan  sosial.    Analisis  wacana  menurut  Johnstone,  B.  (2002:2-­‐4),  memfokus  kepada  proses  memecahkan  wacana  kepada  bahagian  kecil  dengan  berdasarkan  kriteria  tertentu  dan  melihat  ciri  setiap  bahagian  itu.  Selain  melihat  ciri  struktur  bahagian  itu,  analisis  wacana  juga  melihat  fungsi  bahagian  itu.  Menurut  beliau,  analisis  wacana  sekadar  metodologi.    Dijk,T.  A.V.  (Schiffrin  et.  al,  2003:352)  melihat  analisis  wacana  peringkat  kritis  se-­‐bagai  sejenis  kajian  analisis  wacana  yang  berfokus  pada  cara  penyalahgunaan  kuasa  sosial,  penguasaan  dan  ketidaksetaraan  dimuatkan,  ditampilkan  dan  dipertahankan  melalui  wacana  dalam  konteks  sosial  dan  politik.  Penganalisis  wacana  kritis  mengambil  pendirian  yang  jelas  untuk  memahami  ketidaksetaraan  sosial  sehingga  sanggup  mendedahkan  dan  memeranginya.    Wacana  sebagai  unit  bahasa  yang  terbesar  dianalisis  melalui  analisis  wacana.  Analisis  wacana  pula  berkait  dengan  pandangan  bahasa  (Sanat,2005a:131-­‐132).  Ada  tiga  pandangan  bahasa  pada  umumnya:  Pandangan  positivisme-­‐empiris  yang  melihat  bahasa  sebagai  jambatan  antara  manusia  dengan  objek  di  luar  dirinya.  Analisis  wacana  dalam  konteks  pandangan  ini  tidak  melihat  makna  subjektif  atau  nilai  yang  mendasari  penyataan.  Sebaliknya,  makna  penyataan  

Page 5: WACANA 

dilihat  sebagai  kebenaran  atau  ketidakbenaran  sesuatu  wacana  dari  segi  aturan  tatabahasa,  seperti  tautan  dan  runtutan.    Pandangan  konstuktivisme  menolak  pandangan  positivisme-­‐empirisme  yang  memisahkan  subjek  dengan  objek.  Subjek  dianggap  sebagai  faktor  utama  dalam  kegiatan  wacana  serta  hubungan  sosialnya.  Subjek  memiliki  kemampuan  untuk  men  guasai  maksud  tertentu  dalam  setiap  wacana.  Oleh  itu,  analisis  wacana  dimaksudkan  sebagai  suatu  analisis  untuk  membongkar  maksud  dan  makna  tertentu  daripada  penyataan  subjek.    Pandangan  kritis  membetulkan  pandangan  konstuktivisme  yang  kurang  sensitif  kepada  proses  produksi  dan  reproduksi  makna  yang  terjadi  secara  historis  dan  institusional.  Bahasa  dalam  pandangan  kritis  difahami  sebagai  representasi  yang  berpe-­‐ranan  dalam  membentuk  subjek  tertentu,  topik  wacana  tertentu,  mahupun  strategi  di  dalamnya.  Oleh  itu,  analisis  wacana  dipakai  untuk  membongkar  kuasa  yang  ada  dalam  setiap  proses  bahasa.    Di  sini,  jelas  analisis  wacana  bermaksud  sebagai  metodologi  untuk  melihat  sama  ada  makna  penyataan  sebagai  kebenaran  atau  ketidakbenaran  wacana,  membongkar  maksud  dan  makna  tertentu  daripada  penyataan  subjek,  atau  membongkar  kuasa  dan  ketidaksetaraan  sosial  yang  ada  dalam  setiap  proses  bahasa.    Konsep  tatabahasa  wacana  pula  dalam  kertas  ini  selain  sebagai  tatabahasa  yang  mencakupi  unit  tertinggi  bahasa,  iaitu  wacana,  juga  mengambil  kira  asas  penggunaan  bahasa  yang  mengambil  kira  koteks  dan  konteks  yang  cukup  luas  sehingga  memungkinkan  pengguna  peka  teks,  koteks,  dan  konteks  amalan  sosial  dan  amalan  agama.  Dengan  kata  lain,  tatabahasa  seperti  ini  dikenali  sebagai  tatabahasa  wacana  mega  (Sanat,  2005  dan  2006).    Konsep  tatabahasa  ini  sama  dengan  analisis  wacana  dari  segi  cakupan  tumpuan  pada  wacana  tetapi  berbeza  dari  segi  konteks  amalan  dan  metodologi.  Metodologi  analisis  wacana  sekadar  menganalisis  yang  menurut  Johns-­‐tone,  B.  (2002:2-­‐4)  merujuk  kepada  proses  analisis  secara  eksplisit,  sama  ada  mental  atau  mekanikal  dalam  memecahkan  sesuatu  kepada  bahagian  kecil.    4.0  Latar  belakang  wacana    Menurut  Sanat  Md.  Nasir  (2002:1-­‐8  dan12-­‐18),  wacana  sebagai  bidang  kajian  mempunyai  sumber  sejarahnya  yang  panjang,  iaitu  bermula  dengan  peradaban  keagamaan  yang  mengkaji  kitab  agama,  seperti  teks  Veda  sejak  1200-­‐1000  S.M.  Malah,  jika  disorot  lagi,  zaman  suhuf-­‐suhuf  dan  risalah  nabi-­‐nabi  Allah  jauh  lebih  awal,  seawal  Nabi  Adam.    Dalam  tradisi  Barat  pula,  wacana  mendapat  sumber  sejarahnya  daripada  retorik  klasik  seawal  abad  kelima  sebelum  Masihi.  Bidang  ini  mendapat  tumpuan  dalam  aliran  linguistik  awal  oleh  Aristotle  (384-­‐322  S.M.)  melalui  retorik  dan  seterusnya,  aliran  Stoik  oleh  Zeno  pada  300  S.M.    

Page 6: WACANA 

Retorik  klasik  mula  malap  dengan  munculnya  linguistik  sejarah  dan  perbandingan  pada  awal  abad  ke-­‐19.  Pada  awal  abad  ke-­‐20  lahir  aliran  struktural  yang  mempengaruhi  formalis  Rusia  dan  strukturalis  aliran  Praha  seperti  pada  Morphology  of  the  Folktale  oleh  Propp  (1928)  dan  tentang  perspektif  ayat  tugasan  oleh  Mathesius  (1939).  Daripada  beliaulah  lahir  konsep  struktur  tema  dan  struktur  maklumat  yang  menjadi  asas  runtutan  teks.    Di  Great  Britain,  telah  berkembang  aliran  Firth  (1935)  yang  menghubungkan  bahasa  dengan  sekitarannya  melalui  konsep  keperihalan  keadaan  Malinowski.  Di  Amerika  Syarikat  pula  terdapat  tulisan  yang  menggunakan  ungkapan  analisis  wacana  oleh  Harris  (1952).  Beliau  menggunakan  prosedur  formal  tentang  penyebaran  struktur  kelas  keserupaan  yang  melebihi  ayat.    Analisis  wacana  moden  bermula  pada  pertengahan  1960-­‐an  dengan  terbitnya  analisis  struktural  wacana  di  Perancis.  Di  Amerika  Syarikat  terdapat  aliran  tagmemik  yang  dipelopori  oleh  Pike,  etnografi  pertuturan  oleh  Hymes  dan  aliran  tatabahasa  stratifikasi  oleh  Lamb.  Di  Jerman  pula,  muncul  aliran  linguistik  teks  oleh  Hartmann.  Dan  di  Great  Britain,  wujud  aliran  tatabahasa  fungsional  oleh  Halliday  yang  seterusnya  dikenali  dengan  linguistik  sistemik.  Halliday  (1962)  dalam  artikelnya,  “Descriptive  Linguistics  in  Literary  Studies”,  dikatakan  telah  membuat  penyataan  awal  tentang  tautan  yang  seterusnya  kepada  pemahaman  struktur  wacana.  Ruqaiya  Hassan  (1964)  dalam  tesis  Ph.Dnya  memperkukuh  konsep  tautan  Halliday  tersebut.  Pemuka  aliran  stratifikasi.    Gleason  (1968),  berpendapat  dalam  struktur  wacana  terdapat  dua  konstituen  semologi,  iaitu  jalur  peristiwa  dan  jalur  peserta.  Menurut  beliau,  tautan  berada  dalam  jalur  peserta.  Dekad  1960-­‐an  ini  menandakan  perkembangan  awal  analisis  wacana  moden  yang  lebih  bersifat  deskriptif  dan  struktural  terhadap  genre  wacana  popular  atau  peribumi.  Aliran  ini  bergerak  bebas  dan  bertentangan  dengan  aliran  linguistik  semasa,  iaitu  tatabahasa  transformasi  generatif.    Analisis  wacana  pada  dekad  1970-­‐an  merupakan  analisis  secara  sistematis  dalam  disiplin  yang  sama  atau  antara  disiplin.  Perkembangan  ini  merupakan  tentangan  terhadap  tatabahasa  formal  dan  bebas  konteks  transformasi  generatif.  Antara  terbitan  yang  besar  dalam  tempoh  itu  ialah  Halliday  dan  Hasan  (1976).  Mereka  menghasilkan  Cohesion  in  English  yang  oleh  Brown  dan  Yule  (1983:190)  dikatakan  paling  komprehensif  dan  piawai  dalam  bidang  tautan.  Malah,  dalam  Sanat  (2002:18)  terdapat  kesimpulan  bahawa  daripada  17  buah  disertasi  Ph.D  di  luar  negara  tentang  tautan  sehingga  1993,  15  buah  daripadanya  menggunakan  kerangka  sistemik  Cohesion  in  English.    Dekad  1980-­‐an  dan  awal  1990-­‐an  menjadikan  analisis  wacana  lebih  padu  dan  berkembang,  dan  pada  waktu  yang  sama  merencam  dan  mengkhusus.  Antara  terbitan  yang  besar  dalam  tempoh  tersebut  ialah  Beugrande  dan  Dressler  (1981),  Introduction  to  Text  Linguistics,  Longacre  (1983),  The  Grammar  of  Discourse,  Halliday  (1985),  An  Introduction  to  Functional  Grammar,  Martin  (1992),  English  Text:  System  and  Structure,  dan  Cook  (1994),  Discourse.    Jika  dilihat  perkembangan  pada  dekad  pertengahan  90-­‐an  dan  awal  abad  ke-­‐21,  

Page 7: WACANA 

didapati  analisis  wacana  memasuki  tahap  kritis  seperti  dalam  Fairclough  (1995,2001  dan  2003).  Malah,  beliau  telah  menghasilkan  karya  lebih  awal  daripada  itu  seperti  Discourse  and  Social  Change  pada  1992.  Seperti  yang  dinyatakan  di  atas,  analisis  wacana  ini  lebih  menumpukan  pada  usaha  membongkar  kuasa  yang  ada  dalam  setiap  proses  bahasa  kerana  bahasa  dilihat  sebagai  representasi  yang  memproduksi  dan  mereproduksi  makna    5.0  Latar  belakang  wacana  bahasa  Melayu    Menurut  Sanat  Md.  Nasir  (2002:  9-­‐12),  kajian  wacana  bahasa  Melayu  masih  baru.  Ada  pendapat  yang  mengatakan  Muhammad  Yunus  Maris  (1966)  merupakan  perintis  analisis  wacana  dalam  bahasa  Melayu  dengan  menggunakan  teknik  keperihalan  keadaan  untuk  menerangkan  penggunaan  ganti  nama.    Setakat  yang  terkumpul,  Harimurti  Kridalaksana  (1970:  1),  menulis  makalah  beliau  “NYA  sebagai  penanda  anafora”.  Pada  tahun  1978,  beliau  telah  menulis  kertas  kerja  yang  bertajuk  “Keutuhan  Wacana”  dan  diterbitkan  sebagai  artikel  dalam  Jurnal  Dewan  Bahasa.  Artikel  itu  membahaskan  keutuhan  wacana  sebagai  salah  satu  aspek  analisis  wacana.  Penelitian  beliau  kelihatan  terpengaruh  dengan  aliran  tagmemik  dan  linguistik  teks.  Demikianlah  juga  aliran  tagmemik  digunakan  dalam  Ph.D.  Aja-­‐miseba  (1978).    Kerancakan  penyelidikan  tentang  wacana  bahasa  Melayu  berlaku  dalam  tahun  1980-­‐an,  iaitu  sepuluh  tahun  selepas  wacana  sebagai  satu  disiplin  rancak  di  Eropah  dan  di  Amerika  Syarikat.  Pemaparan  penyelidikan  itu  berupa  artikel,  disertasi  dan  buku.  Asmah  (1980a  dan  1980b)  telah  menulis  dua  buah  artikel  dalam  Jurnal  Dewan  Bahasa,  yang  masing-­‐masing  bertajuk  “Analisis  Wacana”  dan  “Pengajaran  Bahasa  untuk  Kemahiran  Berkomunikasi:  Pendekatan  Wacana”.  Dalam  artikel  yang  pertama  itu,  beliau  telah  menunjukkan  penggunaan  tiga  jenis  analisis  wacana,  iaitu  kaedah  Harris,  kaedah  Becker,  dan  kaedah  Sinclair  dan  Coulthard.  Artikel  lain  seperti  Lufti  Abas  (1982)  dan  Soenjono  Dardjowidjojo  (1985).    Selain  yang  berbentuk  artikel,  penyelidikan  wacana  juga  telah  dilakukan  secara  serius  di  peringkat  latihan  ilmiah,  sarjana  dan  kedoktoran.  Daripada  bibliografi  latihan  ilmiah  yang  diusahakan  oleh  Ismail  (1994)  dari  tempoh  1977  hingga  1994,  didapati  latihan  ilmiah  yang  berkaitan  dengan  wacana  hanya  muncul  mulai  tahun  1984.  Terdapat  14  buah  latihan  ilmiah  tentang  kajian  wacana  sejak  tahun  tersebut  hinggalah  tahun  1989.  Penelitian  di  peringkat  sarjana  sepanjang  tempoh  tahun  1980-­‐an  setakat  yang  terkumpul  ialah  Sucipto  (1987)  dan  Wong  (1988).  Sucipto  melihat  unsur  tautan  manakala  Wong,  kesinambungan  topik.    Di  peringkat  disertasi  kedoktoran  pula,  termasuklah  Abdul  Aziz  Idris  (1982),  Farrerty  (1982),  Azhar  M.  Simin  (1983),  dan  Tallei  (1988).  Abdul  Aziz  berfokus  pada  aspek  struktur  tema  dan  sistem  hubungan  logikal  dalam  teks  pendedahan  bahasa  Melayu  dan  Inggeris.  Rafferty  pula  melihat  struktur  wacana  bahasa  Indonesia  yang  dituturkan  oleh  orang  Cina  di  Malang,  Indonesia.  Azhar  pula  meneliti  sintaksis  wacana  yang  dalam  bahasa  Malaysia  sedangkan  Tallie,  dengan  menggunakan  pendekatan  analisis  wacana,  cuba  mengkaji  keterpaduan,  

Page 8: WACANA 

keruntutan,  dan  keterbacaan  wacana  buku  pelajaran  bahasa  Indonesia  di  peringkat  sekolah  dasar.    Penelitian  wacana  sepanjang  tahun  1980-­‐an  dalam  bentuk  buku  dan  sebahagian  daripada  buku  dapat  dilihat  seperti  dalam  Asmah  (1987:  108-­‐127)  tentang  teks  saintifik,  Tarigan  (1987)  Pengajaran  Wacana  dan  Tata  Bahasa  Baku  Bahasa  Indonesia  (1988:  334-­‐360).    Dekad  awal  1990-­‐an  diperteguh  dengan  kerancakan  penelitian  tentang  wacana  bahasa  Melayu  seperti  yang  ditunjukkan  oleh  peneliti  berikut.  Sato  (1991)  menghasilkan  tesis  Ph.D.  dengan  tajuk  “Analisis  Nahu  Wacana  Bahasa  Melayu  Klasik  Berdasarkan  Teks  Hikayat  Hang  Tuah”.  Tumpuan  beliau  pada  hubungan  antara  susunan  ayat  yang  logikal  dengan  susunan  maklumat.  Perhatian  juga  diberikan  terhadap  analisis  tetenunan  dalam  ayat  yang  berkaitan  dengan  hubungan  tersebut.    Soeseno  (1992)  dalam  syarahan  perdana  sempena  pengukuhan  beliau  sebagai  profesor  telah  memilih  tajuk  “Analisis  Wacana  dan  Penerapannya”.  Dalam  syarahan  itu,  beliau  secara  meluas  menyentuh  topik-­‐topik  seperti  analisis  wacana  sebagai  cabang  ilmu  bahasa,  perbezaan  antara  wacana  lisan  dengan  tulisan,  konteks  situasional,  prinsip  interpretasi  lokal  dan  analogi,  implikatur,  presuposisi,  inferensi,  referensi,  pronominal,  kohesi,  koherensi  dan  pengetahuan  tentang  dunia.  Di  hujung  syarahan  beliau  itu,  ada  dimuatkan  contoh-­‐contoh  analisis  wacana.    Manakala  peneliti  lain  yang  menghasilkan  artikel  atau  kertas  kerja,  seperti  Samsuri  (1992),  Ramlan  (1992),  Ebah  (1992),  Wong  (1992;1993),  Sanat  (1992;1994;1995a  dan  1995b;1996a  dan  1996b),  Dede  Oetomo  (1993),  Ismail  (1993;1994)  dan  Zahrah  (1995).    Jika  ditinjau  dari  segi  penghasilan  latihan  ilmiah  dalam  bidang  ini  bagi  tempoh  1990  hingga  1994  di  Malaysia,  terdapat  17  buah,  iaitu  15  buah  dari  Jabatan  Linguistik,  Universiti  Kebangsaan  Malaysia,  dan  dua  buah  dari  Rancangan  Bahasa  Melayu,  Universiti  Malaya.  Dua  buah  latihan  ilmiah  itu  terdiri  daripada  Hasnah  (1994),  “Analisis  Tautan  dalam  Wacana  Bahasa  Melayu”  dan  Tan  (1994),  “Tautan  dalam  Bahasa  Melayu”.  Kedua-­‐dua  latihan  ilmiah  tersebut  menggunakan  kerangka  Halliday  dan  Ruqaiya  Hasan  (1976).    Seperti  yang  telah  dinyatakan  di  atas,  wacana  sebagai  bidang  kajian  dalam  penelitian  bahasa  Melayu  masih  baru.  Hal  ini  berlaku  kerana  beberapa  sebab.  Antaranya,  wacana  sebagai  satu  disiplin  hanya  berlaku  pada  tahun  1970-­‐an  di  Eropah  dan  di  Amerika  Syarikat.  Biasanya,  kesannya  akan  memakan  waktu  antara  5  hingga  10  tahun  untuk  sampai  ke  sini.  Pada  waktu  yang  sama,  aliran  transformasi  generatif  yang  dipelopori  Chomsky  masih  kuat  bertapak  sehingga  kebanyakan  ahli  bahasa  kita  yang  belajar  di  peringkat  kedoktoran  dalam  tempoh  itu  telah  terpengaruh  dengan  aliran  tersebut.    Selain  itu,  kajian  wacana  sebagai  mata  kursus  peringkat  sarjana  muda  di  universiti  tempatan  masih  belum  menyeluruh.  Lufti,  Sanat  dan  Nuwairi  (1985)  

Page 9: WACANA 

telah  membuat  tinjauan  tentang  pengajaran  linguistik  di  Malaysia  dari  segi  konsep  dan  aliran,  dan  didapati  hanya  Jabatan  Linguistik,  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  yang  ada  menawarkan  kursus  tersebut.  Bahkan,  kursus  itu  pun  dianggap  umum  sebab  sekadar  menyatakan  topik  tentang  teori  sintaksis  yang  boleh  dilihat  daripada  aliran  lain  yang  bukan  wacana,  seperti  tranformasi  generatif.    Pada  awal  tahun  1990  diberitahu  bahawa  di  IKIP  Malang,  Unika  Atma  Jaya  dan  di  Universitas  Indonesia  di  Indonesia  masih  belum  ada  kursus  seumpama  itu  di  peringkat  ijazah  pertama.  Demikian  juga  di  Jabatan  Pengajian  Melayu,  National  University  of  Singapore.  Sebaliknya,  Pengajian  Bahasa  Malaysia,  Pusat  Pengajian  Ilmu  Kemanusiaan,  Universiti  Sains  Malaysia  sudah  menawarkan  kursus  “Analisis  Wacana”  di  peringkat  ijazah  dasar  bagi  sesi  1989/90.  Di  Rancangan  Bahasa  Melayu,  Jabatan  Pengajian  Melayu,  Universiti  Malaya  kursus  tersebut  hanya  dapat  dimulakan  pada  sesi  1993/94  dengan  tajuk  “Tatabahasa  Wacana  Bahasa  Melayu”.  Jabatan  Pengajian  Melayu,  Fakulti  Bahasa  Moden,  Universiti  Pertanian  Malaysia  belum  lagi  menawarkan  kursus  yang  seumpama  itu  pada  sesi  1995/    6.0  Ciri  –  ciri  wacana    Menurut  Beaugrande  dan  Dressler  (1981:81),  terdapat  tujuh  ciri  ketekstualan  yang  perlu  dipenuhi  untuk  menghasilkan  wacana  yang  utuh,  iaitu  tautan,  runtutan,  tujuan,  penerimaan,  maklumat,  keadaan  dan  interteks.    Namun  menurut  Asmah  Haji  Omar  dalam  artikel  Jurnal  Dewan  Bahasa  yang  bertajuk  “  Analisis  Wacana  “  pula  terdapat  lapan  unsur-­‐unsur  penting  dalam  wacana  iaitu  :  I.  satuan  bahasa  II.  terlengkap  III.  mengatasi  ayat  atau  klausa  IV.  teratur  atau  tersusun  rapi  V.  berkesinambungan  VI.  kohesi  VII.  lisan  atau  tulisan  VIII.  awal  dan  akhir  yang  nyata.    Menurut  Nik  Safiah  Karim  dalam  Tatabahasa  Dewan  edisi  Ketiga  pula,  terdapat  dua  ciri  utama  dalam  sebuah  wacana  yang  utuh  iaitu,  kohesi  (atau  tautan)  dan  koheren  (atau  runtutan).  Menurut  beliau  lagi,  terdapat  juga  ciri-­‐ciri  yang  lain  termasuklah  tujuan  sesuatu  wacana,  penerimaan  oleh  pendengar  atau  pembaca,  maklumat  yang  terkandung,  keadaan  yang  mewujudkan  wacana  dan  interteks  atau  peranan  wacana–wacana  lain  yang  membantu  pendengar  atau  pembaca  memahaminapa  yang  didengar  atau  dibaca.    6.1  Tautan  atau  kohesi    Tautan  atau  kohesi  ialah  keserasian  hubungan  antara  satu  unsur  linguistik  dengan  unsur  linguistik  yang  lain  dalam  sesebuah  wacana  untuk  menghasilkan  

Page 10: WACANA 

wacana  yang  mantap.  Keserasian  hubungan  ini  lazimnya  dilihat  melalui  hubungan  antara  sesuatu  perkataan,  frasa  atau  ayat  dengan  perkataan,  frasa  atau  ayat  lain  yang  terdapat  dalam  wacana  tersebut.  Tautan  penting  kerana  tautan  dapat  mewujudkan  kesinambungan  antara  sebahagian  teks  dengan  yang  lain  sehingga  membentuk  suatu  kesatuan.  Kohesi  juga  merujuk  kepada  idea  atau  esei  yang  dijalin  rapi  hingga  menjadi  bersepadu.    Kohesi  juga  disebut  sebagai  organisasi  sintaktik  yang  mana  merupakan  wadah  ayat-­‐ayat  yang  disusun  secara  padu  dan  juga  padat.  Perkara  ini  bermaksud  kohesi  adalah  hubungan  di  antara  ayat  di  dalam  sebuah  wacana  tidak  kira  sama  ada  dari  segi  strata  gramatikal  mahupun  strata  leksikal  tertentu.  Penguasaan  dan  pengetahuan  kohesi  yang  begitu  baik  akan  dapat  menghasilkan  wacana  yang  baik.    “Tautan  merupakan  satu  set  kemungkinan  yang  wujud  dalam  bahasa  untuk  menjadikan  suatu  teks  itu  berkesatuan”  (Halliday  dan  Hasan:1976)    Menurut  Halliday  dan  Hasan  lagi,  "Cohesion  is  expressed  through  the  strata  organization  of  language.  Language  can  be  explained  as  a  multiple  coding  system  comprising  three  levels  of  coding  or  'strata'.  The  semantic  (meaning),  the  lexicogrammatical  (forms)  and  the  phonological  and  orthographic  (expression).  Meanings  are  realized  (coded)  as  forms,  and  the  forms  are  realized  in  turn  (recoded)  as  expressions.  To  put  this  in  everyday  terminology,  meaning  is  put  into  wording  and  wording  into  sound  or  writing."      Halliday  dan  Hasan  telah  cuba  melihat  tautan  makna  itu  dari  dua  sudut  iaitu  tautan  nahuan  dan  tautan  leksikal.  Kedua-­‐dua  nahuan  ini  wujud  dalam  sesuatu  kesatuan  teks.  Selain  itu,  kohesi  juga  memperlihatkan  jalinan  ujaran  dalam  bentuk  ayat  bagi  membentuk  suatu  teks  atau  konteks  dengan  menghubungkan  makna  yang  terkandung  di  dalam  unsur.  Kohesi  juga  dikenali  sebagai  tetenunan,  tautan,  kepaduan  dan  sebagainya.    Contohnya:    1.  Syazwani,  Siti  dan  Faiznur  ke  perpustakaan.    2.  Mereka  ke  sana  untuk  meminjam  buku.    Dalam  contoh  di  atas,  terdapat  tautan  antara  kedua-­‐dua  ayat  tersebut.  Perkataan  mereka  dalam  ayat  kedua  merujuk  kepada  Syazwani,  Siti  dan  Faiznur,  sementara  sana  merujuk  kepada  perpustakaan.  Oleh  itu,  kedua-­‐dua  ayat  yang  mempunyai  tautan  ini  dianggap  sebagai  wacana.  Tambahan  pula,  kedua-­‐dua  ayat  ini  bermakna  dan  difahami.      6.1.1  Jenis-­‐jenis  kohesi  6.1.1.1  Kohesi  Leksikal    Kohesi  Leksikal  diperoleh  dengan  cara  memilih  kosa  kata  yang  serasi.  Ada  dua  

Page 11: WACANA 

cara  bagi  mencapai  aspek  kohesi  leksikel  ini,  iaitu  reiterasi  dan  kolokasi.    i)  Reiterasi  (Pernyataan  Semula)  Reiterasi  atau  pernyataan  semula  berlaku  melalui  tiga  cara,  iaitu  pengulangan  kata,  sinonim,  superordinat  dan  kata-­‐kata  umum.    a)  Pengulangan  Kata  Pengulangan  kata  ini  dikenali  juga  sebagai  repetition.  Kata  yang  sering  kali  diulang  ini  adalah  dari  'kata  isi'  (content  word).  Ini  bermakna  kata  itu  adalah  kata  yang  amat  penting  bagi  sesuatu  ayat  yang  dibentuk  dan  dibina  bagi  teks  ataupun  wacana.  Kata  isi  ini  boleh  dikenal  pasti  melalui  dua  cara.  Cara  yang  pertama  ialah  kata  itu  atau  'kata  isi'  tersebut  akan  dijadikan  sebagai  unsur  yang  tidak  boleh  ditinggalkan  ataupun  tidak  digunakan  jika  diperkatakan  di  dalam  intipati  teks.  Manakala  cara  yang  kedua  ialah  jika  kata  tersebut  tidak  diulang  maka  berkemungkinan  teks  itu  akan  terganggu  sifat  kesatuannya.    Dalam  bahasa  Melayu,  kata  yang  akan  diulang  itu  boleh  berubah  bentuk  dari  segi  ataupun  sudut  morfologi.  Ini  dapat  dikategorikan  di  dalam  pengulangan  kata  ini,  jika  kelas  kata  yang  diulang  itu  tidak  berubah.      b)  Sinonim  Sinonim  ialah  suatu  kata  yang  mempunyai  makna  yang  sama  dengan  'kata  seerti'.  Sinonim  ini  digunakan  kerana  ianya  untuk  mengelakkan  kebosanan  bagi  pengulangan  kata  yang  sama  di  dalam  teks  dan  juga  sinonim  ini  memberikan  variasi  kepada  sesuatu  teks.  Sesetengah  kata  dikatakan  sinonim  adalah  disebabkan  kedua-­‐duanya  merujuk  kepada  perkara  yang  sama.      c)  Superordinat  Superordinat  ialah  penggunaan  kata  yang  lebih  khusus  atau  'hiponim'  kepada  kata  yang  lebih  umum  atau  dikenali  sebagai  'hiperonim'.  Contoh  :  Semua  yang  ada  di  desa  seperti  kambing,  biri-­‐biri,  kerbau,  lembu  dan  ayam,  harus  dibuatkan  kandangnya  secara  teratur.  Ketua  Kampung  mengarahkan  penduduk  desa  membuat  kandang  ternakan  masing-­‐masing.  (Tarigan,  H.G.  1995:  146)    Superordinat  bagi  contoh  di  atas  ialah  kata  umum  yang  merujuk  'kambing,  kerbau,  biri-­‐biri,  ayam',  iaitu  'ternakan'.  Kata  'kambing,  kerbau,  ayam'  adalah  kata  khusus  yang  juga  dikenali  hiponim.      d)  Kata-­‐kata  Umum  Kata-­‐kata  umum  ialah  kata-­‐kata  yang  tidak  tentu  kelasnya.  Contoh  :  Bagi  Awang  Semaun,  jika  ia  beroleh  sesuatu  hasil  perburuan  atau  berkarang,  sebelum  perolehan  itu  dibawanya  balik  ke  rumahnya…  (Harun  Aminurrashid.  2001:25)      ii)  Kolokasi  Bagi  mengenal  kolokasi  adalah  melihat  dari  dua  sudut,  iaitu  a)  dari  sudut  sintaksis  b)  dari  sudut  semantik.    

Page 12: WACANA 

 a)  Dari  Sudut  Sintaksis  Contoh  :  Ketika  itu  nama  Brunei  dikenali  sebagai  Puni,  kerana  ibu  kotanya  bernama  Puni.  Pada  zaman  Sultan  Muhyiddin  iaitu  Sultan  Brunei  yang  ke-­‐XIV  baharulah  Kerajaan  Brunei  itu  dipindahkan  ke  tempat  yang  ada  sekarang.  (Harun  Aminurrashid.  2001:19)    b)  Dari  Sudut  Semantik  Contoh  :  Kerajaan  berusaha  bersungguh-­‐sungguh  meningkatkan  perhubungan  di  tanah  air  kita,  iaitu  perhubungan  darat,  laut  dan  udara.  Dalam  bidang  perhubungan  darat  telah  digalakkan  pemanfaatan  kereta  api  dan  kenderaan  bermotor.  Kenderaan  ini  meliputi  kereta,  motosikal  dan  lain-­‐lain.  (Tarigan,  H.G.  1995:  136)    6.2  Runtutan  atau  koheren    Runtutan  atau  koheren  merupakan  kesinambungan  idea  yang  terdapat  dalam  sesbuah  wacana  sehingga  menjadikan  sesebuah  teks  itu  bermakna.  Oleh  itu,  runtutan  merupakan  asas  dalam  pembinaan  wacana  kerana  sesuatu  teks  itu  dianggap  sebagai  wacana  jika  teks  tersebut  mempunyai  makna.    Contohnya:    Penyakit  sindrom  kurang  daya  tahan  atau  Aids  bukanlah  gejala  yang  baharu.  Penyakit  ini  telah  lama  dikesan  di  beberapa  buah  Negara  di  Eropah.  Walaupun  bidang  sains  dan  teknologi  berkembang  maju,  tetapi  masalah  ini  masih  tidak  dapat  diatasi.    Contoh  di  atas  jelas  menunjukkan  kesinambungan  idea  melalui  perkataan  Aids,  gejala,  penyakit  dan  masalah  ini.  Kesinambungan  idea  ini  telah  menjadikan  ayat-­‐ayat  tersebut  bertaut  di  antara  satu  sama  lain  untuk  membentuk  wacana  yang  bermakna.  Kebanyakan  wacana  mempunyai  tautan  untuk  menjadikannya  runtut.  Walau  bagaimanapun,  teks  yang  bertaut  tidak  semestinya  runtut.    Contohnya:    Wanita  itu  membeli  baju  baharu  bewarna  biru.  Warna  biru  ialah  warna  kegemaran  muda-­‐mudi  kini.  Muda-­‐mudi  kini  ramai  yang  menghadapi  masalah  sosial.    Berdasarkan  teks  di  atas,  setiap  ayat  mempunyai  tautan.  Tetapi  teks  tersebut  tidak  merupakan  wacana  kerana  teks  tersebut  tidak  bermakna  dan  tidak  difahami.  Malahan,  teks  tersebut  tidak  mempunyai  kesinambungan  idea  atau  tidak  koheren.  Oleh  itu,  untuk  menghasilkan  wacana,  sesuatu  teks  itu  perlulah  koheren  atau  runtutan.    6.3  Tujuan  

Page 13: WACANA 

 Setiap  wacana  yang  diujarkan  sama  ada  dalam  bentuk  tulisan  atau  lisan  perlu  mempunyai  tujuan.  Tujuan  sesuatu  wacana  ini  ditentukan  oleh  penghasil  wacana  tersebut  sama  ada  penulis  atau  pembicaranya.  Sesuatu  wacana  perlu  mempunyai  tujuan  untuk  menimbulkan  interaksi  yang  komunikatif.  Tujuan  ini  akan  menentukan  jenis  wacana  yang  digunakan.  Jika  tujuan  seseorang  adalah  untuk  mendapatkan  maklumat,  ayat  yang  sering  digunakan  ialah  ayat  Tanya,  tetapi  jika  seseorang  itu  ingin  menyatakan  atau  menerangkan  sesuatu,  ayat  yang  digunakan  ialah  ayat  penyata.    6.4  Penerimaan    Sesuatau  wacana  sama  ada  lisan  atau  tulisan,  perlu  mempunyai  pendengar  atau  pembaca.  Pendengar  dan  pembaca  merupakan  penerima  sesuatu  wacana.  Tahap  penerimaan  seseorang  itu  tinggi  jika  pendengar  atau  pembaca  memahami  sepenuhnya  wacana  yang  diujarkan  sama  ada  dalam  bentuk  tulisan  atau  lisan.  Oleh  itu,  tahap  penerimaan  adalah  tinggi  apabila  tahap  tujuan  sama  dengan  tahap  penerimaan.    6.5  Maklumat    Setiap  wacana  mempunyai  maklumat.  Maklumat  terdiri  daripada  dua  jenis,  iaitu  maklumat  lama  dan  maklumat  baharu.  Maklumat  lama  ialah  maklumat  yang  telah  dinyatakan  terdahulu.  Maklumat  baharu  pula  ialah  maklumat  yang  baru  sahaja  dinyatakan  dengan  andaian  pendengar  atau  pembaca  tidak  mengetahui  maklumat  itu  sebelum  ini.    Contohnya:    (1)  Puan  Rita  mengajar  di  sekolah  menengah.    (2)  Sekolah  itu  sekolah  berasrama  penuh.    Sekolah  itu  dalam  ayat  (2)  merupakan  maklumat  lama  kerana  telah  dinyatakan  dalam  ayat  sebelumnya.  Sekolah  berasrama  penuh  ialah  maklumat  baharu  kerana  baru  disebutkan  dalam  ayat  itu.      6.6  Keadaan    Ciri  seterusnya  ialah  keadaan.  Keadaan  ialah  latar  sewaktu  bahasa  itu  digunakan,  dan  membantu  pendengar  atau  pembaca  memahami  sesuatu  wacana.  Ungkapan  “Sila  masuk”,  misalnya,  difahami  kerana  digunakan  dalam  keadaan  latar  seseorang  mempelawa  seorang  lain  masuk  ke  dalam  bilik  atau  rumahnya.  Dalam  kehidupan  sehari-­‐hari  terdapat  pelbagai  jenis  latar,  misalnya  latar  rumah  tangga,  latar  tempat  kerja,  latar  tempat  membeli-­‐belah,  latar  berekreasi,  latar  beribadat,  dan  bermacam-­‐macam  lagi.  Setiap  latar  menghasilkan  wacana  tersendiri.    Setiap  wacana  perlu  dikaji  kaitan  dan  kedudukan  penutur  dalam  masyarakat  

Page 14: WACANA 

secara  amnya  yang  akan  menentukan  gaya  wacana  sama  ada  gaya  formal  atau  tidak  formal.  Gaya  formal,  contohnya,  wujud  apabila  seseorang  guru  pelatih  berkomunikasi  dengan  pensyarah,  murid  atau  pelajar  berhubung  dengan  guru.  Gaya  tidak  formal  adalah  gaya  yang  wujud  dalam  hubungan  biasa  antara  rakan.  Hubungan  ini  menghasilkan  kesan  dialek  sosial  dalam  pertuturan.    Wacana  harus  ada  tujuan  yang  menentukan  sesuatu  jenis  ayat.  Contohnya,  jika  tujuan  penutur  adalah  untuk  melaksanakan  sesuatu  perbuatan  ,  jenis  ayat  yang  terbentuk  ialah  ayat  perintah.  Begitu  juga  jika  tujuan  penutur  adalah  untuk  mendapatkan  maklumat,  jadi  ayat  yang  terbentuk  ialah  ayat  Tanya.    Sesuatu  wacana  mesti  berdasarkan  kaitan  antara  penutur  dengan  pendengar  dalam  bahasa  lisan  dan  penulis  dengan  pembaca  dalam  bahasa  tulisan.  Tiap-­‐tiap  wacana  tidak  boleh  dimansuhkan  maklumat  yang  bertentangan  dengan  maklumat  yang  terdapat  dalam  ayat  sebelumnya.    Contohnya:    “Kelmarin  dia  tidur  sehari  suntuk.”  “Kelmarin  dia  tidur  sehingga  jam  9.00  pagi.”    Dalam  wacana  perlu  ada  unsur-­‐unsur  susun  atur  menurut  sebab,  akibat,  tempat,  waktu,  keutamaan  dan  sebagainya.  Tegasnya,  ayat-­‐ayat  itu  harus  mempunyai  urutan  yang  berkait  rapat.  Misalnya:    “Cikgu  Shafie  mengajar  dengan  penuh  dedikasi.”  “ia  mendapat  pujian  daripada  guru  besar.”    Setiap  wacana  harus  mempunyai  andaian  dan  inferensi.  Maklumat  pertama  dalam  wacana  digelar  andaian  manakala  maklumat  berikutnya  disebut  inferensi.  Dalam  tatabahasa  tradisional,  andaian  digelar  judul  dan  inferensi  disebut  ulasan.  Inferensi  manambah  maklumat  kepada  andaian  dan  lazimnya  bahagian  ini  diberi  tekanan  suara  yang  tinggi.  Misalnya:    6.7  Interteks    Interteks  bermaksud  sesuatu  wacana  itu  bergantung  kepada  wacana  yang  lain.  Hal  ini  beerti  wacana-­‐wacana  lain  juga  memainkan  peranan  penting  untuk  membantu  seseorang  memahami  sesuatu  wacana  yang  sedang  dibaca  atau  didengarinya  dengan  mudah.  Dengan  kata  lain,  kefahaman  seseorang  terhadap  sesebuah  wacana  bergantung  kepada  pengetahuannya  terhadap  perkara  yang  dibaca  atau  didengarnya  itu.      7.0  Jenis-­‐jenis  wacana    Umumnya  wacana  dapat  dibahagikan  kepada  dua  jenis,  iaitu  wacana  lisan  dan  wacana  tulisan.    Wacana  lisan  ialah  wacana  yang  dihasilkan  melalui  media  lisan,  iaitu  melibatkan  

Page 15: WACANA 

pembicara  dan  pendengar.  Komunikasi  yang  terlibat  dalam  wacana  lisan  ini  ialah  komunikasi  interaktif,  iaitu  komunikasi  yang  melibatkan  hubungan  pembicara  dan  pendengar  secara  langsung.  Dalam  wacana  lisan,  pembicara  biasanya  akan  menggunakan  ekspresi  wajah,  intonasi  suara,  gerak  badan  dan  sebagainya  untuk  menyampaikan  sesuatu  maklumat  kepada  pendengar.  Biasanya  dalam  wacana  lisan,  pembicara  akan  mendapat  respon  daripada  pendengar  pada  ketika  itu  juga.  Antara  contoh  wacana  lisan  adalah  menerusi  perbualan,  temu  ramah,  ceramah,  khutbah,  pidato  dan  siaran  televisyen  atau  radio.    Wacana  tulisan  pula  ialah  wacana  yang  disampaikan  secara  bertulis.  Wacana  tulisan  melibatkan  hubungan  antara  penulis  dengan  pembaca.komunikasi  yang  terlibat  ialah  komunikasi  tidak  langsung,  iaitu  komunikasi  satu  arah.  Penulis  tidak  berhadapan  dengan  pembaca  sewaktu  wacana  tersebut  dihasilkan.  Oleh  itu,  penulis  tidak  mendapat  respon  secara  langsung  daripada  pembaca.  Wacana  tulisan  seringkali  disunting  terlebih  dahulu  bagi  menghasilkan  tulisan  yang  berkualiti  dan  tepat.  Dalam  wacana  tulisan,  pembaca  perlu  membaca  teks  yang  ditulis  untuk  memahami  maksud  yang  ingin  disampaikan  oleh  seseorang  pengarang  atau  penulis.    Antara  contoh  wacana  tulisan  ialah  tulisan-­‐tulisan  yang  terdapat  di  dalam  akhbar,  majalah  dan  buku.  Rencana  di  bawah  adalah  merupakan  salah  satu  contoh  wacana  tulisan.    Contoh  wacana  tulisan  :  Rencana    Tajuk  :  Masalah-­‐masalah  yang  Dihadapi  Akibat  Kemasukan  Pekerja  Asing.    Oleh  :  Siti  Aminah  bt  Kasim    Perkembangan  ekonomi  dalam  tahun  80-­‐an  dan  tahun  90-­‐an  menyediakan  peluang  pekerjaan  yang  amat  banyak  hingga  negara  tidak  mempunyai  tenaga  buruh  yang  mencukupi.  Fenomena  ini  menyebabkan  negara  mengimport  tenaga  dari  negara  jiran.  Sebaliknya,  kemasukan  tenaga  buruh  asing  menimbulkan  pelbagai  masalah  sosial.    Kedatangan  buruh  asing  secara  beramai-­‐ramai  yang  tidak  disaring  latar  belakang  mereka  membenarkan  kemasukan  penjenayah  yang  datang  untuk  mencari  kesempatan.  Sungguhpun,  sebahagian  besar  daripada  buruh  asing  ini  datang  untuk  mencari  rezeki  terdapat  pula  mereka  yang  berniat  jahat.  Justeru  itu,  berlakulah  jenayah  seperti  pencurian,  rompakan,  dan  penipuan.  Golongan  jahat  ini  datang  untuk  mencari  kesenangan  dengan  cepat.  Oleh  itu,  kejadian  rompakan  dan  kecurian  kerapkali  berlaku  di  mana  buruh  asing  ramai  didapati.    Rancangan  menerima  buruh  asing  digunakan  oleh  sesetengah  pihak  untuk  lari  dari  kampung  halaman  mereka.  Mereka  lari  dari  tempat  mereka  kerana  mereka  melakukan  jenayah.  Apabila  mereka  datang  ke  sini  mereka  mungkin  bertemu  dengan  seteru  lama  mereka.  Justeru  itu,  kita  kerapkali  dikejutkan  oleh  pergaduhan  dan  pembunuhan  di  kalangan  buruh  asing  terutama  sekali  yang  datang  dari  Indonesia  dan  Filipina.  

Page 16: WACANA 

 Selain  itu,  di  kalangan  buruh  asing  itu  terdapat  juga  mereka  yang  datang  bukan  untuk  makan  gaji  tetapi  untuk  berniaga.  Walaupun  pada  mulanya  mereka  bekerja  tetapi  setelah  beberapa  lama  mereka  berniaga  dengan  membuka  gerai.  Mereka  berniaga  tanpa  lesen  dan  kadang-­‐kadang  bersaing  dengan  peniaga  tempatqan.  Oleh  sebab  overhed  mereka  rendah,  mereka  berupaya  menjual  barang-­‐barang  mereka  dengan  murah.  Kegiatan  ini  menimbulkan  pelbagai  masalah  kepada  peniaga  tempatan.  Di  samping  itu,  peniaga  tempatan  yang  tidak  boleh  bersaing  meninggalkan  tempat  perniagaan  mereka.  Tindakan  ini  menambah  pula  peniaga  saing  seperti  di  Chow  Kit  pada  suatu  ketika  dahulu.    Di  samping  itu,  terdapat  pula  golongan  buruh  asing  yang  cuba  menganut  budaya  tempatan  sehingga  mereka  menjadi  seperti  penduduk  tempatan.  Kebanyakan  daripada  mereka  berkahwin  dengan  gadis-­‐gadis  tempatan.  Setelah  mengumpulkan  wang  dengan  banyak  mereka  balik  ke  negara  asal  mereka  dan  meninggalkan  anak-­‐anak  dan  isteri  mereka.  Fenomena  ini  jika  tidak  dikawal  sudah  pasti  menimbulkan  masalah  sosial  dan  membebankan  negara.    Rancangan  jangka  pendek  untuk  mengisi  kekosongan  di  kilang,  tapak  pembinaan,  ladang-­‐ladang,  hotel,  dan  restoran  rupa-­‐rupanya  membawa  masalah  yang  berat.  Andainya,  pengambilan  buruh  asing  berlanjutan  maka  kawalan  yang  ketat  dan  saringan  yang  teliti  perlulah  diambil  oleh  pihak  yang  berwajib.    (+348  patah  perkataan)      8.0  PENANDA  WACANA    Penanda  wacana  ialah  perkataan  ataupun  rangkaian  perkataan  yang  berfungsi  mempertalikan  sesuatu  idea,  hujah  dan  pandangan  seseorang  semasa  menulis  ataupun  berucap.  Penanda  wacana  amat  penting  dalam  sesebuah  teks  kerana  penanda  wacana  dapat  mewujudkan  pertautan  atau  kesinambungan  antara  sebahagian  teks  dengan  yang  lain  sehingga  membentuk  kesatuan.    Penanda  wacana  juga  merupakan  unsur-­‐unsur  bahasa  yang  mewujudkan  kohesi  dan  koheran  antara  satu  teks  dengan  teks  yang  lain  sehingga  membentuk  kesatuan.  Terdapat  banyak  jenis  penanda  wacana  dalam  bahasa  Melayu.  Dalam  bahasa  Melayu  terdapat  lima  jenis  penanda  wacana,  iaitu    8.1  Penanda  Leksikal    Penanda  leksikal  ialah  penanda  yang  melibatkan  pertautan  antara  perkataan  atau  frasa  secara  semantik  (makna)  dalam  sesebuah  wacana.  Penanda  leksikal  melibatkan  unsur  pengulangan  kata  dan  kebiasaannya  pengulangan  kata  yang  terlibat  ialah  pengulangan  unsur  yang  sama,  pengulangan  sinonim,  hiponim  dan  kolokasi.  Pengulangan  unsur  yang  sama  bermaksud  setiap  kata  diulang  secara  penuh  tanpa  melakukan  sebarang  perubahan.  Contohnya  seperti:    Ibu  amat  menyayangi  Ahmad.  

Page 17: WACANA 

Kami  juga  amat  menyayanginya.    Dalam  ayat  di  atas,  berlaku  pengulangan  secara  penuh  bagi  perkataan  menyayangi.    Pengulangan  sinonim  pula  merujuk  kepada  pengulangan  kata  yang  mempunyai  makna  yang  hampir  sama  seperti:    Suatu  ketika  dahulu  wanita  itu  amat  dikaguminya.  Tetapi  kini,  wanita  itu  dianggapnya  sebagai  perempuan  murahan.    Perkataan  wanita  dan  perempuan  merupakan  pengulangan  kata  yang  sinonim  iaitu  sama  makna.    Pengulangan  hiponim  pula  ialah  pengulangan  yang  melibatkan  hubungan  antara  makna  khusus  dan  makna  yang  umum  yang  mana  merangkumi  makna  yang  khusus.  Makna  yang  umum  disebut  sebagai  superordinat  manakala  makna  khusus  disebut  sebagai  hiponim.  Contohnya  ikan  merangkumi  makna  yang  khusus  seperti  tenggiri,  bawal,  cencaru,  selar  dan  kembung.    Contohnya:    Malaysia  telah  mengimport  pelbagai  jenis  kereta  dari  luar  negara.  Antaranya  Honda,  Nissan,  Toyota  dan  Volvo.    Pengulangan  kolokasi  melibatkan  kehadiran  sekumpulan  kata  yang  saling  berkait  dengan  sesuatu  idea,  topik,  situasi  atau  konteks.  Lazimnya  pengulangan  kolokasi  melibatkan  hubungan  leksikal  selingkungan  seperti  perkataan  almari,  meja  dan  kerusi  dikatakan  sebagai  perkataan  yang  berkolokasi  kerana  perkataan-­‐perkataan  ini  mempunyai  lingkungan  yang  sama  iaitu  perabot.  Selain  itu  pula,  apabila  kita  mendengar  ungkapan  tendangan  percuma,  kita  akan  menggambarkan  situasi  permainan  bola  sepak,  dengan  kata  lain  tendangan  percuma  berkolokasi  dengan  permainan  bola  sepak.    Contohnya:    Pembuangan  sisa-­‐sisa  toksik  ke  dalam  sungai  telah  menyebabkan  pencemaran  air.  Oleh  itu,  banyak  ikan  dan  udang  yang  mati.    Dalam  ayat  di  atas,  ikan  dan  udang  merupakan  perkataan  yang  berkolokasi  kerana  mempunyai  lingkungan  yang  sama  iaitu  hidupan  air.    8.2  Penanda  rujukan    Penanda  rujukan  melibatkan  rujukan  terhadap  ganti  nama  diri  dan  ganti  nama  tunjuk.  Rujukan  ganti  nama  diri  melibatkan  ganti  nama  diri  orang  pertama,  kedua  dan  ketiga.  Contoh  rujukan  ganti  nama  diri  adalah  seperti  yang  berikut:    Aku,  Sani  dan  Udin  akan  ke  Kuala  Lumpur.  

Page 18: WACANA 

Kami  bertolak  pada  pukul  empat  petang.    Perkataan  kami  merupakan  kata  ganti  nama  diri  bagi  aku,  Sani  dan  Udin.    Kata  ganti  nama  tunjuk  ialah  perkataan  yang  membawa  maksud  menunjukkan  benda  atau  perkara.  Dalam  bahasa  Melayu,  penanda  penunjuk  terdiri  daripada  perkataan  ini,  itu,  sini  dan  situ.  Contohnya:    Di  manakah  awak  tinggal?  Saya  tinggal  di  sana.    8.3  Penanda  penghubung    Penanda  penghubung  berfungsi  sebagai  penjalin  unsur-­‐unsur  linguistik  seperti  perkataan,  frasa  atau  ayat  yang  terdapat  dalam  sesebuah  wacana.  Penanda  penghubung  terdiri  daripada  penghubung  tambahan,  tentangan,  musabab  dan  tempoh.    Penghubung  tambahan  merupakan  penghubung  yang  memberikan  maklumat  tambahan  terhadap  sesuatu  perkara  yang  diperkatakan  sebelumnya.  Antara  penghubung  tambahan  dalam  bahasa  Melayu  ialah  dan,  malahan,  tambahan  pula,  lebih-­‐lebih  lagi,  di  samping  itu  dan  selanjutnya.  Contohnya  :    Tugasnya  sebagai  wartawan  di  salah  sebuah  syarikat  penyiaran  benar-­‐benar  member  pengalaman  kepadanya  kerana  dia  sering  diberikan  tugasan  di  luar  Bandar.  Malahan  dia  juga  berpeluang  melawat  negara-­‐negara  luar  seperti  Thailand  dan  juga  India  untuk  menjayakan  rancangan  dokumentari  itu.    Penghubung  tentangan  ialah  penghubung  yang  menunjukkan  pertentangan  maklumat  antara  suatu  ayat  yang  baru  diperkatakan  dengan  ayat  sebelumnya  dalam  sesebuah  wacana.  Antara  contoh  penanda  penghubung  tentangan  ialah  tetapi,  sebaliknya,  namun  dan  walau  bagaimanapun.    Contohnya  :    Penghuni  benua  Amerika  suatu  ketika  dahulu  bukanlah  kaum  kulit  putih  dan  berambut  perang.  Sebaliknya,  mereka  merupakan  kaum  yang  berambut  panjang  dan  hitam.    Penanda  penghubung  musabab  ialah  penanda  yang  merupakan  sebab  berlakunya  sesuatu.  Contoh  penanda  musabab  ialah  kerana,  oleh  sebab  dan  oleh  itu.    Contohnya:    Dia  kesuntukan  masa.  Oleh  sebab  itu,  dia  perlu  menyiapkan  tugasannya  secepat  mungkin.    Penanda  penghubung  tempoh  ialah  penanda  penghubung  yang  menunjukkan  

Page 19: WACANA 

urutan  masa  atau  siri  berlakunya  sesuatu.  Contoh  penanda  penghubung  tempoh  ialah  pertama,  kedua,  ketiga,  kemudian,  selanjutnya  dan  sebagainya.    Contohnya:    Pada  peringkat  awal  pendakian,  ramai  di  kalangan  ahli  kami  yang  kepenatan.  Kemudian,  kami  berhenti  rehat  untuk  jangka  waktu  yang  panjang  dan  selepas  itu,  kami  teruskan  pendakian.  Akhirnya,  berbekalkan  semangat  juang  yang  tinggi  kami  berjaya  sampai  ke  puncak  Gunung  Kinabalu  tepat  jam  6.30  pagi.    1.  Tambahan  dan,  serta,  lagi,  tambahan  lagi,  tambahan  pula,  selanjutnya,  seterusnya,  di  samping.  2.  Urutan  Pertama,  kedua,  seterusnya,  selepas  itu,  kemudian,  kemudian  daripada  itu,  akhirnya.  3.  Penyataan  semula  iaitu,  yakni,  dengan  kata  lain,  seperti  yang  diterangkan.  4.  Contoh  contohnya,  seperti,  ibarat,  laksana,  macam,  umpama,  bagai,  bak  kata,  sebagai.  5.  Rumusan  rumusannya,  kesimpulannya,  sebagai  kesimpulan,  akhir  kata,  sebagai  penyimpul  kata  6.  Tempat  berhampiran  dengan,  bersebelahan  dengan,  bertentangan  dengan.  7.  Waktu  apabila,  ketika,  semasa,  kemudian,  selepas,  pada  mulanya,  lama-­‐kelamaan,  lambat-­‐laun,  akhirnya.  8.  Sebab  dan  kesan  oleh  itu,  sebab  itu,  justeru  itu,  fasal,  lantaran,  jadi,  dengan  itu.  9.  Bandingan  seperti  juga,  serupa  dengan,  sesuai  dengan,  sama  juga  dengan.  10.  Pertentangan  tetapi,  sebaliknya,  sungguhpun,  walau  bagaimanapun,  namun  begitu,  bertentangan  dengan.  11.  Pengesahan  sebenarnya,  sesungguhnya,  sewajarnya,  tentulah,  pastilah,  sememangnya.    8.4  Penanda  penggantian.  Penggantian  ini  dikenali  sebagai  Substitution.  Penggantian  adalah  pengambilan  alihan  atau  pertukaran  bagi  sesuatu  segmen  kata,  frasa  atau  klausa  oleh  kata  ganti  yang  lainnya.  Penanda  penggantian  terdiri  daripada  penanda  penggantian  nominal,  verbal  dan  klausal.  Penggantian  nominal  ialah  penggantian  yang  dilakukan  terhadap  kata  nama  tau  frasa  nama,  manakala  penggantian  verbal  melibatkan  penggantian  terhadap  kata  atau  frasa  kerja  dan  penggantian  klausa  pula  melibatkan  penggantian  sebahagian  daripada  ayat.  Contohnya  :    Saya  sengaja  tidak  mahu  menebang  pokok  durian  itu.  

Page 20: WACANA 

Nanti  baru  saya  lakukan.    Dalam  contoh  di  atas,  perkataan  lakukan  menggantikan  sebahagian  ayat  sebelumnya,  iaitu  menebang  pokok  durian  itu.  Penggantian  seperti  ini  merupakan  penggantian  klausa.    8.5  Elipsis    Elipsis  melibatkan  pengguguran  kata  atau  frasa  yang  telah  dinyatakan  dalam  ayat  sebelumnya.  Ini  beerti  pengguguran  kata  atau  frasa  melibatkan  maklumat  yang  telah  diketahui  oleh  pembaca  atau  pendengar  berdasarkan  konteksnya.    Contoh  1  :    Pemuda  itu  kelihatan  resah.  Tidak  tahu  arah  mana  yang  harus  ditujunya.    Dalam  contoh  di  atas,  frasa  pemuda  itu  tidak  diulang  dalam  ayat  kedua.  Walaupun  ayat  kedua  tidak  menyatakan  unsur  yang  sama  seperti  ayat  pertama,  tetapi  ayat  kedua  ini  masih  difahami.    Contoh  2  :    Ah  Meng  suka  baju  berwarna  merah.  Adiknya  suka  baju  putih.    Dalam  ayat  (1)  di  atas  perkataan  tidak  diulang  dalam  ayat  (2).  Walaupun  dalam  ayat  pertama  dan  kedua  menyatakan  unsur  yang  sama  iaitu  unsur  warna  tetapi  kedua-­‐dua  ayat  tersebut  masih  boleh  difahami.    8.5.1  Jenis  elipsis.    Terdapat  tiga  jenis  elipsis  ,  iaitu    a)  Pengguguran  nomina  Contoh  :  A:  "  Kita  ini  perlu  anak.  Tau  anak!  Adanya  anak  akan  lebih  bererti  hidup  …"  B:  "Kenapa  diungkit-­‐ungkit  juga  soal  ^  itu?"  (Leman  Ahmad.  1984:  24)    b)  Pengguguran  verbal  Contoh  :  A:  "Pernahkah  kamu  menaiki  beca  dan  basikal?"  B:  "ya,  pernah  ^  "  (Tarigan,  H.G.  1995:166)    c)  Pengguguran  klausa  Contoh  :  Guru:  "Apakah  kamu  mahu  mendapat  biasiswa  dari  kerajaan?"  

Page 21: WACANA 

Pelajar:  "Ya  tentu"  (Tarigan,  H.G.  1995:147)    11.0  KESIMPULAN  Wacana  ialah  unit  bahasa  yang  melebihi  batas  ayat.  Wacana  mempunyai  ciri-­‐ciri  yang  terdiri  daripada  tujuh  tahap  ketekstualan,  iaitu  tautan,  runtutan,  tujuan,  penerimaan,  maklumat,  keadaan  dan  juga  interteks.  Selain  itu,  penanda  wacana  pula  terdiri  daripada  lima  jenis  yang  disebut  sebagai  penanda  leksikal,  rujukan,  penghubung,  penggantian  dan  juga  ellips.    Wacana  juga  terbahagi  kepada  dua  jenis  iaitu  wacana  jenis  lisan  dan  wacana  jenis  tulisan.  Wacana  jenis  lisan  merupakan  wacana  yang  melibatkan  antara  penutur  dan  juga  pendengar.  Sebagai  contohnya  ialah  seorang  guru  yang  bertanya  kepada  muridnya  kenapa  tidak  hadir  ke  kelas.  Manakala  wacana  tulisan  pula  ialah  wacana  yang  melibatkan  bidang  penulisan.  Sebagai  contohnya  ialah  surat  rasmi  yang  ditulis  kepada  kerajaan,  laporan,  memo  dan  sebagainya.    Wacana  bukan  sekadar  diperingkat  ayat,  malahan  meliputi  perenggang,  bab,  buku  dan  siri  buku.  Tujuh  ciri  ketekstualan  perlu  dipenuhi  untuk  menghasilkan  wacana  yang  baik  sama  ada  dalam  penghasilan  penulisan  atau  pengucapan.  Sesebuah  wacana  yang  baik  perlu  memperlihatkan  pertautan  dan  kesinambungan  idea.  Pertautan  dan  kesinambungan  idea  ini  bukan  sekadar  antara  ayat  dengan  ayat  atau  antara  satu  perenggang  dengan  satu  perenggang,  bahkan  dari  satu  bab  dengan  bab  yang  lain.  Hal  ini  penting  untuk  memperlihatkan  kesatuan  bagi  menghasilkan  wacana  yang  utuh.    Wacana  juga  penting  bagi  menghasilkan  kerja  yang  bermutu  selain  daripada  boleh  menyempurnakan  sesuatu  perkara.  Sebagai  contohnya,  dengan  menggunakan  wacana  yang  betul  melalui  percakapan  seseorang  itu  akan  menyebabkan  seseorang  itu  akan  dihormati  oleh  orang  lain.  Hal  ini  kerana  seseorang  itu  mampu  mempamerkan  kesungguhannya  menggunakan  bahasa  dengan  betul  ketika  bercakap.  POSTED  BY  MYA  AFIFI  AT  FRIDAY,  JULY  03,  2009  0  COMMENTS    KEUTUHAN  WACANA    Keutuhan  wacana  adalah  satu  aspek  yang  sangat  penting  kerana  ia  menentukan  apakah  sesuatu  itu  boleh  dianggap  sebagai  wacana  atau  hanya  merupakan  kumpulan  ayat  yang  tidak  teratur.  Melaluinya  juga  kita  dapat  memahami  hubungan  bahasa  dengan  alam  di  luar  bahasa  secara  lebih  mendalam.    Satu  aspek  penting  dalam  analisis  wacana  ialah  keutuhan  wacana.  Dengan  menganalisis  keutuhan  wacana  kita  dapat  menentukan  sama  ada  sesuatu  teks  itu  sebuah  wacana  atau  hanya  sekumpulan  ayat  yang  tidak  teratur.  Melalui  analisis  keutuhan  wacana  juga  kita  dapat  pula  memahami  hubungan  bahasa  dengan  alam  di  luar  bahasa  secara  lebih  mendalam.    Merujuk  kepada  kebulatan  dan  kesepaduan  esei.  Dicirikan  oleh  sifat  kohesi  dan  koheren.  Kohesi  merujuk  kepada  idea  atau  isi  esei  yang  dijalin  rapi  hingga  menjadi  bersepadu.  Koheren  merujuk  kesinambungan  ayat-­‐ayat  dan  merujuk  perenggan-­‐perenggan  yang  membawa  idea-­‐idea  tertentu.  Keutuhan  wacana  

Page 22: WACANA 

bertujuan  bagi  menentukan  sesebuh  wacana  itu  berkualiti  atau  tidak.  Ia  dapat  dilihat  daripada  hubungan  bahagian-­‐bahagian  dalam  wacana  daripada  segi  semantik,  leksikal,  gramatik  dan  fonologi.      9.1  Hubungan  Dari  Segi  Aspek  Semantik    Jalinan  makna  di  antara  satu  ayat  dengan  ayat  lain  atau  perenggan-­‐perenggan  lain.    a)  Hubungan  sebab  dan  akibat:  Dia  sangat  malas.  Dia  bodoh.    b)  Hubungan  sebab  dan  hasil:  Ali  rajin  bekerja.  Dia  kaya.    c)  Hubungan  sebab  dan  tujuan:  Hassan  berpakaian  kemas.  Dia  mahu  memikat  Aminah.    d)  Hubungan  syarat  dan  hasil:  Kita  mesti  rajin  berusaha.  Kerajinan  menjamin  kejayaan.    e)  Hubungan  latar  dan  kesimpulan:  Lagu  itu  sungguh  enak  didengar.  Sebenarnya  M.Nasir  yang  menciptanya.    f)  Hubungan  perbandingan:  Hasnah  cantik.  Kakaknya  lebih  cantik  lagi.    g)  Hubungan  sampingan:  Saya  sudah  membuat  kerja  rumah.  Saya  letih  jadi  saya  hendak  tidur.    h)  Hubungan  memperkuat  isi:  Sungguh  cantik  gadis  itu.  Rambut  ikal  mayang,  berlesung  pipit  dan  berhidung  mancung.      9.2  Hubungan  Dari  Segi  Aspek  Fonologi    Dilihat  daripada  segi  hentian  suara,  nada  suara  dan  intonasi  suara.  Ini  dapat  menimbulkan  hubungan  semantik  di  antara  bahagian  wacana.  Intonasi  suara  berperanan  penting  sebagai  penanda  dan  pemisah  frasa  dan  pembeza  struktur  ayat,  contohnya  seperti  ayat  di  bawah:    a.  Malaysia  negara  yang  aman.  b.  Negara  yang  aman,  Malaysia.  (ayat  penyata)  c.  Aman  negara  Malaysia?.  (ayat  tanya)      9.3  Hubungan  Dari  Segi  Leksikal  

Page 23: WACANA 

 Hubungan  wacana  berdasarkan  pemilihan  dan  penggunaan  perkataan  yang  sesuai  dengan  makna  yang  ingin  disampaikan.    i.  Antonim:  Pemuda  harapan  bangsa.  Pemudi  tiang  negara.    ii.  Sinonim”  Ali  seorang  yang  rajin.  Kegigihannya  belajar  membolehkan  dia  melanjutkan  pelajaran  ke  universiti.    iii.  Hiponim:  Dia  menanam  pokok  melur,  cempaka,  bunga  raya  dan  bunga  kertas  di  halaman  rumahnya.  Jadi  halaman  rumahnya  nampak  indah  dengan  pokok-­‐pokok  bunga  tersebut.    iv.  Himonim:  Bukit  yang  aku  daki  sebentar  tadi  sangat  tinggi.  Aku  bersa  sangat  letih  kerana  mengeluarkan  banyak  peluh  sehingga  badanku  dipeluhi  dengan  daki.      9.4  Hubungan  Dari  Segi  Tatabahasa    Wacana  berkualiti  mesti  memperlihat  hubungan  berdasarkan  binaan  tatabahasa.  Ini  dapat  dilihat  daripada  penggunaan  penanda  gramatik  seperti:    a.  Kata  hubung:  menghubungkan  di  antara  ayat  dengan  ayat  atau  perenggan  dengan  perenggan  yang  lain.    i.  Berfungsi  sebagai  penghuraian:  Seterusnya,  selain  itu,  pada  sudut  yang  lain  dan  sebaliknya.    ii.  Berfungsi  sebagai  pengembangan  idea:  Seperti,  dan,  tetapi,  oleh  itu,  kerana  dan  dengan.    iii.  Berfungsi  sebagai  penambahan:  Sebelum,  selepas,  kemudian,  berikutnya,  pada  masa  dan  ketika  itu.    b.  Kata  rujukan:  kata  yang  boleh  menggantikan  sesuatu  sama  ada  benda  atau  manusia.  i  Kata  ganti  nama:  Saya,  dia,  mereka,  kami,  kita,  itu,  ini  dan  siapa.    c.  Peleburan  dan  penggantian:  untuk  mengelakkan  pengulangan  terhadap  sesuatu  maklumat  daripada  penyataan  yang  diberikan.  Contoh:    Ali  menendang  bola  dengan  laju  manakala  Hassan  menendang  dengan  perlahan.    

Page 24: WACANA