wacana

3
Dalam tradisi Barat, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Walau bagaimanapun, retorik klasik ini mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Analisis wacana moden pula bermula pada pertengahan tahun 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis. Dekad 1960- an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi. Seterusnya, analisis wacana pada dekad 1970-an memperlihatkan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Dalam hal ini, perkembangan ini ialah tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Dekad 1980-an dan 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu, berkembang, merencam, dan mengkhusus. Merujuk kepada perkara ini, dieksisi merujuk kepada kata atau konstruksi yang berfungsi untuk menentukan orang, benda atau idea. Dalam bahasa Inggeris, perkataan wacana dikenali sebagai discourse. Perkataan discourse ini sering digunakan dalam kajian semantik dan analisis wacana bagi merujuk kepada bahasa lisan, tulisan atau perbahasan. Dalam kajian semantik, wacana ialah unit linguistik yang terdiri daripada beberapa ayat sementara dalam analisis wacana, perkataan wacana ialah singkatan kepada maklumat perbualan, iaitu komunikasi yang melibatkan pengetahuan tertentu. Berdasarkan buku Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar karya Sanat Md. Nasir, terdapat beberapa definisi wacana yang dikemukakan oleh ahli-ahli pengkaji bidang bahasa. Sementelahan itu, Chafe (2002:35) menyatakan bahawa wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat-ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Tegasnya, wacana merujuk kepada kajian tentang unit tersebut dan merupakan cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi dan sintaksis. Menurut Trask (2002:35) pula, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Definisi Trask lebih

Upload: chen-peck-lian

Post on 04-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

wacana

TRANSCRIPT

Dalam tradisi Barat, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Walau bagaimanapun, retorik klasik ini mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Analisis wacana moden pula bermula pada pertengahan tahun 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi. Seterusnya, analisis wacana pada dekad 1970-an memperlihatkan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Dalam hal ini, perkembangan ini ialah tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Dekad 1980-an dan 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu, berkembang, merencam, dan mengkhusus. Merujuk kepada perkara ini, dieksisi merujuk kepada kata atau konstruksi yang berfungsi untuk menentukan orang, benda atau idea.Dalam bahasa Inggeris, perkataan wacana dikenali sebagai discourse. Perkataan discourse ini sering digunakan dalam kajian semantik dan analisis wacana bagi merujuk kepada bahasa lisan, tulisan atau perbahasan. Dalam kajian semantik, wacana ialah unit linguistik yang terdiri daripada beberapa ayat sementara dalam analisis wacana, perkataan wacana ialah singkatan kepada maklumat perbualan, iaitu komunikasi yang melibatkan pengetahuan tertentu. Berdasarkan buku Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar karya Sanat Md. Nasir, terdapat beberapa definisi wacana yang dikemukakan oleh ahli-ahli pengkaji bidang bahasa. Sementelahan itu, Chafe (2002:35) menyatakan bahawa wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat-ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Tegasnya, wacana merujuk kepada kajian tentang unit tersebut dan merupakan cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi dan sintaksis. Menurut Trask (2002:35) pula, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Definisi Trask lebih khusus daripada definisi Chafe yang pertama, iaitu menekankan aspek lisannya. Menurut Ng (2002: 36), wacana sebagai istilah umum yang bermaksud percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang agak panjang. Oleh itu, wacana mempunyai topik dan sempadan yang biasanya lebih daripada satu ayat. Seterusnya, Crystal (2002:35) menyatakan bahawa wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa, iaitu bahasa lisan yang lebih besar daripada ayat. Definisi wacana yang paling luas, menurut Crystal, merujuk kepada unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah, dan temu duga. . Walau bagaimanapun, kesimpulan tentang pandangan berhubung dengan wacana dapat kita lihat menerusi pendapat yang dikemukakan oleh Tarigan.Menurut Danes (2002:37), tautan sebagai rantaian hubungan tema rema dalam janjang tematik perspektif ayat fungsian. Beliau memberikan lima jenis janjang tematik dan hasilnya, beliau mencirikan jenis hubungan tautan yang boleh disenaraikan sebagai rujukan, supraordinat, dan elipsis.

Analisis wacana berkaitan dengan analisis kalimat yang melibatkan penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Seseorang penutur atau penulis bertutur atau menulis untuk tujuan berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. wacana harus dilihat sebagai satu kesatuan atau gagasan yang menggambarkan sesuatu idea, konsep, dan pemikiran dalam konteks tertentu.Konteks Sebagai contohnya, 1 ... rumah besar itu, terletak di atas bukit.Dalam teks (1), unsur rumah besar itu ialah maklumat lama yang telah diulang, iaitu maklumat itu telah pun disebutkan oleh penutur sebelum ini. Unsur terletak di atas bukit pula ialah maklumat baharu.

Berkenaan dengan hal tersebut, Verschueren juga menambah bahawa konteks ialah hasil interaksi yang dinamik antara penutur dengan pendengar dalam situasi ujaran yang spesifik.Wacana / Teks (analisis wacana / analisis teks)

Unit linguistik (analisis linguistik formal)Fonem AyatKlausa Frasa Kata MorfemAyat