usul fiqh (maqasid syariah)

8
2.0 Pendahuluan 2.1 Definisi Maqasid Syariah Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan tujuannya yang tersendiri dan mustahil bagi Allah untuk menjadikan sesuatu perkara tanpa tujuan dan matlamat. Manusia harus yakin bahawa penciptaan tersebut adalah bertujuan untuk memberi kebaikan dan menyelsaikan kemaslahatan kepada manusia. Manusia diperintahkan untuk bertafakur serta bersyukur melihat hikmah di sebalik ciptaan Allah. Allah SWT telah memberi panduan kepada manusia untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut menurut syariat yang dikenali sebagai maqasid syariah. Maqasid syariah adalah tujuan yang dikehendaki Allah di dlama setiap hukum. Al Quran secara terang menjelaskan pentingnya ianya dijaga. Maqasid berasal daripada perkataan ‘maqsud’ atau ‘maqsad’ yang memberi makna kehendak matlamat atau tujuan. Maqasid juga bermaksud mewujudkan kebaikan dan menolak kebaikan serta menghilangkan kemudaratan. Oleh itu maqasid syariah bermaksud

Upload: ameer-al-asyraf-muhamad

Post on 09-Jul-2016

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Usul Fiqh (Maqasid Syariah)

TRANSCRIPT

Page 1: Usul Fiqh (Maqasid Syariah)

2.0 Pendahuluan

2.1 Definisi Maqasid Syariah

Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan tujuannya yang tersendiri dan mustahil bagi

Allah untuk menjadikan sesuatu perkara tanpa tujuan dan matlamat. Manusia harus yakin

bahawa penciptaan tersebut adalah bertujuan untuk memberi kebaikan dan menyelsaikan

kemaslahatan kepada manusia.

Manusia diperintahkan untuk bertafakur serta bersyukur melihat hikmah di sebalik

ciptaan Allah. Allah SWT telah memberi panduan kepada manusia untuk melaksanakan

tanggungjawab tersebut menurut syariat yang dikenali sebagai maqasid syariah.

Maqasid syariah adalah tujuan yang dikehendaki Allah di dlama setiap hukum. Al Quran

secara terang menjelaskan pentingnya ianya dijaga.

Maqasid berasal daripada perkataan ‘maqsud’ atau ‘maqsad’ yang memberi makna

kehendak matlamat atau tujuan. Maqasid juga bermaksud mewujudkan kebaikan dan menolak

kebaikan serta menghilangkan kemudaratan. Oleh itu maqasid syariah bermaksud tujuan atau

maksud yang dikehendaki oleh syarak melalui dalil Al-quran dan Sunnah.

Maqasid syariah perlu dipelajari dan sangat penting di dalam setiap ulama fiqh supaya

setiap pendapat dan ijtihad yang diberikan menepati syariat Islam. Dr Ahmad Raisuni telah

membahagikan ilmu maqasid syariah kepada dua iaitu:

1. Maqasid Al-Khitab

Maqasid Al-Khitab adalah maksud yang tersirat disebalik ayat-ayat Al-Quran dan hadis.

Digunakan apabila nas-nas syarak mempunyai dua maksud.

Page 2: Usul Fiqh (Maqasid Syariah)

Bukan Maksud

o Ayat-ayat difahami tetapi perlu dijelaskan oleh ulama.

Maksud

o Ayat-ayat tidakdifahami dan perlu diperjelaskan oleh ulama.

2. Maqasid Ahkam

Maqasid Ahkam merupakan jawapan serta penerangan kepada persoalan-persoalan yang

timbul daripada kehendak syarak dalam Maqasid Al-Khitab.

Contohnya, andainya terdapat dalil yang perlu ambil sebahagian dari harta orang

islam untuk dijadikan sebagai zakat, maka Maqasid Al-Khitab akan menentukan

sama ada perintah ini perlu dipatuhi oleh semua orang islam sehinggakan

pemimpin negara sekalipun terikat dengan perintah ini, oleh itu Maqasid Al-

Ahkam yang akan menerangkan kenapa kenapa kita perlu ambil harta orang dan

beri zakat kepada orang lain.

Islam meneliti bahawa bahagian harta sebagai antara aspek di dalam suatu sistem

kepercayaan yang menyeluruh. Harta merupakan hak milik Allah. Manusia hanyalah sebagai

khalifah Allah SWT di muka bumi yang telah diberi tugas untuk menguruskan dan mentadbir

harta-harta tersebut dengan sebaik mungkin dan amanah. Cara untuk mendapatkan dan

menguruskan harta mestilah sesuai dengan perintah Allah.

Page 3: Usul Fiqh (Maqasid Syariah)

Menjalankan perniagaan dengan bretika adalah kewajipan yang perlu dipikul oleh setiap

manusia yang beriman. Hal ini bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Antara konsep

pelaksanaan syarak di dalam Islam ialah membatasi perbuatan agar ia tidak terjerumus kepada

perkara yang dilarang.

Agama Islam tidak melarang umatnya daripada memiliki harta kekayaan namun begitu di

dalam Islam harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia tidak dianggap sebagai penghalang

kepada seseorang itu untuk mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Sebagai contoh, di dalam kalangan sepuluh orang sahabat yang diberikan jaminan oleh

Rasulullah SAW akan dimasukkan ke dalam syurga, antaranya ialah Abdul Rahman bin Auf

yang merupakan seorang hartawan dan dermawan di kota Madinah. Jelas sekali bahawa

kekayaan yang dimiliki oleh beliau tidak menghalang beliau daripada memasuki syurga.

Beliau dijamin ke syurga kerana beliau memperolehi harta daripada sumber dan cara

yang halal. Harta tersebut juga telah digunakan olehnya untuk melakukan ibadat dan melaburkan

ke jalan kebaikan serta tidak sedikit pun melalaikannya daripada mengingati Allah SWT.

Terdapat di dalam riwayat bahawa beliau pada suatu ketika ingin mendermakan seluruh

keuntungan daripada perniagaannya untuk menebus kelewatannya ke masjid untuk menunaikan

solat secara berjemaah.

Peniaga yang amanah tidak akan menaikkan harga barang dengan sesuka hati ataupun

mengambil kesempatan denga tujuan yang tertentu untuk menaikkan harga barang-barang.

Sekiranya inilah yang digunakan sebagai salah satu strategi perniagaan, seseorang itu hanya

mendapat keuntungan di dalam bentuk zahir sahaja sedangkan untuk mendapat keberkatan Ilahi,

ia amat jauh sekali.

Page 4: Usul Fiqh (Maqasid Syariah)

Matlamat akhir perniagaan di dalam Islam bukanlah keuntungan semata-mata tetapi apa

yang mustahak ialah mendapat keredhaan Allah SWT sedangkan kekayaan hanya menjadi

wasilah sahaja. Tegasnya, Islam sentiasa melihat Allah SWT sebagai pencipta dan pemilik segala

sesuatu sedangkan manusia hanyalah sebagai khalifah Allah SWT dan penerima amanah.

Sistem muamalat Islam memberikan kesejahteraan dan keadilan kepada semua pihak

yang terlibat dalam perniagaan. Sehubungan itu, sistem muamalat Islam telah menggariskan

banyak peraturan dan undang-undang supaya keadilan dan juga kemakmuran dapat dikecapi oleh

semua pihak dalam masyarakat.

Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan.

Misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba. Dalam usaha

pemilikan harta selain daripada riba, syariah Islam juga telah mengharamkan perjudian, rasuah

dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan.

Syariah Islam turut menetapkan cara dan kaedah tersendiri bagi belanjakan harta seperti

wajibkan zakat kepada harta-harta tertentu dan amat mengalakkan sedekah dan pemberian

hadiah dalam keadaan tertentu.

Sistem muamalat Islam dengan tasawwur keimanan yang jelas, mengawal aktiviti

perniagaan yang selaras dengan kelangsungan hidup manusia yang bermaruah, berakhlak dan

bertamaddun. Segala bentuk perniagaan yang bertentangan dengan maqasid syariah adalah tidak

diterima kerana aktiviti-aktiviti perniagaan ini boleh meruntuhkan masyarakat manusia yang

bertamaddun.

Page 5: Usul Fiqh (Maqasid Syariah)

Rujukan.

http://www.slideshare.net/affwanlokman/maqasid-al-syariah-pengenalan

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8509-maqasid-al-syariah-sebagai-dasar-

perniagaan-orang-islam

http://abdullahhusin.blogspot.my/2015/05/maqasid-khitab-dan-ahkam.html

http://fiqhsyariah.blogspot.my/2012/12/apakah-maqasid-syariah.html