maqasid syariah

22
http://nisaps.blogspot.com/2012/02/sedikit-mengenai-maqasid- syariah.html SEDIKIT MENGENAI MAQASID SYARIAH Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melaksanakan sesuatu. Maqasid syariah merupakan matlamat atau objektif utama yang diletakkan dalam mensyariatkan hukum. Terdapat 5 perkara asas dalam maqasid syariah dalam konteks perjuangan menegakkan agama hari ini. 1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen) 2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah) 3) Memelihara akal (Hifzu al-Aqli) 4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab) 5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal) Susunan dalam maqasid syariah ini adalah mengikut tertib keutamaannya bagi memelihara setiap satu darinya, maka setiap yang memegangnya pula haruslah mengikut tertib ini. Pertama, memelihara agama - merupakan perkara asas dan paling utama untuk didahulukan. Bagi setiap perkara, perkara hal agama diberi keutamaan kerana tujuan kita diatas muka bumi ini tidak lain adalah sebagai khalifah yang membawa agama Islam untuk disuburkan di atas muka bumi ini. Keduanya, memelihara nyawa - Sebagai memelihara agama, harus bagi seorang yang bernama pejuang itu mengorbankan nyawanya untuk menegakkan dan meninggikan kalimat Allah. dan sebagai seorang pejuang agama juga, syahid merupakan cita- cita tertinggi, persis perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah suatu ketika dahulu.

Upload: aszone-samat

Post on 08-Aug-2015

225 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

pengenalan ringkas Maqasid Syariah

TRANSCRIPT

Page 1: Maqasid Syariah

http://nisaps.blogspot.com/2012/02/sedikit-mengenai-maqasid-syariah.html

SEDIKIT MENGENAI MAQASID SYARIAH

Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melaksanakan sesuatu. Maqasid syariah merupakan matlamat atau objektif utama yang diletakkan dalam mensyariatkan hukum.

Terdapat 5 perkara asas dalam maqasid syariah dalam konteks perjuangan menegakkan agama hari ini.

1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen)

2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah)

3) Memelihara akal (Hifzu al-Aqli)

4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab)

5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal)

Susunan dalam maqasid syariah ini adalah mengikut tertib keutamaannya bagi memelihara setiap satu darinya, maka setiap yang memegangnya pula haruslah mengikut tertib ini.

Pertama, memelihara agama - merupakan perkara asas dan paling utama untuk didahulukan. Bagi setiap perkara, perkara hal agama diberi keutamaan kerana tujuan kita diatas muka bumi ini tidak lain adalah sebagai khalifah yang membawa agama Islam untuk disuburkan di atas muka bumi ini.

Keduanya, memelihara nyawa - Sebagai memelihara agama, harus bagi seorang yang bernama pejuang itu mengorbankan nyawanya untuk menegakkan dan meninggikan kalimat Allah. dan sebagai seorang pejuang agama juga, syahid merupakan cita-cita tertinggi, persis perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah suatu ketika dahulu.

Ketiga, memelihara akal - untuk menjaga nyawa, dalam sesuatu keadaan (darurat) haruslah bagi seseorang itu untuk mengorbankan akalnya supaya tidak terkeliru.

Keempat pula, memelihara keturunan - bagi sesetengah hal, dibolehkan untuk mengorbankan keturunan demi menyelamatkan akal.

Page 2: Maqasid Syariah

Kelima, memelihara harta - harta merupakan peringkat terendah yang paling perlu dikorbankan untuk memelihara keturunan secara umumnya, dan dalam menegakkan dan memelihara agama.

Kelima-lima asas ini tertegak untuk memelihara antara satu sama lain. Tujuan utamanya hanyalah satu, untuk memastikan hukum Allah tertegak diatas bumi ini. Dalam maqasid syariah ini juga kita perlu beri keutamaan pada seseorang yang lebih baik dan lebih mampu (dalam hal memimpin). Setiap pejuang yang membawa agama Islam sebagai dasarnya haruslah menjaga tartib dalam maqasid syariah ini, dan haruslah berpegang bahawa matlamat utama dalam maqasid syariah ini adalah semata-mata untuk meninggikan Islam, dan kalimat-kalimat Allah..

http://wwwmuslimprecedent.blogspot.com/2012/04/maqasid-syariah.html

Maqasid Syariah..

1. PENGENALAN

Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu.Dalam konteks ini maqasid yang dimaksudkan ialah maqasid atau objektif yang diletakkan oleh syara' dalam mensyariatkan hukum.Antara istilah popular yang digunakan ialah maqasid syariah, maqasid al-Syari'(Allah) dan maqasid syara' atau di dalam Bahasa Arabnya maqasid al-syariah, maqasid al-Syari' dan al-maqasid al- syar'iyyah.

Menegakkan sistem pemerintahan Islam adalah satu kewajiban syai’e. Ijmak sahabat telah mengesahkan perkara ini. Islam tidak membiarkan umat Islam hidup dalam keadaan serabut, mengamalkan sendiri hukum-hakam dalam diri dan masyarakat tanpa ada kawalan kuasa. Pada zaman dahulu ia dipanggil sistem al-khilafah. Sistem al-khilafah merupakan satu sistem yang unik pernah wujud dalam sejarah manusia. Ia berbeza dengan sistem monarki yang masyhur pada waktu itu. Apa pun itu hanyalah istilah, yang penting isinya bukan namanya. Saya pernah sebutkan bahawa sistem khilafah bukan semata-mata akhlak pemerintah dan cara hubungan antara pemerintahan dan rakyat tetapi merupakan tingkah laku masyarakat keseluruhannya samada pemerintah atau rakyat. Dalam athar ada disebut,“sebagaimana keadaan kamu begitulah kamu diperintahkan”.

Ini bermakna perjuangan menegakkan pemerintahan Islam tidak boleh dipisahkan dengan usaha-usaha mendidik dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan Islam di dalam diri mereka. Begitulah seperti diungkapkan oleh Imam Al-Talmisani, “tegakkan negara Islam pada diri kamu, ia akan tertegak di bumi kamu”. Pembacaan yang mendalam terhadap fikrah al-Banna membawa kita kepada kesimpulan bahawa Ikhwan memperjuangkan penegakan sistem politik ala khilafah. Cara Ikhwan yang berpegang kepada maratib amal jelas membayangkan hakikat ini. Bermula dari individu muslim, keluarga muslim kemudian masyarakat Islam merupakan pra-syarat kepada penegakan pemerintahan Islam. Barangkali keyakinan Ikhwan terhadap manhaj ini berinspirasikan sebuah

Page 3: Maqasid Syariah

hadis yang menyebut bahawa akan tertegak di akhir zaman sebuah khilafah di atas manhaj kenabian. Ia satu kerja yang panjang tetapi itulah satu-satu cara yang akan menyampaikan kita kepada penegakkan khilafah ala manhaj an-nubuwah (atas manhaj kenabian). Saya percaya itu akan menjadi cara kerja Ikhwan yang setia dengan al-Banna sampai bila-bila tanpa berubah samada dengan menambah atau mengurangkan.

Namun dalam kita komited dengan kerja-kerja pembentukan asas yang panjang itu, kita sering terdedah dengan isu-isu pergolakan politik perebutan kuasa yang memerlukan kita terlibat atau sekurang-kurangnya membuat pendirian. Kita tidak boleh mengelak dari mengkaji dan memahami perkara berkaitan dengan siasah syariyyah. Justeru itu, adalah satu yang dinamik yang tingkah lakunya tidak boleh dihadkan dengan keterbatasan nas-nas. Oleh kerana itu menjadi tanggungjawab setiap mereka yang ingin terlibat mengkaji tingkah laku politik memahami maqasid siasah syaiyyah dan fikah maslahi.

2. KONSEP MAQASID

Terdapat pelbagai pendefinisian telah dilontarkan oleh ulama usul fiqh tentang istilah maqasid. Ulama klasik tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik terhadap maqasid, malah al-Syatibi yang terkenal sebagai pelopor ilmu maqasid pun tidak pernah memberikan definisi tertentu kepadanya. Namun ini tidak bermakna mereka mengabaikan maqasid syariah di dalam hukum-hukum syara'. Pelbagai tanggapan terhadap maqasid dapat dilihat di dalam karya-karya mereka. Kita akan dapati tanggapan ulama klasik yang pelbagai inilah yang menjadi unsur di dalam definisi-definisi yang dikemukakan oleh ulama mutakhir selepas mereka. Apa yang pasti ialah nilai-nilai maqasid syara' itu terkandung di dalam setiap ijtihad dan hukum-hukum yang dikeluarkan oleh mereka. Ini kerana nilai-nilai maqasid syara'itu sendiri memang telah terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Ada yang menganggap maqasid ialah maslahah itu sendiri, samada menarik maslahah atau menolak mafsadah. Ibn al-Qayyim menegaskan bahawa syariah itu berasaskan kepada hikmah-hikmah dan maslahah-maslahah untuk manusia samada di dunia atau di akhirat. Perubahan hukum yang berlaku berdasarkan perubahan zaman dan tempat adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan kemaslahatan kepada manusia.

Sementara Al-Izz bin Abdul Salam juga berpendapat sedemikian apabila beliau mengatakan syariat itu semuanya maslahah, samada menolak kejahatan atau menarik kebaikan.

Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kemudaratan. Al-Qadi I'yad telah berkata "berhukum untuk mengelakkan kemudaratan adalah wajib".Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kesusahan atau masyaqqah. Ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn al-Arabi dengan kata-katanya " Tidak harus membebankan seseorang dengan apa yang ia tidak mampu".

Ada juga yang memahami maqasid sebagai lima prinsip islam yang asas iaitu menjaga agama, jiwa, akal , keturunan dan harta. Di satu sudut yang lain, ada juga ulama klasik yang menganggap maqasid itu sebagai logik pensyariatan sesuatu hukum.

Manakala ulama-ulama mutakhirin seperti Al-imam al-Syatibi yang sinonim kepada ilmu maqasid tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik untuk istilah maqasid. Ini mungkin disebabkan beliau merasakan bahawa umum sudah memahaminya.

Page 4: Maqasid Syariah

Ibn Asyur mendefinisikan maqasid sebagai, segala pengertian yang dapat dilihat pada hukum-hukum yang disyariatkan pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya. Ini bermakna maqasid bukanlah pengertian yang dapat dilihat pada hukum-hukum tertentu secara khusus. Ibn Asyur telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Menurut beliau maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum-hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum. Manakala maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak- tanduk perseorangan.

I'lal al-Fasi mendefinisikan maqasid sebagai matlamat syariah dan rahsia-rahsia pensyariatan setiap hukum (islam). Beliau juga telah membahagikan maqasid kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Maqasid umum ialah matlamat syariah secara umum, manakala maqasid khusus ialah rahsia di sebalik setiap hukum. Walaubagaimanapun definisi ini telah dikritik oleh Dr. Iwad bin Muhmmad al- Qarni. Beliau mengkritik pendefinisian ini dengan mengatakan bahawa perkataan rahsia adalah kurang sesuai digunakan kerana rahsia bukanlah maqasid secara mutlak. Ada kalanya sesuatu rahsia itu menjadi maqasid dan pada ketika lain ia bukanlah maqasid kepada sesuatu.

Ahmad Al-Raisuni mendefinisikan maqasid sebagai "matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia". Beliau telah membahagikan maqasid dengan lebih teliti lagi berbanding dengan Ibn al-'Asyur iaitu dengan membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu maqasid umum , maqasid khusus dan maqasid serpihan (juziyy). Menurut beliau maqasid umum ialah objektif yang diambilkira oleh syara' dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum syara' , contohnya konsep keadilan dan kesamarataan (al-Musawah) yang terdapat dalam semua hukum syara'. Maqasid khusus ialah yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu atau beberapa kelompok hukum tertentu, contohnya hukum kekeluargaan. Manakala maqasid serpihan ialah yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu hukum tertentu, contohnya hukum sunat berkahwin. Namun apa yang menjadi topik perbincangan ilmu usul fiqh dan ilmu maqasid khasnya ialah maqasid umum. Manakala maqasid khusus menjadi topik perbincangan para fuqaha. Jika diteliti definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama tersebut, definisi yang paling tepat, padat dan merangkumi seluruh konsep maqasid ialah definisi yang dikemukakan oleh al-Raisuni.

Kesimpulannya maqasid syariah ialah "matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia".

3. SUBJEK-SUBJEK PERBAHASAN ILMU MAQASID

Subjek yang sering menjadi perbahasan di dalam ilmu Maqasid adalah seperti berikut:

i. Maqasid Ammah-

Aspek yang sering dibincangkan adalah maslahah serta mafsadah, illah, rukhsah, keutamaan syariat, prinsip persamaan, prinsip ketegaran dan keanjalan hokum, keringanan hokum syarak dan sebagainya.

Page 5: Maqasid Syariah

ii. Maqasid aqsam al-Shariah-

Perkara yang dibincangkan ialah Maqasid yang terdapat di dalam bidang-bidang fiqh yang tidak bersifat tegar (thabit) seperti bidang muamalat, munakahat dan kehakiman Islam.

iii. Cara-cara menentukan Maqasid-

Perkara yang dibincangkan adalah cara hendak menentukan Maqasid melalui al-Quran dan as-sunnah. Perbincangan juga dibuat dengan mengkaji ijtihad-ijtihad para ulama’ salaf.

iv. Martabat Maqasid-

Perkara yang dibincangkan adalah pembahagian kedudukan maqasid sama ada secara qat’iyy atau zanniyy.

v. Pembahagian maqasid dan wasail-

Perkara yang dibincangkan adalah perbezaan antara maqasid dengan wasail serta pembahagian keduanya kepada hak Allah s.w.t. dan hak manusia.

vi. Hubungan antara maqasid dengan ijtihad.

4. PEMBAHAGIAN MAQASID

Maqasid telah dibahagikan melalui dua sudut, iaitu dari sudut keumumaan dan dari sudut keperluan.

4.1.Sudut Keumuman

Dari sudut keumuman, Maqasid telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

Page 6: Maqasid Syariah

I. Maqasid Ammah: Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum-hukumnya. Contohnya menegakkan keadilan, menghasilkan kebaikan, menolak keburukan dan kesamarataan antara manusia (Muhammad Uqlah. hlm.112).

II. Maqasid Khassah:- Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu atau sekelompok hukum-hukum tertentu. Contohnya hukum-hukum muamalat, munakahat, jenayah dan sebagainya (Al-Risuni. hlm.15).

III. Maqasid Juz'iyyah:- Iaitu yang diambilkira oleh syariah dalam menentukan sesuatu hukum tertentu. Contohnya sunat berkahwin, makruh bercerai dan wajib membayar hutang (Al-Risuni. hlm.16).

4.2.Sudut Keperluan

Dari sudut keperluan, ilmu Maqasid telah dibahagikan kepada tiga bahagian juga, iaitu:-

i) Al-Dharuriyyat : Iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia samada bagi tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia. Kehidupan manusia akan menjadi rosak samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi.

ii) Al-Hajiyat : Ia merupakan keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan akhirat, yang mana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi tidak sempurna dan mengalami kesempitan ataupun tidak sampai ke tahap rosak.

iii) Al-Tahsiniyat : Iaitu keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Ianya hanya untuk tujuan keselesaan dan kecantikan. Contohnya : adat, akhlak dan etika.

5. SEJARAH KEMUNCULAN ILMU MAQASID

Sebenarnya ilmu maqasid telah wujud seiring dengan kewujudan fiqh. Namun kemunculannya pada ketika itu, tidak dirasakan kerana ianya hanya wujud di celah-celah perbahasan ulama’ mengenai Usul al-Fiqh.

Antara ulama’ yang selalu membincangkan megenai maqasid adalah Imam al-Haramyn. Beliau telah meyebutkan berpuluh-puluh kali perkataan “maqasid” di dalam kitabnya al-Burhan. Murid beliau iaitu imam al-Ghazali juga melakukan perkara yang sama di dalam beberapa kitab Usul al-Fiqh nya. Pada ketika itu, Maqasid tidak dibincangkan di dalam bab-bab yang khusus sebaliknya ia hanya dibincang secara sampingan di dalam sebahagian bab seperti al-Munasabah, al-Maslahah dan al-Ilah.

Page 7: Maqasid Syariah

Keadaan ini berterusan sehingga Imam al-Shatibiyy telah mewujudkan bab yang khusus mengenai Maqasid dan membincangkannya secara terperinci di dalam bab tersebut. Sumbangan beliau diterima oleh para ulama’ sehingga beliau digelar sebagai “Imam al-Maqasid”.

Namun begitu, ilmu Maqasid masih dianggap sebagai satu cabang daripada ilmu Usul al-Fiqh sehingga seorang ulama’ daripada Tunisia yang bernama Muhammad al-Tahir Ibn Ashur membincangkan ilmu Maqasid secara terpisah daripada Usul al-Fiqh di dalam kitabnya yang bernama “Maqasid al-Shari’ah al-Islamiyah”. Kitabnya telah membuka era baru bagi ilmu Maqasid, sehingga mendorong para ulama’ menganggapnya sebagai suatu disiplin ilmu yanag tersendiri dan wajib dikuasai oleh para mujtahid di zaman ini.

6. TUJUAN MAQASID

Bersesuaian dengan sifatnya yang benar, lurus dan menjadi tumpuan semua manusia, syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. tanpa mempunyai apa-apa tujuan selain untuk menghasilkan maslahah iaitu menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan pada masa ianya bertujuan menolak mafsadah iaitu menghindarkan kemudharatan atau keburukan yang mungkin menimpa manusia.

Inilah fokus utama maqasid atau tujuan syariah. Apabila manusia menerima pakai syariah Islam sebagai dasar perundangan samada bagi menjelaskan hak dan tanggungjawab sesama mereka atau sebagai kaedah penyelesaian pertikaian di antara pihak yang bertikai, sudah pasti tujuan utama atau maqasid syariah ini akan dapat direalisasikan. Kebaikan dan penghindaran daripada kemudharatan yang datang seiring dapat dilihat dan dimanifestasikan dalam sekurang-kurangnya lima maqasid syariah iaitu:-

i. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama;-

Ianya merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan atau hierarki maqasid syariah. Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada tuhan yang satu dan esa iaitu Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan unluk melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

"Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan [memintaj. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya".

(Surah al-lkhlas :1-3)

Page 8: Maqasid Syariah

Pada masa yang sama, Allah s.w.t telah mensyariatkan dakwah dan jihad sebagai pendekatan yang bagi memelihara kesucian dan kepercayaan terhadap agama Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah. . . ".

(Surah al-Imran :10)

ii. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia;

Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Justeru itu, Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boieh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara manusia semuanya. . . "

(Surah al-Maidah :32)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu membunuhjiwa yang diharamkan oleh Allah [meinbunuhnya] melainkan dengan sesuatu [sebab] yang benar. . . ".

(Surah al-Anam :151)

iii. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal.

Salah satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia dan tidak dianugerahkan kepada makhlukNya yang lain ialah akal dan kekuatan berfikir. Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Page 9: Maqasid Syariah

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta. . . ".

(Surah al-Alaq :1-2)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilinu dengan beberapa darjat. . . ".

(Surah al-Mujadalah : 11)

Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau minda manusia tidak diisi dengan ilmu pengetahuan, ianya akan mengakibatkan kepada kelemahan kekuatan berfikir. Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya. Kehidupan meraka akan menjadi rendah nilaianya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup untuk rnakan, minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk [isi neraka jahanam] kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami[ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah]. . . ".

(Surah al-Arafayat : 179)

Syariah Islam juga dalam usahanya menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal. Lantaran itu Allah s.w.t. mengharamkan arak dan sesuatu yang memabukkan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan itu. . . ".

(Surah al-Maidah : 90)

iv. Menjamin kehormatan dan maruah diri.

Page 10: Maqasid Syariah

Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap individu. la berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. Lantaran itulah syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Malah Islam sendiri, antaranya dibina di atas akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w. pemah bersabda yang bennaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia".

Jika diteliti seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa ianya bertujuan semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan terhormat. Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi. Semua ibadat khususiyyah ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban bagi membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak.

Pada masa yang sama, jika diperhatikan tegahan dan larangan Allah s.w.t., ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan. Perhatikanlah kesan pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain lagi. Lantaran ituiah, Allah s.w.t. telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini. Misalnya, dalam soal pengharaman zina, Allah s.w.t. telah berfirman, yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan yang salah".

(Surah al-Isra :32)

Dalam soal pengharaman judi dan meminum arak, Allah s.w.t, berfirman:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan itu. . . ".

(Surah al-Maidah : 90)

Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t. dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjamin kehormatan dan maruah diri.

v. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta.

Page 11: Maqasid Syariah

Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta. Menyedari hakikat inilah, syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. lanya dibincangkan secara meluas di dalam displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Fiqh Muamalat

Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta. Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah sw.t.. Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dari carilah dengan apa yang dikumiakan oleh Allah kepada engkau untuk kebahagiaan Hari Akhirat danjanganlah engkau lupa akan bahagianmu di dunia. . . ".

(Surah al-Qasas : 77)

Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Dalam hal ini, misalnya syariah Islam telah mengharuskan jualbeli dan telah mengharamkan riba. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

". . . Dan Allah telah menghalalkanjual beli dan mengharamkan riba. . . ".

(Surah al-Baqarah : 275)

Di samping itu, dalam usaha pemilikan harta ini, selain daripada riba, syariah Islam juga misalnya telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang [dalam timbangan dan sukatan]. laitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan [sebaliknya] apabila mereka menyukat dan menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. . . . ".

(Surah al-Mutaffifm : 1- 5)

7. KEDUDUKAN MAQASID SYARA' DALAM MENILAI SESUATU

Sebagaimana yang telah dimaklumkan ,sesungguhnya dalil-dalil syariat Islam menegaskan bahawa setiap hukum-hukumnya mempunyai maqasid dan maksud yang tertentu. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi makluman umum bahawa sesungguhnya tujuan pensyariatan itu ialah untuk kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.

Page 12: Maqasid Syariah

Maqasid syara' merupakan kayu ukur dalam menilai sesuatu. Dengan kata lain, dalam memahami sesuatu hukum ianya mestilah seiring dengan maqasid yang telah digariskan oleh syara’. Fenomena ini jelas dilihat di dalam al-Quran.dan al-Sunnah.

Jumhur ulama telah berpendapat bahawa hukum-hukum syara' mengandungi hikmah dan maqasidnya yang tersendiri yang mana ianya berkisar tentang menjaga kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Pengamatan terhadap hukum-hukum ini telah menghasilkan satu jalinan kaitan yang rapat antara hukum syara' dan maqasidnya.

Antara bukti-bukti yang mengukuhkan kedudukan maqasid sebagai hujah yang mengikat ialah:

i. Al-Quran al-Karim :

Al-Quran al-Karim yang merupakan sumber primer maqasid syara' samada secara langsung ataupun tidak, telah mengajar pengamalnya tentang setiap perkara itu haruslah bermatlamat. Daripada al-Quran kita dapat mengetahui maqasid pengutusan rasul-rasul, penurunan al-Quran, pentaklifan mukallaf dengan tanggungjawab dan pembalasannya dan maqasid kejadian alam dan manusia .Al-Quran telah menjelaskan maqasid penciptaan manusia ialah untuk pengabdian kepada Allah.

Al-Quran juga telah mengisbatkan prinsip utama islam diturunkan iaitu untuk menjaga agama, jiwa, akal ,keturunan dan harta.Jika diteliti kesemua hukum islam beredar di bawah naungan lima prinsip utama ini.

Al-Quran juga telah menentukan banyak maqasid dan hikmah sesuatu hukum disyariatkan yang seterusnya membentuk teori maqasid itu sendiri. Contohnya Maqasid larangan bersetubuh dengan isteri ketika haid ialah untuk mengelakkan penyakit, maqasid ibadat haji ialah mendapat faedah yang banyak antaranya penyatuan umat islam , maqasid perkahwinan ialah memelihara diri , dapat hidup dalam kasih sayang dan keharmonian, maqasid ibadat puasa ialah menjana sifat ketakwaan, maqasid larangan mendekati zina ialah kerana buruk akibatnya dan lain-lain maqasid yang banyak dinyatakan di dalam al-Quran.

Daripada al-Quran juga satu rumusan tentang berbagai kaedah fiqh "qawaid fiqhiyyah" dapat dibentuk .Kaedah fiqh ini penting dalam memahami hukum dan mempunyai kaitan rapat dengan maqasid syar'iyyah itu sendiri. Antaranya "Darurat (kes kesusahan )mengharuskan yang haram" , "setiap kesusahan atau masyaqqah itu diukur dengan seada-adanya", "setiap kesusahan ada kesenangannya", Ini bermakna maqasid mempunyai kedudukan yang kukuh dan nilai autoriti yang kuat dalam menilai sesuatu.

Hukum-hukum syara' bukan diturunkan secara serentak dan pelaksanaannya juga adalah secara berperingkat-peringkat.Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan sesuatu hukum itu akan sampai kepada matlamat ianya disyariatkan. Sesuatu hukum tidak akan mencapai maqasidnya seikiranya dijalankan pada masa yang salah atau dalam keadaan umat yang masih belum dapat menerima hukum itu. Contohnya pengharaman arak adalah secara berperingkat-peringkat ialah untuk memlihara maslahat umat pada ketika itu yang mana minuman arak adalah adat yang sukar untuk ditinggalkan secara sekaligus.Jika pengharaman dibuat secara drastik, kemungkinan umat islam pada ketika itu tidak dapat mentaati larangan Allah itu dan maqasid pengharamannya tidak dapat dicapai.

Jika diteliti ayat-ayat yang berkait dengan hukum-hukum fiqh, boleh dikatakan ada terselit maqasid di sebalik pensyariatan hukum tersebut.Bukan setakat itu sahaja, ilmu usul fiqh pula telah menyediakan pelbagai instrumen seperti qiyas dan al-zarai' yang boleh digunakan untuk meluaskan lagi aplikasi objekif di dalam sesuatu hukum

Page 13: Maqasid Syariah

kepada hukum yang lain.Walaupun tidak ada dalil yang khusus di dalam al-Quran yang menyatakan setiap hukum ada maqasidnya tetapi berdasarkan dalil-dalil secara umumnya dapat kita simpulkan bahawa al-Quran sentiasa mengambilkira aspek maqasid dalam menyatakan sesuatu hukum.

ii. As-Sunnah

Ianya adalah sebagai sumber kedua terpenting selepas al-Quran mempunyai peranan penting dalam menguatkan lagi apa yang dibawa oleh al-Quran, mentafsirkan al- Quran, menjelaskan dan menghuraikannya agar lebih jelas dan mudah dipraktikkan. Begitu juga di dalam bidang maqasid, as-Sunnah berperanan menguatkan lagi kedudukan maqasid dalam menilai sesuatu. Banyak as-sunnah yang menerangkan tentang sesuatu hukum turut menekankan aspek maqasid hukum tersebut. Contohnya hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Sesungguhnya agama itu mudah"

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith ini, dengan jelas ianya menunjukkan antara maqasid atau objektif syariat, iaitu memudahkan ummat, tidak membebankan dan senang untuk diamalkan. Begitu juga dengan sabda baginda :

"Rasulullah S.A.W jika diberikan peluang untuk memilih antara dua perkara, maka baginda tidak akan memilih kecuali yang paling mudah selagimana ianya tidak berdosa.."

(Riwayat al-Bukhari)

Ianya membawa objektif bahawa islam amat mementingkan kemudahan kepada umatnya. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah S.A.W bersabda :

"Jika tidak kerana menyusahkan umatku nescaya sudah aku suruh mereka bersiwak untuk setiap kali solat"

(Riwayat al-Bukhari)

Dari hadith ini jelas menunjukkan syariat islam bukan bertujuan untuk menyusahkan umat malah menyenangkan dan memastikan kemaslahatan mereka terjamin.

Autoriti maqasid syara' dalam menilai sesuatu tidak perlu dipertikaikan lagi kerana maqasid syara' bukanlah sesuatu yang asing dari dalil-dalil syara' malah ianya terkandung di dalam dalil-dalil itu sendiri samada secara langsung atau tidak. Hasil penelitian secara kuantitatif dan deduktif terhadap dalil-dalil ini menunjukkan setiap hukum yang disyariatkan mempunyai maqasid yang tersendiri yang akhirnya tertumpu kepada menjaga kemaslahatan manusia sejagat.

iii. Maqasid di Zaman Selepas Rasulullah s.w.t.

Page 14: Maqasid Syariah

Jika ditinjau pada zaman sahabat, mereka telah mengaplikasikan konsep maqasid syara' di dalam setiap ijtihad yang mereka lakukan. Jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah S.A.W. penggunaan konsep ini agak lebih meluas memandangkan banyak perkara-perkara baru yang tiada nas mula timbul hasil daripada peredaran zaman dan perkembangan semasa.

Kefahaman para sahabat terhadap al-Quran adalah istimewa berbanding dengan kefahaman orang lain kerana mereka bukan sahaja memahami zahir al-Quran malah menjangkau tujuan di sebalik penurunannya itu.

Justeru kita dapati ijtihad-ijtihad mereka bertepatan dengan kehendak syara' untuk menjamin kemaslahatan umat sejagat. Ahmad b. Hanbal menegaskan perbuatan para sahabat ini berpunca daripada pemahaman mereka tentang maqasid syara' itu sendiri. Antara contoh yang jelas ialah ijtihad mereka untuk mengumpulkan al-Quran di dalam satu mashaf, menjatuhkan talak tiga dengan satu lafaz, tidak membahagikan tanah rampasan perang kepada tentera dan banyak lagi.

Begitu juga keadaannya pada zaman tabi'in yang sempat hidup bersama sahabat. Mereka mewarisi secara praktikal pengambilkiraan maqasid syara' dalam mengeluarkan hukum yang berpusat kepada menarik maslahah dan menolak mafsadah. Seterusnya corak berijtihad seumpama ini diwarisi sehingga ke zaman imam mujtahid dan hari ini.

8. KESIMPULAN

Maqasid Syara' atau lebih popular dengan istilah maqasid syar'iyyah merupakan matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syara' dalam pensyariatan hukum.Umumnya maqasid ini tertumpu kepada menarik maslahah dan menolak mafsadah daripada manusia sejagat. Maqasid syariah merupakan penaung kepada dalil-dalil syara', ia bukannya sesuatu yang asing dari dalil-dalil syara' malah terkandung di dalamnya samada secara langsung atau tidak. Islam sebagai satu cara hidup adalah sesuai untuk semua bangsa dan setiap ketika bersumberkan wahyu yang berupa dalil-dalil yang terkandung di dalam al-Quran dan al- Sunnah.Dalil-dalil yang terbatas kuantitinya tidak akan terbatas aplikasinya sekiranya seorang mujtahid itu tidak hanya memahami dalil secara lateral semata-mata, malah melihat kepada aspek maqasid syara' di sebalik pensyariatan sesuatu hukum.

Justeru, kepentingan memahami maqasid syara' bagi seorang mujtahid dan pengkaji hukum tidak boleh dikesampingkan untuk memastikan penilaian yang dibuat terhadap sesuatu itu selari dengan kehendak al-Syari' . Islam adalah agama yang realistik dan mengambil faham bahawa pertembungan kuasa sentiasa ganas dan tidak ada rahmah. Sebab itu syarak menyebelahi sudut yang mejamin kekuatan umat Islam. Orang muda dalam politik berfikiran dangkal jika menganggap orang kafir akan membela nasib mereka dan menegakkan keadilan untuk mereka. Sangat janggal pemikiran kita jika mempercayai bahawa orang kafir akan menegakkan kesaksamaan yang tidak dapat ditegakkan oleh orang yang fasik di kalangan kita. Mereka adalah musuh Allah yang memperjuangkan kuasa kerana mahu kekuatan untuk melaksanakan agenda mereka.

Adalah menjadi tujuan pengutusan agama Islam supaya ia mengatasi semua agama walaupun dibenci oleh orang kafir. “Dialah yang mengutuskan Rasul dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya ia mengatasi segala agama, walapun dibenci oleh orang kafir”, “Dan Allah tidak akan menjadikan bagi orang kafir kelebihan atas orang Islam” (an-Nisa’: 141) “Pada hari ini aku sempurnakan bagi agama kamu, aku sempurnakan ke atas kamu nikmat ku, dan aku redha Islam sebagai agama (kuasa politik)”.

Page 15: Maqasid Syariah

Maqasid ini hanya akan dapat kita laksanakan jika kita memiliki wewenang yang sepenuhnya. Oleh itu siasah syariyah hanya menerima satu suasana sahaja iaitu kedudukan tertinggi. Siasah syariyah tidak boleh dicampur aduk dengan mana-mana siasah lain yang bertemakan sekular. Suasana yang kita ada hari ini adalah satu keadaan terpaksa.

http://mohamadsofee.blogspot.com/2011/04/kepentingan-maqasid-syariah-dalam.html

KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Maqasid Syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, pada hari ini teras Maqasid Syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam pentadbiran negara kita ke arah negara maju dan harmoni di mana prinsip asas ini juga menjadi keperluan fundamental kepada pengukuhan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pendidikan serta politik di samping pemantapan pengurusan masyarakat majmuk di Malaysia secara menyeluruh malah sebagai teras terpenting dalam pemerkasaan institusi perlembagaan serta perundangan negara berlandaskan prinsip maqasid syariah yang berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.

Menurut Dr. Murat Cizakca, maqasid syariah bermaksud matlamat-matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan oleh Allah untuk setiap hukum merujuk kepada pandangan I'lal al-Fasi. Sehubungan dengan itu, ilmu maqasid pula adalah merupakan ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah. Ini menunjukkan bahawa prinsip atau objektif asas ini merupakan kerangka terpenting dalam aplikasi kehidupan seharian sebagai pemacunya, lebih-lebih lagi dalam realiti hari ini yang cukup mencabar dan memerlukan satu pendekatan yang berkesan bagi memastikan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin.

Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati oleh Imam Syartibi dan Al Ghazali bahawa matlamat-matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu

Page 16: Maqasid Syariah

mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan serta kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia.

Dalam aspek yang lebih luas, maqasid syariah juga telah diperdebatkan sebagai matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat Islam demi kepentingan umat manusia sejagat merujuk kepada pandangan Ahmad Al-Raisuni. Selanjutnya, Ibnu Rusyd pula turut menyifatkan maqasid sebagai hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum. Manakala pada pandangan al-Syatibi, Allah telah menetapkan syariatNya untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia dan mengelakkan sebarang kerosakan daripada menimpa mereka. Dalam konteks ini, prinsip utama syariah tidak boleh dipandang ringan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya kerana matlamatnnya sangat objektif dan sangat praktikal bagi menjamin kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan keturunan umat manusia di mana prinsip maqasid syariah juga mampu membantu melancarkan urus tadbir sesebuah kerajaan dalam peranan pembentukan individu sehinggalah kepada sebuah negara yang sempurna sama ada dalam bidang intelektual, ketenteraan, sains teknologi, ICT dan sebagainya.

Ibnu Asyur pula telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus di mana maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum-hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum, manakala maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak-tanduk perseorangan di mana misalnya hukum merekodkan perjanjian hutang dalam bidang muamalat dan sebagainya. Ini adalah bagi memastikan bahawa apa yang ingin dilaksanakan atau dirancang memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua, terjamin serta menampakkan impak positif dan yang paling utama ialah tidak melanggar batasan atau kehendak syariat yang telah ditetapkan. Kepentingan asas dalam maqasid ini dalam usaha memahami dan melaksanakan dasar politik, ekonomi dan sosial yang bersesuaian, perlindungan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta adalah ciri universal yang sebenarnya mempunyai pengaruh besar dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

Bagi memastikan perbincangan berkenaan kepentingan maqasid syariah menjadi lebih tuntas maka adalah menjadi keperluan untuk merujuk kepada pandangan al-Syatibi bahawa maqasid syariah secara dasarnya terangkum dalam tiga kategori iaitu kepentingan dharuriyyat, iaitu segala yang sangat penting dalam survival kehidupan manusia untuk dipenuhi. Manakala keperluan hajiyat iaitu sesuatu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia di mana umat manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi dan keperluan tahsiniyat pula suatu keperluan yang tidak penting berbentuk keselesaan semata-mata, bukan suatu kemestian. Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutamanya apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi masyarakat madani yang adil dan progresif.

RUJUKAN

Asmadi Mohamed Naim, 2003. Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam(Maqasid Syariah and Islamic Management Thinking). Sintok: Penerbit UUM.

Page 17: Maqasid Syariah

Wan Jemizan Wan Deraman, 2010. Maqasid syariah dalam kewangan Islam. Utusan Malaysia, 31 Mac

Demokrasi juga maqasid syariah?, Utusan Malaysia, 2 Jun 2009

Laman web: http://fikrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm