pim3114 usul fiqh

48
PIM 3114 PENGAJIAN FIQH

Upload: hafiza-nur

Post on 27-Oct-2015

152 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pim3114 Usul Fiqh

PIM 3114

PENGAJIAN FIQH

Page 2: Pim3114 Usul Fiqh

DEFINISI

• ILMU USUL FIQH – Satu ilmu yang membincangkan metodologi mengeluarkan hukum daripada nas Al-Quran dan Sunnah.

Page 3: Pim3114 Usul Fiqh

DEFINISI BAHASA

• ILMU

• USUL

• FIQH

• Beberapa persoalan atau kes yang dikaji dalam sesuatu disiplin ilmu

• Dalil-dalil al-Quran,Sunnah,Ijmak,Qiyas dsb

• Faham

Page 4: Pim3114 Usul Fiqh

DEFINISI SYAFIEYYAH

• Mengetahui dalil-dalil Fiqh secara umum dan bagaimana menggunakan dalil-dalil tersebut serta mengetahui keadaan al-mustafid iaitu orang yang ingin mengeluarkan hukum tersebut.

Page 5: Pim3114 Usul Fiqh

DEFINISI HANAFIYYAH/MALIKIYYAH/HANABILAH

• Mengetahui kaedah-kaedah yang dapat membawa kepada istinbat hukum-hukum syarak yang furu’ daripada dalil-dalilnya yang terperinci.

Page 6: Pim3114 Usul Fiqh

RUMUSAN DEFINISI

• USUL FIQH ialah kaedah-kaedah yang dipergunakan sebagai alat untuk mengeluarkan hukum-hukum syariah yang amali dari dalil-dalil tafsili (satu persatu)

Page 7: Pim3114 Usul Fiqh

FAEDAH MEMPELAJARI USUL FIQH

• 1. untuk mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmah-hikmahnya

• 2. mengetahui cara-cara mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya

• 3. dapat menentukan hukum keatas perbuatan mukalaf

• 4. boleh mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid

Page 8: Pim3114 Usul Fiqh

BIDANG PERBAHASAN

• Berkisar dalam menganalisis cara-cara mengeluarkan hukum syarak supaya mujtahid tidak terpesong dari kebenaran

• Kaedah syarak yang umum dibahas dan dikaji bagi mengetahui keadaan dan suasana

• Contoh : perintah al-amr memahamkan hukum wajib

Page 9: Pim3114 Usul Fiqh

PERBAHASAN ILMU USUL FIQH

• 1. DALIL – sumber-sumber hukum

• 2. HUKUM-HUKUM YANG DIAMBIL (ISTINBAT) DARIPADA DALIL

• 3. MUJTAHID – mereka yang layak menjadi ahli ijtihad

Page 10: Pim3114 Usul Fiqh

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

• Zaman Rasulullah saw Rasulullah saw sebagai tempat rujukan

• Zaman Sahabat ra. al-Quran dan al-hadith sebagai rujukan memiliki kejernihan sanubari,kecerdikan akal

fikiran dan minat mendalam terhadap risalah rasulullah saw.

Page 11: Pim3114 Usul Fiqh

• Abad pertama dan awal abad kedua belum mendesak dalam mencatat dan

menyusun kaedah usul fiqh

• Pertengahan Abad ke 2Sudah banyak mengalami perubahan

Page 12: Pim3114 Usul Fiqh

• 1. empayar kerajaan Islam meluas kepelusuk rantau dunia

• 2. ramai manusia telah menganut agama Islam

• 3. masyarakat Islam sudah mengamalkan penggunaan pelbagai bahasa di samping bahasa arab

akibatnya :

Page 13: Pim3114 Usul Fiqh

• akibatnya :1. memberi kesan kepada keaslian bahasa arab2. ramai yang tidak memahami bahasa arab menyukarkan memahami al-quran dan al-hadith.3. orang arab sendiri sudah mulai mengalami kelemahan bahasa arab sendiri

Page 14: Pim3114 Usul Fiqh

• 4. wujud anasir-anasir yang kurang jujur terhadap hukum-hukum Islam

Kesan : langkah positif kearah mencatit dan menyusun kaedah-kaedah usul fiqh sebagai panduan dan pedoman juga asas kepada hukum-hukum Islam yang benar.

Page 15: Pim3114 Usul Fiqh

PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

• Orang yang pertama menyusun ilmu usul fiqh ialah Imam Muhammad bin Idris as-Syafei

• Kitab Usul Fiqh pertama “ ar-Risalah”• Kandungannya :

i. persoalan hieraki sumber hukum.ii.memperkatakan tentang suruhan, larangan,keterangan, nasakh, dan hukum illat yang dinaskan daripada qiyas, dsb

Page 16: Pim3114 Usul Fiqh

PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

• Imam Abu Hanifah menggunakan ijtihad atau al-ra’y

• Aliran al-ra’y berkembang di Iraq• Fuqaha Iraq banyak menggunakan akal dan

bersikap berani dalam memberi fatwa• Menjadikan aliran al-ra’y berkembang sebagai

satu mazhab.

Page 17: Pim3114 Usul Fiqh

KITAB PRIMER USUL FIQH

• KITAB IMAM SYAFEI :• al-umm• al-risalah• al-hujjah

• Kitab-kitab ulama lain

Page 18: Pim3114 Usul Fiqh

HUKUM SYARAK

• Al-Hukum – al-Man’u / tegah

• Hukum – sebagai perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada secara menentukan, memberi pilihan atau wad’i (memberi petanda)

Page 19: Pim3114 Usul Fiqh

HUKUM SYARAK

• TUNTUTAN (االقتضاء) iaitu tuntutan membuat atau meninggalkan sesuatu dengan secara pasti atau sebaliknya.

• MEMBOLEHKAN (تخيير ) PILIHAN iaitu samada hendak buat atau meninggalkannya

• MENJADIKAN SESUATU SEBAGAI ADANYA YANG LAIN ,iaitu menjadikan sebagai sebab, syarat ( الوضع )mani’ (مانع ) dan penghalang bagi adanya yang lain.

Page 20: Pim3114 Usul Fiqh

BAHAGIAN HUKUM SYARAK

• 1. HUKUM TAKLIFI ialah firman Allah yang menuntut :

• sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti atau sebaliknya, atau

• meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti atau sebaliknya, atau

• Yang membolehkan sesuatu untuk diperbuat atau ditinggalkan

Page 21: Pim3114 Usul Fiqh

HUKUM TAKLIFI

• Bahagian-bahagian hukum taklifi : (jumhur ulama)

• 1. ijab• 2. nadab• 3. tahrim• 4. karahah• 5. ibahah

Page 22: Pim3114 Usul Fiqh

HUKUM TAKLIFI• Bahagian-bahagian hukum taklifi : (pendapat

Hanafiyyah)

• 1. fardu• 2. wajib• 3. tahrim• 4. karahah tahrim• 5. karahah tanziah• 6. nadab• 7. ibahah

Page 23: Pim3114 Usul Fiqh

HUKUM SYARAK• 2. HUKUM WAD’EI ialah firman Allah yang

menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau halangan sesuatu hukum.

• Bahagian hukum wade’I :• Sebab• Syarat• Halangan• Sah• Batal

Page 24: Pim3114 Usul Fiqh

SEBAB

• Sesuatu yang terang dan tertentu yang dijadikan sebagai permulaan adanya hukum, artinya dengan adanya sebab akan wujudnya hukum (musabbab)

• Contoh : surah al-Maidah ayat 38(hukum taklifi iaitu larangan mencuri, pencurian sebagai sebab wujudnya hukum potong tangan)

Page 25: Pim3114 Usul Fiqh

SEBAB• Sebab terbahagi dua :

• 1. sebab di luar usaha dan kesanggupan mukallaf, seperti keadaan memaksa (darurat) menjadi sebab memakan bangkai

• 2. sebab yang disanggupi dan dapat diusahakan oleh mukallaf, seperti kahwin menjadi sebab adanya hak waris-mewarisi.

Page 26: Pim3114 Usul Fiqh

SYARAT

• Sesuatu yang kerananya baru ada hukum, dan dengan ketiadaannya tidak akan ada hukum.

• Contoh : genap satu haul adalah syarat wajibnya zakat harta perniagaan, tidak ada haul, tiada kewajipan zakat

Page 27: Pim3114 Usul Fiqh

MANI’ / PENGHALANG

• Sesuatu hal yang kerana adanya menyebabkan tidak adanya hukum atau tidak adanya sebab bagi hukum

• 1. contoh penghalang hukum :najis yang terdapat dalam tubuh atau pakaian orang yang sedang solat menyebabkan tidak sah solat

Page 28: Pim3114 Usul Fiqh

• 2. contoh penghalang sebab hukum :sebab adanya kewajipan zakat, iaitu kelebihan harta yang sampai nisab, akan tetapi kalau orang itu mempunyai hutang sebanyak harta bendanya maka tidak ada kewajipan zakat

Page 29: Pim3114 Usul Fiqh

SAH DAN BATAL

• SAH : sifat yang diberikan kepada semua perbuatan yang memberi kesan kepada hukum

• BATAL : sifat yang diberikan kepada semua perbuatan yang tidak dapat memberi kesan kepada hukum

Page 30: Pim3114 Usul Fiqh

RUKUN HUKUM SYARAK

• 1. MAHKUM BIH/FIH iaitu sifat syar’ei • 2. MAHKUM ALAIH iaitu orang mukallaf

dimana perbuatannya menjadi tempat berlakunya hukum Allah dan firmanNya

• 3. AL-HAKIM iaitu yang menetapkan hukum atau menetapkan baik buruknya perbuatan ialah Allah swt

Page 31: Pim3114 Usul Fiqh

MAHKUM FIH

• Arahan Allah berbentuk hukum samada perintah atau tegahan

• Ia juga merupakan sifat syar’ie yang ditetapkan oleh syarak pada perbuatan mukalaf

• Perbuatan yang dihukumkan ada lima, wajib, sunat (mandub), haram, makruh dan mubah.

Page 32: Pim3114 Usul Fiqh

SYARAT-SYARAT MAHKUM FIH

• 1. perintah adalah pada perbuatan yang mungkin berlaku, tiada perintah terhadap perbuatan mustahil yang mungkin tidak wujud.

• 2. perbuatan dapat dibezakan daripada perbuatan lainnya supaya dapat ditujukan niat terhadap perbuatan tersebut

Page 33: Pim3114 Usul Fiqh

SYARAT-SYARAT MAHKUM FIH

• 3. diketahui atau mungkin diketahui bahawa perbuatan itu diperintahkan Allah sehingga dalam mengerjakannya ada kehendak dan rasa taat kepada Allah

• 4. perbuatan seharusnya dalam kadar yang mampu dilaksanakan

Page 34: Pim3114 Usul Fiqh

PEMBAHAGIAN MAHKUM FIH

• 1. Bebanan tugasan yang mampu dipikul. contoh : haji

• 2. Bebanan yang tidak dapat dilakukan kecuali setelah mengalami kesusuahan yang amat sangat.contoh : jihad menegakkan agama Allah

Page 35: Pim3114 Usul Fiqh

MAHKUM ‘ALAIH

• Orang mukallaf iaitu perbuatannya menjadi tempat berlakunya hukum Allah dan firmanNya.

• Contoh : firman Allah :”dirikan solat……” perintah ini ditujukan kepada orang mukallaf yang dapat mengerjakan solat bukan kepada kanak-kanak atau orang gila

Page 36: Pim3114 Usul Fiqh

SYARAT-SYARAT MAHKUM ‘ALAIH

• Syarat Mukallaf adalah kemampuan memahami tugas

• Syarat : • Kemampuan memahami kehendak taklif itu

sendiri• Berakal

Page 37: Pim3114 Usul Fiqh

PEMBAHAGIAN KEMAMPUAN

• 1. Kemampuan menerima (ahliyyah al-wujud), ialah kepatuhan seseorang untuk mempunyai hak dan kewajipan.

• dasarnya ialah kemanusiaan, iaitu selama masih hidup maka kemampuan tersebut tetap dimiliki

Page 38: Pim3114 Usul Fiqh

PEMBAHAGIAN KEMAMPUAN

• 2. Kemampuan berbuat ( ahliyyah al-Aada’) , iaitu kepatuhan seseorang untuk ditentukan sah kata-kata atau perbuatan dari sudut syara’

• dasarnya ialah berakal dan baligh dijadikan ukuran.

Page 39: Pim3114 Usul Fiqh

• 1. Kemampuan menerima

• i. menerima tidak penuh ; contoh: bayi yang belum dilahirkan

• Ii. Menerima penuh ; contoh : bayi yang telah dilahirkan

Page 40: Pim3114 Usul Fiqh

• 2. Kemampuan berbuat

• i. berbuat tidak penuh ; contoh : kanak-kanak yang sudah mumaiyyiz

• Ii. Berbuat yang penuh ; contoh : orang yang sudah dewasa.

Page 41: Pim3114 Usul Fiqh

HALANGAN-HALANGAN AHLIYYAH

• 1. bukan daripada perbuatan manusia :contoh; gila, lupa, tidur, pengsan, sakit, haid, nifas dan mati

• 2. dari perbuatan manusia :contoh; mabuk, musafir dan paksaan

Page 42: Pim3114 Usul Fiqh

AZIMAH DAN RUKHSAH

• AZIMAH : peraturan agama yang pokok / asas dan berlaku umum semenjak dari mula lagi. Berlaku umum meliputi seluruh mukallaf dalam segenap waktu dan keadaan dan sebelum peraturan itu tiada sebarang peraturan lain yang mendahuluinya.

• RUKHSAH : peraturan tambahan yang berhubung dengan hal-hal yang tertentu dan memberatkan sebagai pengecualian daripada peraturan asas.

Page 43: Pim3114 Usul Fiqh

AZIMAH DAN RUKHSAH

• Contoh azimah : semua bangkai haram dimakan dalam apa jua keadaan – peraturan pokok

• Contoh rukhsah :dalam keadaan terpaksa, bangkai boleh dimakan asal tidak menentang dan berlebihan – pengecualian dari peraturan pokok.

Page 44: Pim3114 Usul Fiqh

PUNCA BERLAKUNYA RUKHSAH

• 1. DARURAH – kesukaran yang tidak tertahan lagi oleh manusia.

• Contoh : tidak berpuasa , apabila berpuasa akan terkena sakit yang membawa kepada mati

Page 45: Pim3114 Usul Fiqh

• 2. MASAQAH (kesukaran) – perkara yang berat yang masih boleh ditanggung oleh manusia. Boleh mengambil rukhsah dan kelapangan baginya dan boleh pula mengambil azimah meskipun mendapat masaqah.

• Contoh : musafir ( surah an-Nisa’ ayat 101)

Page 46: Pim3114 Usul Fiqh

BAHAGIAN RUKHSAH

• 1. rukhsah melakukan perkara yang haram.

• Contoh : surah an-Nahl ayat 106

• 2. meninggalkan perkara yang wajib apabila sukar melakukannya.

• Contoh : surah al-Baqarah ayat 183

Page 47: Pim3114 Usul Fiqh

BAHAGIAN RUKHSAH

• 3. hukum syarak sebelum Islam

• Contoh : memotong kain tempat terkena najis, bertaubat dengan cara membunuh diri dsb

• 4. akad yang dikecualikan dari kaedah umum dan tidak sempurna syarat sahnya tetapi dikira sah oleh hukum Islam, contoh : jualbeli salam, tempahan dsb.

Page 48: Pim3114 Usul Fiqh

• KESIMPULAN :

RUKHSAH ialah memberi kelapangan bagi seseorang mukallaf sehingga ia bebas memilih antara azimah dan rukhsah mana yang dikehendakinya.