sumber hukum ilmu usul fiqh

35
SUMBER HUKUM ILMU USUL FIQH Kuliah 1

Upload: sapiyah-mdrangga

Post on 07-Oct-2015

136 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ilmu Usul Fiqh merujuk kepada sumber-sumber hukum yang disepakati ulamak iaitu Al0Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas sebagai sumber utama.

TRANSCRIPT

Sumber hukum ilmu ususl Fiqh

Sumber Hukum Ilmu Usul FiqhKuliah 1PendahuluanSumber hukum atau dalil perundangan ialah sumber pengambilan di dalam menetapkan sesuatu hukum syarak, sama ada ia berasaskan sumber yang disepakati oleh ulamak mujtahid ataupun sumber yang tidak disepakati mereka.Bahagian Sumber Hukum Sumber hukum terbahagi dua: 1. Dalil Qati al-Quran al-Sunnah Ijmak Ulamak al-Qiyas 2. Dalil ZanniAl-QuranSebuah kitab suci yang menganduni berbagai jenis ilmu pengetahuan, undang-undang syarak, adab peraturan, berita ghaib dan mengenai berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang.Al-Quran adalah suatu lafaz yang boleh difahami iaitu bahasa arab yang diturunkan kepada nabi Muhammad saw yang dapat melemahkan musuhnya dengan sesuatu ayat dan surah yang terkandung di dalamnya, yang dipindahkan dengan cara mutawatir dan sesiapa yg membacanya merupakan ibadah.Jenis Kandungan al-QuranAyat MuhkamatAyat MutasyabihatDinyatakan dalam al-quran ayat 7 surah Ali Imran bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu( wahai Muhammad) kitab suci al-Quran. Sebahagian besar daripadanya ialah ayat-ayat muhkamat( yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat muhkamat itu ialah ibu atau pokok isi al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat mutasyabihat( yang samar2 , tidak terang maksudnya)Ayat MuhkamatAyat yang terang dan jelas maksudnya dan dapat difahami dengan mudah.Contoh: Surah al-Baqarah : 275Surah Al-Baqarah : 43Aat MutasyabihatMembawa 2 pengertian. 1. Pengertian pertama Ayat yang mengandungi beberapa pengertian dan ia tidak dapat ditentukan apa maksud sebenarnya, melainkan dengan menyelidiki secara mendalam dan menilai serta berpandukan dalil untuk menentukan maksud sebenarnya. Contoh ayat Mujammal dan ayat yang mengandungi lafaz musytarak.Contoh i. Surah Al-Baqarah ayat 237 Lafaz mujammal..tidak jelas siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan orang yang memegang ikatan nikah, suami atau wali.Untuk beramal perlu mencari dalil yang menentukan erti sebenar.ii. Surah al-Baqarah ayat 228 Lafaz musytarak yang membawa erti suci dan haidhPengertian keduaAyat mutasyabihat ialah ayat yang mana Allah sahaja yang mengetahui maksud sebenarnya. Contoh ayat yang berkait dengan alam ghaib, syurga dan ayat-ayat yang mnenunjukkan seolah-olah Allah bersifat seperti makhluk, ayat-ayat yang dimulakan dengan huruf dan lainnya.contohSurah al-Fath ayat 10 Surah al-Baqarah ayat 43 ayat 1

Ada 2 pendapat ulamak berkaitan ayat ini i. Boleh ditakwilkan

ii. Tidak boleh beramal dan tidak boleh ditakwilkanPeranan al-Quran Dalam PerundanganAl-Quran membawa dalil yang berbentuk umum yang mengandungi hukum.Al-Quran mengandungi arahan dan tegahan secara langsung dan digunakan sebagai penetapan dari Allah tanpa pentafsiran.Ulamak mengkaji sebab penurunan ayat, serta nasikh mansukh terlebih dahuluAl-Quran juga menerangkan hukum-hukum yang terkandung dalam kitab-kita terdahulu kecuali ada ayat yang memansukhkanCara al-Quran menunjukkan HukumHukum secara QatI Hukum yang pasti yang tidak dipertikaikan lagi maksud dan hukumnya. Contoh: ... 38Hukum secara zanniContoh perempuan yang diceraikan, iddahnya tiga kali suci atau tiga kali haidhTerdapat juga dalam al-Quran yang menunjukkan hukum secara qati dan juga zanniContoh ayat 2 surah al-Maidah ......... Secara Qati wajib sapu kepala ketika berwudhukSecara zanni qadar kepala yang wajib disapukanKeistimewaan al-QuranKetinggian bahasa al-Quran dari segi susunan dan kesusateraan, merangkumi semua aspek kehidupan Memberitakan peristiwa2 yang akan berlakuMenceritakan peristiwa lampau dan kisah umat terdahuluBertepatan dan menunjukkan perkara yang sesuai dengan teori dan amali

Hukum al-Quran sesuai dilaksanakan sepanjang masa, tempat, bangsa dan situasiPrinsip al-Quran dalam melaksanakan hukum untuk kepentingan hidup manusiaAs-SunnahBahasaAs-sunnah perjalanan, kelakuan,perangai sama ada baik atau buruk.Hadis perkataan atau ucapanAthar sisa atau bai atau peninggalanIstilah segala apa yang disandarkan kepada Nabi dari segi perkataan, perbuatan, sifat, tingkahlaku, perjalanan hidup, pengakuan atau takrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepas baginda dibangkitkan.Jenis-Jenis As-SunnahSunnah Qauliyyah

Sunnah Filiyyah

Sunnah Taqririyyah

Sunnah HamiyyahKehujjahan As-Sunnah Dalam PerundanganFirman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 7 Hadis Rasulullah saw tentang peristiwa Muaz bin Jabal ketika diutus ke Yaman Peranan As-SunnahMenyokong n menguatkan hukum yang sama dalm al-Quran. Contoh hukum wajib solat,haram menderhaka kepada ibubapa, puasa dllPerjelas ayat-ayat al-Quran yang umum dan mujmal. Contoh suruhan solatMengkhususkan hukum al-Quran yang umumMuqayyadkan hukum al-Quran yang mutlak.Contoh hukum potong tangan pencuriMembawa hukum baru yang tidak ada dalam al-Quran. Contoh hukuman penzina yang telah berkahwin.Dan menghimpunkan seseorang dengan emak saudaranya sebagai isteri dalam satu masaIjmak UlamakBahasa: niat dan bersetuju di dalam sesuatu perkara untuk melaksanakannya.Azam dan kesungguhan dalam menghasilkan sesuatu.Istilah :- Persepakatan ulamak mujtahid daripada umat Nabi Muhammad selepas kewafatan nabi Muhammad dalam perkara yang berhubung dengan hukum syarak.

Rukun IjmakSemua ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah berkaitanWujudnya sejumlah ulamak mujtahid pada masa berlakunya sesuatu masalah atau perkaraSepakat semua ulamak mujtahid mengenai hukum terbabitSepakat ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat masing-masing secara tegas sama ada berupa perkataan, perbuatan sama ada secara sendiri atau berkumpulan.Bahagian IjmakIjmak Soreh atau hakiki sepakat semua ulamak mujtahid pada satu masa tertentu dalam masalah hukum agama, masing-masing mengeluarkan dan melahirkan fatwa baik dalam bentuk perbuatan atau perkataan.Ijmak sukuti atau Itibari sebahagian ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat mereka melalui fatwa sedangkan sebahagian ulamak mujtahid lain mendiamkan diri, tidak menyatakan pendapat atau tidak sependapatAL-QIYASBahasa ukuran, persamaan, iktibar, tamsil dan menyerupai/mumasalahIstilah- menurut Qadhi al-Baidhowi, menetapkan suatu perkara pada suatu perkara lain kerana berkongsi keduanya pada illah hukum.Contoh:Allah mengharamkan minum arak dengan dalil nas dan wajib dikenakan had ke atas peminumnya. Para mujtahid mendapati illah dan sebab pengharamannya ialah memabukkan. Maka diqiyaskan terhadapnya setiap yang memabukkan selain daripada arak seperti todi, ganja, dadah dan wiski adalah haram Rukun QiasPerkara asalHukum perkara asalPerkara cabangillah hukum illah hukum yang berkongsi antara perkara asal dengan perkara cabang yang menetapkan hukumpada perkara asal. contohPerkara asal : ArakHukum perkara asal : HaramPerkara cabang : Perahan anggurillah hukum : MabukSyarat bagi rukun QiasSyarat bagi perkara asal : I. Boleh diqiaskan utk perkara cabang. Hukum khusus tidak boleh diqiaskan spt hukum Rasulullah berkahwin lebih daripada empat wanita. Khusus utk Rasulullah s.a.wii. Perkara mustahil yang tidak bleh diqiaskan. Contoh, bilangan solat, kadar hukum hududSyarat bagi hukum perkara asal i. hendaklah daripada hukum syarak ii. Hendaklah hukumnya tetap dan tidak dimansuhkan iii. Ketetapan hukum melalui nas iv. Hendaklah bersebab dengan sebab yang boleh diketahui kewujudannya v. Hendaklah mendahului ketetapan hukum daripada hukum perkara cabangSyarat bagi perkara cabangHendaklah terdapat sebab yang boleh menetapkan hukum perkara asal kepada perkara cabangIi. Tidak boleh perkara cabang telah dinaskan hukumnya oleh al-Quran, As-Sunnah atau ijmak.Syarat pada illah hukumHendaklah ia merupakan sifat zahir yang tercapai hukum pada perkara asal dan cabangHendaklah merupakan sifat tetap. Tidak berbeza dengan sebab berbezanya manusia dan keadaan.Hendaklah sifatnya sesuai bagi hukumTidak boleh illah hukum menyalahi nas atau ijmak.Sekian .