pemahaman maqasid syariah melalui teori fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/pemahaman maqasid...

25
Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam Menanggapi Beberapa Isu Fiqh Di Malaysia oleh Wan Ji bin Wan Hussin Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi ijazah Sarjana Sastera Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2016

Upload: doannhi

Post on 09-Mar-2019

294 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-

Zarai’e Dalam Menanggapi Beberapa Isu Fiqh Di

Malaysia

oleh

Wan Ji bin Wan Hussin

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi ijazah

Sarjana Sastera

Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2016

Page 2: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

i

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah

hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi

kepada mana-mana Universiti atau Institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)

SEKATAN Saya bersetuju bahwa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh) bagi

tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian

Siswazah

Dari tarikh hingga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi

1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh

organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat Salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian.

TANDATANGAN TANDATANGAN PENYELIA

No KP: 820112-03-5157 DR NIK YUSRI MUSA

Tarikh: 17 Ogos 2016 Tarikh:

Page 3: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

ii

PENGHARGAAN

هلل دمحلا ن يذلا نه انك امو ,ذاهل اهدا ل و يدت ل ل ن ان ا ال اهدا هل لوا , صا م و ةل ل سا ل ي ا عل س الور ن مكلا ي ر هلا يلوع ,

به صح و ين ع جم ما : أ عد أ ب

Syukur kepada Tuhan yang memberikan rahmat dan kasih sayangNya menjadikan

kajian ini berjalan dengan lancar. Selawat dan salam terhadap junjungan mulia,

Rasulullah saw, ahli keluarga dan sahabat baginda saw yang diredhai oleh Allah swt.

Penghargaan kepada isteri, Puan Salmizatulakma binti Mohd Salleh dan anak-

anak tersayang, Wan Khaulah Faqihah, Wan Aisyah Faqihah, Wan Ammirah Faqihah

dan Wan Abdullah Azzam; tidak lupa terhadap ibu dan bapa tercinta, Tuan Haji Wan

Hussin bin Wan Hassan dan Puan Salmah binti Zakaria yang tidak pernah mengeluh

dengan keterbatasan penulis bersama keluarga dalam usaha menyiapkan kajian ini.

Penghargaan tidak terhingga buat Dr Nik Yusri bin Musa sebagai penyelia utama

yang tidak jemu melayan kerenah penulis dalam menyiapkan kajian ini. Penghargaan

juga diberikan kepada pemeriksa luar dan dalam, Dr Wan Zulkifli bin Wan Hassan

dan Dr Mohd Zain bin Mubarak di atas komen-komen dan tunjuk ajar yang diberikan.

Terima kasih juga kepada Fadzlul Rahimi Ahmad Bustami, Saiful Amri, Wan Fakeru

Firdaus, Hazwan Husin dan lain-lain kerana turut sama membantu penulis. Semua

usaha itu semoga dibalas dengan ganjaran yang setimpal di sisi Allah swt.

Moga-moga kajian ini dapat dimanfaatkan dalam mencapai bekalan akhirat

kelak. Amin, Ya Rab al-‘Alamin.

Page 4: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

iii

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Persoalan Kajian 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Skop Kajian 6

1.7 Kajian Lepas 7

1.8 Huraian Tajuk 8

1.9 Metodologi Kajian 10

1.9.1 Pengumpulan Data dan Fakta 10

1.9.2 Analisis Fakta 14

1.10 Sistematik Kajian 17

1.11 Jangkaan Hasil 19

BAB 2 PENGENALAN MAQASID SYARIAH

2.1 Pengenalan 20

2.2 Definisi Maqasid Syariah 21

2.3 Perkembangan Ilmu Maqasid Syariah 24

2.4 Sumber Maqasid Syariah 34

2.4.1 Dalil al-Quran dan al-sunnah yang jelas 35

2.4.2 Mengetahui maqasid melalui dalil tersirat 42

Page 5: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

iv

2.4.3 Mengetahui maqasid melalui istiqra’ atau induktif terhadap

kebanyakan urusan syariah

44

2.4.4 Melihat pemahaman sahabat terhadap Al-Quran dan al-Sunnah 56

2.5 Pembahagian Maqasid Syariah 61

2.5.1 Maqasid Umum 61

2.5.2 Maqasid Khusus 63

2.5.3 Maqasid Juz’I 64

2.5.4 Maqasid Kulli 65

2.6 Maslahah dan mafsadah 67

2.6.1 Peranan Akal 72

2.6.2 Tidak Berasaskan Hawa Nafsu 76

2.6.3 Sangkaan (zan) yang kuat 78

2.6.4 Sokongan atau Qarinah 87

2.6.5 Bawah penjagaan kulliyat yang lima 89

2.6.6 Tidak Menyalahi Qatie Dilalah 96

2.6.7 Tidak Bercanggah dengan Qiyas 99

2.6.8 Tidak Sampai Terluput Maslahah Yang Lebih Besar 101

2.7 Fiqh Muwazanat 105

2.7.1 Darjat 106

2.7.2 Kadar 109

2.7.3 Keluasan 112

2.7.4 Masa 114

2.7.5 Jangkaan hati 115

2.7.6 Jenis 116

2.8 Kesimpulan 123

BAB 3 PENGAMALAN TEORI FATH AL-ZARAI’E

3.1 Pengenalan 126

3.2 Definisi Fath al-Zarai’e 127

3.3 Dalil-dalil Fath al-Zarai’e 132

3.3.1 Melihat tunang 132

Page 6: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

v

3.3.2 Kisah Nabi Yusuf dan abang-abangnya 135

3.3.3 Keizinan berbohong 135

3.3.4 Keizinan menyebut kalimah kufur 137

3.3.5 Kaedah Fiqh 139

3.3.6 Fiqh Muwazanat 141

3.4 Perbahasan tentang al-Zarai’e 143

3.4.1 Pengamalan al-Zarai’e 143

3.4.2 Skop al-Zarai’e 154

3.5 Pandangan Ulama Terhadap Pengamalan Fath Al-Zarai’e 166

3.6 Perkaitan Fath al-Zarai’e 168

3.6.1 Ijtihad Tanzili atau Ijtihad Adaptasi 169

3.6.2 Al-Manat atau tambahan hukum 172

3.6.3 Wasail atau wahana 179

3.6.4 Maalat atau implikasi 184

3.6.5 Tadarruj atau bertahap-tahap 190

3.6.6 Perkaitan masa, tempat dan situasi 194

3.7 Perbezaan Antara Fath Al-Zarai’e Dengan Sad Al-Zarai’e 200

3.8 Dhawabit Teori Fath Al-Zarai’e 203

3.8.1 Tercapai maslahah secara pasti 204

3.8.2 Tidak sampai mendatangkan mafsadah yang lebih besar 205

3.8.3 Mafsadah yang boleh diatasi tidak boleh dihalang 206

3.8.4 Meletakkan syarat-syarat yang ketat 207

3.8.5 Perlu dilihat pada implikasi di samping niat juga perlu baik 207

3.8.6 Tidak digunakan untuk menghalalkan yang haram 208

3.9 Kesimpulan 210

BAB 4 APLIKASI TEORI FATH AL-ZARAI’E DENGAN ISU FIQH

DI MALAYSIA

4.1 Pendahuluan 213

4.2 Non Muslim Menjadi Pemimpin 213

4.2.1 Definisi politik 215

Page 7: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

vi

4.2.2 Pendapat mengharamkan non Muslim sebagai pemimpin 219

4.2.3 Prinsip perlembagaan dan Malaysia 223

4.2.4 Pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin menurut

teori Fath al-Zarai’e 223

4.2.5 Syarat-syarat 235

4.3 Penglibatan Muslim Bekerja Di Kilang Arak 243

4.3.1 Hukum arak 244

4.3.2 Hukum bekerja di kilang arak serta syarat-syaratnya 246

4.4 Penglibatan Pendakwah Di Gereja 249

4.4.1 Muslim masuk gereja 250

4.4.2 Aplikasi teori Fath al-Zarai’e dan syarat-syaratnya 256

4.5 Perlantikan Perempuan Sebagai Hakim Syarie 258

4.5.1 Pendapat ulama yang melarang 260

4.5.2 Hakim perempuan dengan teori Fath al-Zarai’e 265

4.6 Ucapan Tahniah Dengan Perayaan Agama Lain 270

4.6.1 Pendapat yang melarang 270

4.6.2 Aplikasi Teori Fath al-Zarai’e 275

4.6.3 Pandangan semasa 277

4.7 Kesimpulan 284

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 285

5.2 Rumusan Kajian 285

5.3 Cadangan 288

RUJUKAN 290

Page 8: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

vii

Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-Zarai’e Dalam Menanggapi

Beberapa Isu Fiqh Di Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini meneliti teori Fath al-Zarai’e yang merupakan salah satu kaedah

dalam disiplin Maqasid Syariah. Ia bertujuan untuk mengkaji asas-asas utama disiplin

ilmu maqasid syariah dan merungkai teori Fath al-Zarai’e sebagai kaedah

penyelesaian isu-isu semasa yang sering menjadi polemik di dalam konteks

Malaysia. Kajian ini berbentuk kepustakaan dan data dianalisis menggunakan metod

induktif dan komperatif. Dapatan kajian ini menonjolkan disiplin maqasid syariah

melalui teori Fath al-Zarai’e sebagai salah satu kaedah yang signifikan dalam

menawarkan penyelesaian yang membawa implikasi rahmat kepada isu-isu yang

berkaitan dengan sikap beragama dalam masyarakat. Kajian ini boleh menjadi

panduan dalam pembinaan hukum-hukum agama yang seharusnya dilihat secara

holistik dan komprehensif berdasarkan prinsip tercapainya maslahah kepada manusia.

Page 9: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

viii

Understanding Maqasid Syariah According to The Theory of Fath al-Zarai’e in

Perceiving Several Fiqh Issues in Malaysia

ABSTRACT

This study focuses on the theory of Fath al-Zarai’e, which is one of the main

principles of Maqasid Syariah. It’s objective is to examine the fundamentals of

maqasid syariah and elaborate the theory of Fath al-Zarai’e as an alternative solution

for some polemical issues in the context of Malaysia. This study employs library

research method and the data was analysed through inductive and comparative

approaches. This study found that the principle of maqasid syariah through the theory

of Fath al-Zarai’e could be considered as a significant principle in offering solution

with considerate implication to issues related to religious attitudes among the public.

This study could offer a direction in regulating religious rulings that should be

contemplated holistically and comprehensively according to the principle of maslahah

for the mankind.

Page 10: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan

Syariah diturunkan oleh Allah SWT untuk memberi kebaikan kepada

manusia, sama ada secara segera ataupun bertangguh. Memberi kebaikan itu

kembali kepada lima tujuan asas penjagaan; iaitu penjagaan agama, nyawa,

akal, keturunan dan harta benda1. Ekoran itu, perbincangan maqasid al-

syariah semakin berkembang dalam dunia keilmuan dewasa ini. Dalam dunia

Islam sendiri, wacana tentang maqasid agak hebat dan semakin mendapat

perhatian para ilmuan Islam, demikian juga di dunia barat.

Perbincangan tentang maqasid al-syariah semakin menarik minat para

sarjana, khususnya dalam kalangan sarjana Islam yang berada di dalam dunia

pendidikan negara barat. Ini dapat dilihat dengan penulisan buku dan wacana-

wacana yang melibatkan tokoh-tokoh muslim di sana, seperti Dr Tariq

Ramadan dalam tulisan beliau berjudul Radical Reform: Islamic Ethics And

1 Maksud dengan maqasid yang berbentuk kulliyyah adalah penjagaan segala rangkuman syariah, iaitu ia terangkum terhadap

lima perkara utama yang merupakan roh bagi syariah, iaitu penjagaan terhadap agama, nyawa, keturunan, akal dan harta1. Dr

Said Ramadan al-Buti berkata, ”Setiap perkara yang terkandung penjagaan usul yang lima ini, maka ia adalah kemaslahah.

Setiap perkara yang boleh meluputkan perkara ini atau sebahagiannya, maka ia adalah kerosakan.” (Al-Buti, Muhammad Said Ramadan, Dhawabit al-Maslahah fi al-Syariah al-Islamiyyah, hlmn 131, Dar al-Fikr, Damsyiq. Tarikh : 2005)

Page 11: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

2

Liberation2 (2009), Dr Jasser Auda menerusi buku beliau berjudul Maqasid

al-Shariah As Philosophy Of Islamic Law3 (2007) dan sebagainya.

Menariknya, ada sebilangan ulama menganggap bahawa maqasid al-

syariah ini seperti satu ilmu yang menyendiri, iaitu terkeluar dari kerangka

ilmu usul al-fiqh. Antara ulama yang menyatakan sedemikian adalah al-

Syaikh Muhammad Tahir bin ‘Asyur4 (1973 M) dalam kitabnya yang

bertajuk Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah5.

Dalam ilmu maqasid al-syariah itu sendiri, terdapat beberapa teori

yang telah dan sedang dibahaskan secara terperinci, seperti teori sad al-

zarai’e, wasail, maalat dan sebagainya. Namun, terdapat beberapa teori

maqasid syariah yang kurang dibahaskan dalam dunia Islam, khususnya di

Malaysia.

Antara teori yang dimaksudkan adalah teori fath al-zarai’e, iaitu

melakukan sesuatu perkara yang asalnya dihalang, atau bersifat mafsadah bagi

memastikan tercapai maslahah yang kuat atau berjaya menolak mafsadah

yang besar dengan disertakan syarat-syaratnya yang ketat. Teori ini

merupakan salah satu wasail atau elemen penghubung bagi mencapai

maslahah atau kebaikan kepada manusia dalam penjagaan lima perkara yang

telah disebut di atas.

2Dr Tariq Ramadan, Radical Reform : Islamic Ethics And Liberation, oxford University Press. Tarikh : 2009. 3 Jasser Auda, Maqasid al-Shariah As Philosophy Of Islamic Law, The International of Islamic Thought, London Washington.

Tarikh : 2007 4 Beliau dilahirkan pada 1879, dan wafat pada 1973. Mendapat pendidikan di Jamiah Zaitunah, Tunisia dan mengajar di situ.

Beliau ada menulis sebuah kitab tafsir yang amat berharga bertajuk tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir di samping sebuah kitab

maqasid yang popular, iaitu Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah. 5 Ibn ‘Asyur, Muhammad al-Tahir bin Muhammad bin Muhammad al-Tahir bin ‘Asyur al-Tunisi, (2001 Masihi) Maqasid al- Syariah al-Islamiah. hlmn 111, Jordan: Dar al-Nafais.

Page 12: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

3

Dalam tradisi ilmu ulama silam, pengamalan teori fath al-zarai’e ini

sebenarnya sudah berlaku secara tidak langsung. Namun, dari sudut istilah,

pemula kepada pengamalan teori ini adalah al-Imam al-Qarafi (684 H)6. Teori

ini, mempunyai implikasi yang sama dengan beberapa kaedah usul al-fiqh,

seperti teori istihsan, umum al-balwa, masalih mursalah, malah seiras dengan

beberapa kaedah fiqh. Ini termasuklah kaedah melakukan mudarat kecil demi

mengelak mudarat besar; atau kaedah apabila sesuatu urusan itu sempit,

wujud keluasan dan apabila wujud keluasan, maka disempitkan kembali; atau

kaedah tidak sempurna perkara wajib kecuali dengan melakukan perkara

tersebut, maka melakukan perkara tersebut juga adalah wajib dan sebagainya.

1.2. Permasalahan Kajian

Malaysia sebuah negara yang terdapat bilangan umat Islam hampir

setara dengan bilangan rakyat yang bukan beragama Islam. Malaysia juga

adalah sebuah negara yang boleh diklasifikasikan sebagai negara maju, sudah

pasti terkesan dengan perkembangan teknologi dan maklumat yang pesat.

Perubahan yang berlaku dalam kehidupan di Malaysia sudah pasti

memerlukan banyak kesedian fiqh dalam mentafsir dan menterjemah

6 Al-Imam al-Qarafi (684 H) menyatakan,”Sesungguhnya Zariah merupakan penghubung. Sebagaimana penghubung kepada

perkara haram, ia juga adalah haram. Maka begitu juga penghubung kepada yang wajib, ia juga adalah wajib.” (Al-Qarafi,

Abu al-Abbas Shihab al-Din Ahmad bin Idris bin Abd al-Rahman al-Maliki. (TT) Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq, Saudi,

Dar ‘Alim al-Kutub), j. 3, h. 46

Page 13: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

4

pandangan berasaskan ajaran Islam yang seiring dengan keperluan kehidupan

manusia masa kini.

Memandangkan perubahan beberapa hukum itu boleh berlaku

berdasarkan perubahan konteks, sama ada masa, tempat dan situasi7, sudah

pasti perubahan itu hendaklah berada dalam kerangka fiqh agar ia tidak

tersasar dari batasan dan ketetapan Allah SWT. Apatah lagi, dengan

perkembangan dan perubahan masyarakat Malaysia, pendekatan fiqh yang

cermat dan berhikmah adalah perlu untuk melahirkan kejayaan yang seiring

dengan kehendak maqasid syariah dalam masyarakat Malaysia.

Walaupun pendekatan maqasid syariah semakin digunakan dalam

menyelesaikan banyak isu fiqh di Malaysia, namun pendekatan teori Fath al-

Zarai’e agak kurang diamalkan. Kajian dalam bahasa Melayu tentang teori

Sad al-Zarai’e agak banyak didapati, tetapi kajian tentang teori Fath al-

Zarai’e dalam bahasa Melayu tidak diketahui kewujudannya.

Namun pada pandangan pengkaji, bagi negara sedang membangun dan

separa maju seperti Malaysia, teori Fath al-Zarai’e ini amat penting dan

pendedahan berkenaannya wajar disebarluaskan.

7Kaedah fiqh yang berbunyi, taghayyur Al-Ahkam bi taghayyur Al-Amkinah wa Al-Azminah yang bermaksud, .”perubahan

hukum itu berdasarkan perubahan tempat dan masa.”

Page 14: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

5

1.3. Persoalan Kajian

Bagi menjelaskan perkara yang akan dikaji, pengkaji meletakkan

beberapa persoalan kajian untuk dijawab dalam kajian ini. Ia sebagaimana

berikut;

a) Apakah ilmu maqasid syariah, sejarah pertumbuhan dan pengamalannya?

b) Apakah konsep dan kedudukan teori Fath al-Zarai’e dalam ilmu maqasid

syariah?

c) Bagaimana mengamalkan teori Fath al-Zarai’e dalam beberapa isu-isu

fiqh di Malaysia?

1.4. Objektif Kajian

Antara objektif kepada kajian ini adalah seperti berikut;

a) Mengenal pasti ilmu maqasid syariah dari sudut definisi, pertumbuhan,

bahagian-bahagian dan sumber rujukannya.

b) Menjelaskan kedudukan teori Fath al-Zarai’e dalam ilmu maqasid

syariah dari semua sudut, seperti definisi, dalil-dalil, perbahasan dan cara

mengamalkannya dalam kalangan ulama, sama ada secara langsung atau

tidak langsung.

Page 15: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

6

c) Menjelaskan penyelesaian beberapa isu fiqh di Malaysia dengan merujuk

kepada teori Fath al-Zarai’e berdasarkan ketetapan muktabar dalam ilmu

maqasid syariah.

1.5. Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian yang dijalankan ini dapat disenaraikan kepada

beberapa perkara berikut;

a) Kajian ini adalah bagi menonjolkan teori Fath al-Zarai’e dalam pengajian

ilmu maqasid syariah serta membandingkan dengan teori Sad al-Zarai’e

yang banyak digunakan dalam pengamalan fiqh di Malaysia.

b) Melihat keberkesanan teori Fath al-Zarai’e dalam pengaplikasiannya

terhadap beberapa isu fiqh di Malaysia.

c) Menonjolkan sifat keanjalan yang merupakan antara asas tujuan syariah

diturunkan kepada manusia.

1.6. Skop Kajian

Bagi mengelakkan kajian ini tersasar dari objektifnya maka skop

kajian ini adalah seperti berikut;

Page 16: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

7

a) Pengkaji akan meneliti menerusi kitab-kitab turath dan moden dalam

memberikan penjelasan berkenaan ilmu maqasid syariah serta kaitannya

dengan teori Fath al-Zarai’e.

b) Menampilkan teori-teori maqasid syariah yang merupakan asas bagi

kelahiran teori Fath al-Zarai’e, seperti teori Ijtihad Tanzili, al-Zarai’e, al-

Manat, al-Wasail, al-Maalat dan hukum-hukum yang berlegar pada

konteks masa, tempat dan situasi serta pengamalan teori Fath al-Zarai’e

dalam kalangan ilmuan Islam secara langsung dan tidak langusng.

c) Memfokuskan kepada beberapa fiqh yang pernah kontroversi dan

dibincangkan dalam kalangan umat Islam di Malaysia dengan

membandingkan isu-isu itu dengan pengamalan teori Fath al-Zarai’e.

1.7. Kajian Lepas

Merujuk kepada kajian lepas adalah penting. Ini kerana, rujukan

terhadap kajian lepas dapat memastikan kajian ini tidak berulang di samping

dapat membantu untuk memastikan kajian ini tepat dan kemas dari sudut

penonjolan pandangan dengan teori yang dikemukakan.

Setakat pencarian pengkaji, kajian khusus berkenaan teori Fath al-

Zarai’e di Malaysia dan penulisan dalam Bahasa Melayu yang

membincangkan teori ini secara komprehensif agak kurang didapati. Namun,

di peringkat antarabangsa, terdapat tesis tentang teori ini dalam Bahasa Arab.

Antaranya ialah tesis Phd bertajuk Fath al-Zarai’e wa Asaruha fi al-Fiqh al-

Page 17: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

8

Islami, kajian Muhammad Riyadh Fakhri dari Kuliah al-Syariah wa al-Qanun

di Universiti Islam Baghdad pada tahun 2008. Dalam tesis tersebut, dijelaskan

kupasan mendasar tentang teori Fath al-Zarai’e dan kesan-kesannya dalam

pengamalan fiqh lama.

Oleh itu, setakat ini kajian berkaitan mengadaptasi teori ini dalam

beberapa isu fiqh di Malaysia tidak pernah dijumpai oleh pengkaji.

1.8. Huraian Tajuk

Tajuk bagi kajian ini adalah maqasid syariah melalui teori Fath al-

Zarai’e dalam menanggapi beberapa isufiqhdi Malaysia. Huraian bagi

pengertian tajuk ini adalah sepertimana berikut;

Maqasid syariah adalah satu disiplin ilmu yang menjelaskan tujuan

tertinggi bagi penurunan syariah, iaitu memberi kebaikan kepada manusia

sama ada di dunia dan juga di akhirat.

Fath al-Zarai’e pula adalah salah satu teori maqasid syariah yang

telah digunakan sejak sekian lama. Tetapi, dari sudut istilah, ia mula

digunakan oleh Al-Imam Al-Qarafi (626-684 H). Ia termaktub dalam kitab

beliau yang bertajuk Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq.

Page 18: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

9

Dalam kitab beliau, dinyatakan;

“Ketahuilah! Sesungguhnya, zari’ah (pintu-pintu haram)

sepertimana wajib ditutup, (ada kalanya) wajib dibuka (fath),

dimakruhkan, disunatkan dan diharuskan.8”

Penyelesaian beberapa isu fiqh ini adalah merujuk kepada sebilangan

isu semasa dan isu yang pernah berlaku pada zaman lalu. Dalam

menyelesaikan perkara ini, ia perlu kepada ijtihad yang diistilahkan oleh

sebilangan ulama semasa sebagai al-Ijtihad al-Insyai9.

Maksud dengan kajian konteks Malaysia pula adalah merujuk

bandingan hukum-hukum fiqh yang diambil dari kitab-kitab fiqh, dan dengan

menggunakan teori Fath al-Zarai’e, ia diadaptasikan dalam suasana Malaysia.

Tidak dinafikan, sebelum ini Dr Mahmood Zuhdi telah mencadangkan

penerapan fiqh Malaysia, tetapi kajian pada kali ini tidak berkait dengan

perbincangan tersebut, sebaliknya memberi fokus kepada teori Fath al-

Zarai’e sahaja.

8 Al-Qarafi, Abu al-Abbas Shihab al-Din Ahmad bin Idris bin Abd al-Rahman al-Maliki. Tanpa tarikh. Anwar al-Buruq fi Anwa’

al-Furuq, jld 3, hlmn 46, Saudi, Dar ‘Alim al-Kutub. 9 Yang dimaksudkan dengan ijtihad insyaie adalah mengistinbatkan hukum [baca : mengeluarkan hukum] dalam masalah baru

timbul. Ijtihad tersebut tidak pernah diungkapkan oleh mujtahid terdahulu sama ada masalah moden, ataupun ia sudah wujud

keperluan di zaman dahulu, tetapi tidak pernah diulas pada zaman tersebut. (lihat Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin

Muhammad al-Tusi, (505 H). 1413H/1993. Al-Mustasfa fi Ilm al-Usul. Jld 1, hlmn 198, Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Al-

Amidi, Abu al-Hasan Syed al-Din ‘Ali bin Muhammad bin bin Salim al-Sa’labi (631 H). Tanpa Tarikh :al-Ihkam Fi Usul al-

Ahkam. Jld 1, hlmn 242, Bairut – Damsyik – Lubnan: Al-Maktab al-Islami) antara perkara yang terhasil dari ijtihad insyaie

adalah kewajipan zakat pendapatan yang telah diungkapkan kewajipannya oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab beliau, Fiqh

Az-Zakat yang disokong kuat salah seorang ilmuan di Malaysia, Dr Mahmood Zuhdi dalam buku beliau bertajuk Pengurusan

Zakat (lihat : Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid, 2003, Pengurusan Zakat, hlmn 318, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur)

Page 19: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

10

1.9. Metodologi Kajian

Dalam mengemukakan kajian tentang tajuk ini, pengkaji menggunakan

beberapa metod dan kaedah. Ia tidak tertumpu kepada satu metod atau kaedah

sahaja, bertujuan untuk menjamin capaian kajian yang berkualiti dan

memuaskan. Metod-metod tersebut diklasifikasikan kepada dua, iaitu metod

pengumpulan fakta, dan metod analisis fakta.

1.9.1. Pengumpulan Data dan Fakta

Dalam proses pengumpulan data dan fakta, pengkaji

menggunakan dua pendekatan, iaitu kajian perpustakaan dan

dokumentasi.

a) Kajian perpustakaan

Memandangkan kajian ini adalah berdasarkan analisis dan

mengenal pasti sesuatu teori, sudah pasti metod ini adalah melibatkan

kepada mencari dan menganalisis maklumat dari tulisan-tulisan, hasil

kajian yang lepas, buku, majalah, makalah serta sebarang penulisan

dan penerbitan yang berkaitan dengan skop kajian.

Kitab Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq karangan al-Imam al-

Qarafi merupakan rujukan utama dalam kajian ini. Terutama, kitab

Page 20: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

11

tersebut merupakan kitab yang pertama mengungkapkan istilah Fath

al-Zarai’e, kerana sebelum ini istilahtersebut tidak pernah digunakan

walaupun sudut pengamalan terhadap kandungan Fath al-Zarai’e

sudah berlaku.

b) Dokumentasi

Tidak ketinggalan keperluan mendapatkan fakta dan maklumat

daripada dokumen-dokumen bertulis yang berkaitan dengan kajian ini,

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dokumen-dokumen

tersebut berupa buku, latihan ilmiah, kertas kerja, laporan, tesis, laman

web dan sebagainya.

Antara dokumen tersebut ialah seperti tulisan Ketua Bahagian

Pengajian Dan Kajian Di Perpustakaan Fatwa Dan Kementerian

Waqaf Dan Urusan Agama di Negara Oman, Aflah bin Ahmad al-

Khalili yang bertajuk Fath al-Zarai’e Adillatuh Wa Dhawabituh, serta

tulisan Muhammad Salim bin Abd al-Hay bin Dudu bertajuk al-Ijtihad

al-Maqasidi Manzilatuh wa Mahiyyatuh. Kedua-dua tulisan ini

diterbitkan al-Majlis ‘Ala li al-Syu’un al-Islamiyyah. Begitu juga

tulisan Pensyarah di Universiti Ummu al-Qura, Dr Khalid bin

Muhammad al-‘Arusi bertajuk Dilalah Al-Istiqra’ Bain Al-Usuliyin

Wa Al-Jadaliyin yang tidak dapat dipastikan penerbitnya.

Page 21: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

12

Selain itu, terdapat penulisan tentang tajuk Fath al-Zarai’e

secara bab-bab kecil dalam kitab-kitab maqasid syariah dan kupasan

secara tidak langsung dalam kitab Usul al-Fiqh, seperti tulisan Dr

Ahmad al-Raisuni dalam kitab Muhadharat fi Maqasid al-Syariah dan

karya Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitab Usul al-Fiqh Islami. Tidak

ketinggalan juga, terdapat sedutan wacana ilmu maqasid syariah yang

disampaikan oleh Dr Jasser Auda yang boleh didapati dalam youtube.

Walaupun tanpa menggunakan istilah Fath al-Zarai’e, terdapat

pengamalan teori ini secara tidak langsung dalam menangani isu fiqh.

Ia termasuklah pandangan al-Qaradawi tentang keizinan perempuan

menjadi pemimpin10 dan pandangan Dr Tariq Ramadan yang

mencadangkan penangguhan terhadap pelaksanaan hukum hudud di

seluruh negara umat Islam dalam satu makalah bertajuk An

International Call for Moratorium on Corporal Punishment11.

Selain itu, fatwa Imam Abu Hanifah yang memberi keizinan

sementara waktu kepada orang Parsi yang baru sahaja memeluk Islam

menunaikan solat dengan membaca bacaan solat dalam Bahasa Parsi

ekoran kesukaran mereka menyebut sebutan Arab12dan sebagainya.

10 Dr Yusuf al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam (terjemahan : Dr Juanda Jaya), hlmn 329 - 342 Maktabah al-Qardhawi,

Selangor, 1998.

11 http://tariqramadan.com/blog/2005/04/05/an-international-call-for-moratorium-on-corporal-punishment-stoning-and-the-

death-penalty-in-the-islamic-world/ : tarikh : 5 Mac 2005. 12 Al-Qaradawi, Yusuf. Al-Siyasah al-Syaiiyyah fi Dhau’ Nusus al-Syariah wa maqasidiha.hlmn 293, Kaherah: Maktabah Wahbah. Tarikh : 2005

Page 22: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

13

Walaupun banyak kitab tidak menyebut tentang teori Fath al-

Zarai’e secara terang, tetapi terdapat beberapa buah kitab yang sudah

membicarakan tentang teori ini secara tidak langsung seperti kupasan

al-Buti tentang konsep maslahah yang menyenaraikan lima dhawabit

atau ketetapan dalam memastikan penilaian maslahah itu tepat dengan

kehendak syariat. Sebuah disertasi bertajuk Metod Penetapan Hukum

Islam (Membongkar konsep al-Istiqra’ al-Maknawi asy-Syatibi) (siri

Disertasi), karangan Duski Ibrahim sedikit sebanyak memberi

penjelasan tentang penetapan hukum menerusi konsep maqasid

syariah. Ia juga menjelaskan konsep rahmat dan raf’ al-haraj iaitu

menghilangkan sebarang kesukaran dalam syariah. Konsep ini, sudah

pasti merupakan konsep terpenting dalam penilaian teori Fath al-

Zarai’e13.

Dalam mengadaptasikan teori Fath al-Zarai’e dengan beberapa

isu fiqh di Malaysia, pengkaji mendapati sudah terdapat beberapa

fatwa ulama terkemuka yang membahaskan sesuatu isu berdasarkan

teori ini, walaupun tidak dinyatakan secara langsung tentang

penggunaan teori Fath al-Zarai’e. Contohnya, menggunapakai

pendapat al-Qaradawi oleh majlis Fatwa Kebangsaan dan fatwa-fatwa

dari negeri-negeri tertentu di Malaysia berkenaan keizinan perempuan

menjadi hakim dan keizinan mengucapkan tahniah dengan kehadiran

13 Duski Ibrahim. 2008. Metode Penetapan Hukum Islam (membongkar konsep al-Istiqra’ al-Maknawi asy-Syatibi). hlmn 184,

Jogjakarta:Al-Ruzz Media. Tarikh : 2008

Page 23: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

14

perayaan agama selain Islam yang dikupas oleh beliau dalam kitabnya

yang terkenal iaitu Fatawa Maasarah. Pendapat beliau ini amat selaras

dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang

boleh didapati dalam laman web e-fatwa.

Semua kajian dan penulisan yang disebutkan membantu

pengkaji untuk mendapatkan gambaran tentang kajian ini. Pengkaji

berusaha untuk mempamerkan pengamalan teori ini dalam beberapa

isu tertentu yang berlaku di Malaysia agar dapat dimanfaatkan dalam

mempamerkan bentuk syariah yang bersifat rahmat dan memberikan

kemaslahatan kepada manusia. Ekoran itu, dalam tesis itu, ditonjolkan

perkara asas dan dasar bagi teori Fath al-Zarai’e di samping

memaparkan proses pengadaptasian teori terhadap beberapa isu fiqh

semasa dan dibandingkan dengan perbahasan fiqh turath.

1.9.2. Analisis Fakta

Segala fakta yang dikumpulan, akan diproses dan dianalisis

dengan teliti. Dalam usaha ini, pengkaji menggunakan dua metod,

iaitu analisis secara istidlal atau pendalilan dan analisis secara

komperatif.

Page 24: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

15

a.) Istidlal atau pendalilan

Metodologi ini akan terhasil dengan menggunakan dua logik,

iaitu pendekatan mantiq istiqra atau logik induktif, kemudian mantiq

istinbati, atau logik deduktif. Dalam kamus bahasa Arab, istiqra’

diterjemah sebagai induktif14, iaitu menganalisa data dan fakta melalui

pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat

khusus dan terpisah untuk dihimpunkan dalam bentuk yang umum.

Metod ini memerlukan penelitian terhadap data-data dan maklumat

berkenaan bagi menjelas dan menghuraikan kajian.

Dalam sudut istilah, istiqra’ didefinisikan oleh Ibn Sina

sebagai berhukum pada sesuatu yang kulli atau keseluruhan

berdasarkan apa yang didapati pada setiap juz’i-juz’i yang banyak.15

Al-Ghazali pula mendefinisikan istiqra’ sebagai meneliti pada setiap

juz’i-juz’i yang banyak serta terdapat makna kulli hingga didapati

hukumnya pada semua juz’i itu.16 Contohnya disimpulkan hukum

umum bahawa setiap binatang akan menggerakkan geraham bawah

ketika makan, kerana melihat secara induktif berkenaan cara makan

manusia, binatang daratan dan burung17.

14Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa, al-Miftah (kamus moden), al-Azhar Media, hlmn 148.

Tarikh : 2007 15 Kata Ibn Sina, ”Berhukum terhadap kulli berdasarkan apa yang didapati pada juzi-juzi yang banyak.” (Ibn Sina, al-Isyarat wa

al-Tanbihat Ma’a Syarh Nasir al-Din al-Tusi, jld 1, hlmn 418, Dar al-Ma’arif, Kaherah. Tarikh : 1960) 16 Kata Al-Ghazali, ”memalingkan juzu’-juzu’ yang banyak ke dalam makna kulli, hingga didapati hukum pada juzu’-juzu’ itu

dihukumkan kulli tersebut.” (al-Ghazali Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (505 H), Mi’yar al-Ilmi Fi Fan al-Mantiq, Dar

al-Maarif, Mesir. Tarikh : 1961)

17 Kata Ibn Sina,”Berhukum terhadap kulli berdasarkan apa yang didapati pada juzi-juzi yang banyak.” (Ibn Sina, al-Isyarat wa

al-Tanbihat Ma’a Syarh Nasir al-Din al-Tusi, jld 1, hlmn 418, Dar al-Ma’arif, Kaherah. Tarikh : 1960)

Page 25: Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al-umkeprints.umk.edu.my/6844/1/Pemahaman Maqasid Syariah Melalui... · Pemahaman Maqasid Syariah Melalui Teori Fath al- Zarai’e Dalam

16

Maksud istinbat pula dari sudut bahasa Arab adalah deduktif;

kesimpulan yang dibuat berdasarkan deduksi18. Sudut istilah pula,

istinbat didefinisikan sebagai perpindahan sesuatu pemahaman dari

sesuatu isu atau beberapa isu yang merupakan asas, kepada isu lain

yang merupakan natijah sesuai dengan kaedah logik19. Contohnya,

disimpulkan setiap yang memabukkan adalah haram. Justeru, setiap

minuman dalam apa jua jenis tetap dikira haram jika ia memabukkan.

Dalam kajian ini, dua mantiq digunakan secara bersusun, iaitu

mendahulukan pendekatan mantiq istiqra’, yang kemudian

menggunakan mantiq istinbati. Ini bermakna, ia menampilkan secara

induktif bagi kewujudan teori Fath al-Zarai’e terlebih dahulu, seperti

membahaskan maksud bagi maqasid syariah, maslahah, dan keperluan

bagi teori Fath al-Zarai’e, seperti teori ijtihad tanzili, manat, wasail,

maalat, tadarruj, dan hukum yang berkaitan dengan masa, tempat dan

situasi. Setelah mendapat penjelasan secara istiqra’, melahirkan

natijah pemahaman bagi maksud penggunaan teori Fath al-Zarai’e,

baru ditonjolkan perlaksanaan teori ini pada beberapa pengamalan

yang telah berlaku dalam kalangan ulama, sama ada secara langsung

dan secara tidak langsung, dan disertakan juga pengadaptasian teori ini

terhadap beberapa isu fiqh di Malaysia secara terpilih.

18Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa, al-Miftah (kamus moden), al-Azhar Media, hlmn 152.

Tarikh : 2007 19 Majmak al-Lughah al-Arabiyyah, al-Mu’jam al-Falsafi, hlmn 12, kaherah, al-Hai’ah al-Ammah li al-Syu’un al-Matabi’ al-

Amiriyyah, tarikh : 1399