tuto 2 kaedah ilmu usul fiqh

22
KAEDAH ILMU USUL FIQH MUHAMAD AZLAN BIN CHE MUHAMAT NOR AHMAD HAFIZI BIN AHMAD BUKHORI NUR SHARMILA SORAYA BINTI MAHMUD

Upload: mila-glieshiiteru

Post on 11-Jan-2016

144 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

usul fiqh

TRANSCRIPT

Page 1: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

KAEDAH ILMU USUL FIQH

MUHAMAD AZLAN BIN CHE MUHAMAT NOR

AHMAD HAFIZI BIN AHMAD BUKHORI

NUR SHARMILA SORAYA BINTI MAHMUD

Page 2: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA NIAT

1.Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang. Amalan2 yang dilakukan mukallaf

bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama fiqh bersepakat menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram.

Page 3: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

HUKUM FURUQ Seseorang mencuri alat muzik yang melalaikan tujuan

merosakkannya, ia tidak dikenakan hukuman hudud, namun jika ia mencuri dengan tujuan menjualnya, ia dihukum.

Seseorang yang melakukan sesuatu yang diharus terhadap dirinya dengan niat atau meyakini ia adalah haram, dikira haram. Contohnya, menyetubuhi isterinya dengan meyakini isterinya itu adalah wanita lain, ia dikira berzina.

Seseorang lelaki menyetubuhi wanita lain dengan sangkaan dan meyakini wanita tersebut adalah isterinya, ia tidak dikenakan hukuman hudud sebagaimana orang yang berzina berdasarkan niat dan maksudnya itu.

Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika ia berniat membuat arak, haram hukumnya.

Seseorang yang meminum air mutlak dengan berniat minum arak, haram hukumnya.

Page 4: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

PECAHAN KAEDAH• `Melakukan apa yang tidak dimaksudkan, bererti

berpaling daripada yang dimaksudkan’

• `Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak mengumumkan lafaz khusus’

• `Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya’

• `Sumpah berdasarkan niat orang yang bersumpah’

• `Amalan fardhu terlaksana dengan niat sunat’

• `Apa yang dipegang dalam akad itu ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan bentuk perkataan’

• `Segala akad yang mana maksudnya tidak membawa faedah tersebut’

Page 5: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN SYAK

• Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. – Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh

ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya.

Page 6: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

SUMBER ASAL KAEDAH• `Apabila seseorang kamu merasakan

sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul keraguan dengan sebabnya : Apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah sesekali ia keluar daripada masjid sehingga ia mendengar suara atau mencium bau’

• `Apabila seseorang kamu ragu2 ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya : 3 atau 4? Hendaklah ia ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan dan berpegang dengan apa yang meyakinkan’

Page 7: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

PECAHAN KAEDAH• `Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada

sebelumnya’– Wanita yang ditalak rajie, membuat pengakuan bahawa ia

masih dalam keadaan suci dan iddah belum habis. Dibenarkan akuannya serta berhak mendapat nafkah daripada suaminya. Kerana asalnya kekal iddah hinggalah yakin iddah telah tamat.

• `Asal segala sesuatu itu tiada’– Seseorang telah mendakwa bahawa barang yang dibelinya ada

kerosakan, sedangkan penjual menafikannya. Diterima pengakuan penjual, kerana asalnya kecacatan pada barang dijual tiada.

• `Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu, selagi tiada dalil menyalahinya’– Seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama

ada hidup atau mati. Harta pemilikannya tidak dapat diwarisi sesuka hati. Kerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia keluar dari rumah dahulu, sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya.

Page 8: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

• `Asal setiap yang berlaku diambil kira masa paling hampir’– Seseorang lelaki memukul perut wanita mengandung,

kemudiannya wanita tersebut melahirkan anak dalam keadaan hidup dan sihat dalam jangkamasa tertentu. Tidak berapa lama kemudian, bayi itu meninggal dunia. Lelaki yang memukul perut wanita tersebut tidak dikenakan tanggungjawab, kerana kemungkinan bayi itu mati sebab lain.

• `Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, dianggap ia belum melakukannya’– Jika seseorang syak adakah ia meninggalkan salah satu rukun

sewaktu sembahyang atau ibadat wajib lain. Hukumnya ia mestilah mengulangi apa yang disyaki atau dirasakan belum melakukannya.

• `Sesiapa yakin melakukan sesuatu amalan, namun ragu2 tentang sedikit atau banyaknya, dikira yg sedikit. Kerana ia lebih meyakinkan’– Seseorang suami syak sama ada ia telah menceraikan

isterinya dengan talak satu atau lebih. Ia hendaklah mengira yang paling sedikit

Page 9: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

KESUSAHAN MEMBAWA KEMUDAHAN

• Subhi Mahmassani : Kesukaran boleh menjadi sebab diberikan kemudahan dan wasilah kepada keringanan, dan lazimnya diberi kelonggaran pada ketika berhadapan dengan keadaan yang menyulitkan.

• Apabila terdapat sesuatu kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya.

• Terbentuk hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.

• Hadis Anas :`Apabila Rasulullah  bermusafir pada jarak 3 batu atau farsakh, Baginda bersembahyang 2 rakaat’

Page 10: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

Sumber Asal Kaedah• `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia

tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’ (Baqarah : 185)

• `Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan’ (Al-Maidah : 6)

• `...dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama’ (Al-Hajj : 78)

• Hadis Anas bin Malik : `Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan’

• Hadis Abu Hurairah : `Sesungguhnya agama (Islam) ini mudah’

Page 11: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

PEMBAHAGIAN RUKHSAH• Rukhsah Wajibah (diwajibkan) seperti memakan bangkai

bagi mereka yang terdesak, berbuka puasa bagi yang takut mudarat (binasa) kerana kebuluran atau kehausan walaupun ia bermukim dan sihat badan. Mengamalkan Rukhsah ini wajib kerana uzur iaitu memelihara nyawa.

`Dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan’ (Baqarah :195)

• Rukhsah Mandubah (disunatkan) seperti qasar solat bagi seorang yang bermusafir 2 marhalah atau lebih.

HR Umar al Khattab, sabda Rasulullah  : `Ini (solat qasar) suatu sedekah yang Allah sedekahkan kepada kamu. Maka terimalah sedekah-Nya itu’.

Keharusan berbuka puasa bagi mereka yang masyaqqah ke atasnya berpuasa dalam perjalanan atau ketika sakit, melewatkan solat zohor ke waktu tidak panas membakar dan keharusan memandang wanita ketika hendak meminangnya.

Page 12: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

• Rukhsah Mubahah (diharuskan) seperti aqad salam, bay’ al-araya, al-ijarah dan beberapa akad muamalat yang seumpamanya. Semuanya rukhsah tanpa khilaf, kerana salam dan ijarah adalah 2 jenis akad ke atas sesuatu yang majhul (tidak wujud). Bay’ al-araya ialah menjual rutab (buah kurma mengkal) dengan tamar (kurma yang masak). Keharusan muamalat ini kerana ia diperlukan.

• Khilaf al-Aula (menyalahi keutamaan), seperti seorang bermusafir berbuka puasa yang tiada kemudaratan kalau ia meneruskan puasanya

`Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah)’ (Baqarah : 184)

• Rukhsah yang makruh dilakukan, seperti solat qasar dalam suatu perjalanan yang kurang dari 2 marhalah

Page 13: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN

• Kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi.

• Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan.

• Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama.

Page 14: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

pecahan kaedah1. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan

kemudaratan. • biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan, namun

bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi jika lahir bahaya yang lebih besar. Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan menambahkan masalah yang lebih besar. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makananya diambil.

Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang itu tenat atau membawa kepada kematian.

Page 15: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

2. Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih  ringan. 

Apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu masa secara serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan dikerjakan kemudaratan yang lebih ringan.

Hendaklah dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar

Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika dengan cara itu bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.

Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh sembahyang dengan pakaian sekadar yang termampu.

Page 16: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

3.Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk menolak kemudaratan berbentuk am.

• Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan mendatangkan sesuatu kemudaratan yang mana pada waktu itu hendaklah ditempuhi kemudaratan khusus bagi menghindarkan kemudaratan yang lebih umum. Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus adalah kurang jika di bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk umum.

Antara hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

Ditegah doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah diletakkan di bawah kawalan dan penjagaan rapi.

Harus menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah dan ajaran sesat.

Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai unsur-unsur ganja dan candu serta yang boleh dijadikan bahan penyalahgunaan dadah, untuk membendung bahaya dalam masyarakat.

Page 17: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

ADAT DIJADIKAN HUKUM

• Sesuatu adat kebiasaan itu dapat ditetapkan sebagai hukum atau adat menentukan hukum.

• Para ulama’ menetapkan bahawa ‘uruf dan adat kebiasaan itu merupakan salah satu daripada sumber hukum dalam keadaan ketiadaan nas syarak.

• Jika adat atau ‘uruf kebiasaan itu bercanggah dengan nas, ia ditolak serta merta.

• Contoh : adat masyarakat Jahiliyyah yang mengharuskan anak lelaki mengahwini bekas isteri bapanya atau ibu tirinya

Page 18: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

4.Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat. • Jika kemudaratan itu dapat dibendung seluruhnya,

maka itulah yang terbaik. Namun, jika tidak termampu untuk berbuat demikian, maka lakukanlah sekadar yang termampu.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

     Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan

membukukan al-Quran supaya ia tidak hilang. Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai

arak agar tidak timbul masalah yang lebih besar. Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang

memekik atau berteriak dengan menggunakan suara atau sergahan, maka tidak perlulah menghindarkannya dengan tangan mahupun kayu.

Page 19: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

ADAT• Adat ialah apa yang

menjadi kebiasaan orang ramai atau segolongan dari kalangan mereka.

• Menurut al-Jurjani, adat adalah sesuatu perbuatan atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia serta dilakukan secara berulang-ulang mengikut cara tertentu dan diterima sebagai logik.

PENGERTIANURUF

• Uruf pula ialah perkara yang dapat diterima dan disenangi menurut perasaan manusia.

• Perkara yang tetap dalam diri manusia dari segi akal dan diterima oleh tabiat semulajadi yang sejahtera.

• ‘uruf ialah perkara yang selaras dengan perasaan dan tabiat manusia yang mana merangkumi perkataan dan perbuatan

Page 20: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

• Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak dan tiada dasar yang menjelaskannya daripada sudut syarak atau bahasa. Ia dikembalikan kepada uruf kebiasaan.

• Kaedah ini menjelaskan terdapat hukum yang ada ketepatannya dalam syarak, namun hanya secara mutlak sahaja. Ianya tidak ada sebarang penjelasan atau dalil syarak yang menjelaskannya. Oleh itu, ianya hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan.

Antara hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :

• Berkaitan waktu dan tempoh haid serta kadarnya.• Berkaitan tempat penyimpanan yang sepatutnya

dalam kes berkaitan dengan hukum hudud jenayah mencuri.

pecahan kaedah

Page 21: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

• Berlaku pertentangan antara ‘uruf umum dan ‘uruf khas. 

‘uruf am ialah adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan semua umat Islam di seluruh Negara Islam dan ianya memberi kesan kepada hukum.

‘uruf khas pula ialah adat kebiasaan yang hanya berlaku  dalam kalangan sesetengah negara umat Islam sahaja dan ia juga memberi kesan kepada hukum.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah : Seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa

akad. Namun, menurut adat kebiasanaan penggunaannya, pengguna mestilah menjelaskan bayaran. Justeru, pengguna wajib membayarnya kerana dikira terkenal dalam masyarakat.

Seseorang bapa menghantar anaknya untuk belajar al-Quran untuk satu tempoh. Selepas itu berlaku perselisihan antara bapa dan guru berkaitan dengan upah mengajar. Jadi, perkara ini dihukum dengan memberi upah menurut adat kebiasaan sesebuah kawasan tersebut.

Page 22: Tuto 2 Kaedah Ilmu Usul Fiqh

• Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk menurut adat • Kadang kala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian

yang berbeza. Satunya membawa pengertian hakiki, dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan hujah untuk diamalkan.

Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :    Seseorang membeli barang dengan membayar deposit

sahaja. Namun, sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualkan barang tersebut kepada orang lain dengan alas an jual beli belum terlaksana sepenuhnya. Adat kebiasaanya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga barang, maka akad jualan telah pun terlaksana.