usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie

9
USUL FIQH. Hukum terbahagi kepada dua, iaitu : 1. Hukum Taklifi. 2. Hukum Wadh’ie. Dalam pengertian hukum, ada kalanya berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang berbentuk tuntutan atau diberi pilihan dan ada kalanya berkaitan dengan dijadikan. Jika ia berkaitan dengan perbuatan-perbuatan mukallaf berbentuk tuntutan atau diberi pilihan, ianya dinamakan hukum Taklifi. Jika ia berkaitan dengan dijadikan, ianya dinamakan hukum Wadh’ie. HUKUM TAKLIFI. Khitab (perintah Allah) yang berkaitan dengan kelakuan orang mukallaf, sama ada secara tuntutan atau secara pilihan. Khitab Allah yang menghendaki tuntutan melakukan perbuatan atau meninggalkannya, atau diberi pilihan di antara keduanya. Khitab Allah yang mengandungi tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan atau tuntutan supaya meninggalkannya atau diberi pilihan. Walaupun yang dituntut merupakan satu taklif atau pembebanan, namun ia adalah mengikut kadar kemampuan seseorang mukallaf untuk melakukan atau meninggalkannya. Contohnya, menunaikan ibadat haji. Bahagian hukum Taklifi ada lima : 1. Ijab / Wajib. 2. Nadbu / Sunat. 3. Tahrim / Haram. 4. Karahah / Makruh. 5. Ibahah / Harus. IJAB. Segala perintah Allah (khitab Allah) yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti. Hukum Wajib : Perkara yang diberi pahala kerana melakukannya dan tidak disiksa kerana meninggalkannya. Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 : Menurut JUMHUR ULAMA.

Upload: jimoh370

Post on 27-May-2015

15.428 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

nota syariah tingkatan enam.

TRANSCRIPT

Page 1: Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie

USUL FIQH.

Hukum terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Hukum Taklifi.2. Hukum Wadh’ie.

Dalam pengertian hukum, ada kalanya berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang berbentuk tuntutan atau diberi pilihan dan ada kalanya berkaitan dengan dijadikan.

Jika ia berkaitan dengan perbuatan-perbuatan mukallaf berbentuk tuntutan atau diberi pilihan, ianya dinamakan hukum Taklifi.

Jika ia berkaitan dengan dijadikan, ianya dinamakan hukum Wadh’ie.

HUKUM TAKLIFI.

Khitab (perintah Allah) yang berkaitan dengan kelakuan orang mukallaf, sama ada secara tuntutan atau secara pilihan.

Khitab Allah yang menghendaki tuntutan melakukan perbuatan atau meninggalkannya, atau diberi pilihan di antara keduanya.

Khitab Allah yang mengandungi tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan atau tuntutan supaya meninggalkannya atau diberi pilihan.

Walaupun yang dituntut merupakan satu taklif atau pembebanan, namun ia adalah mengikut kadar kemampuan seseorang mukallaf untuk melakukan atau meninggalkannya.Contohnya, menunaikan ibadat haji.

Bahagian hukum Taklifi ada lima :

1. Ijab / Wajib.2. Nadbu / Sunat.3. Tahrim / Haram. 4. Karahah / Makruh.5. Ibahah / Harus.

IJAB.

※ Segala perintah Allah (khitab Allah) yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti.

※ Hukum Wajib : Perkara yang diberi pahala kerana melakukannya dan tidak disiksa kerana meninggalkannya.

※ Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 :

ألصيام كتب عليكمMaksudnya : “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

NADBU.

† Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu tuntutan dengan cara tidak pasti.

† Hukum Sunat : Perkara yang diberi pahala kerana melakukannya dan tidak disiksa kerana meninggalkannya.

† Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 282 :

Menurut JUMHUR ULAMA.

Page 2: Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie

Maksudnya : Wahai orang-orang ……

TAHRIM.

Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan secara pasti.

Hukum Haram : Perkara yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan disiksa kerana melakukannya.

Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 83 :

Maksudnya : Dan janganlah kamu mendedahkan …

KARAHAH.

© Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti.

© Hukum Makruh : Perkara yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan tidak disiksa kerana melakukannya.

© Contoh, Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 101 :

Maksudnya : Janganlah kamu bertanyakan …..

IBAHAH.

★ Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukan atau meninggalkan.

★ Hukum Harus : Tidak diberi pahala dan tidak dikenakan siksa kerana melakukan atau meninggalkannya.

★ Contoh : Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 31 :

Maksudnya : Dan makanlah dan minumlah kamu …

BAHAGIAN HUKUM-HUKUM TAKLIFI MENURUT ULAMA HANAFI :

1. Fardhu.2. Ijab / Wajib.3. Nadbu / Sunat.4. Tahrim / Haram.5. Karahah Tahrim.6. Karahah Tanzim.7. Ibahah / Harus.

FARDHU.

☆ Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu dengan tuntutan pasti melalui dalil Qati’ seperti al-Quran, Hadith Mutawatir dan Hadith Masyhur.

☆ Hukum Fardhu : Mesti dilaksanakan. Diberi pahala orang yang mengerjakannya dan dikenakan sikda orang yang meninggalkannya dan jadi kafir orang yang mengerjakannya.

☆ Contoh : Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

※ Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti melalui dalil Zanni,

Menurut ULAMA HANAFI.

Page 3: Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie

IJAB.seperti Hadith Ahad dan Qiyas.

※ Contohnya : Membaca al-Fatihah dalam sembahyang kerana sabit melalui hadith Ahad.

※ Sabda Rasulullah daripada Ubadah bin as Samit r.a yang diriwayatkan oleh al-Jama’ah : “Tidak sah sembahyang mereka yang tidak membaca al-Fatihah.”

NADBU.

Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu tuntutan dengan cara tidak pasti.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 282 :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman …. itu.”

TAHRIM.

★ Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan secara pasti melalui dalil Qati’.

★ Hukum Haram : Mesti meninggalkannya. Diberi pahala orang yang meninggalkannya dan disiksa orang yang melakukannya dan jadi kafir orang yang mengingkarinya.

★ Firman Allah dalam Surah al-Isra’, ayat 31 :

Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut papa.

KARAHAH TAHRIM.

† Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan secara pasti melalui dalil Zanni.

† Hukum Makruh Tahrim : Mesti meninggalkannya. Diberi pahala orang yang meninggalkannya dan disiksa orang yang melakukannya dan tidak jadi kafir orang yang mengingkarinya.

† Hadith Ibn Umar r.a diriwayatkan oleh Ahmad dan an Nasa’I, Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu ….”

KARAHAH TANZIM.

Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan secara tidak pasti.

Hukum Tanzim : Tidak mesti meninggalkannya. Diberi pahala orang yang meninggalkannya dan tidak disiksa orang yang melakukannya, tetapi melakukannya dianngap khilaf al ‘Ula dan afdhal (menyalahi keutamaan).

Seperti sabda Nabi yang melarang memakan daging kuda dan minum susunya.

IBAHAH.

Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukan atau meninggalkannya.

Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 31 :

Maksudnya : Dan makanlah kamu dan minumlah kamu ..

HUKUM WADH’IE.

Page 4: Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie

Perintah Allah yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu itu sebab atau syarat atau mani’ (penegah atau penghalang) atau sah (nyata) atau fasid (batal atau salah).

Hukum wadh’ie ialah khitab Allah yang menghendaki dijadikan sesuatu sebagai sebab bagi sesuatu atau syarat atau penghalangnya.

Dinamakan hukum Wadh’ie kerana maksud daripada hukum wadh’ie ialah menjadikan atau meletakkan sesuatu sebagai sebab bagi sesuatu atau syarat baginya atau penghalangnya.

PEMBAHAGIAN HUKUM WADH’IE.

1. Sebab. 2. Syarat.3. Mani’ (Penegah atau penghalang).4. Sahih (Sah).5. Batal.6. ‘Azimah. 7. Rukhsah.

SEBAB.

★ Keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dari adanya ada hukum dan dari tiadanya maka tiada hukum.

★ Sebab dan hukum adalah dua perkara yang berkaitan. Jika sebab itu ada, maka hukum pun ada. Dan jika sebab tidak ada, maka hukum pun tidak ada.

★ Contoh :(a) Masuk waktu sembahyang merupakan SEBAB wajib

mendirikan sembahyang. Ini bermakna sembahyang itu wajib ditunaikan jika sudah masuk waktunya.

(b) Mencuri menjadi sebab adanya hukum potong tangan.(c) Nikah menjadi sebab adanya waris antara suami dan isteri.

★ Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 38 :

Maksudnya : Dan pencuri ellaki dan pencuri perempuan, maka hendaklah kamu potong tangan kedua-duanya.

SYARAT.

Keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dari tiadanya, tidak ada hukum. Dan tidap pasti dengan adanya ada hukum atau tidak ada hukum.

Sebab dan hukum adalah dua perkara yang berkaitan dari segi ketiadaan, tetapi ketika syarat wujud, kemungkinan hukum wujud atau tidak.

Contoh :(a) Wudhu merupakan syarat bagi sahnya sembahyang. Ini

bermakna jika wudhu itu ada, sembahyang itu sah jika syarat-syarat lain ada, sembahyang juga menjadi tidak sah jika sebahagian syarat lain tidak ada.

(b) Haul (genap setahun) menjadi syarat wajib zakat perniagaan.(c) Dapat menyerahkan barang jualan menjadi syarat sahnya

jual beli.(d) Sudah berkahwin menjadi syarat adanya hukum rejam

sampai mati bagi orang yang melakukan zina.

Keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dari

Menurut SESETENGAH

Menurut ULAMA LAIN.

Page 5: Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie

MANI’.

adanga, tidak ada hukum. Dan dari tiadanya, tidak pasti ada hukum dan tidak ada hukum.

Apabila ada penegah nescaya hukum tiada, tetapi kiranya penegah tiada maka hukum mungkin ada atau mungkin tidak ada.

Contoh :(a) Membunuh orang diwarisi merupakan penghalang kepada

wujud hukum mendapat pusaka darinya.(b) Haid menjadi penghalang kepada kewajipan solat dan puak

bagi perempuan.(c) Najis pada pakaian manjadi penghalang sahnya solat.

SAH.

© Sesuatu perbuatan yang boleh menghasilkan kesan-kesannya yang dimaksudkan, sama ada ia berbentuk amali ibadat atau kira bicara.

© Contoh :(a) Sembahyang. Jika ditunaikan dengan syarat-syaratnya yang

sempurna dihukumkan sah serta wujud kesannya. Seperti terlepas dari tanggungjawab dan tidak dituntut membuat lagi.

(b) Akad jual beli. Jika syarat-syaratnya sempurna, maka dihukumkan sah jual beli serta wujud kesannya. Seperti halal dimiliki barang jualan dan harga.

FASID.※ Sesuatu perbuatan yang tidak dapat menghasilkan kesan-

kesannya yang dimaksudkan sama ada ia berbentuk amal ibadat atau bicara.

※ Contoh : Sembahyang. Jika tidak cukup syarat-syaratnya seperti tidak sempurna wudhu atau terkentut, maka dihukumkan batal dan segala kesannya tidak tercapai.

Istilah FASID dan BATAL menurut jumhur ulama adalah sama, akan tetapi menurut pendapat ulama Hanafi kedua-dua istilah tersebut adalah berbeza.

MENURUT PENDAPAT ULAMA HANAFI.

BATAL ialah suatu perkara yang tidak disyaratkan sama sekali, baik pada asalnya atau pada sifatnya. Ianya dihukumkan batal kerana tidak dapat menghasilkan sebarang kesan.

FASID ialah sesuatu perkara yang disyaratkan pada asalnya tanpa sifatnya. Contoh :

(a) Puasa hari Tasyrik dihukumkan fasid kerana asal hukum puasa telah disyarakkan. Apa yang telah ditegah adalah sifatnya iaitu berpuasa pada hari Tasyrik yang dikhususkan untuk berkorban serta menikmati dagingnya.

(b) Jual beli pada barang ribawi dihukumkan fasid kerana asal hukum jual beli telah disyarakkan. Apa yang ditegah adalah sifatnya iaitu tambahan yang berupa riba al-fadhlu adalah dilarang dalam Islam.

‘AZIMAH. Hukum-hukum yang disyaratkan oleh Allah semenjak awal lagi,

iaitu tidak pernah dinasakh supaya ia menjadi undang-undang umum bagi setiap mukallaf di dalam semua keadaan.

Contoh : Sembahyang, puasa, zakat.

Page 6: Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie

RUKHSAH.† Hukum syarak yang diberi pengecualian disebabkan terdapat

keuzuran yang berat sebagai pengecualian daripada hukum asal yang menyeluruh namun mengikut batasan kadar perlu.

† Contoh : Boleh meninggalkan puasa bagi orang musafir.

PERBEZAAN DI ANTARA HUKUM TAKLIFI DAN HUKUM WADH’IE.

Setelah diteliti pengertian kedua-dua hukum tersebut didapati ada tiga perbezaan antara keduanya :

1. Maksud hukum Taklifi ialah tuntutan melakukan perbuatan daripada mukallaf atau mennggalkannya atau diberi pilihan di antara keduanya.

Sedangkan maksud hukum Wadh’ie ialah menyatakan sesuatu sebagai sebab bagi sesuatu yang lain atau syarat baginya atau penghalangnya (mani’).

2. Hukum Taklifi : Apa yang dituntut melakukan atau meninggalkannya atau diberi pilihan di antara keduanya mestilah ia perkara yang mampu bagi mukallaf melakukan zina, agar terlaksana junjung perintah Allah.Seperti mengeluarkan zakat dan tidak melakukan zina, agar terlaksana junjung perintah Allah.

Hukum Wadh’ie : Tidak disyaratkan sedemikian kerana hukum Wadh’ie terkadang ia adalah perkara yang mampu bagi mukallaf dan terkadang adalah ia di luar kemampuannya.

3. Pembahagian Hukum.

HUKUM TAKLIFI. HUKUM WADH’IE. Menurut JUMHUR ULAMA :

1. Wajib.2. Sunat.3. Makruh.4. Haram.5. Harus.

Menurut ULAMA HANAFI :1. Fardhu.2. Wajib.3. Sunat.4. Karahah Tanzih.5. Karahah Tahrim.

6. Haram.7. Harus.

1. Sebab.2. Syarat.3. Mani’.

Menurut SESETENGAH ULAMA :4. Sah.5. Batal.

Menurut ULAMA LAIN :6. ‘Azimah.7. Rukhsah.

TAMBAHAN #CONTOH APA YANG BOLEH / TIDAK BOLEH MANUSIA LAKUKAN.

※ SEBAB. Mampu dilakukan. Seperti lafaz-lafaz kontrak adalah sebab lahir hukum-

hukumnya. Di luar kemampuan. Seperti kekeluargaan adalah sebab bagi pusaka.

Page 7: Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie

※ SYARAT. Mampu dilakukan. Seperti bersuci adalah di antara syarat sah

sembahyang. Di luar kemampuan. Seperti cukup umur adalah di antara syarat wajib

berpuasa.

※ MANI’. Mampu dilakukan. Seperti membunuh adalah penghalang kepada si

pembunuh mendapat harta pusaka daripada harta orang yang dibunuh. Di luar kemampuan. Seperti kebapaan adalah penghalag daripada

dibunuh bapa apabila membunuh anaknya dengan senghaja atau permusuhan antara perseteruan.

NOTA RINGKASAN BAGI HUKUM WADH’IE.

KEADAAN ATAU SUASANA YANG JELAS LAGI TEPAT.

CONTOH :SE SEBAB. MENCURI.SY SYARAT. SEMBAHYANG.M MANI’. HARTA PUSAKA.

HASIL USAHA :

JIMOH S. ♥

S S

S S

M M

/

ADA

XT

I

A

D

A

/ X

X

/