kaedah usul fiqh

Upload: tomey2794

Post on 08-Jan-2016

92 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kaedah usu fiqh

TRANSCRIPT

KAEDAH 2 : YAKIN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN SYAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN06000 JITRA, KEDAHPENSYARAH : USTAZAH CHE NAZRAH BINTI YUSOF

PIM 3143 PENGAJIAN FIQH KAEDAH-KAEDAH FIQH

Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum.Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara kemaslahatan ummah kini. Terdapat lima kaedah utama yang disepakati dalam kalangan fuqaha.PENGENALAN KAEDAH FIQH

KAEDAH 1Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang terhasil dari seseorang sama ada melakukan atau meninggalkan. Ia juga merangkumi perbuatan, kata-kata ataupun niat. Oleh itu, setiap tindakan manusia adalah terikat dengan apa yang diniatkan untuk diberi pahala atau dosa. MAKSUD NIATDEFINISISUMBER ASAS KAEDAH : :(( )).Dari Umar bin al Khathab, beliau berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,Sesungguhnya perbuatan-perbuatan itu dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang bergantung dengan apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk dunia yang ingin ia perolehnya, atau untuk wanita yang ingin ia nikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang berhijrah kepadanya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)1

2Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang lurus. Surah al-Bayyinah ayat 5

Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu. Dan kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Surah ali-Imran ayat 1453Sesungguhnya tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat.(Hadis riwayat al-Baihaqi)

4Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: : .

Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya.(HadisriwayatIbn Majah)56 Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan dengan menyekutukan Aku dengan selainku, maka Aku tinggalkan dia dengan sekutunya.(Riwayat Muslim)Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah s.a.wbersabda, Allah s.w.tberfirman:Orang yang berjihad di jalan Allah. Orang pertama pergi untuk meninggikan kalimah Allah, maka dia mendapat pahala jihad. Orang kedua pula berjihad kerana ingin meninggikan kalimah Allah tetapi pada masa yang sama dia berjihad kerana inginkan harta rampasan perang. Jihadnya sah, dia mendapat pahala jihad tetapi pahalanya kurang kerana niatnya tidak ikhlas sepenuhnya kerana Allah, telah terpalit niatnya untuk selain Allah iaitu ingin mendapatkan harta rampasan. Orang ketiga pergi berjihad semata-mata untuk harta rampasan. Dia tidak mendapat pahala jihad. Dia hanya mendapat harta rampasan seperti yang dia niatkan.CONTOH Oleh itu, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Niat menjadi asas utama penerimaan sesuatu amalan itu sama ada diterima atau ditolak oleh Allah.

Kita perlu memastikan amalan yang kita lakukan menjadi amalan yang terbaik dan diterima oleh Allah s.w.t dengan cara menjaga dua aspek iaitu memastikan niat ikhlas kerana Allah dan memastikan amalan yang dilakukan benar mengikut Rasulullah s.aw.

KEPENTINGAN NIAT:Membezakan antara ibadah atau adat.Membezakan antara dosa dan pahala. KEPENTINGAN NIAT:Membezakan antara halal dan haram. Membezakan antara ibadah dengan ibadah lain. Seseorang yang menyembelih binatang kemungkinan untuk memakan daging binatang tersebut atau kemungkinan untuk korban. Membezakan antara ibadah atau adat.Seseorang yang menyerahkan sesuatu kepada seseorang sama ada wang atau berupa makanan sama ada dia memberikan sedekah atau hibah atau zakat.Membezakan antara ibadah atau adat.Seseorang yang sedang berada dalam masjid kemungkinan dia masuk untuk merehatkan tubuhnya atau kemungkinan untuk beribadah. Membezakan antara ibadah atau adat.Seseorang yang mandi kemungkinan untuk membersihkan tubuhnya yang kotoratau menyejukkan tubuhnya di hari yang terik atau kemungkinanjuga untukibadah.Membezakan antara ibadah atau adat.Seseorang yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi kemungkinan untuk diet, atau menjaga kesihatannya atau kemungkinan dia sedang berpuasa.Membezakan antara ibadah atau adat.Seseorang yang mengambil harta yang dijumpai mendapat dosa sekiranya dia mempunyai niat untuk memilikinya. Sebaliknya, jika dia mengambil barang tersebut dengan niat untuk mencari dan menyerahkan kembali kepada pemiliknya, maka dia mendapat pahala.

Membezakan antara dosa dan pahala. Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika ia berniat membuat arak, haram hukumnya.

Membezakan antara halal dan haram. Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat. Membezakan antara ibadah dengan ibadah lain. Membezakan antara ibadah dengan ibadah lain. Solat fardhu dengan solat sunat, solat zohor dengan asar, puasa wajib dengan puasa sunnah.PECAHAN KAEDAH ( )Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang bukan jenis adat, atau ia tidak kesamaran dengan ibadah yang lain.Contohnya:Beriman kepada AllahMembaca al-QuranBerzikir

Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan yang lain, tetapi diwajibkan niat pada membaca al-Quran apabila dinazarkannya bagi membezakan fardhu dengan yang lainnya. )Disyaratkantayin(menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan tayin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.Contohnya yang disyaratkan tayin ialah seperti solat, dan yang tidak diperlukan tayin adalah seperti taharah, haji dan umrah.( )Iaitu niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumumkan lafaz yang khas.Contohnya, seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang dan dia niatkan orang itu Umar.( )Amalan-amalan yang disyratkantayin, jika tersalah tayin maka ia membatalkan amalan itu.Contohnya, tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada asar.

LAFAZ CERAI TANPA NIAT KAEDAH 2 : YAKIN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN SYAK Maksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku, maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak dan ragu-ragu.Daripada kaedah ini,sekiranya seseorang yang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama ada telah dihilangkan atau belum hilang, maka keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan baru yang dapat menghilangkannya.Asal kaedah ini dengan berdalilkan hadis, antaranya:

: : .

MAKSUDNYA..Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan.PECAHAN KAEDAH( )Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab.( )Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya) )Asalnya sesuatu itu tidak ada

( : , )Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, maka dianggap ia belum melakukannya.( )Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang paling hampir sekali.( , )Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang menunjukkan haram.( )Kemaluan perempuan itu asalnya haram.( )Asal di dalam percakapan ialah hakikat.Maksud:Sesuatu perkara perlu dikekalkan keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan keadaannya sehinggalah terdapat perubahan hukumnya.( )Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan SebelumnyaCONTOH HUKUM :Sesiapa yang yakin bersuci dan syak berlakunya hadas, dia dianggap masih lagi berwudhu dan sebaliknya.

Seseorang yang makan di akhir malam dan kemudian syak tentang naik fajar- Puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal.Wanita yang beriddah mendakwa masa sucinya masih berlanjutan dan belum selesai iddah- maka diterima/ dibenar dakwaannya itu dan dia masih berhak mendapat nafkah iddah( )Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab.Asal seseorang yang dilahirkan tidak ada tanggungjawab.Situasi begini akan berterusan sehingga adanya sebab yang membawa kepada ada tanggungjawab / bebanan tersebutAsal terlepas bebanan / taklif syarak dan terikat dengan tanggungjawab adalah perkara yang mendatang (baru)

CONTOH HUKUM :Apabil Pendakwa gagal mengemukakan keterangan, maka sumpah akan diminta dari orang yang kena dakwa (OKT) - Jika enggan, dia TIDAK BOLEH DIHUKUM berdasarkan keengganannya kerana asalnya dia bebas dari tanggungjawab.- Sumpah akan dikenakan ke atas Orang Yang Mendakwa.CONTOH HUKUM :Seseorang yang mendakwa orang lain berhutang dengannya, mesti dibuktikan dakwaannya itu jika Orang Kena Dakwa menafikannya, kerana berpegang kepada asal kaedah.Tiada/ tidak ada mendahului ada / wujudSesuatu perkara yang dihukum ada, asalnya tidak wujud / tiada (diragui)Asal itu tiada dikembalikan/dikekalkan sehinggalah sabit ada perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal tersebut.

) )Asalnya sesuatu itu tidak ada

CONTOH HUKUM :Seseorang yang menggunakan harta orang lain mendakwa dia dibenarkan berbuat demikian, tetapi TUAN PUNYA menafikannya. HUKUM: Penafian tuan punya diterima kerana asal harta tiada keizinan dan harta orang adalah haram.CONTOH HUKUM :Seorang isteri yang telah lama berkahwin dengan suaminya mendakwa bahawa suaminya tidak memberinya nafkah, maka HUKUMNYA dakwaan isteri akan diambil kira kerana nafkah merupakan tanggungjawab suami menunaikannya.Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini.( : , )Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, maka dianggap ia belum melakukannya.CONTOH HUKUM :Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.CONTOH HUKUM :Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan basuhan yang ketiga. CONTOH HUKUM :Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu. Untuk menetapkan hukum terhadap sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada keadaannya yang paling hampir dengan situasi yang berlaku.Terluput sesuatu perkara/ keadaan akan menyebabkan sesuatu hukum itu tidak terlaksana. atau tidak diambil kira.( )Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang paling hampir sekali.CONTOH HUKUM :Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk dengan air yang najis.CONTOH HUKUM :Seseorang telah memukul perut wanita yang mengandung. Lalu perempuan tersebut melahirkan anaknya dalam keadaan sihat disebabkan jenayah itu dan hidup untuk beberapa hari , kemudian matiHukumnya: Penjenayah itu tidak diwajibkan membayar diyat kerana pada dzahirnya bayi tersebut mati disebabkan oleh faktor yang lain.Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda yang diriwayatkan oleh Bazzar dan al-Tabrani:{ }Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.( , )Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang menunjukkan haram.CONTOH HUKUM :Binatang yang tidak jelas atau samar-samar nas tentang haramnya, hukumnya adalah halal dimakan.Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak diketahui nama dan hukumnya adalah halal dimakan.Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa masalah dan hukum, contohnya :Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya ialah anak sejati.( )Asal di dalam percakapan ialah hakikat.CONTOH HUKUM :Jikalau seseorang itu bersumpah tidak akan membeli, selepas itu ia mewakilkan kepada orang lain supaya membeli, ia tidak wajib membayarkaffarah.Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa masalah dan hukum, contohnya :Seseorang yang ingin berkahwin dengan perempuan yang dia tidak yakin sama ada perempuan itu mahramnya atau ajnabi, maka haram dia berkahwin dengannya, kerana berdasarkan pengharaman asalnya.( )Kemaluan perempuan itu asalnya haram.JOM RELAX .

RUJUKANAbdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Ilham AbateEnteprise.Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. 2000.Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh.Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.Jalaluddin Abdul Rahman as-Suyuti. 2004.Kaedah-kaedah Hukum Islam Mazhab Shafi. Kuala Lumpur : Crescent News (K.L) Sdn. Bhd.Mohd Qary Abd Ghapar. 2003.Qawaid Fiqhiyyah. Mesir : Al-Azhar Media Enterprise.RUJUKANMuhammad Salih bin Ahmad. 1998.Al-Qawaid al-Fiqhiyyah.Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid.Mustafa Ahmad al-Zarqa. 1998.Al-madkhal al-Fiqhu al-Ammu.Damshik : Dar al-Qalam.Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi.1990.Kamus Marbawi.Cet. 2. Kuala Lumpur : Darul NumanRUJUKANhttp://www.tayibah.com/eIslam/yakin_tidak_dihilangkan_oleh_keraguan.phphttp://wandastpm.blogspot.com/2013/12/kaedah-kedua-keyakinan-tidak-boleh_14.htmlhttp://transformasiummah.blogspot.com/2011/02/qawaid-fiqhiyyah-tugasan-method-fiqh.html