unsur sastera dalam pendidikan pemulihan

6
Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajar Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di sekolah. Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggun bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lamb dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajara Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan d fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung kepada pergerakan agar me menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan khas. Contohnya seperti lagu Nenek Si Bongkok Tiga . Lagu boleh mengajak murid untuk belajar menyanyi sambil bermain. Permainan ini boleh digunakan dengan menyanyikan lagu Nenek Si Bongkok Tiga . Nenek-nenek si bongkok tiga Siang mengantuk malam berjaga, Mencari cucu di mana ada, Nenekku kahwin dengan anak raja.

Upload: nadiah-nazlan

Post on 30-Nov-2015

134 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

            Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di sekolah.

Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggunaan bahan sastera sebagai

bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas

juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya

dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajaran.

Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan daya fizikal apabila mereka

melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang

kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung kepada

pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh

dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan

khas. Contohnya seperti lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’. Lagu ini boleh mengajak murid untuk belajar menyanyi

sambil bermain. Permainan ini boleh digunakan dengan menyanyikan lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’.

Nenek-nenek si bongkok tiga

Siang mengantuk malam berjaga,

Mencari cucu di mana ada,

Nenekku kahwin dengan anak raja.

Cucu-cucu tak dapat lari,

Nenek tua banyak sakti,

Di mana cucu hendak lari,

Siapa yang kena dia yang jadi.

Page 2: Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

Seorang murid boleh jadi nenek  dan ditutup matanya. Kemudian apabila lagu dinyanyikan beramai, nenek akan

duduk di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi oleh murid-murid yang menyanyi lagu tersebut. Murid-murid

yang menyanyikan lagu tersebut akan diminta untuk membuat gerakan mengikut lagu yang dinyanyikan.

Pergerakan tersebut akan dibuat oleh guru dan ditiru oleh murid-murid. Setelah habis lagu dinyanyikan, nenek

perlu menangkap seorang cucu dan meneka siapakah yang berjaya ditangkap. Permainan ini sangat

menyeronokkan dan menjadi satu medium hiburan kepada kanak-kanak agar mereka tidak berasa bosan dan jemu

untuk belajar.

Kesusasteraan kanak-kanak sebenarnya dapat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan kognitif

dan intelektual murid-murid pemulihan khas. Bahan sastera berperanan sebagai medium bagi mempertingkatkan

tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak Murid pemulihan dilihat golongan

yang lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan. Menurut Julia Unggai (1992), hasil sastera yang tidak bermutu

akan  menjadikan karya tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak dari aspek pengetahuan

mahupun pengalaman psikologi mereka. Oleh itu, pemilihan bahan yang sesuai perlu diberi perhatian. Mereka

berpeluang berimaginasi dengan cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Mereka juga dapat mengasah minda

mereka menerusi pantun teka-teki. Pantun teka-teki akan mendorong mereka untuk meneka sesuatu di samping

diberikan petunjuk di dalam pantun tersebut. Seperti contoh, pantun teka teki buah-buahan:

Penulis muda berkarya hebat,

Satu kisah masa mudanya,

Merah warnanya berambut lebat,

Isi putih manis rasanya.                      (rambutan)

Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti pantun dan syair juga dapat

menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan. Selain itu, bahasa yang berirama seperti pantun, syair

dan seloka, mampu mengukuhkan kekuatan ingatan murid akan perkataan yang diajar.

Selain daripada itu, kesusasteraan penting dalam membantu pembentukan emosi positif dalam diri murid.

Murid pemulihan khas seringkali dilihat mempunyai masalah emosi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalam

kehidupan mereka. Oleh itu, dengan memilih bahan sastera dalam pengajaran, guru dapat membantu mengatasi

masalah emosi dan berharap agar kanak-kanak ini dapat mengamalkan tingkah laku yang baik dan berupaya

Page 3: Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

membina konsep kendiri yang positif.

Contohnya seperti Cerita Bawang Putih Bawang Merah, walaupun terdapat sedikit unsur khayalan dan

dongengan, namun mesej atau pemikiran yang hendak disampaikan adalah jelas. Cerita tersebut menceritakan

bahawa kesabaran yang ditunjukkan oleh Bawang Merah terhadap ibu dan kakak tirinya, Bawang Putih akhirnya

membawa kebaikan kepada diri Bawang Merah. Pelbagai kezaliman dilakukan oleh ibu dan kakak tiri Bawang

Merah, namun Bawang Merah hanya mampu bersabar dan mengadu nasib kepada ibunya yang telah meninggal

dunia. Malah, Bawang Merah tidak menyimpan dendam dengan keluarga tirinya. Bawang Merah masih lagi

mengajak mereka tinggal bersamanya di istana setelah Bawang Merah dilamar oleh Putera Raja. Nasihat yang

cuba disampaikan dalam cerita ini ialah perbuatan baik seperti bersabar dan tidak berdendam akan mendapat

balasan yang baik.  Oleh itu, prosa tersebut sangat membantu membina emosi positif kanak-kanak pemulihan

khas supaya bersikap penyayang, bersabar dan tidak berdendam dengan orang di sekelilingnya.

Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat dan motivasi murid

pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat belajar kerana di sekolah mereka sering

dilabelkan sebagai murid yang lemah atau lembam. Dengan pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kanak

dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya.

Sumber dari carian GOOGLE

Contohnya cerita binatang seperti Sang Kancil yang memperlihatkan kepandaian Sang Kancil untuk

mendapatkan kemahuannya. Dia berusaha mencari akal agar dapat menyeberang sungai dengan bantuan buaya-

buaya, walaupun dia tahu bahawa buaya-buaya tersebut akan memakan dirinya. Bahan bacaan seperti ini dapat

mendedahkan kepada murid tentang kejayaan dan pencapaian yang baik dan berguna sekiranya kita berusaha dan

menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu meningkatkan daya

Page 4: Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi lebih baik.

Bahan sastera mampu memperkembangkan bahasa dan komunikasi kanak-kanak.  Bahan sastera sangat

penting untuk dijadikan instrumen yang dapat membantu guru dalam merancang pengajaran yang boleh

meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal tersebut boleh dilaksanakan ketika aktiviti bacaan secara kuat.

Contohnya, guru membaca sebuah seloka rakyat dan murid berpeluang mendengar sebuatan dan intonasi yang

betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan dan menceritakan semula cerita yang didengar

samada secara lisan, tulisan ataupun lukisan.

Melalui drama kanak-kanak juga, murid-murid dapat merasakan bahawa diri mereka telah diberikan

kepercayaan dalam memegang sesuatu watak dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Mereka akan berusaha memberi kerjasama kepada rakan-rakan mereka untuk berlakon bersama dengan lebih

baik. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran kominakasi dan interpersonal murid-murid pemulihan  khas yang

selalunya lemah atau gagal berkomunikasi secara berkesan. Selain itu, mereka dapat membina keyakinan diri di

samping menerima penghargaan kendiri yang positif dalam diri mereka.

Sementara itu, bahan sastera juga membantu guru dalam memperkembangkan  aspek kerohanian dan

moral supaya murid-murid pemulihan khas dapat menjadi seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral.

Hal ini adalah kerana bahan-bahan sastera mempunyai unsur-unsur nasihat dan teladan. Oleh itu, bahan-bahan

sastera seperti cerita teladan, pantun nasihat, sajak budi dan sebagainya amat sesuai didedahkan kepada murid-

murid. Melalui bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Bahkan, mereka dapat belajar untuk menilai perasaan orang lain, bertolak ansur dan sebagainya. Dari aspek

kerohanian, murid-murid boleh didedahkan dengan kisah-kisah nabi. Guru menggunakan cerita tersebut sebagai

salah satu cara untuk menyemai sifat kerohanian kepada murid melalui kisah dan teladan seperti kisah Nabi

Yunus Ditelan Ikan Nun. Cerita kesusasteraan agama ini dapat menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t dalam

menyelamatkan orang yang memohon pertolongan daripadaNya. Disamping itu, guru boleh memperkenalkan

istilah-istilah baru yang boleh dipelajari oleh murid yang mengandungi unsur-unsur kerohanian.

Tambahan pula, bahan sastera dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri dalam diri murid

pemulihan. Contohnya, melalui cerita kepahlawanan Hang Tuah memberi inspirasi kepada murid dalam

semangat menyayangi negara sendiri. Biografi tokoh-tokoh pembangun negara Malaysia memberikan inspirasi

kepada mereka. Di samping itu, mereka juga akan menjadi cerita-cerita tokoh yang diceritakan sebagai idola

mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa bahan satera menjadi

pendorong utama penggerak motivasi murid pemulihan yang sering patah  semangat untuk berjaya.

Page 5: Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

Secara tuntasnya, bahan seni dan sastera memainkan peranan yang sangat penting sebagai bahan

rangsangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan khas. Guru pemulihan khas seharusnya

sedar bahawa mereka perlu kreatif dalam menerapkan bahan-bahan sastera dalam pengajaran mereka di dalam

bilik darjah darjah. Guru berperanan dalam memperkenalkan keindahan dan keunikan kesusasteraan Melayu

kepada generasi muda agar tidak lapuk ditelan zaman.

https://sites.google.com/site/celikcikgufatin/unsur-sastera-dalam-pendidikan-pemulihan