universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang...

23
i UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA DI DAERAH MUAR SESI PENGAJIAN: 2001/2004 Saya SITI FITRIAH BINTI M. ROSLY (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: EN. LOKMAN B. MOHD. TAHIR NO 30, TMN. LEMBAH PADANG, (Nama Penyelia) JLN.JUNID, 84000 MUAR, JOHOR. Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Upload: others

Post on 13-Oct-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

i

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH

PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA DI DAERAH MUAR

SESI PENGAJIAN: 2001/2004 Saya SITI FITRIAH BINTI M. ROSLY

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: EN. LOKMAN B. MOHD. TAHIR NO 30, TMN. LEMBAH PADANG, (Nama Penyelia) JLN.JUNID, 84000 MUAR, JOHOR. Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

ii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH

PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH

HARIAN BIASA DI DAERAH MUAR.

SITI FITRIAH BT. M. ROSLY

Laporan Projek Ini dikemukan Sebagai Memenuhi Sebahagian

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kujuruteraan Awam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

iii

“Saya/Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

Saya/Kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam).”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : EN. LOKMAN B. MOHD. TAHIR

Tarikh : ………………………………………

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

iv

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penulis : SITI FITRIAH BT. M. ROSLY

Tarikh : ………………………………………

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

v

DEDIKASI

Kepada ,

Ibu tersayang,

Suami yang tercinta,

Azmi b. Sanudin @ Samsuddin

Anak-anak yang dikasihi

Danial Ridzuan dan Adam Hafizudin

Terima kasih di atas segala pengorbanan serta kesabaran kalian semua sepanjang

menyiapkan kajian ini

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

vi

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah kehardat Allah s.w.t dengan berkat dan izinnya dapat saya

menyiapkan tugasan penyelidikan ini.Jutaan penghormatan dan terima kasih kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, En. Lokman bin Mohd. Tahir di atas segala bimbingan,

perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan

penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang telah beliau curahkan mendapat

keberkatan daripada Allah jua.Segala sumbangan dalam bentuk bimbingan beliau akan

saya jadikan panduan sepanjang saya berkhidmat semula di sekolah kelak.

Penghargaan ini juga dirakamkan buat pihak pengurusan sekolah-sekolah

menengah harian biasa di daerah Muar yang terlibat dengan penyelidikan ini terutama

kepada pengetua-pengetua sekolah ,guru-guru yang mengajar mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan dan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

kajian ini

Akhir sekali buat rakan-rakan seperjuangan serta orang perseorangan yang turut

membantu memberi maklumat sehingga terhasilnya penyelidikan ini.Segala bantuan yang

disumbangkan tetap akan menjadi ingatan.Allah jualah yang akan membalasnya.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

vii

ABSTRAK

Perkembangan pesat di bidang pendidikan dan teknologi telah menyebabkan

berlakunya reformasi dunia pendidikan. Beberapa mata pelajaran dalam bidang teknikal

diperkenalkan.antaranya ialah Lukisan Kejuruteraan yang diperkenalkan pada tahun 1993

yang merupakan mata pelajaran elektif dalam kumpulan II Teknologi dan Vokasional bagi

pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah menengah harian. Keputusan peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) mata pelajaran ini tidak begitu memberangsangkan. Kajian ini

adalah untuk mengenalpasti permasalah pembelajaran di kalangan pelajar dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Lima aspek dijadikan persoalan dalam kajian ini iaitu

minat, dorongan keluarga, peranan guru, kesesuaian persekitaran bilik Lukisan

Kejuruteraan untuk proses pembelajaran dan pemahaman konsep asas dalam Lukisan

Kejuruteraan. Responden kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat dari tiga

buah sekolah menengah harian di daerah Muar. Kajian ini telah menggunakan soal selidik

sebagai alat mengumpul data. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan

perisian SPSS. Setelah menganalisa dapatan kajian didapati tiga aspek yang dikaji adalah

menjadi permasalahan pembelajaran di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan. Justeru itu , beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak berkaitan untuk

mengatasi masalah ini.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

viii

ABSTRACT

The vast developments in education and world technology have directly triggered

wave of reform in the world of education.Following this, several new technical subjects

have been introduced to schools in Malaysia.The Technical Drawing was introduced in

1993 as an elective subject in Group II Technology dan Vocational at SPM level of daily

secondary schools.The student’s achievements for this subject in SPM,however, have not

been encouraging.This research intends to identify the learning problems faced by the

students of this subject by specifically evaluating five contributing factors,namely the

students’ interests,the family encouragement,the teachers’ role ,the condicivenss of the

classroom for the learning process and finally the student’s unterstanding of the concept of

each particular drawing types.The respondents for this research involved the form four

students of three daily secondary schools in daerah Muar.The research used a

questionnaire as a mean for data collection and the data was processed utilizing SPSS

software.After evaluating the findings,it is concluded that the three critical areas being

evaluated are the main contributing factors that cause the learning problems faced by the

students.Based on this,several recommendations have beenproposed to the relevant parties

to rectify this problem and to improve the situation.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

ix

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN i

JUDUL ii

PENGESAHAN PENILAI iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JUDUL xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyatan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Terminologi 11

1.9 Penutup 14

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

x

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Hubungan Minat Pelajar Dengan

Masalah Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan 16

2.3 Faktor Galakan Dan Motivasi Ibu bapa 18

2.4 Faktor Pengajaran Guru Dengan

Masalah Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan 20

2.5 Faktor Keberkesanan Pembelajaran dari segi

kemudahan, Kelengakapan dan persekitaran 23

2.6 Faktor Kemahaman Konsep Asas Dalam Lukisan

Kejuruteraan 25

2.6 Penutup 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Pembinaan Soalselidik 32

3.6 Kajian Rintis 34

3.7 Tatacara Kajian 35

3.8 Analisis Data 36

3.9 Penutup 38

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xi

BAB 1V ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisa Bahagian A 40

4.3 Analisa Bahagian B 43

4.3.1 Faktor Minat Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 44

4.3.2 Faktor Galakan Dan Motivasi

Daripada Ibu Dan Bapa Pelajar 46

4.3.3 Faktor Pengajaran Guru Dalam Mata

Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 49

4.3.4 Faktor Persekitaran Dan Suasana

Bilik Lukisan Kejuruteraan 51

4.3.5 Faktor Pemahaman Konsep Asas Dalam

Lukisan Kejuruteraan 53

4.5 Kesimpulan Analisis Data 55

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Rumusan 58

5.2.1 Bahagian A : Analisa Responden 58

5.3 Bahagian B : Analisa Persoalan Kajian 64

5.3.1 Faktor Minat 60

5.3.2 Faktor Galakan Dan Motivasi

Daripada Ibu Dan Bapa Pelajar 61

5.3.3 Faktor Pengajaran Guru 62

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xii

5.3.4 Faktor Persekitaran Dan

Suasana Bilik Lukisan 64

5.3.5 Faktor Pemahaman Konsep Asas

Dalam Lukisan Kejuruteraan 65

5.4 Kesimpulan 66

5.5 Cadangan Tindakan 68

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70

5.7 Penutup 77

BIBLIOGRAFI 72

LAMPIRAN 84

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisis mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan SPM 2002 dan 2001 5

1.2 Analisis mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan dalam peperiksaan SPM

2001 dan 2002 Daerah Muar 5

1.3 Analisis SPM 2002 mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan mengikut sekolah di daerah

Muar 6

3.1 Skala Likert 33

3.2 Taburan soalan mengikut setiap

pembolehubah 34

3.3 Pekali Alpha Cronbach 35

3.4 Markat skala 3 mata 37

3.5 Perubahan markat dan skala 37

4.1 Taburan bilangan dan peratusan mengikut

jantina 40

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xiv

4.2 Taburan bilangan dan peratusan mengikut

tempat tinggal semasa belajar 40

4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut kedudukan lokasi sekolah 41

4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut pendapatan ibu dan bapa pelajar 41

4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut pencapaian semasa 42

4.6 Taburan bilangan ,peratusan dan min bagi

faktor minat pelajar terhadap mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan 44

4.7 Taburan bilangan ,peratusan dan min bagi

faktor galakan dan motivasi ibu dan bapa

pelajar terhadap mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan 46

4.8 Taburan bilangan ,peratusan dan min bagi

faktor pengajaran guru dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan 49

4.9 Taburan bilangan ,peratusan dan min bagi

faktor persekitaran dan suasana bilik

Lukisan kejuruteraan 51

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xv

4.10 Taburan bilangan ,peratusan dan min bagi

faktor pemahaman konsep asas dalam

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 53

4.11 Taburan purata keseluruhan bagi lima

persoalan kajian mengikut min 55

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 78

B Surat Kebenaran Menjalankan

Kajian daripada EPRD

(Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan) 84

C Surat Kebenaran Menjalankan

Kajian Daripada Jabatan Pendidikan

Negeri Johor 86

D Surat Pengesahan Mengedarkan Soal

Selidik Sebagai Instrumen Kajian 87

E Surat Pengesahan Isi Kandungan

Instrumen Kajian 88

F Nilai Pekali Alpha Cronbach 89

G Senarai Bilangan Pelajar Tingkatan

Empat Yang Mengambil Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah

Menengah Harian Biasa Di Daerah Muar 90

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xvii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia semakin hari semakin maju mengikut peredaran zaman masa kini.

Wawasan Malaysia memerlukan rakyat yang mempunyai kebolehan dan kemampuan , mempunyai daya

tahan dan daya saing seiring dengan perkembangan sains dan teknologi masa depan yang dapat

menyumbang ke arah pembangunan negara. Di dalam laporan Rangka Jangka Panjang Ke-2, (RRJP2) 1990-

2000, kerajaan telah meletakkan matlamat untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. Untuk

memenuhi hasrat tersebut, penggunaan teknologi mudah kepada teknologi terkini serba canggih perlu

ditingkatkan dan memerlukan kepakaran kira-kira 153,000 orang jurutera dan juruteknik.

Oleh yang demikian , tanggungjawab yang berat telah diletakkan di bahu

kementerian pendidikan Bahagian pendidikan Teknik dan Vokasional khasnya dalam

menangani masalah kekurangan sumber tenaga mahir dan separa mahir ini .Pendidikan

Teknik dan vokasional perlu menyediakan kemahiran kepada pelajar-pelajar yang bakal

memasuki alam pekerjaan , di samping menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan

tenaga mahir bagi memajukan bidang ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan

teknik dan vokasional ( Laporan Jawatan kuasa Kabinet, 1979).

Selain daripada melatih pelajar-pelajar meluaskan pengetahuan dan kemahiran,

sikap kerja yang betul dengan nilai-nilai positif seperti ikhlas, berdisiplin, tekun,

berdedikasi, gigih bekerja, menepati masa dan lain-lain perlu diterapkan dari masa ke

semasa bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia dari segi jasmani, rohani emosi dan

intelek. Selain daripada ciri-ciri tersebut, sumber tenaga manusia yang mempunyai

motivasi tinggi , sanggup bekerja kuat serta sanggup meningkatkan produktiviti juga amat

diperlukan. Pekerja-pekerja juga mestilah flesibel, sanggup belajar dan dilatih semula

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xviii

untuk menambahkan pengetahuan yang sedia ada dan mesti mempunyai pelbagai

kemahiran (Shahril,1994).

Latihan kemahiran yang disalurkan melalui bidang Teknik dan Vokasional dari

peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk

melahirkan generasi yang berkemahiran sama ada separa mahir atau mahir untuk mengisi

pasaran tenaga sumber negara manusia.

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk menambahkan tenaga sumber

manusia yang terlatih di dalam berbagai bidang dengan wujudnya rangkaian sekolah-

sekolah latihan kemahiran, politeknik, kolej-kolej komuniti dan seterusnya pusat-pusat

pengajian tinggi yang menawarkan latihan yang berasaskan bidang teknologi.

Beberapa perubahan telah berlaku dalam arena pendidikan negara semenjak awal

tahun 1980an. Selaras dengan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979, Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983.

Seterusnya pada tahun 1989 , Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pula

dilaksanakan di semua sekolah menengah ( Ee Ah Meng. 1996).

Perlaksanaan program kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ini

memperlihatkan satu reformasi pendidikan terlah bermula di peringkat sekolah menengah.

Mata pelajaran Vokasional dan Teknologi telah diperkenalkan di sekolah teknik dan

vokasional, sekolah menengah berasrama penuh, sekolah menengah agama dan sekolah

menengah harian biasa seperti Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains

Pertanian, Ekonomi Rumahtangga, Matematik tambahan, Reka Cipta, Pengajian

Kejuruteraan Awam, Pengajian kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik, Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan (Kementerian Pendidikan

Malaysia. 1993)

Pada awalnya pelaksanaannya, mata pelajaran elektif Lukisan Kejuruteraan hanya

akan diajar kepada pelajar di sembilan buah sekolah menengah teknik (SMT) pada tahun

1992.Tetapi semenjak tahun 1993, ia telah dilaksanakan di 29 buah sekolah menengah

akademik dan sehingga tahun 1998, jumlahnya meningkat ke 296 buah sekolah di seluruh

negara.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xix

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Lukisan kejuruteraan adalah satu mata pelajaran elektif dalam

kumpulan II (Vokasional dan Teknologi) untuk tingkatan empat dan lima dalam program

KBSM. Lukisan Kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk

menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas. Lukisan Kejuruteraan ini mempunyai

konvensyen, simbol dan kepiawaian tersendiri yang telah ditetapkan.(Pusat Perkembangan

Kurikulum).

Pemilihan elektif Lukisan Kejuruteraan adalah alternatif yang bijak dibuat oleh

pelajar. Selari dengan sistem pendidikan negara mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk

melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas dalam bidang kejuruteraan serta

melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara grafik dengan alam teknologi dalam

kehidupan seharian (Azali, 2000). Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

ini juga akan membolehkan pelajar memperolehi asas yang kukuh dan bermanfaat sama

ada untuk melanjutkan pelajaran mahupun mencari pekerjaan dalam bidang kejuruteraan

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995).

Lukisan Kejuruteraan adalah satu mata pelajaran yang bertindak sebagai agen

pemangkin di dalam pembelajaran mata pelajaran yang lain. Pelajar akan dilengkapkan

dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam lukisan kejuruteraan yang akan

diaplikasikan di dalam semua bidang kejuruteraan dan teknologi apabila mereka

memasuki alam pekerjaan kelak. Mata pelajaran ini amat penting dalam era sains dan

teknologi memandangkan semua jenis reka bentuk memerlukan kepakaran grafik dengan

tepat dan jelas. Oleh itu , kesediaan pelajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri

dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal. Ketiadaan pengetahuan yang

kukuh dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan ini akan membuat para pelajar sukar

untuk memahami serta menghayati teori dan idea yang kerap kali diterapkan dalam bentuk

gambaran atau visual di dalam lukisan kejuruteraan ini.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xx

Dalam usaha memperkenalkan mata pelajaran lukisan kejuruteraan di kalangan

pelajar sekolah harian biasa, prestasi pencapaian perlu diutamakan dan dikaji

keberkesanannya dari masa ke semasa. Secara umumnya, pencapaian yang diambilkira

sebagai rujukan iaitu pada tahun 2002, mata pelajaran lukisan kejuruteraan seperti di

jadual 1.1.

Jadual 1.1 : Analisis mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan : SPM 2002 dan 2001

Tahun Peratus 2002 73.9 %

2001 75.1%

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan daripada analisis daripada jadual 1.2, peratusan keseluruhan semakin

menurun sejak dua tahun kebelakangan ini. Secara khususnya didapati peratusan

pencapaian bagi setiap negeri juga menurun dan satu analisis di daerah Muar diperolehi

dan menunjukkan prestasi pencapaian menurun terutama bagi sekolah-sekolah menengah

harian biasa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

Jadual 1.2 : Analisis mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam peperiksaan

SPM 2001 dan 2002 Daerah Muar , Johor

Kelulusan %

Nama Sekolah 2001 2002

Sek. Men. Keb. Bandar Maharani

Sek. Men. Keb. Tun Mamat

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xxi

Sek. Men. Sains Muar

Sek. Men. Teknik Muar

Sek. Men. Keb. Sagil

78.87 74.70

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri , Kementerian Pendidikan Malaysia

Merujuk kepada jadual 1.2 peratusan kelulusan bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan di sekolah-sekolah dalam daerah Muar yang menawarkan mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan pada tahun 2001 dan tahun 2002.

Jadual 1.3 : Analisis SPM 2002 mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mengikut sekolah di daerah Muar, Johor

Peratus Gred %

Nama

Sekolah 1A 2A

B

4B 5C

C

7D 8E 9F Calon Lulus

%

SMK Sagil - 12 12 12 - 24 20 12 8 25 92

SMK

Bandar

Maharani

- - - 4.3 8.7 13 - 30.4 43.5 24 56.5

SMK Tun

Mamat

- 14.3 3.6 2.6 21.4 14.3 3.6 7.1 32.1 28 67.9

SM Teknik

Muar

0.6 1.2 1.2 5.9 8.3 16.0 12.4 14.8 39.6 169 60.4

SM Sains 28.4 26.5 21.6 15.7 5.9 1.0 1.0 - - 102 100

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia

Merujuk kepada jadual ,menunjukkan tahap pencapaian peratusan dan gred

keseluruhan bagi sekolah menengah harian biasa dan sekolah-sekolah yang menawarkan

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Daerah Muar. Analisis di atas memperlihatkan

pencapaian gred yang kurang memuaskan di antara sekolah menengah harian biasa

berbanding dengan Sekolah Menengah Teknik dan sekolah berasrama penuh di daerah

Muar khususnya. Menurut Ketua Jemaah Nazir, pelajar dianggap berprestasi rendah

apabila mendapat sekadar gred C dan ke bawah.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xxii

Keadaan ini telah menarik minat pengkaji untuk menyelidik punca yang

menyebabkan mata pelajaran ini sukar dikuasai untuk mendapat gred yang baik

berdasarkan dari statistik analisis berdasarkan jadual di atas dan berdasarkan pengalaman

pengkaji yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan selama setahun serta melalui

perbincangan dengan rakan-rakan yang mengajar , perlulah satu kajian dan tindakan yang

positif dan segera diambil bermula di peringkat awal pembelajaran mata pelajaran lukisan

kejuruteraan diajar kepada pelajar tingkatan empat lagi.

Jelaslah dalam keghairahan pihak kementeraian Pendidikan menawarkan mata

pelajaran ini di sekolah-sekolah selain Teknik dan Vokasional, perlulah diambil kira

masalah-masalah pembelajaran lukisan kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah harian

biasa bagi memastikan semua pelajar mempunyai peluang yang adil dan saksama di dalam

mempelajari mata pelajaran lukisan kejuruteraan ini.

Oleh yang demikian, pengkaji ingin untuk menyelidik faktor-faktor yang

mempengaruhi masalah pembelajaran Lukisan Kejuruteraan ini dengan harapan dapatan

daripada kajian ini dapat dijadikan panduan untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran ini terutama bagi pelajar-pelajar yang mengambil mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah harian biasa .

1.3 Penyataan Masalah

Apakah sebenarnya faktor-faktor yang mempengaruhi masalah pembelajaran

pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah

menengah harian biasa di daerah Muar ?

1.4 Persoalan Kajian

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · perbincangan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini.Semoga dengan segala usaha murni yang

xxiii

Persoalan kajian yang dikemukakan sebagai faktor yang mempengaruhi

masalah pembelajaran mata pelajaran lukisan kejuruteraan dalam kajian ini ialah :

(i) Apakah minat pelajar mempengaruhi masalah pembelajaran Lukisan

kejuruteraan?

(ii) Apakah faktor motivasi daripada ibu bapa pelajar mempengaruhi masalah

pembelajaran Lukisan Kejuruteraan?.

(iii) Apakah faktor pengajaran guru mempengaruhi masalah pembelajaran

Lukisan Kejuruteraan ?

(iv) Apakah faktor persekitaran dan suasana bilik darjah mempengaruhi

masalah pembelajaran Lukisan Kejuruteraan?

(v) Apakah faktor pemahaman konsep-konsep asas dalam Lukisan

Kejuruteraan mempengaruhi masalah pembelajaran Lukisan

Kejuruteraan ?