persepsi pelajar orang asli terhadap ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya...

25
PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR. MOHD RASTOM BIN MOHD PAUZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhkhanh

Post on 21-May-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP PENGGUNAAN ALAT BANTU

MENGAJAR DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR.

MOHD RASTOM BIN MOHD PAUZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potongyangtidakbertenffit** J€nis t;is ioi illl,ff dan TERHAD, sila tampirkan sumt daripada pihak bed<uasa/orguisasi

berkenaan dengln menyatakan sekali sebab dar terrpoh rcsis ini perlu dikelaskan sebagai

SLILIT atau TERIIAD.o Tenis dimaksudkan sebagai t€sis bagi ljazdr Doktor Falmfatr dan Sarjana secara pmyelidikan

afau dis€rtasi bagi pengjian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda 8SM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS'

JUDUL: PEITSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP PENqGI.}NAAN

ALAT BAIVTU MENGAJAR DALAM PENG+,JARAN KEMAIIIRAN

1.

2.

J.

SESI PENGAJIAN: 201U2011

Saya MOEDBASTOMBINMOHDPAUZI

mengaku membenarkan tesis (PSIW@* ini disimpan di Perpu$akaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

Tesis adalatr halmilik Universiti Teknologi Malaysia.p€rpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi Pengajian ringgi.

4. r'*Sifa tandslcrn ( { )

|-] sur,rr

[-| TERrrAn

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepntingan Malaysia s€perti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditartulranoleh organisasi/badan di mana penyelidikan di$alankan)

TIDAKTERHAI)

AlamatTetap:

No I lkmpungKokKialsJsbn BukitBaker'1 8500 lllechqng |ft lentan.Tarilr*r: Il I EA

EN MOHI) RrZAL BrN MOHD SArr)NamaPenyelia

t/Tarit*r: lr l{ /*

tI

JOIIOR"

Page 3: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

FENGESANAN PEI\TYELIA

iSsya dnd @wa *ya *d& e&ca *g,Ee inidm @ @nepnsaya ka4ra ini adalah meinadai dari segi skop dm hnntiti untuk hrjuan

p€ngffi€srahan ljazah Sarjm h,ftda T€loologi S€rta

Pendidikan Ge'matriran Hidtry)"

Ta@nNrua Peiryelia

TdtfiRiAl Bin Mobd SaidTlrt

Page 4: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

i  

PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP PENGGUNAAN ALAT BANTU

MENGAJAR DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR.

MOHD RASTOM BIN MOHD PAUZI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 5: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

1t

ffiSGAICUAI{

'$ayaalnri krye iai adalahhasil kaja q'a diri k€otnli nt*ilm dm riryksnjang tiaptiap sehrn)rs tclah saya jelrekm t*tt*y"'.

T@ruNana Pqnfi

Tarikh

MOIS} RASTC}MBIN MOTID PAUZI

..t\. [.f. L :.t............

Page 6: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 iii 

 

DEDIKASI

Buat Bonda Tersayang

Segala Jasa Dan Pengorbanan Yang Di Curahkan Akan Di Ingati

Semoga Anakanda Akan Beroleh Kejayaan Yang Cemerlang

Sekalung Al-Fatihah Kepada Arwah Ayahanda.

Buat Keluarga Tercinta

Kepada Kakak-Kakak Dan Abang Segala Dorongan Yang Di Berikan Sangat Berharga

Dorongan Dan Sokongan Yang Di Berikan Akan Di Jadikan

Pengangan Untuk Terus Maju Dan Berjaya Di Masa Depan.

Buat Rakan-Rakan Seperjuangan

Kepada Rakan-Rakan Semoga Ikatan Persahabatan Di Antara Kita

Akan Kekal Untuk Selama-Lamanya.

Semoga Kita Akan Memperolehi Kejayaan Bersama-Sama

Dan Sentiasa Cemerlang Dan Berjaya Di Masa Hadapan

Page 7: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

iv

 

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat serta

hidayah-Nya, maka penyelididkan ini dapat di sempurnakan seperti yang telah

dirancangkan. Tidak lupa juga selawat serta salam ke atas junjungn besar kita Nabi

Muhammad S.A.W kekasih Allah yang amat dikasihi.

Di samping itu, setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada penyelia penyelidikan saya iaitu Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said yang telah

sudi menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan daripada

beliau amat berguna dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga di hulurkan kepada Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Gelang Patah kerana sudi membenarkan kajian di jalankan di sekolahnya.

Selain itu terima kasih juga kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Johor, Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan

semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menyiapkan

penyelidikan ini.

Akhir sekali ucapan terima kasih juga kepada keluarga, saudara mara dan rakan-

rakan yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan

kajian ini.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

v

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalanlan untuk mengetahui persepsi pelajar – pelajar orang asli

terhadap penggunaan alat bantu mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang

Patah , Johor terhadap pengajaran Kemahiran Hidup. Sampel kajian adalah 43 orang

pelajar-pelajar orang asli yang menuntut di tingkatan satu, dua dan tiga di sekolah

tersebut. Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini adalah merupakan

berbentuk set borang soal selidik (temuduga berstruktur) yang di edarkan kepada

pelajar-pelajar orang asli di sekolah tersebut. Hasil daripada analisis kajian rintis

menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi (α = 0.75). Segala

data yang diperolehi akan di analisa dengan menggunakan perisian komputer Statistical

Package for Social Science (SPSS 16.0) bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan.

Daripada hasil dapatan yang diperolehi maka didapati kebanyakan pelajar-pelajar orang

asli mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan alat bantu mengajar semasa

pengajaran matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah tersebut. Dalam kajian ini juga

terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukan dalam usaha untuk

mempertingkatkan lagi keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam

matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah yang terdapat pelajar-pelajar orang

asli.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

vi

 

ABSTRACT

The study was conducted to determine native students perceptions on the use of

teaching aids in Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor on the Living

Skill’s teachings. Sample of study were 43 of native students enrolled in standard one,

two and three in the school. The instrument used in this study is a form of a

questionnaire (structured interview) that distributed to those generally available to native

students in the school. The results from the pilot test showed value of reliability is high

(α = 0.75). The data of the study were analyzed using the computer software Statistical

Package for Social Science (SPSS 16.0) to obtain frequencies and percentages. From the

findings, the most of native students have positive perceptions towards in using teaching

aids for the teaching Living Skill subject in the school. In this study, there are several

proposals that were tabled in an effort to improve the effectiveness of using teaching

aids in Living Skill subject in schools that have native students.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop/Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Persepsi 9

Page 11: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

viii

1.8.2 Orang Asli 9

1.8.3 Pelajar Orang Asli 0

1.8.4 Penggunaan 10

1.8.5 Alat Bantu Mengajar 10

1.8.6 Minat 11

1.8.7 Kefahaman 11

1.8.8 Kemahiran Berfikir 12

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 15

2.3 Kemahiran Hidup 16

2.4 Penggunaan Alat Bantu Mengajar 18

2.5 Alat Bantu Mengajar Mampu Menarik

Minat Pelajar 21

2.6 Alat Bantu Mengajar Menambahkan

Kefahaman Pelajar 23

2.7 Alat Bantu Mengajar Menjana Kemahiran

Berfikir Pelajar 25

2.8 Penutup 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

Page 12: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

ix

3.3 Kerangka Operasi 31

3.4 Tempat Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 33

3.6 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.7 Kesahan Soal Selidik 37

3.8 Kajian Rintis 37

3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 38

3.10 Prosedur Kajian 41

3.11 Analisis Data 42

3.12 Penutup 45

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 46

4.2 Analisis Data Bahagian A 47

4.2.1 Jantina 47

4.2.2 Suku Kaum 48

4.2.3 Umur 49

4.2.4 Tingkatan 50

4.3 Analisis Data Bahagian B 51

4.3.1 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 52

Menarik Minat Pelajar Orang Asli

Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup

4.3.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 56

Menambahkan Kefahaman Pelajar Orang

Asli Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup.

4.3.3 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 60

Menjana Kemahiran Berfikir Pelajar Orang

Page 13: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

x

Asli Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup.

4.4 Analisa Mengikut Soalan Kajian 64

4.5 Penutup 66

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 68

5.2.1 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 68

Menarik Minat Pelajar Orang Asli

Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup

5.2.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 70

Menambahkan Kefahaman Pelajar Orang

Asli Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup.

5.2.3 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mampu 72

Menjana Kemahiran Berfikir Pelajar Orang

Asli Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup.

5.3 Rumusan Kajian 75

5.4 Cadangan 77

5.4.1 Kepada Pihak Sekolah atau Guru 77

5.4.2 Kepada Pihak Kementerian Pendidikan 78

5.4.3 Kepada Pihak Jabatan Hal Ehwal Orang 78

Asli

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.6 Penutup 80

BIBLIOGRAFI 81

Page 14: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Item –item Mengikut Soalan Kajian 35

3.2 Bilangan Pelajar Orang Asli di SMK Gelang Patah 36

3.3 Pekali Alpa Cronbach 39

3.4 Keputusan Ujian Statistik Alpha Cronbach 40

3.5 Kriteria Menganalisis Data 43

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 44

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Jantina Responden 47

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut 48

Suku Kaum

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut 49

Umur

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut 50

Tingkatan

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan Alat Bantu 52

Mengajar Mampu Menarik Minat Pelajar Orang Asli

Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan Alat Bantu 56

Mengajar Mampu Menambahkan Kefahaman Pelajar Orang

Asli Terhadap Pengajaran Kemahiran Hidup.

4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Penggunaan Alat Bantu 60

Mengajar Mampu Menjana Kemahiran Berfikir Pelajar

Orang Asli Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup.

4.8 Taburan Purata Peratusan Bagi Dapatan Kajian Keseluruhan 64

Kajian.

Page 15: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Kerangka Operasi. 31

3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41

Page 16: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

xiii

LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 86

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan 92

Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Pendidikan Malaysia (EPRD)

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri 93

D Surat Kebenaran Jabatan Hal Ehwal Orang 94

Asli Johor (JHEOA)

E Surat Kebenaran Fakulti 95

F Surat Pengesahan Pelajar 96

G Borang Pengesahan Soal Selidik 97

Page 17: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

KBSM - Kemahiran Belajar Sekolah Menengah

JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

SMKGP - Sekolah Menengah Kebangsaaan Gelang Patah

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KH - Kemahiran Hidup

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PTV - pendidikan teknik dan vokasional

Page 18: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 1 

 

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah

Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur

dan utara Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami

semenanjung sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Mohd Fauzi

Yaacob,2006).

Menurut Jasman Ahmad (1997), kehadiran suku kaum berkenaan mungkin

bermula lebih kurang 5000 tahun dahulu. Orang Melayu Asli yang pertama ialah Proto-

Malays yang di katakan menetap di Semenanjung Tanah Melayu kira-kira 1000 tahun

dahulu. Selepas beberapa kurun berlaku penghijrahan beramai-ramai. Mereka di

Page 19: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 2 

 

lengkapi dengan kemahiran bertani dan pertukangan logam. Justeru itu disini jelas

menunjukan bahawa orang asli telah mempunyai kemahiran sendiri.

Masyarakat Orang Asli membentuk penempatan mereka jauh di pedalaman.

Kehidupan mereka yang secara nomad dan menjalankan ekonomi sara diri telah

menjadikan masyarakat Orang Asli tersisih daripada dunia luar. Perkara ini telah

menyebabkan belakunya perbezaan sosio-budaya antara satu sama lain. Di antaranya

ialah sistem kepimpinan , corak ekonomi, corak penempatan dan perumahan, pandangan

terhadap dunia luar, pembalasan sosial, sistem kepercayaan dan bahasa (Mohd

Fadzil,1994).

Justeru itu, di dalam pendidikan masyarakat Orang Asli juga sedikit ketinggalan.

Walaupun pelbagai kemudahan di berikan tetapi masih terdapat anak-anak Orang Asli

dari perspektif pendidikan masih ketinggalan. Kurang minat di kalangan anak-anak

orang asli telah menyebabkan mereka sedikit ketinggalan dalam arus pendidikan pada

masa kini.

Pendidikan amat penting dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang berilmu dan

berpendidikan.  Pendidikan yang sempurna akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan

bermotivasi. Sesuatu pendidikan itu ditetapkan oleh perkembangan yang terdapat hari ini

dan juga perkembangan yang berlaku pada masa lalu. Alat Bantu Mengajar (ABM)

merupakan sebahagian daripada komponen yang penting di dalam membantu

penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Robiah,1993).

Menurut Noraziah (1981), menyatakan bahawa ABM itu mestilah dianggap

sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah

kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan juga murid sesama murid serta

membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Penggunaan ABM

merupakan faktor utama dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

paling konduksif di mana penggunaan ABM dapat mengatasi masalah-masalah seperti

Page 20: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 3 

 

kekurangan tenaga pengajar, masalah kekurangan masa dan masalah mengadakan

pengajaran untuk kumpulan yang besar (Kamarudin,1986).

Proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks, kapur

tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih dari itu termasuklah penggunaan ABM yang

mampu menyediakan pembelajaran itu secara interaktif bagi menarik minat pelajar.

Pengajaran yang dilaksanakan haruslah melibatkan pelbagai teknik agar tidak hanya

menghasilkan pengajaran yang membosankan dan menjadikan pembelajaran pelajar

tidak menarik (Mohd Sobri ,2000).

Penggunaan ABM amatlah digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah

bagi melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru. Ini bagi

memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu berada di dalam keadaan dua hala. Ia

bagi mengelakkan berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran satu hala yang mana

berpusatkan guru. Pembelajaran lebih berpusatkan guru sahaja (dalam bentuk satu hala)

di mana guru menyampaikan isi pelajaran dan pelajar hanya mendengar telah

menjadikan pelajar peserta pasif. Ini akan menyebabkan pelajar akan merasa mudah

bosan dan sedikit sebanyak akan melunturkan minat pelajar untuk belajar (Mohd

Fazreen,2003).

Penggunaan ABM yang menarik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran oleh

guru akan menarik minat serta perhatian pelajar untuk belajar dan memahami isi

pelajaran dengan mudah. Secara tidak langsung ianya akan dapat meningkatkan mutu

serta kualiti pengajaran dan pembelajaran itu. Pengajaran yang hanya menggunakan

sumber semata-mata seperti buku teks, papan hitam dan buku latihan di anggap sebagai

mengenepikan teknologi serta kemudahan yang disediakan. Justeru itu, penggunaan

ABM mampu menarik minat dan perhatian pelajar memahami sesuatu konsep dan isi

pelajaran dengan mudah, mewujudkan suasana pengajaran yang aktif dan menarik.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 4 

 

Pelajar juga dikatakan akan terus tertarik untuk belajar dan berinteraksi dengan aktif

(Asri ,2000).  

   

Oleh itu, penggunaan ABM amatlah digalakkan kerana ia merupakan salah satu

kaedah bagi melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru. Malah,

penggunaan ABM juga akan memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran itu

lebih menarik dan menyeronokkan kepada pelajar. Begitu juga proses pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan pelajar-pelajar Orang Asli yang mana guru seharusnya

mempunyai kaedah yang baik dalam usaha menarik minat, kefahaman di samping

menjana kemahiran berfikir pelajar-pelajar Orang Asli dalam menerima isi pengajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masyarakat orang asli juga mendapat kemudahan yang sama rata dengan kaum-

kaum lain yang terdapat di negara ini. Pelajar-pelajar anak-anak orang asli juga di

sediakan dengan pelbagai kemudahan yang secukupnya untuk memberi peluang kepada

mereka untuk belajar. Di tempat-tempat yang tiada sekolah pihak Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli (JHEOA) telah menyediakan sekolah-sekolah di bawah kelolaanya (Jimin

Idris, 1972). Menururt JHEOA masih lagi terdapat pelajar-pelajar orang asli yang tidak

berminat untuk ke sekolah bagi menerima pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik akan menyebabkan seseorang

pelajar itu akan cepat merasa bosan dan tidak dapat memahami isi pengajaran yang di

sampaikan oleh guru. Adalah menjadi matlamat serta kehendak KBSM dalam

membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang aktif, kreatif, berkemahiran berfikir,

dan berilmu pengetahuan tanpa mengira bangsa. Penggunaan ABM yang sesuai dan

menarik adalah salah satu kaedah yang boleh di gunakan oleh guru-guru untuk

Page 22: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 5 

 

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik disamping membantu

memudahkan pelajar memahami isi pengajaran begitu juga dengan pelajar-pelajar orang

asli. Namun masih terdapat guru-guru yang tidak menggunakan kaedah ini walaupun

mereka mempunyai kemahiran untuk menyediakan ABM dan menggunakanya tetapi

bilangan yang berketerampilan ini masih lagi kecil jika di bandingkan dengan guru-guru

sekolah. (Halimah, 1998).

Penggunaan ABM ini boleh membantu guru-guru di dalam usaha untuk

menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar. Penggunaan ABM

merupakan salah satu altenatif dalam usaha untuk menjayakan usaha tersebut. Menurut

Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992), ABM boleh bertindak sebagai pendorong

kehadapan bagi memprihalkan dengan lebih cepat sesuatu penyampaian oleh guru. ABM

merupakan bantuan kepada guru-guru untuk menarik minat pelajar-pelajar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, mereka perlulah sedar

bahawa ABM ini bukanlah menjadi pengganti kepada pengajaran tetapi bertindak

sebagai pengukuh bagi membantu seorang guru itu menjayakan proses komunikasi atau

pengajarannya kepada murid-murid (Daud, 1983).

ABM merupakan suatu komponen yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk semua subjek. Penggunan ABM merupakan faktor utama dalam

mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Dengan

menggunakan ABM masalah-masalah seperti disiplin belajar, kekurangan masa,

kawalan kelas, kurang minat belajar dan juga rasa ingin tahu pelajar juga dapat di

tingkatkan. Menurut Gaunter, Estes dan Schab (1990) di petik dari Yeo Kee Jiar (1996)

menegaskan bahawa asas dalam perancangan pengajaran adalah sikap prihatin terhadap

pelajar itu sendiri yang membolehkan pelajar untuk belajar serta menunjukan

kesangggupan untuk belajar. Justeru itu, penggunaan ABM boleh membawa pelajar

dengan lebih dekat kepada perkara yang ingin disampaikan oleh guru dan menyediakan

peluang kepada pelajar untuk lebih memahaminya.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 6 

 

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pendapat dan penyataan yang telah di

sebutkan itu maka dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan ABM merupakan aspek

yang penting di dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran untuk semua

peringkat pelajar-pelajar termasuklah pelajar-pelajar daripada golongan masyarakat

orang asli. Maka, atas dasar kepentingan penggunaan ABM tersebut telah mendorong

saya untuk membuat kajian terhadap pelajar-pelajar orang asli tentang persepsi pelajar

orang asli terhadap penggunaan ABM dalam pengajaran Kemahiran Hidup di Sekolah

Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan temubual yang dijalankan bersama En Dzulkifli Bin Mahmood,

Pengawai Bahagian Penyelidikan dan Penerangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

(JHEOA), Johor, yang mana beliau telah menjelaskan bahawa antara masalah- masalah

pelajar orang asli di dalam menerima pendidikan ialah kurang minat untuk belajar, sukar

memahami isi pengajaran, masalah kewangan keluarga, dan tempoh belajar yang lama.

Selain itu, pelajar orang asli juga beranggapan proses pembelajaran itu membosankan

dan tidak menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang boleh menarik minat,

kefahaman, dan mendorong kemahiran berfikir mereka ialah dengan penggunaan ABM

yang menarik dan berkesan yang mampu untuk menarik minat pelajar-pelajar Orang

Asli untuk belajar. Maka, jelas menunjukan bahawa penggunaan alat bantu mengajar

boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Oleh yang

demikian, penyelidik ingin mengenalpasti sejauhmana persepsi pelajar orang asli

terhadap penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Kemahiran Hidup di

Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 7 

 

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik telah menyatakan beberapa persoalan kajian yang

cuba untuk di rungkaikan oleh penyelidik bagi menjawab pernyataan masalah iaitu :

i. Adakah penggunaan alat bantu mengajar mampu menarik minat pelajar

orang asli dalam pengajaran Kemahiran Hidup?

ii. Adakah penggunaan alat bantu mengajar mampu menambahkan

kefahaman pelajar orang asli dalam pengajaran Kemahiran Hidup?

iii. Adakah penggunaan alat bantu mengajar mampu menjana kemahiran

berfikir pelajar orang asli dalam pengajaran Kemahiran Hidup?

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah dan persoalan kajian yang telah

dinyatakan, maka objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tentang perkara-perkara

berikut iaitu :

i. Mengenalpasti sejauhmana penggunaan alat bantu mengajar mampu

menarik minat pelajar orang asli dalam pengajaran Kemahiran Hidup.

ii. Mengenalpasti sejauhmana penggunaan alat bantu mengajar mampu

menambahkan kefahaman pelajar orang asli dalam pengajaran Kemahiran

Hidup.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP ... menghulurkan sumbangan dengan membimbing kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta dorongan

 8 

 

iii. Mengenalpasti sejauhmana penggunaan alat bantu mengajar mampu

menjana kemahiran berfikir pelajar orang asli dalam pengajaran

Kemahiran Hidup.

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik ingin melihat persepsi pelajar orang asli terhadap penggunaan alat

bantu mengajar oleh guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang

Patah, Johor. Di harap hasil kajian ini akan dapat :

i. Memberi panduan kepada penyelidik tentang kepentingan penggunaan

ABM di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah Orang

Asli.

ii. Memberi kesedaran kepada pihak pentadbiran sekolah Orang Asli tentang

kepentingan penggunaan ABM semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

iii. Memberikan maklumat kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

dan Kementerian Pendidikan tentang pengurusan ABM di sekolah Orang

Asli.

iv. Memberikan maklumat kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk

meninjau masalah-masalah di kalangan pelajar Orang Asli di dalam

pendidikan