kajian ekologi dan analisis dna cryptocoryne … ekologi dan analisis dna...membantu dengan memberi...

24
KAJIAN EKOLOGI DAN ANALISIS DNA CRYPTOCORYNE CORDATA GRIFFITH VAR. ZONATA (DE WIT) N. JACOBSEN DI SARAWAK Noorasmah binti Saupi Sarjana Sains (Ekologi Tbmbuhan) 2007

Upload: doanthu

Post on 17-Apr-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN EKOLOGI DAN ANALISIS DNA CRYPTOCORYNE CORDATA GRIFFITH VAR.

ZONATA (DE WIT) N. JACOBSEN DI SARAWAK

Noorasmah binti Saupi

Sarjana Sains (Ekologi Tbmbuhan)

2007

Pusat Khidmat MaklumatAkadernik UIVIVERSiT7 MALAYSIA SARAWAK

p. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

111111111 iilýmii 1000246260 KAJiAN EKOLOGI DAN ANALISIS DNA

CRYPTOCORYNE CORDATA GRIFFITH VAR. ZONATA (DE WIT) N. JACOBSEN DI SARAWAK

NOORASMAH BINTI SAUPI

Penyerahan tesis ini adalah untuk memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Sains

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

PENGISYTIHARAN

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa tiada bahagian di dalam tugasan ini merujuk

kepada tesis yang telah dihantar untuk memenuhi keperluan permohonan ijazah atau

kelayakan lain kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Noorasmah Binti Saupi

Mac 2007

1

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Illahi di atas pemberian rahmat-Nya. Di sini saya ingin merakamkan

jutaan penghargaan terutamanya kepada penyelia utama Prof Madya Dr Isa Ipor serta

ko-penyelia Prof Madya Dr Cheksum Tawan dan Dr Ho Wei Seng yang telah banyak

membantu dengan memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan

tesis ini. Jutaan penghargaan juga diberikan kepada Sarawak Biodiversity Center (SBC)

dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) di atas pemberian permit pengambilan sampel

dan sokongan biasiswa dari Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Sekudan Tedung, Hidir Marzuki dan James

Abai kerana banyak membantu terutamanya dalam persampelan di lapangan. Sekalung

penghargaan juga turut dihulurkan untuk rakan-rakan seperjuangan iaitu Siti

Nurasmah Abu Saurad, Mekiong Kalu, Camillus Benno, Imelda Paul, Noorpahtiwi

Bohari, Noreha Mohidi, Lau Ee Ting, Angeline Simon serta rakan-rakan lain darf

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber yang telah banyak membantu.

Akhir sekali penghargaan amat dirakamkan kepada Allhayarhamah Bonda Hjh Saniah

Rajeni dan Ayahanda Hj Saupi Amit yang dikasihi, suami tercinta Abdul Karim

Mohamad serta keluarga kerana telah banyak memberi sokongan, kesabaran dan

memahami saya selama ini.

Hanya Allah jua yang dapat membalas budi kalian.

11

ABSTRAK

Cryptocoryne cordata Griffith var. zonata (de Wit) N. Jacobsen adalah merupakan

tumbuhan akuatik air tawar yang endemik di Borneo. Sejumlah 16 lokaliti C. cordata

var. zonata di seluruh Sarawak telah direkodkan dan didapati 13 daripadanya

merupakan lokaliti baru. C. cordata var. zonata. Ia mempunyai taburan yang tinggi di

kawasan paya gambut yang asidik dengan julat pH tanah 4.9 - 5.3. Perbezaan morfologi

dalam C. cordata var. zonata adalah plastisiti terhadap pengaruh edafik terutamanya

kedalaman air. Kajian ekologi C. cordata var. zonata di Sarawak telah menunjukkan

jarak geografi berhubungan dengan jarak genetik dengan peratusan nilai Eigen adalah

75.22% dengan nilai R= -0.504 (P<0.01). C. cordata var. zonata adalah merupakan

spesies tahan lindungan kerana boleh bermandiri dengan baik dengan nilai indeks luas

daun (LAI) hutan sekitaran yang tinggi. Seterusnya menjadikan C. cordata var. zonata

sensitif terhadap kemusnahan habitat.

Kata kunci: Cryptocoryne cordata Griffith var. zonata (de Wit) N. Jacobsen, Sarawak,

endemik, kajian ekologi, hubungan genetik, morfologi dan plastisiti

111

Abstract

(Crvvtocorvrze cordata Griffith var. zonata (de Wit) N. Jacobsen is an aquatic plant

dwelling in the fresh waters and endemic to Borneo. A total of 16 localities of C. cordata

var. zonata from Sarawak were recorded. Of these localities, 13 were new records. C

cordata var. zonata was found mainly on acidic peat soils with pH of 4.9 - 5.3.

Morphology differences within C cordata var. zonata were plasticity due to edaphic

factors namely water depth. Ecological studies of C cordata var. zonata in Sarawak

revealed that geographic and genetic distance were correlated to each other given by the

Eigen's value of 75.22% with R=-0.504 (P<0.01). C. cordata var. zonata is a shade

tolerance species and survive well in the forest with high Leaf Area Index (LAI). Thefore,

the study suggests that C cordata var. zonata is sensitive towards habitat destruction)

Keywords Cryptocorvne cordata Griffith var. zonata (de Wit) N. Jacobsen, Sarawak, endemic, ecology study, genetic relatedness, morphology and plasticity.

iv

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UN'TVT. RSITI MALAYSIA SARAWAV

SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat

PENGISYTIHARAN i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN DAN SIMBOL

iv

V

xi

xii

BAB SATU PENGENALAN DAN ULASAN PERPUSTAKAAN 1

1.1 Pengenalan

1.1.1 Objektif kajian

1.2 Ulasan perpustakaan

1

4

5

1.2.1 Famili Araceae 5

1.2.2 Genus Cryptocoryne Fisch. 6

1.2.3 Maklumat taksanomiCryptocoryne cordata

Griffith var. zonata (de Wit) N. Jacobsen

1.2.4 Taburan C. cordata var. zonata

8

10

1.2.5 Habitat 11

1.2.6 Huraian botani C. cordata var. zonata 12

1.2.7 Bilangan kromosom C. cordata var. zonata 13

1.2.8 Propagasi dan pembiakan Cryptocoryne 13

V

1.2.9 Prospek dan kepentingan ekonomi Cryptocoryne 14

1.2.10 Struktur 'spathe' infloresen C. cordata var zonata 15

1.2.11 Kajian morfologi tumbuhan 16

1.2.12 Kajian corak dan agihan biojisim 19

1.2.13 Kajian ekologi 21

1.2.14 Kajian pengecapjarian DNA menggunakan pencetus

universal M13 22

BAB DUA BAHAN DAN KAEDAH

2.1 Lokasi dan kawasan kajian

2.2 Komposisi florisitik dan anggaran biojisim hutan yang

ditumbuhi C. cordata var. zonata.

2.3 Kajian taburan dan corak agihan biojisim

2.4 Penyampelan dan analisis air

2.5 Analisis tanah

25

25

25

27

28

28

2.6 Kajian morfologi 29

2.7 Analisis molekul

2.7.1 Pengekstrakkan genomik DNA

2.7.2 Tindakbalas rantaian polimerase

2.7.3 Analisis data molekul

29

29

31

32

BAB TIGA KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 46

3.0 Lokaliti taburan C. cordata var. zonata di Sarawak 46

3.1 Struktur hutan persekitaran lokaliti C. cordata var. zonata 61

V1

3.2 Kajian taburan biojisim C. cordata var. zonata

3.3 Kajian agihan biojisim C. cordata var. zonata

3.4 Kajian analisis tanah dan air

3.5 Huraian botani C. cordata var. zonata

3.5.1 Kajian morfologi C. cordata var. zonata

75

88

102

108

112

3.6 Kajian molekul hubungan genetik 119

3.6.1 Pemencilan dan Penulenan genomik 119

3.6.2 Amplifikasi PCR 121

3.6.3 Hubungan genetik aksesi-aksesi C. cordata var. zonata 121

3.7 Perbincangan umum 134

BAB EMPAT KESIMPULAN 139

RUJUKAN 141

vii

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 Senarai kriteria dan kenyataan kriteria morfologi C. cordata var. zonata.

Jadual 1.2 Lokaliti sampel C. cordata var. zonata yang dikutip di Sarawak

Jadual 3.1 Lokaliti dan ekologi C. cordata var. zonata di Sarawak

Jadual 3.2 Jarak di antara lokaliti C. cordata var. zonata di Sarawak

Jadual 3.3 Nilai kepentingan spesies tumbuhan berkayu (DBH_ 5.0 cm) di Sg

Stugang, Lundu, Sarawak.

Jadual 3.4 Nilai kepentingan spesies tumbuhan berkayu (DBH_> 5.0 cm) di. Sg

Engkeramut, Sri Aman, Sarawak.

Jadual 3.5 Nilai kepentingan spesies tumbuhan berkayu (DBH_> 5.0 cm) berhampiran

Chapel, Sri Aman, Sarawak.

Jadual 3.6 Anggaran biojisim atas tanah tumbuhan berkayu (DBH >_ 5.0 cm) di Sg

Stunggang, Lundu, Sarawak.

Jadual 3.7 Anggaran biojisim atas tanah tumbuhan berkayu (DBH >_ 5.0 cm) di Sg

Engkeramut, Sri Aman, Sarawak.

Jadual 3.8 Anggaran biojisim atas tanah tumbuhan berkayu (DBH >_ 5.0 cm)

berhampiran Chapel, Sri Aman, Sarawak.

Jadual 3.9 Perbezaan bilangan daun menggunakan Post Hoc Multiple Comparison

Test di antara lokaliti.

Jadual 3.10 Perbezaan bilangan pokok menggunakan Post Hoc Multiple Comparison

Test di antara lokaliti.

Jadual 3.11 Perbezaan berat keseluruahn menggunakan Post Hoc Multiple

Comparison Test di antara lokaliti.

viii

Jadual 3.12 Perbezaan berat helai daun menggunakan Post Hoc Multiple Comparison

Test di antara lokaliti.

Jadual 3.13 Perbezaan berat tangkai daun menggunakan Post Hoc Multiple

Comparison Test di antara lokaliti.

Jadual 3.14 Perbezaan berat akar menggunakan Post Hoc Multiple Comparison Test di

antara lokaliti.

Jadual 3.15 Perbezaan agihan biojisim pada nisbah berat kering helai daun

menggunakan Post Hoc MultipleComparison Test di antara lokaliti.

Jadual 3.16 Perbezaan agihan biojisim pada nisbah berat kering tangkai daun

menggunakan Post Hoc MultipleComparison Test di antara lokaliti.

Jadual 3.17 Perbezaan agihan biojisim pada nisbah berat kering akar menggunakan

Post Hoc MultipleComparison Test di antara lokaliti.

Jadual 3.18 Perbezaan agihan biojisim pada luas permukaan daun menggunakan Post

Hoc MultipleComparison Test di antara lokaliti.

Jadual 3.19 Perbezaan agihan biojisim pada nisbah luas permukaan daun

menggunakan Post Hoc MultipleComparison Test di antara lokaliti.

Jadual 3.20 Perbezaan luas spesifik permukaan daun menggunakan Post Hoc

MultipleComparison Test di antara lokaliti.

Jadual 3.21 Analisis kimia tanah di lokaliti C. cordate var. zonata.

Jadual 3.22 Analisis kimia kualiti air di lokaliti C. cordata var. zonata.

Jadual 3.23 Kekunci pengecaman C. cordata var. zonata mengikut lokaliti di Sarawak

Jadual 3.24 Pengkelasan C. cordata var. zonata mengikut lokaliti berdasarkan saiz

mengikut biojisim petiol.

ix

Jadual 3.25 Diagram profail pengecapjarian aksesi C. cordata var. zonate

menggunakan pencetus universal M13.

Jadual 3.26 Matriks kesamaan dalam aksesi-aksesi C. cordata var. zonata di Sarawak.

Jadual 3.27 Kumpulan utama Muster aksesei C. cordata var. zonata berdasarkan

kesamaan genetik yang dihasilkan oleh pencetus universal M13.

Jadual 3.28 Jarak di antara lokaliti C. cordata var. zonata di Sarawak.

X

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1

Rajah 1.2

Rajah 1.3

Rajah 2.1

Rajah 3.1

Rajah 3.2

Rajah 3.3

Rajah 3.4

Rajah 3.5

Rajah 3.6

Rajah 3.7

Rajah 3.8

Rajah 3.9

Rajah 3.10

Rajah 3.11

Rajah 3.12

Rajah 3.13

Habitat yang didiami oleh C. cordata var. zonata.

Struktur spathe infloresen C. cordata var. zonata.

Morfologi infloresen C. cordata var. zonata

Lokaliti kawasan kajian taburan C. cordata var. zonata di Sarawak

Taburan C. cordata var. zonata di Sarawak

Habitat yang ditumbuhi oleh C. cordata var. zonata.

Taburan biojisim bahagian vegatatif C. cordata var. zonata.

Agihan biojisim dalam C. cordata var. zonata.

Morfologi C. cordata var. zonata di Sarawak

Morfologi daun C. cordata var. zonata

Morfologi dalaman ketel spathe C. cordata var. zonata

Bentuk apeks limb C. cordata var. zonata

Elektroforesis gel DNA genomik aksesei C. cordata var. zonata

Elektroforesis gel penulenan DNA genomik aksesei C. cordata var.

zonata

Profail PCR aksesi C. cordata var. zonata

Dendrogram menunjukkan hubungan genetik dalam aksesi-aksesi C.

cordata var. zonata dengan amplikasi oleh pencetus universal M13

Hubungan korelasi jarak genetik dan jarak geografi C. cordata var.

zonata di Sarawak.

X1

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

mm milimeter

sm sentimeter

m meter

km kilometer

ha hektar

rpm revolusi per minit

g gram

kg kilogram

L liter

µL mikroliter

DBH diameter paras dada

DNA asid deoksiribonukleik

PCR tindakan rantaian polimerase

SLA luas permukaan spesifik

LAR nisbah luas permukaan daun

IV nilai kepentingan

Sg sungai

NBD nisbah berat kering daun

NBT nisbah berat tangkai daun

NBA nisbah berat kering akar

LAI indeks luas permukaan daun

Ws berat kering batang

Ws berat kering batang

xii

WB berat kering dahan

WL berat kering daun

D diameter

H tinggi

S. E ralat piawai

Xlii

BAB SATU

PENGENALAN DAN ULASAN PERPUSTAKAAN

1.1 Pengenalan

Sarawak merupakan sebuah negeri terbesar di Malaysia Timur terletak di antara latitud

0° 50' hingga 5° N dan longitud 109° 30' hingga 115° 40'E. Sarawak dilitupi oleh

kepelbagaian habitat yang besar merangkumi kawasan hutan pantai, hutan paya

gambut, hutan batu kapur dan sebagainya. Permukaan buminya mempunyai sistem

jaringan sungai yang meluas dan merupakan nadi perhubungan utama sesetengah

tempat di Sarawak. Sebagai sebahagian dari mega kepelbagaian, Sarawak juga

mempunyai jumlah bilangan spesies tumbuhan yang tinggi.

Cryptocoryne (Araceae) merupakan tumbuhan akuatik yang endemik tumbuh di

kawasan sungai dan lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai kiambang

batu (Melayu Sarawak), kelatai (Iban Sarawak), hati-hati paya (Semenanjung Malaysia)

dan teropong ajer (Banjarmasin Kalimantan), uttaphit, hin dan phaai (Thailand) dan

mäi dam (Vietnam) (Jacobsen, 1976: deWit, 1993). Genus ini tumbuh di kawasan tropika

India ke Papua New Guinea dan mempunyai lebih dari 60 species (de Witt, 1993).

Jacobsen (1985) melaporkan bahawa terdapat hanya 10 spesies Cryptcoryne di Sarawak

iaitu C. auriculata Engl, C. bullosa Engl, C. ciliata (Roxb. ) Schott, C. cordata Griffith, C.

ferruginae Engl, C. uenoi Sasaki, C. lingua Engl, C. longicauda Engl, C. pallinervia

Engl dan C. striolata Engl. Walaubagaimanapun, tiga species telah ditemui dan

dihuraikan sebagai spesies baru iaitu C. uenoi Sasaki (Sasaki, 2002), C. yujii Bastmeijer

1

4

(Bastmeijer, 2002) dan C. zaidiana Ipor & Tawan (Ipor et al., 2005). Dengan penemuan

tersebut, dapat dirumuskan bahawa genus ini masih mempunyai kepelbagaian yang

tinggi di peringkat spesies.

Amnya, Cryptocoryne boleh didapati di tiga habitat yang berbeza; iaitu zon pasang

kedalaman (hidupan amfibious), sungai berarus perlahan hingga laju (hidupan akuatik)

dan tebingan sungai kecil dengan tumbuhan di sekitaran (hidupan rheofitik) (Jacobsen,

1982). Kebanyakan spesiesnya adalah tumbuhan naungan dalam air tawar (De Witt,

1993).

Kebanyakan spesies Cryptocoryne yang ditemui di Malaysia adalah endemik di Malaysia

dan cenderung kepada bahaya kepupusan spesies. Jacobsen (1987) merekodkan C.

elliptica merupakan antara spesies yang terancam di Semenanjung, Malaysia. Mansor

dan Masnadi (1993) menyatakan bahawa kemusnahan kanopi hutan merupakan salah

satu penyebab utama kepada kemerosotan jumlah spesies ini. Douglas et al. (1993)

pernah mengkaji impak dari pembalakan hutan kepada sistem pengairan di Malaysia,

menyatakan bahawa aktiviti pembalakan telah mengubah aliran sungai dan

pembentukan mendakan sedimen. Aktiviti-aktiviti tersebut secara tidak langsung

memberi kesan kepada kehidupan manusia di kawasan hiliran, hidupan ikan-ikan serta

tumbuh-tumbuhan sungai. Kebanyakan spesies Cryptocoryne sensitif dengan perubahan

habitat mereka. Dengan alasan tersebut, secara tidak langsung spesies ini dapat

digunakan sebagai penunjuk kepada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di

kawasan berdekatan.

2

Cryptocoryne mempunyai permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa sebagai

tumbuhan akuarium hiasan (Rataj & Horeman, 1977). Populariti genus ini sebagai

tumbuhan hiasan tidak dapat disangkal kerana rekod menunjukkan bahawa lebih dari

60 buah negara sejak 1910-an telah mengimport tumbuhan liar di kawasan tropika

untuk dijadikan tanaman hiasan dan ianya juga dikacukkan untuk menghasilkan hibrid

baru.

Cryptocoryne di Borneo secara morfologinya terhasil dari spesies-spesies utama

(Jacobsen, 1982). Menurut Jacobsen (1985), spesies-spesies dalam genus Cryptocoryne

dapat dikenalpasti dengan melihat dan mengecam kriteria-kriteria pada struktur

infloresennya. Namun demikian, Ipor (2001), menyatakan bahawa spesies Cryptocoryne

mempunyai plastisiti fenotifik dan variasi morfologi yang tinggi kepada persekitaran

terutamanya spesies C. cordata var. zonata di Sarawak.

Menurut Jacobsen (1977), evolusi dalam genus Cryptocoryne boleh dikatakan contoh

evolusi pulau di mana setiap pulau di selatan Asia mempunyai jaringan sistem sungai

yang berbeza dan turut menyatakan bahawa di kebanyakan tempat di Asia, spesies

Cryptocoryne mendiami habitat yang sama. Walau bagaimanapun, kepelbagaian pada

bahagian vegetatif dan ketidaksamaan pemanjangan tiub pada infloresen diragui adalah

kesan kepada penyesuaian tumbuhan kepada habitat. Justeru itu beliau merekodkan,

hanyutan genetik, penyebaran rizom dan stolon dalam jarak yang jauh dan

percambahan biji yang cepat memainkan peranan penting dalam evolusi genus ini.

3

Labra et al. (2004) menyatakan bahawa, kewujudan keraguan dalam pengkelasan

dalaman spesies adalah bergantung dengan fakta pengenalpastian spesies berdasarkan

ciri-ciri morfologi yang amnya hanya terhasil dari kesan faktor-faktor pembangunan dan

alam sekitaran.

Justeru itu, pengecaman akan dilakukan dengan menggunakan pencetus universal M13

untuk menentukan jarak genetik berdasarkan ekotip C. cordata var. zonata di Sarawak,

Malaysia dan juga untuk menilai korelasi antara jarak genetik, ciri-ciri morfologi dan

adaptasi pada agihan biojisim Kajian ini juga melibatkan pengenalpastian pengaruh-

pengaruh faktor ekologi dan keadaan edafik persekitaran spesies ini.

1.1.1 Objektif kajian

1. Mengkaji corak pertumbuhan, agihan biojisim dan keadaan edafik serta kualiti

air kawasan pertumbuhan C. cordata var. zonata di Sarawak.

2. Mengkaji perbezaan morfologi C. cordata var. zonata mengikut ekotip di Sarawak.

3. Mengkaji hubungan genetik C. cordata var. zonata mengikut ekotip di

Sarawak.

4

Put Khidm"t Makrumat Akademiti UlN7«RS1T7 MALAYSLq SARAW, 4K

1.2 Ulasan perpustakaan

1.2.1 Famili Araceae

Araceae merupakan salah satu famili dalam order Arales (Core, 1955). Araceae yang

dapat dikriteriakan dengan kehadiran spadiks yang tebal dengan dilitupi oleh `spathe'

tunggal yang besar. Datta (1988) yang merujuk pada pengkelasan oleh Thorne (1976)

membahagikan Araceae kepada lapan subfamili iaitu Aroideae, Colloideae,

Colocasioideae, Lasioideae, Monsteroideae, Philodendroideae, Pistioideae dan

Pothoideae. Araceae dilaporkan mempunyai lebih kurang 110 genera dengan 2000

spesies.

Ciri-ciri am bagi Araceae menurut Datta (1988) adalah herba dengan lateks yang berair,

ada yang jenis epifitik dengan akar menjalar atau pokok renek dengan umbisi, rizom dan

ubi. Tanya memounyai daun yang radikal atau kaolin, ringkas atau majmuk, selalunya

lebar, berpetiol panjang dan berurat jejala. Infloresennya pula adalah jenis spadiks,

dillitupi oleh `spathe'. Bunga adalah biseksual atau uniseksual, kecil dan kadang-kala

menghasilkan bau yang busuk. Perianth hadir atau tidak. Androsieum mempunyai 2,4

dan 8 cepudebunga, bertentang dengan segmen perianth, bebas atau berkumpul; Anter

kebanyakan 2 sel. Gymnosieum mempunyai 1-3 karpel, jenis ovari adalah tenggelam

dalam pedunkel spadiks, superiar ovari, 1-3 lokular; ovul banyak atau sikit bagi setiap

lokul. Buah adalah jenis beri. Biji adalah jenis albuminos, dilitupi oleh struktur berisi;

embrionya adalah jenis kecil dan lurus.

5

1.2.2 Genus Cryptocoryne Fisch.

Cryptocoryne adalah tumbuhan akuarium yang popular di kalangan penggemar

akuarium seperti dilaporkan oleh Mühlberg (1980) dan Fischer (1982). Nama

Cryptocoryne berasal dari bahasa Greek bermaksud cryptos - tersembunyi dan koryne -

kelab, spadiks di mana bentuk kelab spadiks tersembunyi di bahagian pangkal `spathe'

(Mühlberg, 1980).

Cryptocoryne merupkan genus yang hampir sama dengan genus Lagenandra yang

dikelaskan di dalam subtribe Cryptocoryninae dalam tribe Araeae (Engler, 1920 Arends

et a] (1982). Perbezaan utama di antara Lagenandra dengan Cryptocoryne adalah

adaptasi Lagenandra kepada keadaan akuatik dengan pengurangan ciri-ciri morfologi

yang lebih ringkas.

Cryptocoryne Fischer & Wydler yang dikenali dengan trompet air merupakan tumbuhan

akuatik emparan malar hijau, dengan rizom yang pendek dan mempunyai stolon

panjang, katapil hadir dalam spesimen berbunga, kadang-kala hadir dalam spesimen

steril. Susunan roset pada pangkal daun. Lekatan pendek pada tangkai daun di pangkal.

Helai daun bergulung pada peringkat muda; urat tengah daun hadir hingga ke hujung

helai daun dan mempunyai urat sekunder jenis pinat. Tangkai infloresen lebih pendek

berbanding dengan tangkai daun. Ia mempunyai `spathe' terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu pangkal bunga dengan ruang flora, tiub dan limb. Spadiks dengan zon jantan dan

zon betina terpisah dengan kehadiran struktur memanjang yang steril. Pada zon betina

terdapat 4-7 floret dalam satu pusaran, bercantum dan mengandungi satu ovul setiap

6

floret. Zon jantan terdapat satu stamen. Buah jenis kompaun, sfera. Mempunyai biji

besar, berbentuk ovoid dan becambah selepas beberapa hari tanpa dikeringkan

(Jacobsen, 1984).

Menurut Jacobsen (1984) dan De Wit (1993) terdapat lebih darf 50 hingga 60 spesies

Cryptocoryne direkodkan darf India dan Sri Lanka hingga ke Papua New Guinea. Hay et

al. (1995) pula melaporkan sebanyak 36 spesies dijumpai di Malesia, Australia dan

kawasan tropika Pasifik Barat. Contoh-contoh spesies adalah C. affinis Hook. f., C.

aponogetifolia Merr., C. auriculata Engl., C. bullosa Engl., C. ciliata (Roxb. ) Schott, C.

cordata Griff., C. decus-silvea De Wit, C. dewitii N. Jacobsen, C. diderici De Wit, C.

edithiae De Wit., C. elliptica Hook. f. C. ferruginea Engl., C. fusca De Wit., C. gasseri N.

Jacobsen, C. grabowskii Engl., C. griffithii Schott., C. hudoroi Bogner & N. Jacobsen, C.

jacobsenii De Wit., C. keel N. Jacobsen., C. lingua Engl., C. longicauda Engl., C. minima

Ridl., C. moehlmanii De Wit., C. nurii Furtado., C. pallinervia Engl., C. pontederiifolia

Schott. C. purpurea Ridl., C. pygmea Merr., C. schulzei De Wit., C. scurlii De Wit., C.

striolata Engl., C. usteriana Engl. In Usteri., C. versteegii Engl., C. villosa N. Jacobsen.,

C. zonata De Wit dan C. zukalii Rataj.

Jacobsen (1985) menyatakan terdapat sebanyak 15 spesies dan 3 varieti di Borneo yang

merangkumi Sarawak, Kalimantan dan Brunei. Spesies-spesies ini ialah C. cordata, C.

grabowskii, C. edithea, C. zonata, C. hudoroi, C. striolata, C. longicauda, C. lingua, C.

ciliata, C. keei, C. fusca, C. pallinervia, C. purpurea, C. auriculata, C. ferruginae dan C.

bullosa. Tiga varieti berkenaan adalah dikenali dengan C. cordata var. zonata, C. cordata

var. grabowskii dan C. cordata var. edithea (Jacobsen, 2002). Lima spesies baru telah

7

ditemui iaitu C. yujii Bastmeijer (Bastmeijer, 2002), C. uenoi Sasaki (Sasaki, 2002), C.

ideii Budianto (Budianto & Bastmeijer, 2004), C. noritoi Wongso (Wongso et. al., 2005)

dan C. zaidiana Ipor & Tawan (Ipor et al., 2005) menjadikan jumlah spesies

Cryptocoryne di Borneo adalah sebanyak 20 spesies.

Di Sarawak, Bastmeitjer (2004) merekodkan sebanyak tujuh spesies dalam genus ini

iaitu C. cordata, C. cilata, C. auriculate, C. bullosa, C. longicauda, C. lingua, C.

ferruginae, C. pallinervia dan C. striolata dan termasuklah tiga spesies kumpulan C.

cordata iaitu C. zonata, C. grabowskii dan C. edithea yang telah dihuraikan oleh

Jacobsen (2002) sebagai varieti baru C. cordata dan dua spesies baru iaitu C. uenoi

(Sasaki, 2004) dan C. yujii (Bastmeijer, 2002). Walau bagaimanapun, terdapat satu

spesies baru telah ditemui dan dihuraikan baru oleh Ipor et al. (2005) iaitu C. zaidiana

menjadikan jumlah spesies Cryptocoryne di Sarawak adalah sebanyak lapan spesies.

Ipor et a] (2005) juga melaporkan rekod pertama C. fusca di Lubok Antu.

Genus ini terdapat di hutan tanah pamah tropika, di tebingan atau di dasar sungai dan

alur-alur hutan. Hampir keseluruhan spesies merupakan spesies memerlukan lindungan

berbanding dengan kawasan terbuka (De Wit, 1993).

1.2.3 Maklumat taksanomi Cryptocoryne cordate Griffith var. zonate (de Wit) N.

Jacobsen

C. cordata var. zonata merupakan varieti cordata yang endemik di Borneo. Menurut

Jacobsen (1982), C. zonata de Wit (C. striolata var. C. cordifolia) dicirikan dengan daun

8

yang berbentuk ovat pada pangkal berbentuk kjjTdat, permukaan daun yang bullat, dan

lebih atau kurang tompokan ungu pada permukaan atas dan bawah daun. Limb pada

`spathe' mempunyai permukäan yang kasar dan berwarna coklat kekuningan dengan zon

kuning yang ketara pada bahagian kolar. C. zonata hidup dengan meluasnya dari

Sarawak ke Brunei. Pembentukkan zon ungu memberikan namanya `zonata'terdapat di

bahagian atas ketel tidak berkembang dengan penuh dan limb `spathe'nya tidak

keseluruhannya berwarna coklat tetapi bahagaian tekaknya selalu berwarna kuning.

Beliau juga menghuraikan C. zonata tergolong dalam kumpulan C. cordata yang

mempunyai spesies C. grabowskii, C. grandis, C. zonata dan C. edithiae. C. grabowskii

(syn. C. grandis) mempunyai permukaan limb yang kasar dan berwarna kuning yang

berkembang dari zon kuning pada kolarnya. Manakala C. zonata mempunyai

permukaan limb yang licin. Permukaan limb C. edithae pula agak kasar dan berwarna

coklat yang berkembang dari zon kolar. C. cordata pula mempunyai permukaan limb

yang licin dan berwarna kuning dan lebih melebar seperti C. zonata tetapi tidak

mempunyai zon ungu pada ketel dan juga tidak mempunyai permukaan daun yang

bullat yang hanya terdapat pada C. zonata.

Kumpulan C. cordata ini mempunyai bilangan kromosom 2n = 68 yang dapat dilihat

terhasil dari spesies yang mempunyai 2n = 34 seakan C. grifthiii - C. purpurea pada

kumpulan C. cordata dari Semenanjung Malaysia. C. edithiae pula seakan lebih kepada

C. griffthii - C. jacobsenii. Manakala C. grabowskii dan C. zonata seakan lebih kepada

C. cordata (Jacobsen, 1982).

9