kaedah tunjuk cara
DESCRIPTION
kaedah tunjuk caraTRANSCRIPT
-
20/12/2011
1
KAEDAH TUNJUK CARA
Demonstrasi
Kumpulan :
1. Mohammad Azrie Aminullah
2. Junaidah Ramli
Kaedah Tunjuk
Cara
Satu kaedah mengajar di mana guru
menunjukkan sesuatu kepada murid
atau sekelompok murid.
Ianya melibatkan guru menunjuk cara
sesuatu proses, produk dengan
langkah-langkah yang sistematik dan
jelas.
Penunjuk cara perlu membuat
persediaan sebelum tunjuk cara,
melakukannya dengan jelas dan
teratur dan merumus/mengemas
selepas tunjuk cara
Penerangan harus spesifik dan
mudah difahami.
Mengadakan aktiviti pengukuhan
atau latihan selepas tunjuk cara.
Perlu penyeliaan dan bimbingan
Perlaksan
aan
CIRI-CIRI KAEDAH
TUNJUK AJAR
CIRI-CIRI
1.Melihat Kemahiran
2. Penglibatan Murid
3. Peluang untuk mendengar atau melihat
4. Kaitan Teori dan Praktikal
1. Melihat Kemahiran
Guru akan memperlihatkan sesuatu
kemahiran kepada muridnya. Ini
bermakna guru akan memberi
penerangan atau penjelasan semasa
aktiviti ditunjukkan.
Dengan cara ini, murid akan lebih
mudah memahami apa yang dipelajari
kerana mereka tidak hanya
mendengar sebaliknya mereka
melalui atau melihat sendiri apa yang
berlaku seiring dengan apa yang
2. Penglibatan Murid
Guru boleh melibatkan murid dalam
aktiviti praktikal sesuatu pelajaran.
Murid yang mempunyai kemahiran
yang baik boleh dijadikan contoh
kepada pelajar yang lain
Disamping mendedahkan murid
dengan realiti sebenar, bakat murid
juga boleh dikesan dan diasah
melalui aktiviti seperti ini
-
20/12/2011
2
3. Peluang untuk mendengar
atau melihat
Guru perlulah memastikan setiap
muridnya tidak tercicir daripada
mendengar atau melihat tunjuk cara
tersebut. Seandainya bilangan
murid adalah ramai dalam satu-satu
masa, guru boleh membahagikan
murid mengikut kumpulan-
kumpulan kecil
4. Kaitan Teori dan Praktikal
Kaedah ini berkesan kerana murid
dapat mengaitkan apa yang dipelajari
secara teori dan praktikal
Langkah-langkah yang perlu
dilakukan oleh guru untuk
melaksanakan kaedah tunjuk cara ini
ialah pada peringkat awal, guru perlu
menerangkan dan menunjukkan
terlebih dahulu langkah, aktiviti atau
peraturan kepada murid.
Kemudian murid perlu memusatkan
sepenuh perhatian mereka terhadap
apa yang guru perkatakan dan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh
guru. Pemusatan tumpuan ini
adalah bertujuan supaya murid tidak
tertinggal langkah dan penjelasan
yang dibuat oleh guru bagi
mengelakkan berlakunya kesilapan
ketika giliran murid membuat aktiviti
Selepas pemerhatian dilakukan, guru
boleh meminta beberapa orang
murid atau setiap murid untuk
menunjukkan semula cara yang
sudah dilakukan oleh guru sebentar
tadi. Guru boleh menegur serta-
merta jika terdapat sebarang
kesalahan murid dalam melakukan
aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar
kepada murid yang lain untuk tidak
mengulangi kesalahan yang sama
Bagi aktiviti yang membolehkan
kepelbagaian, murid boleh
melakukan semula aktiviti sama ada
seperti yang ditunjukkan oleh guru
ataupun memilih untuk membuat
sendiri berdasarkan pengetahuan
sedia ada murid asalkan selari
dengan objektif dan topik
pengajaran
JENIS
TUNJUK
CARA
3. Model Persepsi
2. Model Simbolik
1. Model Hidup
-
20/12/2011
3
MODEL
HIDUP
Model yang sebenar digunakan
untuk melakukan demo atau tunjuk
cara
Model hidup termasuklah tunjuk
cara oleh guru atau murid yang
telah menguasai kemahiran
Model-model seperti ini akan
menjadi contoh untuk diikuti atau
MODEL
SIMBOLIK
Tunjuk cara yang dilakukan
berdasarkan langkah-langkah
secara bertulis, bergambar atau
arahan guru.
MODEL
PERSEPSI
Menunjukkan satu proses/aktiviti
dengan bantuan peralatan seperti
video atau slaid
Kemahiran yang spesifik akan
ditunjukkan manakala yang tidak
diingini diketepikan
KELEBIHAN
Memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
Membuat murid menguasai konsep dan prinsip dengan mudah
Meningkatkan ingatan murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen
KELEBIHAN
Meningkatkan keyakinan murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti
Membolehkan murid mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah
Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid melalui penglihatan dan pendengaran
KELEMAHAN
Tidak sesuai untuk semua tajuk atau kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan moral.
-
20/12/2011
4
KESIMPUL
AN Kaedah tunjuk cara adalah salah
satu kaedah pengajaran yang
membawa murid kepada realiti
sebenar untuk merasai dan melalui
apa yang dipelajari. Dan apa yang
dilalui ini akan menjadi pengalaman
yang begitu mendidik murid supaya
mampu diaplikasikan apa yang
dipelajari ke dalam kehidupan
seharian dan dalam lapangan
Cara-cara membuat kad ucapan Hari Ibu Langkah-langkahnya.
Menyediakan Bahan kertas warna saiz A4, gunting, gam ,warna pencil atau warna air dan gambar (gambar disediakan olah guru).
Warnakan gambar dulu.
Kemudian, guntingkan gambar.
Lipat kertas Warna A4 kepada dua bahagian.
Tampal gambar pada kad manila.
Tampal di bahagian atas sebab bahagian bawa akan di letakkan ayat Selamat hari Ibu.
Tampal pula ayat "Selamat hari Ibu".
Warnakan ayat "selamat hari ibu".
Tampal pula bahagian ucapan di dalam kad.
Tuliskan ucapan anda pada ruangan ucapan.
Selesai.
-
20/12/2011
5