ulasan kritis bmm 3117

8
ULASAN KRITIS ( ROSLINA BINTI BASHARUDIN ) Jurnal akademik yang bertajuk ‘Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan Sekolah Rendah’ adalah merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti implikasi pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian dalam kemahiran membaca Bahasa Melayu bagi murid pemulihan di sekolah rendah. Kajian ini telah dijalankan terhadap 60 orang murid pemulihan di dua buah sekolah kawasan luar bandar di Lembah Bujang, daerah Kuala Muda dan Yan kerana permasalahan penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid luar bandar adalah lebih ketara berbanding dengan murid yang berada di kawasan bandar. Dalam kajian ini murid yang diajar menggunakan Pendekatan Masteri dikenali sebagai kumpulan eksperimen manakala murid yang diajar menggunakan pendekatan konvasional dikenali sebagai kumpulan kawalan. Sebelum kita melihat kepada hasil dapatan kajian, eloklah terlebih dahulu kita mengetahui apa itu Pembelajaran Masteri. Teori asas yang mendasari pembelajaran masteri sebenarnya telah diperkenalkan oleh John B. Carroll pada tahun 1963. Beliau telah membuat pemerhatian terhadap P&P bahasa Inggeris pelajar asing dan telah mendapati terdapat 1

Upload: ayang-ina

Post on 08-Feb-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ulasan

TRANSCRIPT

Page 1: ulasan kritis bmm 3117

ULASAN KRITIS( ROSLINA BINTI BASHARUDIN )

Jurnal akademik yang bertajuk ‘Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri

Terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan

Sekolah Rendah’ adalah merupakan satu kajian yang dilakukan untuk

mengenalpasti implikasi pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian

dalam kemahiran membaca Bahasa Melayu bagi murid pemulihan di sekolah

rendah. Kajian ini telah dijalankan terhadap 60 orang murid pemulihan di dua

buah sekolah kawasan luar bandar di Lembah Bujang, daerah Kuala Muda dan

Yan kerana permasalahan penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid

luar bandar adalah lebih ketara berbanding dengan murid yang berada di

kawasan bandar. Dalam kajian ini murid yang diajar menggunakan Pendekatan

Masteri dikenali sebagai kumpulan eksperimen manakala murid yang diajar

menggunakan pendekatan konvasional dikenali sebagai kumpulan kawalan.

Sebelum kita melihat kepada hasil dapatan kajian, eloklah terlebih dahulu

kita mengetahui apa itu Pembelajaran Masteri. Teori asas yang mendasari

pembelajaran masteri sebenarnya telah diperkenalkan oleh John B. Carroll pada

tahun 1963. Beliau telah membuat pemerhatian terhadap P&P bahasa Inggeris

pelajar asing dan telah mendapati terdapat perbezaan dari segi peruntukan

masa yang diperlukan oleh murid untuk menguasai unit-unit pelajaran kajiannya.

Carroll berpendapat semua murid mempunyai potensi untuk menguasai semua

jenis pembelajaran, tetapi apa yang telah membezakan mereka adalah tempoh

masa yang diperlukan untuk menguasai pembelajaran itu sendiri. Carroll telah

mengenal pasti dua faktor yang memberi kesan terhadap kadar pembelajaran

seseorang murid iaitu pertama, tahap kemampuan murid untuk mendisiplinkan

diri mereka dalam menimba ilmu dan membuat latihan bagi sesuatu unit

pelajaran dalam tempoh masa tertentu. Kedua, peluang yang diberi kepada

seseorang murid untuk belajar sama ada masa peruntukan masa yang diberi itu

1

Page 2: ulasan kritis bmm 3117

mencukupi, kesesuaian latihan yang diberi, kesesuaian cara dia diajar serta

kemudahan dan bahan yang digunakan itu relevan atau tidak.

Kemudian pada tahun 1971, Benjamin Bloom telah memperkembangkan

lagi idea Carroll yang dikenali sebagai Pembelajaran Masteri. Bloom

mengatakan kita boleh menentukan tahap penguasaan murid sekiranya kita

dapat menjangkakan kadar pembelajaran mereka. Beliau telah mengenalpasti

empat perkara berikut. Pertama, seorang murid yang normal boleh menguasai

sesuatu kemahiran dan pengetahuan dengan baik sekiranya keadaan yang

sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai

pembelajarannya. Kedua, suatu P&P yang dilakukan mestilah sesuai dengan

tahap kebolehan murid, berkesan dan menarik supaya hasil pembelajaran dapat

dicapai. Ketiga, kegagalan pencapaian murid adalah disebabkan pengajaran

guru dan bukan disebabkan oleh faktor perbezaan kecerdasan murid itu sendiri,

perbezaan sikap dan perbezaan pencapaian murid berprestasi tinggi dengan

murid berprestasi rendah dan yang terakhir pengajaran yang berkesan mestilah

dapat membantu mengenal pasti kelemahan murid dan seterusnya membaiki

penguasaan murid dalam sesuatu pembelajaran.

Menurut pengkaji lagi, pendekatan Pembelajaran Masteri telah lama

digunakan dalam mata pelajaran Matematik. Kaedah ini sesuai digunakan dalam

pengajaran matematik kerana ia dapat mengukuhkan tentang apa yang diketahui

oleh murid sebelum pengajaran, mengenal pasti apa yang telah diketahui

dengan berkesan dan apa yang perlu diketahui lagi dengan lebih baik selepas

pengajaran dilakukan. Ini terbukti dengan kepentingan elemen masteri yang

telah dihuraikan dalam sukatan mata pelajaran Matematik.

Menurut Zimmerman dan Dibenedetto (2008) pula, pencapaian murid

dipengaruhi oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk belajar. Oleh kerana

murid-murid dapat mencapai pengetahuan asas yang diperlukan untuk setiap

unit pembelajaran, maka mereka bersedia untuk mempelajari konsep-konsep

2

Page 3: ulasan kritis bmm 3117

dan kemahiran membaca, kurang mengalami kekecewaan dalam pembelajaran

dan lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti di bilik darjah. Oleh itu,

pendekatan pembelajaran masteri sesuai dijalankan di kelas pemulihan yang

mempunyai bilangan murid yang sedikit dan memudahkan murid menguasai

sesuatu kemahiran yang dihasratkan sebelum ke aras yang tinggi.

Menyedari keadaan ini, Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2001

memberi penekanan kepada penggunaan konsep pembelajaran masteri yang

diterapkan dalam aktiviti rancangan pengajaran guru. Hal ini adalah disebabkan

pendekatan ini memberi peluang kepada semua murid berpencapaian tinggi dan

rendah belajar mengikut kadar kebolehan sendiri. Murid yang tidak menguasai

sesuatu unit pembelajaran diberi aktiviti pemulihan manakala yang telah

mencapai aras masteri pula diberi aktiviti penggayaan. Walau bagaimanapun,

sorotan literatur mendapati kajian tentang pendekatan pembelajaran masteri

dalam penguasaan kemahiran membaca sangat kurang di negara kita. Oleh itu,

kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan pendekatan masteri terhadap

kemahiran dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca.

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan instrumen ujian lisan membaca

melalui ujian Pra dan ujian Pasca. Item-item soalan bertumpu kepada daerah-

daerah kesukaran yang disenaraikan seperti berikut yang terdiri daripada tiga

peringkat iaitu peringkat suku kata, peringkat perkataan dan peringkat ayat.

Seorang guru opsyen pemulihan yang mempunyai pengalaman mengajar

selama lima tahun menjadi fasilitator bagi kumpulan eksperimen kajian ini.

Daripada hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati pencapaian murid

kumpulan eksperimen iaitu penggunaan pendekatan masteri meningkat dengan

ketara dalam pencapaian ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Didapati

bilangan murid yang dapat membaca telah meningkat dalam ujian pasca

berbanding sebelumnya. Berdasarkan keputusan pencapaian ini, terbukti

pengajaran masteri dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca

3

Page 4: ulasan kritis bmm 3117

murid. Selain itu, perubahan sikap murid dalam kemahiran membaca daripada

kurang berminat kepada berminat juga telah berlaku.

Berdasarkan kajian ini juga terbukti bahawa kaedah pembelajaran masteri

telah memberi banyak kebaikan dalam meningkatkan penguasaan membaca

murid pemulihan. Ia juga telah membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran

masteri dapat dijadikan satu pendekatan alternatif dan guru digalakkan untuk

menggunakan pendekatan ini bagi kelas pemulihan kerana ia terbukti dapat

mempertingkatkan kemahiran membaca bagi murid yang lemah.

Di samping itu, kajian ini memberi banyak kesan positif kepada guru dari

segi penggunaan kaedah atau teknik pengajaran alternatif bahasa Melayu.

Penggunaan pendekatan masteri memberi pilihan kepada guru untuk

meningkatkan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca dan

mengenal pasti tahap kelemahan murid. Guru boleh mengajar secara

berperingkat-peringkat dimana murid perlu menguasai sesuatu kemahiran

sebelum berpindah ke kemahiran seterusnya. Kemudian murid yang didapati

masih tidak dapat menguasai kemahiran tersebut akan diberi aktiviti pemulihan

sehingga dapat menguasai, manakala aktiviti pengayaan diberikan bagi murid

yang telah menguasai. Di samping itu, guru juga lebih berkeyakinan semasa

mengendalikan proses P&P kerana pendekatan ini menekankan persediaan

mengajar yang teratur. Guru juga bijak membahagi masa bagi memastikan

keberkesanan P&P menggunakan pendekatan masteri. Penggunaan pendekatan

pembelajaran masteri dalam aktiviti kelas pemulihan menyebabkan murid lebih

bermotivasi untuk belajar menguasai kemahiran membaca.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan

bagi menjayakan pelaksanaan P&P kemahiran membaca dengan lebih

berkesan. Oleh kerana kelancaran dan kefahaman mempunyai hubungan antara

satu sama lain untuk menjadikan kemahiran membaca itu lebih berkesan, kedua-

dua aspek ini perlu diberi perhatian dalam proses mengajar membaca kepada

4

Page 5: ulasan kritis bmm 3117

kanak-kanak. Di samping itu, guru perlu membuat perancangan pengajaran yang

rapi supaya waktu pengajaran mencukupi. Guru perlu mengagihkan tugas yang

sesuai kepada murid supaya mereka berupaya melibatkan diri secara aktif dan

membentuk suasana persaingan yang sihat. Guru yang melaksanakan kaedah

pembelajaran masteri hendaklah berhati-hati untuk memastikan murid menerima

arahan yang boleh memberikan perkembangan pelajaran yang lengkap,

berpeluang untuk berinteraksi secara aktif antara satu sama lain. Guru yang

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembelajaran masteri perlu diberi

pendedahan atau kursus dalam kaedah pembelajaran masteri supaya mereka

dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi dalam proses P&P yang

diadakan.

Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa pendekatan

pembelajaran masteri mampu meningkatkan kemahiran membaca di kalangan

murid pemulihan. Ia juga terbukti dapat mempertingkatkan minat murid terhadap

pembelajaran. Hal ini disebabkan guru mengadakan aktiviti pemulihan dan

penggayaan berdasarkan tahap kebolehan murid dan ini dapat menambahkan

keyakinan murid belajar terhadap aktiviti pembelajaran. Selain itu, pendekatan

ini dapat membantu para guru untuk melatih murid yang tidak menguasai isi

pelajaran. Pendekatan ini juga menggalakkan guru memberi perhatian secara

individu kepada murid yang tidak menguasai isi. Melalui bimbingan dan tunjuk

ajar yang dilakukan oleh guru secara peribadi dapat membantu murid untuk

menguasai apa yang dipelajari secara konsisten.

5