bmm 3117 pengaplikasian kbt dlm p&p bm

Upload: ekin-sam

Post on 04-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    1/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    TAJUK 11 & 12 : PENGAPLIKASIAN KBT DALAM P&P

    BAHASA MELAYU

    Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat

    digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapatmembantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan

    melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai

    persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar.

    Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat

    tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru

    melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah

    itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan.

    Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah

    (a) KemahiranBerfikir

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan

    pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan

    Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada

    untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat

    pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses

    asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini

    kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan

    aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu

    set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti;

    a) Apakah objek itu?b) Bagaimanakah bentuk objek itu?

    c) Apakah kegunaan objek itu?

    d) Bagaimanakah menggunakan objek itu?

    e) Di manakah dapat memperoleh objek itu?

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    2/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab

    pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif.

    Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua

    maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam

    proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa

    kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan

    strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.

    Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan

    dalam pengajaran dan pembelajaran.

    (a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan

    menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan.

    Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan

    bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut

    pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat

    Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatifakan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;

    i. menjana idea antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea,

    mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan

    idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau

    pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau

    mencetus idea baharu, dan sebagainya.ii. Membuat inferens antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat

    kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian,

    membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh,

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    3/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh,

    membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan

    pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.

    iii. Menghubung kait antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan,

    menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji

    perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan

    pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.

    iv. Meramal antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

    pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan

    berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akanberlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang

    akan berlaku, dan sebagainya.

    v. Membuat hipotesis antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat

    andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan

    yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementarayang perlu diuji dan sebagainya.

    vi. Mensintesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea,

    menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan

    idea-idea, dan sebagainya.

    vii. Mengitlak antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan

    umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusanumum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.

    viii. Menganalogi antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan,

    membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan,

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    4/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri

    persamaan, dan sebagainya.

    ix. Membuat gambaran mental antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain,

    membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda,

    menceritakan gambaran mental, dan sebagainya.

    x. Reka cipta antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli,

    menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan

    sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan

    sebagainya.

    (b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat

    penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai

    kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu

    akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau

    elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan

    teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-lakumanusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan

    sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan

    kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan

    beberapa aktiviti pemikiran seperti;

    i. Mencirikan antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

    pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau

    menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti danmenyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.

    ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari

    persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    5/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    sebagainya.

    iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang

    boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk,

    warna, kriteria, dan sebagainya.

    iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut

    urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan

    sebagainya.

    v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat,

    mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri,akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data,

    dan sebagainya.

    vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

    pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat,

    mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan,

    menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan

    sebagainya.vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis,

    kesimpulan dan sebagainya.

    (c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat

    pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh

    sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secarainduktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat

    kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan

    dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan

    kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    6/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

    pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk

    membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai.

    ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan

    maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk

    membuat kesimpulan atau rumusan.

    (d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir

    Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat

    konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk strategiberfikir ialah;

    i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti

    ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan

    membina konsep.

    ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang bolehdiaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti

    masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan

    sebagainya untuk diselesaikan.

    iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti

    matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan

    sebagainya untuk buat penentuan.

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    7/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    (b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud

    kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam

    pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang,

    kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk

    meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan

    pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003)

    penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan

    menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk

    menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran

    ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuktujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan

    menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan

    aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset,

    televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat

    Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam

    pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek

    pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran(murid menggunakan ICT).

    Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;

    i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power

    points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan

    sebagainya.ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan

    tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya.

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    8/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam

    pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam beberapa

    kategori seperti;

    i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

    pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam

    internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar

    maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh

    tugasan, dan sebagainya.

    ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengaksesmaklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami,

    mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi,

    melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan.

    iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit

    karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat

    yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuktujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data

    yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai

    seperti SPSS, dan sebagainya.

    iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima

    dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun

    dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    9/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    (c) Kemahiran Belajar Cara Belajar

    Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara

    Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar

    bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Pendapat

    Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula

    berpendapat BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah

    pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun

    secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul

    Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan

    tabiat belajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003)

    menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadapteknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan

    murid meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan

    diri dengan perubahan semasa, dan sebagai amalan pembelajaran

    sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan sistem

    pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin

    tahu, rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber

    dan matang merumuskan maklumat. (Antara contoh aktiviti yangboleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    membuat sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan

    menyusun idea, mencari sumber maklumat, memilih dan menilai

    maklumat, membuat pemerhatian, mendengar secara aktif,

    mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau

    generalisasi, menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi

    maklumat, menepati masa.)

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    10/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri

    (2007), BCB melibatkan aspek;

    i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya

    masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan

    menggalakkan perbincangan.

    ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota --

    antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

    dan pembelajaran ialah menghayati, memahami dan menilai

    maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya,memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan

    mencuba, berkongsi maklumat dan sebagainya.

    iii. Kemahiran membaca -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca

    secara luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk,

    pendahuluan, ringkasan atau rumusan; membaca secara imbasan

    (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau rumusan;bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju

    dengan cara menambahkan bahan bacaan.

    iv. Kemahiran menulis -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis

    atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda,

    mencatat isi penting dan sebagainya.

    v. Kemahiran mengingat -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialahmenyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan kembali

    maklumat yang dibaca, dan sebagainya.

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    11/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    (d) Kemahiran Kajian Masa Depan

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa

    Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita

    mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan agar generasi

    baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini

    disebabkan masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh

    dengan cabaran, dan dugaan yang tidak sama dengan masa

    sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat

    mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional,

    kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahu kejadian

    masa depan, namun masa depan dapat diramalkan. Misalnya,seseorang yang terlibat sebagai pengedar najis dadah pasti akan

    ditangkap dan dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek

    pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah;

    i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan,membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan

    untuk menghadapi hasil ramalan, dan sebagainya.

    ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis

    kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi

    kebimbangan, membuat persediaan menghadapi sesuatu yang

    bakal berlaku, dan sebagainya.iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

    membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada berlaku,

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    12/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan

    kebiasaan diri, dan sebagainya.

    (e) Kemahiran Kecerdasan PelbagaiKemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid

    menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.

    Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana

    idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan

    murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran

    menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam

    lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum

    (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui

    diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu;

    i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan

    kata-kata secara santun, melafazkan kata-kata dengan nada dan

    intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang

    tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehanmenggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai

    berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang

    diperkatakan, dan sebagainya.

    ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan

    menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah,

    memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya,kebolehan menjangka, dan sebagainya.

    iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan

    mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan,

    termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    13/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.

    iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan

    menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk

    menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan

    masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya.

    v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan

    mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk

    mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau

    irama.

    vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang bolehdiaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan

    memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain, serta

    kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan

    sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab

    soalan atau melakonkan tugasan yang diberikan.

    vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehanmemahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan

    kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu

    berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan,

    mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang

    mampu dilaksanakan.

    viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan

    dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alampersekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum

    sendiri dan orang lain dan mengamalkannya, dan sebagainya.

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    14/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    (f) Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

    Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran

    Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang

    menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan

    pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan

    alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit

    yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on

    (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran berlaku

    apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara

    menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada

    dengan pengetahuan baharu secara bermakna. Ia berlaku dalamminda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama melalui

    kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu

    melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial,

    psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja

    atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru

    boleh melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam

    bilik darjah dalam pelbagai bentuk pembelajaran seperti;

    i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita,

    mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif, mengubah suai

    sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan

    sebagainya.

    ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melakukan penerokaanidea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea

    sedia ada, reka cipta seperti mencipta kereta luncur yang

    menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan

    kenderaan udara, dan sebagainya.

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    15/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai

    guna, menulis karangan yang mempunyai pelbagai teknik atau laras

    bahasa, dan sebagainya.

    iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap

    permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana pembelajaran

    bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya.

    v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat

    sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk menyelesaikan

    masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain sepertimenggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural

    (Seni Visual), mengarang cerita Sains, memilih corak dan warna

    yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya.

    (g) Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

    Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat

    Perkembangan kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satupendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan membina

    pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid

    membina sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea

    baharu dan idea sedia ada. Mereka boleh mencipta satu makna

    baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu yang

    baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta

    kereta Toyota adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh

    Britain. Yang menjadi inti fokus dalam konstruktivisme ialahmembina sesuatu yang baharu sama ada yang dibina itu objek,

    konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki

    mencipta Mapen dengan menggabungkan bentuk drama dengan

    cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan pengetahuan

  • 7/31/2019 BMM 3117 Pengaplikasian KBT dlm P&P BM.

    16/16

    BMM 3117 (TAJUK 11 & 12)

    atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza

    dengan PK yang menekankan penggabungan idea atau hubung

    kait idea. Konstruktivisme dapat membina pemahaman dan

    pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan pembelajaran yang

    boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivisme ialah;

    i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina

    takrif atau definisi sesuatu.

    ii.Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam

    pengajaran dan pembelajaran ialah membina rumusan maklumat

    atau data-data, mengkategorikan maklumat atau data berdasarkankriteria tertentu, dan sebagainya.

    iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina objek-objek

    seperti kenderaan atau rumah masa depan, dan sebagainya.

    iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh

    diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat

    kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina hipotesisatau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis

    berdasarkan maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya.