nota psikososial pjm 3117

Upload: ctee-hasxiera

Post on 16-Oct-2015

112 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

nota psikososial pend jasmani semester 7

TRANSCRIPT

  • Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    Tajuk 1Teori

    Pengenalan kepada psikologi sukan dan senaman

    Sinopsis

    Tajuk 1 dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada psikologi sukan dan

    senaman. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

    1. Menyatakan dan memerihalkan teori psikologi sukan dan senaman.

    2. Menjelaskan psikologi sukan dan senaman.

    1

  • KANDUNGAN

    1.1 Teori, Sejarah dan Definisi Psikologi Sukan Dan Senaman

    Bidang Psikologi sukan dan senaman boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian

    saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal,

    efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung

    dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini

    membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan

    bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi

    diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan

    bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan

    perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop

    yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk

    perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau

    padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti

    perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

    Selain dari itu psikologi sukan juga merupakan satu komponen penting yang

    memastikan kejayaan atau kegagalan seseorang dalam sukan atau pertandingan.

    Bidang ini menjadi satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup

    menarik serta mendapat perhatian umum. Disamping itu satu bidang yang luas serta

    tebuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen

    berkaitan psikologi sukan. Satu cabang ilmu psikologi yang mengkaji tingkah laku

    individu dalam sukan. Ilmu psikologi sukan dapat membantu memahami, menjelas

    dan menjangka peristiwa yang mengakibatkan perubahan tingkahlaku dalam

    kalangan individu yang menceburi bidang sukan. Psikologi sukan melibatkan aplikasi

    teori dan konsep psikologikal dalam aspek sukan tertentu seperti pengajaran dan

    latihan sukan. Selain daripada itu psikologi sukan menitikberatkan analisis tingkahlaku

    manusia dalam suasana sukan yang berbeza dengan memfokus pada aspek prestasi

    mental.

    2

  • 1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI SUKAN

    Bidang psikologi sukan mula dikenali sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25

    tahun yang lalu. Jika dibanding dengan bidang sukan yang lain seperti fisiologi,

    pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi sukan merupakan bidang yang

    masih baru. Bagaimanapun, menurut Robert McGowan apabila ditanya tentang

    sejarah psiklogi sukan oleh Wann (1997), psikologi sukan ini sama tuanya dengan

    konsep sukan dan pertandingan itu sendiri. Kenyatan McGowan itu merujuk kepada

    atlet pertama yang bertanding dalam kejohanan Olimpik di Greece. Mereka mungkin

    memahami kepentingan persediaan mental serta persiapan psikologi yang lain bagi

    menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini. Bagaimanapun, pada penghujung

    abad ke-19, barulah perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet mendapat

    perhatian para pengkaji.(Shaharudin Abd. Aziz 2001).

    Sejarah psikologi sukan dan senaman boleh dibahagikan kepada dua peringkat.

    Peringkat 1

    Psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25

    tahun yang lalu.

    (Williams dan Straub,1993)

    Psikologi sukan sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu

    sendiri.

    (Robert McGowan)

    Pada penghujung abad ke-19 perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet

    mendapat perhatian para pengkaji.

    1898 - Kajian pertama dalam bidang psikologi sukan telah dilakukan oleh

    Norman Triplett berkaitan masa yang dicatat oleh pelumba basikal.

    (Davis,Huss & Becker,1995)

    3

  • Peringkat 2

    Pembentukan makmal kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika

    Syarikat pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffith.

    Mengkaji tentang fenomena psikologi sukan sejak 1910.

    Diberi gelaran Bapa Psikologi Sukan.

    Tumpun kajian kemahiran motor, prestasi, personaliti

    2 karya utama Griffith :

    - The Psychology of Coaching

    - The Psychology of Athletics

    1932 Makmal Griffith ditutup

    Perkembangan psikologi sukan terbantut sehingga 1950-an

    Psikologi sukan mula membebaskan diri dari bidang pembelajaran motor

    Bergerak ke arah menjadi satu bidang pengkhususan tersendiri.

    1965 - Hasil persidangan pertama kongres Antarabangsa Psikologi Sukan

    mewujudkan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International Society of

    Sport Psychology).

    Pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi yang lain.

    1967 Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara

    ditubuhkan mewakili pengkaji psikologi sukan.

    1985 Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan ditubuhkan

    bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan

    (pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal).

    Perkembangan Bidang Psikologi Sukan di negara kita mula mengorak langkah

    dalam awal tahun-tahun 80an.

    - 1980-an - (UPM) Psikologi sukan didedahkan kepada pelajar yang mengikuti

    kursus pendidikan jasmani

    - 1995 - (UM) Menawarkan pengkhususan Psikologi Sukan

    4

  • Gunaan kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (kepujian)

    - Beberapa universiti yang menawarkan kursus psikologi sukan: UPSI, UiTM,

    UPM, UM, OUM

    Kewujudan Unit Psikologi Sukan, MSN membantu mempopularkan bidang

    psikologi sukan.

    Penghantaran pegawai MSN ke luar negeri bagi mendalami bidang psikologi

    sukan merupakan pemangkin perkembangan bidang psikologi sukan.

    Penawaran subjek sains sukan peringkat SPM dan STPM merupakan

    pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai psikologi sukan.

    Kursus psikologi sukan peringkat persijilan jurulatih

    Pendedahan psikologi sukan bagi kursus pendidikan jasmani di IPGM.

    1.3 TUGAS DAN PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN

    Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun

    1983 yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli

    psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu

    ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan

    penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat

    dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan

    klinikal dan pendidik psikologi sukan.

    1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan

    (a) Ahli psikologi sukan klinikal

    Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal.

    Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana

    berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi

    5

  • sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti

    serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang

    teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam jangka

    masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah

    mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen

    untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani masalah

    mereka.

    (b) Pendidikan psikologi sukan

    Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya

    mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka

    berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya

    bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat

    dalam pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan

    khidmat rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi

    (seperti imageri, strategi daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus

    kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu.

    Tugas mereka lebih kepada jurulatih mental iaitu membantu individu yang terbabit

    dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri

    masing-masing. Selain itu, mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan

    peringkat sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu

    sentiasa peka terhadap perubahan ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan

    mental.

    2. Penyelidik Psikologi Sukan

    Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan dan

    kemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian yang

    dijalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah penting demi

    memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat perhatian

    yang wajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan kepada

    6

  • mereka yang terlibat (Anshel, 1997; Wann, 1997). Sumbangan ahli psikologi sukan

    gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidikan psikologi sukan. Kedua-

    duanya saling bantu-membantu dalam menegakkan bidang ini. Lazimnya, kelayakan

    diperingkat sarjana dan doktor falsafah diperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat

    menyelidik serta mengkaji isu-isu seperti motivasi, konsentrasi, keagresifan serta isu-

    isu lain yang berkaitan dengan psikologi sukan. Penyelidikan ini juga mestilah

    menunjukkan bukti kesarjanaan bidang penyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan

    dengan sukan dan latihan. Selain itu, mereka perlu menjalankan kajian seterusnya

    menerbitkan hasil kajian serta mempersembahkan hasil dapatan kajian dalam

    konferens profesional.

    1.5 ETIKA DALAM PSIKOLOGI SUKAN

    Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun jurulatih mental

    ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam

    bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi

    memastikan khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang

    memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta

    dipraktikkan oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topic perbincangan ini akan

    membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh

    diberikan kepada atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan.

    Kebelakangan ini, ramai orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-

    teknik psikologi sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara

    mereka yang bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka

    meningkatkan prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan

    (Anshel, 1997; Cox, 1998; Wann, 1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori

    serta teknik psikologi sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu

    persembahan dan pencapaian yang membanggakan.

    Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun

    menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap

    diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan

    khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang

    ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan akreditasi khusus untuk ahli

    7

  • psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang lain seperti kaunseling, doktor

    perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa anda bebas menggelarkan diri

    anda sebagai seorang pakar psikologi sukan. Perbuatan ini menyalahi etika profesion

    kerana ia tidak mempunyai kelayakan minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli

    psikologi sukan. Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul

    dari kesilapan penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan

    oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin

    akan menyebabkan ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini

    dan proses penyediaan atlet atau pasukan sukan.

    Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi

    sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat

    memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara

    melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam

    konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh

    melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana

    seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak

    klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan

    psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli

    psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk

    melaksanakan tugas tersebut.

    Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu

    garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang

    digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North

    American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity). Garis panduan ini

    menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :

    1. Bertanggungjawab Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala

    perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan

    dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan yang

    diambil itu bertepatan dengan keadaan.

    2. Berkelayakan Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan

    8

  • yang mana ia berkelayakan serta berpengalaman melakukannya.

    3. Mematuhi moral dan etika Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri

    dengan kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral

    yang ditetapkan.

    4. Kenyataan umum Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas

    serta penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.

    5. Kerahsiaan Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau

    maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka.

    6. Kebajikan klien Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti

    klien serta kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka.

    7. Hubungan profesional Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap

    keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan

    dengan sukan.

    8. Teknik penilaian Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta

    menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran,

    kebajikan klien perlu diutamakan.

    9. Kajian yang milibatkan manusia Dalam melaksanakan kajian psik ologi

    kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia

    selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang

    9

  • berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.

    KESIMPULAN

    Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi

    sukan ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok

    yang mana melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya

    dilaksanakan. Untuk mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah

    mengetahui konsep dan fokus utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini

    penting kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi

    sukan ini masih baru, mereka mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri

    yang mengisahkan dan memperkenalkan psikologi sukan serta perkembangannya

    kepada umum. Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh

    seseorang yang ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang

    pendidikan yang merupakan syarat utama dalam profesion ini. Diantaranya

    termasuklah beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli psikologis sukan

    seperti perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Selain itu, perkara yang

    perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan adalah etika-etika dalam psikologi sukan.

    Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang terlibat dalam profesion ini. Oleh

    itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspek-aspek tersebut akan

    mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan yang positif

    kearah usaha meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.

    Latihan.

    Bincangkan kerjaya dalam bidang psikologi sukan?

    Layari Internet

    10

  • Sinopsis

    Tajuk 2 akan membincangkan berkaitan personaliti dan sukan. Terdapat empat

    bahagian dalam tajuk ini iaitu definisi personaliti dalam sukan, pelbagai pendekatan

    personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti dan hubungan personaliti dengan

    tingkahlaku. . Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan

    dalam topik berkenaan.

    Hasil Pembelajaran

    Di akhir tajuk ini pelajar dapat

    1. mengenalpasti empat bahagian dalam tajuk ini iaitu definisi personaliti dalam

    sukan, pelbagai pendekatan personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti

    dan hubungan personaliti dengan tingkahlaku.

    11

    Tajuk 2 Personaliti dan Sukan

  • Sebelum kita meneroka definisi personaliti dalam sukan, pelbagai pendekatan

    personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti dan hubungan personaliti dengan

    tingkahlaku. cuba terangkan definisi personaliti dalam sukan dan senaman , mengikut

    kefahaman anda sendiri.

    BAHAN PEMBELAJARAN

    2.1 Definisi dan pelbagai pendekatan personaliti

    2.0.1 Definisi

    Skop kajian personality serta kaitannya dengan sukan mendapat perhatian ramai ahli

    psikologi sukan. Menurut Ruffer (1975) terdapat 572 sumber rujukan tentang

    perkaitan antara personality dan prestasi dalam bidang sukan yang dihasilkan oleh

    para pengkaji bidang. Mengapa kita perlu bersusah payah mengkaji personaliti?

    Mungkin ini merupakan salah satu persoalan yang bermain dalam fikiran anda

    sekarang. Untuk menjawab persoalan tersebut, diutarakan satu soalan. Sebagai

    seorang guru guru atau jurulatih, mengapa kita perlu mengenali pelajar atau atlet kita.

    Jawapan umum yang boleh kita gunakan adalah untuk memudahkan proses

    pembelajaran serta peningkatan prestasi pelajar atau atlet tersebut.

    Mengetahui siapa atlet berdasarkan teras psikologikal serta respons mreka yang

    biasa mampu memberikan kita maklumat penting tentang motivasi, sikap serta

    perlakuan mereka yang sebenarnya. Maklumat ini akan dapat membantu kita dalam

    merencanakan program latihan yang berkesan serta menepati kehendak dan

    12

  • keperluan atlet terlibat.

    Personaliti merujuk kepada ciri-ciri yang menjadikan seseorang itu unik atau

    berlainan dari orang lain.

    Ciri-ciri luaran yang dapat dilihat, memberi kesan kepada orang yang melihat,

    dan himpunan pelbagai ciri individu yang terselindung di sebalik kualiti fizikal.

    Ciri-ciri dalaman dan luaran individu yang unik dan kekal, mempengaruhi

    tingkahlaku individu dalam pelbagai situasi.

    Ciri-ciri individu yang kekal, stabil dan boleh dijangka, tidak kaku dan tidak

    berubah tetapi boleh dibeza-bezakan mengikut situasi, personaliti

    menyumbang kepada idea keunikan manusia.

    Trait personaliti yang bersifat kompetitif, berkeyakinan, dan kawalan kendiri

    mempunyai hubungkait dengan kejayaan dalam sesuatu pertandingan.

    2.2 Pengukuran Personaliti

    Bagi mengenal pasti ciri-ciri, atau tret, personaliti individu, pengukuran personaliti

    perlu dilakukan. Pengukuran personaliti, atau ujian personaliti, ini terdapat dalam

    pelbagai jenis yang disebut sebagai Inventori-Inventori Personaliti.

    Mengikut Andres (1983), inventori-inventori personaliti dianggap

    sebagai Ujian Objektif kerana ia mempunyai dua ciri berikut:-

    (a) Inventori-inventori personaliti yang dibentuk dan hasil-hasil

    skor adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang memberi

    gerak balas.

    (b) Ia menggunakan rangsangan-rangsangan yang jelas dalam bentuk soalan YA

    atau TIDAK tentang tret-tret peribadi dan tingkahlaku subjek(individu yang diuji).

    13

  • 2.3 Kajian personaliti Di dalam Sukan dan Senaman

    Personaliti dilihat menerusi beberapa perspektif yang berbeza. Setiap perspektif cuba

    memberikan huraian tentang hubungan antara personality serta kaitannya dengan

    sukan secara keseluruhan. Tiga perspektif utama yang berkaitan dengan personality

    iaitu ciri-ciri peribadi (trait), situasi dan interaksi antara kedua-duanya.

    Personaliti berasaskan ciri-ciri peribadi. Mereka yang melihat personality menerusi perspektif ini mengendalikan bahawa gabungan ciri-ciri peribadi iaitu factor-faktor

    yang membentuk personality merupakan sesuatu yang stabil serta tidak mudah

    berubah (Weinberg & Gould, 1999). Ia bersifat konsisten dalam hamper semua

    situasi. Ciri-ciri peribadi ini dianggap sebagai paksi yang memastikan seseorang

    individu itu bersikap serta mengambil tindakan tertentu dalam setiap keadaan. Dalam

    kata lain, ahli psikologi sukan mengendalikan bahawa setiap tindakan serta perlakuan

    individu tersebut berpunca dari dalam diri atau bergantung kepada individu itu sendiri.

    Peranan factor persekitaran (luaran) tidak diambil kira atau mempunyai pengaruh

    yang minimum dalam perspektif ini.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

    Personaliti berasaskan pengaruh situasi. Persperktif ini mengandaikan bahawa perlakuan seseorang individu dipengaruhi oleh situasi atau persekitaran invidu

    tersebut yakni sesuatu yang bersifat luaran. Perspektif ini berdasarkan kepada teori

    pembelajaran social yang diasaskan oleh Bandura (1977). Teori ini menjelaskan

    bahawa setiap perlakuan bermula dari proses pembelajaran menerusi

    pemerhatian(meniru) serta diperkukuhkan menerusi rangsangan social

    (maklumbalas). Ringkasnya pengaruh persekitaran serta rangsangan social yang

    14

  • diterima membentuk perlakuan seseorang invidu.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009).

    Interaksi antara ciri peribadi dan situasi. Perspektif ini seolah-olah mengambil jalan tengah dalam roses untuk menjelaskan tentang peranan personality dalam sukan. Ia

    menyarankan bahawa ciri-ciri peribadi berinteraksi dengan situasi (persekitaran)

    sehingga mewujudkan perlakuanseseorang individu. Perspektif ini menjelaskan

    bahawa dengan mengetahui ciri-ciri peribadi seseorang individu serta situasi yang

    dihadapi pada waktu itu, ia akan memudahkan kita untuk memahami perlakuan serta

    tindakan yang diambil oleh individu tersebut. Kebanyakan ahli psikologi sukan

    menyokong serta menerima perspektif ini dalam usaha untuk memhami sikap serta

    perlakuan atlet (Anshell, 1997). Bowers (1973) menjelaskan bahawa perspektif ini

    memberikan penjelasan sekali ganda lebih baik dari kedua-dua persperktif yang

    terdahulu secara berasingan. Jelasnya, perlakuan seseorang bergantung kepada ciri-

    ciri peribadinya serta situasi yang dihadapi pada waktu itu. Justeru itu kita perlu

    mengambil kira kedua-dua factor ini untuk memudahkan kita memahami sesuatu

    tindakan yang diambil oleh seseorang atlet dalam sukan.(Shaharudin Abd.Aziz,

    2009).

    Teori Psikoanalitik-Sigmund Freud

    Manusia secara semulajadi dipenuhi dengan naluri keseronokan atau seksual yang

    menentukan tingkah laku manusia. Manusia juga berjuan dalam kehidupan

    yang penuh dengan konflik antara id, ego dan super ego.

    Teori Humanistik

    Mementingkan kualiti manusia yang positif sperti kegembiraan, ketenangan dan

    kepuasan. Manusia mempunyai naluri semula jadi baik dan sentiasa berkeinginan dan

    bermotivasi untuk mencapai kesempurnaan diri serta bebas untuk memilih

    corak kehidupan. Naluri dalaman manusia lemah dan mudah diganggu faktor oleh

    persekitaran. Bagi mencapai tahap kesempurnaan diri, manusia perlu bergerak

    dan berkembang untuk memenuhi setiap keperluan hidupnya. Susunan

    keperluan hidup manusia membentuk satu hierarki dari yang paling utama kepada

    15

  • yang kurang utama. Keperluan yang paling rendah perlu dipenuhi dahulu. Keperluan

    yang seterusnya akan muncul peringkat demi peringkat seiring dengan

    perkembangan manusia. Keperluan yang lebih rendah perlu dipenuhi dahulu

    manakala keperluan yang lebih tinggi kurang diperlukan dan boleh ditangguhkan.

    Keperluan yang lebih tinggi menyumbang kepada perkembangan diri seperti

    meningkatkan kesihatan mental dan fizikal serta kesejahteraan hidup. Setiap hierarki

    keperluan hanya dapat dipenuhi jika hierarki sebelumnya telah dipenuhi.

    Hierarki Pertama : Keperluan fisiologi

    - Jika tidak dipenuhi, individu akan sakit/mati

    Hierarki Kedua : Keperluan keselamatan

    Hierarki Ketiga : Keperluan mendapatkan kasih sayang dan rasa dimiliki

    Hierarki Keempat : Penghargaan kendiri

    -Manusia memerlukan penghormatan dan penghargaan dari orang lain bagi

    mendapatkan kekuatan dan keyakinan diri.

    -Jika kurang penghargaan diri, akan wujud rasa rendah diri dan tidak

    bermotivasi.

    Hierarki Keenam : Kesempurnaan kendiri

    -Berpus hati dengan imej diri dan menerima imej kendiri orang lain serta perihati

    terhadap orang lain, mereka juga mempunyai pengetahuan yang realistik

    terhadap kekuatan, kelemahan, kebaikan dan keburukan diri sendiri.

    Teori Behaviorisme

    Personaliti manusia dipengaruhi oleh tingkah laku manusia. Dipengaruhi oleh

    faktor rangsangan persekitaran. Konsep-konsep behaviorisme berkait rapat dengan

    pembentukan tingkah laku kemahiran prosedur latihan tingkahlaku sukan dan

    prosedur modifikasi tingkahlaku.

    16

  • Teori Konstitusional

    Menjelaskan perihal somatotaip (bentuk asas tubuh badan dalam menentukan jenis

    personaliti individu dalam konteks sukan.

    ectomorph

    mesomorph

    endomorph

    Faktor biologi seperti komposisi badan bertindak balas dengan faktor psikologi

    seperti motivasi menghasilkan satu indeks pematuhan dalam latihan.

    Ectomorph

    Fizikal badan rapuh, halus, lembut, kurus, kurang lemak, tulang ringan, sendi dan

    otot yang kecil dan ringan, anggota badan agap panjang, bahu melentok, fizikal tidak

    berapa kuat, jari dan leher agak panjang, kulit mudah terbakar akibat matahari.

    Mesomorph

    Berkait dengan ciri-ciri atletik seperti fizikal badan yang kuat, keras, berotot massa

    yang matang, postur badan yang sangat baik, pembinaan otot dan lemak, kulut

    tebal.

    Endomorph

    bentuk fizikal badan yang lembut, berbentuk bulat, sukar mengurangkan berat

    badan, kuit badan yang lembut dan licin, rerambut halus, kepala besar, bulat dan

    muka lebar, mudah membina otot.

    Teori Trait

    17

  • Personaliti boleh dijelaskan dari aspek trait yang dimiliki oleh individu. Individu yang

    menonjolkan trait atau keinginan untuk mencapai kejayaan, mempunyai

    kecenderungan untuk bersaing dan bertindak agresif dalam banyak situasi.

    Jenis A :

    - pantas melakukan tugasan

    - agak terburu-buru

    - bersifat dominan

    - mempunyai matlamat pencapaian

    - lokus kawalan dalaman yang tinggi

    - sukar untuk relaks

    - bersifat over achiever dalam setiap aktiviti yang dilakukan

    - bersifat kompetitif dan gemarkan cabaran

    - sering terjebat dengan rasa bersalah

    - kebimbangan yang tinggi

    Jenis B :

    - ciri bertentangan dengan jenis A

    - lebih relaks

    - tidak terburu-buru

    - tidak mudah berasa stres dalam melakukan tugasan

    Teori Interaksional

    Berpendapat, tingkah laku manusia adalah hasil daripada saling interaksi antara 18

  • manusia dengan persekitaran. Tingkah laku manusia adalah kompleks dan sukar

    dijelaskan.

    Mengukur personaliti dan kajian personaliti

    Tujuan penilaian :

    Untuk diagnosis bagi mengenal pasti masalah individu, menjangka dan mengawal

    tingkah laku individu, meningkatkan kualiti kehidupan, membanding beza antara

    kehidupan normal dan adnormal, merancang rawatan berkesan.

    Penilaian perseonaliti haruslah mematuhi syarat-syarat asas penilaian :

    - aspek standardisasi

    - kesahan

    - kebolehpercayaan alat penilaian

    Alat Ukur Personaliti

    Inventori Multifasa Personaliti (Minnestosa Multiphasic Personality Inventory)

    Soal selidik 16PF

    Profil Mood (Profile of Mood States)

    Ujian Persepsi Terhadap Tema (Thematic Apperception Test/TAT)

    Ujian Tompokan Dakwat Rorchach (Rorschah Inkblok Test)

    19

  • Soal selidik Motivasi Dalam Sukan ( Athletic Motivation Inventory/AMI)

    Personaliti dan Prestasi

    Dilihat dari 3 aspek yang berbeza :

    - atlet

    - bukan atlet

    - gender

    Atlet lebih berkeyakinan, bersifat kompetitif, mempunyai keterbukaan sosial yang

    lebih lus berbanding individu bukan atlet.

    Aspek gender ciri-ciri maskulin ( berdikari, tidak bergantung, kuat, tangkas, sanggup

    menghadapi risiko) di dapati mendominasi personaliti atlet berbanding ciri-ciri feminin

    (penyayang, ceria, menyerah dan sensitif).

    Latihan.Bagaimanakah personality berkaitan dengan prestasi?

    2.4 Hubungan Personaliti dengan Tingkahlaku Dalam Sukan

    Ciri-ciri personality yang membezakan antara atlet yang bermotivasi tinggi dengan

    atlet yang bermotivasi rendah.

    >Tahap keperluan pencapaian

    >Orientasi matlamat

    >Keyakinan diri

    >Kompetensi

    >Optimis

    20

  • >tanggapan positif yang dimiliki oleh atlet

    Latihan.Bagaimanakah hubungan personality berkait dengan kejayaan atlet dalam sukan?

    Tajuk 3

    MOTIVASI

    Sinopsis Tajuk yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah motivasi. Modul ini juga

    dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

    21

  • HASIL PEMBELAJARANdefinisi dan komponen motivasi

    tiga model motivasi

    lima panduan untuk membina motivasi kepentingan

    motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding

    teori motivasi pencapaian

    pembentukan motivasi pencapaian dan kegigihan

    bertanding

    penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan

    bertanding dalam latihan

    3.1 Definisi dan Komponen Motivasi

    DEFINISI

    Terdapat pelbagai definisi yang diutarakan menjelaskan pergertian motivasi.

    Antara yang popular define Sage (1997) yang menyatakan bahawa motivasi

    merujuk kepada arah dan intensity usaha seseorang individu. Dalam konteks ini

    arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau

    menjauhi sesuatu situasi, manakala intensity usaha pula merujuk kepada tahap

    kekuatan usaha invidu tersebut untuk menghampiri atau menjauhi situasi

    tersebut. Wann (1997) pula mendefinisikan motivasi sebagai proses kebangkitan

    dalam diri invidu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan

    yang diingini. Inti pati definisi yang diutarakan oleh Wann (1997) juga mengambil

    kira factor arah serta intensity usaha. Sebagai kesimpulannya motivasi boleh

    didefinisikan sebagai satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan

    perlakuan seseorang individu. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

    22

  • 3.2 Tiga Model Motivasi

    Berbagai model yang menghuraikan bagaimana motivasi terjadi telah

    dikembangkan. Tiga dari model tersebut adalah: (1) model keperluan-tujuan, (2)

    model ekspektasi Vroom dan (3) model Porter-lawler.

    Model Motivasi Keperluan-Tujuan

    Model motivasi dan tujuan dimulai dengan perasaan keperluan individu.

    Keperluan ini kemudian ditransformasi menjadi perilaku yang diarahkan untuk

    mendukung pelaksanaan perilaku tujuan. Tujuan dari perilaku tujuan adalah untuk

    mengurangi keperluan yang dirasakan. Secara teoritis, perilaku mendukung

    tujuan dan perilaku tujuan berkelanjutan sampai keperluan yang dirasakan telah

    sangat berkurang.

    Model Ekspektasi Motivasi Vroom

    Pada kenyataannya, proses motivasi adalah situasi lebih rumit dibandingkan yang

    digambarkan oleh model motivasi keperluan-tujuan. Model ekspektasi Vroom

    mengatasi beberapa kerumitan tambahan. Seperti halnya dengan model

    keperluan-tujuan, model ekspektasi Vroom didasarkan pada premis bahwa

    keperluan yang dirasakan menyebabkan perilaku kemanusian. Akan tetapi,

    disamping itu model ekspektasi Vroom mengungkapkan isu kekuatan

    motivasi. Kekuatan motivasi adalah tingkatan keinginan individu untuk

    menjalankan suatu perilaku. Ketika keinginan meningkat atau menurun, kekuatan

    motivasi dikatakan berfluktuasi.

    Model Motivasi Porter-Lawler

    Porter dan Lawler telah mengembangkan suatu model motivasi yang

    menggambarkan huraian proses motivasi yang lebih lengkap dibandingkan model

    keperluan-tujuan atau model ekspektasi Vroom. Model motivasi Porter-Lawler ini

    konsisten dengan dua model sebelumnya dimana model ini menerima premis

    bahawa (1) keperluan yang dirasakan akan menyebabkan perilaku kemanusiaan;

    dan (2) usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu tugas ditentukan oleh nilai

    balas jasa yang dirasakan yang dihasilkan dari suatu tugas dan probabilitas

    bahwa balas jasa tersebut akan menjadi nyata.

    23

  • Keperluan Kemanusiaan

    Model motivasi yang dibahas sejauh ini menyatakan bahwa suatu pengertian

    mendalam motivasi didasarkan pada pengertian mendalam mengenai keperluan

    kemanusiaan. Terdapat beberapa buku bahawa orang-orang pada umumnya

    memiliki keperluan yang kuat untuk mendapatkan respek dari diri sendiri, dari

    orang lain, promosi, dan pertumbuhan psikologis. Beberapa teori telah

    dikembangkan untuk membantu wirausahawan lebih mengerti keperluan tersebut.

    Teori-teori tersebut adalah (1) Hirarki keperluan Maslow, (2) rangkaian kesatuan

    kedewsaan-ketidak dewasaan Argyris, dan (3) motif berprestasi McCleland.

    3.3 Lima Panduan untuk Membina Motivasi

    1. Bina Paradigma dan Prinsip Hidup yang MantapBenteng semangat juang ialah moto diri atau falsafah hidup seseorang. Moto atau

    falsafah hidup adalah pegangan, prinsip atau pendirian yang dijadikan sebagai

    asas panduan mencapai kejayaan.

    2. Kenalpasti dan Tetapkan Matlamat & Halatuju HidupSeseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas seolah-seolah

    meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana

    sampainya. Agar anda lebih yakin pada diri anda binalah matlamat dan hajatuju

    kehidupan anda secara bertulis.

    3. Bina Pelan Tindakan Kejayaan DiriSetelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta

    moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah membuat pula pelan

    tindakan kejayaan diri secara bertulis. 24

  • 4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan, Pengalaman serta PendedahanDengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, bukan sahaja anda akan

    dapat mengikuti atau mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa

    malah anda akan dapat pula menggunakan pengetahuan atau ilmu-ilmu baru itu

    untuk meningkatkan lagi keupayaan anda menangani cabaran-cabaran semasa.

    5. Tingkatkan Kemahiran Diri Anda akan lebih yakin diri apabila anda mempunyai kemahiran yang tinggi atau

    secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja.

    6. Amalkan Keteraturan dan KesiapsiagaanBiasanya kita akan merasa risau atau rasa tertekan apabila khidmat kita

    diperlukan secara tiba-tiba dalam keadaan kita tidak atau kurang bersedia.

    7. Jaga Kualiti Kesihatan, Kecergasan & Ketrampilan DiriKesihatan diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri

    kita baik, badan kita juga sudah tentunya lebih cergas. Jika kurang sihat atau

    sakit-sakit, badan kita akan lemah, fikiran jadi kusut dan kurang bermaya.

    Keadaan begini boleh menjejaskan keyakinan diri kita.

    Latihan.Huraikan kepentingan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding?

    3.4 Teori Motivasi Pencapaian

    Kecederungan seseorang atlet sama ada mendekati atau mengelakkan diri dari

    situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian. Manusia akan melakukan

    apa saja untuk mencapai matlamat. Atlet dipengaruhi oleh faktor luaran dan

    dalaman yang mendorongnya untuk menyertai sesuatu acara sukan. Ciri-ciri atlet

    yang berjaya memiliki semangat keperluan pencapaian yang tinggi. Interpretasi

    berbeza atlet terhadap kegagalan dan kejayaan. Kegagalan dianggap berlaku jika

    hasil persembahan dipengaruhi oleh kualiti personaliti yang lemah (tiada / kurang

    berbakat).

    25

  • Bagi atlet yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi, akan berasa

    seronok apabila berjaya,kurang menunjukkan simptom kebangkitan fisiologi

    (peningkatan kadar denyutan jantung, pernafasan/perperluhan), lebih rasa

    bertanggungjawap terhadap hasil persembahan, berkeyakinan untuk mengetahui

    keputusan sebaik saja tamat perlawanan.

    * Model McClelland dan Atkinson

    * Teori Self Efficacy oleh Bandura

    * Teori Motivasi Kecekapan Harter

    * Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

    * Teori Persepsi Kebolehan Nicholls

    Model McClelland and Atkinson

    Berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan & takut akan kegagalan

    Motif untuk mencapai kejayaan lahir dari motivasi intrinsik atlet

    Takut gagal adalah komponen kebimbangan kognitif (sebelum & semasa pertandingan)

    Jika yakin berjaya akan melibatkan diri dalam pertandingan

    Tarik diri jika tidak / kurang yakin dengan kebolehannya dalam pertandingan

    Faktor yang mendorong atlet untuk mengharapkan kejayaan :

    - motivasi untuk mencapai kejayaan

    - persepsi terhadap kemungkinan berjaya

    - nilai insentif positif terhadap kejayaan

    Faktor yang mendorong untuk berasa bimbang terhadap kegagalan :

    - motivasi untuk mengelak daripada gagal

    - persepsi terhadap kemungkinan akan gagal

    - nilai insentif yang negatif terhadap kegagalan

    26

  • Teori Self Efficacy oleh Bandura

    Keyakinan berkemampuan serta kebolehan melakukan sesuatu tugasan dengan

    jayanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi

    Sebagai kayu ukur sama ada menyertai atau menjauhkan diri dari situasi yang

    berasaskan pencapaian

    Semakin tinggi tahap self-efficacy, semakin tinggi pencapaian individu dan

    semakin menurun kebangkitan emosinya.

    Self-efficacy merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap.

    Self-Efficacy boleh ditingkatkan melalui beberapa cara :

    - perlakuan/prestasi yang berjaya

    - pengalaman lalu

    - kata-kata semangat/perangsang

    - kebangkitan emosi

    Individu/kumpulan yang mempunyai self-efficacy yang tinggi lazimnya akan

    berusaha bersungguh-sungguh,kekal lama dalam melaksanakan tugasan tersebut

    serta mencapai tahap pencapaian yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka

    yang rendah tahap self-efficacy.

    Teori Motivasi Kecekapan Harter

    Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan kepada aspek kecekapan diri atlet

    Atlet yang berasa bahawa mereka mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk

    melaksanakan sesuatu tugasan lazimnya akan menghampiri situasi tersebut.

    Manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan akan

    menjauhi atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Setiap individu mempunyai

    keinginan serta motivasi untuk menonjol kecekapan dalam perkara yang

    melibatkan pencapaian. Bagi memenuhi keinginan tersebut, individu tersebut

    akan berusaha untuk menguasai serta memahirkan diri dengan kemahiran

    tersebut.

    27

  • Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

    Menjelaskan fenomena motivasi pencapaian dan keyakinan diri dalam bidang

    sukan dengan merujuk sukan secara spesifik. Definisi keyakinan sukan,keyakinan

    yang dimiliki seseorang tentang kemampuannya untuk berjaya dalam sukan. Atlet

    yang berjaya dalam sesuatu bidang sukan akan membawa bersama

    keyakinannya untuk terus berjaya dalam sukan yang baru.

    Teori Persepsi Kebolehan Nicholls

    Gabungan dan lanjutan Teori Self-Efficacy Bandura dan Teori Motivasi

    Kecekapan Harter. Motivasi pencapaian berdasarkan fasa pembangunan

    manusia (bagaimana kanak-kanak membentuk persepsi tentang kebolehan diri

    mereka) Persepsi tentang kebolehan berbeza dari satu tahap pembangunan ke

    tahap pembangunan yang berikutnya :

    i. Tahap umur antara 2 hingga 6 tahun

    Kanak-kanak melihat serta menilai kebolehan diri mereka berdasarkan prestasi

    atau pengalaman lepas. Sekiranya kanak-kanak dapat melihat peningkatan yang

    telah dilakukannya,mereka akan membuat kesimpulan bahawa kebolehan mereka

    semakin meningkat dan mereka berkemampuan untuk melakukan tugasan

    tersebut.

    Kanak-kanak akan menunjukkan usaha yang tinggi untuk menguasai kemahiran

    dalam tugasan tersebut diklasifikasikan sebagai berorientasikan tugasan.

    ii. Tahap usia 6 tahun ke atas

    Melihat kebolehan diri dengan membandingkan pencapaian mereka dengan

    rakan-rakan yang lain. Sekiranya mereka dapat mengatasi rakan dalam apa jua

    tugasan bermakna mereka jauh lebih baik serta berkebolehan dari rakan lain

    28

  • diklasifikasikan sebagai berorientasikan ego. Kemampuan melakukan sesuatu

    tugasan tidak lagi boleh dinilai berdasarkan prestasi atau pengalaman lalu

    malahan ia mesti mengatasi kebolehan orang lain.

    Atlet yang berorientasikan tugasan (1) mementingkan proses menguasai

    kemahiran atau tugasan yang dilakukan (2) cenderung kepada strategi dan usaha

    untuk meningkatkan kemahiran diri

    Atlet yang berorientasikan ego (1) lebih mementingkan keputusan (2) kejayaan

    diukur berdasarkan kemampuan mengatasi orang lain. Atlet yang berorientasikan

    ego akan menggunakan cara serta tindakan yang menyalahi peraturan untuk

    mencapai kejayaan. Sekiranya berhadapan kegagalan atau kesukaran, besar

    kemungkinan atlet ini tidak akan melibatkan diri serta menunjukkan perlakuan

    serta motivasi yang kurang memberangsangkan.

    3.5 Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding Dalam Latihan

    Sebagai guru atau jurulatih yang bertanggungjawab merancang dan menjalankan aktiviti sukan maka guru dan jurulatih perlu mewujudkan keadaan-keadaan berikut:

    1. Memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu malahan ingin terus belajar.

    2. Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian sesuatu program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri.

    3. Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu tersebut dan bukannya kepada persaingan.

    4. Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri.

    5. Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.

    Winterbottom (1953) dan Rosen dan D Andrade (1959) mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam konteks motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding ini. Antaranya ibu bapa perlu:

    1. menanam serta menggalakkan sifat berdikari kepada anak-anaknya.

    29

  • 2. bersifat terbuka dan sentiasa menerima (khususnya ibu) anaknya.

    3. memberikan sokongan yang sepatutnya apabila anak-anak berhadapan dengan kegagalan atau sesuatu yang di luar jangkaan.

    4 menerima hakikat bahawa untuk Berjaya anak-anak perlukan masa untuk menguasai sesuatu kemahiran.

    5. berikan tumpuan kepada usaha yang membuahkan kejayaan dan jangan mengungkit kegagalan.

    6. sentiasa melihat usaha, mendengar masalahserta cuba memahami perasaan anak-anak.

    Sekiranya penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding diambil secara bersepadu maka kita dapat membantu dalam meningkatkan lagi keyakinan serta motivasi atlet serta memberi pengalaman sukan dan aktiviti yang lebih bermakna.

    Latihan.Kenalpasti penggunaan motivasi pencapaian dikalangan atlet remaja dalam meningkatkan prestasi sukan mereka.

    30

    Tajuk 4 Kebangkitan, Tekanan dan Kebimbangan dalam Sukan

  • Sinopsis

    Tajuk 4 akan membincangkan berkaitan kebangkitan, tekanan dan kebimbangan

    dalam sukan . Selain itu topik ini akan menumpukan definisi, sumber

    Kebimbingan dan tekanan, bagaimana kebangkitan dan kebimbingan

    mempengaruhi prestasi serta bagaimana mengatasi masalah kebangkitan.Pelajar

    harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik

    berkenaan.

    Hasil Pembelajaran

    Di akhir tajuk ini pelajar dapat

    1. mengenalpasti definisi kebangkitan, tekanan dan kebimbangan

    2. mengetahui bagaimana kebangkitan dan kebimbingan mempengaruhi

    prestasi

    3. mengetahui bagaimana mengatasi masalah kebangkitan.

    Sebelum kita meneroka definisi kebangkitan, tekanan dan kebimbangan, cuba

    terangkan apa itu kebangkitan, tekanan dan kebimbangan mengikut kefahaman

    anda sendiri.

    BAHAN PEMBELAJARAN

    4.1 Definisi

    Definisi Kebangkitan

    Banyak definisi yang diutarakan oleh pakar psikologi sukan untuk menjelaskan

    tentang kebangkitan. Cox (1998) mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap

    kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena

    31

  • sehingga kepada keseronokan terlampau. Cratty (1989) pula mendefinisikan

    kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau

    persetual. Menurut LeUnes dan Nation (1989) pula, kebangkitan merujuk kepada

    aktiviti psikologi individu. Wann (1997) mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap

    kesdiaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang

    tidak dipengaruhi oleh emosi. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

    4.1.1 Bagaimana menjana kebangkitan dalam sukan

    Kebangkitan berpunca daripada tindakan Sistem Saraf Autonomik (SSA). SSA

    mengawal tindakan automatic serta fungsi luar kawal badan seperti degupan

    jantung, pernafasan dan tekanan darah. Ia boleh dibahagikan kepada system

    simpatetik dan parasimpatetik. Sistem simpatetik boleh dianggap sebagai pusat

    kebangkitan, dengan menyediakan badan untuk tindakan flight or fight sementara

    parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang (menurunkan kebangkitan). Bagi

    manusia proses kebangkitan berkait rapat dengan proses homeostasis iaitu

    proses menstabilkan tahap fisiologi manusia. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

    Menurut (Goldberg,1997), cara untuk mengawal tahap kebangkitan ialah

    Pengunaan self self--talk talk. Menetapkan matlamat untuk pertandingan.

    Relaksasi Menguasai teknik imageri Latihan kawalan pernafasan

    Stres

    Menurut Hans Selye (1982) stress merupakan respons tubuh badan tanpa emosi

    terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di persekitaran. Antara bentuk

    tekanan yang dihadapi adalah tekanan fizikal iaitu tekanan yang berpunca dari

    penglibatan dalam aktiviti fizikal; tekanan mental seperti rasa sedih, kecewa dan

    seronok serta bentuk tekanan yang lain. Apa pun bentuk tekanan yang diterima,

    reaksi fisiologikalnya tetap sama. Seperti mana dengan kebangkitan stress

    merupakan tindak balas fisiologikal yang neutral terhadap tekanan atau bebanan

    yang terdapat di persekitaran.(Shaharudin Abd. Aziz, 2009)

    Latihan.

    Dapatkan bacaan lanjut mengenai tekanan.Bagaimanakah muzik digunakan untuk mengatasi masalah tekanan semasa menyertai pertandingan.

    32

  • Kebimbangan

    Istilah distress sering dikaitkan dengan kebimbingan. Menurut Cox (1998),

    kedua-dua istilah ini sering ditukarganti penggunaannya dalam bidang psikologi

    sukan. Wann (1997) mendefinisikan kebimbingan sebagai interpretasi negative

    yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran

    sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Ia

    merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu tersebut menjurus

    kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negative, maka ia menghasilkan

    kebimbingan.

    Latihan.

    Senarai dan jelaskan jenis-jenis kebimbangan.

    4.2 Sumber Kebimbangan dan Tekanan

    Menurut Endler (1978), kebimbangan seketika terhasil dari gabungan lima factor.

    1. Tekanan terhadap ego

    Tekanan berlaku khususnya apabila seseorang atlet tewas sesuatu perlawanan

    khususnya kepada lawan yang lebih rendah rangkingnya. Ego atlet ini akan akan

    tercabar serta tertekan. Beliau juga akan merasa kurang yakin untuk menghadapi

    perlawanan seterusnya. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan seketika

    atlet ini.

    2. Tekanan terhadap fizikal individu

    Seseorang atlet akan berasa bimbang sekiranya beliau tahu bahawa ada usaha

    yang dilakukan oleh pihak lawan untuk menewaskan beliau secara fizikal.

    Contohnya seorang atlet acara sukan tinju lazimnya mempunyai tahap

    33

  • kebimbangan seketika yang tinggi khususnya apabila menentang lawan yang

    lebih handal. Ini kerana wujudnya tekanan terhadap fizikal secara langsung yang

    sedang dihadapi di gelanggang.

    3. Ketidaktentuan

    Keputusan yang tidak pasti, perlawanan yang berlarutan kepada sudden death

    serta saat-saat mencemaskan yang menentukan menang-kalah sesebuah

    pasukan mempunyai elemen ketidaktentuan ini.

    4. Perubahan

    Sebarang bentuk perubahan sebenarnya akan menyebabkan kita menjadi kurang

    selesa dengan persekitaran kerana ia bukan dari rutin seharian. Contohnya

    seorang pemain yang sudah biasa dengan kaedah latihan seorang jurulatih akan

    merasa tertekan dengan kehadiran seorang jurulatih baru yang membawa

    pendekatan serta corak latihan dan matlamat yang baru. Perubahan dan tekanan

    ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan seketika pemain tersebut.

    5. Penilaian atau perbandingan social

    Kita akan merasa tertekan sekiranya kita tahu bahawa prestasi kita akan dinilai

    atau disbandingkan dengan orang lain. Debaran yang dirasakan di garisan

    permulaan, sebalum masuk ke padang atau gelanggang mahupun ketika

    mengambil peperiksaan merupakan ciri kebimbangan seketika yang dihasilkan

    menerusi penilaian.

    Latihan. 4.3 Bagaimanakah kebangkitan dan kebimbangan mempengaruhi prestasi seseorang atlet?

    34

  • 4.4 Mengatasi masalah kebangkitan, tekanan dan kebimbangan di kalangan atlet

    Panduan Mengatasi Kebimbangan di kalangan atlet.Panduan yang diberi ini

    dipetik daripada buku Foundations of Sport and Exercise Psychology (Edisi ke-2)

    oleh Weinberg dan Gould (1999).

    1. Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan

    senyuman kita akan melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan

    kebimbangan. Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati

    alam pertandingan.

    2. Para atlet merupakan orang yang mempunyai tugas yang harus diselesaikan

    secara seronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk

    mengatasi tekanan. Beseronok semasa bertanding akan membantu para atlet

    muda mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk

    mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan

    memikirkan mengenai hasil.

    3. Berlatih dalam keadaan tekanan yang dibuat-buat akan membantu atlet

    semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan

    tekanan semasa latihan.

    4. Kebanyakan atlet mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan

    bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat.

    Untuk mengatasi masalah ini, seorang atlet bolehlah berlatih dengan

    mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan.

    5. Memikirkan mengenai apa akan terjadi selalunya menimbulkan dan

    menambahkan kebimbingan. Dalam permainan, perasaan sedih akan

    menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan

    dan bagaimana boleh mengurangkan kebimbangan semasa bertanding.

    6. Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa

    kebimbangan. Membuat keputusan pula memberi tekanan dan semasa

    menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan.

    35

  • Jadi, atlet atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap

    atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebih mudah.

    7. Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum menghadapi

    pertandingan. Kebanyakan atlet menggunakan kaset dengan alat

    pendengarannya ditelinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar

    mizik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.

    8. Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya

    memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti

    kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberikan keasan kepada

    pergerakan. Contoh lain seperti Saya boleh lakukan.

    Nota di atas dipetik daripada buku Psikologi Sukan aplikasi Teori dan Praktikal

    oleh Mohd Sofian Bin Omar Fauzee.

    Latihan.Dapatkan nota bagaimana mengatasi masalah kebangkitan dan tekanan dikalangan atlet.

    36

  • Sinopsis

    Tajuk 5 akan membincangkan berkaitan perkembangan psikologi kanak-kanak

    malalui sukan. Selain itu topik ini akan menumpukan kepada penglibatan dan

    penarikan diri kanak-kanak dalam sukan, peranan rakan dalam sukan kanak-

    kanak, kesan tekanan dan burnout dalam sukan kanak-kanak dan akhir

    pendekatan latihan dan peranan ibubapa dalam sukan kanak-kanak. Pelajar

    harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik

    berkenaan.

    Hasil Pembelajaran

    Di akhir tajuk ini pelajar dapat

    1. Mengetahui perkembangan psikologi kanak-kanak melalui sukan

    2. Mengenali penglibatan dan penarikan diri kanak-kanak dalam sukan

    dan peranan rakan dalam sukan kanak-kanak

    3. Mengetahui kesan tekanan dan burnout dalam sukan kanak-kanak

    4. Mengetahui pendekatan latihan berkesan ke atas atlet kanak-kanak

    5. Menyatakan peranan ibubapa dalam sukan kanak-kanak

    37

    Tajuk 5 Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Melalui Sukan

  • Sebelum kita meneroka bidang perkembangan psikologi kanak-kanak melalui

    sukan, cuba terangkan apa itu psikologi kanak-kanak, mengikut kefahaman anda

    sendiri.

    BAHAN PEMBELAJARAN

    PENGENALAN

    PERKEMBANGAN

    Bersifat kualitatif, tersusun, bertahan dan berterusan pada diri manusia bermula

    sejak percambahan selsehingga ke akhir hayat organisma hasil dari

    kombinasipembelajaran, pengalaman dan kematanganmelibatkan aspek-aspek

    fizikal, emosi, mental dansosial. (Santrock,2008)

    PSIKOLOGI SUKANSatu bidang kajian saintifik yang melibatkan kesanserta pengaruh sesuatu aktiviti

    terhadap perlakuanfizikal,afektif serta kognatif ke atas mereka yangterlibat secara

    langsung mahupun tidak langsungdengan aktiviti tersebut ( Wann,1997 )

    5.1 PENGLIBATAN DAN PENARIKAN DIRI KANAK-KANAK DALAM SUKAN

    PENGLIBATAN KANAK-KANAK DALAM SUKAN

    Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sukan kini menjadi semakin popular.

    Kejohanan di peringkat sekolah semakin berkembang walaupun kini ia agak

    kurang diberikan keutamaan seperti dahulu. Bagaimanapun semakin ramai

    kanak-kanak yang menyertai aktiviti sukan, semakin ramai jugalah yang tercicir

    atau menarik diri dari aktiviti tersebut.Terdapat enam sebab atau motif utama

    penyertaan kanak-kanak dalam sukan.

    1. Mencari keseronokan.

    38

  • Keseronokan dalam hidup bagi kanak-kanak dengan melibatkan diri dalam aktiviti

    sukan dan permainan. Aktiviti yang tidak mementingkan keputusan kalah-menang

    menjadi tumpuan mereka. Ini adalah kerana elemen kalah-menang mencuri

    keseronokan yang hendak dicapai kerana unsur persaingan menarik focus

    keseronokan tersebut.

    2. Belajar serta meningkatkan kemahiran diri.

    Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi kanak-kanak belajar sambil bermain.

    Permainan serta sukan memberikan mereka ruang untuk belajar sesuatu

    kemahiran yang diminati. Kemampuan melakukan kemahiran ini akan

    meningkatkan lagi keyakinan diri serta membentuk peribadi kanak-kanak tersebut.

    Ruang untuk meningkatkan lagi kemahiran akan sentiasa terbuka jika mereka

    mendapat galakan yang sewajarnya dari orang dewasa yang memahami

    kehendak mereka.

    3. Untuk bersama dengan rakan dan menjalin persahabatan dengan rakan yang

    baru.

    Corak sosialisasi yang berkesan adalah dengan bermain. Kanak-kanak belajar

    tentang persekitaran, bergaul dan berinteraksi dengan orang lain dengan

    bermain. Penglibatan mereka dalam sukan pun kerana ingin bersama dengan

    rakan-rakan dan bukannya untuk memenuhi kehendak orang dewasa. Oleh itu

    aktiviti sukan berpasukan menjadi tumpuan utama kanak-kanak ini kerana bukan

    sahaj mereka dapat bersama dengan rakan-rakan malahan dapat menjalinkan

    hubungan rakan baru.

    4. Kegembiraan

    Kanak-kanak akan gembira bermain dengan rakan-rakan mereka. Tekanan

    akademik serta perubahan dari segi kehidupan masa kini yang dihadapi oleh

    kanak-kanak telah menarik keceriaan dan kegembiraan dari wajah mereka.

    5. Mencapai kejayaan

    Takrifan kejayaan bagi kanak-kanak bukanlah kemenangan semata-mata, tetapi

    sesuatu yang lebih dari itu. Kemampuan belajar serta melakukan sesuatu

    kemahiran dengan baik juga dianggap sebagai kejayaan dan ini secara langsung

    39

  • akan meningkatkan lagi keinginan mereka untuk terus bergiat dalam aktiviti

    tersebut.

    6. Bersenam dan meningkatkan kecergasan fizikal

    Mesej gaya hidup sihat yang diutarakan kepada golongan dewasa sudah dapat

    diterima serta difahami oleh kanak-kanak. Dalam konteks ini kecergasan fizikal

    diperlukan bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti yang aktif dan lasak

    bersama rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan-rakan merupakan agen

    sosialisasi kanak-kanak yang utama.

    Faktor utama mempengaruhi penglibatan kanak-kanak di dalam bidang sukan

    adalah disebabkan keseronokan(main bersama rakan-rakan). Selain daripada itu

    ada juga kanank-kanak yang inginkan perhatian khususnya guru. Daya tarikan

    terhadap perkembangan semasa seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik

    mempengaruhi penglibatan kanak-kanak dalam sukan. Adakalanya persaingan

    dikalangan kanak-kanak untuk mengatasi antara satu sama lain juga

    mempengaruhi minat kanak-kanak. Contoh sukan yang diminati: Bola sepak

    (lelaki) ,Badminton/larian (perempuan).

    5.1.1 PENARIKAN DIRI KANAK-KANAK DALAM SUKANKanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana pelbagai sebab serta

    untuk memenuhi pelbagai keperluan. Bagaimanapun, penglibatan mereka dalam

    aktiviti sukan tidak kekal lama kerana motif mereka berubah. Inilah di antara

    punca yang menyebabkan keciciran dalam sukan. Kadar keciciran kanak-kanak

    dalam aktiviti suka di Amerika Syarikat di antara umur 10-17 tahun telah

    meningkat sebanyak 80% (Roberts, 1993). Ini kerana kehendak mereka yang

    sentiasa berubah-ubah itu tidak dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga

    factor utama yang menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan

    komparatif, persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap intrinsic yang

    rendah serta stress pertandingan (Anshel, 1997).

    1. Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi

    kemampuan motor dengan orang lain dan ini sering dilakukan olehkanak-kanak

    40

  • pada peringkat usia 7 12 tahun. Oleh kerana kekurangan pengalaman serta

    kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan pada usia yang muda, kanak-kanak

    ini terpaksa menggunakan perbandingan komparatif sebagai kayu ukur status

    kemahiran motor meraka. Sebagai perbandingan jika kemahiran yangingin

    dilakukan boleh dilakukan oleh ramai kanak-kanak yang lain, maka tahap

    kemahiran motor individu tersebut bolehlah dianggap sebagai sama dengan

    orang lain. Bagaimanapun jika kemahiran yang ingin dilakukan hanya boleh

    dilakukan oleh beberapa orang kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran

    motor individu ini boleh dianggap tinggi .(Shaharudin Abd. Aziz, 2009)

    Perbandingan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, oleh sesiapapun da dalam

    pelbagai situasi. Dalam konteks sukan, yang biasanya dimainkan dalam keadaan

    terbuka, maklumbalas dari penonton, jurulatih ibu bapa serta rakan-rakan

    sepasukan menjadi kayu pengukur perbandingan kanak-kanak terbabit. Maklum

    balas yang diberikan sama ada secara verbal atau bukan lisan memberikan kesan

    yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak tersebut.

    Input yang diberikan secara lisan seperti kata-kata semangat dan pujian

    merupakan rangsangan positif, manakala ejekan, celaan serta komen-komen

    yang pedas merupakan rangsangan yang negative. Begitu juga maklum balas lisa

    dan bukan lisan boleh menghasilkan kesan yang sama kepada kanak-kanak

    tersebut. Keasan sebenar mesej lisan dan bukan lisan ini dapat dilihat apabila

    kanak-kanak tersebut mentafsirkan apa yang dilihat dan yang didengarinya.

    Kesan ini lah yang akan menyebabkan mereka ingin meneruskan penglibatan

    atau menarik diri dari sukan. .(Shaharudin Abd. Aziz, 2009)

    2. Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah satu

    sebab kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan. Ini adalah kerana mereka

    mengatributkan kegagalan kepada kekurangan dari segi kemampuan diri mereka.

    Justeru itu, apalah gunanya meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut jika

    mereka sudah tahu (persepsi diri) bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan

    untuk berjaya dalam aktiviti tersebut.

    41

  • Faktor-faktor penarikan diri kanak-kanak dalam sukan adalah dipengaruhi oleh

    kekalahan dan kekecewaan. Adakalanya seseorang kanak-kanak yang kurang

    kemahiran juga tidak diterima bermain dalam pasukan, ini juga menyebabkan

    kanak-kanak menarik diri dalam sukan.Dalam sesuatu permainan keseronokan

    adalah factor penting membuatkan terus bermain namun ada juga permainan di

    mana aktivitinya amat membosankan dan seterusnya tidak menyeronokan.

    Tekanan daripada guru mahupun jurulatih terhadap kanak-kanak selalunya

    memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Mungkin pelajar tidak minat

    terhadap terhadap guru atau jurulatih garang dan tidak prihatin. Sekiranya berlaku

    tidak berlaku perubahan dalam kepimpinan guru mahupun jurulatih besar

    kemungkinan mematikan terus minat kanak-kanak dan seterusnya kanak-kanak

    menarik dalam sukan.Disamping sebab-sebab di atas factor kesihatan tidak dapat

    dinafikan sebagai penyumbang besar mengapa kanak-kanak menarik diri dalam

    sukan.

    Bagi mengatasi penarikan kanak-kanak dalam sukan, maka kanak-kanak perlu

    didedahkan dan disedarkan tentang kepentingan menyertai sukan. Salah satu

    perkara yang boleh diterapkan dikalangan kanak-kanak ialah mementingkan

    kesungguhan dan bukannya kemenangan. Didapati bahawa sebilangan kecil

    kanak-kanak menarik diri akibat kekalahan dalam sesuatu pertandingan dan

    terusnya. Dalam menarik minat kanak-kanak guru atau jurulatih boleh

    mengarahkan murid yang mahir untuk membantu murid-murid yang kurang mahir.

    Selain daripada itu sesuatu permainan perlulah menyeronokkan, maka aktiviti

    dalam sesuatu permainan perlulah dipelbagaikan. Akhir sekali guru haruslah

    bersifat lembut tetapi tegas dan prihatin kepada murid dalam menarik minat

    mereka menyertai dan mengekalkan mereka terus bersukan.

    5.2 PERANAN RAKAN DALAM SUKAN KANAK-KANAK

    Satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan,

    kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka. (Malecki

    & Elliott,1999).

    42

  • Peranan rakan dalam sukan:

    1. Sebagai alat perbandingan dengan dirinya sendiri.

    2. Sebagai panduan apabila menilai diri(kemahiran,kebolehan dan lain-lain.)

    3. Agen peneguhan seperti beri sokongan dan nasihat (Charlesworth &

    Hartup,1967)

    4. Tempat meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah.

    5.3 KESAN TEKANAN DAN BURNOUT DALAM SUKAN KANAK-KANAK

    TekananTekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan

    emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi

    tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.(Morstt & Furst,1979)

    Terdapat beberapa sebab berlakunya tekanan. Sebahagian besar adalah

    disebabkan oleh masalah peribadi, rakan sebaya dan juga berpunca akibat sikap

    guru. Kesan yang dikenalpasti akibat tekanan adalah prestasi merosot, minat

    semakin kurang, penarikan diri dari sukan dan kurang motivasi dalam melakukan

    sesuatu perkara contohnya dalam bidang sukan.Cara mengatasi cuba bantu

    selesaikan masalah murid, sentiasa beri motivasi dan kata perangsang kepada

    murid dan cuba elak dari memberi tekanan yang melampau kepada murid.

    Burn outExtreme tiredness usually caused by working too much (Cambridge Dictionary

    Online). Kepenatan yang ekstrim kerana melakukan kerja yang terlalu banyak.

    Latihan berat yang terlalu kerap. Kurang rehat. Kesannya ialah menggangu

    kesihatan, risiko keselamatan, penarikan diri, minat kurang, prestasi merosot,

    motivasi menurun

    43

  • Cara mengatasiRancang sesi latihan dengan baik.(pelbagaikan jenis latihan)

    Beri rehat yang cukup kepada murid.

    Bawa murid melakukan aktiviti rekreasi dankesenggangan.

    Kuatkan mental murid.

    Latihan.Bagaimanakah kesan tekanan dan burn out dalam sukan kanak-kanak?

    5.4 PENDEKATAN LATIHAN BERKESAN KEATAS ATLET KANAK-KANAKLatihan meningkatkan stamina

    Teknik permainan

    Undang-undang permainan

    Skil permainan

    Bengkel/motivasi sukan

    Latihan perlawanan persahabatan dengan sekolah luar.

    Menyertai pertandingan yang dianjurkan olehagensi luar.

    Rekreasi dan kesenggangan

    5.5 PERANAN IBUBAPA DALAM SUKAN KANAK-KANAKBeri sokongan

    Hadir ke temasya sukan sekolah dan bersorakuntuk anak.

    Dorongan dan nasihat

    Beri motivasi jika kalah

    Bantuan kewangan dan alatan sukan

    Tidak terlalu mencampuri kehidupan bersukananak.

    Beri kebebasan kepada anak untuk memilihsukan yang diminatinya.

    Rujukan

    Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan By Shaharudin Abd. Aziz

    Perkembangan Kanak-kanakuntuk Program Perguruan Pendidikan RendahPengajian Empat Tahun,HalizaHamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi.2008

    Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1&2) PsikologiPendidikan & Pedagogi, Mok Soon Sang. Terbitan ketujuh 2008.

    44

  • Tajuk 9 Sosiologi Sukan

    Sinopsis

    Tajuk akan membincangkan berkaitan sosiologi sukan. Selain itu topik ini akan

    menumpukan kepada definisi sosiologi sukan, sukan dan masyarakat dan akhir

    sekali hubungan sukan dengan struktur masyarakat dan apa itu sukan dan main.

    Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik

    berkenaan.

    Hasil Pembelajaran

    Di akhir tajuk ini pelajar dapat

    1. Mengetahui definisi sosiologi sukan

    2. Mengenali sukan dan masyarakat

    3. Mengetahui hubungan sukan dengan struktur masyarakat

    4. Menyatakan perbezaan sukan dan main

    45

  • Sebelum kita meneroka bidang sosiologi sukan , cuba terangkan apa itu sosiologi

    sukan , mengikut kefahaman anda sendiri.

    BAHAN PEMBELAJARAN

    9.0 SOSIOLOGI SUKAN

    Konsep Sosiologi Sukan

    SosiologiKajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat.

    Saintifik: sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil kira isu

    berkaitan validiti (kesahan) dan reliabiliti (kebolehpercayaan) kaedah

    kajian yang digunakan.

    Struktur: suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro

    seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro

    pula kumpulan pelajar, satu pasukan, satu unit beruniform.

    Proses: Interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam

    masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik,

    sosialisasi, proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan.

    9.1 Definisi Sosiologi Sukan

    Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan

    memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk

    memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang

    berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu sosiologi yang

    signifikan dalam sukan termasuklah corak organisasi sosial yang terlibat, sifat

    formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain, penganjur, undang-undang dan

    46

  • peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan seperti menang-kalah

    tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal yang tinggi.

    Ciri Institusi Sukan

    Untuk membolehkan sukan diinstitusikan sebagai satu institusi sosial dalam

    masyarakat, beberapa kriteria tertentu perlu dipenuhi bagi membolehkan ianya

    diterima sebagai satu institusi sosial. Antaranya adalah:

    (a) undang-undang dan peraturan - wujudnya undang-undang dan peraturan yang

    mengawal perjalanan sukan tersebut.

    (b) sosioemosi - kesan sosial dan psikologi individu yang dicapai menerusi

    penglibatan dalam sukan, antaranya: Katarsis - peluang untuk melepaskan

    tekanan secara yang dibenarkan menerusi sukan. Mewujudkan semangat

    kekitaan atau berpasukan. Semangat patriotisme.

    (c) sosialisasi - merangsang individu untuk saling mengenali antara satu sama

    lain merentasi warna kulit kepercayaan dan sebagainya.

    (d) integrasi - menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang seperti

    menjadi satu pasukan sekolah, daerah dan negeri.

    (e) politik - alat untuk menunjukkan kuasa (pengurusan pasukan atau persatuan,

    hierarki dalam persatuan).

    (f) mobiliti sosial - proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk

    memberi peluang kepada individu untuk meningkat seperti pemain peringkat

    sekolah meningkat ke peringkat daerah, negeri atau negara.

    47

  • 9.2 Sukan dan Masyarakat

    Proses Sosialisasi Sukan

    Sosialisasi

    Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta

    bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu masyarakat. Penglibatan dalam sukan

    membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi dengan orang lain.

    Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara:

    Sosialisasi ke dalam sukan

    Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh,

    dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen

    sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan

    dalam sukan yang diceburi.

    Sosialisasi menerusi sukan

    Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan

    seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain

    dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan

    individu tersebut.

    9.3 Hubungan Sukan Dengan Struktur MasyarakatKesan Penglibatan Dalam Sukan

    Penglibatan dalam sukan menghasilkan kesan-kesan positif dan negatif kepada

    individu dan negara. Antara kesan positifnya adalah:

    Individu

    (a) pembentukan watak - sukan dapat membentuk perwatakan individu yang

    positif.

    48

  • (b) imej kendiri yang positif - penyertaan dalam sukan boleh meningkatkan imej

    diri.

    (c) kualiti kepimpinan - pembentukan daya kepimpinan individu, khususnya dalam

    sukan berpasukan.

    (d) semangat patriotisme - rasa bangga mewakili pasukan dibentuk menerusi

    penyertaan dalam bidang sukan.

    (e) semangat setia kawan/berpasukan - terbentuk menerusi penyertaan, interaksi

    serta sosialisasi dalam sukan.

    (f) kesihatan - peningkatan kesihatan individu secara keseluruhan boleh dicapai

    menerusi penyertaan dalam bidang sukan.

    Beberapa nilai positif yang perlu diamalkan adalah seperti

    menghormati peraturan, sifat bekerjasama,bertoleransi dan nilai-nilai murni yang

    lain.

    Jika tidak diawasi, penglibatan dalam sukan juga akan mendatangkan kesan

    negatif kepada individu seperti:

    (a) sikap terlalu mementingkan kemenangan sehingga meninggalkan semangat

    kesukanan dan berpasukan.

    (b) Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.

    (c) Keagresifan dalam sukan.

    (d) Membelakangkan nilai-nilai kesukanan yang lain.

    Negara

    Penglibatan negara dalam bidang sukan mendatangkan kesan-kesan seperti

    berikut:

    (a) Sosial

    49

  • integrasi kaum - proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan

    kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum.

    (b) Ekonomi

    sumber kewangan - peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan

    pertandingan, hak penyiaran, kutipan cukai serta kedatangan pelancong asing

    (pelancong sukan).

    (c) Politik

    semangat setia kawan - khususnya pada peringkat serantau dapat disemai

    menerusi penyertaan dalam bidang sukan seperti

    sukan SEA dan Asia. kerjasama antarabangsa - dapat diwujudkan menerusi

    sukan secara meluas seperti sukan Olimpik, Komanwel dan sukan Asia. Jika tidak

    diawasi penglibatan negara dalam bidang sukan juga akan mendatangkan kesan

    negatif seperti:

    (a) perbalahan antara negara kerana ingin mendapatkan hak penganjuran sukan.

    (b) Pemboikotan sukan.

    Kesannya, semangat setiakawan serta kerjasama antarabangsa mungkin terjejas

    jika proses penglibatan dalam sukan ini tidak ditangani dengan teliti.

    9.4 Sukan dan Main

    Maksud Sukan dan Main

    Sukan

    Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang

    melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk

    mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau

    penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas

    tetapi boleh berubah kepada sukan.

    50

  • Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk

    pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan

    sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.

    Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira

    sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai

    aktiviti rekreasi.

    Main

    Main ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan

    kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

    Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu

    atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi

    kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran

    atautujuantertentu.

    Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah

    merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu

    tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan

    kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai

    yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak.

    Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada

    kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak- kanak

    yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami

    pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan

    terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan

    perasaan kecewa tersebut.

    Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada

    kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang

    dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar

    (Kraua, 1990)

    51

  • Tajuk 14 Keganasan Dalam Sukan

    Sinopsis

    Tajuk akan membincangkan berkaitan keganasan dalam sukan. Selain itu topik

    ini akan menumpukan kepada definisi keganasan dalam sukan, Jenis keganasan

    dalam sukan, keganasan semasa dan selepas pertandingan, keganasan

    penonton, gender, kelas, social dan bangsa serta akhir sekali cara mengawal

    keganasan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan

    dalam topik berkenaan.

    Hasil Pembelajaran

    Di akhir tajuk ini pelajar dapat

    1. Mengetahui definisi Keganasan dalam sukan

    2. Mengetahui jenis keganasan dalam sukan

    3. Mengetahui keganasan semasa dan selepas pertandingan

    4. Mengetahui keganasan penonton, gender, kelas, social dan bangsa

    5. Mengetahui cara mengawal keganasan dalam sukan

    52

  • 14.1 Definisi Keganasan/ Keagresifan Dalam Sukan

    Sebelum kita meneroka bidang keganasan dalam sukan , cuba terangkan apa itu

    keganasan sukan , mengikut kefahaman anda sendiri.

    BAHAN PEMBELAJARAN

    14.1 Definisi Keganasan Dalam Sukan

    Silva (1981): keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau

    mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang

    berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut.

    Baron dan Richardson (1994), keagresifanmerupakan apa saja bentuk tindakan

    danperlakuan yang bermatlamatuntuk menyebabkan kecederaan ke atas

    bendahidup yang lain dan bermotivasiuntuk mengelakkan diri dari dicederakan.

    Wann (1997) satu tindakan yang bermatlamatuntuk mengakibatkan kecerderaan

    secarafizikal, verbal atau psikologikal keatasseseorang yang bermotivasi untuk

    mengelakkandiri dari di cerderakan dan atau perbuatan yangmendatangkan

    kerosakan kepada harta bendayang berpunca dari kemarahan

    Berdasarkan definisi ini, terdapat sediki tpersamaan dengan definisi yang

    diutarakan oleh Baron dan Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan

    unsur niat, perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi

    untuk mengelakkan diri dari dicederakan.Perbezaan ketara di antara kedua-

    duanyaadalah elemen kerosakan harta benda.

    Baron dan Richardson tidak mengambilkira kerosakan harta benda sebagai hasil

    dari tindakan yang agresif.

    53

  • Sikap agresif kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan.

    Keagresifan yang terlalu melampau akan menyebabkan tumpuan menjadi

    semakin kecil. Kesannya, pemain akan melakukan kesilapan. Setiap jenis sukan

    memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza-beza. Keganasan

    biasanya melibatkan banyak pihak antaranya adalah atlet, pegawai, jurulatih dan

    penonton.

    14.2 Jenis-jenis keganasan/keagresifan

    Keagresifan ketara: kecenderungan untuk mencederakan individu dengan

    sengaja bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang

    didorong oleh rasa marah atau kecewa. Keagresifan instrumental: tindakan

    mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk mencapai matlamat

    kemenangan atau ganjaran. Keagresifan asertif: penggunaan fizikal atau verbal

    tanpa niat untuk mencederakan pihak lawan dan tindakan itu dibenarkan

    mengikut peraturan permainan

    14.3 / 14.4 Keganasan Semasa dan selepas Pertandingan

    Punca Keganasan

    Terdapat tiga punca keganasan atau keagresifan dalam sukan iaitu psikologi, persekitaran dan biologi.

    1. Psikologi Aspek psikologi pula boleh dipecahkan kepada tiga iaitu provokasi, tekanan emosi, jangkaan pelakuan kasar dan kurang pengetahuan.

    PROVOKASI - Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan

    TEKANAN EMOSI (STRESS)Prestasi di bawah jangkaanJangkaan menang kalahProvokasi pihak lawan & penonton

    54

  • JANGKAAN PERLAKUAN KASAR Atlet menjangkakan dirinya akan dikasari oleh yang demikian dia akan bertindak agresif

    KURANG PENGETAHUANSukan Kontak pijak pemain yang jatuhPenonton tidak tahu undang - undang

    2. Persekitaran

    LOKASI PERTANDINGANSokongan Padu penyokongt tuan rumahPelawat tindakan balas

    CUACACuaca Panas keadaan cuaca yang panas dan ditambah pula tekanan permainan maka berlakulah tindakan agresif.

    Hujan keadaan padang yang licin akan membawa kepada ketidak sesuaian permainan. Contohnya padang licin menyukarkan larian mahupun permainan.

    KEPUTUSAN PERTANDINGANAdakalanya kekalahan dalam pertandingan juga boleh menjadi penyumbang pemain menjadi agresif. Pasukan yang kalah akan tertekan lalu akan bertindak agresif.

    ASPEK KESELAMATAN

    Tahap keselamatan . Ada juga dikalangan penganjur sukan yang kurang memberikan perhatian kepada aspek keselamatan. Tahap keselamatan yang longgar boleh memberikan peluang untuk bertindak agresif.

    Penempatan Penonton Kawalan keselamatan dan pembahagian penempatan penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat perlu berhati-hati. Sekiranya berlaku penyeberangan antara pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat maka berlakulah tindakan agresif. Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll

    55

  • 3. Biologi

    HORMON ADRENALINHormon meransangMeningkat dalam suhu tinggi, kelesuan, bising

    KEBANGKITAN FISIOLOGI Naik semangat Respon Unik Rembesan Hormon Adrenalin - meningkat

    KESAN STEROID kesan sampingan mood sukar dikawal

    Latihan.14.5 Apakah yang dimaksudkan sebagai keganasan gender, kelas sosial dan bangsa?

    14.6 Cara Mengawal Keganasan Dalan Sukan

    Berdasarkan kepada petikan dari buku mengaplikasi teori psikologi dalam sukan

    oleh Shaharudin Abd. Aziz, terdapat beberapa cara dalam mengawal keganasan

    dalam sukan sama ada disebabkan oleh pemain mahupun penonton. Bagi

    mengurangkan keagresifan di kalangan atlet atau pemain antaranya adalah:

    1. menggalakan role model yang bersih kepada atlet atau pemain. Ini akan

    membuka mata pemain bahawa seseorang pemain yang menang adalah

    disebabkan oleh permainan yang bersih.

    2. Menghukum pemain yang beraksi secara agresif.

    3. Menghukum jurulatih yang melakukan atau menggalakkan keagresifan

    56

  • 4. Menjauhkan stimulus luaran yang boleh meningkatkan keagresifan seperti

    sepanduk serta kain rentang yang bersifat menghina.

    5. Memberikan ganjaran kepada pemain atau pasukan yang bermain dengan

    bersih.

    Latihan.14.5 Dapatkan lebih banyak cara mengawal keganasan dalam sukan.

    57