ulasan karya kajian ppip

26
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 2012 Tugasan Individu (Article Review) Bidang Kajian : Kesedaran Pembayaran Zakat Nama No. K/P SAFIZAL BIN AZMI 790707-01-5337 Penyelia : Tuan Dr. Shalehin Bin Mohd Salleh Akademi Kastam Diraja Malaysia

Upload: waja2607

Post on 27-Oct-2015

107 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Contoh Format Ulasan karya Kursus Asas Penguasa Kastam

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Karya Kajian PPIP

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 2012

Tugasan Individu (Article Review)

Bidang Kajian : Kesedaran Pembayaran Zakat

Nama No. K/P

SAFIZAL BIN AZMI 790707-01-5337

Penyelia : Tuan Dr. Shalehin Bin Mohd Salleh

Akademi Kastam Diraja Malaysia

Page 2: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN DAN LATARBELAKANG

1.0.1 Sejarah Pengurusan Zakat di Malaysia

1.0.2 Penguatkuasaan Undang-Undang Zakat Semasa

1.1 Definisi Zakat

1.2 Kenyataan Permasalahan

1.3 Statistik Kajian

2

3

4

5

6

2.0 ULASAN KARYA

3.0 RANGKA KERJA KONSEPSUAL

9

14

RUMUSAN 15

RUJUKAN 17

LAMPIRAN

1

Page 3: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

1.0 PENGENALAN

1.0.1 Sejarah Pengurusan Zakat di Malaysia

Sejarah pembangunan institusi zakat dan fitrah di Malaysia adalah bermula dengan

penubuhan pertama notis tentang Zakat dan Fitrah Kelantan tahun 1907. Peraturan

tersebut disusun oleh Majlis Mesyuarat Negeri dibawah nasihat pemerintah Inggeris

pada masa itu. Peraturan tersebut ditambah dan dipinda dengan pengwartaan Notis

Zakat tahun 1916, Notis Kutipan Zakat 1917, Notis Zakat tahun 1924 dan terakhir

menjadi Enakmen Kutipan Zakat Kelantan tahun 1927. Dengan pengenalan Enakmen

Kutipan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tahun 1938, dua

peraturan baru disusun semula iaitu Peraturan Kutipan Fitrah pada tahun 1938 dan

Peraturan Kutipan Zakat tahun 1938. Walaubagaimanapun, undang-undang ini

dimansuhkan oleh Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu dan Mahkamah Kadi

1953.

Kerajaan Negeri Sembilan merupakan negeri terakhir yang memperkenalkan peraturan

baru zakat dengan mewartakan Peraturan Kaedah Zakat Negeri Sembilan 1998.

Penjelasan sejarah pelbagai peraturan zakat yang diwujudkan di setiap negeri pada

umumnya menyentuh kuasa kutipan zakat fitrah oleh Majlis Agama Islam Negeri,

kewajiban penduduk Islam negeri membayar zakat fitrah, cara-cara agihan zakat dan

fitrah, keperluan menyediakan akaun zakat dan fitrah berasingan daripada akaun

Baitulmal dan hukuman dan denda kepada pihak yang melanggar peruntukan mengenai

zakat dan fitrah.

Sebahagian kecil daripada undang-undang dan peraturan zakat yang disebutkan diatas

masih terus berkuatkuasa seperti misalnya Enakmen Zakat Kedah 1955, juga Peraturan

Zakat di negeri Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, sedang yang

lainnya telah dimansuhkan dan tidak berkuatkuasa. Namun banyak negeri yang

2

Page 4: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

membuat peraturan baru di era moden sekarang ini, seperti Sabah, Kelantan, Wilayah

Persekutuan dan Negeri Sembilan.

1.0.2 Penguatkuasaan Undang-Undang Zakat Semasa

Pengurusan zakat di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa dan

tanggungjawab negeri-negeri. Kebanyakan negeri, pengurusan zakat terletak di bawah

Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan terdapat juga di setengah negeri

diwujudkan institusi khas yang agak tersendiri dari MAIN. Pelaksanaan segala dasar

dan kegiatan Majlis Agama Islam di sesebuah negeri berkenaan dilaksanakan melalui

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada MAIN.

MAIN ini adalah terletak di bawah DYMM Sultan atau Raja atau Seri Paduka Baginda

Yang Dipertuan Agong yang mana ia bertanggungjawab ke atas segala urusan

berkaitan dengan kegiatan Islam di negeri berkenaan termasuklah di dalam

pengendalian urusan zakat. Kewujudan satu institusi khas untuk memungut zakat yang

dikendalikan dengan cara yang profesional telah membuka era baru dalam pengurusan

zakat di negara ini. Bermula dengan kewujudan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Wilayah

Persekutuan dalam tahun 1991 seterusnya diikuti oleh beberapa negeri yang lain

seperti Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dahulunya dikenali Pusat Zakat Selangor

(PZS), Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang ,Pusat Kutipan Zakat (PKZ) di Pahang,

Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dan Pusat Zakat Melaka (PZM). Majlis Agama

Islam Negeri-negeri berkenaan telah mewujudkan anak syarikat atau perbadanannya

sendiri untuk mengurus kutipan zakat secara korporat dan profesional.

3

Page 5: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

1.1 Definisi Zakat

Zakat adalah sebahagian daripada rukun Islam yang lima dan merupakan suatu ibadah dan

tanda kesyukuran kepada Allah. Secara umumnya, zakat merupakan kadar kutipan yang

diwajibkan ke atas harta dan hasil pendapatan di peringkat paling minima mengikut peraturan

dan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu yang bertujuan untuk

menjamin biaya sosial masyarakat pada peringkat asas dan mengurangkan jurang pendapatan

yang tidak seimbang sehingga mencapai satu tingkatan hidup yang lebih baik di atas paras

nisab. Zakat paling besar peranannya dalam aspek ekonomi iaitu menyelesaikan masalah

kemiskinan serta mewujudkan satu taraf social yang adil di antara golongan kaya dan miskin.

Secara umumnya, definisi asas zakat mengikut penulisan Mahmood Zuhdi (2003), dalam

bahasa Arab, zakat secara umumnya bererti pertambahan. Berdasarkan pengertian umum ini,

zakat pada bahasa bererti suci dan subur.

Maksud suci ialah menyucikan hati pemilik harta dari segala sikap tamak, kedekut, dan

tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang miskin.

Maksud subur ialah mempererat dan menyuburkan ikatan persaudaraan sesama orang

Islam, terutamanya golangan kaya dengan golongan miskin. Harta juga akan terus

membiak dan semakin bertambah dari semasa ke samasa.

Zakat pada istilah syarak pula bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut syarat-syarat

yang ditentukan oleh syarak, dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan yang

tertentu. Zakat merupakan pembayaran yang diwajibkan oleh Islam kepada semua

penganutnya yang mempunyai harta dalam berbagai bentuk sekiranya cukup syarat haul atau

tempoh dan nisab atau satu jumlah minimum yang mencukupi untuk memenuhi keperluan

asas selama tempoh yang dikenakan. Kewajipan ini lahir kerana zakat merupakan satu antara

rukun Islam yang diwajipkan kepada individu muslim oleh Allah SWT dengan maksud untuk

pembersihan dan penyucian harta bagi orang yang membayarnya dan juga untuk menolong

kaum dhu’afa atau orang yang memerlukan.

4

Page 6: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

Dari segi pemahaman istilah zakat pendapatan pula, mengikut sejarah yang dinukilkan

bahawa zakat pendapatan telah mula dilaksanakan pada zaman Muawiyah (r.a.) dan Umar bin

Abdul Aziz (Qaradawi 1987). Pengiraan didasarkan kepada perolehan yang merangkumi

pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Pusat Zakat

Selangor sebagai contohnya mengira gaji, tungakkan gaji, pelbagai elaun seperti elaun

kenderaan dan makan serta lain-lain perolehan termasuk bonus dan pendapatan berkaitan

penggajian. Pengiraan dibuat biasanya untuk tempoh satu tahun setelah ditolak item-item yang

ditentukan seperti perbelanjaan diri, isteri, anak, ibu bapa dan sumbangan kepada Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja. Sebenarnya tidak terdapat kata sepakat ulama Islam mengenai

kewajipan menunaikan zakat pendapatan. Terdapat negara-negara orang Islam yang

mewajibkan kutipan zakat ini seperti negara Sudan, Pakistan, Brunei dan Malaysia. Rata-rata

negara Islam yang lain belum mengeluarkan fatwa kewajipan menunaikannya. Isu yang masih

belum disepakati mengenai kewajipan membayarnya berkisar kepada persoalan nas yang

mewajibkan zakat gaji, haul dan nisab. Hamil @ Amir Abdullah (2008) dalam penulisannya

menjelaskan definisi zakat pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan

gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

1.2 Kenyataan Permasalahan

Pembayaran zakat harta adalah wajib seperti pembayaran zakat fitrah. Institusi zakat pula

berperanan mengutip zakat daripada umat Islam dan mengagihkannya kepada asnaf yang

terlibat. Namun begitu, isu pembayaran zakat terutamanya zakat harta masih lagi rendah

walaupun perintah Allah S.W.T jelas mewajibkan pembayaran zakat termasuklah zakat harta

dan fitrah. Ini kemungkinan disebabkan terdapat ramai umat Islam yang masih keliru bahawa

pembayaran zakat harta juga adalah wajib. Zakat harta dikenakan ke atas harta-harta yang

berkembang seperti emas dan perak, tanaman, galian dan juga wang termasuklah simpanan,

5

Page 7: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

pendapatan gaji, saham dansebagainya setelah cukup syaratnya. Kekeliruan ini menyebabkan

jumlah kutipan zakat harta walaupun meningkat setiap tahun tetapi peningkatan peratusan

pembayar zakat dianggap masih rendah.

Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul kini apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

kesedaran umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan rukun Islam ini iaitu

membayar zakat. Apakah faktor yang menentukannya dan apakah langkah yang patut

diambil berat oleh pihak institusi zakat untuk meningkatkan kesedaran ini. Justeru itu

dengan menggunakan data sekunder, kajian ini cuba mengolah kajian-kajian lepas yang

telah dibuat oleh penyelidik untuk menggariskan faktor yang mendorong kesedaran

membayar zakat pendapatan di kalangan umat Islam di negara ini.

1.3 Statistik Kajian

Fenomena semasa yang berlaku dalam negara, timbulnya pelbagai persoalan berhubung

kesedaran masyarakat Islam dalam menunaikan tanggungjawab untuk membayar zakat yang

diwajibkan. Kebanyakan mereka hanya mengenali zakat fitrah yang hanya diwajibkan pada

bulan Ramadhan tetapi kurang mengambil berat mengenai kewajipan zakat lain seperti zakat

harta atau zakat pendapatan. Statistik terkini yang diekstrak dari Jabatan Wakaf, Zakat dan

Haji (JAWHAR), menunjukkan analisa kutipan zakat yang dikutip mengikut negeri

menunjukkan peningkatan dalam prestasi kutipan, namun begitu terdapat penurunan ketara

seperti yang dicatatkan di negeri-negeri berkenaan. Keadaan ini jelas menunjukkan kesedaran

membayar zakat mula berkembang dalam masyarakat namun masih ditahap yang kurang

memberangsangkan. Statistik yang dikeluarkan oleh JAWHAR bagi hasil kutipan zakat pada

tahun 2010 adalah seperti berikut;

Statistik 1 : Jumlah Pungutan Zakat Mengikut Negeri

6

Page 8: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

Sumber : Laporan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji 2011

Prestasi Pungutan Zakat Mengikut Negeri Tahun 2001 – 2010

Statistik pungutan zakat yang dipaparkan di bawah merupakan statistik yang diterbitkan oleh

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri,

yang diperoleh melalui portal rasmi Jabatan tersebut setakat 6 Januari 2012.

Antara penemuan-penemuan yang penting selepas penelitian dibuat ke atas statistik pungutan

zakat JAWHAR adalah:

i. Prestasi pungutan zakat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah

yang paling cemerlang.

ii. Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga menunjukkan tren pungutan

zakat yang paling stabil dalam tempoh 10 tahun sepanjang tahun 2001 – 2010.

7

Page 9: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

iii. Sabah dan Sarawak merekodkan tren pungutan zakat yang kurang stabil berbanding

dengan negeri-negeri lain.

iv. Melaka merekodkan peningkatan jumlah pungutan zakat tahunan yang paling besar

dalam tempoh sepuluh tahun ini pada 2010 apabila jumlah pungutan zakat naik 1034

peratus kepada jumlah tahun sebelumnya.

v. Selain Melaka, negeri-negeri lain yang merekodkan peningkatan jumlah pungutan zakat

tahunan yang amat besar dalam tempoh yang sama ialah Perlis (80 peratus pada

2006).

vi. Negeri-negeri yang mempunyai rekod sempurna, iaitu negeri-negeri yang mencatatkan

peningkatan tahunan jumlah pungutan zakat secara berterusan dari tahun 2001

sehingga 2010 ialah Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang,

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

vii. Jumlah pungutan zakat di negeri Melaka menurun 87 peratus (RM19.13 juta) pada

tahun 2008 berbanding tahun 2007. Dari tahun 2001 sehingga 2007, jumlah pungutan

zakat di negeri Melaka berada dalam lingkungan RM12 juta hingga RM22.1 juta.

Bermula dari tahun 2008, jumlah pungutan zakat di negeri Melaka hanya berada dalam

lingkungan RM2.9 juta hingga RM3.2 juta.

8

Page 10: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

2.0 ULASAN KARYA

Kewajipan membayar zakat telah dinyatakan dalam pelbagai sumber dan dinyatakan di dalam

Al Quran serta hadis dan rujukan-rujukan agama. Hasil kajian yang dibuat oleh para penyelidik

dalam kajian lepas telah menyatakan bahawa kesedaran membayar zakat dikalangan umat

Islam di Malaysia disebabkan faktor-faktor seperti gelagat pematuhan membayar zakat, faktor

pengetahuan agama dan keimanan serta kepuasan terhadap cara pengagihan zakat oleh

institusi zakat yang ditubuhkan oleh kerajaan. Penemuan-penemuan yang merumuskan

pemboleh ubah dalam menentukan faktor kesedaran membayar zakat telah dianalisis melalui

tinjauan serta kajian terhadap responden-responden terpilih. Dalam kajian yang dibuat oleh

Hairunizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor dan Sanep Ahmad (2005), kajian yang dijalankan ke

atas sasaran golongan profesional bagi kes zakat pendapatan gaji di Wilayah Persekutuan

pada tahun 2001 mendapati bahawa dianggarkan hanya sejumlah 4.2 % daripada golongan

berkenaan menjalankan tanggungjawab berkenaan. Kajian terhadap golongan professional

dijalankan berasaskan kepada justifikasi bahawa golongan ini dianggap mempunyai

kemampuan dari segi jumlah pendapatan serta taraf hidup yang stabil berbanding golongan-

golongan lain. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kesedaran membayar zakat berada di tahap

yang kurang memberansangkan walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah kutipan yang

direkodkan. Persoalan yang boleh dibangkitkan dalam kajian ini adakah mereka yang

berpendidikan tinggi dan profesional tidak sensitif terhadap pembayaran zakat pendapatan?

Umum mengetahui bahawa, pada masa ini pelbagai kemudahan untuk membayar zakat telah

disediakan oleh institusi pemungut zakat seperti kemudahan pembayaran melalui potongan

gaji, pembukaan kaunter zakat di bank dan pejabat pos, perkhidmatan perbankan internet

serta telekomunikasi. Namun begitu, berdasarkan huraian dalam kajian yang dijalankan

menunjukkan golongan yang berkewajipan ini mempunyai alasan-alasan tertentu untuk tidak

membayar zakat termasuklah membuat bayaran di pusat kutipan negeri lain atau kepada

pelbagai saluran yang tidak rasmi. Situasi ini memberi petunjuk bahawa terdapat elemen-

9

Page 11: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

elemen faktor gelagat kepatuhan dalam kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab yang

diamanahkan.

Kajian kepatuhan terhadap undang-undang zakat pula mendapati terdapat hubungan langsung

di antara tanggapan individu kepada undang-undang zakat dan kebarangkalian pembayaran

zakat. Dalam kajian Kamil Md. Idris dan Ahmad Mahdzan Ayob (2002), kewujudan pelbagai

pemboleh ubah berhubung sikap dalam gelagat kepatuhan zakat memberikan keputusan yang

signifikan bahawa faktor sikap dikalangan pekerja-pekerja beragama Islam menjadi di antara

elemen utama terhadap analogi kesedaran pembayaran zakat. Dalam kajian berkenaan juga

menggariskan pelbagai bentuk sikap dalam gelagat kepatuhan membayar zakat di kalangan

responden yang terdiri daripada 700 pegawai awam di negeri Kedah iaitu sikap terhadap zakat

boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu sikap secara am, sikap positif, sikap was-was,

sikap bersyarat dan sikap terhadap perkara teknikal. Sikap was-was dalam kewajipan supaya

membayar zakat dilihat sebagai komponen yang positif dan signifikan dalam penentuan aras

gelagat kepatuhan zakat di mana masih timbul kekeliruan berhubung hukum sebenar

pembayaran zakat. Kebanyakan responden juga menyatakan kewajipan membayar zakat

adalah mengikut apa yang diketahui dan difahami iaitu menunaikan zakat fitrah dalam bulan

Ramadhan. Keadaan ini ditambah dengan pelbagai versi hukum yang berbeza berhubung

pembayaran zakat yang dikuatkuasa di negeri-negeri.

Pemboleh ubah terhadap kesedaran membayar zakat juga berkait rapat dengan tahap moral

dan keimanan seseorang. Keadaan ini adalah selari dengan teori kognitif yang mengatakan

nilai dan moral individu mempengaruhi gelagat kepatuhannya. Menyelesaikan permasalahan

nilai dan keimanan bukan satu perkara yang mudah. Dalam kajian Aidit (1998) mendapati

terdapat tujuh kumpulan atau golongan pembayar zakat mengikut tahap kesedaran dan

keimanan, seperti golongan yang membayar zakat hanya sekiranya ada akta dan undang-

undang yang mewajibkannya, golongan yang lebih takut sekiranya tidak membayar cukai

berbanding zakat pendapatan, golongan yang tidak membayar kerana kejahilan, golongan

10

Page 12: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

yang terlalu banyak menyoal akan kewajipan zakat, golongan yang menganggap zakat

sebagai beban dan golongan yang menggunakan helah dalam zakat serta gologan yang

menganggap zakat hanya zakat fitrah sahaja. Faktor-faktor yang menurunkan kebarangkalian

pembayaran zakat termasuk sikap malas untuk membayar, tiada keyakinan dengan institusi

pungutan zakat serta fahaman politik yang berbeza.

Kajian oleh Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2004) telah menggunakan model logit

menunjukkan bahawa faktor iman dan pengetahuan agama amat signifikan mempengaruhi

pembayaran zakat pendapatan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian beliau juga

menunjukkan faktor sikap amat signifikan mempengaruhi pembayaran zakat berbanding faktor

institusi. Pernyataan ini disokong dengan penemuan dalam kajian Sanep Ahmad dan Zulkifli

(2010) yang mendapati faktor keimanan dan agama menjadi pemboleh ubah signifikan dalam

teori kesedaran pembayaran zakat. Ia turut disokong dalam kajian Kamil, Chek Derashid dan

Engku Ismail (1997) yang menyatakan bahawa sikap kepatuhan amat penting dalam

menentukan kepatuhan untuk membayar zakat. Kajian oleh Aidit (1998) menguatkan lagi

sokongan terhadap pernyataan fakta di mana beliau juga menyatakan untuk menyelesaikan

masalah keengganan membayar zakat bergantung kepada tahap keimanan dan kesedaran

seseorang individu. Tahap keimanan yang lemah didapati berkait rapat dengan sikap tidak

mahu membayar zakat terutama jika tidak adanya akta yang ketat mengenainya.

Kesedaran membayar zakat juga berkait rapat dengan tahap kepuasan hati pembayar zakat

terhadap pengurusan agihan zakat yang dijalankan oleh institusi zakat formal. Persepsi dan

juga tanggapan terhadap institusi zakat formal memainkan peranan penting penting sebagai

faktor utama kesedaran membayar zakat melalui saluran yang disediakan. Isu-isu berbangkit

seperti kelemahan agihan zakat kepada asnaf, isu keciciran penerima zakat dan nilai

sumbangan zakat yang disalurkan oleh institusi zakat sentiasa menjadi perhatian masyarakat

sehingga menyebabkan timbulnya keraguan terhadap kredibiliti institusi zakat yang

ditubuhkan. Keadaan ini dipercayai mempengaruhi tahap kesedaran masyarakat berhubung

11

Page 13: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

kewajipan membayar zakat di institusi yang sah di mana akan wujud dua keadaan kontra iaitu

terdapat pembayar zakat yang menjalankan kewajipan melalui institusi zakat formal dan

golongan pembayar zakat yang menunaikan zakat secara persendirian tanpa melalui institusi

zakat formal. Dalam kajian Hairunizam, Sanep dan Radiah (2008) mendedahkan responden-

responden yang dikaji menunjukkan bahawa tahap kesedaran membayar zakat adalah

signifikan dengan tahap kepuasan hati responden terhadap cara pengagihan zakat dan

maklumat pengaihan zakat yang dilaksanakan oleh institusi zakat formal. Kelemahan

penyampaian saluran maklumat serta penjelasan berhubung agihan zakat juga menjadi antara

penemuan-penemuan penting dalam kajian berkenaan. Kajian Sanep Ahmad dan Hairunizam

Wahid (2005) menghasilkan keputusan yang signifikan di mana kajian yang dibuat

menunjukkan persepsi agihan zakat terhadap institusi zakat formal mempengaruhi tahap

kesedaran individu terhadap tanggungjawab membayar zakat. Dalam kajian tersebut, hasil

kajian yang dijalankan ke atas 11 negeri mendapati 7 negeri mencatat keputusan signifikan

iaitu pengaruh kepuasan agihan zakat memberi impak dominan terhadap kesedaran

membayar zakat.

Terdapat banyak kajian lepas yang hanya membincangkan aspek kutipan zakat dan

bagaimana pihak institusi zakat boleh meningkatkan jumlah kutipan zakat. Antaranya

beberapa kajian yang berkaitan dengan penswastaan institusi zakat seperti dalam kajian Md

Zyadi dan Mariani (1999) yang menunjukkan bahawa penswastaan kutipan zakat telah

menunjukkan penambahan dalam jumlah hasil kutipan. Keadaan ini dialami oleh seluruh

negeri yang melakukan penswastaan kutipan zakat. Namun demikian, kajian tersebut juga

merumuskan bahawa kemungkinan penambahan hasil kutipan tersebut bukanlah semata-mata

kesan daripada penswastaan tetapi kerana faktor-faktor lain. Pernyataan ini telah disokong

oleh kajian Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad dan Nahid Ismail (2001) yang

telah membuktikan bahawa walaupun penswastaan institusi zakat telah berjaya menambah

hasil kutipan zakat tetapi kajian mendapati peningkatan tersebut adalah tidak signifikan.

12

Page 14: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

Peningkatan kutipan zakat itu bukan semata-mata berpunca daripada penswastaan institusi

zakat tetapi juga berpunca dari faktor lain seperti peningkatan jumlah pembayar zakat dan

peningkatan jumlah pendapatan individu. Namun begitu aspek pengagihan zakat merupakan

satu aspek yang sangat penting kerana ia menunjukkan bagaimana dana zakat dapat memberi

impak kepada masyarakat dan negara dalam aspek pembasmian kemiskinan dan

pembangunan ekonomi. Pemahaman masyarakat terhadap kewajipan berzakat dilihat masih

pada tahap sederhana di mana kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia hanya mengetahui

zakat fitrah yang wajib ditunaikan manakala bagi jenis zakat lain hanya boleh dilaksanakan

sekiranya memenuhi syarat nisab yang ditetapkan mengikut amalan dan peraturan zakat di

negeri-negeri. Pada keseluruhannya, kesedaran terhadap tanggungjawab zakat berdasarkan

analisis serta tren statistik kutipan zakat yang direkodkan menunjukkan peningkatan, namun ia

masih pada tahap kurang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa

negeri yang mencatatkan prestasi konsisten dalam kutipan pembayaran zakat setiap tahun

seperti negeri Selangor. Ia menunjukkan strategi-strategi serta usaha yang dibuat oleh institusi

zakat serta pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Pusat Zakat Selangor dan Baitulmal

berjaya memupuk amalan kesedaran supaya menunaikan zakat dikalangan umat Islam di

negeri berkenaan. Kejayaan yang dirintis oleh institusi zakat yang berjaya seperti di negeri

Selangor boleh dijadikan perintis dan penanda aras kepada pihak-pihak lain supaya kesedaran

berzakat dapat ditingkatkan seperti yang dinyatakan dalam kajian Tuan Hj Mohd Shahir

Makhtar dan Hajah Adibah Abdul Wahab (2010) melalui kertas kerja yang dibentangkan pada

Konvensyen Kebangsaan Perancangan dan Pengurusan Harta Dalam Islam 2010, anjuran

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, 14 Julai 2010, di Bilik Senat, Bangunan

Canselori, UKM.

13

Page 15: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

3.0 RANGKA KERJA KONSEPSUAL

14

PEMBOLEH UBAH BERSANDARPEMBOLEH UBAH BEBAS

Sikap

Keimanan dan Pengetahuan Agama

Promosi Pihak Berkuasa

Kesedaran Berzakat

Page 16: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

4.0 RUMUSAN

Ibadat zakat dapat menyelesaikan masalah ekonomi dengan cara yang sederhana dan

praktikal dengan membuat perimbangan antara golongan yang mampu dan golongan yang

tidak mampu. Golongan kaya dapat terus menikmati kekayaannya dengan syarat sebahagian

daripada kekayaannya itu dialirkan kepada golongan miskin sebagai suatu hak yang

ditetapkan Allah dan bukan sebagai pengemis yang meminta belas kasihan orang kaya.

Semua harta kekayaan adalah milik mutlak Allah dan manusia hanyalah sebagai pemegang

amanah. Sistem zakat dapat mengawal keseimbangan dan hak kebebasan setiap individu

untuk berusaha mencari rezeki di samping menjaga hak-hak masyarakat.

Zakat secara langsungnya juga merupakan suatu sistem jaminan sosial hasil daripada

peranannya dalam menyediakan saraan hidup dan modal di samping memerangi sistem riba,

menggalakkan pekerjaan serta tujuan-tujuan ekonomi dan sosial yang lain. Jaminan sosial dan

ekonomi melalui sistem zakat ini membawa negara ke arah keseimbangan ekonomi dan

keadilan sosial meliputi aspek kerohanian dan kebendaan. Bagi memastikan matlamat

pensyariatan zakat tercapai, pelbagai usaha telah digarap oleh umat Islam sejak zaman

Rasulullah S.A.W. lagi dalam memantapkan pengurusan zakat. Tindakan tegas khalifah Islam

yang pertama memerangi golongan yang ingkar mengeluarkan zakat amat jelas. Sayyidina

Abu Bakar Al-Siddiq mengambil tindakan memerangi mereka yang enggan mengeluarkan

zakat selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.

Di Malaysia, amalan zakat secara umumnya bertambah baik dengan usaha pemerkasaan

institusi zakat, misalnya menerusi pengkorporatan institusi zakat dan juga penggubalan

enakmen dan akta yang bersesuaian sepert akta cukai yang membenarkan rebat daripada

pembayaran zakat, maka umat Islam berpeluang lebih luas untuk menjadikan zakat sebagai

mekanisma dan sumbangan untuk memajukan potensi umat Islam. Sehingga ke hari ini,

15

Page 17: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

pelbagai perubahan dan kemajuan dalam sistem pengurusan zakat telah dilaksanakan. Walau

bagaimanapun, semua pihak harus sentiasa berusaha mencari jalan terbaik memperkasa

peranan institusi zakat agar dapat memberi impak positif ke arah pembangunan negara dan

umat Islam.

Selain itu, undang-undang dan penguatkuasaan zakat tersebut juga perlu dalam

menentukan kesedaran dan kepatuhan membayar zakat. Dengan adanya

penguatkuasaan undang-undang, masyarakat akan menyedari bahawa zakat

merupakan suatu kewajipan serta tanggungjawap terhadap agama dan sosial yang

harus ditunaikan oleh setiap Muslim. Walaubagaimanapun perkara ini perlu

diperhalusi dengan mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada

termasuk koordinasi penggubalan undang-undang bagi membentuk satu fatwa

seragam berhubung hal ehwal zakat di semua negeri dalam Malaysia.

16

Page 18: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

RUJUKAN

Aidit, Ghazali. (1998). Zakat-Satu Tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

Al-Qaradawi, Yusof. (1987). Hukum Zakat. Singapura: Pustaka Nasional.

Hairunizam Wahid, Sanep Ahmad Dan Radiah Abdul Kader. (2008). Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia : Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Hairunizam Wahid, Sanep Ahmad Dan Mohd Ali Mohd Noor. (2005). Kesedaran Membayar Zakat : Apakah Faktor Penentunya?.Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Selangor

Hamil @ Amir Abdullah Dan Mohd.Shukri Othman. (2008). Pendidikan Islam. Sasbadi Sdn. Bhd: Selangor.

Kamil Md. Idris Dan Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Peranan Sikap Dalam Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Kamil Md Idris, Chek Derashid dan Engku Ismail. (1997). Zakat Penggajian: Suatu Tinjauan Terhadap Pengetahuan Dan Amalan Muslimin Negeri Perlis. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Laporan Kutipan Zakat Mengikut Negeri Tahun 2001 – 2010. Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (1992). Syarat Haul: Satu Penilaian Terhadap Pandangan Al-Qaradawi Dalam Masalah Zakat Gaji Dan Pendapatan Profesional.

Md Zyadi Tahir dan Mariani Majid. (1999). Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat Di Malaysia. Dlm Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam Dan Swasta: Justifikasi Dan Realiti Di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Ali Mohd Noor, Hairunizam Wahid dan Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan Kakitangan Profesional. Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad & Nahid Ismail. (2001). Can Privatization Improve Performance ? Evidence From Zakat Collection Institutions. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sanep Ahmad Dan Zulkifli. (2010). Model Gelagat Pematuhan Dan Pengelakkan Zakat : Suatu Tinjauan Teori. Seventh International Conference – The Tawhidi Epistemology: Zakat And Waqf Economy, Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia

17

Page 19: Ulasan Karya Kajian PPIP

ULASAN KARYA : KAJIAN KESEDARAN ZAKAT

LAMPIRAN

18