ulasan novel "sang pemimpi" karya andrea hirata

21
BEN TAJUK NORALINA A UN ZZZT 2213 NTUK-BENTUK PENULISA K TUGASAN: ULASAN NO ABDUL AZIZ A117805 NIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMESTER 3 SESI 2010/2011 AN OVEL (FKAB/4)

Upload: noralina-aziz

Post on 20-Jun-2015

12.249 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Novel Review: "Sang Pemimpi" by Andrea Hirata Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

ZZZT 2213

BENTUK-BENTUK PENULISAN

TAJUK TUGASAN: ULASAN NOVEL

NORALINA ABDUL AZIZ A117805 (FKAB/4)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEMESTER 3 SESI 2010/2011

ZZZT 2213

BENTUK-BENTUK PENULISAN

TAJUK TUGASAN: ULASAN NOVEL

NORALINA ABDUL AZIZ A117805 (FKAB/4)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEMESTER 3 SESI 2010/2011

ZZZT 2213

BENTUK-BENTUK PENULISAN

TAJUK TUGASAN: ULASAN NOVEL

NORALINA ABDUL AZIZ A117805 (FKAB/4)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEMESTER 3 SESI 2010/2011

Page 2: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

ULASAN NOVEL SANG PEMIMPI

KARYA ANDREA HIRATA

NAMA PENSYARAH: CIK MAHARAM MAMAT

NORALINA ABDUL AZIZ A117805 (FKAB/4)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEMESTER 3 SESI 2010/2011

Page 3: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

KANDUNGAN

Halaman

KANDUNGAN i

1.0 PENGENALAN 1

2.0 TUJUAN KAJIAN 2

3.0 SKOP KAJIAN 2

4.0 KAEDAH KAJIAN 2

5.0 SINOPSIS NOVEL 2

6.0 WATAK 5

6.1 WATAK ARAI DALAM NOVEL SANG PEMIMPI 6

6.1.1 Idea Kreatif 7

6.1.2 Optimis 9

6.1.3 Berkarisma 11

6.1.4 Seniman Hidup 13

7.0 KESIMPULAN 15

RUJUKAN 16

Page 4: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

1.0 PENGENALAN

Cereka terdiri daripada drama, novel dan cerpen. Novel menurut Forster ialah

“...cereka dalam bentuk prosa yang agak panjang” (1987: 3) seperti yang ditulis oleh

penulis Andrea Hirata dalam novel Sang Pemimpi. Novel Sang Pemimpi adalah

trilogi pertama novel Laskar Pelangi. Berbeza dari novel Laskar Pelangi yang

menceritakan perjuang anak-anak Belitong memperolehi pendidikan yang dimulai

daripada darjah satu hingga tingkatan tiga, novel Sang Pemimpi pula bercerita tentang

lanjutan perjuangan tokoh-tokoh menarik di dalam Laskar Pelangi semasa mereka di

alam remaja.

Sasterawan Negara iaitu Abdullah Hussain semasa di temu bual wartawan

Utusan Malaysia mengatakan bahawa untuk menulis sesuatu memerlukan seseorang

penulis bergaul dengan ramai orang (Khuzairi, 2011). Hal ini dilakukan oleh Andrea

Hirata di mana beliau memetakan pengalaman yang dilaluinya bersama tokoh-tokoh

menarik di dalam Laskar Pelangi semasa mereka di alam remaja. Andrea Hirata juga

menganggap tulisan ini sebagai projek seni beliau untuk Belitong, pulau kecil

kelahirannya (Andrea Hirata, 2007).

Andrea Hirata begitu termotivasi menjaga nilai-nilai yang sepatutnya ada

dalam sebuah buku iaitu ilmu, semangat dan integriti. Beliau berusaha keras agar

tulisannya tidak dipengaruhi sastera popular. Meletakkan budaya orang Melayu dan

Tionghoa sebagai platform untuk beliau mendefinasikan trilogi Sang Pemimpi

(Andrea Hirata, 2007). Muhammad Haji Salleh di dalam sebuah rencana yang

ditulisnya menegaskan bahawa “...Novel adalah untuk melegakan kehausan cerita

manusia, malah juga untuk guncingan. Novel sebagai salah satu bentuk tulisan buku.

Buku ialah gudang ilmu, pembesar bangsa, dan yang menggerakkan bangsa, ilmu

serta teknologi kehadapan. Buku sebagai nikmat intelektual yang dicari” (2010: 20).

Pada 23 Mei 2010 telah diadakan perjanjian penerbitan antara Penerbit

Bentang Pustaka dengan Amer-Asia Books, Inc, Tucson, Arizona, USA bagi

menerbitkan trilogi ini. Trilogi Laskar Pelangi ini juga diterbitkan oleh penerbit luar

Negara dalam bahasa masing-masing. Antara negara yang menerbitkan trilogi ini

Page 5: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

ialah illin Press: China, Nha Nam Publishing: Vietnam, Solo Press: Taiwan dan Da

Vinci Publishing: Korea. Disusuli dengan kerjasama berikutnya iaitu bersama Uni

Agency: Jepun, Amerika, Australia, Jerman, Prancis, serta beberapa negara Asia dan

Eropah lainnya (Andrea Hirata, 2010).

2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis novel Sang Pemimpi hasil karya Andrea

Hirata.

3.0 SKOP KAJIAN

Analisis mengenai novel Sang Pemimpi hasil karya Andrea Hirata hanya difokuskan

dengan mengkaji salah satu watak utama iaitu watak Arai yang mempunyai bakat

dalam kepimpinan.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam proses menyiapkan ulasan novel Sang

Pemimpi iaitu analisis teks dan kajian kepustakaan. Analisis teks dimulakan dengan

proses membaca, menganalisis dan membuat kesimpulan. Proses pembacaan novel

adalah secara menyeluruh supaya teks dianalisis secara terperinci. Analisis teks

dilakukan bagi memperolehi maklumat-maklumat yang menepati tujuan kajian ini.

Kaedah yang kedua ialah kajian kepustakaan. Kajian kepustakaan dilakukan bagi

mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan lagi ulasan novel

ini. Maklumat diperolehi melalui buku, majalah dan laman sesawang.

5.0 SINOPSIS NOVEL

Kisah penggembaraan anak-anak Belitong yang cuba memperoleh pendidikan dengan

pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan didokong oleh tiga watak

utama iaitu Ikal, Arai dan Jimbron. Ikal merupakan kawan rapat kepada Arai seperti

“...sebatang jarum di atas meja dan magnet di bawahnya. Sejak kecil kami melekat ke

Page 6: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

sana ke mari” (Andrea Hirata, 2007: 26). Nasib malang menimpa Arai sejak dari usia

muda, apabila dia telah kematian ibu dan ayahnya. Oleh itu, Arai diambil sebagai

anak angkat oleh keluarga Ikal. Nasib malang yang merudum Arai turut sama dilalui

oleh Jimbron. Berlainan dengan Ikal, Jimbron diasuh oleh sahabat keluarganya iaitu

Pendeta Geovanny.

Ikal, Arai dan Jimbron merantau ke Magai setelah tamat sekolah menengah

rendah menambahkan lagi laluan-laluan penggembaraan mereka yang cukup payah

dengan pelbagai cabaran kehidupan bagi memperolehi pendidikan. Apatah lagi, cita-

cita mereka bagi melanjutkan pelajaran ke Perancis, menjelajahi Eropah hingga

sampai ke Afrika. Bagi menyara hidup, mereka tekad bekerja sebagai kuli ngambat.

Semasa di Magai watak guru sekolah sekali gus guru kesusasteraan mereka

ditonjolkan, Tuan Drs. Julian Ichsan Balia atau dikenali sebagai Pak Balia. Pak Balia

dianggap oleh pelajarnya sebagai seorang guru yang menghargai ilmu pengetahuan

dan seni. Beliau seorang yang kreatif, “...mengajar kami menggubah deburan ombak

menjadi prosa, membimbing kami merangkai bait puisi daripada setiap elemen

kehidupan” (Andrea Hirata, 2007: 58).

Pertengahan cerita dimulakan dengan sikap kedewasaan dan kurang matang

Ikal, Arai dan Jimbron. Sikap ini ditonjolkan oleh penulis apabila mereka dengan

rancangan busuk mahu menonton filem porno di panggung wayang walaupun dengan

jelas dilarang oleh Pak Mustar, “...sangat berbahaya dan menjatuhkan martabatmu,

...Awas!! kalau tertangkap kamu semua menonton di situ, rasakan akibatnya!!”

(Andrea Hirata, 2007: 77).

Pelbagai rancangan jahat direncanakan. Akhirnya, mereka bersetuju untuk

menyamar sebagai orang bersarung dan menyelinap masuk ke dalam panggung.

Namun, mereka tertangkap kerana penjual jagung yang “...menetap di hadapan

panggung wayang melihat sarung dengan motif yang berbeza. Motif Melayu bukan

motif orang pulau. ...Bau apek gudang peregasan, bukan seperti bau sarung orang

pulau yang berbau laut” (Andrea Hirata, 2007: 93) melaporkan kepada Pak Mustar.

Page 7: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

Penulis juga menonjolkan sikap kurang matang dan putus asa Ikal apabila dia

sudah malas lagi hendak belajar. Ikal juga menganggap dia harus bersikap lebih

realistik iaitu dengan hanya berhempas-pulas menabung tidak akan membawa mereka

kemana-mana. Nasibnya tetap akan sama dengan sahabat sekolah rendahnya iaitu

Lintang dan Mahar, “...seorang pelajar bijak pandai berakhir sebagai tukang cuci

piring di restoran mi rebus” (Andrea Hirata, 2007:114). Akhirnya keputusan

peperiksaan Ikal jatuh ke kerusi nombor tujuh puluh lima.

Ikal dan Arai bertekad merantau ke Jawa bagi melanjutkan pengajian dan

berjanji “...tidak akan pulang ke Pulau Belitong sebelum jadi sarjana” (Andrea Hirata,

2007: 176). Namun, pelayaran menaiki kapal BINTANG LAUT SELATAN tidaklah

mudah seperti disangka, mereka mabuk laut. Sampai di Jakarta, mereka langsung

mencari jalan ke Ciputat seperti yang dianjurkan oleh mualim. Namun, mereka hampa

kerana sesat di Bogor. Semasa di Bogor, Ikal dan Arai bersambung hidup bekerja di

kedai fotokopi. Bekerja di kedai fotokopi sebenarnya menyayatkan hati mereka yang

bercita-cita melanjutkan pengajian. Akhirnya, nasib lebih memihak kepada Ikal

apabila dia diterima bekerja sebagai pegawai pos manakala Arai pula telah berhijrah

ke Kalimantan.

Ikal menyambung pengajiannya diperingkat sarjana. Tamat sahaja pengajian,

Ikal memohon biasiswa dua lapisan yang diberikan Universiti Eropah kepada sarjana-

sarjana Indonesia. Namun, tanpa terduga Ikal menemui Arai yang bertahun-tahun

tidak berjumpa sejak Arai berhijrah ke Kalimantan pada hari temu duga akhir. Arai

turut melanjutkan sarjana di Universiti Mulawarman, Kalimantan sambil bekerja

sebagai penggosok batu akik di kilang batu permata. Mereka berdua bangga kerana

berjaya menyelesaikan sarjana tanpa menerima selembar pun wang pos.

Apabila semuanya diserahkan kepada Tuhan dan bersabar mengharungi

kesusahan dan kesedihan yang menimpa, seseorang akan sedar bahawa ini adalah

jalan yang diciptakan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan (Harun Yahya, 2007).

Perjalanan yang dicipta Tuhan, seperti disebut di dalam Al-Quran “Kami lebih dekat

kepadanya daripada urat lehernya” (Al-Quran, Qaf 50, 16) tersingkap dengan begitu

baik di akhir cerita ini.

Page 8: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

Di akhir cerita ini, Jimbron, walaupun tidak melanjutkan pelajaran namun

menemui cinta sejatinya bersama Laksmi, gadis yang dipuja-puja sejak dari kecil.

Paling mengharukan namun tetap paling menggembirakan ialah apabila Ikal dan Arai

berjaya menerima biasiswa yang dipohon. Malah diluar jangkaan sekali apabila Ikal

dan Arai menerima tawaran yang sama iaitu dari Univesité de Paris, Sorbonne,

Perancis. Ternyata sekali “...Tuhan bertahun-tahun telah memeluk mimpi-mimpi

kami, telah menyemak harapan-harapan sepi” (Andrea Hirata, 2007: 219). Maka,

benarlah setiap kejayaan hanya dapat dicapai dengan cetusan keinginan kuat.

Keinginanlah yang membezakan kejayaan seseorang (Mohd. Fadzilah, 2009).

6.0 WATAK

Watak ialah keperibadian yang dipengaruhi oleh motivasi yang menggerakan

kemahuan sehingga individu tersebut bertindak. Kemahuan ialah keperibadian

individu menunjukkan tindakan akibat kehendak yang teguh dan kukuh. Maka,

individu tersebut dinamakan seorang berwatak atau sebaliknya. Watak adalah

keseluruhan kemungkinan beraksi secara emosional oleh individu yang terbentuk

selama hidupnya oleh unsur-unsur dari dalam dan unsur-unsur dari luar (Sunaryo,

2002).

Cerita boleh hadir atau ditulis bermula daripada watak. Watak pula boleh

wujud daripada pelbagai kategori, ciri-ciri peribadi dan sifat-sifat umum khusus,

sesuai dengan persekitaran yang melingkari hidup watak itu. Watak boleh wujud dari

golongan manusia daripada pelbagai susun lapis masyarakat, etnik, kepercayaan atau

anutan ideologi, kerjaya atau profesion, pendidikan dan berasal dari pelbagai lokasi

(Othman Puteh, 2002).

Watak boleh digambarkan melalui aksi atau perlakuannya, tutur katanya,

pemikiran dan juga melalui perbincangan watak-watak lain tentang watak tertentu.

Watak dasar atau watak pusat disebut sebagai protagonis. Secara umumnya

perwatakan terbahagi kepada dua iaitu perwatakan langsung dan perwatakan secara

tidak langsung. Perwatakan langsung itu amat mudah, iaitu pengarang memberi

penerangan secara terus tentang sifat-sifat watak. Perwatakan tidak langsung ialah

Page 9: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

perwatakan melalui perlukisan aksi, tutur kata, perbincangan oleh watak lain dan juga

gambaran pemikiran (Rahman, 2001).

6.1 WATAK ARAI DALAM NOVEL SANG PEMIMPI

Watak yang dikaji dalam novel Sang Pemimpi adalah watak Arai. Watak Arai digarap

oleh penulis sebagai watak putih. Salah satu watak Arai yang ditonjolkan oleh penulis

sebagai seorang berbakat dalam kepimpinan sesuai sebagai tauladan dan inspirasi

kepada watak-watak lain. Perwatakan Arai sebagai pemimpin tertonjol melalui

peribadi Arai yang mempunyai daya fikir yang kreatif, berkarisma, optimis dan

dianggap sebagai seniman hidup.

Perwatakan Arai sangat baik, murni dan mulia sebersih kain putih namun

nasibnya sungguh malang dan memilukan sekali. Arai kematian ibu semasa dia di

darjah satu. Namun, kepedihan yang melanda tidak berhenti di situ sahaja apabila

Arai kematian ayahnya pula semasa dia baru menginjak darjah tiga. Arai dianggap

sebagai simpai keramat satu julukan yang diberikan orang melayu untuk orang

terakhir yang tersisa daripada satu keturunan.

Oleh itu, Arai diambil sebagai anak angkat keluarga Ikal. Namun,

sesungguhnya Arai dan Ikal mempunyai pertalian darah. Nenek Arai adalah adik

kandung kepada datuk Ikal. Arai adalah orang kebanyakan dan dianggap tidak

tampan. Hal ini jelas dipaparkan penulis seperti petikan di bawah:

Wajah Arai laksana wajah patung yang dibuat oleh mahasiswa senikemahiran yang baru pertama kali menjamah tanah liat, penyet sana,melendung sini. Lebih tepat wajahnya seperti hasil suntikan silikondan mulai meleleh. Suaranya kering, serak, dan nyaring, sepertivokalis mengambil nada falsetto – mungkin kerana dia banyakmenangis sewaktu kecil. Gerak-gerinya canggung seperti belalangsembah.

(Andrea Hirata, 2007: 20)

Page 10: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

Namun, Arai mempunyai mata yang istimewa dan “...disitulah pusat graviti pesona

Arai. Kedua-dua bola matanya itu, si jendela hati, adalah layar yang

mempertontonkan jiwanya yang tidak pernah kosong” (Andrea Hirata, 2007: 20).

Meskipun pada usia yang sangat muda hatinya telah luluh tetapi dia selalu

positif dan berjiwa seluas langit. Kesedihan Arai hanya akan terlihat ketika dia sedang

mengaji Al-Quran. Di hadapan kitab suci itulah Arai seperti mengadu, seperti

ditakluk, seperti orang yang keletihan berjuang melawan rasa kehilangan semua orang

yang dia sayangi.

6.1.1 Idea Kreatif

Perwatakan Arai dibina oleh penulis dengan keperibadian yang begitu menakjubkan.

Setiap kali berdepan dengan masalah atau kebuntuan, Arailah orang yang akan

memberi idea dan jalan penyelesaian. Sifat peribadi seperti ini dikategorikan di bawah

teori transformasi. Pemimpin transformasi ialah seorang pemimpin yang menangani

hubungan dengan pengikutnya berdasarkan motivasi dan komitmen. Dalam kaitan ini

pemimpin berkenaan akan mempengaruhi, memberikan inspirasi dan peransang

kepada pengikutnya (Khairil Annas, 2009).

Pemimpin transformasi kadang-kadang dilihat sebagai Imam Mahdi.

Pemimpin transformasi akan dianggap sebagai penyelamat dan penyelesaian masalah

(Western, 2008). Penyelesaian dapat dilukiskan apabila seseorang membenarkan

mindanya berbuat demikian (Schwartz, 2010). Namun, penyelesaian atau cadangan

dari Arai sering dianggap menjengkelkan oleh sahabatnya seperti dipaparkan penulis

dalam petikan di bawah:

Kami mengendap. Tersengal Arai memberi cadangan. Seperti biasa,pasti cadangan yang menjengkelkan. “Ikal…. Aku tak kuat lagi….Aku sesak nafas…. Kalian nampak para-para itu…?” …Akumeliriknya kejam. Mendengar cakap karutnya, ingin rasanya akumencungkil mangga peti ais untuk dilempar ke kepalanya. “Hebatsekali teorimu, Rai! Tak masuk akal sama sekali!

(Andrea Hirata, 2007: 2)

Page 11: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

Idea-idea dari Arai juga tidak terduga. Sesuai dengan pendapat Schwartz mengatakan

bahawa “...kebanyakan orang cenderung memikirkan perkara kecil dan hanya

segelintir yang berfikiran kreatif akan melibatkan usaha mencari cara baru yang lebih

baik bagi melakukan sesuatu” (2010: 82). Jadi, tidak hairanlah jika idea Arai sukar

untuk diteka seperti dipaparkan penulis dalam petikan di bawah:

Sambil mengukir senyum, dia mengedipkan sebelah mata serayamengeluarkan suara “khekkh!!” seperti tekukur dilanggar lori.Langkahnya pasti memasuki kedai A Siong. Aku waswas menjangkatindakannya. Aku tidak rela wang jerih payah menjual tali purun itudigunakannya untuk hal yang bodoh. Perlu diketahui, untuk menebaspurun perlu berendam dalam paya setinggi dada dengan risiko ditelanbuaya menta-mentah.

(Andrea Hirata, 2007: 37)

Ternyata idea kreatif datang dengan tidak disangka-sangka, seperti pancaran

api kilat. Namun, sejengkel mana pun ideanya atau idea yang langsung tidak terduga

tetap akan memberi impak yang sangat maksima. Ini adalah kerana keyakinan akan

menjana kuasa kreativiti (Schwartz, 2010). Kreativiti berkembang cukup pantas dan

serba guna. Idea-idea lama dapat dilihat daripada sudut dan dimensi yang baru dan

elemen-elemen baru dapat dihuraikan secara konkrit (Mardzelah, 2006). Ideanya pasti

bernas dan mempunyai unsur-unsur yang murni. Hal ini dipaparkan oleh penulis

dalam petikan di bawah:

Aku menunduk dan memeluk lututku yang tertekuk. Aku berasa sangatmalu pada diriku sendiri. Bibirku bergetar menahan rasa haru padaputihnya hati Arai. Air mataku mengalir perlahan. Sungguh tidaksedikit pun kuduga Arai merancangkan sesuatu sangat mulia untukmakcik. Sebuah rancangan yang akan kudukung habis-habisan. Sejakitu, aku mengenal bahagian paling menarik pada Arai, iaitu dia mampumelihat keindahan disebalik sesuatu, keindahan yang hanya biasaditemui dalam mimpi-mimpi.

(Andrea Hirata, 2007: 44)

Page 12: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

6.1.2 Optimis

Bakat kepimpinan Arai ditonjolkan kuat melalui sikap optimis Arai. Sikap optimis

Arai ini selalu dijadikan tauladan bagi rakan-rakan Arai yang lain. Optimis mengikut

Kamus Dewan (2007: 1100) sebagai:

Orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatuperkembangan, kemungkinan dan lain-lain, orang yang selalu melihatsesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik.

Sikap optimis adalah sifat-sifat terpendam bagi melayakkan individu itu menjadi

pemimpin. Sikap optimis adalah berkaitan dengan teori sifat. Pendekatan teori sifat

mengandaikan bahawa pemimpin mempunyai sifat-sifat dalaman tertentu bagi

membolehkannya menjadi pemimpin.

Cara pandang yang optimistik memang akan membuat hidup individu tegar

dan tabah serta sentiasa penuh dengan harapan. Optimistik yang sesungguhnya adalah

menyedari masalah serta mengenali cara penyelesaiannya, mengetahui kesulitan dan

yakin kesulitan itu dapat diatasi. Juga melihat yang negatif tetapi menekankan yang

positif. Menghadapi yang terburuk tetapi mengharapkan yang terbaik. Mempunyai

sebab untuk mengeluh dan bersedih tetapi memilih untuk tersenyum (Parlindungan,

2008). Hal ini seperti disebut oleh penulis di dalam petikan dibawah:

Sedangkan kami memaksakan diri untuk sentiasa makan keranamakanan itu akan dimuntahkan. Ajaib sekali aku dan Arai tidak sakitdan masih terus bersemangat melakukan kewajiban kami sebagai gantirugi menumpang kapal ternak ini. Itulah, kawan, kalau mahu tahuitulah tenaga daripada optimistik, tenaga daripada ekstrpolasi lengkungyang menaik, tenaga daripada mimpi-mimpi. Jika kami keluar palkauntuk menghirup udara segar, maka kami semakin pening kerana yangterlihat hanya horizon buih, malah kaki langit tidak nampak, hanyabiru, biru, dan biru, lalu silau menusuk mata.

(Andrea Hirata, 2007: 178)

Individu yang optimistik memiliki keinginan melakukan lebih daripada yang

diminta dan yang diharapkan dan memiliki sifat pekerja cerdas dan pintar. Tidak ada

Page 13: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

masalah yang terlalu besar untuk diatasi, sekiranya menghadapi dan menangani setiap

peristiwa yang terjadi itu dengan hati yang bersih dan fikiran yang tenang. Seorang

ahli falsafah pernah berkata, “kita tak akan mampu mengukur betapa tingginya

gunung sehinggalah kita berada di puncaknya dan mengatakan sebenarnya tinggi

gunung itu tidaklah seberapa.” Maknanya jangan menyerah kalah sebelum mencuba

sesuatu (Parlindungan, 2008). Hal ini dijelaskan dengan tegas oleh penulis seperti

petikan di bawah:

Simpanan yang dikumpulkan selama tiga tahun daripada bekerja sejakpukul dua pagi setiap hari dengan memikul ikan, tidak akan cukupuntuk membuat kami hidup lebih dari setahun. Dan dari tempat kamiberdiri, di Pulau Belitong yang terpencil dan hanya berdiameter 150kilometer ini, cita-cita kami melanjutkan pelajaran ke Perancis,menjelajah Eropah sampai ke Afrika adalah potongan mozek yangtidak dapat dihubungkan dengan logik apa pun, malah dengan fikiranyang paling gila sekalipun. Namun, sekarang aku memiliki falsafahbaru bahawa berbuat yang terbaik pada titik di mana aku berdiri, itulahsebenarnya sikap yang realistik. Maka, sekarang aku adalah orangyang paling optimis.

(Andrea Hirata, 2007: 167)

Sikap optimistik perlu menjadi amalan dan budaya hidup setiap individu.

Sikap optimistik dapat membantu individu mengelak daripada melayan cetusan-

cetusan fikiran negatif yang berlebihan yang dapat menyebabkan mengalami

kegelisahan (Hairunnaja, 2007). Hal ini ditegaskan penulis seperti petikan dibawah:

Nurmala bersikap seperti harimau kerana ingin merobohkan bangunanhipotesis Arai terhadap perempuan. Dia tidak setuju dengan usaha-usaha tidak bermutu dalam mendefinasikan kapasiti kaumnya. Rupa-rupanya teori, optimistik dan falsafah tidaklah cukup bagi Arai untukmenakluk Nurmala. Arai telah menisbahkan permasalahan denganberandai bahawa perempuan mudah difahami.

(Andrea Hirata, 2007: 150)

Sekiranya kita ingin melihat pelangi yang indah, kita perlu bersabar menunggu

redanya hujan (Promod, 2002). Jadi, tidak hairanlah orang yang optimistik

mempunyai sifat-sifat khusus yang membuat mereka lebih berjaya, lebih sihat, lebih

Page 14: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

puas dalam hidup dan kebaikan-kebaikan lainnya dalam hidup sehari-hari (Olivia,

2010).

6.1.3 Berkarisma

Penulis menggarapkan watak Arai sebagai seorang yang berkarisma kuat dan

mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Karisma juga dimasukkan ke dalam

pedekatan Teori Sifat. Secara universalnya, sifat-sifat ini selalunya dianggap

berkualiti dan hebat (Khairil Annas, 2009). Karisma mengikut Kamus Dewan (2007:

679):

Kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentuseseorang individu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi ataumenjadi perangsang kepada khalayak ramai.

Manakala karisma menurut Maxwell (1998: 97) di dalam buku Laws of Leadership

ialah:

Orang yang berkarisma dapat menyaring pemikiran kompleks kepadamesej yang mudah, berkomunikasi dengan menggunakan simbol, kias,metafora juga cerita, optimis dan menentang kelaziman.

Seperti dinyatakan di atas, Arai mempunyai idea yang kadang-kadang

menjengkelkan dan langsung tidak terduga. Namun disebabkan “...Allah telah

menghadiahkan karisma yang begitu kuat pada Si Simpai Keramat, ...hanya dengan

menatap, dia mampu menguasaiku” (Andrea Hirata, 2007: 35). Khairil Annas di

dalam buku Evolusi Kepimpinan menegaskan bahawa, “...pengikut seseorang

pemimpin beranggapan bahawa sifat-sifat karisma adalah kurniaan khas daripada

Tuhan” (2009: 19).

Pemimpin membuka ruang minda pengikut ataupun individu untuk berfikir,

mempercayai, menilai sesuatu yang secara peribadinya tidak mungkin atau berdaya

dilakukan tanpa dorongan ataupun bimbingan pemimpin (Greenberg dan Baron,

2000). Ini adalah kerana individu-individu yang berkarisma mempunyai keyakinan

diri yang amat tinggi terhadap keupayaan mereka dan juga terhadap keputusan-

Page 15: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

keputusan yang mereka ambil. Orang yang mereka pimpin juga dapat merasakan

keyakinan tersebut ada pada pemimpin mereka itu.

Pemimpin-pemimpin karismatik dapat menimbulkan kesan yang luar biasa ke

atas prestasi individu-individu yang berada di bawah kepimpinannya. Pemimpin yang

berkarisma dianggap orang yang istimewa disebabkan kelebihan ciri-ciri peribadi

yang ada pada mereka (Ainon, 2005). Penulis juga dengan jelas sekali menyatakan

sifat kepimpinan Arai seperti petikan dibawah:

Curutnya jatuh tanpa daya di atas lantai stanplat yang becak. Kamitidak sedikit pun mempedulikannya. Ratusan pembeli ikan terngangamenyaksikan kami berbaris dengan tenang di atas meja pualam yangpanjang: tidak berbaju, berminyak-minyak, dan busuk dilekati udangbasi. Kami melenggang tenang dipimpin seorang lelaki pemimpinyang amat hebat. Ketika kami melewati Nyonya Pho, dia terjajarhampir jatuh. Mukanya pucat seakan ingin mati berdiri. Tangannyamenunjuk-nunjuk kami.

(Andrea Hirata, 2007: 19)

Sifat karisma atau disebut oleh penulis sebagai “...memang dianugerahi bakat

menghasut...” (Andrea Hirata, 2007: 28) Arai secara tidak langsung menambahkan

kegembiraan orang disekelilingnya. Kepimpinan Arai yang selalu memberi semangat

dan keyakinan kepada orang sekelilingnya. Hal ini dinyatakan penulis seperti petikan

di bawah:

Arai menggenggam tanganku erat-erat dan menuntunku dengan gagahberani melalui ruang tengah rumah. Dengan adanya sokongan Arai,aku tidak sedikit pun gentar menghadapi badai cemuhan. Papan-papanpanjang lantai rumah berderak-derak ketika kami berdua melangkahpenuh gaya. Demikianlah, erti Arai bagiku. Maka sejak Arai tinggal dirumah kami, tidak kepalang gembiranya hatiku. Aku semakin gembirakerana kami boleh memiliki kamar hanya untuk kami berdua.

(Andrea Hirata, 2007: 29)

Page 16: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

6.1.4 Seniman Hidup

Penghargaan penulis terhadap Watak putih Arai ditonjolkan dengan kuat dalam novel

Sang Pemimpi. Watak Arai diangkat satu lagi martabatnya oleh penulis apabila

penulis mendeklamasikan Arai sebagai seniman hidup. “...Itulah Arai, dahulu pernah

kukatakan padamu, kawan: Arai adalah seniman kehidupan” (Andrea Hirata, 2007:

146). Seniman jika menurut kamus dewan (2007: 1453) sebagai:

Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni sertadapat memperagakan hasil seninya itu.

Namun, apa yang dimaksudkan oleh penulis, seniman hidup dalam diri Arai

adalah sebagai orang yang berbakat besar dalam melahirkan idea. Idea tersebut

diterjemahkan melalui tidakannya yang pasti memberikan kejutan dan

membahagiakan. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh penulis:

Dan sekarang dia tampan. Hidung yang dahulu mengumpul di tengahwajahnya dan kening yang menonjol kini tertarik ke bawah mengikutimukanya yang tumbuh lonjong. Dia belajar di Universiti Mulawarman,jurusan biologi, lulus dengan kepujian. Jika mengenali Arai, tidak anehsebenarnya bahawa dia tahu aku akan memohon biasiswa ini, dan telahmelihatku ketika permohon biasiswa memenuhi stadium saatpemilihan awal. Diam-diam dia ke Jakarta dan memang berniatmenemuiku ketika temu duga akhir ini. Itulah Arai, senimankehidupan.

(Andrea Hirata, 2007: 211).

Bonnie di dalam buku Setiap hari itu perang, bersiaplah menang menegaskan

bahawa “....seniman ialah orang yang mempunyai penampilan pola fikiran aneh atau

pelik tanpa memperlihatkan kebaikan dirinya sendiri. Sejarah mencatatkan bahawa

seniman adalah orang-orang besar yang telah mengubah dunia seperti Pythagoras,

Aristoteles, Plato dan Socrates. Mereka adalah inspirasi bagi dunia (2009: 139). Hal

ini ditegaskan oleh penulis seperti petikan di bawah:

Arai semakin jangkung, semakin kurus. Simpai keramat yang yatimpiatu ini badannya kusut dan berbau. Kukunya hitam, potongan

Page 17: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

rambutnya tidak keruan, digunting sendiri di hadapan cermin dengangaya asal rambut yang tidak panjang. Di lehernya melingkar daki, tapimasya-Allah, hatinya putih bercahaya, hatinya itu selalu hangat. Diaorang yang selalu berasa bahagia kerana dapat membahagiakan oranglain. Lalu apa yang tinggal untuknya? Tidak ada. Seperti ucapannyapadaku: tanpa mimpi dan semangat orang seperti kita akan mati. Ya,tergeletak di atas selembar tikar tenun, dengan seragam putih kelabuyang dipakai untuk sekolah dan bekerja, bangun pukul dua pagi untukmemikul ikan, yang tertinggal untuknya memang hanya semangat danmimpi-mimpi.

(Andrea Hirata, 2007: 147)

Perwatakan Arai juga boleh dikaitkan dengan Teori Lelaki Unggul. Antara

prinsip popular dalam Teori Lelaki Unggul ialah pemimpin hebat dilahirkan,

bukannya dicanai atau dibentuk. Pemimpin berkaliber ialah bawaan takdir, ia muncul

apabila diperlukan (Khairil Annas, 2009). Hal ini dengan jelas ditunjukkan oleh

penulis apabila Arai pada suatu malam memberikan kejutan pada Jimbron. Arai

menunggang kuda yang dipelihara Capo. Arai sanggup menjadi kuli Capo selama

hampir dua bulan demi menunaikan impian Jimbron yang ingin menunggang kuda.

Namun, apa-apa hal yang berkaitan kuda adalah sangat sensitif bagi Jimbron.

Jimbron sebagai penggemar kuda, menjadi tidak keruan hidupnya setelah Capo

membawa kuda dari Australia. Kuda itu diberi nama Pangeran Mustika Raja Brana.

Jadi, demi menjaga hati Jimbron, perkara tersebut dirahsiakan dengan mengatakan

bahawa Arai bekerja di gudang. Kejadian tersebut benar-benar memberi kejutan yang

sangat manis tidak terperi kepada Jimbron.

Selain dari itu, teori lelaki ungggul juga mempunyai kaitan dengan teori

pemimpin besar. Teori pemimpin besar ialah pemimpin yang mengajar individu yang

dipimpinnya cara berfikir yang produktif dan konsruktif (Ainon, 2005). Ternyata,

mata air yang melimpah pasti boleh mengisi, gelas yang kosong ingin diisi, orang

yang tinggi harga diri pasti boleh menghargai, orang yang rendah harga diri ingin

dihargai (Aa Gym, 2007). Rumus ini jelas terbukti melalui peribadi Arai yang

dihargai dan selalu dijadikan tauladan oleh watak-watak lain. Walaupun, Arai sejak

dari kecil sudah merasai kesusahan hidup tetapi kesusahan hidup itu mengajar dia

Page 18: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

untuk memanusiakan dirinya. Secara tidak langsung Arai turut dijadikan inspirasi

oleh watak-watak lain.

7.0 KESIMPULAN

Novel Sang Pemimpi adalah trilogi pertama novel Laskar Pelangi karya Andrea

Hirata. Berbeza dari novel Laskar Pelangi yang menceritakan drama yang dimulai

daripada darjah satu hingga tingkatan tiga, novel Sang Pemimpi bercerita tentang

lanjutan perjuangan tokoh-tokoh menarik di dalam Laskar Pelangi semasa mereka di

alam remaja. Salah satu tokoh menarik di dalam Laskar Pelangi ialah Arai. Watak

Arai yang ditonjolkan oleh penulis sebagai seorang yang mempunyai bakat dalam

kepimpinan sesuai sebagai tauladan dan inspirasi kepada watak-watak lain.

Perwatakan Arai sebagai pemimpin tertonjol melalui peribadi Arai yang mempunyai

daya fikir yang kreatif, berkarisma, optimis dan dianggap sebagai seniman hidup.

Perwatakan Arai sangat baik, murni dan mulia sebersih kain putih namun nasibnya

sungguh malang dan memilukan sekali. Ibu Arai meninggal semasa dia di darjah satu

dan ayahnya meninggal semasa dia baru menginjak di darjah tiga. Arai dianggap

sebagi simpai keramat satu julukan yang diberikan orang melayu untuk orang terakhir

yang tersisa daripada satu keturunan.

Perwatakan Arai dibina oleh penulis dengan keperibadian yang menakjubkan.

Setiap kali berdepan dengan masalah atau kebuntuan, Arailah orang yang akan

memberi idea dan jalan penyelesaian. Walaupun, penyelesaian atau cadangan Arai

dianggap menjengkelkan, penyelesaiannya pasti bernas dan mempunyai unsur-unsur

yang murni. Bakat kepimpinan Arai juga ditonjolkan dengan kuat melalui sikap

optimis Arai. Sikap optimis Arai ini selalu dijadikan tauladan bagi rakan-rakan Arai

yang lain. Penulis juga menggarapkan watak Arai sebagai seorang yang berkarisma.

Penghargaan penulis terhadap watak putih Arai sekali lagi ditonjolkan dengan kuat

dalam novel Sang Pemimpi. Watak Arai diangkat satu lagi martabatnya oleh penulis

apabila penulis mendeklamasikan Arai sebagai seniman hidup.

Page 19: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

RUJUKAN

Al-Quran.

Aa Gym. 2007. Manajemen Qolbu. Video. Jakarta: t.pt.

Andrea Hirata. 2007. Sang Pemimpi. Asma Fadila Habib & Majidah Mat Jusoh

(Pnyt.). Terj. Ida Munira Abu Bakar. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: PTS Litera

Utama.

Andrea Hirata. 2010. Andrea Hirata: Novelis Indonesia Menuju Pentas Sastra Dunia.

http://andrea-hirata.com/2010/07/11/andrea-hirata-novelis-indonesia-menuju-

pentas-sastra-dunia/ [6 Julai 2011]

Bonnie Soeherman. 2009. Setiap hari itu perang, bersiaplah menang. Dlm. Belajar

dari filsuf dan seniman. Hlm. 139. Ed. Ke-2. Jakarta: PT Elex Media

Komputindo

Forster, E.M. 1987. Aspek-Aspek Novel. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ed. Ke-2.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Greenberg, J & Baron, R.A. 2000. Behaviour in Organization Understanding and

Managing the Human Side of Work. Ed. Ke-1. Upper Saddle River NJ:

Prentice Hall

Hairunnaja Najmuddin. 2007. Psikologi ketenangan jiwa. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur:

PTS Millenia

Harun Yahya. 2007. Hakikat Kehidupan Duniawi. Dlm. Tempat Sebenar Manusia:

Hari Kemudian. Hlm. 148-181. Terj. Syed Mahadzir & Saba Islamic Media.

Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Saba Islamic Media.

Page 20: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

Kamus Dewan. 2007. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairil Annas Jusoh. 2009. Evolusi Kepimpinan 1 Tinjauan Teori-Teori Terpilih. Siri

Kepimpinan. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Kasturi Jingga Corporation.

Khuzairi Ismail. 2011. Air mata sasterawan. Utusan Malaysia, 11 Januari: 1

Mardzelah Makhsin. 2006. Sains pemikiran dan etika. Dlm. Pemikiran kreatif. Hlm.

173. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: PTS Professional

Maxwell, J.C. 1998. Laws of Leadership. Ed. Ke-1. Tennessee: Thomas Nelson.

Mohd. Fadzilah Kamsah. 2009. Rahsia Cemerlang di IPT. Dlm. Rohidzir Rais (pnyt.).

Bermotivasi tinggi. Hlm. 32. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Muhammad Haji Salleh. 2010. Selingkar Bundaran Kata: Membaca buat diri dan

tamadun. Dewan Sastera. Februari: 20-22.

Olivia Femi. 2010. Mengoptimalkan otak supaya awet muda. Dlm. Apakah pikiran

kita bisa membuat kita bahagia?. Hlm 54-55. Jakarta: PT Elex Media

Komputindo

Othman Puteh. 2002. Tip & Motivasi: Penulisan genre cerpen. Ed. Ke-1. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Parlindungan Marpaung. 2008. Setengah Berisi, Setengah Kosong?. Haridah Ishak

(pnyt.). Terj. Hasnah Ishak. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: PTS Millennia

Promod Batra. 2002. Born to win. Ed. Ke-1. Delhi: Full Circle

Rahman Shaari. 2001. Bimbingan istilah sastera. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors

Page 21: Ulasan Novel "Sang Pemimpi" karya Andrea Hirata

Schwartz, D.J. 2010. The Magic of Thinking Big. Dlm. Surianeem Zaha & Adlie

Syamsudin (pnyt.). Cara Berfikir dan Berjiwa Besar. Hlm. 81-111. Terj.

Ashadi Zain. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Sunaryo. 2002. Psikologi untuk keperawatan. Ed. Ke-1. Jakarta: Penerbit Buku

Kedokteran EGC

Western, S. 2008. Leadership: A Critical Text. Ed. Ke-1. London: SAGE Publication