ulasan novel sang pemimpi karya andrea hirata

Upload: -

Post on 09-Jul-2015

873 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ZZZT 2213 BENTUK-BENTUK PENULISAN

TAJUK TUGASAN: ULASAN NOVEL

NORALINA ABDUL AZIZ

A117805 (FKAB/4)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMESTER 3 SESI 2010/2011

ULASAN NOVEL SANG PEMIMPI KARYA ANDREA HIRATA

NAMA PENSYARAH: CIK MAHARAM MAMAT

NORALINA ABDUL AZIZ

A117805 (FKAB/4)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMESTER 3 SESI 2010/2011

KANDUNGAN Halaman KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 6.1 PENGENALAN TUJUAN KAJIAN SKOP KAJIAN KAEDAH KAJIAN SINOPSIS NOVEL WATAK WATAK ARAI DALAM NOVEL SANG PEMIMPI 6.1.1 Idea Kreatif 6.1.2 Optimis 6.1.3 Berkarisma 6.1.4 Seniman Hidup 7.0 KESIMPULAN i 1 2 2 2 2 5 6 7 9 11 13 15 16

RUJUKAN

1.0

PENGENALAN

Cereka terdiri daripada drama, novel dan cerpen. Novel menurut Forster ialah ...cereka dalam bentuk prosa yang agak panjang (1987: 3) seperti yang ditulis oleh penulis Andrea Hirata dalam novel Sang Pemimpi. Novel Sang Pemimpi adalah trilogi pertama novel Laskar Pelangi. Berbeza dari novel Laskar Pelangi yang menceritakan perjuang anak-anak Belitong memperolehi pendidikan yang dimulai daripada darjah satu hingga tingkatan tiga, novel Sang Pemimpi pula bercerita tentang lanjutan perjuangan tokoh-tokoh menarik di dalam Laskar Pelangi semasa mereka di alam remaja. Sasterawan Negara iaitu Abdullah Hussain semasa di temu bual wartawan Utusan Malaysia mengatakan bahawa untuk menulis sesuatu memerlukan seseorang penulis bergaul dengan ramai orang (Khuzairi, 2011). Hal ini dilakukan oleh Andrea Hirata di mana beliau memetakan pengalaman yang dilaluinya bersama tokoh-tokoh menarik di dalam Laskar Pelangi semasa mereka di alam remaja. Andrea Hirata juga menganggap tulisan ini sebagai projek seni beliau untuk Belitong, pulau kecil kelahirannya (Andrea Hirata, 2007). Andrea Hirata begitu termotivasi menjaga nilai-nilai yang sepatutnya ada dalam sebuah buku iaitu ilmu, semangat dan integriti. Beliau berusaha keras agar tulisannya tidak dipengaruhi sastera popular. Meletakkan budaya orang Melayu dan Tionghoa sebagai platform untuk beliau mendefinasikan trilogi Sang Pemimpi (Andrea Hirata, 2007). Muhammad Haji Salleh di dalam sebuah rencana yang ditulisnya menegaskan bahawa ...Novel adalah untuk melegakan kehausan cerita manusia, malah juga untuk guncingan. Novel sebagai salah satu bentuk tulisan buku. Buku ialah gudang ilmu, pembesar bangsa, dan yang menggerakkan bangsa, ilmu serta teknologi kehadapan. Buku sebagai nikmat intelektual yang dicari (2010: 20). Pada 23 Mei 2010 telah diadakan perjanjian penerbitan antara Penerbit Bentang Pustaka dengan Amer-Asia Books, Inc, Tucson, Arizona, USA bagi menerbitkan trilogi ini. Trilogi Laskar Pelangi ini juga diterbitkan oleh penerbit luar Negara dalam bahasa masing-masing. Antara negara yang menerbitkan trilogi ini

ialah illin Press: China, Nha Nam Publishing: Vietnam, Solo Press: Taiwan dan Da Vinci Publishing: Korea. Disusuli dengan kerjasama berikutnya iaitu bersama Uni Agency: Jepun, Amerika, Australia, Jerman, Prancis, serta beberapa negara Asia dan Eropah lainnya (Andrea Hirata, 2010). 2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis novel Sang Pemimpi hasil karya Andrea Hirata. 3.0 SKOP KAJIAN

Analisis mengenai novel Sang Pemimpi hasil karya Andrea Hirata hanya difokuskan dengan mengkaji salah satu watak utama iaitu watak Arai yang mempunyai bakat dalam kepimpinan. 4.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam proses menyiapkan ulasan novel Sang Pemimpi iaitu analisis teks dan kajian kepustakaan. Analisis teks dimulakan dengan proses membaca, menganalisis dan membuat kesimpulan. Proses pembacaan novel adalah secara menyeluruh supaya teks dianalisis secara terperinci. Analisis teks dilakukan bagi memperolehi maklumat-maklumat yang menepati tujuan kajian ini. Kaedah yang kedua ialah kajian kepustakaan. Kajian kepustakaan dilakukan bagi mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan lagi ulasan novel ini. Maklumat diperolehi melalui buku, majalah dan laman sesawang. 5.0 SINOPSIS NOVEL

Kisah penggembaraan anak-anak Belitong yang cuba memperoleh pendidikan dengan pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan didokong oleh tiga watak utama iaitu Ikal, Arai dan Jimbron. Ikal merupakan kawan rapat kepada Arai seperti ...sebatang jarum di atas meja dan magnet di bawahnya. Sejak kecil kami melekat ke

sana ke mari (Andrea Hirata, 2007: 26). Nasib malang menimpa Arai sejak dari usia muda, apabila dia telah kematian ibu dan ayahnya. Oleh itu, Arai diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Ikal. Nasib malang yang merudum Arai turut sama dilalui oleh Jimbron. Berlainan dengan Ikal, Jimbron diasuh oleh sahabat keluarganya iaitu Pendeta Geovanny. Ikal, Arai dan Jimbron merantau ke Magai setelah tamat sekolah menengah rendah menambahkan lagi laluan-laluan penggembaraan mereka yang cukup payah dengan pelbagai cabaran kehidupan bagi memperolehi pendidikan. Apatah lagi, citacita mereka bagi melanjutkan pelajaran ke Perancis, menjelajahi Eropah hingga sampai ke Afrika. Bagi menyara hidup, mereka tekad bekerja sebagai kuli ngambat. Semasa di Magai watak guru sekolah sekali gus guru kesusasteraan mereka ditonjolkan, Tuan Drs. Julian Ichsan Balia atau dikenali sebagai Pak Balia. Pak Balia dianggap oleh pelajarnya sebagai seorang guru yang menghargai ilmu pengetahuan dan seni. Beliau seorang yang kreatif, ...mengajar kami menggubah deburan ombak menjadi prosa, membimbing kami merangkai bait puisi daripada setiap elemen kehidupan (Andrea Hirata, 2007: 58). Pertengahan cerita dimulakan dengan sikap kedewasaan dan kurang matang Ikal, Arai dan Jimbron. Sikap ini ditonjolkan oleh penulis apabila mereka dengan rancangan busuk mahu menonton filem porno di panggung wayang walaupun dengan jelas dilarang oleh Pak Mustar, ...sangat berbahaya dan menjatuhkan martabatmu, ...Awas!! kalau tertangkap kamu semua menonton di situ, rasakan akibatnya!! (Andrea Hirata, 2007: 77). Pelbagai rancangan jahat direncanakan. Akhirnya, mereka bersetuju untuk menyamar sebagai orang bersarung dan menyelinap masuk ke dalam panggung. Namun, mereka tertangkap kerana penjual jagung yang ...menetap di hadapan panggung wayang melihat sarung dengan motif yang berbeza. Motif Melayu bukan motif orang pulau. ...Bau apek gudang peregasan, bukan seperti bau sarung orang pulau yang berbau laut (Andrea Hirata, 2007: 93) melaporkan kepada Pak Mustar.

Penulis juga menonjolkan sikap kurang matang dan putus asa Ikal apabila dia sudah malas lagi hendak belajar. Ikal juga menganggap dia harus bersikap lebih realistik iaitu dengan hanya berhempas-pulas menabung tidak akan membawa mereka kemana-mana. Nasibnya tetap akan sama dengan sahabat sekolah rendahnya iaitu Lintang dan Mahar, ...seorang pelajar bijak pandai berakhir sebagai tukang cuci piring di restoran mi rebus (Andrea Hirata, 2007:114). Akhirnya keputusan peperiksaan Ikal jatuh ke kerusi nombor tujuh puluh lima. Ikal dan Arai bertekad merantau ke Jawa bagi melanjutkan pengajian dan berjanji ...tidak akan pulang ke Pulau Belitong sebelum jadi sarjana (Andrea Hirata, 2007: 176). Namun, pelayaran menaiki kapal BINTANG LAUT SELATAN tidaklah mudah seperti disangka, mereka mabuk laut. Sampai di Jakarta, mereka langsung mencari jalan ke Ciputat seperti yang dianjurkan oleh mualim. Namun, mereka hampa kerana sesat di Bogor. Semasa di Bogor, Ikal dan Arai bersambung hidup bekerja di kedai fotokopi. Bekerja di kedai fotokopi sebenarnya menyayatkan hati mereka yang bercita-cita melanjutkan pengajian. Akhirnya, nasib lebih memihak kepada Ikal apabila dia diterima bekerja sebagai pegawai pos manakala Arai pula telah berhijrah ke Kalimantan. Ikal menyambung pengajiannya diperingkat sarjana. Tamat sahaja pengajian, Ikal memohon biasiswa dua lapisan yang diberikan Universiti Eropah kepada sarjanasarjana Indonesia. Namun, tanpa terduga Ikal menemui Arai yang bertahun-tahun tidak berjumpa sejak Arai berhijrah ke Kalimantan pada hari temu duga akhir. Arai turut melanjutkan sarjana di Universiti Mulawarman, Kalimantan sambil bekerja sebagai penggosok batu akik di kilang batu permata. Mereka berdua bangga kerana berjaya menyelesaikan sarjana tanpa menerima selembar pun wang pos. Apabila semuanya diserahkan kepada Tuhan dan bersabar mengharungi kesusahan dan kesedihan yang menimpa, seseorang akan sedar bahawa ini adalah jalan yang diciptakan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan (Harun Yahya, 2007). Perjalanan yang dicipta Tuhan, seperti disebut di dalam Al-Quran Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Al-Quran, Qaf 50, 16) tersingkap dengan begitu baik di akhir cerita ini.

Di akhir cerita ini, Jimbron, walaupun tidak melanjutkan pelajaran namun menemui cinta sejatinya bersama Laksmi, gadis yang dipuja-puja sejak dari kecil. Paling mengharukan namun tetap paling menggembirakan ialah apabila Ikal dan Arai berjaya menerima biasiswa yang dipohon. Malah diluar jangkaan sekali apabila Ikal dan Arai menerima tawaran yang sama iaitu dari Univesit de Paris, Sorbonne, Perancis. Ternyata sekali ...Tuhan bertahun-tahun telah memeluk mimpi-mimpi kami, telah menyemak harapan-harapan sepi (Andrea Hirata, 2007: 219). Maka, benarlah setiap kejayaan hanya dapat dicapai dengan cetusan keinginan kuat. Keinginanlah yang membezakan kejayaan seseorang (Mohd. Fadzilah, 2009). 6.0 WATAK

Watak ialah keperibadian yang dipengaruhi oleh motivasi yang menggerakan kemahuan sehingga individu tersebut bertindak. Kemahuan ialah keperibadian individu menunjukkan tindakan akibat kehendak yang teguh dan kukuh. Maka, individu tersebut dinamakan seorang berwatak atau sebaliknya. Watak adalah keseluruhan kemungkinan beraksi secara emosional oleh individu yang terbentuk selama hidupnya oleh unsur-unsur dari dalam dan unsur-unsur dari luar (Sunaryo, 2002). Cerita boleh hadir atau ditulis bermula daripada watak. Watak pula boleh wujud daripada pelbagai kategori, ciri-ciri peribadi dan sifat-sifat umum khusus, sesuai dengan persekitaran yang melingkari hidup watak itu. Watak boleh wujud dari golongan manusia daripada pelbagai susun lapis masyarakat, etnik, kepercayaan atau anutan ideologi, kerjaya atau profesion, pendidikan dan berasal dari pelbagai lokasi (Othman Puteh, 2002). Watak boleh digambarkan melalui aksi atau perlakuannya, tutur katanya, pemikiran dan juga melalui perbincangan watak-watak lain tentang watak tertentu. Watak dasar atau watak pusat disebut sebagai protagonis. Secara umumnya perwatakan terbahagi kepada dua iaitu perwatakan langsung dan perwatakan secara tidak langsung. Perwatakan langsung itu amat mudah, iaitu pengarang memberi penerangan secara terus tentang sifat-sifat watak. Perwatakan tidak langsung ialah

perwatakan melalui perlukisan aksi, tutur kata, perbincangan oleh watak lain dan juga gambaran pemikiran (Rahman, 2001). 6.1 WATAK ARAI DALAM NOVEL SANG PEMIMPI

Watak yang dikaji dalam novel Sang Pemimpi adalah watak Arai. Watak Arai digarap oleh penulis sebagai watak putih. Salah satu watak Arai yang ditonjolkan oleh penulis sebagai seorang berbakat dalam kepimpinan sesuai sebagai tauladan dan inspirasi kepada watak-watak lain. Perwatakan Arai sebagai pemimpin tertonjol melalui peribadi Arai yang mempunyai daya fikir yang kreatif, berkarisma, optimis dan dianggap sebagai seniman hidup. Perwatakan Arai sangat baik, murni dan mulia sebersih kain putih namun nasibnya sungguh malang dan memilukan sekali. Arai kematian ibu semasa dia di darjah satu. Namun, kepedihan yang melanda tidak berhenti di situ sahaja apabila Arai kematian ayahnya pula semasa dia baru menginjak darjah tiga. Arai dianggap sebagai simpai keramat satu julukan yang diberikan orang melayu untuk orang terakhir yang tersisa daripada satu keturunan. Oleh itu, Arai diambil sebagai anak angkat keluarga Ikal. Namun, sesungguhnya Arai dan Ikal mempunyai pertalian darah. Nenek Arai adalah adik kandung kepada datuk Ikal. Arai adalah orang kebanyakan dan dianggap tidak tampan. Hal ini jelas dipaparkan penulis seperti petikan di bawah: Wajah Arai laksana wajah patung yang dibuat oleh mahasiswa seni kemahiran yang baru pertama kali menjamah tanah liat, penyet sana, melendung sini. Lebih tepat wajahnya seperti hasil suntikan silikon dan mulai meleleh. Suaranya kering, serak, dan nyaring, seperti vokalis mengambil nada falsetto mungkin kerana dia banyak menangis sewaktu kecil. Gerak-gerinya canggung seperti belalang sembah. (Andrea Hirata, 2007: 20)

Namun, Arai mempunyai mata yang istimewa dan ...disitulah pusat graviti pesona Arai. Kedua-dua bola matanya itu, si jendela hati, adalah layar mempertontonkan jiwanya yang tidak pernah kosong (Andrea Hirata, 2007: 20). Meskipun pada usia yang sangat muda hatinya telah luluh tetapi dia selalu positif dan berjiwa seluas langit. Kesedihan Arai hanya akan terlihat ketika dia sedang mengaji Al-Quran. Di hadapan kitab suci itulah Arai seperti mengadu, seperti ditakluk, seperti orang yang keletihan berjuang melawan rasa kehilangan semua orang yang dia sayangi. 6.1.1 Idea Kreatif Perwatakan Arai dibina oleh penulis dengan keperibadian yang begitu menakjubkan. Setiap kali berdepan dengan masalah atau kebuntuan, Arailah orang yang akan memberi idea dan jalan penyelesaian. Sifat peribadi seperti ini dikategorikan di bawah teori transformasi. Pemimpin transformasi ialah seorang pemimpin yang menangani hubungan dengan pengikutnya berdasarkan motivasi dan komitmen. Dalam kaitan ini pemimpin berkenaan akan mempengaruhi, memberikan inspirasi dan peransang kepada pengikutnya (Khairil Annas, 2009). Pemimpin transformasi kadang-kadang dilihat sebagai Imam Mahdi. Pemimpin transformasi akan dianggap sebagai penyelamat dan penyelesaian masalah (Western, 2008). Penyelesaian dapat dilukiskan apabila seseorang membenarkan mindanya berbuat demikian (Schwartz, 2010). Namun, penyelesaian atau cadangan dari Arai sering dianggap menjengkelkan oleh sahabatnya seperti dipaparkan penulis dalam petikan di bawah: Kami mengendap. Tersengal Arai memberi cadangan. Seperti biasa, pasti cadangan yang menjengkelkan. Ikal. Aku tak kuat lagi. Aku sesak nafas. Kalian nampak para-para itu? Aku meliriknya kejam. Mendengar cakap karutnya, ingin rasanya aku mencungkil mangga peti ais untuk dilempar ke kepalanya. Hebat sekali teorimu, Rai! Tak masuk akal sama sekali! (Andrea Hirata, 2007: 2) yang

Idea-idea dari Arai juga tidak terduga. Sesuai dengan pendapat Schwartz mengatakan bahawa ...kebanyakan orang cenderung memikirkan perkara kecil dan hanya segelintir yang berfikiran kreatif akan melibatkan usaha mencari cara baru yang lebih baik bagi melakukan sesuatu (2010: 82). Jadi, tidak hairanlah jika idea Arai sukar untuk diteka seperti dipaparkan penulis dalam petikan di bawah: Sambil mengukir senyum, dia mengedipkan sebelah mata seraya mengeluarkan suara khekkh!! seperti tekukur dilanggar lori. Langkahnya pasti memasuki kedai A Siong. Aku waswas menjangka tindakannya. Aku tidak rela wang jerih payah menjual tali purun itu digunakannya untuk hal yang bodoh. Perlu diketahui, untuk menebas purun perlu berendam dalam paya setinggi dada dengan risiko ditelan buaya menta-mentah. (Andrea Hirata, 2007: 37) Ternyata idea kreatif datang dengan tidak disangka-sangka, seperti pancaran api kilat. Namun, sejengkel mana pun ideanya atau idea yang langsung tidak terduga tetap akan memberi impak yang sangat maksima. Ini adalah kerana keyakinan akan menjana kuasa kreativiti (Schwartz, 2010). Kreativiti berkembang cukup pantas dan serba guna. Idea-idea lama dapat dilihat daripada sudut dan dimensi yang baru dan elemen-elemen baru dapat dihuraikan secara konkrit (Mardzelah, 2006). Ideanya pasti bernas dan mempunyai unsur-unsur yang murni. Hal ini dipaparkan oleh penulis dalam petikan di bawah: Aku menunduk dan memeluk lututku yang tertekuk. Aku berasa sangat malu pada diriku sendiri. Bibirku bergetar menahan rasa haru pada putihnya hati Arai. Air mataku mengalir perlahan. Sungguh tidak sedikit pun kuduga Arai merancangkan sesuatu sangat mulia untuk makcik. Sebuah rancangan yang akan kudukung habis-habisan. Sejak itu, aku mengenal bahagian paling menarik pada Arai, iaitu dia mampu melihat keindahan disebalik sesuatu, keindahan yang hanya biasa ditemui dalam mimpi-mimpi. (Andrea Hirata, 2007: 44)

6.1.2 Optimis Bakat kepimpinan Arai ditonjolkan kuat melalui sikap optimis Arai. Sikap optimis Arai ini selalu dijadikan tauladan bagi rakan-rakan Arai yang lain. Optimis mengikut Kamus Dewan (2007: 1100) sebagai: Orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu perkembangan, kemungkinan dan lain-lain, orang yang selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik. Sikap optimis adalah sifat-sifat terpendam bagi melayakkan individu itu menjadi pemimpin. Sikap optimis adalah berkaitan dengan teori sifat. Pendekatan teori sifat mengandaikan bahawa pemimpin mempunyai sifat-sifat dalaman tertentu bagi membolehkannya menjadi pemimpin. Cara pandang yang optimistik memang akan membuat hidup individu tegar dan tabah serta sentiasa penuh dengan harapan. Optimistik yang sesungguhnya adalah menyedari masalah serta mengenali cara penyelesaiannya, mengetahui kesulitan dan yakin kesulitan itu dapat diatasi. Juga melihat yang negatif tetapi menekankan yang positif. Menghadapi yang terburuk tetapi mengharapkan yang terbaik. Mempunyai sebab untuk mengeluh dan bersedih tetapi memilih untuk tersenyum (Parlindungan, 2008). Hal ini seperti disebut oleh penulis di dalam petikan dibawah: Sedangkan kami memaksakan diri untuk sentiasa makan kerana makanan itu akan dimuntahkan. Ajaib sekali aku dan Arai tidak sakit dan masih terus bersemangat melakukan kewajiban kami sebagai ganti rugi menumpang kapal ternak ini. Itulah, kawan, kalau mahu tahu itulah tenaga daripada optimistik, tenaga daripada ekstrpolasi lengkung yang menaik, tenaga daripada mimpi-mimpi. Jika kami keluar palka untuk menghirup udara segar, maka kami semakin pening kerana yang terlihat hanya horizon buih, malah kaki langit tidak nampak, hanya biru, biru, dan biru, lalu silau menusuk mata. (Andrea Hirata, 2007: 178) Individu yang optimistik memiliki keinginan melakukan lebih daripada yang diminta dan yang diharapkan dan memiliki sifat pekerja cerdas dan pintar. Tidak ada

masalah yang terlalu besar untuk diatasi, sekiranya menghadapi dan menangani setiap peristiwa yang terjadi itu dengan hati yang bersih dan fikiran yang tenang. Seorang ahli falsafah pernah berkata, kita tak akan mampu mengukur betapa tingginya gunung sehinggalah kita berada di puncaknya dan mengatakan sebenarnya tinggi gunung itu tidaklah seberapa. Maknanya jangan menyerah kalah sebelum mencuba sesuatu (Parlindungan, 2008). Hal ini dijelaskan dengan tegas oleh penulis seperti petikan di bawah: Simpanan yang dikumpulkan selama tiga tahun daripada bekerja sejak pukul dua pagi setiap hari dengan memikul ikan, tidak akan cukup untuk membuat kami hidup lebih dari setahun. Dan dari tempat kami berdiri, di Pulau Belitong yang terpencil dan hanya berdiameter 150 kilometer ini, cita-cita kami melanjutkan pelajaran ke Perancis, menjelajah Eropah sampai ke Afrika adalah potongan mozek yang tidak dapat dihubungkan dengan logik apa pun, malah dengan fikiran yang paling gila sekalipun. Namun, sekarang aku memiliki falsafah baru bahawa berbuat yang terbaik pada titik di mana aku berdiri, itulah sebenarnya sikap yang realistik. Maka, sekarang aku adalah orang yang paling optimis. (Andrea Hirata, 2007: 167) Sikap optimistik perlu menjadi amalan dan budaya hidup setiap individu. Sikap optimistik dapat membantu individu mengelak daripada melayan cetusancetusan fikiran negatif yang berlebihan yang dapat menyebabkan mengalami kegelisahan (Hairunnaja, 2007). Hal ini ditegaskan penulis seperti petikan dibawah: Nurmala bersikap seperti harimau kerana ingin merobohkan bangunan hipotesis Arai terhadap perempuan. Dia tidak setuju dengan usahausaha tidak bermutu dalam mendefinasikan kapasiti kaumnya. Ruparupanya teori, optimistik dan falsafah tidaklah cukup bagi Arai untuk menakluk Nurmala. Arai telah menisbahkan permasalahan dengan berandai bahawa perempuan mudah difahami. (Andrea Hirata, 2007: 150) Sekiranya kita ingin melihat pelangi yang indah, kita perlu bersabar menunggu redanya hujan (Promod, 2002). Jadi, tidak hairanlah orang yang optimistik mempunyai sifat-sifat khusus yang membuat mereka lebih berjaya, lebih sihat, lebih

puas dalam hidup dan kebaikan-kebaikan lainnya dalam hidup sehari-hari (Olivia, 2010). 6.1.3 Berkarisma Penulis menggarapkan watak Arai sebagai seorang yang berkarisma kuat dan mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Karisma juga dimasukkan ke dalam pedekatan Teori Sifat. Secara universalnya, sifat-sifat ini selalunya dianggap berkualiti dan hebat (Khairil Annas, 2009). Karisma mengikut Kamus Dewan (2007: 679): Kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai. Manakala karisma menurut Maxwell (1998: 97) di dalam buku Laws of Leadership ialah: Orang yang berkarisma dapat menyaring pemikiran kompleks kepada mesej yang mudah, berkomunikasi dengan menggunakan simbol, kias, metafora juga cerita, optimis dan menentang kelaziman. Seperti dinyatakan di atas, Arai mempunyai idea yang kadang-kadang menjengkelkan dan langsung tidak terduga. Namun disebabkan ...Allah telah menghadiahkan karisma yang begitu kuat pada Si Simpai Keramat, ...hanya dengan menatap, dia mampu menguasaiku (Andrea Hirata, 2007: 35). Khairil Annas di dalam buku Evolusi Kepimpinan menegaskan bahawa, ...pengikut seseorang pemimpin beranggapan bahawa sifat-sifat karisma adalah kurniaan khas daripada Tuhan (2009: 19). Pemimpin membuka ruang minda pengikut ataupun individu untuk berfikir, mempercayai, menilai sesuatu yang secara peribadinya tidak mungkin atau berdaya dilakukan tanpa dorongan ataupun bimbingan pemimpin (Greenberg dan Baron, 2000). Ini adalah kerana individu-individu yang berkarisma mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi terhadap keupayaan mereka dan juga terhadap keputusan-

keputusan yang mereka ambil. Orang yang mereka pimpin juga dapat merasakan keyakinan tersebut ada pada pemimpin mereka itu. Pemimpin-pemimpin karismatik dapat menimbulkan kesan yang luar biasa ke atas prestasi individu-individu yang berada di bawah kepimpinannya. Pemimpin yang berkarisma dianggap orang yang istimewa disebabkan kelebihan ciri-ciri peribadi yang ada pada mereka (Ainon, 2005). Penulis juga dengan jelas sekali menyatakan sifat kepimpinan Arai seperti petikan dibawah: Curutnya jatuh tanpa daya di atas lantai stanplat yang becak. Kami tidak sedikit pun mempedulikannya. Ratusan pembeli ikan ternganga menyaksikan kami berbaris dengan tenang di atas meja pualam yang panjang: tidak berbaju, berminyak-minyak, dan busuk dilekati udang basi. Kami melenggang tenang dipimpin seorang lelaki pemimpin yang amat hebat. Ketika kami melewati Nyonya Pho, dia terjajar hampir jatuh. Mukanya pucat seakan ingin mati berdiri. Tangannya menunjuk-nunjuk kami. (Andrea Hirata, 2007: 19) Sifat karisma atau disebut oleh penulis sebagai ...memang dianugerahi bakat menghasut... (Andrea Hirata, 2007: 28) Arai secara tidak langsung menambahkan kegembiraan orang disekelilingnya. Kepimpinan Arai yang selalu memberi semangat dan keyakinan kepada orang sekelilingnya. Hal ini dinyatakan penulis seperti petikan di bawah: Arai menggenggam tanganku erat-erat dan menuntunku dengan gagah berani melalui ruang tengah rumah. Dengan adanya sokongan Arai, aku tidak sedikit pun gentar menghadapi badai cemuhan. Papan-papan panjang lantai rumah berderak-derak ketika kami berdua melangkah penuh gaya. Demikianlah, erti Arai bagiku. Maka sejak Arai tinggal di rumah kami, tidak kepalang gembiranya hatiku. Aku semakin gembira kerana kami boleh memiliki kamar hanya untuk kami berdua. (Andrea Hirata, 2007: 29)

6.1.4 Seniman Hidup Penghargaan penulis terhadap Watak putih Arai ditonjolkan dengan kuat dalam novel Sang Pemimpi. Watak Arai diangkat satu lagi martabatnya oleh penulis apabila penulis mendeklamasikan Arai sebagai seniman hidup. ...Itulah Arai, dahulu pernah kukatakan padamu, kawan: Arai adalah seniman kehidupan (Andrea Hirata, 2007: 146). Seniman jika menurut kamus dewan (2007: 1453) sebagai: Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu. Namun, apa yang dimaksudkan oleh penulis, seniman hidup dalam diri Arai adalah sebagai orang yang berbakat besar dalam melahirkan idea. Idea tersebut diterjemahkan melalui tidakannya yang pasti memberikan kejutan dan membahagiakan. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh penulis: Dan sekarang dia tampan. Hidung yang dahulu mengumpul di tengah wajahnya dan kening yang menonjol kini tertarik ke bawah mengikuti mukanya yang tumbuh lonjong. Dia belajar di Universiti Mulawarman, jurusan biologi, lulus dengan kepujian. Jika mengenali Arai, tidak aneh sebenarnya bahawa dia tahu aku akan memohon biasiswa ini, dan telah melihatku ketika permohon biasiswa memenuhi stadium saat pemilihan awal. Diam-diam dia ke Jakarta dan memang berniat menemuiku ketika temu duga akhir ini. Itulah Arai, seniman kehidupan. (Andrea Hirata, 2007: 211). Bonnie di dalam buku Setiap hari itu perang, bersiaplah menang menegaskan bahawa ....seniman ialah orang yang mempunyai penampilan pola fikiran aneh atau pelik tanpa memperlihatkan kebaikan dirinya sendiri. Sejarah mencatatkan bahawa seniman adalah orang-orang besar yang telah mengubah dunia seperti Pythagoras, Aristoteles, Plato dan Socrates. Mereka adalah inspirasi bagi dunia (2009: 139). Hal ini ditegaskan oleh penulis seperti petikan di bawah: Arai semakin jangkung, semakin kurus. Simpai keramat yang yatim piatu ini badannya kusut dan berbau. Kukunya hitam, potongan

rambutnya tidak keruan, digunting sendiri di hadapan cermin dengan gaya asal rambut yang tidak panjang. Di lehernya melingkar daki, tapi masya-Allah, hatinya putih bercahaya, hatinya itu selalu hangat. Dia orang yang selalu berasa bahagia kerana dapat membahagiakan orang lain. Lalu apa yang tinggal untuknya? Tidak ada. Seperti ucapannya padaku: tanpa mimpi dan semangat orang seperti kita akan mati. Ya, tergeletak di atas selembar tikar tenun, dengan seragam putih kelabu yang dipakai untuk sekolah dan bekerja, bangun pukul dua pagi untuk memikul ikan, yang tertinggal untuknya memang hanya semangat dan mimpi-mimpi. (Andrea Hirata, 2007: 147) Perwatakan Arai juga boleh dikaitkan dengan Teori Lelaki Unggul. Antara prinsip popular dalam Teori Lelaki Unggul ialah pemimpin hebat dilahirkan, bukannya dicanai atau dibentuk. Pemimpin berkaliber ialah bawaan takdir, ia muncul apabila diperlukan (Khairil Annas, 2009). Hal ini dengan jelas ditunjukkan oleh penulis apabila Arai pada suatu malam memberikan kejutan pada Jimbron. Arai menunggang kuda yang dipelihara Capo. Arai sanggup menjadi kuli Capo selama hampir dua bulan demi menunaikan impian Jimbron yang ingin menunggang kuda. Namun, apa-apa hal yang berkaitan kuda adalah sangat sensitif bagi Jimbron. Jimbron sebagai penggemar kuda, menjadi tidak keruan hidupnya setelah Capo membawa kuda dari Australia. Kuda itu diberi nama Pangeran Mustika Raja Brana. Jadi, demi menjaga hati Jimbron, perkara tersebut dirahsiakan dengan mengatakan bahawa Arai bekerja di gudang. Kejadian tersebut benar-benar memberi kejutan yang sangat manis tidak terperi kepada Jimbron. Selain dari itu, teori lelaki ungggul juga mempunyai kaitan dengan teori pemimpin besar. Teori pemimpin besar ialah pemimpin yang mengajar individu yang dipimpinnya cara berfikir yang produktif dan konsruktif (Ainon, 2005). Ternyata, mata air yang melimpah pasti boleh mengisi, gelas yang kosong ingin diisi, orang yang tinggi harga diri pasti boleh menghargai, orang yang rendah harga diri ingin dihargai (Aa Gym, 2007). Rumus ini jelas terbukti melalui peribadi Arai yang dihargai dan selalu dijadikan tauladan oleh watak-watak lain. Walaupun, Arai sejak dari kecil sudah merasai kesusahan hidup tetapi kesusahan hidup itu mengajar dia

untuk memanusiakan dirinya. Secara tidak langsung Arai turut dijadikan inspirasi oleh watak-watak lain. 7.0 KESIMPULAN

Novel Sang Pemimpi adalah trilogi pertama novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata. Berbeza dari novel Laskar Pelangi yang menceritakan drama yang dimulai daripada darjah satu hingga tingkatan tiga, novel Sang Pemimpi bercerita tentang lanjutan perjuangan tokoh-tokoh menarik di dalam Laskar Pelangi semasa mereka di alam remaja. Salah satu tokoh menarik di dalam Laskar Pelangi ialah Arai. Watak Arai yang ditonjolkan oleh penulis sebagai seorang yang mempunyai bakat dalam kepimpinan sesuai sebagai tauladan dan inspirasi kepada watak-watak lain. Perwatakan Arai sebagai pemimpin tertonjol melalui peribadi Arai yang mempunyai daya fikir yang kreatif, berkarisma, optimis dan dianggap sebagai seniman hidup. Perwatakan Arai sangat baik, murni dan mulia sebersih kain putih namun nasibnya sungguh malang dan memilukan sekali. Ibu Arai meninggal semasa dia di darjah satu dan ayahnya meninggal semasa dia baru menginjak di darjah tiga. Arai dianggap sebagi simpai keramat satu julukan yang diberikan orang melayu untuk orang terakhir yang tersisa daripada satu keturunan. Perwatakan Arai dibina oleh penulis dengan keperibadian yang menakjubkan. Setiap kali berdepan dengan masalah atau kebuntuan, Arailah orang yang akan memberi idea dan jalan penyelesaian. Walaupun, penyelesaian atau cadangan Arai dianggap menjengkelkan, penyelesaiannya pasti bernas dan mempunyai unsur-unsur yang murni. Bakat kepimpinan Arai juga ditonjolkan dengan kuat melalui sikap optimis Arai. Sikap optimis Arai ini selalu dijadikan tauladan bagi rakan-rakan Arai yang lain. Penulis juga menggarapkan watak Arai sebagai seorang yang berkarisma. Penghargaan penulis terhadap watak putih Arai sekali lagi ditonjolkan dengan kuat dalam novel Sang Pemimpi. Watak Arai diangkat satu lagi martabatnya oleh penulis apabila penulis mendeklamasikan Arai sebagai seniman hidup.

RUJUKAN Al-Quran. Aa Gym. 2007. Manajemen Qolbu. Video. Jakarta: t.pt. Andrea Hirata. 2007. Sang Pemimpi. Asma Fadila Habib & Majidah Mat Jusoh (Pnyt.). Terj. Ida Munira Abu Bakar. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama. Andrea Hirata. 2010. Andrea Hirata: Novelis Indonesia Menuju Pentas Sastra Dunia. http://andrea-hirata.com/2010/07/11/andrea-hirata-novelis-indonesia-menujupentas-sastra-dunia/ [6 Julai 2011] Bonnie Soeherman. 2009. Setiap hari itu perang, bersiaplah menang. Dlm. Belajar dari filsuf dan seniman. Hlm. 139. Ed. Ke-2. Jakarta: PT Elex Media Komputindo Forster, E.M. 1987. Aspek-Aspek Novel. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Greenberg, J & Baron, R.A. 2000. Behaviour in Organization Understanding and Managing the Human Side of Work. Ed. Ke-1. Upper Saddle River NJ: Prentice Hall Hairunnaja Najmuddin. 2007. Psikologi ketenangan jiwa. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: PTS Millenia Harun Yahya. 2007. Hakikat Kehidupan Duniawi. Dlm. Tempat Sebenar Manusia: Hari Kemudian. Hlm. 148-181. Terj. Syed Mahadzir & Saba Islamic Media. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Saba Islamic Media.

Kamus Dewan. 2007. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairil Annas Jusoh. 2009. Evolusi Kepimpinan 1 Tinjauan Teori-Teori Terpilih. Siri Kepimpinan. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Kasturi Jingga Corporation. Khuzairi Ismail. 2011. Air mata sasterawan. Utusan Malaysia, 11 Januari: 1 Mardzelah Makhsin. 2006. Sains pemikiran dan etika. Dlm. Pemikiran kreatif. Hlm. 173. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: PTS Professional Maxwell, J.C. 1998. Laws of Leadership. Ed. Ke-1. Tennessee: Thomas Nelson. Mohd. Fadzilah Kamsah. 2009. Rahsia Cemerlang di IPT. Dlm. Rohidzir Rais (pnyt.). Bermotivasi tinggi. Hlm. 32. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Muhammad Haji Salleh. 2010. Selingkar Bundaran Kata: Membaca buat diri dan tamadun. Dewan Sastera. Februari: 20-22. Olivia Femi. 2010. Mengoptimalkan otak supaya awet muda. Dlm. Apakah pikiran kita bisa membuat kita bahagia?. Hlm 54-55. Jakarta: PT Elex Media Komputindo Othman Puteh. 2002. Tip & Motivasi: Penulisan genre cerpen. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Parlindungan Marpaung. 2008. Setengah Berisi, Setengah Kosong?. Haridah Ishak (pnyt.). Terj. Hasnah Ishak. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: PTS Millennia Promod Batra. 2002. Born to win. Ed. Ke-1. Delhi: Full Circle Rahman Shaari. 2001. Bimbingan istilah sastera. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Schwartz, D.J. 2010. The Magic of Thinking Big. Dlm. Surianeem Zaha & Adlie Syamsudin (pnyt.). Cara Berfikir dan Berjiwa Besar. Hlm. 81-111. Terj. Ashadi Zain. Ed. Ke-1. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Sunaryo. 2002. Psikologi untuk keperawatan. Ed. Ke-1. Jakarta: Penerbit Buku Kedokteran EGC

Western, S. 2008. Leadership: A Critical Text. Ed. Ke-1. London: SAGE Publication