intisari karya tasawuf ulasan

Upload: farhanah-shakirah-fauzi

Post on 03-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    1/23

    1

    1

    1.0 PENDAHULUAN

    Bismillahirrahmanirrahim, saya membahagikan ulasan buku ini kepada beberapa bahagian

    daripada apa yang saya fahami setelah mentelaah buku ini. Pada bahagian pertama adalah

    berkenaan ilmu pengetahuan, amalan dan syariat yang dijalankan oleh seseorang mukmin

    secara umum. Daripada bab-bab yang terdapat daripada buku Intisari Karya Tasawuf saya

    menjelaskan semula maklumat-maklumat penting yang ada padanya dengan sedikit

    penambahan daripada beberapa rujukan kepustakaan lainnyan yang dapat saya rujuk. Pada

    bahagian kedua, terdapat

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    2/23

    2

    2

    2.0 BIODATA IMAM AL-GHAZALI

    Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H/ 1058 M, di sebuah kampung bernama

    Ghazlah, Tus, di dalam wilaya Khurasan. Beliau telah dilahirkan di dalam keluarga miskin

    tetapi kuat pegangan agamanya. Ayahnya seorang penenun bulu dan memiliki sebuah kedai

    menjual barang dagangan di pecan Tus. Ayah beliau seorang yang soleh, baik, sentiasa

    merendah diri dan seorang ahli sufi. Perjalanan hidupnya ialah, selepas menamatkan

    pelajaran fiqh di Tus dan Jurjan, Imam Al-Ghazali berpindah ke Naisabur pada tahun 473H.

    Ketika itu beliau berumur 23 tahun. Di sini beliau berguru dengan Imam al-Haramain Al-

    Juwaini di dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu falsafah dan fiqh mazhab Syafie. Imam

    Al-Ghazali ialah seorang murid Imam Al-Juwaini yang paling pintar dan kuat berusaha serta

    suka menyelidik dan mengkaji sehingga guru itu menyifatkan beliau sebagai lautan yang

    melimpah. Beliau telah mendalami ilmu fiqh dengan lebih mendalam lagi melalui imam

    besar ini. (Muhammad Abdulloh Suradi 2009: 97-110)

    Imam Al-Ghazali memulakan penghidupan tasaufnya pada bulan Rejab tahun 488H.

    beliau telah meninggalkan Baghdad dengan niat untuk beruzlah dan mengasingkan diri

    daripada kehidupan manusia biasa. Selama 10 tahun beliau mengasingkan diri dengan rela

    hati. Sepanjang pemencilan dirinya ini, beliau menetap di Damsyik, Syria dan hidup

    menyendiri selama lebih kurang 2 tahun. (Muhammad Abdulloh Suradi 2009: 97-110)

    Di peringkat awal penghidupannya, berlaku tarik menarik di dalam dirinya antara

    syahwat dunia dengan dorongan-dorongan akhirat. Sebelah kakinya menuju ke hadapan,

    sebelah lagi mundur ke belakang. Di pagi hari, keinginan untuk menempuh kehidupan

    bertasauf begitu kuat tetapi di waktu petang, keinginan ini menjadi lemah semula sehingga

    akhirnya beliau dapat juga menumpukan jalan menuju akhirat. Suasana ragu-ragu ini

    berlaku pada diri beliau selama enam bulan. (Muhammad Abdulloh Suradi 2009: 97-110)

    Tempoh yang lama, disebabkan oleh tarikan kebendaan yang bermain di dalam diri

    beliau. Di dalam masa yang sama, tidak ada seorang pun yang memberi idea dan pendapat

    kepada beliau yang membolehkan beliau terus memenuhi hasratnya itu. Imam al-Ghazali

    sememangnya seorang penulis yang kaya dengan idea dan buah fikiran di dalam

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    3/23

    3

    3

    menghasilkan karya. Minat dan daya penulisannya sangat kuat dan bertenaga. Ideanya tidak

    luntur dek zaman walaupun sewaktu beliau mengasingkan diri untuk menghayati kehidupan

    seorang sufi. (Muhammad Abdulloh Suradi 2009: 97-110)

    Pada saat ini, beliau telah berjaya mengarang kitabnya yang agung dan bernilai iaitu

    Ihya Ulumuddin. Di dalam buku-buku ini, beliau telah mengemukakan perkara-perkara

    agama dan akhlak dengan bahasa yang mudah. Di antara karya-karya terkenal ialah, Ihya

    Ulumuddin, Bidayatul Hidayah, Al-Munqiz min al-Dalal, Kimia as-Sa`adah, Misyakatul

    Anwar, Minhaj al-Abidin, Tahafut al-Flasifah. (Muhammad Abdulloh Suradi 2009: 97-110)

    Imam al-Ghazali wafat pada pagi Isnin, 14 Jamadil Akhir 505 H/ 19 Disember

    1111M di Tus degan kitab hadis di atas dadanya. Jenazah beliau dikebumikan di makam al-

    Tabaran, bersebelahan makam penyai besar yang terkenal, Firdausi. (Muhammad Abdulloh

    Suradi 2009: 97-110)

    3.0 BAHAGIAN PERTAMA

    Keutamaan belajar yang berlandaskan al-Quran di antaranya firman Allah:

    Maksud: Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang

    untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan

    kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat

    menjaga dirinya.

    (At-Taubah: 122)

    Abu Darda` juga berkata: Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu

    adalah sama-sama memperoleh kebaikan sedangkan orang lain biadab tidak mempunyai

    kebaikan. (Muhammad Jamaluddin 2009: 5)

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    4/23

    4

    4

    Buku Intisari Karya Tasawuf ini terhasil daripada sepucuk surat yang telah

    diutuskan oleh murid Imam al-Ghazali. Kisahnya ialah, murid ini mengajukan pertanyaan

    kepada Imam Al-Ghazali yang menginginkan panduan berupa suatu nasihat dan dapat pula

    guru mendoakannya. Murid ini telah menuntut ilmu selama bertahun-tahun dan telah maju

    berkenaan ilmu yang dipelajari. Namun dia bertanya kepada dirinya mengenai ilmu yang

    bermanfaat dan akan menyelamatkannya di Padang Mahsyar. Persoalannya adalah berkaitan

    dengan ilmu yang tidak berguna dan mesti dijauhi.

    Telah dipetik daripada kata-kata yang baik; iaitu kalimat yang baik itu bagaikan

    pohon yang baik, akarnya kokoh sedang cabangnya menjulang ke langit; ia menghasilkan

    buahnya pada tiap-tiap musim dengan seizin Tuhannya. (Stephen Hirtenstein 1999)

    Imam al-Ghazali memulakan nasihatnya dengan menjelaskan bahawa nasihat orang-

    orang dahulu dan kemudian itu telah terkandung di dalam hadis Rasulullah, yang mana

    baginda dikurniakan kebolehan menggunakan Jawami` Al-Kalam iaitu kata-kata ringkas,

    tepat dan padat). Tambah beliau lagi, setiap orang yang menasihati dan nasihat yang

    diberikan, adalah menumpang hikmah daripada Rasulullah s.a.w.

    Rasulullah saw bersabda: Semoga rahmat Allah diberikan kepada penerusku.

    Beliau ditanya: Siapa penerusmu? Beliau bersabda: Orang-orang yang menghidupkan

    sunnahku dan orang yang mengajarkannya kepada hamba Allah. (Muhammad Jamaluddin

    2009: 7)

    3.1 Matlamat Ilmu Pengetahuan

    Ilmu dapat memuliakan pemilik, mengangkatnya ke derajat yang tinggi dan menjadikan ia

    berguna dalam bidang ilmu-ilmu syari`at atau ilmu-ilmu lain seperti ilmu-ilmu alam dan

    matematika. Pengertian individual (`ainiyyah) menurut istilah syari`at adalah bahwa hal

    itu merupakan kewajipan bagi setiap individu, ia akan mendapatkan pahala jika ia

    melakukannya dan akan mendapatkan siksa jika ia meninggalkannya atau melalaikannya.

    Sedangkan pengertian kolektif (kifaayah) dalam terminology fikih adalah sesuatu yang

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    5/23

    5

    5

    pelakunya akan mendapatkan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan mendapat

    siksa dengan syarat ada sebagian dari umat Islam yang melaksanakannya, maka akibatnya

    berlaku secara umum dan tanggungjawabnya meliputi setiap individu umat yang

    bersangkutan jika tidak ada rintangan yang menghalangi mereka atau mereka terbebas dari

    kesulitan-kesulitan. (Abu Bakar al-Jazairy 2001: Mukaddimah)

    Mengambil daripada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Tanda Allah

    membelakangkan (membenci) seseorang itu, dia leka atau sibuk dengan perkara-perkara

    yang tidak diperlukan, dan kalaulah seseorang itu habis umurnya barang sesaat sahaja dalam

    kerja yang bulan menjadi tujuan hidupnya, nescaya sepatutnyalah ia menerima penyesalan

    yang panjang (di akhirat nanti), dan setiap yang meningkat umurnya lebih 40 tahun,

    sedangkan kebaikannya tidak melabihi kejahatannya, baiklah dia bersedia ke neraka.

    Katanya, nasihat dan pengajaran ini telah cukup kepada semua orang di dunia ini.

    Rasulullah saw bersabda:

    .

    Maksudnya: Jika manusia meninggal dunia maka terputuslah amalnya kecuali tiga

    perkara: Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang

    mendoakannya.

    (H.R. Muslim)

    (Muhammad Jamaluddin 2009: 7)

    Kata Imam Al-Ghazali, memberi nasihat amat mudah. Namun, untuk menerima dan

    mengamalkannya adalah sesuatu yang susah. Terutama sekali kepada orang yang

    mendahulukan nafsu, yang mana perkara-perkara yang dilarang agama disukai orang

    banyak. Ini berlaku kerana niatnya ialah untuk mencapai dan menguasai ilmu tersebutsemata-mata, bukan niat untuk diamalkan. Ilmu boleh menjadi musuh seperti sabda

    Rasulullah s.a.w:

    Sesungguhnya orang yang paling pedih mendapat seksaan pada hari kiamat nanti ialah

    seorang terpelajar yang dijadikan Allah tidak berguna ilmu pengetahuannya .

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    6/23

    6

    6

    Nasihat Imam Al-Ghazali supaya jangan menjadi orang yang muflis amalan dan

    tandus kepada sifat-sifat mulia dan unggul. Ilmu tidak dapat menjadi penyelamat kepada

    diri sendiri di hari Kiamat. Imam Al-Ghazali menjelaskan ilmu yang banyak tidak akan

    berguna selagi tidak diamalkan.

    Awaslah (daripada) syaitan yang memikat dan membisikkan (kata-kata

    memerangkap): Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w bahawa

    baginda telah bersabda:

    .

    Aku telah diperlihatkan api neraka pada malam mikraj, maka aku lihat yang terpaling

    ramai penghuninya ialah orang fakir. Sembah mereka (para sahabat) :

    Ya Rasulullah! (Apakah mereka itu fakir) daripada harta? Sahut baginda: Tidak

    (daripada harta) bahkan (mereka itu fakir) daripada ilmu.

    Maka sesiapa tidak belajar ilmu (nescaya) segala ibadatnya tidak datang (dengan)

    kukuh kemas. Dan hak-hak (ibadat itu tidak) tidak terlaksana sebagaimana sewajarnya.

    Andainya seseorang lelaki beribadat kepada Allah s.w.t seperti ibadat malaikat di langit

    (tetapi) tanpa ilmu, (nescaya) adalah dia daripada (golongan) orang-orang yang rugi. (Oleh

    itu) bersungguhlah anda pada menuntut ilmu dengan mencari, mempelajari dan mengaji,

    (kemudian) mengajarnya (pula setelah pandai). Jauhkan (perasaan) malas dan jemu. Jika

    tidak (bersungguh-sungguh menuntut ilmu), anda (akan) berada dalam bahaya kesesatan,

    wal 1iyazubillahi 1azza wa jalla. (Imam al-Ghazali 2012: 40)

    Juga Rasulullah saw bersabda:

    .

    Maksudnya: Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah

    mengantarkannya menuju jalan ke syurga.

    (H. R. Muslim)

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    7/23

    7

    7

    (Muhammad Jamaluddin 2009: 5)

    Imam al-Ghazali mencela perbuatan menuntut ilmu semata-mata bertujuan

    memperoleh kelebihan keduniaan, mencapai kedudukan dan kemegahan di kalangan sahabat

    dan manusia yang setaraf dengan dirinya. Jika amalan dilakukan bertujuan menghidupkan

    syariat dan agama yang dibawa Rasulullah s.a.w serta menyempurnakan akhlak maka dia

    amat beruntung.

    Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; Hiduplah dengan apa cara

    yang anda mahu, kerana sungguhnya anda akan mati, dan cintailah apa yang anda mahu,

    kerana sungguhnya anda akan berpisah daripadanya, dan kerjakanlah suatu yang anda

    kehendaki, kerana sungguhnya anda akan dibalas seimbang dengannya.

    3.2 Peranan Amalan

    (Dengan menuntut ilmu anda akan mengetahui) apa yang diiktikadkan oleh para salaf yang

    soleh, di antaranya ialah: pertama, bahawa Allah akan dapat dilihat di akhirat (nanti).

    Kedua, bahawa Allah itu ada, dan (adaNya) tidak pada pihak yang dibatas. Ketiga, bahawa

    al-Quran itu kalam Allah Ta`ala, bukan makhluk, bukan huruf-huruf yang terputus-putus

    dan bukan suara, kerana jika demikian, nescaya adalah dia terjumlah daripada makhluk.

    Keempat, bahawasanya tiada akan berlaku sesuatu lintasan fikiran dan kerlipan mata ( sama

    ada) di alam bawah (atau) di alam atas melainkan dengan Qada`, Qadar dan kemahuan

    Iradat Allah Ta`ala. Maka daripada Allah (jua) baik dan jahat, manfaat dan mudharat, iman

    dan kufur. Kelima, bahawasanya tiada wajib atas Allah Ta`ala (membuat sesuatu) bagi

    seseorang daripada makhlukNya. Maka sesiapa yang Dia berikan pahala adalah dengan

    kurnianNya, dan sesiapa yang Dia seksakan adalah dengan keadilanNya. Keenam, (Bahawa

    benar) apa yang telah dating (berita) melalui lidah Nabi Muhammad s.a.w mengenai

    perkara-perkara akhirat seperti perhimpunan (di mahsyar), kebangkitan (dari kubur), azab

    kubur, soal mungkar nakir, neraca (timbangan amalan) dan titian (menyeberangi neraka ke

    syurga). ( Imam al-Ghazali 2012: 42)

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    8/23

    8

    8

    Kemudian anda lihat pada kerja-kerja hati, kewajipan-kewajipan batin dan larangan-

    larangan yang akan datang (pembicaraannya) dalam kitab (Minhajul Abidin) ini, supaya

    (dapat) anda menghasilkan ilmu (yang membahaskan tentang hati itu). Kemudian (selain

    itu) anda (dapat) mengetahui jumlah yang anda berhajat kepada mengamalkannya seperti

    bersuci, solat, puasa dan seumpamanya. ( Imam al-Ghazali 2012: 42)

    Imam Al-Ghazali menasihati lagi, sekiranya tidak bersedia dan tidak menyesuaikan

    diri untuk menerima rahmat Tuhan dengan beramal soleh nescaya rahmat tidak akan sampai.

    Di bawakan sepotong ayat al-Quran dari surah An-Najm ayat 39 yang bermaksud; Dan

    bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh (balasan) selain apa yang telah

    diusahakannya.

    Dijelaskan bahawa Allah menjelaskan rahmatNya hampir dengan orang baik. Dalam

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Ihsan itu ialah anda menyembah Allah, seolah-

    olah anda melihatnya. Justeru, Imam Al-Ghazali menyimpulkan bahawa daripada bukti-

    bukti tersebut menunjukkan keselamatan seseorang ialah sepenuhnya pada amalan dirinya

    yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis (bukti tersebut). Bukan dimaksudkan

    Imam al-Ghazali seseorang masuk syurga dengan amalannya bukan dengan kemurahan dan

    kasih belas daripada Allah.

    Seseorang akan masuk ke syurga dengan belas kasihan dan kurniaan Allah. Ia hanya

    akan berlaku dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-larangannya,

    taat, berdamping diri kepada Allah, ikhlas beramal dan berbuat baik. Dijelaskan bahawa,

    hadis menunjukan rahmat Allah itu jauh dari orang yang tidak jujur. Imam Al-Ghazali

    menghuraikan, seseorang itu tidak akan memasuki syurga jika rahmat tidak diperolehinya

    melalui melengkapkan diri untuk menerima rahmat itu secara yang telah disebutkan.

    Barangsiapa berjaga dan bersiap sedia di dunia, dia dijaga dan dipelihara di akhirat; siapa

    yang lengah di dunia akan tergelincir ia di akhirat.

    Seperti juga keadaan dapat minum di kolam Rasulullah s.a.w adalah mengikut kadar

    amalan dan kesusahannya dalam melaksanakan hukum-hukum agama yang suci.

    Kesimpulannya, masuk syurga dengan kemurahan Allah itu ertinya Allah memberi taufik

    kepada kita untuk melakukan amalan soleh dengan kemurahannya, tidak dipaksa. Kesannya

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    9/23

    9

    9

    ialah agar menjadi orang baik dan bersedia menerima rahmat dan kemurahanNya serta

    dimasukkan ke dalam syurgaNya.

    3.3 Hubungan Ilmu dengan Amalan

    Ilmu tanpa amalan adalah sia-sia dan amal tanpa ilmu adalah tidak sesuai. Ilmu tidak akan

    menyelamatkan diri seseorang dari neraka sekiranya daripada ilmu tersebut, seorang tidak

    menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat dan tidak menjadikan hamba taat.

    Cita-cita yang tinggi ialah melakukan ketaatan dengan penuh semangat. Dunia

    hanyalah sebuah tempat persinggahan sebelum mati sementara sampai ke alam barzakh.

    Manakala kaum yang berada di alam barzakh pula menunggu-nunggu orang-orang yang

    hidup setiap detik. Oleh itu hendaklah berhati-hati supaya tidak menempuhi ke sana tanpa

    sebarang bekalan amalan. Kata seorang pembesar yang jujur; Badan kasar itu tidak lebih

    daripada sangkar burung atau pun kandang binatang ternakan.

    Jika tergolong dalam kalangan haiwan ternakan (semoga dijauhkan oleh Allah),

    nescaya seseorang akan tersenarai dari kalangan orang yang difirmankan Allah dari surah

    Al-A`raf ayat 179; Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi.

    Tugas si hamba ialah berbakti kepada Allah. Imam Al-Ghazali menerangkan tanpa beramal,

    seseorang tidak akan menerima ganjaran kepada amalannya. Imam Al-Ghazali memetik

    daripada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Hitungilah diri kamu sebelum kamu

    dihitungi, timbangkanlah kamu sebelum kamu ditimbangi. ( Imam al-Ghazali 2012: 42)

    (Ya!) Jika anda beramal dengan ilmu anda, dan anda hadapkan (tumpuan) untuk

    memperbanyakkan (bekalan) akhirat anda (nanti), nescaya jadilah anda seorang hamba yang

    alim dan seorang yang beramal kerana Allah atas (asas) kefahaman ilmu, bukan (sebagai)

    seorang jahil, dan bukan (pula sebagai) orang yang bertaklid (buta) dan bukan (pula sebagai)

    orang yang pelupa. Maka kemuliaan yang besarlah bagi anda, (bahkan) bagi ilmu anda itu

    mempunyai nilaian yang besar dan pahala yang banyak. ( Imam al-Ghazali 2012: 42)

    Saidina Ali karamallahu wajhah dipetik kata-katanya bermaksud; Siapa

    menganggapkan tanpa berusaha dia boleh sampai ke syurga, maka dia adalah orang yang

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    10/23

    10

    10

    berangan-angan kosong, dan siapa yang menganggapkan dengan kesungguhan bekerja dia

    akan sampai ke syurga, maka dia adalah orang berhemat (bersikap benar).

    Hasan al-Basri mengatakan bermaksud, Menentukan syurga tanpa amalan itu

    merupakan satu dosa dari segala dosa. Hadis Qudsi mennjelaskan mengenai firman Allah

    s.w.t yang maksudnya, Tidak terasa malukah seorang yang menggemari syurgaku tanpa

    amal, bagaimanakah aku dapat bermurah dengan rahmatku kepada orang yang kurang

    mentaatiku.

    Memetik juga perkataan daripada ulama besar yang maksudnya, Hakikat itu ialah

    meninggalkan memerhati (membincang-bincangkan) amalan, bukannya meninggalkan

    berbuat amalan. Hadis paling utama berkenaan bab ini ialah, Orang yang bijak itu ialah

    orang yang dapat menguasai dirinya, dan beramal unutk perkara (kebaikan) selepas mati,

    dan si bodoh itu mereka yang memperturutkan keinginannya, di samping ia berangan-

    angan (untuk berbakti) kepada Allah.

    3.4 Kejayaan Dari Bimbingan Ilmu Berguna

    Sangat banyak pengajaran dan pelajaran dapat diambil daripada kisah Hatim dan gurunya

    Syaqiq. Pada suatu hari gurunya telah bertanya kepada Hatim mengenai tempoh dia

    berkhidmat kepada gurunya. Hatim menjawab bahawa dia telah berkhidmat selama 30

    tahun. Gurunya Syaqiq melanjutkan pertanyaan, selama dia bersama-sama dengan gurunya,

    apakah ilmu yang diperolehi olehnya? Syaqiq mejawab dia hanya memperoleh lapan

    pengajaran daripada dia berguru dengan gurunya, Syaqiq. Syaqiq yang mendengar jawapan

    Hatim lansung terkejut dan menanyakan, apakah itu. Maka, ia dijawab oleh Hatim;

    Pertama mengenai orang yang memilih kekasih. Namun, kekasih itu hanya orang

    yang mengasihinya setakat mati sahaja yang selepas itu akan meninggalkan kuburan. Oleh

    itu dia segera berusaha mencari-cari seorang kekasih setia dan dapat menghiburkan dirinya

    di dalam kubur. Namun tidak dapati daripada segala sesuatu melainkan amal soleh. Lalu

    dipilihnya sebagai kekasih yang akan menemani dan menghiburkan dirinya di dalam kubur

    nanti.

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    11/23

    11

    11

    Kedua manusia adalah mangsa kepada nafsu dan keinginan. Difikirkan firman Allah

    daripada surah An-Nazi`at ayat 40-41 yang bermaksud: Dan ada pun orang-orang yang

    takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka

    sungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. Dia meyakini al-Quran itu benar, maka dia

    segera menentang nafsu amarah (yang mendorong ke arah kejahatan) secara bersungguh-

    sungguh, dan sekali-kali tidak akan mengikut kehendak dan cita-citanya (nafsu), sehingga

    dia tunduk dan taatkan Allah.

    Dari bab Jalan-Jalan Syaitan daripada buku Penyingkapan Hati Kepada Rahsia-

    Rahsia Ilahi, Nabi s.a.w telah bersabda; Siapa yang tidak suka atau menyeleweng dari

    jalanku, maka dia bukanlah dari golonganku. Dan dalam sabdanya yang lain: Setiap umat

    yang suka membuat bid`ah dalam masalah agamanya selepas kepergian Nabinya,

    melainkan dia akan menyia-nyiakan jalan Sunnah Nabinya.

    Nabi s.a.w. bersabda, Tiada sesuatu yang di bawah lindungan langit sebagai Tuhan

    yang desembah dipandang lebih besar di sisi Allah daripada hawa nafsu yang dikuatkan.

    Hanyasanya yang kami bimbangkan kepada kamu ialah hawa nafsu yang membawa kepada

    yang sesat yang berkaitan dengan perut kamu dan kemaluan kamu dan hal-hal yang

    menyesatkan dari kehendak hawa nafsu. (Imam Ghazali 2005: 406)

    Ketiga, setiap orang berusaha dan berpenat lelah untuk mendapatkan kebendaan

    dunia lalu mereka gembira dan memelihara apa sahaja yang diperolehi. Mereka

    beranggapan telah berjaya mencapai segala cita-cita. Dia mengambil daripada firman Allah

    dari surah An-Nahl ayat 96 bermaksud, Apa yang di sisi kamu akan lenyap dan apa yang

    ada di sisi Allah adalah kekal. Lalu bersegera mensedekahkan apa yang didapati dan

    dikumpulkan kepada fakir miskin dan mengharapkan ia menjadi suatu simpanan di sisi

    Allah dan kekal untuk bekalan diri di akhirat.

    Keempat, sebahagian orang menganggap kemuliaan manusia berlaku kerana ramai

    ahli keluarga dan luas pergaulan dan berbangga dengan apa yang disebutkan. Sebahagian

    yang lain menganggap kemuliaan manusia ialah dengan kebesarannya pada banyak harta

    dan anak pinak, lalu mereka berbangga dengan perkara-perkara itu. Sebahagian lain

    menganggap kebesaran dan kemuliaan ialah dengan cara bersikap kasar, maki hamun, sepak

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    12/23

    12

    12

    terajang dan menumpahkan darah, lalu mereka berbangga dengan tindak tanduk liar itu. Dia

    memperhatikan firman Allah daripada surah Al-Hujarat ayat 13, Sesungguhnya orang yang

    paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara

    kamu. Al-Quran itu benar. Dia memilih takwa dan mendoakan dirinya termasuk ke dalam

    senarai orang-orang mulia di sisi Allah kerana kebanyakan anggapan manusia selalu silap.

    Kelima golongan berkelahi dan berdengki antara satu sama lain disebabkan

    pengaruh harta benda dan pangkat kebesaran berlebihan. Diperhatikan firman Allah dari

    surah Az-Zukhruf ayat 32bermaksud: Kamitelah menentukan antara mereka penghidupan

    mereka dalam kehidupan dunia. Pembahagian merupakan ketetapan azali sebelum wujud

    alam ini dan tidak ada ikhtiar selain daripada mengusahakan sebabnya sahaja bagi sesiapa

    pun dalam pembahagian itu. Penyelesaiannya ialah dengan tidak menaruhkan perasaan

    dengki terhadap sesiapa malah rela dan berpuas hati dengan sebarang pembahagian

    diberikan Tuhan dan sanggup berdamai dan bersikap harmoni dengan semua makhluk.

    Keenam sebahagian manusia memusuhi sebahagian lain disebabkan desakan nafsu

    sendiri dan syaitan. Dikaji firman Allah dari surah Fatir ayat 6 maksudnya, Sungguhnya

    syaitan itu adalah musuhmu, maka jadikanlah dia musuh(mu). Orang dan pengikut-

    pengikutnya selain syaitan bukan musuh. Lalu segera menyedari syaitan itu musuh. Tidak

    sekali-kali mengikuti syaitan dalam sebarang perkara. Malah mematuhi perintah Allah

    Taala sahaja. Selain tidak akan memusuhi sesiapa di antara makhlukNya. Meyakin i a As-

    Sirat al-Mustaqim (jalan yang benar) terkandung di dalam maksud firman Allah Taala dari

    surah Yaasin ayat 60-61 bermaksud; Bukankah aku telah memerintahkan kamu hai nabi

    Adam supaya kamu tidak mengikuti syaitan, sungguhnya syaitan itu adalah musuh yang

    nyata (ketat) bagi kamu. Dan sembahlah aku, inilah jalan yang luas.

    Syaqiq Al-Balakhi berkata; Ibadah itu suatu pekerjaan. Gudangnya khilwah

    (menyendiri) dan alatnya lapar. (Imam Ghazali 1988) Menghancurkan seluruh nafsusyahwat kepada perbuatan ma`siat dan menguasai nafsu yang menyuruh kepada perbuatan

    jahat. Kerana nafsu sumber kepada seluruh perbuatan ma`siat, ialah nafsu-syahwat dan

    tenaga. Sesungguhnya seluruh kebahagiaan itu, terletak pada seseorang yang dapat

    menguasai dirinya. Dan kesengsaraan itu pada orang yang dikuasai oleh dirinya. Dzunnun

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    13/23

    13

    13

    Al-Misri berkata: Kalau aku kenyang, maka aku berbuat ma`siat atau bercita -cita kepada

    perbuatan ma`siat. (Imam Ghazali 1988)

    Ketujuh, setiap orang itu mencurahkan tenaga habis-habisan. Meletakkan dirinya di

    tempat terhina demi mencapai sesuap makanan dan dengan kerana itu mereka terjerumus ke

    dalam yang haram dan syubhah (kesamaran antara halal dan haram). Kemudian diperhatikan

    firman Allah Taala dari surah Hud ayat 6 bermaksud; Dan tiadalah suatu haiwan pun yang

    melata di bumi melainkan Allah lah yang memberi rezekinya. Maka haruslah sedar diri

    sendiri juga makhluk penghuni bumi dan rezeki dijamin Allah Taala, di samping ditugaskan

    untuk berusaha ke arah akhirat.

    Kelapan, sebahagiannya berharap penuh kepada harta benda dan barang-barang

    kepunyaannya manakala sebahagian lain berharap penuh kepada pekerjaan dan usaha

    kepandaiannya. Tetapi sebahagian lagi menaruh harapan penuh kepada makhluk yang lemah

    sepertinya. Dia mengkaji firman Allah Taala dari surah At-Thalaq ayat 3:

    Dan siapa yang berserah kepada Allah nescaya Allah mencukupkan keperluannya,

    Lalu segala penyerahan diserahkan segalanya kepada Allah Taala, kerana Dialah yang

    melindungi hambaNya dan dialah sebaik-baik tempat berserah.

    Maka dikatakan bahawa orang yang beramal dengan ajaran yang ada dalam kitab-

    kitab itu seolah-olahnya beramal dengan isi kandungan keempat-empat kitab tersebut.

    Pengajaran daripada Hatim ini amat baik dijadikan pegangan dalam diri orang mukmin yang

    ingin menjadi mukmin yang terbaik dan mencapai redha serta mendiami syurga Allah.

    3.5 Amalan

    Ditimbulkan satu pertanyaan mengenai ilmu yang tidak memerlukan pengamalan dimana

    terdapat satu ayat yang bersangkutan dengannya dan disebutkan juga sebuah hadis yang

    sahih mengenai setelah berlalunya separuh malam di mana orang telah lena tidur, Allah dan

    para Malaikatnya berkata: Adakah siapa-siapa yang hendak bermohon? Adakah siapa-

    siapa yang hendak bertaubat? Dan adakah yang hendak meminta ampun? Imam al-

    Ghazali menyuruh mengkoreksi sikap terhadap ayat berikut.

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    14/23

    14

    14

    Diambil daripada kisah para sahabat Rasulullah s.a.w yang duduk bersama-sama

    baginda dan menyebut-nyebut mengenai kebagusan Abdullah bin Umar bin al-Khattab.

    Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; Sebaik-baik orang ialah Ibn Umar,

    kiranya dia bersembahyang malam, juga daripada sabda baginda yang bermaksud;

    Janganlah anda membanyakkan tidur pada waktu malam, kerana sesungguhnya banyak

    tidur di malam hari itu membawakan tuannya papa di hari kiamat nanti.

    Allah berfirman; Dan bersembahyang tahajudlah kamu di sebahagian malam hari

    sebagai suatu ibadat tambahan bagimu. (Al-Isra`: 79) Rasulullah s.a.w bersabda

    maksudnya, Tiga macam suara disukai Allah: Suara ayam jantan, suara orang yang

    membaca Quran dan suara orang-oran yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu

    sahur.

    Luqman al-Hakim telah berpesan kepada anaknya: Hai anak! Jangan-jangan bapa

    ayam itu lebih cerdik daripada engkau. Yang mana ia mengalun-alunkan suaranya diwaktu

    sahur sedangkan engkau tidur nyenyak.

    3.5.1 Adat Dengan Ibadat

    Intisari nasihat ditegaskan supaya mengetahui hakikat ketaatan dan ibadat iaitu:

    Ibadat dijelaskan ialah mengikuti tunjuk ajar Nabi Muhammad s.a.w di dalam semua

    perintah dan larangan. Melakukan perbuatan yang tidak disuruh supaya dilakukan bukanlah

    ibadah (dikatakan bid`ah), walaupun ia berbentuk ibadat atau sesekali ia bertukar menjadi

    maksiat (dosa) sedangkan ia dalam bentuk sembahyang ataupun puasa. Justeru, Ibadat yang

    benar adalah yang dimaksud oleh Allah dan Rasul bukan dimaksudkan oleh adat dan orang

    ramai. Dengan menjunjungi perintah Allah, bukan semata-mata gerak-geri dan rupa bentuk

    sembahyang atau puasa, kerana kedua-duanya tidak akan menjadi ibadat, apabila ia tidak

    disuruh oleh agama, Allah dan Rasul.

    Syarat untuk sampai kepada jalan ini adalah dengan menekan hawa nafsu, keinginan

    dan kepentingan diri dengan mujahadah iaitu mengatasinya secara sungguh-sungguh.

    Jika menganggap boleh sampai kepada syatahat dan tarahat seperti dikatakan oleh Al-

    Ghazali sebagai terpedaya dengan kata-kata manusia, terpesona dengan hari dan masa yang

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    15/23

    15

    15

    baik atau terikut-ikut dengan manusia yang bijak berkata-kata tetapi hatinya mengikut hawa

    nafsu dan lalai yang akan membawa kebinasaan kepada orang banyak. Sekiranya tidak

    mampu mengalahkan hawa nafsu sendiri melalui mujahadah dan mentaati perintah Allah

    pasti hati tidak akan di sinari cahaya makrifah.

    4.0 BAHAGIAN KEDUA

    4.1 Memasuki Ilmu Kerohanian

    Imam al-Ghazali menerangkan bahawa setengah daripada persoalan yang ditanya murid

    tidak mungkin dijawab melalui tulisan mahupun ucapan kerana ia merupakan dzauki iaitu

    perasaan batin yang tidak akan sampai ilmu mengenai sesuatu kecuali telah mengalami

    sendiri sebagaimana orang-orang yang telah mengalaminya. Imam al-Ghazali menyuruh

    supaya merujuk kepada buku-buku karangannya di mana terdapatnya penjelasan dan

    penerangan ilmu mengenai pelbagai perkara.

    4.2 Pengertian Tasawuf

    Di sini diterangkan mengenai beberapa sifat pada diri manusia yang mengenalkan seseorang

    kepada tasawuf. Tasawuf diterangkan Imam al-Ghazali mengandungi dua perkara;

    Pertama ialah bersikap benar dan baik (sidq) terhadap Allah Taala. Bersikap benar

    terhadap Allah bermaksud seseorang melupakan kepentingan dirinya (dalam masa

    melakukan sesuatu) semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Taala. Kedua ialah

    bagus percakapan dan pergaulan (Husn al-muamalah) dengan orang ramai. Bagus

    percakapan ialah, tidak mengutamakan kehendak dirinya lebih daripada kehendak orang

    ramai selagi kehendak tersebut adalah sesuai dengan kehendak agama. Barang siapa

    merestui penentangan orang terhadap agama atau ia sendiri menentang agama bukan ia

    seorang ahli tasawuf walaupun dia mengakuinya.

    Ubudiyah ialah suatu keadaan, di mana manusia sentiasa merasakan Allah ada

    bersama-sama dengannya. Ubudiyyah atau kesedaran, tidak wujud kecuali dengan tiga

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    16/23

    16

    16

    sebab iaitu; pertama kesedaran terhadap perintah agama, kedua kerelaan hati terhadap qada`

    qadar dan pembahagian Allah Taala. Ketiga, lebih gembira dengan pilihan Allah Taala

    Tawakal ialah kepercayaan hamba terhadap janji Allah. Suatu kepercayaan yang

    tidak mungkin dijejaskan oleh sebarang ancaman yang berlaku meskipun banyak dan

    dahsyat. Ia adalah suatu bentuk keyakinan sempurna bahawa setiap bahagian yang diberikan

    mesti sampai kepada hamba. Walaupun semua penghuni dunia bersatu menghalang sampai

    ia kepada hamba dan sebaliknya.

    Ikhlas ialah semua perbuatan dilakukan semata-mata kerana Allah Taala. Tiada

    dalam hati seorang hamba, menginginkan pandangan kepada sesuatu makhluk ketika

    beramal dan selepas beramal. Contohnya, seperti ingin menampakkan kesan-kesan ketaatan

    beribadat pada muka atau terbukti kesan sujud di dahi. Diterangkan bahawa sebahagian

    daripada tanda ikhlas ialah tidak merasa gembira walau pun dipuji orang. Malah tidak

    berduka kerana cacian manusia. Kedua-dua keadaan yang itu sama sahaja pada pandangan

    dan perasaan hamba yang ikhlas.

    Namun ikhlas juga diterangkan Imam al-Ghazali sebagai riya. Menganggap manusia

    sebagai manusia dianggap sebagai ria`. Untuk mengubati ria` ialah dengan meanggap

    manusia sebagai satu kemudahan yang dijadikan dengan kekuasaan Allah dan manusia

    ibarat benda-benda mati tanpa kuasa dan kemahuan. Oleh kerana manusi tidak mampu

    memberi faedah dan bahaya, maka apabila berbuat demikian seseorang akan sembuh

    daripada penyakit ria`. Jika tidak dilaksanakan seperti itu, makhluk akan dianggap sebagai

    mempunyai kudrat dan iradat yang menyebabkan riya` tidak terhapus.

    4.3 Tugas-Tugas Seorang Hamba Allah (Salik)

    Terdapat banyak kewajipan seorang salik iaitu orang yang melatih diri beribadat, menuju ke

    jalan Allah dan perkara ini dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali;

    Pertama, mempunyai kepercayaan atau i`tikad yang betul dan bersih dari bid`ah,

    sesuatu yang direka dalam agama. Kedua; taubat (penyesalan) bersungguh-sungguh atas

    kesalahan lampau atau taubat nasuha yang mana tidak akan diulangi lagi dosa pada masa-

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    17/23

    17

    17

    masa akan datang. Ketiga ialah meminta keredhaan lawan sehingga dia tidak menanggung

    sedikit pun hak makhluk. Keempat, mempelajari ilmu syarak sekadar boleh melaksanakan

    suruhan Allah dan menjauhi larangannya iaitu ilmu yang berguna untuk akhirat dan tidak

    mesti dia mendalami ilmu syarak lebih dari itu. Hadis tersebut menjelaskan orang awam

    tidak memerlukan kepada ilmu yang banyak kerana mempelajari ilmu banyak adalah fardhu

    kifayah dan bukan fardhu ain.

    Tugas-tugas seorang salik seterusnya ialah mempunyai guru yang mursyid agar guru

    memandu murid ke tujuan yang ingin dicapai, dan mendidik murid menjauhi dan

    membuang perangai mazmumah dan membiasakan diri dengan perangai yang baik dalam

    berakhlak untuk hidupnya. Kata-kata Imam Al-Ghazali mengenai guru ialah, pendidik itu

    sebagai peladang yang sentiasa mengawasi ladangnya maka setiap kali ia bertemu ketul-

    ketul batu dan rumput-rumput rampai yang mengganggu kesuburan ladangnya, sudah tentu

    ia melempar keluar atau mencabutnya sambil membaja dan menyiram ladangnya itu

    berulangkali sampai menjadi subur dan merimbun lebih dari ladang-ladang orang lain.

    Sekiranya seorang murid mengamalkan ilmu bermanfaat yang dipelajarinya maka

    dia akan mengetahui hakikat daripada ilmu yang diajarkan. Jika selepasnya timbul

    kekeliruan mengenai sesuatu ilmu, Imam al-Ghazali menyuruh muridnya tidak menanya

    kepadanya melainkan sesuatu yang diceritakan menurut situasi/ suasana. Merujuk kepada

    firman Allah s.w.t yang diambil daripada kata-kata nabi Khidr dari surah Al-Kahf ayat 70,

    Maka janganlah engkau menanyaku sesuatu pun, sehingga aku sendiri menerangkan

    kepada engkau

    Apabila seseorang murid segera menjalani jalan Allah, maka pasti akan melihat sesuatu

    yang luar biasa. Di samping semasa beramal mestilah menghadirkan jiwa raga kepada

    Tuhan, kerana amalan tanpa jiwa tidak membawa faedah.

    Jangan berdebat dan membantahi shayikh dan jangan menolak hujah yang

    dibawanya, sekalipun ternyata terdapat kesilapan kerana mungkin dibelakangnya terdapat

    kebenaran. Kedua jangan menonjolkan diri di hadapan shaikh dengan mengembangkan

    hamparan sejadah kecuali jika menjadi imam sembahyang, sebaik-baiknya apabila selesai

    sembahyang ditinggalkan sejadah segera, sebagai menjaga tata tertib terhadapnya. Ketiga,

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    18/23

    18

    18

    jangan banyak bersembahyang sunat di hadapan guru. Keempat, hendaklah melakukan

    suruhannya, mengikut kemampuan. Kelima, hendaklah mengikut perintahnya, sekalipun

    lahirnya menderhakai Allah.

    Penghormatan batin dapat dilakukan dengan cara, setiap perkara yang disampaikan

    guru jangan dibantahi walaupun dalam hati murid. Jika tidak mampu berbuat demikian

    hendaklah berundur daripada bergaul sementara waktu sehingga dapat menyesuaikan batin

    dengan lahir. Jika tidak, ia akan berakibat buruk.

    Tugas seorang salik ialah, menentang penguasaan nafsu, dengan meninggalkan

    berada bersama dengan orang jahat, supaya dijauhi diri dari godaan syaitan manusia dan jin

    dan menjadi bersih diri dari segala dosa daripadanya. Kelapan, mencontohi keadaan orang

    faqir sebagai pakaian hidup. Kerana pokok untuk mencapai tujuan ialah dengan

    mengosongkan hati anda dari mencintai dunia. Meninggalkan sumber-sumber keduniaan

    menjadi sebab kepada kekosongan hati dari cintakan dunia.

    4.4 Sifat-Sifat Guru Mursyid (Pendidik Kerohanian)

    Imam al-Ghazali menerangkan mengenai Rasulullah s.a.w yang mendidik Khulafa` al-

    Rasyidin sebagai pengganti untuk memimpin umat Islam ke jalan Allah. Seseorang salik

    memerlukan kepada guru yang mursyid kerana tidak mungkin seorang salik berjaya

    menempuh ke jalan Allah tanpa bimbingan daripada guru mursyid. Syarat guru yang

    mursyid antaranya;

    Pertama, `alim iaitu terpelajar. Tetapi tidak semua orang `alim boleh menjadi

    mursyid. Syarat kedua mesti ada iaitu, mempunyai bakat ketokohan dari segi memimpin

    supaya sebarang orang tidak mengakui diri sebagai seorang mursyid dengan sewenang-

    wenangnya. Ketokohan dalam memimpin berkembang melalui bimbingan seorang

    pemimpin. Pemimpin yang memimpin ini pula menerima pimpinan dari pemimpin

    pemimpin yang sebelumnya dan perkara yang sama terjadi sebelumnya sehingga pimpinan

    itu sampai kepada junjungan Rasulullah s.a.w. Ketiga, membuang seluruh perasaan cintakan

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    19/23

    19

    19

    harta dan pangkat dari lubuk hati dan mengalami beberapa latihan seperti sedikit makan,

    bercakap dan tidur serta banyak bersembahyang, bersedekah dan berpuasa.

    Perkara kelima mengenai syarat syeikh ialah, terkenal mempunyai tingkah laku

    bagus dan akhlak terpuji seperti bersifat sabar, bersyukur, bertawakal kepada Allah,

    mempunyai keyakinan yang teguh, mempunyai ketenangan, murah hati, qana`ah, zuhud,

    amanah, lambat timbul kemarahan, merendah diri, mempunyai makrifah, bersifat benar,

    bersopan santun, mempunyai rasa malu, berlemah lembut dan sebagainya.

    Guru yang mursyid bersih dari sebarang akhlak yang tercela seperti sombong dan

    takbur, bakhil dan kedekut, hasad dengki, dendam kesumat, tamak haloba, panjang angan-

    angan, kurang berhati-hati dan sebagainya. Syarat seterusnya ialah tidak ta`sub, berhati-hati

    terhadap ilmu-ilmu umum dan memadai dengan ilmu-ilmu yang diterima daripada

    Rasulullah s.a.w.

    4.5 Perlakuan-Perlakuan Manusia

    Imam Al-Ghazali ingin merumuskan nasihat-nasihat beliau kepada muridnya kepada 8

    perkara. 4 perkara adalah untuk diitnggalkan dan 4 perkara untuk dilaksanakan.

    4.5.1 Perlakuan-Perlakuan Wajar Ditinggalkan

    Perkara perlu ditinggalkan, pertama ialah menghentikan berdebat dan tidak menegakkan

    menentang sesiapa yang mengeluarkan masalah. Ini kerana bahayanya lebih banyak

    daripada faedah. Munazarah (perdebatan) itu punca bagi segala perangai tercela seperti

    riya`, sakit hati, sombong, perseteruan, bermegah-megahan dan sebagainya.

    Jika berlaku suatu perdebatan walaupun ingin mencari kebenaran maka boleh

    melakukannya dengan niat benar berlandaskan kepada dua ciri. Pertama tidak membezakan

    kebenaran yang di dapati. Kedua berdebat di tempat tertutup daripada tempat terbuka.

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    20/23

    20

    20

    Seterusnya jika yakin kebenaran diperolehi, namun lawan bicara mempermainkan sebaik-

    baiknya jangan membangkang dan berhenti dari memperkatakan sesuatu kerana hal itu

    membawa ke arah keretakan hubungan.

    Orang-orang jahil yang tidak menghormati satu-satu persoalan dikatakan sebagai

    pesakit manakala alim ulama mengerti sebahagian atau kebanyakan persoalan merupakan

    sebagai doktor kepada si jahil. Jadi perbandingan itu ternyatalah orang `alim yang kurang

    pengetahuan dan pengalaman tidak layak menjadi doktor yang akan berjaya mengubati

    orang jahil1.

    1Penyakit jahil ada empat bahagian, iaitu tiga bahagian tidak boleh dirawat dan satu bahagian lagi boleh

    dirawat. Pertama pertanyaan atau bangkangan terbit dari sifat dengki. Dengki suatu penyakit yang tiada ubat.

    Jika kata-kata yang manis tidak dapat memberi faedah malah menambah kedengkian dan takabur elok sahaja

    diam tanpa bersusah payah menjawab. Penyair berkata; Setiap permusuhan mungkin diharapkan terhapus,

    kecuali permusuhan orang yang memusuhi anda kerana kedengkian.

    Cara menghadapi jahil ialah membiarkan pesakit dengan penyakitnya dan tidak mengendahkannya.

    Daripada firman Allah s.w.t surah An-Najm ayat 29 bermaksud, Maka berpalinglah (hai Muhammad)

    daripada orang yang berpaling dari peringatan kami, dan tidak menyanginya kecuali kehidupan duniawi .

    Sekiranya bersusah payah mengubati perbuatan menyampuk atau mencelah maka bererti telah menyelamatkan

    api kedengkian yang akan menghancurkan segala amalan baik, seperti yang tersebut di dalam hadis Nabi s.a.w:

    Hasad dengki itu memusnahkan segala kebijakan sebagaimana api memusnahkan kayu kering.

    Kedua, Pertanyaan terbit daripada hamaqah (kebodohan) yang juga sejenis penyakit yang tak

    mungkin diubati, kerana Nabi Isa a.s pernah bersabda, Saya tidak merasa lemah untuk menghidukan orang-

    orang mati tetapi saya merasa lemah untuk membetulkan membetulkan orang yang kurang akal. Orang

    seperti ini ialah orang yang belajar dua tiga hari untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan tidak pernah

    melibatkan diri ke dalam ilmu-ilmu `akliah menggunakan sumber akal atau fikiran sedangkan dia membantahi

    ahli-ahli ilmu yang menghabiskan umur mencapai pelbagai ilmu pengetahuan. Ia tidak dapat menilai diri

    sendiri dan nilai ahli-ahli ilmu kerana kebodohan dan tiada pengenalannya.

    Ketiga, orang yang mengemukakan pertanyaan adalah orang yang berada di peringkat pelajar, yang

    belum mampu untuk memahami kata-kata ulama` besar kerana kelemahan daya faham. Tetapi jika

    pertanyaannya melibatkan persoalan yang tidak mampu difahami hakikat dan sedar tentang kecetekan

    fahaman, usah menjawab pertanyaan mereka kerana Raulullah s.a.w telah bersabda maksudnya; Kami

    golongan para nabi diperintahkan kami bercakap kepada manusia (menyampaikan risalah) menurut

    kesanggupan akal pemikiran mereka.

    Keempat iaitu jenis kejahilan yang boleh dirawat. Individu adalah pelajar yang tidak terpengaruh oleh

    kemarahan, keinginan, kedengkian dan kecintaan kepada harta dan pangkat malah dia mencari hanya jalan

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    21/23

    21

    21

    Kedua dilarang memberi nasihat dan peringatan kecuali jika meyakini ingatan

    tersebut telah diamalkan serta berhati-hati sebelum bercakap. Allah berfirman kepada Nabi

    Isa a.s, Hai putera Maryam! Tegurilah diri engkau sendiri, maka kiranya engkau telah

    menerima teguran itu, maka tegurilah pula orang ramai, kalau tidak, maka malulakepada

    aku. Sekiranya ujian Allah berlaku berlaku kepada diri sendiri melalui cara memberi

    nasihat kepada orang perlu diawasi dua perkara2.

    Ketiga jangan dipengaruhi pemimpin, pembesar dan orang-orang berkuasa yang

    matlamat hidupnya tidak mengutamakan Allah dan hukum Islam. Jangan bergaul dan berada

    di samping mereka malah jangan memperdulikan mereka kerana pergaulan dengan mereka

    membawa berbagai bencana. Jika perlu bersama mereka tak perlu memuji dan meninggi-

    ninggikan mereka. Jika mereka datang mengunjungi perlakuan yang harus diperbuat ialah

    seperti diajarkan. Allah murka terhadap perbuatan menyanjungi orang fasik dan zalim.

    Keempat jangan menerima sesuatu daripada pemimpin yang zalim dan tidak

    mengutamakan Allah sekalipun pemberian tersebut halal kerana kerakusan mereka kepada

    harta benda menjadi punca kerosakan agama. Sikap mengampu digolongkan sebagai buruk

    dan menyertai mereka dalam setiap kegiatan bertujuan mengampu adalah bentuk kefasikan

    dan kejahatan dan sumber kepada kemusnahan agama.

    4.5.2 Perlakuan-Perlakuan Wajar Dilakukan

    kebenaran dan memohon suatu penjelasan tanpa ingin bertengkar. Maka inilah pesakit yang harus diberi

    rawatan dan wajar bersusah payah mencari dan memberi jawapan malah satu kewajipan yang mesti dipikul

    ilmuan Islam.

    2Pertama menjauhkan diri dari bersusah diri mencari kata-kata indah, bersimbul, samar, dan sajak-sajak di

    dalam syarahan atau nasihat kerana Allah Taala menjadikan orang yang mereka-reka percakapan sebagai

    orang yang berlawanan dengan kata-katanya. Kerana reka-rekaan menunjukkan keruntuhan batin, kelalaian

    hati penasihat sedangkan tujuan dari nasihat dan peringatan ialah untuk mengingatkan kepada seksaan akhirat

    dan kecuaian berbakti kepada Tuhan. Nasihat yang belum ada dan tidak dikemukakan tetap menjadi bencana

    kepada penasihat dan orang dinasihatkan malah penasihat sendiri menjadi hantu dan syaitan, kerana

    menyesatkan orang ramai dari jalan yang benar dan membinasakan mereka berterusan.

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    22/23

    22

    22

    Perbuatan-perbuatan wajar dibuat mengandungi empat perkara. Pertama mesti selalu

    menunaikan perintah Allah Taala. Menghentikan dari membuat perbuatan yang tidak

    disukai Allah, membuktikan kehambaan terhadap Allah Taala. Kedua, bergaul dengan

    manusia mengikut cara yang disukai diperlakukan. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud;

    Belumlah sempurna keimanan seseorang hamba itu sehingga ia mengasihi seluruh

    manusia (yang beriman) apa yang ia kasihkan (suka diperlakukan) bagi dirinya sendiri.

    Ketiga menceburi diri untuk mempelajari ilmu pengetahuan berguna dengan

    diamalkan. Berusaha membersihkan diri daripada akhlak tercela, pengaruh-pengaruh dunia

    dan menghiasi diri dengan akhlak-akhlak bagus, pergaulan baik dan beribadah dengan

    serius. Imam al-Ghazali menyuruh mendengar cerita mengandungi ajaran dan mengkajikan

    hakikat serta diamalkan untuk memperolehi keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia.

    Menyibukkan diri bagi memenuhi kehendak-kehendak Allah, di mana hati

    merupakan tumpuan perhatian Allah Taala seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud;

    Sungguhnya Allah tidaklah memandang (memperhatikan) kepada rupa bentuk kamu dan

    tidak pula kepada amalan-amalan lahir kamu, malah ia memandang (lebih menitik beratkan

    pandangan) kepada kandungan hati kamu dan tujuan-tujuan (dari amalan) kamu.

    Jika mahu mengetahui keadaan hati Imam Ghazali menggesa merujuk bukubukuy

    karangannya. Mencari ilmu menurutnya bertujuan memperbetul dan memperbaiki hati

    terhadap Allah. Ia adalah tugas individu (fardhu `ain) setiap orang Islam. Manakala ilmu-

    ilmu lain Cuma menjadi tugas bersama (fardhu kifayah). Kecuali apa yang diperlukan untuk

    kesempurnaan menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

    Keempat menyimpan makanan keperluan untuk keluarga bagi tempoh tidak lebih

    dari setahun. Kemudian Rasulullah s.a.w pernah berdoa kepada sebahagian isterinya yang

    tidak kuat keyakinan dengan sabdanya bermaksud, Wahai Allah! Berikanlah rezeki

    keluarga Muhammad kadar yang cukup (sahaja). Kepada isteri-isteri kuat keyakinan

    seperti Saidatina Ai`syah r.a junjungan s.a.w tidak membuat rancangan untuk mereka sama

    ada setahun atau pun sehari.

  • 7/29/2019 Intisari Karya Tasawuf Ulasan

    23/23

    23

    23

    5.0 RUJUKAN

    Mohammad Nizam Abd Razak. 2010. Uniknya Taqwa; Menyusuri Liku-liku Keajaiban

    Taqwa terhadap kekuatan Psikologi dan Murah Rezeki. Selangor: KharismaNetwork Sdn Bhd.

    Ali Hj Mohamed. 2006. Kunci Memahami Tasawuf. Selangor: Masterpiece Publication Sdn.

    Bhd.

    Imam Al-Ghazali. 2012.Minhajul `Abidin. Terj: Engku Ali bin Engku Endut. Kuala

    Lumpur: Pustaka Darul Iman.

    Imam Al-Ghazali. 2005. Penyingkapan Hati Kepada Rahsia-Rahsia Ilahi (Mukasyafatul-

    Qulub).Terj: Thahirah Abdur Rahman. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

    Abu Bakar Al-Jazairy. 2001.Ilmu dan Ulama Pelita Kehidupan Dunia dan Akhirat (Al-

    `Ilmu wa Al-`Ulama). Terj: Asep Saefullah, Kamaluddin Sa`diyatulharamain.

    Jakarta: Pustaka Azzam.

    Muhammad Abdullah Sudari. 2009. LembaranHidup Ulama WarisanIlmuwan Islam.

    Selangor: Hijjaz Records Publishing.

    Sakinah Ramli. 2001. Panah-Panah Syaitan. Kuala Lumpur: Darul Nu`man.

    Muhammad Jamaluddin. BimbinganMukmin Mmebentuk Peribadi Mukmin. Terj: Akhyar

    Nasution. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa. 2009.