ulasan jurnal penggunaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran sains

6
ULASAN JURNAL PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS Tajuk Jurnal : Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah Penulis : Zurina binti Yasak : Shamsudin bin Yamhari : Ahmad bin Esa 1.0 Pendahuluan Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini telah jauh berbeza dengan sistem pendidikan dahulu kerana ia telah mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk memastikan pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan manakala pembelajaran seseorang murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, antara kaedah yang dilaksanakan ialah pengaplikasian ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia. ICT merupakan singkatan kepada ‘Information Communication Technology’ yang bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi dan ia telah pun diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dalam bidang pendidikan di Malaysia. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan 1

Upload: sir-attha-mohd-hatta

Post on 24-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ULASAN JURNAL PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

ULASAN JURNAL PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Tajuk Jurnal : Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah

Penulis :Zurina binti Yasak

:Shamsudin bin Yamhari

:Ahmad bin Esa

1.0 Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini telah jauh berbeza dengan sistem pendidikan dahulu kerana ia telah mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk memastikan pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan manakala pembelajaran seseorang murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, antara kaedah yang dilaksanakan ialah pengaplikasian ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia. ICT merupakan singkatan kepada Information Communication Technology yang bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi dan ia telah pun diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dalam bidang pendidikan di Malaysia. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh penggunaan ICT ketika pengajaran ialah seperti pengajaran berasaskan komputer dan pengaplikasian perkakasan seperti Note Book, LCD, perisian CD, kamera dan lain-lain. Pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dapat memudahkan kerja-kerja seorang guru dan dapat menghasil kemajuan fikiran dalam kalangan murid yang tidak berpeluang menghadapi suasana realiti sesuatu konsep ilmu. Penggunaan ICT di dalam kelas yang berkesan ialah apabila ia sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Oleh yang demikian, penggunaan ICT di dalam kelas adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2.0 Pengenalan Jurnal

Jurnal yang dipilih adalah bertajuk Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah. Jurnal ini secara keseluruhannya ialah berkaitan dengan kelemahan-kelemahan dan impak penggunaan ICT atau teknologi di dalam kelas bagi guru-guru Sains dan murid-murid sekolah rendah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji, tumpuan khusus diberikan terhadap tahap kekerapan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kekangan yang telah dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT dan implikasi pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Latar Belakang Kajian

Menurut pengkaji, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains yang merupakan satu daripada pekakas ICT, selain mengesan kelemahan dan mengkaji kelemahan penggunaan bahan tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Antara kupasan-kupasan isi yang diutarakan oleh pengkaji di dalam jurnal ini ialah mengenai pengenalan ICT dalam bidang pendidikan di Malaysia, kebaikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, implikasi dan kekangan dalam pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga berkaitan dengan penggunaan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Metodologi yang digunakan oleh pengkaji ialah secara diskriptif. Data-data secara statistikal dikumpulkan kemudian diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah untuk dafahami. Pengkaji menjalankan kajian ini di 18 buah sekolah rendah dan tiga daripadanya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Populasi kajian adalah terdiri daripada 240 orang guru yang mengajar Sains Tahun 1 hingga Tahun 6. Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kekerapan penggunaan, kelemahan dan impak penggunaan.

4.0 Ulasan Jurnal

Berdasarkan analisis data yang dikumpulkan oleh pengkaji berkaitan dengan kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains, 78 peratus bersetuju bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran manakala 73 peratus mengakui bahawa perisian hanya digunakan apabila ia diperlukan dan kebanyakan daripadanya adalah digunakan ketika proses pengukuhan. Namun, daripada item-item yang diutarakan tersebut, terdapat dua item yang mana mencatatkan rekod tahap yang sederhana berbanding item-item lain iaitu tidak semua responden (guru Sains) menggunakan perisian pendidikan Sains pada setiap waktu pengajaran sama ada di dalam atau di luar kelas.

Kemudian, menurut pengkaji jurnal ini, terdapat purata penurunan penggunaan perisian pendidikan Sains pada setiap tahun. Penurunan ini berlaku berikutan kekangan daripada beberapa aspek seperti yang tercatat dalam data soal selidik yang dikumpulkan oleh pengkaji. Antaranya ialah kurang kemahiran dalam mengendalikan komputer, kurang pendedahan tentang penggunaan perisian, perisian pendidikan Sains yang dibekalkan disekolah kurang mencukupi, kursus-kursus yang dijalankan oleh PPD dan JPN kurang mencukupi, kawalan kelas terjejas akibat penggunaan perisian di dalam kelas dan perisian yang dibekalkan ke sekolah adalah kurang berkualiti. Namun demikian, hampir keseluruhan item mencatatkan min yang sederhana dan ini boleh dirumuskan bahawa kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas adalah di tahap sederhana.

Selain itu, impak penggunaan perisian ini juga turut dikaji oleh penulis jurnal. Berdasarkan kajian yang dijalankan, ramai responden bersetuju dengan kesan daripada penggunaan perisian ini seperti murid berasa seronok dan mudah memahami isi pelajaran, perisian menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dan perisian ini juga membolehkan objektif pelajar dicapai dengan mudah. Walaubagaimanapun, responden sederhana setuju terhadap satu penyataan iaitu perisian pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.

5.0 Kesimpulan

Keseluruhan hasil kajian boleh dirumuskan bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains ini yang merupakan salah satu daripada pekakas ICT masih berada di tahap sederhana. Ini secara langsung menunjukkan bahawa penggunaan ICT oleh guru-guru Sains di sekolah rendah masih berada di tahap minimum. Walaupun mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains ini dapat membantu melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka namun mereka seolah-olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains tersebut maka kurang menggunakannya di dalam kelas.

Rujukan

http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation

http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdf

Penggunaan Teknologi Dalam Mengajar Sains Sekolah Rendah

http://nzalina66.blogspot.com/2011/07/penggunaan-teknologi-dalam-mengajar_03.html 3 July 2011

3